November 30, 2009

Program Ibadah Korban Perdana Taman Bunga Raya- Ahad 29 Nov 2009


Sebanyak 4 ekor lembu ditumbangkan bersempena Program Ibadah Korban Perdana, Taman Bunga Raya semalam. Majlis dianjurkan oleh Pusat Khidmat Rakyat Dun Batang Kali dengan kerjasama Pejabat Khidmat Masyarakat Taman Bunga Raya (TBR) dan penduduk sekitar Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung.
Walaupun julung kali-nya diadakan, acara berlangsung dengan meriah apabila hampir 1,000 penduduk membanjiri padang bola sepak di sebelah Apartmen Mawar dekat sini.
Penyelaras, Pusat Khidmat Rakyat Dun Batang Kali, Sdr Nashruddin Abd Aziz berkata beliau melihat program sebegini bukan sahaja mendidik umat Islam untuk berkorban, malah memberi ruang mengeratkan silaturahim antara masyarakat di sini.
"Saya merasakan amat wajar program ini diteruskan dari tahun ke tahun dan mungkin jumlahnya boleh di tingkatkan lagi bagi memberi penglibatan yang lebih ramai lagi.“Nilai sepakat yang dilihat pada hari ini memberi mesej baik dalam perjuangan umat Islam di samping menghayati pengertian Hari Raya Korban itu sendiri,” katanya yang turut memuji semangat kerjasama yang ditunjukkan peserta pada hari ini (semalam).
Hadir sama, Pengerusi Program, Sdr Abd Malek, Sdr Hamiruddin Parman (Ahli Majlis Daerah Hulu Selangor), Ustaz Zulkifli Dawam (Pengerusi, Pejabat Khidmat Masyarakat TBR), Yang DiPertua PAS Kawasan Hulu Selangor, Tn Hj Abd Wahid Basri, Pn Mariani (Wanita Prihatin TBR), Shaiful Anuar Sulaiman (Pegawai Khas DUN) dan semua ahli jawatankuasa Pengelola Program (Abd Rahim. Apandi, Ust Fauzi, Wan Ismail, Zamani, Roni dll petugas). Syabas diucapkan kepada semua tenaga kerja dan penyokong program yang menghasilkan satu kerjasama dan ukhwah yang berkesan dikalangan penduduk sekitar Taman Bunga Raya. Anda semua memang hebat!!

November 25, 2009

AYAT ALQURAN MUNCUL DI MOSCOW


Mufti Rusia komen ayat pada kulit bayi

MOSCOW - Majlis Mufti Rusia kelmarin sebulat suara menyatakan bahawa ayat suci al-Quran yang muncul dua kali seminggu pada kulit Ali Yakubov iaitu seorang bayi lelaki berusia sembilan bulan di wilayah Dagestan, selatan Rusia merupakan amaran tuhan kepada semua penduduk Islam di Rusia dan Dagestan.

November 23, 2009

CERAMAH DITARIK SEMULA, POLIS DIPERGUNA UMNO-BN


Ceramah Ditarik Semula, Polis Masih Diperguna UMNO-BN

Isnin, 23 November 2009 |
Kuala Lumpur, 23 November 2009 - Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Polis DiRaja Malaysia masih terus diperguna UMNO-Barisan Nasional.
Menurutnya tindakan polis menarik balik permit ceramahnya di Kulai, Johor malam tadi atas alasan ia mendapat bantahan 30 pemuda UMNO adalah tidak munasabah.
Beliau turut menyatakan kekecewaaannya terhadap sikap dingin Ketua Polis Daerah yang tidak mahu mengadakan sebarang perbincangan.
“ Walaupun kita minum teh tarik semeja dengan Najib ini tidak bermakna polis sudah tidak diperlukan oleh UMNO,malah akan terus menjadikan polis sebagai perkakas UMNO.Dan saya diberitahu oleh OCPD, tidak ada permit tidak boleh berucap,”katanya.
“ Malam tadi semasa Keadilan Kluang memaklumkan bahawa tiada halangan untuk berceramah disitu kerana kawasan merupakan kawasan persendirian.Malah ceramah masih diteruskan oleh pemimpin kawasan tersebut dari Johor,seterusnya saudara Tian Chua berceramah ,tetapi sebaik tiba giliran saya, saya dihalang oleh OCPD,”jelasnya.
Semalam Anwar terpaksa membatalkan ceramahnya di Kulai, Johor malam tadi ekoran bantahan 30 Pemuda Umno.
Ekoran bantahan berkenaan Polis menarik balik permit yang telah dikeluarkan.
“ Saya minta 10 minit untuk terangkan kepada orang ramai dan meleraikan mereka,dan apa yang lebih mengecewakan alasan yang diberikan ialah terdapat 30 pemuda UMNO menjerit-jerittidak sepatutnya,”ujarnya.
Anwar berkata, beliau kemudiannya bertanya kepada pegawai polis tersebut adakah tindakan sama akan dilakukan kepada Umno-Barisan Nasional sekiranya terdapat bantahan dari sebilangan kecil kelompok.
Katanya bagaimanapun, pegawai berkenaan hanya mampu berdiam diri dan kemudiannya menjawab “saya tidak mahu berbincang”.(TvSelangor)

SPR PERLU ADAKAN PRU DIKOTA SEPUTEH - MAHKAMAH TINGGI KL


PUTRAJAYA, Nov 23 – Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Rayuan dan Kuasa-kuasa Khas) mengarahkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar mengadakan pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh, Kedah.

Ia perlu diadakan dalam tempoh 60 hari berkuat kuasa 16 November lalu.
Mahkamah mengarahkan SPR mengeluarkan notis untuk pilihan raya kecil - yang ke-10 sejak pilihan raya umum Mac 2008 - menjelang Rabu ini.
Bagaimanapun Jabatan Peguam Negara yang mewakili SPR mahu memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan.
Pada Isnin lalu, Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa SPR wajar mengadakan pilihan raya kecil di kerusi berkenaan selepas didapati wujud kekosongan.
Bagaimanapun Jumaat lalu, hakim Datuk Alizatul Khair Osman Khairuddin mendengar permohonan SPR untuk menangguhkan keputusan tersebut.
SPR memfailkan permohonan itu Rabu lalu selepas Alizatul mengisytiharkan kerusi DUN itu kosong dan memutuskan Datuk Abu Hassan Sharif dari BN-Umno bukan lagi wakil rakyat kawasan berkenaan selepas gagal menghadiri sidang DUN dua kali berturut-turut tanpa kebenaran.
Pada 1 September, Speaker memfailkan semakan kehakiman selepas SPR menerima sijil cuti sakit Abu Hassan berikutan ketidakhadirannya dalam sidang DUN serta mengisytiharkan bahawa tidak berlaku kekosongan bagi kerusi itu dan wakil rakyat BN itu masih merupakan ADUN kawasan berkenaan.
Hari ini, mahkamah menolak hujah SPR bahawa urusan mengadakan pilihan raya kecil akan membabitkan kos besar.
Malah Alizatul juga menolak hujah SPR bahawa akan wujud masalah-masalah lain jika mahkamah yang lebih tinggi membuat keputusan memihak kepada suruhanjaya itu dan membatalkan keperluan mengadakan pilihan raya kecil.
Selain itu, Alizatul juga menegaskan masalah kemungkinan penduduk Kota Siputeh akan mempunyai dua wakil rakyat bukan soal SPR.

PAKATAN RAKYAT DAN SISTEM 2-PARTI DI MALAYSIA - DS ANWAR


It is a great honour to stand before you to talk about what can be described as a revolution in the collective consciousness of this nation. Last March, by the stroke of the pen, the people of Malaysia shattered all of the preconceived notions that denied the possibility of political change. In place of these old assumptions a new memory of our nation’s heritage and the self-image of its people has emerged.
Until now many of our elected representatives have failed to uphold the mantle of public office. Their interest has been an exercise in greed and avarice and not what Vaclav Havel described as a heightened responsibility for the moral state of society, and to seek out the best in that society and to develop and strengthen it. For it is only with leaders of such caliber that we can expect a government that is fair and abides by the Rules of Law, outlined in a Constitution that grants legitimacy to the very existence of that government. Anything short of this would be an injustice that approaches tyranny.

We had been weaned for many years on the notion that submissiveness and frailty were a prerequisite for the stability of the nation. Our diverse ethnic makeup, rather than an asset, was treated as a powder keg that could be ignited by the slightest spark. Economic development was not compatible with the freedoms that have been established in other democratic nations. On the contrary Malaysian democracy would be circumscribed by profoundly un-democratic rules. There was a freedom of speech but only on certain subjects. The freedom to associate was granted, but only with approved license. Due process, a fair and an impartial judiciary were granted only insofar as they did not encroach upon the vested interests of the rich and powerful. These measures were taken unscrupulously in the name of security and peace.
of democracy, there is no monopoly on the principles of political freedom and liberty. The tradition of public discussion can be found across the world such that Tocqueville in his observations on American political culture said that democracy can be seen as part of “the most continuous, ancient and permanent tendency known to history.” What Locke said in the 18th century we can find explicit precursors in the Muslim tradition. Consider the Prophet Muhammad’s Last Sermon in which he asserts the importance of property rights and the sanctity of contracts, women’s rights and racial equality. Remember this was 1400 years ago! The narrative does not stop there. al-Shatibi, the Andalusian legal scholar, articulated more completely the maqasid al-Sharia, the Higher Objectives of the Islamic Law, which sanctify the preservation of religion, life, intellect, family, and wealth; objectives that bear striking resemblance to Enlightenment ideals that would be expounded centuries later.
This is of course all theoretical. Even the Malaysian Constitution talks about equal protection under the law and proposed a system of checks and balances on power. Yet 52 years later, and after nearly 700 amendments to the original text of that document, few would argue that the original spirit of the Constitution remains intact. The upshot is that Malaysia’s experience as a pseudo democracy has been a utter disaster.
A nation blessed with vast wealth and a people with the ability to learn and excel has been left in the lurch by decades of failed policies. Hope in a brighter future has been snuffed out by the blunt instrument of state power and the cancer of corruption. Certainly the thin veneer of success has been made our country appealing to the eye. As far as developing countries go we are far ahead of the pack. But when we look under the hood, as Malaysian citizens must do on a daily basis, we are confronted with myriad contradictions – a crumbling education system, second rate health care, massive shortcomings in public transportation and crime rates which are perpetually on the rise.
It is no surprise when we see recent figures citing nearly 800,000 Malaysians professionals now working abroad.
The idea of a two party system has been talked about ad infinitum since the Spring of last year. The excitement many have expressed over the advent of this new dimension in Malaysian politics might suggest that the mere existence of a viable second party is itself the holy grail of a democratic state. Some might even draw the conclusion that once in power this alternative voice would swiftly rectify the monumental ills that have been heaped upon Malaysian society by the Barisan Nasional.
A vibrant opposition is of course synonymous with democracy itself. Yale based political scientist Ian Shapiro has contended that “democracy is an ideology of opposition as much as it is one of government”. Yet we would be in a state of self-deception, however if we pinned the hopes for healthy democracies on just one of its attributes. The same mistake has already been made with elections. The mere happening of elections says little about the condition of democracy unless we know that they are conducted fairly and freely and there is a level playing field on which all political views can compete.
In Malaysia multiple parties have existed for many years and the opposition has held seats in Parliament since the very first days of the Federation. We cannot say that the two party system was borne on March 8th for its existence coincides with the birth of the nation itself. The two party system that we recognize today is something different from the style of political participation that is already in place. The difference, simply stated, is greater space that is afforded to public deliberation, the exchange of ideas and the possibility of new choices and alternatives.
In this light, our fundamental concern is not with political parties but rather with accountability. A society, according to ibn Khaldun, must be able to combat the corrosive effects of unmitigated power, corruption and moral decadence. Otherwise it may succumb to what Thomas Jefferson time and again warned, that the abuse of unlimited powers by elected despots would lead to a time “when corruption in this, as in the country from which we derive our origin, will have seized the heads of government, and be spread by them through the body of the people; when they will purchase the voices of the people, and make them pay the price.”
To understand these concepts better it may be wise to map out the province of liberal democracy and reiterate the role of the opposition, lest we place the cart before the horse. The main pillars on which democratic societies are built are liberty, social pluralism and political constitutionalism. The intent of these values and the institutions that mediate the relationship between the citizen and government is to guard against the exercise of tyranny. Lord Acton was right when he spoke of the corrupting influence of power.
When bestowing upon a political entity the power to make laws and to coerce citizens to obey those laws, safeguards must be put in place. Herein we look at Constitutions to delineate the extent of the government’s power to impose laws, and also at the edifice built around the exercise of that power so that there is adequate protection from its abuse.

Constitutions define for us the Rule of Law and the parameters within which government can operate. Dicey stipulates that it is the Rule of Law which would ensure that “powers of officials, and official bodies of persons entrusted with government, are not exceeded and are not abused, and that the rights of citizens are determined in accordance with the law enacted and unenacted.” The Rule of Law is therefore a two way street – defining for us the limitations of government and the rights of the citizen.
With these fundamentals in place we would then look at the branches of government which are created not only to carry out the business of the state but also to act as further restraints on its power. In the case of the Executive, we are all well acquainted with the phenomenon of power run amok.
Countries that masquerade as democracies often pay lip service to freedom and justice, while power is consolidated in the hands of a few elites who plunder the country’s wealth at the expense of the masses. They are able to quash opposition by invoking draconian laws and have made frequent use of preventative detentions to muzzle dissident voices. Herein lies a pivotal role of the opposition in a liberal democracy which is to be the voice of public reason and ensure that the “exercise of public political power is fully proper” and it can only be so if and “when it is exercised in accordance with a constitution the principles and ideals of which are endorsed by common human reason”.

A strong legislature is a sword that can cut both ways as well. It was Tocqueville who said, “the concentration of power [in the legislature] is at once very prejudicial to a well conducted administration and favorable to the despotism of the majority.” Once again Malaysia offers sundry examples of a legislature which, despite allowing for some semblance of multi-party participation, acts as a rubber stamp on legislation presented by the majority. Despite the rules and traditions of the Westminster system, common sense and precedent dictate that even with a clear majority in the legislature there should be a meaningful debate on issues. The Parliament should be used effectively as a constant critique of policy, executive power and the institutions of governance.
Where the legislature may exceed its bounds in passing into law edicts that transgress the bounds of the constitution, it is the role of the judiciary to interpret redress mistakes that may have been made by legislators. For this to happen the judiciary must be independent of influence from the other branches and from vested interests in the society at large. In resolving disputes between the people and the government, judges must act impartially. They must administer justice according to law, not according to the dictates of political masters.

A strong opposition must demand these prerequisites from the executive and legislative branches until such time as they are implemented.
Another crucial criterion for constitutional government is that the discretion of law enforcement agencies must not be allowed to pervert the cause of justice. The office of the Public Prosecutor, the police and the anti-corruption agency, all these bodies, play essential roles in the preservation of the rule of law, failing which they are easily used to pervert the law. As absolute power corrupts absolutely, the arrogance of power left unchecked renders these agencies absolutely impermeable to public opinion and criticism.

While there has been a sea change in the political landscape, Malaysia has not changed overnight. Despite the euphoria of last March, and the clear progress that is being made in the Pakatan states, we still face a federal government mired in corruption. The media is shackled and unfree – incapable of fulfilling the sacred and solemn mandate bestowed upon the noble profession of journalism.
The work is clearly unfinished. For the two party system to survive, let alone thrive, certain constraints must be lifted such as the limited access granted to the information held tightly by government ministries. We know that under the guise of national security many a scandal and abuse has gone unreported and this is contrary to the spirit of public disclosure and accountability. The institutions are in desperate need of reform so that they serve the common good and not the parochial interests of political and corporate elites.

The renewal in consciousness that has given hope to generations both old and new must be made a reality through action. At a very fundamental level this would require fuller and more profound political participation. Voting, as it turns out, does matter. The millions of currently unregistered voters in this country, by most estimations, will play a key role in the next general election. But, they can only do so if they exercise that right.
There is space now for the governments in power in the Pakatan states to carry forward this spirit renewal and renovation. Our governments must adhere strictly to the Rule of Law. We should strive to exceed the daily routine of dispute resolution and the issuance of licenses but govern with enlightenment. Our policies must emphasise good governance, the sanctity of the family, tolerance towards diversity, compassion for the weak and the unfortunate and the safeguarding of our environment and natural resources.
In between elections the new consciousness that has emerged must be nurtured. Civil society has space to grow and new associations can form and take part in the process of educating and empowering the public. In these states we must demonstrate that the pursuit of excellence and the cultivation of innovation and creativity across all sectors will yield enormous benefit for the society. And for this to happen we must retrieve, revive and reinvigorate the spirit of liberty, individualism, humanism and tolerance.

November 22, 2009

TG NIK AZIZ TIDAK BENARKAN HUSAM BERHENTI


Nik Aziz, who is also PAS spiritual leader, refuted a newspaper report that the purported resignation was due to an internal crisis in the party.
“It is yet another attempt to split PAS. I am shocked reading this news although there is a question mark,” he told reporters at his office at Kota Darulnaim here today.
The front page report quoted sources as saying that Husam’s wish to resign was not accepted by Nik Aziz, who had instead told him to take a five-day leave to calm his mind.
Nik Aziz said the report merely quoted a certain blog which claimed that the purported resignation was due to misunderstandings over the running of Kelantan Menteri Besar Corporation, the investment arm of the state government.
“Even if the report is true, I will not allow Husam to quit. The state government still need his services and ideas.
“Husam is involved in negotiations with the federal government over land matters involving Felda, Felcra and off late on oil royalty. Why our people cannot appreciate useful people,” said Nik Aziz.
Asked whether Husam had confided his wish to resign from the party and the government, Nik Abdul Aziz said:
“No. It had never crossed my mind... (this newspaper) just carried hot news to sell the paper.”
“Husam came to see me two days ago to inform me that he was advised to seek treatment for back pain.
“The question of stepping down was never raised by either him or me,” he said, adding that he believed the report hurt Husam. — Bernama

November 20, 2009

TOLONG JANGAN HANTAR MASHISWA KE BTN


SHAH ALAM – Barisan Ahli Dewan Negeri Selangor (ADUN) muda daripada Pakatan Rakyat (PR) menggesa Kerajaan Negeri menghentikan penghantaran mahasiswa institut-institut pengajian tinggi milik Kerajaan Negeri mahupun anak-anak syarikat Kerajaan Negeri seperti Universiti Industri Selangor (Unisel), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (Kuis) dan Kolej Inpens ke program anjuran Biro Tata Negara (BTN), Jabatan Perdana Menteri. 
ADUN Batu Caves, Amiruddin Shari berkata, mereka yang mengikuti program berkenaan mengadu pengisian program sebahagiannya tiada kaitan dengan nilai kenegaraan mahupun penyebaran ilmu, sebaliknya adalah program politik kepartian UMNO-Barisan Nasional dan perkauman semata-mata. 
Menurut beliau, peserta kursus didoktrinkan dengan propaganda tentang ketuanan Melayu dan ancaman luar serta tidak diberikan ruang untuk mencabar propaganda tersebut memandangkan programnya berjalan secara satu hala sahaja. 
“Sepanjang pengalaman saya di universiti, saya percaya hal ini turut dipropagandakan kepada minda pelajar bahawa mereka perlu mengikuti program BTN, kalau tidak mereka tidak ‘graduate’. 
“Ini adalah satu penipuan, ini adalah satu sikap yang tidak jujur. Bagi saya Kerajaan Negeri mampu melaksanakan seminar atau kursus yang lebih baik malah akan buat banyak program dan menghalang dari menghadiri program yang merosakkan oleh BTN,” katanya. 
Amiruddin berkata, pihaknya yakin program berkenaan bertentangan dengan matlamat asal penubuhan BTN malah bercanggah dengan peruntukan Perlembagaan Persekutuan. 
Beliau berkata, sepatutnya mahasiswa perlu didedahkan dengan lebih banyak program ilmu yang memberikan ruang pelbagai pandangan dibincang dan dibahaskan. 
Katanya, program ini boleh berbentuk forum mahupun pidato terbuka, bukannya dibuat secara senyap-senyap dan tertutup sebagaimana modus operandi program BTN. 
“Kami menghantar surat yang ditandatangani semua ADUN muda PR kepada Menteri Besar dengan salinan kepada Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Modal Insan Negeri Selangor, Dr Halimah Ali untuk menyatakan pandangannya. 
“Justeru, kita berpandangan Kerajaan Negeri ada pendiriannya terhadap isu-isu ini. Jadi saya minta supaya Kerajaan Negeri bertindak untuk mengarahkan jemaah universiti untuk menghalang mereka daripada menghadiri program BTN,” katanya. 
Sementara itu, ADUN Teratai, Jenice Lee berkata, sekiranya program yang dijalankan berkaitan pentadbiran negara dan demi kebaikan masyarakat sudah tentu tidak akan timbul perkara seperti ini. 
“Kita tidak kisah sekiranya program tersebut memberikan manfaat kepada pelajar, contohnya hak asasi manusia, apakah itu demokrasi? Tetapi tujuan ini seolah-olah menipu pelajar pergi sana selepas itu buat ‘brain wash’ mereka dengan isu-isu perkauman ataupun permusuhan dengan parti yang lain,” katanya. 
Manakala ADUN Seri Setia, Nik Nazmi Nik Ahmad yang pernah mengikuti program BTN berkata, sepanjang dalam program tersebut ada dikatakan KeAdilan atau Anwar Ibrahim adalah ejen Yahudi, DAP adalah parti ejen Singapura, Pas adalah parti ajaran sesat. 
Beliau berkata, itu yang dimasukkan ke dalam modul mereka yang bersifat politik kepartian, maksudnya tidak wujud sebuah program sebenar di bawah Jabatan Perdana Menteri dan pelajar tidak dibenarkan memberikan hujah sendiri.

November 17, 2009

BERNIAGA MELALUI POLITIK !

(dari biaqpilla.com)

Mengapa ramai orang berebut rebut masuk politik? Mengapa mereka berebut mencalonkan diri mahu jadi pemimpin? Sedangkan apabila sudah jadi pemimpin jadilah dia hamba. Ia itu hamba rakyat? Benarkah ada orang kata siapa ingin glamor dan kaya masok lah politik.Kerana sekarang medan politik sudah jadi macam MLM, tempat skim cari kekayaan.
Tempat skim jadi jutawan,bukan lagi gelanggang perjuangan tetapi sudah jadi gelanggang tempat cari makan.Apabila di conggak conggak jadi PM dapat gaji mahal? Jadi MB pun mahal gaji? Jadi MP pun mahal gaji? Jadi Adun pun mahal gaji? Jadi MP dan Adun Pembangkang pun dapat gaji mahal. Mengapa bertarung untuk jadi Ketua Cabang? Ketua AMK? Ketua Bahagian? Ketua AMK? Itu belum kira lambakkan lain lain “side income”.Gaji? Mereka tidak heran sangat.  Tetapi ini lah benda utama yang mereka idam idamkan. Side income” dari sumber “ghaib” !!???.
Politik yang kotor sudah jadi bertambah kotor bagaikan tempat pelacuran, kerana ianya sudah jadi medan politik wang. Modalnya Rakyat. Rakyat di jadikan alat dan tempat di perjudikan.Siapa yang berjaya dalam medan ini seolah olah mendapat ladang yang amat luas. Seolah olah mendapat sebuah kilang yang besar yang tidak putus putus mengeluarkan wang. Di situ dia boleh jadi jutawan tanpa buat kerja. Macam MLM income masok melalui downline. Downline dia siapa? pembodek dan pemberi rasuah!
Orang politik sekarang bukan sahaja bertarung dengan parti lawan.Mereka bertarung sesama sendiri. Bertarung sesama sendiri di dalam parti untuk menguasai parti, kerana di situ pun ada kekayaan tanpa perniagaan dan boleh jadi jutawan. Maka berlakulah tikam kawan sendiri, khianat mengkhianati, jatuh menjatuhkan. Dan di sesetengah negara lain ada bunuh membunuh.
Maka daripada medan politik kotor inilah lahir pemimpin pemimpin negara yang menjaga negara dan rakyat, agama dan bangsa.Maka lahirlah mereka ini sebagai penyangak penyangak negara, agama dan bangsa yang bertauliah! Lahirlah lanun lanun terhormat! Pencuri pencuri berlesen. Mengaut wang rakyat dan negara!
Setiap musim piliharaya rakyat memilih pemimpin mereka, dari parti pilihan mereka agar lahir pemimpin pemimpin pembela rakyat dan cinta agama dan negara, agar nasib mereka terbela. Jawapannya sama juga. Pemimpin baru dari parti yang baru tidak ada beza.
Begitulah nasib rakyat di negara demokrasi. Hanya mengharap dan mengharap.Harapan tidak kunjing tiba. Begitulah terjadi di setiap plihanraya nasib rakyat tetap tidak terbela. Yang senang hanya segelintir. Yang susah dan menderita itulah yang ramai.
Sedangkan pemimpin pemimpin terus jadi kaya melalui perniagaannya di medan politik. Duit dari sumber “ghaib” masuk dan terus masuk!

November 16, 2009

MB SGR TS KHALID - UMNO PUN SOKONG PENTADBIRAN PAKATAN RAKYAT


Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mendakwa Tan Sri Muhammad Muhd Taib - bekas menteri besar Umno - mengakui bahawa perubahan dan kepimpinannya yang membuat reformasi di Selangor, menyukarkan parti itu untuk menguasai semula negeri itu.
Khalid yang juga pengerusi PKR negeri mendakwa Mat Taib telah berjumpa dengannya beberapa hari sebelum konvenshyen ini berlangsung.
"Dua tiga hari yang lepas, Tan Sri Muhd Taib datang jumpa saya, dia kata 'Khalid kalau macam ini habis lah kita'.
"Kalau macam ini, bekas menteri besar itu kata, 'wah dalam masa 20 tahun kami memerintah, dalam masa 20 bulan kamu boleh tunjukkan keupayaan PKR. Ini satu penghormatan kepada kita," katanya.
Beliau berkata demikian sewaktu menggulung konvensyen PKR Selangor di Dewan Jubli Perak Shah Alam petang ini.
Muhammad Muhd Taib menjadi menteri besar Selangor selama 11 tahun mulai 1986.
Dalam pertemuan itu, beliau mendakwa Muhd Taib(kanan) mahu bekerjasama dengan Pakatan Rakyat untuk membangunkan rakyat dan ekonomi rakyat luar bandar di negeri itu.
"Tapi kita kata nanti dulu. Saudara tahu tentang reformasi atau tidak. Kalau saudara tidak faham tentang reformasi, nanti saya susah. Kalau orang dalam tidak reti, tambah lagi orang luar," katanya sambil disambut gelak ketawa kira-kira 500 perwakilan.
Dalam ucapannya juga, Khalid juga turut menyentuh mengenai perletakkan ADUN Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah yang mengisytiharkan keluar daripada PKR dan menjadi 'mesra BN' akhir bulan lalu.
Katanya, tindakan Badrul Hisham itu tidak melemahkan parti itu untuk berkhidmat kepada rakyat.
"Badrul bila lompat di Pelabuhan Klang, macam kita hilang satu parti. Ia tidak ada kena mengena. Dia hilang pun kita tak tahu. Kita pun tak kisah dia hilang.
"Hendak hilang, hilanglah tak jadi masalah. Itu kekuatan kita. Yang jadi masalah orang yang belah sana... Kalau (Datuk Seri Dr Mohd) Khir Toyo rasa Badrul adalah kawannya, tahap dia (pun) macam Badrullah," katanya mengundang gelak ketawa hadirin sekali lagi.
Khalid yang juga ahli parlimen Bandar Tun Razak turut menyentuh kejayaan Pakatan Rakyat mengurus dan mentadbir Selangor dalam usaha untuk merakyatkan ekonomi negeri itu.
Katanya, kejayaan membawa perubahan dalam negeri Selangor telah mendapat pujian rakan dan lawan bahawa PKR dan Pakatan Rakyat boleh mentadbir negeri ini, hasil usaha bekerja dalam satu pasukan.
"Sokongan menggembirakan daripada rakyat, dan mereka merasakan kita sebahagian daripada mereka.
"Sokongan daripada DAP dan PAS, walaupun ada soal-soal yang cuba melagakan kita, cuba menimbulkan keadaan yang tak tenteram, tetapi kita dapat bekerja dalam satu pasukan," katanya.
Khalid berkata, kejayaan PKR dalam melakukan reformasi di negeri itu akan lebih nyata sekiranya dapat bekerja dalam satu pasukan.

November 15, 2009

DS ANWAR - PKR BERSEDIA BERTAHAN, JANGAN JADI JAGUH KAMPUNG, TANGKIS SERANGAN BN (KONVENSYEN PKR NEGERI SELANGOR)


Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengisytiharkan perang terhadap Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak yang bercita-cita untuk merampas Selangor daripada Pakatan Rakyat.
"Serangan daripada pusat, Perdana Menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) kata nak rampas, walau tidak secara langsung tapi maksudnya begitu. Najib bukan saingan kepada menteri besar, Tan Sri Khalid Ibrahim..
"Sekarang silakan Najib. Masuk sahaja dan sentuh Selangor, kita bertempur habis habis-n," katanya.
Najib juga merupakan pengerusi perhubungan Umno Selangor dan pengerusi BN.


Anwar berkata demikian dalam ucapatama dalam konvesyen PKR Selangor di Dewan Jubli Perak Shah Alam pagi ini.
Kira-kira 1,500 perwakilan daripada 22 cabang PKR di negeri ini memberi tepukan gemuruh ekoran pengisytiharan perang itu.
Anwar yang juga ketua pembangkang berkata serangan untuk merampas Selangor, dapat dilihat daripada beberapa isu yang cuba ditimbulkan untuk melemahkan kepimpinan Khalid yang juga pengerusi PKR negeri.
"Hari-hari serang Tan Sri Khalid. Tak habis dengan isu lembu untuk hari raya korban, dia serang dengan isu kepala lembu. Kita jangan ingat (serangan) selesai. Kalau kita rasa selesai, kita silap.
"Bila PM (perdana menteri) nak serang dan rampas, dia akan guna segala jentera. Mungkin dia gunakan kata-kata yang lunak, ia manis bagaikan madu tetapi ia umpama racun bisa bagaikan hempedu," katanya.
Katanya, perkara itu juga menjadi antara sebab utama beliau menerima tawaran Khalid yang juga pengerusi PKR Selangor untuk menjadi penasihat ekonomi negeri itu.
"Saya datang untuk bantu kerajaan negeri dan rakyat dan tidak mahu menimbulkan ketegangan politik. Saya mahu (tugas) menteri besar menjadi lebih kukuh.
"Jangan ada anak-anak kecil yang nak bermain-main di sini, saya datang kerana ada pengalaman. Kalau ada anak kecil main-main, kita tangkap dan lempar keluar," katanya
Anwar juga berjanji untuk memperkukuhkan Pakatan Rakyat dan mempertahankan ekonomi negeri itu.
Beliau berkata, ini kerana laporan ketua audit negara menjelaskan bahawa prestasi dan rekod baik telah ditunjukkan oleh Khalid dan ia tidak pernah dicatatkan oleh menteri besar sebelum ini.
Dalam ucapan itu juga Anwar optimis bahawa kerajaan Selengor di bawah Pakatan Rakyat dapat dipertahankan dalam pilihanraya akan datang dan prestasinya juga akan jauh lebih baik daripada pilihanraya Mac tahun lalu.
"Ini markas kita, ini kubu kita. Dia datang sentuh, kita lesing dia," katanya yang sekali lagi mendapat tepukan gemuruh hadirin.
Dalam sidang media selepas itu, Anwar yang juga ahli parlimen Permatang Pauh menjelaskan bahawa pengisytiharan perang itu adalah tindak balas terhadap pengisytiharan Umno untuk merampas kembali Selangor.
Bagaimanapun beliau tidak menolak kerjasama antara kerajaan negeri dan kerajaan pusat yang melibatkan pembangunan dan kepentingan rakyat.
"Kita tentunya akan bertahan dan serang balas (jika ada serangan). Dan pendekatan kita dari awal, dari segi kerajaan adalah kerjasama, bukan lawan. Dan kerjasama antara kerajaan negeri dan persekutuan.
"Kalau urusan pembangunan ikut lunas yang baik dan lunas demokrasi, kita ikut dan bukan bermaksud untuk melawan," katanya.

November 14, 2009

DS Anwar Dilantik Penasihat Ekonomi Selangor, Gaji RM1 Sebulan


SHAH ALAM, 13 November - Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dilantik penasihat ekonomi Selangor, dengan gaji serendah RM1 sebulan, umum Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini. Khalid berkata demikian ketika menggulungkan perbahasan belanjawan Bajet 2010 hari ini. Menteri Besar berkata perlantikan Anwar akan membantu menjana ekonomi dan memacu pembangunan Selangor. Semasa negara dilanda Krisis Kewangan Asia 1997, Anwar dalam kapasitinya sebagai Menteri Kewangan merumuskan pakej mendisplinkan kewangan negara dengan memotong perbelanjaan kerajaan sebanyak 18 peratus, memotong gaji para menteri dan menghentikan pembinaan projek mega.  Anwar menyerang terus gejala rasuah yang berleluasa dalam struktur kerajaan dengan melaksanakan audit telus terhadap konglomerat dan empayar perniagaan yang beliau dapati mengelak dari membayar cukai dan mengenakan bayaran tinggi untuk projek-projek kerajaan. Majalah Times menobatkan Anwar antara 10 manusia paling berpengaruh di dunia ini, dan sejak Mac 2006, Anwar adalah Presiden Kehormat di Institut Accountability Sosial dan Etika yang berpangkalan di London. 

Perlantikan ini penting bagi membantu kerajaan negeri meningkatkan pertumbuhan ekonomi melalui pelaburan dan juga mempromosikan Selangor sebagai pusat perbankan Islam di rantau ini.

“Oleh sebab itu kita telah bersetuju, Pakatan Rakyat sendiri telah bersetuju supaya kerajaan negeri selain daripada melantik penasihat-penasihat tersebut, melantik Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Ekonomi kepada Kerajaan Negeri Selangor bagi maksud menjana pertumbuhan ekonomi dan meningkatkan pelaburan,” kata Tan Sri Khalid Ibrahim.
Anwar Ibrahim merupakan calon yang sesuai kerana beliau berpengalaman dalam bidang ekonomi dan pelaburan antarabangsa. Selain itu, Anwar juga merupakan penasihat kepada bank-bank Islam yang terbesar di dunia. “Saudara Anwar telah bersetuju dan menerima perlantikan ini dengan elaun tetap sebanyak RM1.00 sebulan kalau lebih dari itu dia tak akan kerja kita dah bersetuju dan berterima kasih kerana ada orang nak datang sokong kerajaan negeri Selangor dalam usaha ini, jadi kalau ada trip promosi pelaburan, kita akan bawa dia untuk dapat memperkukuhkan hubungan kita,” katanya.

November 13, 2009

Yb Saari: Jais 'niat tidak baik' tarik tauliah




Seorang ketua jabatan di sebuah universiti antara tujuh orang yang ditamatkan pentauliahan mereka tanpa sebab oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais), kata ADUN Pakatan Rakyat hari ini.
Wakil Hulu Kelang, Saari Sungib berkata, Jais telah bertindak dengan niat yang tidak baik dengan menarik tauliah mengajar agama ke atas ketujuh-tujuh orang tersebut.
Pemimpin PAS itu, yang membaca senarai penceramah yang ditamatkan tauliah itu (lihat senarai di bawah), berkata mereka antaranya ketua jabatan sunnah Universiti Kebangsaan Malaysia yang kini masih berkhidmat dan juga merupakan seorang lulusan peringkat kedoktoran.
Jelasnya, tindakan Jais itu mungkin melibatkan "tangan-tangan ghaib" tertentu kerana tidak menggambarkan semangat pentadbiran kerajaan Selangor yang 'pro-rakyat'.
"Tindakan Jais baru-baru ini tidak gambarkan seiring jalan antara kerajaan Pakatan Rakyat dengan Jais. Hari ini kita dianggap sama sahaja seperti pentadbiran (BN) dulu dengan menghalang dan menangkap ulama daripada berceramah.
"Tanggapan ini mesti dihapuskan. Ulama dan ilmuwan sepatutnya diberi tauliah sebagai pengiktirafan tanpa mereka perlu memohon," katanya ketika perbahasan di persidangan DUN Selangor.
Saari menambah, beliau turut menganggap penahanan bekas mufti Dr Mohd Asri Zainul Abidin dilakukan secara niat tidak baik oleh jabatan tersebut.
"Ini menunjukkan ada niat tidak suci, dengan menahan Dr Asri walau dengan keadaan hadirin ramai dan situasi yang boleh timbul ketegangan," katanya.
Katanya lagi, jabatan itu bertindak dengan sewenang-wenangnya dengan menahan Dr Mohd Asri dengan alasan ingin mendapatkan keterangan daripada bekas mufti Perlis itu.
"Ada pilihan untuk tidak menangkap beliau jika untuk ambil keterangan. Boleh ambil kenyataan tempat dia berceramah, tapi tangkap juga," katanya.
Jais juga sengaja melambat-lambatkan prosedur sehinggalah menyebabkan Dr Mohd Asri gagal didakwa di mahkamah syariah awal minggu lalu walau telah menunggu beberapa jam, tambahnya.
Dalam ucapan yang sama, Saari turut mencadangkan supaya kerajaan negeri meningkatkan program-program kesedaran terhadap isu penahanan tanpa bicara bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
"Satu roadshow (jelajah) harus diadakan seluruh Selangor untuk menentang kezaliman ISA," katanya.
Saari, bekas presiden Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM), pernah ditahan dua kali bawah akta tersebut, pada 1998 dan 2001.
Dihubungi Malaysiakini selepas persidangan DUN itu, beliau berkata tiada sebab dinyatakan dalam surat penolakan tauliah Majlis Agama Islam Selangor (Mais) bertarikh 11 Ogos lalu kepada mereka.
Di kalangan tujuh nama ini, tambahnya, terdapat mereka yang telah memohon sebanyak lima hingga enam kali untuk mendapatkan tauliah tetapi masih tidak diberikan.
Senarai yang tidak dapat tauliah:
Fathul Bari Mat Jahya - kelulusan BA Hadis (Universiti Madinah), MA (Universiti Yarmouk, Jordan), sedang menamatkan PhD di Universiti Islam Antarabangsa (UIA)
Mohd Khairi Anwar Abdul Latif - BA al-Quran dan Sunnah (UIA), MA Hadis (UIA), bertugas di Kolej Universiti Islam Antarabangsa
Abdul Razak Mutalib - BA Usul Fiqh (UIA), MA Hadis, bertugas di Kolej Universiti Islam Antarabangsa
Muzairi Mustafa - BA Tafsir, Usul dan Dakwah (Al-Azhar, Kaherah), sedang menuntut di peringkat sarjana
Fathlan Mohd Osman - BA Dakwah, MA Tafsir (UKM), sedang menyiapkan PhD Hadis di UIA
Dr Azwira Abd Aziz - BA (Univeristi Madianah) MA (Univeristi Madianah), PhD (Universiti Jordan), ketua Jabatan Al-Quran dan Sunnah UKM
Mohd Roesfan Sazzerin Mohamad Sufi - BA Hadis, Diploma Dakwah (Universiti Madinah), MA Hadis (UIA)

November 12, 2009

SIAPA YANG PATUT TERIMA WANG EHSAN,,, WANG ROYALTI ?

KOTA BHARU – Exco Kelantan, Datuk Husam Musa berkata, bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah bersetuju memberikan penjelasan berhubung pembayaran royalti minyak melalui satu ceramah anjuran Kerajaan Negeri. 

Katanya, persetujuan Ahli Parlimen Gua Musang itu dibuat setelah beliau bertemu dengannya pada Sidang Dewan Rakyat dua hari lalu di ibu negara. 
Beliau berkata, Kerajaan Negeri turut melantik sebuah syarikat guaman untuk menjadi panel peguam bagi tuntutan wang royalti yang kini berjumlah RM2 bilion sejak hasil perolehan dibuat pada 2 Januari 2005. 
“Tengku Razaleigh akan memberikan penjelasan mengenai perjanjian antara Kerajaan Negeri dengan Petronas yang telah dibuat pada 1975, kita tidak pasti lagi bila ceramah itu akan diadakan kerana Menteri Besar Kelantan (Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat) menunaikan haji di Makkah. 
“Kalau sempat, kita buat sebelum Menteri Besar pergi. Jika tidak kita buat selepas itu,” katanya kepada pemberita selepas Mesyuarat Exco Kerajaan Negeri di sini, semalam. 
Husam berkata demikian mengulas perkembangan tindakan kerajaan negeri terhadap isu tuntutan pembayaran wang royalti yang sebelum ini berjumlah RM1 bilion melalui mahkamah berikutan pada 4 November lalu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengumumkan pembayaran wang royalti ditukarkan kepada wang ihsan dan ia akan dibuat pada tahun depan. 
Nik Abdul Aziz semalam juga meminta supaya pembayaran wang ihsan daripada pusat seharusnya diberikan kepada Kerajaan Negeri untuk diuruskan dan bukannya melalui agensi pusat Jabatan Pembangunan Persekutuan Kelantan (JPPK) mahupun Petronas yang menaja Program Pembangunan Wilayah Pantai Timur (ECER). 
Husam berkata, panel peguam akan membuat kajian serta meneliti fakta yang ada di dalam perjanjian yang telah dibuat sebelum menjelaskan kepada Nik Abdul Aziz. 
Beliau berkata, berdasarkan fakta yang dikeluarkan di laman web mengenai Malaysia-Thailand Kawasan Pembangunan Bersama (JDA) hasil perolehan royalti kepada pusat berjumlah RM800 juta dan separuh daripadanya perlu diberikan kepada Kerajaan Negeri. 
“Pusat terima RM800 juta bayaran tunai royalti minyak dan RM400 juta daripadanya perlu dibayar kepada Kelantan dan jika pembayaran itu dituntut sejak 2005 hingga tahun depan maka jumlahnya menjadi kepada RM2 bilion,” katanya. 
Ditanya kenapa Kerajaan Negeri meneruskan tuntutan melalui mahkamah walaupun Kerajaan Pusat memberikan peruntukan wang ihsan, Husam berkata, melalui perjanjian yang telah dimeterai sebelum ini iaitu pada 1975, Kerajaan Pusat perlu membuat pembayaran tunai kepada kerajaan negeri hasil royalti minyak. 
Katanya, Sarawak dan Sabah telah menerima bayaran royalti minyak walaupun operasi perolehan minyak lebih jauh tiga batu nautika daripada perairan negeri tersebut. 
Menurutnya,, bagi kawasan JDA, Kabinet tidak pernah menafikan ianya bukan kawasan perairan negeri, jadi secara tidak langsung kawasan JDA itu adalah di bawah negeri Kelantan. 
“Kami tidak mahu aniaya Pusat, kerana jika Kelantan berjaya mendapatkan tuntutan royalti minyak itu, bagaimana pula dengan wang ihsan yang telah diberikan,” katanya.

November 11, 2009

DOKUMEN OSA DEDAH PENIPUAN PEMIMPIN UMNO !


Satu fail Akta Rahsia Rasmi didedahkan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim hari ini.
Hasil pendedahan itu, sebuah syarikat hartanah milik pemimpin Umno didakwa menipu 383 pemilik tanah dan 3,436 pembeli rumah di Bukit Cherakah.
Khalid menggesa orang-ramai yang telah tertipu supaya merujuk kepada dokumen ini, dan mendakwa syarikat terbabit ke muka pengadilan.
"Kita mendedahkan dokumen ini dengan tujuan membantu orang-ramai mendapat gambaran sebenar, bagaimana kejadian ini berlaku. Kerajaan negeri tidak akan ambil tindakan, tetapi kita menasihatkan orang-ramai supaya membawa kes ini ke pihak guaman," kata Khalid.
Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan mengesahkan projek perumahan Bandar Alam Perdana telah terbengkalai sejak 2006.
Projek yang diusahakan oleh syarikat Ladang Bukit Cherakah Nominees Sdn. Bhd. ini adalah milik bekas Exco Selangor Miskun Sutero, yang telah meninggal dunia dua tahun lalu.
Berdasarkan dokumen ini, 383 pemilik tanah dijanjikan pampasan RM360,000 seorang dan sebuah rumah setiap seorang.
Manakala 3,436 pembeli telah membeli 3,819 unit rumah dengan membayar wang pendahuluan kepada pihak bank. Perumahan ini dijangka siap pada 2002, malangnya projek ini terbengkalai.
Pemilik tanah tidak mendapat pampasan yang dijanjikan, manakala pembeli-pembeli terpaksa menanggung hutang bank.
"Tanah hilang, rumah tak dapat. Orang-ramai memberi harapan masalah ini dapat diselesaikan segera," kata Khalid.
"Kerajaan negeri akan terbitkan risalah tentang kes ini yang boleh didapati laman sesawang Kerajaan Negeri Selangor, di Pejabat Daerah berdekatan dan Pejabat Menteri Besar pada Isnin ini," tambah beliau.

HJ HADI - PAKATAN RAKYAT MESTI BERSATU HADAPI BN !

Parti-parti dalam Pakatan Rakyat perlu bersatu membina kekuatan dalam usaha menumbangkan Umno Barisan Nasional jika mahu perubahan politik berlaku bagi  membina kesejahteraan rakyat kata Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Berucap di hadapan ribuan pendengar pada ceramah sempena penutupan rasmi  Sambutan Jubli Perak PAS Kawasan Bentong, di Markaz PAS Bentong, dekat sini semalam  Presiden PAS itu menambah dengan penyatuan usaha kesemua parti Pakatan Rakyat  berkerjasama Umno Barisan Nasional akan dapat ditumbangkan dengan lebih mudah.

“Pakatan rakyat mesti bersatu dalam menghadapi Umno BN. Kalau PAS saja bertindak tak boleh berubah. Kalau DAP saja tak boleh, PKR saja tak boleh. Kita mestilah bersatu," tegasnya.

Tambah Abdul Hadi, Pakatan Rakyat mempunyai kekuatan tersendiri yang mampu mencapai kemenangan walau pun menghadapi amalan demokrasi yang tidak adil dan berat sebelah.

“Di negara barat rakyat menjadi hakim bagi menghukum parti pemerintah yang membuat kesilapan.  Rakyat mereka cerdik, rakyat menjadi hakim, pilihanraya adalah mahkamah sementara media menjadi saksi yang adil. Di negara kita media berat sebelah. Bagaimana media boleh menjadi saksi kalau berat sebelah.

“Macam main bola, padang mereka disebelah atas kita duduk disebelah bawah. Pintu Gol kita besar, pintu gol dia sempit. Pintu gol kita sudahlah besar, penjaga gol pula diikat kaki. Pintu gol dia buat sempit. Dalam keadaan macam itu pun kita boleh menang, inilah keistimewaan kita. Kalau sama rata dah lama Umno ni bungkus,” katanya disambut sorakan gemuruh para pendengar.

Turut berceramah bersama Timbalan Pesuruhjaya PAS Pahang, Dr Hamzah Jaafar, Pemimpin DAP Pahang, YB Leong Ngah- Ngah dan Pengerusi PKR Pahang, Dato’ Fauzi Abdul Rahman.

November 10, 2009

Jais boleh guna budi bicara ..


SHAH ALAM – Usaha menyediakan garis panduan atau peraturan berkenaan pentauliahan untuk seseorang itu memberikan kuliah agama oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) sememangnya amat disokong. 
Bagaimanapun, peristiwa tangkapan yang dibuat ke atas bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainul Abidin dengan menggunakan undang-undang bagi menghalang beliau menyampaikan kuliah agamanya dilihat sebagai tindakan yang tidak wajar. 
Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Muda, Mat Shuhaimi Shafiei berkata, sebagai seorang yang pernah memegang jawatan sebagai mufti sepatutnya Dr Asri perlu diberi peluang untuk memberikan kuliah dan juga tazkirah. 
Katanya, menurut Peraturan 22 Negeri Selangor terdapat pengecualian kepada mana-mana orang terutamanya bekas-bekas Mufti untuk memberikan kuliahnya. 
“Mereka ini adalah orang yang telah menerbitkan buku-buku ilmiah berkaitan agama dan mempunyai pengalaman yang cukup dan Jais tidak perlu menggunakan peraturannya terhadap mereka kerana tiada tauliah daripada Jais. 
“Kerajaan negeri boleh menggunakan Peraturan 22 ini untuk mengecualikan beliau bagi memberikan kuliah dan berasa pelik kerana Jais tidak menggunakan peruntukan peraturan terbabit,” katanya. 
Menurut Suhaimi, Jais hanya menekankan yang Dr Asri ini tiada tauliah sedangkan mereka boleh menggunakan budi bicara dengan menggunakan Peraturan 22 terbabit . 
Katanya, beliau menyeru kepada Jais dan Majlis Agama Islam Selangor (Mais) untuk membetulkan persepsi masyarakat yang keliru di atas penangkapan Dr Asri. 
“Perkara pokok yang difikirkan oleh masyarakat terhadap Dr Asri, beliau membawa pemahaman yang sesat. 
“Jais, Exco dan juga Mais melalui DYMM Sultan perlu mempertimbangkan untuk tidak mendakwa Dr Asri,” katanya.



November 09, 2009

DISKUSI BAJET 2010 BERSAMA DS ANWAR !

Diskusi Bajet 2010 
(9Nov) 9mlm, Auditorium Aras 5, 
Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), 
oleh DSAI, Dr Hatta, 
Dr Tan Seng Giaw 
& Yaakob Sapari. 
Semua dijemput hadir.

GARANG JUGA SPEAKER TENG CHANG KHIM KPD AMK SELANGOR..

SHAH ALAM, 9 Nov - Speaker Dewan Undangan Negeri Selangor Teng Chang Khim hari ini menegur tindakan Angkatan Muda Keadilan (AMK) yang mahukan pejabat Speaker menyerahkan memorandum bantahan mereka kepada Anggota Dewan Undangan  Negeri (Adun) Pelabuhan Klang Badrul Hisham Abdullah.
“Saya tersinggung…ini satu tindakan tidak sopan…mereka boleh serah memo tetapi jangan anggap pejabat speaker pejabat pos… pejabat speaker harus
dielakkan daripada terlibat di dalam gerakan politik sedemikian,” katanya.
Bercakap pada sidang akhbar di luar sidang Dewan Undangan Negeri hari ini, Teng berkata pada sebelah pagi, Setiausaha Politik Kepada Menteri Besar Nik Nazmi Nik Ahmad telah bersetuju menerima memorandum bantahan daripada AMK tetapi AMK bertegas mahukan pejabat speaker menyerahkan memorandum itu kepada Badrul Hisham.
“Saya minta AMK ambil kembali (memo) itu daripada pejabat saya. Saya tidak akan serahkan kepada Badrul,” tegasnya.
Teng yang jelas kecewa dengan perkara itu berharap AMK dan mana-mana parti politik lain tidak mengulangi tindakan sedemikian.
Terdahulu, sekumpulan anggota AMK Selangor yang diketuai Ketua Penerangan AMK Kebangsaan Lee Khai Loon mengadakan demonstrasi secara aman di hadapan bangunan Dewan Undangan  Negeri sebelum sidang dewan bermula pagi ini meminta Badrul Hisham meletakkan jawatan sebagai Adun kerana mendakwa beliau gagal menjalankan tanggungjawabnya kepada rakyat.
Badrul Hisham baru-baru ini mengumumkan keluar dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan menjadi Adun Bebas yang menyokong Barisan Nasional (BN).
Sementara itu ketika ditemui pemberita, Badrul Hisham yang hadir pada sidang dewan hari ini berkata beliau tetap dengan pendiriannya menjadi Adun Bebas dan tetap memberi sokongan kepada BN.

Tinggalkan PKR jika tidak mahu ikut dasar - DS Anwar


PULAU PINANG 8 Nov — Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini memberi dua pilihan kepada pemimpin dan anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) sama ada setia atau keluar daripada parti jika tidak mahu mengikut dasar yang ditetapkan.

Penasihat PKR itu berkata beliau sedia menerima kritikan terhadap parti tetapi tidak boleh berkompromi dengan anggota yang tidak boleh mengikut dasar yang ditetapkan parti. "Semua anggota parti mestilah menyokong agenda perubahan, bekerja untuk Pakatan Rakyat atau terpaksa disingkirkan daripada parti,” katanya ketika merasmikan Konvensyen PKR Pulau Pinang di sini malam ini.Katanya, langkah itu diambil kerana ramai pemimpin PKR yang mahu tindakan tegas dikenakan terhadap anggota yang tidak dapat mengikut dasar parti.

"Beri komitmen kepada parti atau tinggalkan parti dan sertai Umno,” katanya.
— BERNAMA

November 08, 2009

HJ HADI - PAS TERUS MENYOKONG PAKATAN RAKYAT

KUALA LUMPUR, 7 Nov : "Bukan setakat mahu menang tetapi yang penting adalah mengisi kemenangan itu." Demikian antara kata-kata azimat Presiden PAS Dato' Seri Abdul Hadi Awang sewaktu menyampaikan ucaptamanya di 'Seminar Memperkasa Parti', di Markaz Tarbiyah PAS Pusat Taman Melewar, dekat sini pagi tadi.

Kata Abdul Hadi, PAS sama seperti gerakan dan perjuangan Islam yang lain, senantiasa diasak dengan pelbagai fitnah serta mendapat tentangan hebat daripada masyarakat yang jahil dan parti memerintah yang tidak adil selama ini.

Oleh yang demikian katanya, menjadi tanggungjawab PAS untuk memperkasakan ahli-ahli dan mengatur startegi sebaik mungkin bagi menghadapi sebarang cabaran dan ujian yang mendatang sekaligus mengajak umat Islam menjadi penganut yang kuat dan golongan bukan Islam menjadi penyokong kepada perjuangan ini.

"PAS merupakan sebuah organisasi siyasah, dakwah dan tarbiyah yang ditubuhkan sejak dari tahun 1951 dan pernah berhadapan dengan suasana yang lebih getir dalam lipatan sejarah perjuangannya.

"Semuanya berjaya dihadapi dan terus menerus mematangkan organisasi parti  sehinggalah PAS mencapai kedudukan yang ada pada masa kini," katanya di hadapan lebih 1,000 peserta yang memenuhi ruang dalam dan luar Dewan Fadzil Noor hari ini.

Walaupun, berdepan dengan demokrasi yang tidak adil di negara ini, PAS terus sabar dan cekal menyertai pilihan raya yang diadakan dan natijahnya, kini telah berjaya menguasai jumlah kerusi Parlimen yang besar dan  lima negeri bersama Pakatan Rakyat, kata Abdul Hadi.

Sungguhpun begitu, kata Presiden PAS itu, sebarang pencapaian kejayaan dan kelemahan mestilah dikaji semula untuk memastikan parti tersu kukuh dan kuat di persada politi tanah harir seterusnya dapat mencapai kemenangan yang besar dalam pilihan raya akan datang.

"Kita mestilah memerangi penyelewengan, rasuah tanpa korbankan dasar kita," katanya.

Sementara itu, beliau terut mengulangi pendirian dan menyatakan bahawa hasil daripada 'Tahalul Siyasi' dan kerjasama bersama Pakatan Rakyat telah berjaya melumpuhkan ego kerajan Barisan Nasinonal (BN) yang begitu takbur sebelum ini

"Kita akan berdiri teguh dan terus bersama Pakatan Rakyat," katanya yang mahu ianya seiring dengan tujuan menguatkan perjuangan Islam yang menjadi dasar parti itu selama ini.

"KIta mesti menguatkan PAS yang perjuangkan Islam.

"Kita juga sentiasa terbuka dengan semua pihak demi untuk Islam dan hanya dengan Islam sahaja boleh memberi kemenangan dunia dan akhirat," katanya

Beliau memberikan ucapan utama yang bertajuk 'Memperkasakan Peranan PAS Dalam Pengukuhan Pakatan Rakyat Mendepani Pilihan raya ke-13' sebelum sesi perbahasan dengan dua ahli akademik, Dr Abdul Aziz Bari dari Universiti Islam Antarabangasa (UIA) dan Dr Abu Hassan Hasbullah (Universiti Malaya).

Mursyidul Am PAS, Dato' Nik Abdul Aziz dijadualkan menutup seminar sehari suntuk ini yang bermula kira-kira 9.30 pagi.

Ketika ini, majlis berehat seketika dan akan di sambung pada sebelah petang dengan perbahasan wakil daripada setiap negeri sehingga jam 4.30 petang ini.

November 07, 2009

Gagal dapatkan dokumen bukti dari pendakwaraya..



Datuk Seri Anwar Ibrahim gagal dalam permohonannya mendapatkan bukti-bukti pihak pendakwaan berkaitan kes liwatnya ke atas bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan.Pihak pendakwaan hari ini berjaya menghalang ketua pembangkang itu daripada berbuat demikian dalam rayuannya di Mahkamah Rayuan di Putrajaya.
Ketiga-tiga hakim sebulat suara membenarkan rayuan pasukan timbalan pendakwa raya untuk tidak menyerahkan beberapa bahan bukti seperti dituntut oleh Anwar.
Panel hakim itu yang diketuai Hasan Lah bersama Abu Samah Nordin dan Sulaiman Daud juga menolak rayuan Anwar untuk mendapatkan spesimen yang disimpan oleh pihak pendakwaan.

November 04, 2009

KEMELUT LIOW - SOI LEK BERTERUSAN.. MCA TERSENTAP LAGI !


Datuk Seri Liow Tiong Lai mempertahankan kedudukannya sebagai timbalan presiden MCA walaupun Pendaftar Pertubuhan (ROS) hari ini mengiktiraf Datuk Seri Chua Soi Lek kekal memegang jawatan tersebut. Chua menerima surat dari ROS itu pagi ini sebelum jawatankuasa pusat MCA bermesyuarat untuk membincangkan pelan damai antara beliau dan Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat. Bercakap kepada pemberita dalam satu sidang akhbar selepas mesyuarat jawatankuasa pusat petang ini, Liow berkata, beliau ada hak untuk merayu terhadap keputusan ROS itu.
Chua dipecat dari jawatan timbalan pesiden pada 26 Ogos. Jawatankuasa pusat MCA kemudiannya membatalkan pemecatan Chua dan sebaliknya menggantung keahlian bekas menteri kesihatan itu selama empat tahun. Manakala Liow yang dilantik memegang jawatan nombor dua tersebut pada 15 Oktober lalu, dianggap melawan Presiden MCA Datuk Seri Ong Tee Keat selepas kumpulannya mendesak pemilihan baru parti diadakan.
Bercakap dalam satu lagi sidang akhbar selepas mesyuarat jawatankuasa pusat, Tee Keat berkata, mesyuarat hari ini menerima keputusan ROS mengekalkan Chua sebagai timbalan presiden.
Liow memegang jawatan timbalan presiden selama 19 hari.
Berikutan perkembangan terbaru itu, maka usaha terkini untuk menyelesaikan krisis MCA melalui pelan damai, mungkin sekali lagi berdepan dengan jalan buntu.
Liow memberitahu sidang akhbar bahawa “saya masih lagi timbalan presiden”.
Katanya, beliau mempunyai hak untuk membuat rayuan terhadap keputusan ROS itu atau membawanya ke mahkamah jika perlu.
Liow juga melahirkan rasa terkejutnya dengan tindakan Tee Keat memecat empat anggota CC yang dilantik, yang menyokong menteri kesihatan itu pagi tadi. Beliau berkata, ia bukanlah satu cara untuk menjayakan pelan damai kerana “keempat-empat mereka menjadi mangsa sebelum pelan itu dapat dilaksanakan”. “Pelan itu mestilah inklusif dan bukannya tindakan drastik seperti pemecatan (mereka),” katanya.Hadir sama dalam sidang akhbar Liow ialah penyokong kuatnya, termasuk Ketua Wanita Datin Paduka Chew Mei Fun dan Ketua Pemuda Datuk Wee Ka Siong. Hadir ialah sembilan orang lagi anggota CC yang menyokogn Liow. Liow memberi tiga sebab mengapa pengekalan jawatan Chua sebagai timbalan presiden adalah tidak sah, iaitu.
1. Jawatankuasa pusat menggantung keahlian dan jawatan Chua sekaligus.
2. ROS tidak ada hak untuk campurtangan dalam keputusan CC.
3. Ia adalah tindakan disiplin dan bukan satu penyingkiran.
Sementara itu, bekas ahli Parlimen Melaka, Wong Nai Chee – salah seorang daripada tiga orang yang mengemukakan desakan diadakan mesyuarat luar biasa (EGM) MCA – berkata EGM itu pastikan akan diadakan.Beliau yang juga seorang peguam berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Tee Keat yang menyatakan desakan untuk mengadakan EGM itu bercanggah dengan perlembagaan parti.Sehubungan itu, Wong berkata, mereka akan menemui setiausaha agung MCA dan ketua biro undang-undang parti itu untuk menyesuaikan kandungan resolusi bagi mengadakan EGM tersebut.Menurutnya, setiausaha agung MCA perlu mengeluarkan notis untuk mengadakan EGM itu Khamis ini.

November 03, 2009

Pakatan Rakyat harus bersedia mengambilaleh kerajaan selepas PRU13..

Bagaimanapun intergriti kerajaan akan di persoalkan oleh orang ramai apabila pendakwaan terpilih sebegini dan di lihat kecil-kecilan untuk mengabui mata masyarakat.Bagaimana pula dengan bekas menteri besar Selangor,Pahang, Terengganu, Kedah dan banyak lagi kes yang melibatkan lingkupnya hasil negara dan hak rakyat. Byk lagi kes yg besar2 PKZB dll.. tidak diambil tindakan.
Inilah yang di persoalkan oleh rakyat dan peringatan pada pilihanraya 2008 kepada kerajaan Bn itu memang berlaku,bukan kerana apa yang Pakatan lakukan sekarang ini tidak baik , tetapi oleh kerana kelemahan kerajaan Bn,Umno yang masih mengamalkan cara lama mendekati anak muda sebagai sebahagian zaman kini untuk menggantikan pemimpin mereka masa depan.
Umum mengetahui anak muda mindanya lebih terbuka, bebas dan juga agresif, maka kerana itu cara sekarang ini, Umno masih di belakang. Umno umpama kereta buruk, nak berubah pun susah, yang ada cuma pemimpin atasan, yang bawah dah lari, peringkat daerah, projek dah tak dapat, semua kontraktor tukar baju dan berubah ke Pakatan Rakyat. Pembaharuan sedang berjalan sesuai dengan sebuah parti yang sedang maju membangun.
Pelan pengambilan kuasa selepas PRU13 harus di buat sebagaimana saranan Dk Husam Musa.. Pakatan Rakyat harus bersedia dari sekarang. 
Jangan pula ADUN PR membuat kesilapan yang telah Bn/Umno lakukan...jika tidak rakyat tidak akan berpatah balik..

sumber WRLR/mediarakyat