March 29, 2010

SOI LEK MENANG !

Datuk Seri Dr Chua Soi Lek memenangi jawatan presiden MCA manakala Datuk Seri Liow Tiong Lai pula menang jawatan timbalan presiden.

Empat jawatan naib presiden dimenangi oleh Datuk Ng Yen Yen, Gan Ping Sieu, Datuk Donald Lim dan Datuk Chor Chee Heung.

Chua mendapatkan 901 undi, menewaskan Tan Sri Ong Ka Ting yang mendapat 833 undi manakala Datuk Seri Ong Tee Kiat memperolehi 578 undi.

Bagi jawatan timbalan pula, Liow mendapat 1,171 undi, menewaskan Datuk Kong Cho Ha yang memperolehi 1,106 undi.

Bagi jawatan naib presiden, Dr Ng mendapat 1,528 undi, Donald Lim (1,469) manakala Chor dan Gan masing-masing mendapat 1,202 undi.

Yang paling menarik ialah mereka yang menang, merupakan campuran penyokong kepada Chua, Ka Ting dan Tee Keat.

Liow merupakan regu kepada Ka Ting, manakala bagi naib presiden pula, Dr Ng dikaitkan dengan Chua, Chor (Ka Ting), Gan (Tee Keat) manakala Donald Lim dilihat tidak memihak.

Manakala 25 pemenang jawatankuasa pusat ialah:

1. Tan Ken Ten
2. Koh Nai Kwong
3. Loh Seng Kok
4. Tan Cheng Liang
5. Gan Tian Loo
6. Chong Itt Chew
7. Hou Kok Chung
8. Lee Chee Leong
9. Wee Jeck Seng
10. Chuah Poh Khiang
11. Hoh Khai Mun
12. Heng Seai Kie
13. Kong Sing Chu
14. Teh Kim Poo
15. Wong Koon Mun
16. Tee Siew Kiong
17. Tan Ah Eng
18. Ti Lian Ker
19. Tan Chai Ho
20. Por Choo Chor
21. Lee Wei Kiat
22. Ong Ka Chuan
23. Liew Yuen Keong
24. Yoo Wei How
25. Toh Chin Yaw

Malaysiakini/-

March 26, 2010

Alfatihah, takziah kpd keluarga allayarham Dk Dr Zainal Abidin Ahamad, MP Hulu Selangor

Jenazah allahyarham akan disemadikan kira-kira jam 11 pagi ini selepas sembahyang jenazah di Mesjid Kuning, Bt 10, Hulu Langat pagi ini...Alfatihah.

March 22, 2010

PKR MPs MINTA BN BATALKAN KONTRAK APCO.. KALAU BERANI LA..

KUALA LUMPUR, March 22 — PKR MPs want Barisan Nasional to cancel its existing contract with APCO following claims made by Datuk Seri Anwar Ibrahim that the public relations company had clear links with former Israeli Prime Minister Ehud Barak.
Anwar had claimed last week that Prime Minister Datuk Seri Najib Razak’s “1 Malaysia” slogan was a mere rehashing of Israel’s “1 Israel” campaign back in 1999.
“If Umno BN does not cancel APCO’s contract, it will give the implication that Israeli policy will become the basis of our country’s communications.”
“I challenge the PM that if strict action is not taken, the people will say that you are in cohorts with Israeli leaders,” said PKR Youth Exco member Yusmadi Yusoff, who was flanked by PKR MPs Sivarasa Rasiah, Datuk Johari Abdul and Amran Abu Ghani.
On March 18 ,Amran who is the Tanah Merah MP had asked the prime minister during Question Time in Parliament to clarify whether APCO Worldwide which was engaged to launch the 1 Malaysia concept was also giving its services to “Nigeria and Kazakhstan’s life president, all of whom are dictators.”
Minister in the Prime Minister’s department Datuk Seri Nazri Abdul Aziz, in a written reply to Amran, stated that “the government did not engage foreign or local communications companies to promote 1Malaysia specifically.”
“If it’s not specific then what? If not specifically means APCO also involved,” said Yusmadi.
The Balik Pulau MP read out the rest of Nazri’s reply, which also stated that “APCO was appointed to implement communications as a whole”.
Yusmadi then asked the reporters what has been the Najib administration’s primary public relations slogan since Najib became PM.
“Isn’t it 1 Malaysia? It’s difficult for the government to say it’s not 1 Malaysia. We have 1 JPJ, 1 klinik.. If they say it’s as a whole in general, it’s more dangerous because we are concerned that APCO is tied in with the Israeli government.”
He then attacked Datuk Abdul Rahman Dahlan’s threat earlier this morning to suggest that Anwar be referred to the Parliamentary Rights and Privileges committee over his claims.
“Kota Belud cannot say government clearly denied APCO’s links with Israel”. Here it states that the role is wider, as a whole.”
“The government also said “apart from Malaysia, APCO also gives its services to other countries... that’s the company’s internal affairs”. This means the government is also not sure (what APCO’s role is)” he added.
The Balik Pulau MP also urged Najib to take swift measures to remedy the situation immediately, or else Malaysia’s image as a model Islamic nation would be destroyed.
Meanwhile Sivarasa reminded the press that PKR’s stand did not mean that it was being racist and hostile towards Jews in general.
“PKR is just concerned with our country having ties with organisations that are linked to repressive governments,” he said.
Yusmadi also reminded the government to not turn its back on its long public stand on Israel, where Malaysia has maintained that it would not have anything to do with the country.
“The burden of proof is not on the Opposition Leader but on the government to explain that the communications company engaged does not expose the country to these elements... this is a big issue and we won’t hesitate to bring the issue to the rakyat,” he said.
PKR as well as its PR counterparts will be embarking on vigorous campaigns to inform people in their constituencies the real issue regarding Apco.

SELAMATKAN MALAYSIA - 26 MAC 2010 JUMAAT STADIUM KUALA KUBU BHARU

March 10, 2010

LAWATAN TAPAK CERAMAH DI KUALA KUBU BHARU,

AHLI SKUAD AMK HULU SELANGOR CEDERA DI RUSUHAN KELAB SULTAN SULAIMAN, KG BARU


Semalam diadakan majlis meraikan ahli Skuad AMK Hulu Selangor yang cedera, Tahir Said yang ketika  itu mengawal keadaan apabila perusuh FRU naik ke pentas di majlis jamuan dan sambutan ulangtahun Pakatan Rakyat yang diadakan di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur..
Syabas kpd Ketua Skuad AMK Hulu Selangor, Sdr Zahid Hassan yang mengetuai Skuad AMK.

March 09, 2010

TS KHALID - KUTIPAN HUTANG RM50 JUTA KPD RAKYAT SELANGOR

Kerajaan Selangor akan menggunakan hasil kutipan hutang dari Talam Corporation bagi membangunkan program Pimpinan Mikrokredit bagi membantu rakyat miskin dan berpendapatan rendah di Selangor. Kutipan hutang bernilai 50 juta ringgit itu akan dijadikan dana permulaan bagi memastikan semua masyarakat miskin di negeri ini dibela tanpa mengambil kira faktor kaum, agama mahupun kepartian.Program itu akan dilancar dalam tempoh kira-kira dua bulan lagi. Bercakap dalam majlis penyerahan watikah kepada ketua kampung di Selangor, Menteri Besar di Stadium Malawati, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim program itu akan dilaksanakan mengikut perbankan Islam.Program mikrokredit itu berkonsepkan Qardhul Hassan iaitu sistem yang digunapakai oleh sebuah bank di Bangladesh, Gramen Bank yang telah Berjaya membantu golongan miskin di negara ini. “Kita mengenal pasti lebih dari RM50 juta dikutip dari Talam Corporation dan kutipan itu akan disalur melalui MBI dan digunakan untuk program mikrokredit yang dilaksanakan mengikut perbankan Islam,” katanya. Satu jawatankuasa khas akan ditubuhkan bagi menentukan proses dan pendekatan program itu. Ia diketuai diketuai oleh Exco Hal Ehwal Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Asas Negeri, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali.
Sebelum ini, kerajaan negeri yakin akan mengutip keseluruhan hutang Talam berjumlah RM392 juta sepanjang tahun ini dan kutipan ini akan digunakan untuk program-program selari dengan agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor.

March 07, 2010

TS KHALID - SELANGOR AKAN TERUS MEMBELA RAKYAT DI BAWAH PAKATAN RAKYAT

Kerajaan Negeri pimpinan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan terus memperjuangkan perkara-perkara asas dalam membela rakyat supaya mereka terus menikmati perbezaan hidup di bawah Pakatan Rakyat berbanding kerajaan negeri Umno-BN sebelumnya.Khalid berkata usaha memastikan kerajaan negeri bersih daripada rasuah dan kemakmuran di agihkan kepada rakyat akan menyakinan rakyat Selangor dan seluruh Negara untuk mengangkat Pakatan Rakyat ke Putrajaya pada pilihanraya umum akan datang.Tan Sri Khalid berkata Pakatan Rakyat telah menyahut mesej jelas dari rakyat Selangor pada pilihanraya umum yang genap dua tahun esok."Ini yang rakyat tak nak, ini yang rakyat tak mahu, kontrak dibagi pada kawan-kawan, tanah diambil untuk basmi kemiskinan, pengerusi yang jadi tokehnya, bagaimana kita nak menyelesaikan masalah ini, kita berada dalam satu peluang, rakyat melihat apa bezanya kepimpinan dibawah UMNO BN dengan kepimpinan oleh Pakatan Rakyat, apa bezanya Khir Toyo dan Mat Taib lain-lain dengan Khalid Ibrahim,” tegas beliau.Khalid berkata pentadbiran beliau telah berusaha dengan segigih mungkin untuk menzahirkan perbezaan itu.“Ini bukan boleh dibeli, ini bukan boleh digertak, ini kerana kita daripada kumpulan reformasi, kita mahu buat perubahan menunjukkan kepada rakyat, kita boleh pandang mata rakyat, katakana saya berjuang untuk saudara, saya boleh salam saudara, saya salam bahawa ini amanah yang diberikan oleh saudara, dan kita berani buat demikian,” katanya.Dalam tempoh singkat dua tahun ,kerajaan negeri telah mengorak langkah menyelesaikan pelbagai masalah yang tertunggak sekian lama di bawah Umno-BN.Antaranya memberi hak tanah kepada lebih 100,00 keluarga dan melanjutkan pajakan tanah untuk mereka yang layak serta menyelesaikan masalah penduduk bukit Botak yang dinafikan rumah sekian lama.Turut diperkenalkan pelbagai skim untuk anak kelahiran baru, warga emas, bantuan untuk ibu tunggal dan anak pekerja ladang di samping air percuma 20 liter padu.“Tak tergambar Barisan Nasional bahawa merakyatkan ekonomi ini, ialah balasan kita kepada rakyat yang memerintah, tak tergambar oleh Barisan Nasional," kata beliau.Khalid berkata program-program Pakatan rakyat di Selangor adalah penting untuk memperkukuhkan keyakinan rakyat terhadap kemampuan Pakatan Rakyat mentadbir Negara sekiranya diberikan mandate oleh pengundi pada pilihanraya umum ke 13.
“Harapan baru kita ialah sebagai tugas baru, tugas baru yang mengatakan jika kita boleh memerintah Selangor dengan baik, jika rakyat Selangor percaya dengan kita, rakyat Selangor mahukan kita, sudah tentu kita akan ke Putrajaya," tegas Khalid.