March 31, 2009

MEE SEGERA NAJIB DI BKT SELAMBAU !!



Projek mee segera semakin giat di jalankan.Sebelum ini mee segera giat di jalankan di PEKAN BUKIT SELAMBAU tetapi dalam keadaan sekarang penumpuan mee segera tertumpu di sekitar SUNGAI LALANG. Kini pendekatan menurap jalan berbeza dari PRK sebelum ini. Dahulu projek menurap jalan di adakan ketika kempen sedang berjalan namun kini projek menurap jalan menukar strategi.

Apa pun rakyat BUKIT SELAMBAU bakal menerima jalan yang cantik dan tiada lubang lagi seperti dahulu.Sudah menjadi adat apabila adanya PRK, akan ada projek-projek segera kononnya untuk rakyat. TPM ada mengatakan bahawa mereka tidak akan melakukan projek mee segera,namun gambar di atas menunjukkan projek menurap jalan. Adakah itu bukan projek mee segera?

SUARA KEAMANAN UTK GANTI SUARA KEADILAN !!!!


Disebabkan permit penerbitan Suara Keadilan telah digantung selama tiga bulan bermula 23 Mac lepas, Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) mengambil keputusan untuk tidak menerbitkan akhbar itu selama tempoh tersebut.Sebagai ganti, akhbar Suara Keamanan akan menemui pembaca, secara mingguan setiap hari Selasa mulai hari ini.Suara Keamanan adalah sebuah penerbitan tidak berkala dari segi namanya, oleh itu tidak memerlukan permit penerbitan dari KDN.Pembaca boleh mendapatkan akhbar tersebut dari pengedar-pengedar dan penjual yang sama yang mengedar Suara Keadilan sebelum ini.
Jabatan Editorial Suara Keamanan

Kehadiran luar biasa di Bukit Selambau, Bukit Gantang & Batang Air

Rakyat mahu kuburkan Umno
SEMANGAT dan mood rakyat untuk melakukan perubahan tidak pernah padam sejak Pilihanraya Umum Mac tahun lepas. Selepas Permatang Pauh dan Kuala Terengganu, rakyat mempunyai sebab yang lebih kukuh untuk menumbangkan BN kali ini.
Pengarah Pilihanraya KeADILan Kedah, Johari Abdul berkata kehadiran lebih 70,000 penyokong Pakatan Rakyat berbanding kurang dari 10,000 penyokong BN di tiga lokasi penamaan calon pada 29 Mac lalu membuktikan rakyat menolak kepimpinan baru Najib Razak.
“Saya lihat mereka dari segenap lapisan, tanpa mengira bangsa begitu berkobar-kobar ingin sama-sama menyumbang apa saja yang terdaya bagi menjatuhkan BN. Mesej tegas yang hendak disampaikan ialah mereka tidak dapat menerima kepimpinan Najib,” kata Johari.
Menambahkan pedih BN, menurut beliau, orang-orang Umno sendiri tidak dapat menerima presiden baru mereka selepas perpecahan besar-besaran akibat perhimpunan agung Umno dan inimenyebabkan ramai yang memprotes secara terbuka.
“Orang Umno sendiri mengakui Najib tidak mempunyai rekod bersih untuk menerajui kepimpinan negara dan ada diantara mereka sudah menyatakan akan menyokong Pakatan Rakyat dalam ketiga-tiga pilihanraya kecil ini,” kata Johari lagi.
Sementara itu, Ketua Penerangan KeADILan, Tian chua berkata isu penggantungan dua akhbar alternatif, Suara Keadilan dan Harakah menimbulkan kemarahan orang ramai dan menambahkan undi kepada Pakatan Rakyat.
“Rakyat, terutama golongan atas pagar kini dapat melihat dan menilai kezaliman dan penindasan yang dilakukan oleh Najib/BN terhadap rakyat dan parti-parti politik,” kata Tian Chua. Sebab itu, kata beliau mereka begitu bersemangat untuk memberi sokongan kepada Pakatan. “Ini adalah undi simpati yang merupakan ciri umum dalam politik terutamanya ketika tiba hari mengundi,”kata Tian lagi.
Sementara itu, sokongan yang begitu luar biasa di Bukit Gantang adalah manifestasi amaran rakyat kepada BN yang merampas kerajaan Perak secara haram, kata Ketua Pemuda PAS Salahuddin Ayub
“Ini adalah suatu amaran jelas dari rakyat pelbagai kaum kepada Najib/BN bahawa kebangkitan rakyat untuk menolak Umno/BN secara total semakin hampir,” kata Salahuddin.
“Isu perlembagaan di Perak telah menyedarkan banyak rakyat berhubung isu-isu perlembagaan yang selama ini disembunyi oleh Umno/BN dari pengetahuan rakyat. Rakyat akan menghukum Umno/BN dan Najib dalam pilihanraya kali ini,” tegas Salahauddin.
Diminta mengulas isu yang sama, Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang, Proffesor P. Ramasamy berkata dia dapat merasa denyut nadi rakyat yang mahukan perubahan secara total pimpinan negara,bukan sekadar di beberapa negeri.
Menurut beliau, amalan rasuah, politik wang, sogokan dan penculikan adalah antara barah yang telah lama menjadikan BN ditolak rakyat pelbagai kaum di negara ini.
“Sekarang masanya sudah terlewat untuk pemimpin BN untuk memberi keyakinan kepada rakyat kerana imej mereka sudah tidak dapat lagi dihakis dari minda rakyat.
“Dalam ketiga-tiga pilihanraya ini, rakyat akan memberi tahu BN, melalui peti undi bahawa parti itu sudah tiba di penghujung,” kata Ramasamy.

DI BILIK GERAKAN UPU PEKAN TRONG... PKR SELANGOR BERSAMA PAS




DARI ATAS BUKIT .... TAK TAU LAH BERAPA RIBU ..




NASHRUDDIN BERCERAMAH DI PESTA PENAMAAN CALUN BKT GANTANG - 29 MAC 2009 AHAD






March 30, 2009

UMNO TAJA CALUN DI BUKIT SEMAMBU !!!



BUKIT SELAMBAU [3.05 pm] - Ini satu berita panas yang pasti memalukan, ia berkaitan dengan calon bebas yang ditaja oleh UMNO dan BN seperti yang telah kami dedahkan dalam artikel sebelum ini. Sememannya, bagai yang sudah dijangka memang kini akhirnya terbongkar orang pertama yang dipercayai ditaja oleh mereka. Beliau ialah calon yang menggunakan lambang Telefon iaitu Mejar (B) Hj.Anuar Abd Hamid (foto). Beliau layak bertanding bersama 12 calon bebas yang lain semalam.Siasatan menadapati beliau merupaka ahli UMNO dan memegang jawatan sebagai AJK UMNO Bahagian Merbok (1995-2008) dan Ketua Cawangan UMNO Jalan Badlishah (1995-2008). Jika benar laporan ini maka ternyatalah kini apa yang kami laporkan bahawa majoriti calon bebas ditaja oleh UMNO dan BN untuk memecahkan undi semakin terserlah kini. Rahsia akhirnya terbongkar dan tidak dapat ditutup lagi.Ini bermakna kenyataan Pak Lah semalam adalah dusta semata-mata. Semasa ditanya oleh media Perdana Menteri itu dengan bangganya mengatakan bahawa calom bebas adalah orang pembangkang kerana dalam UMNO tidak boleh ada dua calon bertanding. Cara itu kononnya adalah bagi menunjukkan displin dan ia adalah yang terbaik dalam UMNO berbanding parti lain.Maka dengan terbongkarnya rahsia ini, membuktikan kepada kita segala apa yang diucapkan oleh Pak Lah itu hanyalah omongan kosong belaka, hakikatnya UMNO dan BN sendiri yang telah menaja calon bebas bagi tujuan memecahkan undi untuk memastikan BN menang. - Pahang Daily

Muhibah Pakatan Rakyat di hari penamaan calon - P59 BKT GANTANG

ANGKA dan nombor mungkin menjadi isu menarik sepanjang hari penamaan calon PRK Parlimen Bukit Gantang, 29 Mac lalu. Apakan tidak, jumlah penyokong Pakatan Rakyat yang membanjiri bandar Taiping dianggarkan lebih 30,000 orang berbanding 5000 penyokong BN.
Mungkin ada antara 'penyokong fanatik' Pakatan Rakyat yang tidak bersetuju dengan angka itu kerana diyakini jumlahnya lebih besar. Bagaimanapun bukan angka yang penting tetapi semangat dan daya juang yang ditunjukkan para penyokong Pakatan.
Sebelum Subuh lagi, perkarangan Masjid Lama Bandar Taiping telah pun dibanjiri para penyokong PAS dan Pakatan Rakyat dari seluruh negara.
Solat Subuh pagi itu berlangsung umpama solat Jumaat! Malah kumpulan-kumpulan jamaah yang tidak sempat untuk bersolat kerana ketiadaan tempat turut menunaikan solat Subuh berjemaah kemudiannya dengan jumlah yang ramai juga.
Difahamkan, dua buah masjid lagi - masjid baru dan Masjid India di bandar Taiping turut mengalami situasi yang serupa.
Solat hajat berlangsung pada jam 7.30 pagi sebelum majlis perarakan ke tempat penamaan calon. Malah sebahagian para penyokong Pakatan Rakyat sudahpun beransur-ansur bergerak ke Majlis Perbandaran Taiping seawal jam 7.00 pagi.
Kiri-kanan jalan dipenuhi para penyokong PAS dan Pakatan Rakyat yang masing-masing gah berbaju-T, berlilit kepala dan memegang bendera berlambang bulan. Lambang-lambang KeADILan dan DAP juga diperagakan.
Kehadiran puluhan ribu penyokong Pakatan juga disambut mesra penduduk bandar Taiping. Kenderaan yang bertali arus membunyikan hon tanda sokongan termasuk oleh kenderaan-kenderaan milik kerajaan dan Majlis Perbandaran.
Para anggota trafik juga hadir di persimpangan-persimpangan lampu isyarat bagi memastikan kelancaran aliran kenderaan dan peserta perhimpunan.
Dalam kebanjiran para penyokong PAS yang bertali arus ke tempat perhimpunan, masyarakat Cina yang menjadi penonton setia di tepi-tepi kaki lima bangunan melambai-lambai tangan memberikan sokongan.
Ada antara mereka yang melaungkan kata-kata semangat sambil bertepuk tangan.
Apa yang menarik perhatian, baju-T dan bendera lambang PAS bukan sahaja dipegang para penyokong PAS, malah turut dipakai dan diarak kaum Cina dan India.
Seorang lelaki tua Tionghua dan rakannya memberitahu telah bangun pada jam 5 pagi dan bertolak dari Ipoh untuk turut berarak ke pusat penamaan calon.
Seorang wanita Tionghua yang ditemui mengaku datang daripada Bukit Damansara Kuala Lumpur bersama tiga rakannya.
"Kami akan duduk di sini sehingga 7 April untuk membantu kempen (calon PAS)," katanya bangga.
Sokongan hangat masyarakat setempat kepada para penyokong Pakatan Rakyat benar-benar menghidupkan suasana muhibah di pagi hari penamaan calon itu.
Kehadiran para pemimpin utama DAP seperti Penasihatnya, Karpal Singh, Pengerusi Kebangsaan, Lim Kit Siang, Setiausaha Agung, Lim Guan Eng, Pengerusi Publisiti, Ronnie Liu, anggota Parlimen Seputeh, Teresa Kok dan anggota Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo menggambarkan semangat setiakawan Pakatan Rakyat.
Malah puluhan ribu penyokong Pakatan turut dihiburkan dengan kehadiran kumpulan gendang India Kelab Penyokong PAS yang turut memeriahkan suasana hari penamaan calon.
Beberapa 'insiden nakal' juga berlaku apabila para pemimpin Umno seperti Tan Sri Muhyiddin Yasin, Dato' Seri Mohd Ali Rustam, Dato' Tengku Adnan Mansor, Dato' Mustapha Mohamad dan Dato' Jamaluddin Jarjis disorak para penyokong Pakatan Rakyat dengan pelbagai slogan ketika berjalan kaki ke Bangunan Umno Taiping dari hotel kediaman mereka bagi memulakan perarakan BN.
Malah Jamaluddin yang melambai-lambai tangan ke arah penyokong Pakatan Rakyat dari kaki lima hotel kediamannya di Jalan Kota disorak dengan pelbagai slogan antaranya "rasuah" dan "raba".
Bagaimanapun tiada seorang pun pemimpin Umno dan BN dikasari secara fizikal seperti dialami Karpal Singh yang dibaling botol air minuman oleh para penyokong BN.
Para pemimpin Pakatan Rakyat juga mengambil kesempatan berucap di hadapan ribuan penyokong yang hadir sementara menunggu perisytiharan calon. Seorang pemimpin wanita DAP menarik perhatian hadirin apabila menyelitkan pantun-pantun empat kerat dalam ucapannya. Setiap pantun yang diucapkan penuh fasih disambut sorakan dan tepukan hadirin.
Sehingga tamat proses penamaan calon kemeriahan masih dirasai di jalan-jalan sekitar Taiping. Masyarakat Malaysia tanpa mengira kaum berganding bahu dan bersatu tekad memberikan sokongan kepada calon PAS, Dato' Seri Ir Mohamad Nizar Jamaluddin yang mewakili Pakatan Rakyat.
Ketika semangat muhibah dan perpaduan erat antara kaum menjalar dalam Pakatan Rakyat, BN khususnya Umno mula membakar semangat perkauman dan sentimen agama bagi meraih sokongan rakyat khususnya kaum Melayu.
Nizar digambarkan sebagai pengkhianat Melayu, penderhaka Sultan dan pengancam survival Melayu kerana sanggup diperalatkan DAP.
Institusi Raja dan istana cuba diheret Umno dalam kancah politik dalam kempen-kempennya di kampung-kampung Melayu. Kempen dari rumah ke rumah oleh Puteri dan Wanita Umno diselitkan dengan propaganda jahat yang boleh menggugat keharmonian kaum.
Dalam ikrar pemimpin Umno untuk berubah dan membuang faham fanatisme bangsa, keghairahan kempen Umno di Bukit Gantang masih terperangkap dalam dogma Melayu dan 'ancaman terhadap survival bangsa' oleh bangsa yang lain.
Akhirnya yang menjadi penentu adalah rakyat. Mereka bakal memilih sama ada ingin bersama Pakatan yang memprojekkan semangat toleransi dan memperjuangkan keadilan dan kebajikan untuk semua atau memilih Umno/BN yang masih terperangkap dalam dogma ketuanan kaum.- tajdid _

GAMBAR DI PENAMAAN CALUN P59 BKT GANTANG








P59 BKT GANTANG.. 1600 AHLI BN MENYERTAI PKR

TAIPING, 30 Mac (SK) : Seramai lebih 1, 600 orang ahli komponan Barisan Nasional, termasuk Umno, Gerakan, MCA dan MIC, di kawasan Bukit Gantang telah menyertai KeADILan sejak berlaku krisis perlembagaan dan rampasan kuasa Umno /BN terhadap kerajaan Perak yang sah dari Pakatan Rakyat pada Februari lalu.
Pengerusi Perhubungan KeADILan Osman Abd. Rahman berkata, mereka ini memasuki KeADILan kerana tidak puas hati dan tidak bersetuju dengan tindakan Umno/BN yang merampas kerajaan Perak secara tidak bermarwah.
Dalam satu majlis penyerahan borang di bilik Gerakan Induk, Jalan Simpang, Taiping, semalam, Osman berkata, KeADILan juga sudah menerima lebih daripada 1,000 borang keahlian di kawasan Bukit Gantang dan berjanji akan mengundi dan memberi sokongan padu kepada calon Pakatan Rakyat Mohammad Nizar.
“Semua mereka dengan rela hati menyertai KeADILan kerana sudah hilang kepercayaan kepada BN yang gagal membela rakyat golongan miskin,” katanya dalam sidang media di Pejabat KeADILan di sini semalam.
Sementara itu Osman berkata, KeADILan telah membuka empat bilik gerakan iaitu DUN Changkat Jering, bertempat di premis di hadapan Sekolah Kebangsaan Simpang, Dun Kuala Sepetang, iaitu jalan menghala ke Matang, Pekan Terong dan Bilik Gerakan Induk di Jalan Simpang.
Katanya, pilihanraya kecil P 59 Bukit Gantang adalah amat penting dan kemenangan calon Pakatan Rakyat, Nizar dari Pas adalah memberi mesej kepada BN bahawa tindakan mereka merampas kerajaan Perak yang dikuasai Pakatan Rakyat adalah satu perbuatan tidak bermarwah.
“Rakyat mahu Dewan Undangan Negeri Perak dibubarkan dan diadakan pilihan raya bagi menentukan kerajaan pilihan rakyat yang sebenarnya,” katanya.
Hadir sama dalam sidang media itu ialah Pengarah Pilihan Raya Negeri Parti Pakatan Rakyat (PKR) Ismail Yusop, dan Ketua Penerangan PKR Perak, Zulkifli Ibrahim.

DS NIZAR IMAM...MUHYIDIN DIBELAKANG...

SIMPANG, 30 Mac - Nizar mengimamkan solat maghrib selama 20 minit di Masjid Simpang semalam. Pada masa yang sama, UMNO turut dijadualkan mengadakan majlis bacaan Yassin dan tahlil di masjid itu.
Timbalan Presiden UMNO Muhyidin Yasin juga dikatakan hadir di dalam majlis itu.
Calon PAS untuk pilihanraya kecil Bukit Gantang itu, kemudiannya dijemput untuk memberikan tazkirah selama 20 minit bagi menjelaskan tafsiran surah yang dibaca oleh beliau ketika mengimamkan solat tersebut.Walaubagaimanapun orang-orang UMNO membantah, kononnya Nizar cuba menjadikan ruang itu untuk tujuan ceramah politik. Nizar berkata sebelum memulakan tazkirah beliau dinasihatkan untuk tidak berceramah pilitk dan beliau akur dengan nasihat tesebut. Nizar terpaksa memberhentikan tazkirah lebih awal dan keluar agar tidak berlaku kekecohan.
"Saya dijemput oleh imam supaya mentafsirkan ayat-ayat yang saya bacakan selama 20 minit sebelum itu... saya juga sejak awal telah diminta supaya tidak menyelitkan elemen politik sebab masjid bebas politik.
"Jadi, saya diminta membuat tafsiran ayat-ayat yang saya bacakan sebelum itu... ketika takzirah... jadi saya tidak merampas mikrofon untuk berucap, cuma memenuhi kehendak imam," jelas Nizar seperti yang dilaporkan oleh Mstar.
Pemimpin UMNO kemudiaannya mengembar-gemburkan di dalam ceramah mereka kononnya Nizar merampas kuasa masjid.

Bagi mengelakkan suasana kecoh Nizar terpaksa memberhentikan tazkirah dan meninggalkan masjid dengan lebih awal.

PENAMAAN CALON BUKIT GANTANG HEBAT !!


Nie gambar dari kem BN diseberang tempat penyokong semua berkumpul. Siapa sangka penyokong sanggup naik kebukit dibelakang sehingga penuh dan tamat penamaan calun. Hampir 80 ribu penyokong semuanya. Gambar lain akan menyusul.
Walaupun dipecah ke tiga PRK namun penyokong pakatan rakyat tetap ramai datang ke PRK Bukit Gantang. ..Kelibat orang Hulu Selangor memang ada dimana-mana.. Nampaknya Ali dan rakan sampai awal sehari ke tempat bertugas di DUN Trong. Syabas diucapkan!
5 kereta yang sampai ke Taiping untuk bersama ke tempat penamaan calun tidak dapat tidor kerana terus ke padang berkumpul di Taman Tasik Taiping.
Teruskan perjuangan anda semua!

Jangan jadikan tiga pilihan raya ’pungutan suara’

30/03/2009 4:35pm
SUNGAI PETANI 30 Mac — Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin meminta rakyat tidak menjadikan tiga pilihan raya kecil pada 7 April ini sebagai satu “pungutan suara” penerimaan rakyat terhadap kepimpinan baru Umno dan Barisan Nasional (BN) oleh Datuk Seri Najib Tun Razak.
Beliau berkata sememangnya pilihan raya kecil itu mempunyai signifikasi kerana secara kebetulannya proses peralihan kepimpinan dan kuasa itu berlaku ketika tiga pilihan raya kecil, Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau, Kedah dan Batang Ai, Sarawak serta Parlimen Bukit Gantang, Perak diadakan.
“Saya nak ingatkan ini bukan pungutan suara kepada kepimpinan Najib (Datuk Seri), ini pilihan raya kecil,” katanya kepada pemberita selepas mendengar taklimat jentera pilihan raya BN di Bilik Gerakan BN Merbok di sini hari ini.
Katanya pengundi perlu mengambil kira situasi masa depan negara dan penambahbaikan dasar serta pendekatan untuk membangunkan negara tanpa menyisihkan mana-mana kaum di negara ini.
“Kita nak melaksanakan program sosial yang lebih berkesan dan ini kita nak buat dalam tempoh yang berlaku tidak terlalu lama. Kita akan mulakan sekarang dengan perubahan kepimpinan yang baru,” tambah beliau. — Bernama

March 28, 2009

Program: Majlis Penyerahan Faedah Kedua Skim Mesra Usia Emas Daerah Hulu Selangor - 28 Mac 2009 (9.30 pagi)






Seramai 69 penama ber­daftar menerima sejumlah RM103,00 pada Majlis Penyerahan Faedah Kedua Skim Mesra Usia Emas (MUE) di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali sekali gus bukti keprihatinan kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat (PR) dalam membantu meringankan bebanan yang ditanggung keluarga waris.
Penyelaras Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Kali, Nashruddin Abd Aziz berkata, penyerahan faedah ini adalah menjadi tanggung­jawab PR dalam membantu merakyatkan ekonomi Sela­ngor dan menjadi contoh pen­dekatan kerajaan negeri membantu rakyat tanpa me­ngira bangsa dan fahaman politik."Kerjasama semua rak­yat perlu ada bagi me­nyokong dasar yang dilaksanakan kerajaan negeri dalam usaha membantu masyarakat yang berhak walaupun mendapat tentangan hebat dari se­gelintir individu."
Tugas kami sebagai pe­mimpin adalah untuk mem­bantu rakyat setelah di­lantik rakyat yang mahukan perubahan," katanya ketika hadir mewakili Exco Kebajikan, Hal Ehwal Wa­nita, Sains, Teknologi dan Inovasi bagi merasmikan program berkenaan.
Hadir sama pada majlis itu, Ketua Penolong Pegawai Daerah Hulu Se1angor, Mohd Jusni; Ketua Pegawai Ekskutif Rantai Mesra Sdn Bhd yang mengelolakan SMUE, Mohd Syukor Tahir, wakil Penyelaras DUN Kawasan Hulu Bernam, Mohd Yusof Yaakob dan wakil Penyelaras DUN Kuala Kubu Bharu, Nor Azizan Nordin.
Mohd Syukor Tahir didalam ucapannya menyebut tentang pentingnya sebaran maklu­mat kepada ahli keluarga dan jiran tetangga bagi memboleh mereka mendaftarkan war­ga emas yang berusia 60 ta­hun ke atas atau ahli ke­luarga kurang upaya (OKU) menyertai skim ini. Skim ini juga akan meliputi Wilayah Persekutuan di dalam jangkamasa terdekat ini."Manfaatnya adalah baik bagi membantu meringan­kan bebanan ahli keluarga ketika prosedur pengebumian, melunaskan butang si mati atau kenduri dan bukannya digunakan untuk kepentingan peribadi."
Selain itu, program yang diadakan di pekarangan Pejabat Pusat Khidmat DUN di sini juga bertujuan untuk memperkenalkan pejabat ini kepada semua masyara­kat setempat bagi me­mudahkan mereka ber­urusan atau membuat pendaftaran,"katanya.
Sementara itu, Pegawai Khas Dun Batang Kali yang ditemui di majlis tersebut, Shaiful Anuar Sulaiman di berkata, pelbagai program yang dijalankan kerajaan negeri ini bukan hanya ter­tumpu kepada golongan tertentu sahaja bahkan ia terbuka kepada semua yang layak di dalam daerah ini."Perkhidmatan terbaik disediakan kepada rakyat yang kini mahukan per­ubahan bukan sahaja dari segi material bahkan pem­bangunan modal insan ke­rana acuan kerohanian dan fizikal amat penting bagi membentuk masyarakat yang maju serta berjaya."Saya amat berharap maklumat pelaksanaan program merakyatkan eko­nomi Selangor ini sampai ke peringkat akar umbi bagi memudahkan mereka me­nerlma bantuan yang ada," katanya lagi.

March 27, 2009

IKHLAS KER PAK LAH ATAU NAJIB NIE..... NAMPAK SANGAT..


MENGANTUK .... SEMASA UCAPAN PAK LAH...








DS NAJIB SWEARING-IN APRIL 3 ?

Prime Minister Abdullah Ahmad Badawi is expected to announce the date on which he will step down as prime minister during his speech at the close of Umno general assembly tomorrow.
According to the Malaysian Insider, Abdullah wants to follow the Umno tradition and inform party members first of his retirement date.
Apparently, Umno presidents Tunku Abdul Rahman and Hussein Onn had done the same and informed their party first.
The transition date is likely to be on Apr 3, with the swearing-in ceremony for newly-appointed Umno president Najib as the sixth prime minister due to take place at 11 am at Istana Negara.
If true, the news will disappoint many Malaysians, who are against Najib leading the country because of the string of unresolved graft allegations against him, including the high-profile murder and commission case of slain Mongolian national, Altantuya Shaariibuu.

Azalina, Shahrir dan empat MB tewas


Dua menteri, tiga timbalan menteri dan empat menteri besar dan ketua menteri tewas dalam persaingan merebut kerusi Majlis Tertinggi (MT) Umno.Dua menteri berkenaan ialah Menteri Pelancongan, Datuk Azalina Othman Said dan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Samad.Timbalan menteri yang gagal mendapat tempat: Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Noraini Ahmad dan dua timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Mohd Johari Baharum dan Datuk Hasan Malek.Manakala empat menteri besar dan ketua menteri yang turut gagal dalam persaingan itu: Datuk Abdul Ghani Othman (Johor), Datuk Adnan Yaakob (Pahang), Datuk Seri Md Isa Sabu (Perlis) dan Datuk Seri Mohamad Hassan (Negeri Sembilan).Hanya seorang ketua menteri yang berjaya terpilih kali ini iaitu Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.Sementara tujuh menteri yang berjaya dipilih: Datuk Mustapa Mohamad, Datuk Noh Omar, Datuk Ismail Sabri, Datuk Mohamad Zin Mohamed, Datuk Shaziman Abu Mansor, Datuk Zulhasnan Rafique dan Datuk Ahmad Shabery Cheek.Manakala lima timbalan menteri yang berjaya dipilih: Datuk Saifudin Abdullah, Datuk SP Lajim Ukin, Datuk Hamzah Zainuddin, Datuk Ahmad Husni Hanadzlah dan Datuk Idirs Haron.Turut terpilih, dua bekas menteri besar: Datuk Seri Idris Jusoh (Terengganu) dan Datuk Seri Mahdzir Khalid (Kedah).Hanya seorang calon wanita yang terpilih iaitu Datuk Dr Norraesah Mohamad.Turut menang di senarai terbawah, ketua Biro Putera Umno, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim.

Najib Kini Bergelar 'Maharaja Jib' Yang Gagah Perkasa


DI DALAM rumah sendiri (Umno), kini Mohd Najib Razak berada dalam keadaan selesa dan selamat. Beliau tidak perlu membuang masa berfikir untuk mententeramkan Umno dan menjaga keselamatan kuasa yang beliau miliki. Perwakilan Umno yang membuat pemilihan semalam benar-benar menterjemahkan keinsafan keinginan ahli mahu memperbaiki parti tersebut. Keperitan dialami semasa pilihan raya umum ke-12 lalu dijadikan pengajaran cukup baik.Tepat seperti mana ramalan dan analisa sebelum ini bahawa Najib memang mempunyai pengaruh yang kuat. Umno kini hampir 90 peratus dikuasai oleh Najib berdasarkan kepada orang-orang dan penyokongnya. Kemenangan orang Najib menjelaskan pengaruh Najib menyeluruh dalam Umno.
Justeru, Najib akan melangkah ke Putrajaya menjadi perdana menteri ke-6 yang kuat, penuh bersemangat dan penuh keyakinan bertitle sebagai seorang maharaja, Maharaja Jib.
Ternyata isu-isu peribadi yang dilontarkan pembangkang terhadap Najib tidak dipedulikan perwakilan. Orang Umno tidak menerima dakwaan ke atas Najib, dan tetap menganggap sebagai anak dewa politik yang lahir dari sanggama orang tuanya di langit biru.
Atas semangat itu dan apa yang ditunjukkan para penyokongnya, maka Najib akan selamat dalam Umno, walaupun di luar masih simpang siur dan beliau disirami persepsi buruk dan hanyir!
Realiti ini tentu mengayatkan hati pembangkang. Bagi penyokong pembangkang yang berakal panjang dan tidak emosi dapat menebak sesuatu dan menimbulkan sedikit rasa bimbang. Nyata bayangan bahawa perhimpunan kali ini memberi kesan buruk kepada Umno silap. Perpecahan yang diharapkan daripada hasil pemilihan ini juga tidak berlaku. Walaupun pemilihan Umno penuh dengan kotoran, rasuah dan sebagainya namun itu tidak menjadi masalah dan tidak mencacatkan Umno kerana budaya dan amalan itu sudah 'diijamkan' (konsensus) Umno sebagai halal.
Jika diperhati dan ditelitikan hampir semua mereka yang terpilih menganggotai Majlis Tertinggi (MT) terdiri daripada orang-orang Najib. Mereka yang menyokong Najib sejak zaman pemuda Umno lagi; yang kagum dengan Najib. Semua mereka yang dikatakan orang Abdullah tewas dan kalaupun ada yang menang mereka yang sempat menukar baju T berwajah Najib di saat-saat akhir.
Dua menteri yang dikenali pasti sebagai orang kuat Abdullah, Shahrir Abdul Samad, Azalina Othman Said tewas. Begitu juga menteri besar, Pahang, Adnan Yaacob dan menteri besar Negeri Sembilan, Mohammad Hassan tewas. Jarang MB tewas dan gagal menempatkan diri di kerusi MT atas kapastitinya selaku pengerusi perhubungan. Tetapi kelaziman itu kini dihanyutkan oleh pengaruh dan aura Maharaja Jib. Hanya dua orang saja menteri yang dianggap sebagai orang Abdullah menang, iaitu Shaziman Abu Mansor dan Zulhasnan Rafique. Manakala yang lain seperti Ahmad Shaberi Cheek, Ismail Sabri Yaaob, Hamzah Zainuddin yang dikatakan orang Abdullah juga menang tetapi setelah mereka juga mula menunjukkan kesetiaan kepada Maharaja Jib.
Dengan Muhyiddin Yassin menjadi timbalan dan dibantu dengan tiga naib presiden, Zahid Hamidi, Hishamuddin Hussein dan Shafei Afdal kedudukan Najib bagaikan maharaja yang mempunyai hulubalang dan sang setia yang gagah perkasa dan akan sehidup semati. Mereka inilah yang akan memegang lembing dan tombak sepanjang masa sambil duduk, berdiri dan baring untuk mempertahankan Maharaja Jib.
Kalaupun Najib merasa sedikit teralat ialah dengan kemenangan Khairy Jamulddin sebagai ketua pemuda Umno. Itu pun tidak ada masalah, pengaruh Khairy tidak sampai ke mana dalam pemuda. Kahiry juga sebagai seorang yang sudah seronok berkecimpung dalam Umno selepas ini juga berikhtiar untuk menjadi hamba Maharaja Jib yang baik.
Manakala wanita pula, tidak usah ceritalah, mana ada wanita yang keras dan tegas. Shahrizat bukan serikandi persis Chut Nyek Din atau Kartini yang akan berani mengkritik Maharaja Jib. Shahrizat adalah wanita yang berhati wanita. Saya sering bermadah mengenai wanita, hanya satu perkara saja yang keras yang ada pada wanita iaitu mulutnya, yang lain semua lembik dan lembut.
Selepas ini Shahrizat Abdul Jalil akan 'bersujud sawi' kepada Maharaja Jib mengambil alih peranan tukang masak untuk menyiapkan juadah santapan presiden yang dipegang oleh Rafidah Aziz sebelum ini.
Dengan realiti itu Najib kini memperolehi sokongan kuat dalam Umno. Beliau tidak ada apa-apa masalah yang perlu dikhuatiri lagi. Keadaan ini akan ditambah dengan sokongan dari luar, daripada bekas PM, Mahathir Mohamad yang dari hari Jumaat sampai hari Khamis menghentam melanyak Abdullah untuk membolehkan Najib dimasyorkan sebagai Maharaja Jib.
Umno kini juga sudah tidak ada blok-bok tertentu. Tidak ada siapa yang akan menjadi ketua blok untuk berhadapan dengan blok dan kekuasan Maharaja Jib.
Apa yang hendak dibentangkan di sinilah ialah semoga senario yang ada dalam Umno kini diperhati oleh pembangkang atau mereka yang ingin mencari untung dengan berlakunya perpecahan dalam Umno dengan harapan dapat membina kerajaan baru.
Pembangkang yang ingin menangguk di air keruh dengan perbalahan Umno hendaklah mula berfikir mencari strategi baru. Laba diharap menerusi perbalahan dan perpecahan Umno nampaknya sudah tipis dan kabur.
Saya tidak mengira orang-orang yang kecewa, kalah, yang semuanya kalah bersama Abdullah akan bangkit membela diri dan menentang Najib secara diam. Tidak ada! Lagipun Abdullah sendiri sudah melafazkan ikrar dan taat setia kepada Najib dan beliau rela menurunkan maruahnnya dari bekas seorang general menjadi sang setia nombor satu bertaraf saldadu ‘kaki pekal’ = kaki bengkok.
Apabila general sudah mengaku kalah apa lagi dengan panglima dan para saldadu kaki pekal pun turut merapat sembah dan meniarap bila general baru melintas, atau mereka akan terus tabik bila terdengar saja batuk general walaupun bayangannya belum nampak.
Justeru, perkembangan dalam Umno kini memberi syarat jelas kepada pembangkang agar berhati-hati dan membuat perkiraan baru. Pembangkang perlu bertindak mengubah strategi daripada mahu mengambil kesempatan atas perpecahan Umno kepada pengukuhan diri sendiri. Pembangkang (Pakatan Rakyat) perlu perkemaskan ikatan pakatan. Pembangkang akan kecewa kalau masih terus mengharapkan peperpecahan dalam rumah tangga Umno.
Yang penting selepas ini serangan ke atas Umno, memomokkan kononnya Umno akan hancur dan sebagainya perlu dirihatkan sedikit dan tumpukan kepada mencuri masa mencari helah dan modal lain. Pembangkang lebih baik terus meracuni pemikiran umum dengan masa depan Umno yang sudah tidak diyakini kerana permasalahan, idealisme, budaya, tradisi dan juga iltizam perjuangannya yang tidak menentu itu, dan bukannnya terus bercerita mengenai perpecahannnya dan juga menghimpun segala macam masalah peribadi (termasuk fitnah) ke atas pemimpinnya.
Sebagai seorang maharaja yang berkuasa, ada wang dan segalanya, Najib sudah tentu akan menyediakan makanan dan juadah harapan indah kepada orang Umno yang bertaraf pemimpin. Najib tidak akan membiarkan mereka, akan diberi makan dan dikurung agar tidak mencakar mukanya. Dan orang Umno sangat jinak diperlakukan begitu.
Kesimpulannya hasil pemilihan Umno telah berjaya meletakan parti itu dalam satu pasukan yang kuat dan bersemangat. Pastinya juga mereka akan mula berfikir mengubah corak perjuangan parti itu serta menyesesuaikan dengan tuntutan semasa rakyat yang kini makin ghairah disangkutkan ke bahu Pakatan Rakyat. Sekiranya Umno dan Najib dapat merubah ia memberi impak yang buruk kepada pembangkang untuk pilihan raya akan datang.Strategi kena ubah! [wm.kl. 6:00 am 27/03/09]

Money politics triumph in UMNO Youth! - Media Statement by Loke Siew Fook in Petaling Jaya

Thursday, 26thMarch 2009:

As a fellow Parliamentarian from Negeri Sembilan, I would like to congratulate YB Khairy Jamaluddin for being elected the new UMNO Youth Chief yesterday.
However, the election of Khairy as the UMNO Youth Chief proved that money politics have been openly endorsed by the UMNO Youth delegates. Although a person is found to be involved in the scourge of money politics, he can still lead the UMNO Youth.
That shows that all the talks about “UMNO must change or be changed” are mere political rhetoric to please the general public. What credibility is left for UMNO if a person found to be guilty by the UMNO Disciplinary Board on account of money politics can still be elected to lead the most important wing in the ruling party?
Khairy was of course being treated differently by just given a warning and was allowed to contest the post. This however did not erase the fact that he was found guilty on money politics by his own party leaders. Money politics is corruption, period.
By tradition, the post of UMNO Youth Chief will also come with a Cabinet position. Will Khairy be selected in the Najib’s administration? If it happens, then we will see a very tainted Cabinet line-up and we will be a major laughing stock in the world as a person found to be guilty of corruption by his own party can still be appointed as a Minister!
Was money the main factor behind the victory of Khairy? The Malaysian Anti-Corruption Commission (MACC) must be serious in finding the truth and act without fear or favor. I’m proposing to both my counterparts in PKR Youth and PAS Youth to lodge a joint report against Khairy Jamaluddin in the MACC headquarters next week.

March 25, 2009

BARANG YANG LEPAS JANGAN DIKENANG - MAT TAIB

25 March 2009

Dalam satu berita pendek yang dilaporkan oleh Bernama, Ketua Penerangan Umno Tan Sri Muhammad Muhd Taib meminta supaya apa juga peristiwa yang berkaitan dengan skandalnya di Australia di masa lalu tidak perlu diungkit lagi.Kata Mat Taib, dia telah melupakan semua itu. "Mereka (Umno) telah menerima saya semula. (bekas perdana menteri Tun) Dr Mahathir (Mohamad) telah melantik saya sebagai Pengarah Pilihan Raya Kecil. Semua pilihan raya kecil sejak 1999. Beliau memberikan tanggungjawab itu kepada saya untuk memastikan kami (Umno) memenangi semua pilihan raya kecil."
Lawak jugak kawan kita ni. Dia kata tak bagi orang ingat benda yang dia buat pada masa lalu, tapi dia sendiri dok ingat benda yang dah lepas - perihal dia dilantik sebagai pengarah pilihan raya kecil.
Mat Taib patut faham, yang nak dipilih kali ni bukan pengarah pilihan raya kecil, tapi barisan kepimpinan, termasuk untuk kerusi Timbalan Presiden, yang kalau mengikut logiknya bakal menjadi Timbalan Perdana Menteri. Dan yang memilih kali ini pula bukanlah seorang Dr Mahathir, tetapi ribuan perwakilan. Kalau Dr Mahathir senang cerita. Dia mungkin boleh pejamkan mata dan buat-buat lupa, tapi mengharapkan beribu-ribu perwakilan mengambil sikap yang sama, payah la sikit kut...
Posted by jeanbara

APA NIE.. ONLINE MEDIA KENA BAN !

By Wong Choon Mei
Malaysia’s ruling party, Umno, has barred at least six electronic media from covering their annual assembly and election that will see the unpopular Najib Abdul Razak becoming party president amid a storm of controversy.
A lot is at stake for the scandal-plagued 55-year old, as by convention, the Umno president becomes prime minister of the country.
However, because of the string of scandals dogging him involving not only accusations of graft, but also alleged complicity in the high-profile murder-and-commission case of Mongolian translator Altantuya Shaariibuu, most Malaysians want their King to reject him for top job.
“The choice of Najib as prime minister is a huge mistake. Never before in our history has a leader with such a scandalous past record been appointed Prime Minister of Malaysia. It will bring great shame to us all,” said Shamsul Iskandar Akin, KeADILan Youth chief.
His party is spearheading a nationwide ‘Say NO To Najib’ campaign and intend to deliver a memorandum of protest to the King soon.
Fierce contest between factions expected
Already bitterly-divided, the once-mighty Umno is on course for a slug fest as rival factions battle for top positions.
The most watched will the contest for the deputy presidency between Najib’s favoured candidate, Trade Minister Muhyiddin Yassin, and Muhammad Muhammad Taib, a former Selangor chief minister aligned to outgoing president Abdullah Ahmad Badawi.
The three-cornered Youth chief post will also be closely monitored because it will feature Abdullah’s son-in-law Khairy Jamaluddin, Mohd Khir Toyo and Muhkriz Mahathir, the youngest son of Mahathir Mohamad, Najib’s mentor.
Cases of bias and outright cheating are not unknown in Umno’s election history. One of the most famous scandals took place in 1987 when Gua Musang MP Tengku Razaleigh Hamzah challenged Mahathir for the presidency.
Razaleigh lost by a mere 47 votes. Allegations of improper conduct and lights that were mysteriously switched off close to the announcement of the winner are vivid in the memories of many still-angry veterans.
The dispute even resulted in several members taking the party to court. In 1988, the High Court declared Umno illegal and Mahathir formed a new party - Umno Baru - although by now the legal lines have blurred and it is commonly known as Umno.
Accreditation denied
Meanwhile, Malaysiakini, Malaysian Insider, Siasah, Merdeka Review and The Nut Graph were among the Internet news providers denied accreditation to attend the Umno meeting, which begins today.
“We decided not to issue press tags to the bloggers,” said Umno official Hamid Sattar, adding that the decision was made at a high-level meeting.
Just a day ago, opposition news papers Suara KeADILan and Harakah were suspended for three months with immediate effect.
The crackdown will leave Malaysians with little source of information other than the reportage offered by the Umno-controlled media.

NAJIB PM BN YANG TERAKHIR !

Oleh Ahmad Lutfi Othman
Dari awal, saya memang tidak tertarik dengan teori konspirasi dalam Umno, apa lagi terhadapdakwaan bahawa Abdulllah Ahmad Badawi kemungkinan besar tidak akan menyerahkan jawatan tertingginya dalam kerajaan kepada Najib Razak selepas perhimpunan agung Umno nanti. Abdullah bukannya seorang tokoh yang bersedia mendepani cabaran dan gugatan sehingga sanggup bertahan dengan prinsip yang didokong. Beliau kelihatan mudah tunduk dengan tekanan dan suka mengelak daripada bertembung dalam suasana lebih sukar.
Sudah ditakdirkan Abdullah menjadi Perdana Menteri dalam tempoh yang relatif singkat. Bermula dengan kejutan menang besar dalam pilihan raya umum 2004, Abdullah juga terkejut besar dengan tsunami politik 8 Mac 2008 yang memaksa dirinya berundur lebih awal. Sukar hendak dipastikan legasi tinggalannya yang menjadi kenang-kenangan generasi akan datang. Kalau projek Islam Hadarinya pun sudah dilupakan -- malah tidak difahami rakyat -- ketika beliau masih seorang Perdana Menteri, maka apa lagi mahu diharapkan dengan program lain yang diperkenalkannya. Namun begitu, beberapa langkah awal Abdullah untuk membenarkan Malaysia lebih menikmati suasana keterbukaan dan demokratik, mungkin akan dihargai satu masa nanti.
Sejak hari-hari pertama Abdullah mengangkat sumpah sebagai perdana menteri, Najib bukan pilihan utama untuk dilantik sebagai timbalannya. Beliau mengambil masa agak panjang, itu pun selepas "dipaksa" Dr Mahathir Mohamad, bagi memilih Najib. Orang lebih suka mengaitkan Muhyiddin Yassin -- yang juga dilihat rapat dengan Anwar Ibrahim -- sebagai tokoh yang wajar digandingkan bersama Abdullah. Bagaimanapun, siapa menyangka Muhyiddin kemudiannya menjadi tokoh paling lantang menolaknya ke tepi dinding dan memaksa Abdullah mempercepatkan pelan peralihan kuasa. Ternyata dari segi ini, Najib terhutang budi kepada Muhyiddin.
Semua sepakat bahawa imej Najib sebagai bakal perdana menteri begitu suram dan mendung. Bebannya menanggung pelbagai tuduhan dan dakwaan nampak berat dan meletihkan. Sepatutnya beliau melangkah masuk Seri Perdana dengan sorak-sorai yang bergemuruh, dengan harapan baru rakyat yang menggunung. Itulah suasananya ketika Tun Abdul Razak dan Dr Mahathir mengambil alih kuasa, malah begitulah juga sambutan luar biasa rakyat sewaktu Abdullah memulakan beberapa langkah pembaharuan. Bukan sahaja Najib dicurigai, tetapi lebih buruk lagi, isterinya, Rosmah Mansur turut "digeruni". Ia sudah tentu suatu perkembangan yang menyedihkan, bukan sekadar buat pasangan suami-isteri ini, malah kepada negara ini seluruhnya.
Abdullah tiada pilihan kecuali meneruskan pelan peralihan kuasa walaupun mungkin kini beliau menyedari Najib dan isterinya merupakan satu bebanan berat buat negara. Sudah terlalu lewat untuk Abdullah mencari jalan keluar dan beliau pula sememangnya tidak berkeupayaan menyanggah arus biarpun jika berbuat demikian beliau akan mendapat sokongan majoriti. Personalitinya tidak cukup kuat untuk membawa -- apatah lagi menjayakan -- suatu misi perubahan. Di kala mendapat sokongan hebat pada 2004, Abdullah mensia-siakan peluang terbaik itu, seolah-olah beliau hanya mahu menjadi seorang perdana menteri yang paling seronok ketika memerintah, sekadar bersantai memperagakan diri. Hanya ketika di hujung pemerintahannya, Abdullah nampak begitu tergesa-gesa untuk mencari sentuhan bermakna, tetapi ia sudah cukup terlewat.
Jika Abdullah boleh dianggap malang, nasib Najib sebagai pengganti lebih tidak keruan. Bayangkan sahaja, anak-anak kecil pun sudah mempersoalkan wibawanya untuk menerajui negara, apatah lagi untuk memartabatkan Malaysia di persada antarabangsa. Beberapa kes mutakhir, misalnya rampasan kuasa di Perak, semakin menunjukkan belang Najib yang menakutkan itu. Ia langsung tidak membantu Najib untuk memulihkan imejnya yang sedia buruk. Bayangkan sahaja jika BN kalah di Bukit Gantang dan Bukit Selambau, reputasi Najib terus menjunam dan ini menyukarkan beliau untuk memimpin negara keluar dari suasana kemelesetan dan ketidak-tentuan. Ya, mungkin segalanya diatur bagi menyempurnakan Najib sebagai perdana menteri terakhir dari BN. _

Sepatutnya terus gantung PAS dan PKR .... bukan sebaliknya !

Shirzad Lifeboat
Untuk memudahkan urusan, Umno-BN yang menguasai kerajaan sepatutnya meminda sahaja Akta Pertubuhan dan meletakkan pendaftaran parti politik di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri.
Selagi parti politik bernama pembangkang wujud, maka selagi lagi itulah parti yang menguasai kerajaan terpaksa menghadapi macam-macam soalan yang ditimbulkan selain daripada terpaksa bersaing untuk mendapatkan sokongan dan pengaruh.
Sebagai parti yang menguasai kerajaan, Umno-BN harus bertembung pembangkang di Parlimen, di Dun dan terpaksa pula berasa cuak dengan media mereka.
Adalah sudah menjadi satu hakikat betapa pemimpin Umno-BN merasakan diri mereka serba sempurna, kalis-kesilapan, bersih dari segala jenis rasuah dan penyalahgunaan kuasa, sama ada di peringkat parti ataupun kerajaan dan paling penting mempunyai imuniti mutlak.
Atas keyakinan yang seakan-akan sudah menjadi satu kesinambungan tradisi ini maka parti politik lain yang akan muncul sebagai pembangkang tidak relevan sama sekali dalam konteks Malaysia.
Sekiranya akhbar pembangkang dipersepsikan sebagai sesuatu yang boleh menjejaskan keselamatan dalam negeri dalam erti kata sebenarnya (dan bukannya menjejaskan keselamatan parti pemerintah), maka barangkali pemimpin Umno-BN perlu memikirkan betapa parti yang memiliki akhbar tersebut lebih berbahaya ke atas keselamatan negara.
Dalam keadaan Umno-BN yang seratus sempurna, tanpa cacat cela dan begitu diyakini dan diterima oleh rakyat, maka tindakan yang sepatutnya dilakukan ialah memasukkan peruntukan pendaftaran parti politik ke dalam Akta KDN yang hanya memerlukan budi bicara seorang menteri sahaja untuk mengharamkan semua parti politik yang dianggap �berbahaya�.
Tidak perlu bimbang kepada apa yang bakal diperkatakan oleh dunia luar. Sebagai sebuah negara paling istimewa di dunia (sehinggakan keselamatannya sentiasa terancam kerana dicemburui oleh banyak pihak dan memerlukan satu undang-undang yang mana peruntukannya mengizinkan apa juga tindakan tidak boleh dipersoal oleh sesiapa), pemimpin Umno-BN boleh menjelaskan kepada dunia betapa Malaysia mengamalkan sejenis demokrasi paling unik dan istimewa dan tidak diamalkan oleh mana-mana negara di dunia ini hatta di �Utopia� sekalipun sekiranya negara itu pernah benar-benar wujud.
Oleh itu, apalah gunanya menggantungkan akhbar seperti Harakah. Ia hanyalah sebuah penerbitan, sebuah media dan lembaran kertas yang bercetak.
Apa yang sepatutnya dilakukan oleh Umno-BN yang menguasai kerajaan ialah mengharamkan semua parti politik yang berprospektif menjadi pembangkang (kecuali parti yang sanggup bergabung dengan BN).
Pilihan raya masih boleh diadakan. Malah ia memudahkan rakyat kerana tidak perlu pergi mengundi kerana semua calon Umno-BN akan menang tanpa bertanding.
Cara ini lebih mudah dan lebih tidak memeningkan bagi pemimpin Umno-BN. Tidak ada persoalan yang harus dijawab dan tidak ada imej parti dan maruah tokoh tertentu yang perlu diselamatkan dalam pilihan raya kecil atau pilihan raya umum. - mns_

PKR TERUS BERSUARA.....

Oleh Abdul Rahim Sabri
PKR akan terus menerbitkan akhbarnya Suara Keadilan walaupun Kementerian Dalam Negeri (KDN) menggantung permitnya serta-merta semalam selama tiga bulan.
“Kita akan teruskan walaupun tanpa permit,” kata ketua penerangannya Tian Chua kepada Malaysiakini.
“Kita tidak nampak tindakan (KDN) yang lebih keras daripada menggantung (permit akhbar) kita.”
Ditanya sebab KDN bertindak sedemikian terhadap akhbar parti itu dan organ PAS Harakah serentak dan secara mengejut, beliau berkata:
“Saya tidak boleh pastikan alasan (KDN) yang munasabah.
“Tetapi dalam konteks sekarang, ada pemilihan (Umno), pilihanraya kecil, peralihan kuasa (perdana menteri kepada Datuk Seri Najib Razak), pihak berkuasa cuba menutup ruang penyebaran maklumat.” - MKini
Tian berkata tindakan kerajaan terhadap dua akhbar pembangkang berpengaruh ini “hanya permulaan” untuk kawalan yang ketat terhadap media.
Misalnya, katanya lagi, beberapa pengguna Internet dihadapkan ke mahkamah baru-baru ini atas dakwaan menghina Sultan Perak.

PAKATAN RAKYAT MENUNGGU CALON UMNO YG KALAH UTK MEMBANTU DI 3 PRK !!!

Mulai esok akan terdapatlah calon-calon yang kalah di dalam pertandingan Wanita, Puteri dan Pemuda UMNO yang akan menyokong kita... dan ajaklah ke kempen piliharaya kecil di 3 kawasan.. Mulai 26hb pulak, ada calon majlis tertinggi umno yang akan turun padang bersama Pakatan Rakyat, setelah kita semua maklum, semua calon2 ini masuk bertanding disebabkan projek semata2 dan bukanya ikhlas untuk berjuang...

Tengoklah penggantungan Harakah dan Suara Keadilan selama tiga bulan bermula serta-merta dan seterusnya tindakan polis menyembur gas pemedih mata pada ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim - kedua-duanya berlaku semalam - menandakan bagaimana Datuk Seri Najib Tun Razak mahu memulakan pemerintahannya...

Di sebalik kata-kata manis bahawa beliau sedar keperluan UMNO memulakan perubahan, Najib berbalik kepada kitab usang Perdana Menteri ke-4 untuk mengekang nasib UMNO yang merudum.

Tetapi rakyat ada peluang untuk membuktikan, sekarang keadaan sudah berubah. Rakyat hari ini berbeza. Kita tidak akan tunduk kepada tindakan bacul sebegini.

Mari kita tunjukkan taring rakyat di piliharaya kecil di 3 kawasan.

@media hsgr/sas

March 24, 2009

'Lawan tetap lawan'


Lawan tetap lawan...Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Senator Tan Sri Muhammad Muhammad Taib menyilang lengan mesra walaupun mereka sedang bersaing jawatan Timbalan Presiden Umno... Bolehkaaaa mat tyson nie lawan...

BN GELABAH.. GANTUNG HARAKAH, SUARA KEADILAN 3 BULAN....

KUALA LUMPUR - Kementerian Dalam Negeri (KDN) hari ini menggantung permit akhbar pembangkang berpengaruh Harakah dan Suara Keadilan masing-masing selama tiga bulan berkuatkuasa serta-merta.Tindakan secara langsung menghalang kempen media kedua-dua parti bagi menghadapi tiga pilihanraya kecil pada 7 April ini - kawasan parlimen Bukit Gantang di Perak, DUN Bukit Selambau di Kedah dan DUN Batang Ai di Sarawak.Menurut surat arahan yang dikeluarkan oleh Setiausaha bahagian Unit Kawalan Penerbitan dan Teks Al-Quran KDN Che Din Yusoh tidak memberi sebarang alasan tindakan tersebut dan arahan terbabit telah difaks kepada Harakah hari ini.Sementara itu arahan turut dikeluar kepada akhbar KeADILan yang dialamatkan kepada Presiden KeADILan Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail kira-kira 5 petang ini yang berkuatkuasa serta-merta."Dukacita dimaklumkan bahawa kementerian ini telah membuat keputusan untuk menggantung permit penerbitan akhbar Suara Keadilan selama tempoh tiga (3) bulan berkuatkuasa serta-merta," surat KDN dipetik. - Hrkh

Usaha Halang Najib Jadi PM Hingga Kesaat Akhir

KALANGAN ahli Umno yang tidak bersetuju dengan Najib Razak menjadi Perdana Menteri akan berusaha habis-habisan hingga ke saat-saat akhir. Tindakan dua ahli Umno Mazlan Datuk Harun dan Kadar Shah Sulaiman Shah akan membuat aduan kepada Pejabat Pendaftaran Pertubuhan (ROS) petang ini merupakan usaha terakhir.Aduan itu bagi ROS menghalang perhimpunan agung Umno yang akan bermula secara rasmi esok. Hanya dengan cara menghalang perhimpunan sahja yang boleh melambatkan peralihan kuasa sepenuhnya antara Abdullah Badawi dengan Najib.Aduan kepada ROS itu antara lain berhubung kebenaran pihak pengurusan Umno kepada dua ahli yang dikenakan tindakan oleh Lembaga Disiplin parti menghadiri perhimpunan itu, iaitu Khairy Jamaluddin yang juga bertanding sebagai ketua pemuda dan Ali Rustam yang dihalang meneruskan hasratnya bertanding timbalan presiden.Difahamkan aduan juga dibuat berhubung dengan wujudnya kira-kira 40 orang ahli Umno yang dikenal pasti sebagai muflis tetapi dibenarkan menghadiri perhimpunan berkenaan.Kedua-dua ahli Umno itu yang sebelum ini bercadang untuk membuat injuksi menghalang perhimpunan itu sekiranya pihak pengurusan Umno tidak menyelesaikan siasatan berhubung kes rasuah dalam parti itu semasa persidangan peringkat bahagian dulu.Sekiranya petang ini ROS memandang sepi kepada duan Mazlan dan Kadar Shah ini bermakna usaha terakhir bagi menghalang Najib menjadi perdana menteri gagal. [d'kota kl 9:00 am 24/03/09]

Himpunan Rakyat Menangkan "2 Bukit" di Melewar, 24 Mac

KUALA LUMPUR, 23 Mac (Hrkh) - Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Ketua Angkatan Muda KeAdilan (AMK), Shamsul Iskandar Mat Akin akan bersama warga kota Kuala Lumpur berhimpun menyatakan sokongan padu memenangkan Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Kecil Bukit Gantang dan Dun Bukit Selambau di Markaz Tarbiyyah PAS Pusat, Selasa 24 Mac ini.
Demikian dimaklumkan oleh Setiausaha PAS Kawasan Batu, Haji Ismail Yahya kepada media petang tadi. Katanya, program anjuran PAS Batu itu bertujuan untuk mengembelingkan petugas pilahan raya disamping mengutip derma bagi membiayai operasi gerekerja pilihan raya di "Dua Bukit".
Beliau berkata, "Himpunan Rakyat Menangkan 2 Bukit" bermula jam 9.30 malam, dianjurkan sebagai simbolik kepada bantahan kuat rakyat terhadap BN di negara ini.
Selain isu-isu kemelut Perak yang belum tamat, kempen kuat AMK "Katakan Tidak Kepada Najib" dan desakan agar Ketua Menteri Melaka, Ali Rustam dan perasuah Umno yang lain diambil tindakan tegas oleh SPRM, kedua-kedua penceramah dijangka akan mengulas isu-isu peralihan kuasa yang membabitkan Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul razak.
Penyajak tersohor, Dinsman akan mendeklamasikan sajak sinis terhadap PPSMI dan PM yang akan undur, Abdullah Ahmad Badawi pada malam itu. Orang ramai sekitar lembah Klang dijemput hadir mmeberikan sokongan. - tmj_

DS Nizar, calon PAS di Bukit Gantang


TAIPING:Sebagaimana dijangkakan oleh banyak pihak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin, malam tadi dipilih sebagai calon Pakatan Rakyat untuk kerusi Parlimen Bukit Gantang.

March 23, 2009

PR Buktikan Kemampuan Tadbir Selangor

SHAH ALAM, 22 Mac - Dato’ Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menyifatkan sambutan satu tahun pentadbiran kerajaan baharu merupakan titik tolak kepada kemampuan dan keupayaan Pakatan Rakyat (PR) mentadbir urus negeri Selangor.
Menurutnya, pencapaian satu tahun itu dilihat amat penting dan bermakna kerana rakyat Selangor sentiasa memerhati dan menilai sejauh mana prestasi PR menerusi program dan rancangan dalam Merakyatkan Ekonomi Selangor (Mes).
“Kita kerajaan PR dengan tulus ikhlasnya mengucapkan jutaan terima kasih kepada rakyat Selangor kerana memberi mandat, kepercayaan dan tanggungjawab kepada kita untuk merancang dan melaksanakan pelbagai kegiatan pembangunan dan ekonomi negeri bagi faedah rakyat,” katanya dalam ucaptama bersempena malam kemuncak Sambutan Satu Tahun Pentadbiran Kerajaan Baharu di Stadium Malawati malam tadi.
Hadir sama, Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Selangor dan juga Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Ramli Mahmud.
Menurutnya, apa yang jelas kerajaan baharu yang dipimpin PR berusaha membangun dan memewahkan rakyat Selangor tanpa ada perbezaan kaum, agama, fahaman politik atau kedudukan dalam masyarakat.
Kata Abdul Khalid, sejak PR mentadbir urus negeri Selangor semua rakyat dari peringkat bayi dari usia kanak-kanak sekolah, pelajar institusi pengajian tinggi hingga ke peringkat warga emas termasuk orang asli, golongan fakir dan miskin, orang kurang upaya dan ibu tunggal telah diberi bantuan dan perlindungan menerusi program yang dijalankan kerajaan negeri.
“Alhamdulillah, menerusi Mes fasa pertama semua lapisan rakyat Selangor yang layak telah diberi bantuan kewangan, bantuan kebendaan dan peralatan untuk pembelajaran, perniagaan dan khairat kematian,” katanya menambah satu lagi agenda ekonomi iaitu Pakej Rangsangan Ekonomi diperkenalkan tahun ini bagi merancakkan industri dan ekonomi Selangor.
Abdul Khalid berkata kerajaan negeri sudahpun mengumumkan lima pakej rangsangan ekonomi berjumlah RM50 bilion bagi merancakkan ekonomi di Selangor dengan menyediakan ratusan ribu peluang pekerjaan.
“Kita percaya inisiatif ini dapat memberikan peluang sewajarnya kepada Industri Kecil dan Sederhana iaitu sektor yang paling teruk terjejas akibat kegawatan sekarang,”katanya.
Menurutnya bagi memastikan pakej itu berjaya, kerajaan negeri memerlukan kerjasama dengan kerajaan Persekutuan serta sektor swasta dari dalam dan luar negara.
Tambahnya, selain pakej itu kerajaan negeri juga akan meneruskan fasa kedua Mes dengan menambah beberapa program kebajikan lain.
“Dalam fasa kedua ini bantuan dan manfaat bakal diterima oleh golongan belia, usahawan dan kakitangan kerajaan negeri,” ujarnya
Dalam masa yang sama katanya, kerajaan negeri juga sedang mengusahakan konsep ‘Kediaman Untuk Semua’ di mana setiap rakyat bakal mempunyai kediaman menurut kemampuan masing-masing dalam tempoh yang bersesuaian. - MURIZA ABDUL HAMID

Rodziah Harap Setiap Dun Tubuh Pusat Komuniti Wanita

KLANG, 21 Mac - Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kebajikan, Hal Ehwal Wanita, Sains, Teknologi dan Inovasi, Rodziah Ismail berharap lebih banyak pusat komuniti wanita dapat ditubuhkan di negeri ini.
Beliau berkata pusat komuniti itu nanti bukan sahaja berperanan meningkatkan kemahiran golongan wanita, bahkan mendedahkan mereka dengan hak wanita dari sudut perundangan.
Menurut Rodziah, setakat ini beberapa kawasan dewan undangan negeri (Dun) telah menyatakan minat untuk menubuhkan pusat komuniti untuk wanita.
Antaranya Taman Medan, Batu Tiga, Selat Klang, Hulu Klang dan Rawang.
“Hasrat saya ialah supaya ia bukan sekadar tempat berkumpul untuk meningkatkan pelbagai kemahiran tetapi kita mahu mendedahkan tentang hak-hak di sudut perundangan, sebab kita tahu bahawa wanita ni kadang-kadang perlu bantu-membantu, sokong-menyokong di antara satu sama lain dan akhirnya mereka boleh berdikari,” katanya selepas merasmikan Kursus Usahawan Cendawan Wanita di Dewan Serbaguna, Lorong Hamdan, Off Jalan Khamis, Meru dekat sini pagi tadi.
Rodziah berharap pusat komuniti seumpama itu dapat ditubuhkan di setiap kawasan Dun dengan pelbagai pengisian program untuk wanita.
Beliau berkata kerajaan negeri juga telah mengadakan beberapa kursus untuk wanita termasuk golongan ibu tunggal bagi meningkatkan sumber pendapatan mereka.
Katanya sejak sebulan lepas, empat kursus telah diperkenalkan iaitu kursus jahitan manik, bakeri, cendawan dan pendidikan anak-anak.
Terdahulu ketika berucap merasmikan kursus itu, Rodziah berkata usahawan wanita perlu bijak memanfaatkan peluang perniagaan berasaskan cendawan yang boleh memberi pulangan yang lumayan.
Katanya, mereka perlu menghindar sikap ‘hangat-hangat tahi ayam’ sebaliknya berusaha untuk menjadikan perniagaan itu sebagai sumber pendapatan yang berterusan.
“Saya berharap kursus seperti ini dapat membuka minda kita dan jangan sesekali kita tinggalkan apa yang kita sudah belajar,” katanya. - NOOR ALLIA KASSIM

HUTANG UMNO LEBIH RM280 JUTA BELUM DIBAYAR?

Bernama TV melaporkan bahawa Sebuah syarikat Elegant Advisory Sdn Bhd mendakwa kes tuntutan mereka kepada Umno yang didakwa tidak membayar hutang sebanyak lebih dari RM280 juta masih belum selesai.
Hutang yang dituntut ini ialah berkenaan wang pembayaran peralatan pilihanraya umum 2004 termasuk poster dan lain-lain.
Peguam syarikat terbabit, Ahmad Tarmizi berkata sehingga ini kes ini masih berjalan dan pihaknya masih menunggu keputusan Umno samada ingin menyelesaikannya di luar mahkamah. Jika Umno enggan maka kes ini akan kami teruskan mengikut proses mahkamah.
Menurutnya, pelanggannya kesal kerana media sebelum ini seolah-olah melaporkan bahawa kes ini sudah selesai.
Malang sungguh syarikat terbabit kerana berurusan dengan parti yang suka menipu dan membelit. Itu sebab saya mengingatkan peniaga dan rakyat semua jangan percaya kepada Umno kerana terbukti sekarang Umno dipimpin oleh kaki rasuah dan penipu.

Biar Anwar jelaskan - Guan Eng


PULAU PINANG: Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, biarlah Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menjelaskan dakwaan tentang konspirasi dalaman parti itu sehingga menyebabkan Mohammad Fairus Khairuddin meletak jawatan sebagai Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang."Baik tanya Anwar. Saya tidak mahu jelaskan perkara ini kerana ia melibatkan perkara dalaman PKR," katanya kepada pemberita di sini hari ini.Semalam, Lim mengumumkan peletakan jawatan Mohammad Fairus sebagai timbalan ketua menteri dan anggota exco berkuatkuasa 8 April.Mohammad Fairus bagaimanapun masih kekal sebagai Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Penanti dan juga anggota PKR.Akhbar hari ini pula melaporkan Mohammad Fairus mendakwa menjadi mangsa konspirasi dalaman parti.Mengenai sebab peletakan jawatan timbalan ketua menteri oleh Mohammad Fairus, Lim juga menyerahkan kepada Mohammad Fairus sendiri untuk menyatakan sebabnya."Kita beri ruang kepada Mohammad Fairus untuk menjelaskan sendiri sebab-sebab beliau meletak jawatan," katanya.Pengerusi Perhubungan PKR negeri, Datuk Zahrain Mohamed Hashim berkata beliau terkejut dengan kenyataan Mohammad Fairus berhubung dakwaan konspirasi tersebut."Selama ini saya yang mempertahankan beliau ketika pelbagai dakwaan dilemparkan terhadapnya," katanya.Beliau turut berkata sebarang penjelasan berhubung peletakan jawatan Mohammad Fairus perlu dirujuk kepada Anwar.Mstar.

March 20, 2009

S. Manikumar calon PKR Bukit Selambau




Jumaat Mac 20, 2009

PETALING JAYA: S. Manikumar diumumkan sebagai calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Selambau.
Pengumuman itu dibuat oleh Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi.
Manikumar merupakan seorang ahli perniagaan syarikat antarabangsa berusia 36 tahun, lulusan Universiti Utara Malaysia (UUM) fasih pelbagai bahasa.
Beliau adalah antara empat calon akhir yang telah disenarai pendekkan. Nama-nama lain ialah Dr.R.Krishnanmoorthy, Sri Thrn dan S.Masilamani.
Mereka adalah antara 17 calon yang telah ditemubual oleh PKR bahagian Merbok baru-baru ini termasuklah peguam hak asasi manusia, N. Surendran.

Gantung jawatan parti - Ku Li

KUALA LUMPUR 18 Mac - Calon-calon jawatan tertinggi parti yang didapati terlibat dalam politik wang perlu digantung daripada sebarang jawatan parti dan bukan sekadar dihalang bertanding.
Ketua UMNO Bahagian Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah berpendapat, Lembaga Disiplin parti patut bertindak adil dan tidak membezakan hukuman ke atas para pengamal politik wang sekalipun mereka memegang jawatan berlainan dalam parti.
"Kalau benar bersalah patut dihukum, tidak boleh diberi amaran saja. Jangan pilih 'ikan bilis' saja, 'jerung' lepas," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen hari ini.
Beliau mengulas kes politik wang melibatkan Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam serta ejen-ejennya.
Semalam, Lembaga Disiplin memutuskan Mohd. Ali dilarang bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan parti bermula 26 Mac ini.
Tengku Razaleigh khuatir, perbezaan hukuman itu mampu mengelirukan rakyat dan ahli parti sehingga menyebabkan Lembaga Disiplin dilihat tidak berwibawa dan tidak konsisten.
"Jika rayuan Mohd. Ali untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden itu diluluskan (oleh Panel Rayuan Lembaga Disiplin UMNO), maka ahli-ahli lembaga itu mana nak letak muka, mereka harus letak jawatan," tegasnya.

PRK BUKIT GANTANG : BN NGERI LIHAT SAMBUTAN RAKYAT KEPADA CERAMAH PR MALAM INI

19 March 2009
Walaupun Polis menghalang ceramah PR di tempat asal iaitu di Simpang dan ia ditukar ke perkarangan Pejabat PAS Kawasan Bukit Gantang di Bukit Chempedak, ianya tidak menghalang kira-kira 10,000 rakyat setempat hadir mendengarnya.
Saya yakin sambutan rakyat tempatan kepada ceramah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk Seri Nizar Jamaluddin malam ini mengerikan Umno/BN yang sudah pasti bimbang dengan kehadiran lautan manusia hadir pada ceramah tersebut.
Walaupun BN menggunakan Polis untuk menghalang PR mengadakan program ini namun ianya tidak mematahkan semangat rakyat untuk menzahirkan kebencian mereka kepada BN yang jijik lagi menjijikkan.
Tidak syak lagi momentum program malam ini akan meningkat dari masa ke semasa dan akhirnya 'meletup' pada 7 April nanti yang Insya Allah akan menyaksikan BN tersungkur di Bukit Gantang dengan majoriti yang jauh lebih besar dari yang diperolehi oleh Allahyarham YB Roslan Shahrum 8 Mac 2008 lalu.

March 19, 2009

Anwar: Keputusan Lembaga Disiplin Umno timbul prasangka

KUALA LUMPUR: Ketua Umum Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata, tindakan Lembaga Disiplin Umno yang mengenakan tindakan terhadap ahli-ahli parti itu yang didapati bersalah berhubung politik wang di saat-saat akhir pemilihan hanya akan menimbulkan prasangka di kalangan rakyat.
Bekas Timbalan Perdana Menteri itu berkata, jika Umno mahu membuktikan ketelusannya, penyelidikan berhubung gejala politik wang seharusnya dilakukan sebelum proses pemilihan bahagian dan bukannya menjelang pemilihan parti yang hanya akan berlangsung minggu depan."Sekarang bila dilakukan begitu (tindakan), tafsiran dan persepsi itu tidak nampak motif hendak bersihkan kotoran daripada politik wang, jadi motif itu mungkin dipertikai," katanya di lobi Parlimen di sini, hari ini.Anwar berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan Lembaga Disiplin Umno semalam yang mengenakan tindakan terhadap 15 ahlinya berhubung politik wang.
Antara yang dikenakan tindakan adalah Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang didapati bersalah mengikut Perkara 10.1 Tataetika Ahli Umno berhubung politik wang yang dijatuhkan hukuman dilarang bertanding jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan minggu depan.Sementara itu, calon Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin turut didapati bersalah di bawah Perkara yang sama tetapi hanya diberikan amaran dan masih dibenarkan bertanding.Selain itu, enam lagi ahli yang terdiri daripada pemimpin-pemimpin peringkat bawahan digantung keahlian selama tiga tahun, lima ahli digantung selama setahun dan dua lagi diberi amaran.
Ditanya sama ada tindakan Lembaga Disiplin semalam bersikap selektif, Anwar berkata, beliau tidak pasti tentang hal itu tetapi ia tidak menghalang orang ramai mempunyai persepsi tersebut."Ini disebabkan ia melibatkan masa (yang suntuk), kerana bacaan umum berhubung siapa yang akan menang atau kalah, atau siapa yang akan menjadi pesaing paling besar dan siapa yang mewakili kumpulan yang memberi kesan kepada profesionalisme dan ketelusan kepada jawatankuasa (disiplin)."Jika mereka profesional dan telus, mereka perlu melakukan tugas mereka lebih awal sebelum beberapa hari menjelang perhimpunan kerana ini akan menimbulkan prasangka dan persepsi negatif," katanya.
Anwar berkata, beliau telah bercakap dengan beberapa Ketua Umno bahagian dan ahli-ahli Parlimen berhubung hal itu dan katanya mereka juga mempunyai prasangka terhadap cara yang digunakan Lembaga Disiplin."Mereka menyokong langkah membersihkan politik wang dalam Umno tetapi mempunyai prasangka terhadap cara yang digunakan serta kumpulan di bawah kepompong iaitu kumpulan yang tidak sejajar dengan (Datuk Seri) Najib Tun Razak."Saya hanya jadi pendengar," katanya.Mstar.

KONVOI WATER CANON KE TAPAK CERAMAH MALAM NIE TERLIBAT DLM KEMALANGAN

Muhasabahlah dengan kejadian ini! News terkini yang wak terima dari rakan blogger sebentar tadi menyatakan bahawa berlaku kemalangan teruk yang melibatkan 6 buah trak FRU dan 3 buah kenderaan Water Cannon Polis dimana difahamkan konvoi tersebut dalam perjalanan ke Bukit Gantang. Sebuah kenderaan Water Cannon telah terbalik, dan beberapa anggota FRU dipercayai cedera.Dari sumber sohih yang wak terima pada jam 5.15pm terus di Bilik Media ke-2 ini, menyatakan bahawa konvoi yang terlibat itu adalah dalam perjalanan ke lokasi ceramah yang akan dihadiri oleh DSAI dan MB Perak yang sah iaitu YAB DS Nizar.Walaubagaimanapun permit majlis ceramah itu tidak diluluskan oleh pihak Polis. Malah Polis juga telah memberi kata dua,
..Ketua Polis Daerah Taiping ACP Raja Musa Raja Razak berkata perhimpunan di tempat itu tidak sesuai kerana ia berhampiran dengan jalan utama dan boleh menjejaskan lalulintas dan keselamatan orang ramai."Polis akan mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang mengadakan ataupun menyertai perhimpunan itu," katanya ketika dihubungi hari ini.Raja Musa berkata bagi mengelak sebarang kejadian, anggota polis akan ditempatkan di kawasan itu...Oleh kerana itu tapak ceramah telah diubah dan ditukar ke lokasi terbaru iaitu di Bukit Cempadak, 3 km dari Simpang Changkat Ibol. Difahamkan juga konvoi FRU yang terlibat dalam kemalangan teruk itu sedang dalam perjalanan ke kawasan yang wak sebutkan.Sumber yang tiba pada jam 5.40pm : Terdapat 8 trak FRU kini berada di susur keluar TOL Changkat Jering. Sekatan Jalanraya juga sedang giat dibuat oleh pihak berkuasa. Sumber ini diperolehi dari blogger Sya-Reformis yang baru sahaja keluar dari Plaza TOL Changkat Jering.

Ratusan polis dan FRU berkawal di tapak ceramah yang dihalang.

19 Mac 2009
BUKIT GANTANG : TERKINI 7.20 MALAM, Dianggarkan lebih dua ratus orang polis dan FRU mengadakan kawalan yang ketat di sekitar tapak ceramah di Simpang, Jalan Kuala Kangsar, yang telah dilarang oleh Polis dengan kenyataan pihak berkenaan permit tidak dibenarkan.Kelihatan deretan kira-kira 30 kenderaan yang tertulis PDRM berwarna merah , hitam dan kereta biasa yang mengangkut mereka yang bertugas diletakkan disepanjang jalan berhampiran tapak ceramah itu.

PELANCARAN JENTERA PEMUDA PAKATAN RAKYAT

TARIKH :22 HB MAC 2009(AHAD)
TEMPAT :PADANG TAMAN BANDAR BHARUSUNGAI LALANG BUKIT SELAMBAU
WAKTU :4 PETANG HINGGA 7 MALAM

SEMUA PEMUDA DI JEMPUT HADIR

PENGUMUMAN CALON PKR OLEH DATO' SERI ANWAR IBRAHIM

TARIKH:20 HB MAC 2009
HARI :JUMAATWAKTU :10 PAGI
TEMPAT:BILIK GERAKKAN UTAMA TAMAN TENGKU HAMIMAH,SUNGAI LALANG.

SEMUA MEDIA DI JEMPUT HADIR.

MBI robohkan plak, MBSA pula bila?

Oleh: http://huzaifahsview.blogspot.com/
Sungguh! Ini bukan isu membalas dendam…tapi ketegasan. Cukuplah asyik kita anak-beranak ditibai oleh Umno, sedang anak-anak mereka bebas tanpa sedikit pun dicubit pahanya.
Cuba anda fikir, semasa PR mengambil alih Selangor daripada Umno dahulu, macam-macam cerita terbongkar. Antaranya, isu Bangunan Umno Bahagian di Shah Alam yang TERTUNGGAK Cukai Pintu sehinga mencecah sejuta ringgit.
Kes itu khabarnya, cuba diselesaikan oleh Umno dengan meminta diskaun dan ansuran. Namun, hingga kini…rakyat Selangor tak dengar cerita apa sudah jadi sebenarnya?
Mula-mula dahulu, Exco Ronnie Liu adalah memberikan amaran akan menyita bangunan tersebut. Amaran tu okaylah, tapi jika sampai sekarang tidak settle juga…hai…takkan lah nak dibiarkan sahaja kot!
Itu di Selangor….di Penang pun ada cerita juge. Sama sahaja rupanya perangai hudoh Umno ni di mana-mana sahaja. Khabarnya, beberapa bangunan milik Umno bahagian dan cawangan di Pulau Pinang didakwa gagal menjelaskan tunggakan cukai pintu berjumlah ratusan ribu.
Antaranya Bangunan Umno Bahagian Permatang Pauh dengan tunggakan RM25,548 sejak tujuh setengah tahun lalu, Umno Cawangan Pekan Darat, Kepala Batas berjumlah RM1,582 (tujuh tahun). Umno Cawangan Teluk Air Tawar di Butterworth sebanyak RM228 (10 tahun), Umno Bahagian Bagan sebanyak RM209,135.45 (10 tahun setengah) dan Sekretariat Kelab Umno di Permatang Pauh sebanyak RM64 (setahun)….
Mak oiii…banyaknya hutang parti reput Umno nih!
Saya juga dikhabarkan, bahawa bangunan ibu pejabat Umno di KL (PWTC) pun entah-entah banyak tak berbayo segala cukainya…
Jadi, jika di Perak yang masih tak sahih siapa pemerintahnya pun puak-puak umno ni boleh berlagak….maka takkanlah kerajaan PR di negeri-negeri lain nak tengak sahaja.
Saya teringin juga nak tengak MBSA kunci Bangunan Umno Shah Alam dan rampas perabot dari pejabat tu. Jika tidak, kita mungkin boleh hadiahkan sebatang penyapu kepada Datuk Bandar MBSA…okay tak?

PENYOKONG TOK ALI MELAKA NAIK MINYAK !!!!



Penyokong Umno berbaring di jalan, cuba menghalang ketua Angkatan Muda PKR keluar dari ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Melaka selepas membuat aduan terhadap Datuk Seri Mohd Ali Rustam.Dua penyokong itu, daripada kira-kira 50 orang, berkumpul di depan pintu masuk kompleks suruhanjaya itu di Jalan Taming Sari di bandar Melaka tengah hari tadi. Shamsul Iskandar Mohd Akin memberitahu Malaysiakini, beliau sewaktu kejadian berada di dalam sebuah kereta, ingin pulang selepas lebih sejam di pejabat SPRM mengadu kes politik wang ketua menteri Melaka.

Kenyataan Media Tian Chua - PENYELEWENGAN DAN KRONISME DALAM KEMENTERIAN PERTAHANAN

Ekoran daripada pendedahan oleh Ketua Pembangkang Dewan Rakyat mengenai isu pembelian Eurocopter dengan harga begitu tinggi dan memberi keuntungan kepada pihak-pihak tertentu. Akhirnya, Perdana Menteri mengumumkan keputusan kerajaan menangguhkan pembelian tersebut.
Hari ini, sekali lagi pendedahan isu penyelewengan dalam Kementerian Pertahanan mengenai proses perolehan dan mempunyai unsur kronisme bagi pemimpin negara. Orang yang bernama Syed Abu Hussin Bin Hafiz Syed Abdul Fasal tidak asing lagi bagi kakitangan dan kontraktor-kontraktor Kementerian Pertahanan. Pada masa yang sama, beliau juga merupakan ahli UMNO (No ahli: 00924477) dari Bahagian Bukit Gantang, Perak.
Beliau mempunyai lebih 30 syarikat di mana beliau merupakan ahli lembaga pengarah ataupun pemegang syer. Melalui syarikat-syarikat ini, beliau berjaya menguasai hampir 90% projek-projek pembekalan pelbagai rangsum bagi Kementerian Pertahanan yang mencecah ratusan juta ringgit. Contoh syarikat yang dimiliki oleh beliau seperti berikut:-

a. Komantra Sajian Sdn Bhd memperolehi secara rundingan terus projek penswataan perkhidmatan katering Angkatan Tentera Malaysia (ATM) bagi Zon Utara dan Timur Semenanjung Malaysia yang mencecah lebih daripada RM 600 juta.

b. Gpb Coporation Sdn Bhd memperoleh projek perkhidmatan pengangkutan bas untuk kem-kem Latihan Khidmat Negara (PLKN) yang mencecah lebih daripada RM 300 juta.
Bukan sahaja memperolehi projek-projek begitu senang sekali, beliau turut tidak melaksanakan tugas dengan beramanah. Antaranya, menghantar bekalan yang tidak mengikut spesifikasi yang ditetapkan dalam tender. Mengurangkan kuantiti bekalan yang sepatutnya dihantarkan atau tidak menghantar bekalan langsung tetapi invoice tetap dihantarkan kepada Kementerian Pertahanan untuk proses pembayaran.

Ini telah membuktikan sekali lagi keraguan dan ketelusan yang melibatkan pemimpin negara untuk memberi keuntungan kepada pihak-pihak tertentu dalam Kementerian Pertahanan.

YB TIAN CHUA
AHLI PARLIMEN BATU

MB Nizar sambut hari jadi dan ulang tahun Kerajaan Pakatan Rakyat




IPOH 17 Mac 2009 Di tapak bersejarah Sidang Dewan Undangan Negeri bawah pokok telah diadakan majlis ulang tahun Kerajaan Pakatan Rakyat Negeri Perak setahun selepas majlis angkat sumpah YAB Menteri Besar Ke 10 iaitu Ir. Muhammad Nizar Jamaluddin pada 17 Mac 2008 lalu. Pada tarikh yang sama Ir Nizar menyambut hari jadinya ke-52 telah diraikan bersama ADUN Pakatan Rakyat antaranya Dato’ Ngeh Koo Ham, YB Nga Kor Ming, Speaker YB. Sivakumar dan beberapa ADUN, wartawan dan tetamu undangan.Ucapan ringkas MB telah membaca satu ayat Al-Quran membawa pengertian dari Allah yang telah mendatang akan kebenaran yang dengannya menghapuskan segala kebatilan.
Pokok Demokrasi tetap menghijau dan segar dihati rakyat yang telah bertahan 11 bulan yang lalu. Kesemua yang hadir nampak ceria tanda kepuasan bilamana menyatu-padukan rakyat berbilang kaum, ugama dan fahaman dapat dilakar dengan 5 prinsip; Adil, Amanah, Telus, Intergriti dan Berkebajikan yang akan dikenang oleh rakyat sepanjang masa.Mengimbas kembali 17 Mac 2008 iaitu selepas 8 hari Pilihanraya umum ke-12, Ir Nizar telah disahkan menerajui penubuhan Kerajaan Negeri Perak Pakatan Rakyat selepas angkat sumpah MB di Istana Iskandariah.
Semenjak itu, semua 27 ADUN dan penyokong Pakatan Rakyat yang seincipun tidak berganjak dari menyatakan sokongan YAB Dato Seri Ir. Nizar sebagai Menteri Besar yang lebih sah di Negeri Perak.Apakah trajedi Jumaat 6 Februari 2009 telah berlaku kemuncak bantahan rakyat di pintu masuk Istana Kuala Kangsar tempat majlis angkat sumpah MB baru akan punah hilang sokongan rakyat kepada kerajaan Pakatan Rakyat.Persidangan DUN bawah pokok pada Selasa 3 Mac 2009 disebabkan pintu pagar SUK dikunci menyaksikan Rakyat masih berdiri teguh mempertahankan sokongan.
Demikianlah apa yang saya yakini sehingga ulang tahun pertama Pakatan Rakyat memerintah Perak pada hari, kuasa kerajaan masih dihati rakyat dan akan segera diterjemahkan di Pilihanraya kecil Bukit Gantang nanti.
Posted by bumiperak

Sujatha Inquest: I paid downpayment for her condo, says Vell Paari


KUALA LUMPUR: The chief executive officer of Maika Holdings Bhd, S. Vell Paari, paid RM220,000 as a downpayment for the condominium of late local drama actress K. Sujatha.
For the remaining RM200,000, he took a loan under his name but the unit was registered in Sujatha's name and she was servicing the loan payments.
Vell Paari said this in the coroner's court yesterday at the inquest into the death of Sujatha, 28, who died at the Tengku Ampuan Rahimah Hospital in Klang on June 25, 2007, several days after she was admitted for allegedly drinking weedkiller.
He said he paid for Sujatha's medical treatment and education -- her final year in diploma and her Master's degree in commerce -- and was also the guarantor for the bank loan taken for her Mazda RX8.
He, however, denied buying the car for Sujatha, who was then his personal assistant.
He said that in his statement regarding her death, he had stated that she died following an illness caused by an ovarian cyst.
Vell Paari, 46, said he had lied because of a request from Sujatha's family.
"After she died, her two brothers asked me not to reveal the true cause of her death. They said that if it was revealed (in the media) that she died after consuming paraquat, the public will have the perception that she had committed suicide although she (Sujatha) had said that she consumed it unknowingly."
He said the brothers did not want their sister's name to be tarnished in any way.
Vell Paari was the fourth witness to be called in the inquest. He had told the inquest on Monday that Sujatha had told him that she had "unknowingly" drunk the weedkiller at her condominium on June 19, 2007.
To a question by deputy public prosecutor Geethan Ram Vincent, who was assisting coroner Mohd Faizi Che Abu, Vell Paari admitted that Sujatha had accompanied him to several official functions.
He also admitted that he had accompanied Sujatha and her family members twice to India for her medical treatment, which he had funded.
Sujatha had also accompanied him to Australia. Vell Paari's wife Shaila Nair had never followed them during these trips.
Vell Paari denied having a sexual relationship with Sujatha, but said that he would normally go to her house for official reasons and also during functions.
Geethan: You are a caring employer.
Vell Paari: Yes, I do that for all my staff.
Geethan: Is it the norm for you to buy a house for your employee?
Vell Paari: Yes, the amount has been higher for some of them.
On Monday, Vell Paari told the court that he had funded the education for Sujatha's two brothers, Surenthiran and Ugenthiran. Ugenthiran was then studying in Australia.
Asked if he suspected any foul play in her death, Vell Paari answered in the negative and did not think Sujatha had any enemies as she was a well-liked person.
The court was also shown a newspaper cutting and a photograph of Vell Paari and his wife which were taken from Sujatha's house.
The newspaper cutting was of their wedding photograph while the photo was one of Vell Paari and his wife taken during their wedding reception. This picture was torn into pieces and stuck back using tape.
During cross-examination by his counsel, Datuk K. Kumaraendran, Vell Paari said Sujatha had a good relationship with his wife and they had attended functions together.
He said the last two functions that Sujatha and his wife had attended together was a fashion magazine event which was held several months before her death and also the launch of the movie Sivaji, just a few days before she was admitted to hospital.
The inquest continues today.
addthis_pub = 'nstonline';

Kerja bomoh bawah meja PM

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim sebentar tadi mempersoalkan di Dewan Rakyat bagaimana kerja-kerja bomoh boleh berada di bawah meja Perdana Menteri yang juga Presiden Umno, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi di ibu pejabat Umno di PWTC.Ketua Pembangkang menunjukkan laporan Sin Chew Jit Poh yang memetik Polis Dang Wangi yang menyatakan terdapat dua keping kertas bertulisan jawi dan kayu bersalut kain di bawah meja Presiden Umno itu.Dua keping kertas bertulisan jawi itu kemudiannya dihantar ke makmal oleh Polis Dang Wangi.Anwar mempersoalkan bagaimanakah kerja-kerja tahyul itu boleh melepasi kawalan keselamatan ke pejabat Presiden Umno. Beliau juga mempersoalkan adakah para pemimpin Umno terlibat dalam kerja-kerja tahyul.Kerja-kerja bomoh itu, menurut Anwar, hanya terdapat di bawah meja Perdana Menteri yang juga Presiden Umno sahaja dan tidak terdapat di bawah meja Timbalan Presiden Umno yang juga Timbalan Perdana Menteri atau mana-mana pemimpin lain yang mempunyai pejabat di ibu pejabat Umno itu.Saya hanya melaporkan sahaja and you are free to kill the mesenger, kalau memang itu kelaku hampa.
Posted by bakaq a.k.a. ~penarik beca

Dato Mahfuz Omar - PAK LAH BOLEH JADI NEGARAWAN JIKA HALANG NAJIB JADI PM ......

KUALA LUMPUR, 18 Mac (Hrkh) - Ketua Penerangan PAS, Dato' Mahfuz Omar meminta kekuatan dan ketegasan Perdana Menteri, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi agar bertindak segera menghalang Dato' Seri Najib Tun Razak menjadi Perdana Menteri.
"Saya percaya bahawa Abdullah tahu semua pihak majoriti masyarakat Melayu, bukan Melayu dan dalaman Umno tak gembira dengan peralihan kuasa ini dan kemunculan Najib ambil alih jawatan,
"Sepatutntya Abdullah kena lakukan sesuatu untuk kepentingan negara bukan kepentingan umno.Abdullah kena buat sesuatu supaya proses peralihan kuasa tidak berlaku atau berlakupun bukan kepada Najib kerana pandangan dalaman negara dan luaran juga sudah negatif kepada Najib," katanya.
Walaupun tidak nafi kepimpinan Abdullah ada masalah tetapi segmen masyarakat melihat bahawa lebih buruk jika kepimpinan diserah kepada Najib, katanya.
Ini kerana rakyat melihat negara akan hadapi krisis lebih buruk dan negara akan kehilangan kekayaan apabila Najib ambil alih pemerintahan, ujar Mahfuz.
Najib sendiri terlalu banyak dikaitkan dengan pelbagai skandal yang membuatkan kepercayaan rakyat dan negara luar kepadanya kini semakin berkurang, katanya.
Sebab itu bagi ahi Parlimen Pokok Sena itu dalam tempoh beberapa minggu ini (sebelum pemilihan Umno), Abdullah dan ahli Umno perlu buat sesuatu supaya halang Najib .
Jika tindakan menghalang Najib berjaya dilakukan, rakyat akan menyanjung Abdullah sebagai negarawan, katanya.
"Masyarakat akan sanjung Abdullah kerana menghalang negara daripada diurus oleh orang yang tidak boleh diberi kepercayaan, maknanya dia akan dilihat oleh seorang negarawan dan walaupun dia buat itu ada personal interests tetapi masyarakat akan lihat ini satu kepentingan semua pihak," katanya./wann _

March 18, 2009

It could be a dozen fighting for Bkt Selambau

By SIRA HABIBU
ALOR SETAR: The Bukit Selambau by-election could turn out to be a 12-cornered fight judging from the number of people voicing their intention to contest.
Kedah Election Commission director Zainal Abidin Zakaria said the number of candidates wanting to contest was unusually high.
“So far seven independent candidates have paid deposits (RM5,000 each for candidacy and RM3,000 each for election materials).”
The independent candidates who have taken their nomination forms are former Kedah PPP Wanita chief L. Sarala, 34; businessman T. Chandrarajan, 40; contractor R. Loganathan, 43; and businessman Tan Hock Huat, 46.
Others are businessman Zaharan Abdullah, 39; retired army personnel Mohd Fadzli Wahab, 38, and Major (rtd) Anuar Abdul Hamid, 58.
Three other independent candidates who have expressed their interest but have yet to take their nomination forms are former PKR Zon Mawar chief Mohamad Radzuan Mat Isa, 52; former Malaysia Indian Muslim Congress adviser Datuk Thasleem Mohd Ibrahim, 59; and businessman M. Vaneson, 34.
Barisan Nasional is fielding S. Ganesan, while Pakatan Rakyat is expected to announce its candidate on March 28, a day before nomination day.
The Bukit Selambau seat fell left vacant following the resignation of PKR’s V. Arumugam on Feb 8.
Of the 35,140 voters here, about 50% are non-Malays.
Polling is fixed on April 7.