November 30, 2010

TS Khalid - Raja-Raja Melayu Perlu Awasi 'Si Kitol' Moden Yang Bermuka-Muka

Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim menyifatkan pemimpin- pemimpin Umno sebagai “Si Kitol” moden yang bermuka-muka mempertahankan kedaulatan Raja dan Sultan Melayu setelah menghakis kuasa-kuasa mereka dan mengaibkan institusi itu demi kepentingan politik diri. “Tiba-tiba , sejak awal 2009, setelah 17 tahun berlalu, pihak yang berusaha dan berjaya menghapuskan kekebalan dan beberapa hak istimewa Raja- Raja Melayu kembali bermuka- muka dengan seruan supaya orang Melayu menghormati Raja dan Sultan,” kata Tan Sri Khalid.
“Syukur Alhamdulillah, mungkin akhirnya mereka sedar akan ketelanjuran, namun, patik teringat peranan Si Kitol dalam Sejarah Melayu. Adakah “Si Kitol” moden ini akan kembali memperalatkan Raja dan Sultan demi kepentingan politik mereka?,” tanya Tan Sri Khalid pada wacana mengenai institusi Raja- Raja Melayu.
Si Kitol dikenali dalam Sejarah Melayu sebagai watak yang menabur fitnah dan pandai mengadu domba sehingga menyebabkan keruntuhan Kesultanan Melaka.
Wacana bertajuk Kedaulatan Raja- Raja: Institusi Yang Mesti DiPertahankan dirasmikan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Dalam ucapannya Tan Sri Khalid menyingkap peranan Raja dan Sultan Melayu dalam sistem demokrasi berparlimen serta kuasa- kuasa yang diperuntukan kepada mereka menerusi Perlembagaan.
Tan Sri Khalid berkata sejarah membuktikan bahawa peruntukan perlembagaan itu dicabuli pada tahun 1983 dan sekali lagi pada tahun 1992 serta 1993.
Pada 1983 kerajaan Umno- Barisan Nasional meluluskan pindaan undang- undang yang membolehkannya melaksanakan sebarang rang undang- undang tanpa kelulusan wajib Raja- Raja.
Perlembagaan turut dipinda bagi mewajibkan Yang DiPertuan Agong menerima nasihat Perdana Menteri sekiranya beliau mahu darurat diisytiharkan pada bila- bila masa.
Tan Sri Khalid berkata tahun 1993 pula menyaksikan imuniti atau kekebalan Raja- Raja Melayu disentuh dengan pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan.
“Bagi mencapai matlamat tersebut, seluruh jentera kerajaan termasuk media massa dimanipulasikan secukupnya, secara biadap dengan memaparkan cerita- cerita yang memburukan peribadi Raja- raja Melayu, diulang siar dan ditokok tambah bagi mengwujudkan sentimen dan emosi benci rakyat terhadap institusi Raja- Raja Melayu,” tambah beliau.
“Pemerintah ketika itu menggunakan kuasa rakyat, terutama orang Melayu, supaya mendesak, malah memaksa Raja- Raja supaya menerima pindaan Perlembagaan. Malah ke satu tahap di mana seorang pemimpin politik tergamak mengadakan majlis pertabalan Sultan Baru di Kelantan,’ tambah beliau.

Tan Sri Khalid mengimbas bahawa Perdana Menteri ketika itu Tun Mahathir Mohamad sendiri dipetik oleh akhbar Berita Harian sebagai mengutuk Institusi Raja kerana kononnya menyalah gunakan wang, harta kerajaan dan negara serta menekan pegawai- pegawai kerajaan.
Beliau menegaskan akhbar- akhbar terbitan akhir tahun 1992 hingga Mac 1993 harus dirujuk bagi menghayati pertelingkahan yang akhirnya menghapuskan kekebalan dan imuniti Raja- Raja Melayu.
“Penilaian harus ditekankan kepada mengetahui siapakah pihak- pihak yang pada ketika itu beriya- iya mahukan kekebalan Raja- Raja Melayu dihapuskan dan malah banyak pemimpin- pemimpin itu seolah-olah mahu Raja- Raja Melayu dinyahkan daripada tahtka dan Istana diRaja,” kata beliau.
Tan Sri Khalid berkata beliau menggunakan wacana itu sebagai forum sesuai untuk mengimbas peristiwa yang memberi “luka yang dalam kepada Institusi Raja- Raja pada ketika itu.”
“Luka yang dalam mungkin telah sembuh, barang pasti parutnya tetap ada,” kata beliau.
“Patik yakin dengan mengambil kira kata- kata keramat “sedangkan Nabi mengampunkan umat” maka keterlanjuran rakyat jelata turut sama dimaafkan apatah lagi memang sebenarnya Raja- Raja adalah Raja- Raja yang berdaulat.
Namun Tan Sri Khalid mengingatkan bahawa kerenah manusia boleh berubah mengikut zaman dan kepentingan justeru itu peri laku pemimpin Umno harus dibandingkan dengan peranan Si Kitol.

CALON YANG KALAH AKAN DIPANGGIL OLEH DS ANWAR..

Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa calon-calon yang kalah dalam pemilihan PKR termasuk naib presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub tidak akan diketepikan oleh parti.

Sebaliknya mereka akan diberikan peranan tertentu dalam dalam kepimpinan parti sebagai usaha memperkuatkan PKR.
"Mengapa beliau (Mustaffa Kamil) harus diketepikan. Beliau adalah orang yang teruji... Kita akan panggil semula rapatkan kepimpinan," katanya ketika menyampaikan ucapan dalam kongres PKR di Petaling Jaya.
Katanya, selain Mustaffa, beliau juga akan memanggil calon yang kalah antaranya, calon Ketua Pemuda PKR Badrul Hisham Shaharin dan ahli parlimen Teluk Kemang Datuk Kamarul Baharin Abbas.
Mustaffa berkata beliau akan berbincang dengan kepimpinan baru yang dilantik untuk memberi kepada pihak yang tewas dalam pemilihan baru-baru ini.
Dalam ucapan juga, Anwar menjanjikan peranan yang penting kepada pemimpin daripada Sabah dan Sarawak dalam memperkuatkan barisan kepimpinan parti itu.
Mengulas tentang aduan kelemahan pengurusan pemilihan, Anwar berkata perkara itu akan diperbaiki termasuk memberi jaminan bahawa partinya akan menjawab segala aduan yang dikemukakan.
Sementara itu, Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sewaktu menyampaikan ucapan penangguhan berpesan kepada perwakilan supaya tidak rasa tergugat dengan serangan yang dilemparkan kepada Anwar dan PKR.
Sambil mengungkap kembali apa yang dihadapinya sejak suaminya dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri, beliau menegaskan tidak rasa tergugat dengan semua itu.
"Saya pergi kemana-mana, ada orang pandang hina kepada saya. Saya tidak terasa apa-apa, sebab saya percaya kepada keadilan. Peduli apa orang kata," katanya.

November 28, 2010

MUSTAFFA KAMIL AYUB - SETIA DENGAN PARTI, BELIAU PERNAH MENANG DAN KALAH TAPI TIDAK SMAPAI MENINGGALKAN PARTI

Bekas naib presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub yang tewas dalam pemilihan parti mendedahkan, bukan sahaja ada cubaan menariknya menyertai parti Datuk Zaid Ibrahim, malah Tan Sri Muhyiddin Yassin juga melakukannya.

"Kali ini betul orang Datuk Zaid cuba menarik saja, termasuk (timbalan pengerusi BN) Muhyiddin Yassin. Tetapi saya kata saya tidak akan keluar.
"Saya tetap dengan PKR, parti masa depan untuk saya, untuk Melayu, Cina, India, Kadazan dan masa depan kita," katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan terakhir sebagai naib presiden dalam Kongres PKR ke-7 di Petaling Jaya.
Menurut Mustaffa, selepas 12 tahun bersama PKR, beliau pernah menang dan kalah tetapi tidak pernah meninggalkan parti.
"Dulu saya setiausaha politik Muhyiddin Yassin. Kemudian saya tinggalkan Muhyiddin demi sertai reformasi Anwar Ibrahim.
"Dan saya tidak pernah menyesal (melakukannya)," katanya disambut tepukan gemuruh perwakilan.

ZURAIDA - KENAPA MEDIA NAK SIBUK?

Ketua Pemuda PKR (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin mempertahankan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa mengarahkan supaya calon tertentu dipilih dalam pemilihan parti itu baru-baru ini.

"Datuk Seri Anwar hanya usik-usik sahaja, tetapi ada orang cakap, 'eh, Datuk Seri sokong orang itu, sokong orang ini'.
"Takkan kita nak sekat ketua umum beliau nak beri pandangan. Beliau seorang pimpinan, nak beri teguran.
"Takkan tak boleh tegur," katanya ketika menyampaikan ucapan penangguhan di Kongres PKR di Petaling Jaya.
Pada 22 November lalu, satu laporan 'kepincangan' pemilihan PKR, antaranya mendakwa terdapat "campurtangan serius" Anwar tersebar di internet.
Menurut laporan yang disediakan oleh calon ketua AMK Badrul Hisham Shaharin, Ketua PKR cabang Kota Marudu - disebut sebagai "Dr Jurin" - melaporkan bahawa Anwar 'mengarahkannya' memberikan sokongan dan menolak calon tertentu.

Kenapa media nak sibuk?

Bagaimanapun, menurut Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution selepas itu, aduan yang dikemukakan itu didapati tidak cukup bukti.
Sementara itu, Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin pula berkata, walaupun penyertaan wanita dalam Majlis Pimpinan Pusat (MPP) bertambah selepas keputusan diumumkan, perkara itu masih belum cukup.
"Datuk Seri Anwar (Ibrahim) kata wanita cukup diwakili. Cuba lihat di atas pentas ini (menunjuk ke pentas), adakah wanita terlebih di sini? Belum cukup," katanya.
Sehubungan itu, beliau merayu anggota PKR tidak meremehkan kepimpinan kaum wanita dan diberikan kerjasama bagi memajukan parti.
Sementara itu, menyentuh 'penolakan' Presiden Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail kepada cadangannya supaya jawatan ketua umum dirasmikan, Zuraida dengan tidak semena-mena menyalahkan media dan laman sosial yang melaporkannya.
"Itu (hanya) cadangan, yang media nak sebuk mengapa? Parti ini parti siapa? PKR ini siapa punya?
"Kita hendak letak Datuk Seri Anwar di atas ke, di bawah ke, di tepi, di tengah ke, ikut suka kita. Jangan salah letak sudahlah," katanya yang juga ahli parlimen Ampang.

GAMBAR DI KONGRES NASIONAL 2010 DEWAN SIVIK, PETALING JAYA 26-28 NOV 2010







1300 keluar parti di Hulu Selangor? Satu kelucuan..


Benarkah sampai 1300 orang PKR hendak keluar parti... suatu kelucuan dikala kesibukan hampir 3000 peserta Kongres Nasional berkampung di Dewan Sivik, Petaling Jaya sejak 26 Nov lepas. Jawapan yang kita semua sedia maklum, Utusan Meloya dan Berita Hairan akan senantiasa mengambil kesempatan untuk melemahkan parti.

Ramai bertanya-tanya tentang cabang Hulu Selangor, siapa jadi ketua Cabang, betulkah ramai hendak keluar parti, ramai ke penyokong Datuk Zaid Ibrahim di Hulu Selangor, bila hendak diadakan Pemilihan semula di cabang dan bermacam-macam lagi tuduhan dan persoalannya.

Yang jelas di cabang Hulu Selangor sekarang memang ternanti-nanti keputusan JPP kepada semua aduan dan soalan yang di berikan kepada jawatankuasa pemilihan pusat itu dan sehingga ke hari ini masih belum menerima jawapannya.

Jika hendak di ceritakan semua keadaan dan tuntutan keadilan, makan meanglah mengambil berhari-hari dan tidak elok di pamerkan ke khalayak ramai demi maruah parti dan sebagainya. Cukup untuk orang Hulu Selangor menghadamkannya dan demi menegakkan keadilan, semua proses mestilah mengikut arus dan kehendak perlembagaan parti yang sudah termaktub dalam perlembagaan. Harus diambil peringatan bahawa semua yang terjadi ada hikmahnya dan kepada semua anggota parti, tiada yang lebih baik dari mengikut kehendak arus keadilan yang memang kuat untuk kita bersama dengan Pakatan Rakyat dan penyokong-penyokong kita bagi menghadapi Pilihanraya Umum yang bakal menjelma pada 2011.

JPP BIJAK LEMPARKAN TUDUHAN, SEMBUNYIKAN TANGAN - MUSTAFFA KAMIL AYUB

Calon timbalan presiden Mustaffa Kamil Ayub masih berharap aduannya terhadap Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) berhubung pemilihan parti terus disiasat dan beban itu tidak dikembalikan kepada pengadu.

Katanya, beliau berharap JPP lebih produktif dalam menyiasat dan menyelesaikan aduan yang diterimanya daripada pelbagai pihak, termasuk dirinya sendiri.
"JPP menerima (aduan) masalah, jangan ambil mudah dan jangan letakkan beban pembuktian kepada pengadu.
"Ia tanggungjawab bersama untuk menyiasat dengan serius dengan dakwaan yang dilakukan," katanya ketika ditemui Malaysiakini di Kongres PKR di Petaling Jaya hari ini.
Sambil memberi contoh tentang rumah yang dimasuki pencuri, Mustaffa Kamil berkata, bukan sahaja pengadu, malah polis juga bertanggungjawab untuk menyiasat mengenai kejadian tersebut.
"Jadi apa kerja polis (kalau pengadu sendiri siasat)?" soalnya yang tewas dengan majoriti besar kepada pesaingnya Azmin Ali dalam perebutan kerusi nombor dua parti itu.
Mustaffa Kamil sebelum ini menghantar memorandum membantah perjalanan pemilihan PKR yang didakwanya berlaku salah tadbir dan salah urus.
Beliau juga berkata akan mengambil tindakan tegas sekiranya tidak dilayan dalam tempoh 48 jam.

'Ada elemen sedih'
Bagaimanapun, selepas tamat masa itu, beliau meneruskan bertanding setelah diberikan beberapa jaminan oleh Pengerusi JPP Dr Molly Cheah.
Setakat ini, Mustaffa Kamil yang sedang menghabiskan hari-hari terakhir sebagai naib presiden PKR itu berkata beliau masih tidak pasti tentang status siasatan ke atas kesnya.
Menurut Mustaffa Kamil, beliau tidak bercadang untuk memberikan kenyataan terbuka di hadapan lebih 1,000 perwakilan dalam kongres hari ini kerana "ia tidak menguntungkan parti".
"Saya fikir ia kurang sesuai dan orang lain (yang) akan mendesak parti untuk menghilangkan keresahan dan rintihan dalam parti....
"Walaupun keputusannya demikian, tetapi ia sentiasa boleh disemak dan mengambil iktibar daripada perjalanan pemilihan PKR ini," katanya.
Ditanya sama ada beliau akan menerima jawatan naib presiden untuk kuota lantikan sekiranya ditawarkan, Mustaffa Kamil yang juga ketua PKR Perak hanya berkata "akan mempertimbangkannya".
Bekas pemimpin belia itu juga tidak kecewa dengan kekalahannya merebut jawatan nombor dua parti itu, tetapi mengakui "ada elemen sedih dengan apa yang berlaku" dengan pemilihan.
Berdasarkan keputusan tidak rasmi, Mustaffa Kamil ketinggalan lebih 11,000 di belakang Azmin. Keputusan rasmi akan diumumkan esok oleh pengerusi persidangan.

November 27, 2010

Wanita KEADILAN Mahu Jawatan Ketua Umum Diwujudkan Untuk Anwar

Oleh Suara Keadilan
PETALING JAYA 26 Nov - Setelah melihat kedudukan kehormat Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat dipertikaikan oleh sesetengah pihak semasa pencalonan dan kempen Pemilihan 2010 lalu, Wanita KEADILAN hari ini mencadangkan agar jawatan rasmi diwujudkan bagi Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Ketua Wanita Zuraida Kamaruddin berkata jawatan khas sebagai Ketua Umum diberikan kepada Anwar sebagai penghargaan dan pengiktirafan parti terhadap pergorbanan beloiau menegakkan keadilan serta kesengsaraan dan keaiban yang dialami beliau disebabkan angkara Umno-Barisan Nasional.
"Datuk Seri Anwar Ibrahim, saya tidak perlu sebut (panjang) kerana sebelum ini beliau diaibkan dan dinafikan haknya dan keluarganya.
"Oleh kerananya, Keadilan (PKR) ditubuhkan (maka) beliau perlu diberi pengiktirafan. Khas untuknya," kata Zuraida dalam ucapan dasarnya yang bertajuk "Suburkan Demokrasi Tujah Inovasi" pada kongres Wanita di Dewan Sivik di sini pagi tadi.
Beliau berharap cadangannya itu mendapat sokongan padu perwakilan Wanita bagi melihat Anwar disahkan sebagai Ketua Umum secara rasmi pada kongres kali ini.
"Lahirnya reformasi kerana Anwar, suburnya demokrasi usaha Anwar, melangkah inovasi bersama Anwar!" jelas beliau lagi.
Pada sidang media selepas tamat sesi perbahasan ucapan dasar beliau, Ahli Parlimen Ampang itu menjelaskan tidak ada konflik dengan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai Presiden kerana ketokohan Anwar akan memanfaatkan KEADILAN sekiranya beliau berada dalam struktur parti.

SYED HUSIN JADI TIMBALAN KETUA UMUM?

PETALING JAYA: Hari ini bermulalah Kongres Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang bakal berlangsung selama tiga hari di Dewan Sivik Majlis bandaraya Petaling Jaya (MBPJ).

Kongres kali ini yang menghimpunkan pemimpin-pemimpin parti ini dari seluruh negara ini hampir pasti dihangatkan oleh pembahas-pembahas ekoran beberapa isu panas yang timbul kebelakangan ini.
Antara yang hampir pasti dibangkitkan oleh pembahas, antaranya isu penipuan yang dikatakan banyak berlaku ketika Pemilihan Pimpinan PKR 2010 yang berakhir baru-baru ini.
Kemunculan ‘tangan ghaib’ memberikan arahan kepada ahli parti dan menentukan sesuatu keputusan parti atau Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) berhubung pemilihan dijangkakan bakal mendapat kecaman oleh pembahas.
Sebelum ini, tindakan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang menawarkan diri untuk turut bertanding dalam persaingan jawatan Timbalan Presiden telah mencetuskan spekulasi kewujudan tangan ghaib.
Terdapat dakwaan sesetengah pihak tindakkan Khalid tersebut hanyalah menurut arahan ‘tangan ghaib’ bertujuan untuk memancing Dato Zaid Ibrahim agar menarik diri dari bertanding jawatan yang sama.
Spekulasi tersebut tercetus apabila sebelumnya Zaid mengeluarkan kenyataan kesediaan beliau untuk menarik diri sekirannya Khalid turut bertanding bagi jawatan nombor dua parti itu.
Spekulasi tersebut semakin dikuatkan lagi apabila Khalid yang menawarkan diri sebelumnya tidak kelihatan pada hari penerimaan pencalonan untuk menyatakan kesediaan beliau bertanding.
Spekulasi tangan ghaib dalam PKR terus hangat diperkatakan apabila Anwar dikatakan telah menghubungi beberapa ketua cabang bagi memberikan arahan agar menyokong calon tertentu dan hingga kini masih tiada penafian dibuat.
Penipuan secara terbuka atau yang disebut oleh ahli akar umbi parti itu sebagai ‘agenda membodohkan ahli’ oleh beberapa pihak yang terlibat dalam pemilihan dijangkan turut dibangkitkan.
Istilah ‘agenda membodohkan ahli’ mula timbul dikalangan ahli akar umbi apabila penyelewengan dilakukan secara terang-terangan dengan penafian dan alasan-alasan yang ganjil baik diperingkat cabang mahupun peringkat pusat.
Bagi perwakilan yang lebih memilih haluan kanan pula dijangka bakal mengikut rentak pemimpin-pemimpin tertinggi parti dalam perbahasan nanti.
Antara isu yang bakal disentuh oleh kelompok ini ialah agenda merapatkan saf dan tidak kurang juga isu ‘kuda trojan’ atau apa yang disebutkan sebagai pengkhianat dalam parti.
Bagi kelompok ini, fenomena kritikan atau teguran oleh ahli parti sendiri dianggap sebagai tindakan yang mampu melemahkan parti dan wajar dianggap sebagai perbuatan khianat.
Bagaimanapun, sesetengah dari kelompok ini bakal dilabelkan sebagai ‘Mr Yes Man’ oleh kelompok yang lebih berani mengkritik kepimpinan parti.
Selain itu, keperluan mewujudkan jawatan penasihat parti kedua yang tiada dalam perlembagaan parti kemungkinan turut dibahaskan oleh perwakilan.
Senator Dr Syed Husin Ali yang melepaskan jawatan Timbalan Presiden sebelum ini dikatakan akan diangkat sebagai penasihat parti itu, bersama Anwar, jawatan yang pernah menjadi pertikaian sebelum ini.



Posted by RAKYAT MARHAEN

November 26, 2010

SYED HUSIN ALI - BUKAN PRASYARAT PKR TIDAK PUNYA IDEOLOGI JELAS


Di sebalik tanggapan tidak mempunyai ideologi yang jelas, Timbalan Presiden PKR Syed Husin Ali hari ini berkata perkara itu bukanlah prasyarat wajib dalam perjuangannya.

"Ada pihak mengatakan masalah PKR ialah ia tidak mempunyai ideologi yang jelas. Oleh sebab sejarah dan komposisinya yang pelbagai, PKR belum dapat merumuskan ideologinya.
"Perlu ditegaskan, ideologi bukan prasyarat yang wajib. Dan tidak ada gunanya kita mengambil saja satu ideologi dari luar dan kemudian memaksanya ke atas organisasi dan anggota," kata bekas pemimpin Parti Rakyat Malaysia (PRM) yang 'sinonim' dengan ideologi sosialisme.
Berucap merasmikan Kongres Pemuda PKR (AMK) dan Wanita di Petaling Jaya pagi ini, Syed Husin bagaimanapun berkata, PKR ketika ini mempunyai matlamat atau dasar perjuangan yang tegas.
"Lebih baik, dalam keadaan sekarang, parti mempunyai dasar atau program perjuangan yang luas tetapi jelas dan diterima, difahami dan dihayati semua anggota," katanya sambil menambah bahawa perkara itu sering dihuraikan dengan terang dalam ucapan-ucapan pemimpinnya.
Sehubungan itu, tambahnya, "17 perkara dalam Fasal 5 Perlembagaan" harus dihadam dan dijadikan panduan untuk segala tindakan politik.
"Hendaklah keadilan tidak menjadi keistimewaan kepada segelintir kecil dari golongan atasan yang berkuasa dan kaya sahaja." katanya di hadapan 1,500 perwakilan dan pemerhati daripada seluruh negara.
Dalam ucapannya sebelum itu, Dr Syed Husin menyifatkan PKR sebagai menyerupai "parti pelangi" atau rainbow party yang mempunyai pelbagai warna kerana anggotanya terdiri daripada pelbagai latar politik dan penyertaan dalam NGO, termasuk daripada Umno.
"Sehingga sekarang ada di antara mereka yang masih terbawa-bawa oleh pengaruh lama mereka.
Bahkan masih ada, walaupun bilangannya sangat kecil, yang menimbulkan syak wasangka atau permusuhan dengan membangkitkan latarbelakang tertentu," katanya dengan nada kritikal, berbeza dengan ucapan perasmiannya sebelum ini.
Bekas pemimpin Parti Rakyat Malaysia (PRM) itu juga berkata, terdapat dua lagi "perkara yang dari mula-mula menimbulkan masalah dalaman", iaitu perbezaan kaum dan agama sesama anggota dan perbezaan taraf ekonomi.
"Masalahnya di sini ialah bagaimana hendak memastikan agar bilangan kecil yang berwang dan berpangkat tidak akan dapat menguasai parti, dengan wang dan pangkat, untuk kepentingan mereka sendiri.
"Jikalau ini berlaku bahayanya ialah PKR akan berkembang menjadi seperti Umno, terutama selepas mendapat kuasa," kata Dr Syed Husin lagi.
Posted by RAKYAT MARHAEN

November 23, 2010

PAKATAN RAKYAT PERLUKAN PERMUAFAKATAN POLITIK DISAMPING KEKUATAN POLITIK - SATU PENDAPAT

Jika dilihat kembali kepada krisis UMNO 1987, apabila berlaku pertandingan merebut jawatan presiden UMNO antara Dr. Mahathir Mohamed dengan Tengku Razaleigh Hamzah, dimana dalam pertandingan ini, Dr. Mahathir menang dengan majoriti yang tipis dan akibatnya UMNO berpecah dan kumpulan Tengku Razaleigh menubuhkan parti Semangat 46. Tengku Razaleigh sendiri sedar bahawa seandainya Semangat 46 bertanding secara sendirian, harapan untuk mencapai kemenangan adalah tipis. Lantas, beliau mempelopori penubuhan Angkatan Perpaduan Ummah (APU), iaitu gabungan parti-parti pembangkang antara Semangat 46, Hamim dan Berjasa. APU juga mengadakan kerjasama dengan parti bukan Melayu seperti DAP dan AMIPF (parti baru yang diketuai oleh M.G. Pandithan yang dipecat dari MIC).
Kerjasama APU dengan DAP dan AMIPF ini jelas menunjukkan bahawa kesemua parti-parti politik di negara ini mengakui bahawa kerjasama politik antara kaum adalah penting bagi memperolehi kemenangan dalam pilihan raya. Ini kerana tanpa sokongan dari semua kaum, maka adalah sukar untuk satu-satu parti politik mencapai kemenangan kerana untuk menang orang-orang Melayu perlukan undi dari orang-orang Cina dan India dan begitulah sebaliknya.
Pilihan raya umum 1990 menunjukkan walaupun parti pembangkang mewujudkan gabungannya sendiri, dan dikatakan mempunyai harapan yang cukup baik untuk mencabar kekuatan BN, namun pakatan ini masih belum diterima pada masa itu mungkin kerana dua sebab: pertama, ia hanya berbentuk untuk kepentingan sementara sahaja, iaitu sebagai marriage of convenience, dan keduanya, masing-masing parti yang bergabung mempunyai ideologi politik yang berbeza. Oleh sebab itulah, biarpun pembangkang mempunyai isu politik yang banyak di tangan, mereka tetap gagal kerana sistem politik permuafakatan yang menggabungkan kesemua kaum dalam satu barisan membolehkan BN mendapat undi dari pengundi yang mahukan kestabilan dan kerjasama antara kaum yang harmoni.
Pada pilihan raya tahun 1995, gabungan APU dan Gagasan Rakyat yang dibentuk oleh pembangkang pada tahun 1990 telah tidak bersatu lagi. Maka keadaan ini membolehkan BN menang besar dalam pilihan raya tersebut. BN hanya dicabar kembali dengan kuat oleh pembangkang dalam pilihan raya umum 1995 apabila Barisan Alternatif (BA) dibentuk. Gabungan BA ini dibentuk selepas Anwar Ibrahim, timbalan perdana menteri Malaysia dipecat dari jawatannya atas tuduhan melakukan hubungan seks luar tabii. Pemecatan Anwar Ibrahim dari jawatannya telah menimbulkan krisis politik yang besar di Malaysia dan rakyat telah membuka mata dan melihat isu ini bersama isu-isu lain seperti isu keadilan, kebebasan kehakiman, isu rasuah dan pelbagai lagi. Namun, apabila keputusan pilihan raya diumumkan, BN masih lagi mampu untuk mengekalkan kemnenangan dua pertiga majoritinya. Pada pilihan raya umum 2004, setelah BA tidak lagi bersatu, maka BN sekali lagi berjaya dalam pilihan raya tersebut.
Kemenangan parti pemerintah ini boleh dianggap kerana negara kita mempunyai masyarakat majmuk dan pendekatan terbaik untuk memenangi pilihan raya masih perlu menerusi sistem politik permuafakatan. Pihak pembangkang yang belum memenangi pilihan raya umum (walaupun telah pun memenanginya dengan menidakkan 2/3 majoriti dalam PRU12 yang lepas) sebenarnya mempunyai banyak isu yang boleh mempengaruhi rakyat. Percayalah rakyat masih lagi percaya kepada kerjasama antara kaum sebagai asas untuk mengekalkan kestabilan politik dan kemakmuran ekonomi.
Maka itu, selagi parti-parti didalam Pakatan Rakyat sekarang tidak menunjukkan kepada rakyat tentang perpaduan di kalangan anggotanya, maka selagi itulah sukar untuk memenangi pilihan raya di Malaysia dan pengundi akan terus mengundi status quo..

23/11/2010

Kongres Nasional PKR bincang mantapkan parti - Setiausaha Agong PKR

Oleh Fazy Sahir PETALING JAYA: Kongres Nasional PKR kali ke-7 bermula Jumaat ini akan membincangkan secara terperinci mengenai pertambahan ‘muka-muka baru’ dan pembabitan ketara golongan muda wanita dalam pemilihan kali ini.
Setiausaha Agung Saifuddin Nasution Ismail berkata, perkara itu akan dibentangkan dalam kongres memandangkan pemilihan itu telah memberi hikmah kepada parti dalam menerima golongan muda dan baru bagi menghiasi pimpinan di cabang mahupun pusat kelak.
"Selesai pemilihan hampir 60 peratus kepimpinan muka-muka baru di cabang bagi jawatan ketua,timbalan,naib,ketua wanita dan lain-lain. Semakan awal juga mendapati peratus itu merupakan pertambahan ketara bagi golongan muda dan wanita," katanya dalam sidang media di ibu pejabat PKR hari ini.
Saifuddin berkata tumpuan kepada ucapan dasar presiden akan memfokuskan kepada pengukuhan dan keupayaaan parti sebagai sebuah parti berbilang kaum dengan keanggotaan 50 peratus Melayu, 23 peratus India, 12 peratus Cina dan 15 peratus Sabah dan Sarawak yang dinamik dan berdaya saing.
Beliau menjelaskan ucapan dasar Presiden Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail turut menyentuh daya saing parti, pengukuhan imej parti dan komitmen PKR sebagai parti alternatif untuk semua.
"Tumpuan ucapan presiden turut menyentuh komitmen PKR untuk kukuh sebagai parti alternatif yang berkesan untuk menjadi pesaing Barisan Nasional (BN).
"Selain itu, ucapan turut menyentuh mengenai polisi pro-rakyat yang mengupas topik pendidikan, ekonomi dan komitmen parti. Malah isu-isu Melayu seperti visi Melayu turut akan diketengahkan dalam ucapannya nanti," jelas beliau yang juga ahli parlimen Machang.
Kongres tersebut yang akan berlangsung selama tiga hari bermula Jumaat akan diadakan di Dewan Sivik Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dekat sini.
Sementara itu, kongres tahunan parti itu pada hari pertamanya akan menyaksikan perasmian serentak persidangan Wanita PKR dan AMK yang akan dirasmikan oleh Timbalan Presiden Dr Syed Husin Ali.
Keesokkannya, Dr Wan Azizah akan menyampaikan ucapan dasar sekaligus merasmikan Kongres Nasional Tahunan PKR.
Semalam adalah hari terakhir cabang-cabang PKR mengadakan proses pengundian.
Sebanyak 218 daripada 222 cabang PKR berjaya mengadakan pemilihan untuk memilih pemimpin Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti itu.
Saifuddin berkata selepas berakhirnya pemilihan PKR semalam sebanyak 22 peratus ahli telah keluar menjalankan tanggungjawab masing-masing.
"Hari terakhir pengundian jumlah yang keluar mengundi adalah sebanyak 13.6 peratus dan minggu lalu pula adalah 8.4 peratus yang keluar.
"Ia melibatkan kira-kira 30,000 ahli parti yang telah menjalankan tanggungjawab," katanya.
Beliau berkata kejayaan parti menjalankan proses pengundian secara langsung ini adalah satu permulaan yang baik untuk PKR meneruskan proses yang sama pada masa akan datang.
"Ini adalah proses pemilihan yang pertama kali diadakan di Malaysia, jadi kita tidak boleh bandingkan dengan mana-mana parti sama ada Umno, MCA dan MIC.
"Tapi saya anggap ini merupakan satu permulaan yang baik untuk kita teruskan pemilihan ini pada masa akan datang," katanya.
Seramai 2,460 perwakilan dan 1,025 pemerhati yang berdaftar akan hadir ketika kongres tersebut.

Posted by RAKYAT MARHAEN

ZAID IBRAHIM UNDUR DIRI DITERIMA PIMPINAN PKR....

PETALING JAYA 22 NOV: Ibupejabat Parti Keadilan Rakyat(PKR) memaklumkan kepada media hari ini bahawa pihaknya telah menerima surat daripada Datuk Zaid Ibrahim pada 19 Nov lalu.
Menurut Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail surat itu menyatakan hasrat untuk mengundur diri dan keluar dari parti.
Biro politik telah bermesyuarat semalam dan memutuskan untuk menunaikan hasrat beliau, berkuatkuasa serta merta.
Surat rasmi akan dihantar kepada Zaid hari ini memaklumkan keputusan biro politik.
Ahli Parlimen Machang itu juga menegaskan bahawa parti tidak memecat Zaid tetapi membantu menunaikan hasrat bekas sanator yang dipecat daripada Umno dahulu.

November 20, 2010

HARI PEMILIHAN CABANG HULU SELANGOR -20 NOV 2010 SABTU






KECOH DI PEMILIHAN HULU SELANGOR SEBABKAN MASA MENGUNDI SEHINGGA 7 MALAM

KUALA KUBU BARU: Chaos erupted in the Hulu Selangor PKR polls today when a few men attempted to thwart the election process at the Dewan Merdeka here today.


According to a member of the Hulu Selangor division who requested anonymity, it all started when a defeated divisional chief candidate Zahar Rosli and some of his supporters prevented the polling monitors from carrying the ballot papers to the election centre.
The source told FMT that Zahar and his men surrounded the monitors’ vehicles and prevented the election officers from bringing in the ballot papers.
“Zahar did not manhandle the monitors. He just wanted to stop the ballot papers from being brought in,” said the source.
However, he said, Zahar’s attempt was futile.
“He didn’t get to touch the ballot papers, but he managed to obstruct the monitors from carrying out their duty,” he said.
The voting has to be extended to 7pm from the usual 4pm.
"The members went back to vote at 1pm and so far about 200 have cast their ballots," he said.
Zahar, who is believed to have joined the party in 2008, bagged the lowest number of votes compared to the other contenders in a seven-cornered fight for the Hulu Selangor divisional post recently.
Although his motive was unknown, the division deputy chief Kasim Yaakob believed that Zahar still could not get over his defeat.
“I think he was not happy with the result... what he did was very childish,” said the source.
Attempts to get Zahar or his supporters for comments have been unsuccessful.
Today marked the final week of PKR polls, with 15 divisions in Selangor, Johor and Sarawak casting their votes. The results will be known later tonight.

November 17, 2010

MUSTAFFA KAMIL AYUB MASIH SANGSI PERJALANAN PEMILIHAN 2010

Saya ingin menegaskan bahawa perjalanan pemilihan beberapa hari yang lalu masih belum memuaskan. Unsur-unsur kelompongan yang paparkan dalam memorandum lalu masih berterusan.
Beberapa aduan tambahan sedang dalam proses dan beberapa orang calon juga sedang memfailkan beberapa kes khusus untuk disiasat.
Ingin ditegaskan bahawa saya meneruskan bertanding jawatan timbalan presiden di dalam protes. Dalam ertikata kita masih sangsi dengan perjalanan pemilihan yang ada, namun demi menyelamatkan perjuangan dan parti serta keadaan, saya meneruskan pertandingan.
Saya tetap berpendirian yang juga mewakili sejumlah anggota yang signifikan, bahawa pemilihan 2010 mestilah ditangguhkan bagi memberi masa segala aduan dan bantahan ditangani, proses penambahbaikan JPP, logistik dan semua persiapan pemilihan. Dalam masa yang sama mengambil tindakan tegas dalam membetulkan dakwaan dan tanggapan meluas campurtangan pimpinan tertentu memperalatkan JPP.
Tidak ada aibnya kepimpinan mendengar keluhan akarumbi dalam persoalan ini. Malahan rakyat Malaysia akan melihat betapa kepimpinan KEADILAN benar-benar peka dengan sebarang permasalahan, bermula dengan pengendalian persoalan dalaman dan kemudiannya keluhan rakyat keseluruhannya.
KEADILAN sewajarnya benar-benar tampil mewakili aspirasi rakyat serta menawarkan model yang terbaik kepada rakyat Malaysia termasuk proses pemilihan parti yang demokratik dari segi konsep serta perlaksanaannya.

“KESINAMBUNGAN PERJUANGAN”
“KEMBALIKAN SUARA RAKYAT”

MUSTAFFA KAMIL AYUB
Naib Presiden KEADILAN
Calon Timbalan Presiden KEADILAN

November 15, 2010

Mengapa gimik Mustaffa Kamil Ayub Tidak Menjadi...

Oleh Mohd Sayuti Omar
SAYA hanya mampu tersenyum mengenangkan politik Mustapa Kamil Ayub yang membuat gimik Wak Long (badut dalam wayang kulit) dalam PKR tetapi tidak menjadi. Hari ini dia membuat sidang akhbar memberitahu sekalian rakyat yang dia meneruskan hasrat perebutan jawatan timbalan presiden. Walaupun dia protes pemilihan itu yang dianggap tiak adil, tetapi dia teruskan juga.
Pelik bunyinya.. tetapi itulah politik. Mulanya Mustapa Kamil bukan main lagi melepaskan geli gelemannya dengan pemilihan itu yang dianggap tidak adil dan penuh dengan tipu daya
Dia memberi masa 48 jam untuk PKR memperbetulkan kepincangan dalam pemilihan itu kalau tidak dia akan melakukan sesuatu yang mengejutkan. Nada dan bunyi suara Mustafa Kamil sangat tegas, kalau tidak sama dengan suara Malik Zabaniah pun tetapi dekat-dekatlah dengan suara itu.
Dia mengeluarkan kenyataan itu saat dia mendamping Zaid Ibrahim yang membuat penjelasan berhubung tindakannya menarik diri dari bertanding dan meletakkan semua jawatan dipegangnya. Kenyatan itu dibuat di rumahnya (Zaid) di Tropicana. Ini bermakna Mustafa Kamil sengaja melangkah ke rumah Zaid untuk mendampingi Zaid. dan bersekongkol dengan kesucian dan kekudusan politik Zaid.
Jika dilihat kepada kesungguhan itu, Mustafa Kamil semacam turut berkerat rotan dan berpatah arang dengan PKR. Dia akan mengikut jejak langkah Zaid. Tetapi tidak begitu rupanya. Sebaliknya dia dorong ke belakang semula. Belum sempat ayam berkokok dia sudah memalingkan semula niatnya. Mulanya dia membuat kenyataan memberi isyarat masih sokong kepada penasihat dan presiden PKR. Selepas itu beliau...membuat pula kenyataan tetap akan bertanding walaupun menganggap proses pemilihan itu pincang.
Apakah erti kata-kata Mustafa Kamil itu? Budak kecil pun faham mengenai kesongsangan kenyataan itu. Tetapi koner baring Mustafa itu mudah untuk difahami. Dia sudah dapat mengangak bila Zaid lontar bom tetapi tidak meletup maka dia kena cari jalan selamat secepat mungkin. Caranya undur balik ke belakang.
Dalam pengamatan saya, cara Mustafa Kamil mendampingi Zaid itu di sidang akhbar itu dan mengangkat kertas memorandum satu kesilapan besar. Beliau senaga 'mendempetkan' dirinya dengan kebusukan yang ada kepada Zaid. Ingin saya beri tahu Mustafa Kamil beliau tidak akan terlwan dengan cara politik Zaid. Zaid boleh bergerak dengan wang. Mustafa jangan harap kalau hendak menumpang tuah Zaid.
Walhasilnya tindakan Mustafa Kamil bersama Zaid tidak sampai tiga hari itu telah merosakkan reputasi dirinya. Baik-baik dirinya dikenali sebagai seorang ahli politik berpotensi, cendekiwan tetapi julangan itu jatuh bercelabak apabila beliau tidak bijak memilih kawan atau tempat untuk membuat kritikan kepada parti. Dan apabila Mustafa tidak jadi membuat gimik Wak Long itu maka orang pun akan dapat mengukur sejauh mana kebestarian politik seorang Mustafa Kamil Ayub

November 14, 2010

PRODEMOKRASI..AUNG SAN SUU KYI MEMBAWA MYMMAR KE ERA DEMOKRASI TULEN..

Anak pro demokrasi Mymmar ini kelak akan membawa negaranya kearah demokrasi tulen..
Rentetan peristiwa berkenaan anak bapa kemerdekaan mymmar, Aung San Suu Kyi, pemimpin pembangkang Burma yang dikenakan tahanan kediaman oleh kerajaan junta tentera yang baru dibebaskan adalah seorang pendatang baru dalam politik bila dia memulakan perjuangan untuk demokrasi pada tahun 1988 sejak rampasan kuasa tentera pada 1988 dan penubuhan parti National League for Democracy (NLD) yang menyusul selepas itu.
1988
- Ogos: Beribu orang dipercayai dibunuh selepas tentera melepaskan tembakan terbuka ke atas rapat umum awam. Suu Kyi, anak kepada pahlawan kemerdekaan, Aung San, memberi ucapan di Shwedagon Pagoda, Ranggoon dihadapan 500,000 hadirin.
- Septembar: Tentera mengambil tindakan dengan mengujudkan State Law and Order Restoration Council (SLORC).
- Suu Kyi menubuhkan parti National League for Democracy (NLD).
1989:
- Julai: Suu Kyi dikenakan tahanan kediaman.
1990:
- May: Parti NLD menang 392 dari 485 kerusi dalam pilihanraya parlimen tetapi junta tentera tidak mengiktiraf keputusan itu.
1991:
- Oktober: Suu Kyi memenangi Hadian Nobel Keamanan1994:
- September/Oktober: Rundingan dengan orang nombor satu dan nombor tiga junta tentera, Senior General Than Shwe dan Lieutenant General Khin Nyunt.
1995:
- Julai: Dibebaskan selepas enam tahun dikenakan tahanan kediaman.
1996:
- Mei: Hampir 10,000 penyokong Suu Kyi berarak di Ranggoon dalam demonstrasi terbesar sejak 1990, yang junta tentera anggap sebagai haram.
1999:
- Mac: Suaminya, Micheal Aris, seorang ahli akademik British meninggal kerana kanser tanpa dapat berjumpa selama 4 tahun.
2000:
- Ogos: Suu Kyi membantan penahanannya kepada Rangoon. Dikenakan kembali tahanan kediaman bulan berikutnya selepas cuba pergi ke Mandalay.
2002:
- Mei: Dibebaskan selepas 19 bulan ditahan.
2003:
- Mei: Ditahan di utara negara selepas pertempuran dengan kekerasan antara penyokongnya dan kumpulan pro-junta yang mengakibatkan 4 orang terkorban.
- September: Suu Kyi sembahyang bersama sami Budha diluar rumahnya semasa bantahan yang dipimpin para sami berikutan kenaikan melampau harga minyak, di dalam kemunculan pertamanya kepada awan sejak 2003.
2008:
- May: Penahanannya disambung semula selepas 3 hari fererendun dihantar untuk mengesahkan konstitusi baru yang membuka jalan kepada pilihanraya tahun 2010.
- Ogos/Sebtember: Menolak makanan dan diberikan "intravenous drip"
- Oktober: Rayuan keatas penahanannya melalui peguam beliau.
2009
- Mei: Rayuan atas penahanannya ditolak.
Warganegara US, John Yettaw ditahan kerana menceroboh dengan berenang di tasik bertentangan rumahnya dan menginap disana 3 hari. Suu Kyi diberikan "intravenous drip" sekali lagi sejurus selepas itu kerana dehadrasi dan tekanan darah rendah.
Disabitkan bersalah melanggar terma-terma penahanannya.
- Ogos: Tahanan dilanjutkan lagi untuk 18 bulan.
2010:
- Februari: Mahkamah Agung menolak rayuan.
- Mac: Suu Kyi menolak untuk bertanding dalam pilihanraya dengan alasan yang menghalang tahanan menjadi ahli parti politik.
Partinya mengumumkan memboikot pengundian.
- May: NLD dipaksa dibubarkan oleh junta.
Suu Kyi bentangkan rayuan terakhir ke atas penahanannya.
- Oktober: Beliau berkata beliau enggan mengundi.
Mahkamah Agung mendengar rayuan keatas penahanannya.
- November: Suu Kyi kekal di tahan di kediamannya berhampiran tasik semasa Burma mengadakan pilihanraya yang pertama dalam masa 20 tahun.

Dicatat oleh mySAS

November 12, 2010

CUCU MAT KILAU - JPP SEKADAR ROBOT UNTUK PUASKAN NAFSU PIHAK TERTENTU

Pemimpin yang rosak akhlaknya tidak layak untuk disanjung oleh rakyat apatah lagi mereka yang jelas cuba menipu dan mempermainkan parti sendiri. Bukankah amalan seperti ini tidak sepatutnya berlaku dalam sebuah parti yang memperjuangkan agenda perubahan buat rakyat.

Semunya gara-gara beberapa kerat pemimpin yang sanggup lakukan apa sahaja demi kuasa. Masing-masing mahu menjadi pemimpin parti untuk membuka laluan mudah dipilih sebagai calon dalam pilihanraya umum akan datang.

Masing-masing kini bercita-cita serta berhasrat untuk menjadi ADUN dan Ahli Parlimen selepas melihat peluang PKR menawan Putrajaya pada PRU-13 ini semakin cerah. Malah, tidak kurang juga yang menanam hasrat untuk menjadi Menteri, Timbalan Menteri, Pengarah Syarikat, Exco, Ahli Majlis dan sebagainya.
Bagi mereka, harapan untuk itu semakin terpancar luas bila mana melihat gelombang kebangkitan suara rakyat kini berada ditahap yang memungkinkan agenda perubahan itu berlaku. Dek kerana cita-cita itulah, mereka yang terbabit sanggup melanggar "pantang" selama ini.
Amalan yang mereka benci ketika dalam UMNO BN dulu kini menjadi mainan dek kerana jawatan dan kuasa. Politik wang, pancas memancas, fitnah, kutuk, caci mencaci, bomoh, gaduh hinggalah kepada membeli undi sudah tergamak mereka lakukan sekarang.
Mungkin, merasakan tidak ada cara lain lagi untuk menang menyebabkan mereka sanggup kembalikan semula amalan jahiliah itu semata-mata mahukan kuasa. Inilah yang berlaku dalam parti mutakhir ini sebenarnya.
Segala yang berlaku kini terbentang didepan mata malah bertambah parah lagi dipusingan akhir pemilihan 2010 ini sebenarnya. Tambah parah lagi, apabila badan bebas yang sepatutnya bertindak secara adil dan profesional bagi mengadili pemilihan parti juga dilihat semakin tidak telus mutakhir ini.

Badan bebas yang dikenali sebagai Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP), sekadar menjadi robot untuk memuaskan nafsu pihak-pihak tertentu. Badan tersebut tidak wajar disalahgunakan oleh pihak-pihak tertentu yang secara jelas mencabuli amalan demokrasi yang mahu dipertahankan itu.

cucu mat kilau

MUSTAFFA KAMIL AYUB BERSAING TERUS REBUT KERUSI TIMBALAN PRESIDEN...

Naib presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub akan terus bertanding dalam pemilihan jawatan timbalan presiden parti itu yang sedang berlangsung.


Sidang media hari ini, diadakan selepas kata-dua 48 jam yang diberikannya kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) berakhir semalam yang menuntut supaya menangguhkan pemilihan kerana mendakwa berlaku penyelewengan.

"Tetapi selepas berjumpa dengan Dr Molly Cheah (pengerusi JPP) semalam, beliau memberikan tiga komitmen kepada saya dan saya memutuskan untuk mengambil jalan tengah.

"Saya akan terus bertanding walaupun dalam protes,” katanya sambil menambah bahawa beliau bukan seorang “pengacau”.

November 11, 2010

Pemilihan PKR : Kem Chegubard pula desak pemilihan ditangguh

KUALA LUMPUR, 11 Nov — Calon ketua sayap pemuda PKR Badrul Hisham Shaharin akan kekal dalam saingan, sebaliknya pertemuan anjurannya malam tadi meluluskan enam resolusi - antaranya dipercayai mendesak parti menangguhkan dan mengadakan semula pemilihan sebagai langkah keluar daripada isu semasa yang beliau sifatkan sebagai “krisis”.
The Malaysian Insider difahamkan resolusi itu antara lain menggariskan siri tindakan untuk diambil setiap hari sekiranya permintaan menangguhkan pemilihan dan memperbaiki segala kelemahan dalam proses tidak diatasi.
Keputusan itu diambil ketika tinggal satu hari lagi sebelum hari keenam pengudian pemilihan pusat PKR — di bawah sistem pemilihan secara langsung — dilangsungkan.
Pertemuan itu, dinamakan sebagai “Himpunan Anak Muda Selamatkan Keadilan”, diadakan di ibu negara ketika Biro Politik PKR pula mengadakan mesyuarat mingguannya dengan kebanyakan calon yang bertanding dalam pemilihan kali ini difahamkan tidak hadir. Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim juga tidak hadir kerana berada di luar negara.
The Malaysian Insider difahamkan Biro Politik ada membuat beberapa keputusan dan ia dijangka diumumkan hari ini.
“Kami memutuskan enam resolusi, ia akan disampaikan kepada pucuk kepimpinan parti... presiden dan kesemua anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dalam tempoh 24 jam,” kata Badrul Hisham pada sidang media tengah malam tadi.
Pertemuan hampir tiga jam itu yang turut disertai penganalisis politik Prof A Aziz Bari dan Ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, buat seketika, juga memutuskan untuk melantik Pengerusi PKR Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman sebagai “orang tengah” untuk membawa resolusi tersebut kepada pucuk kepimpinan.
Kedua-dua Aziz dan Nurul Izzah hadir untuk memberikan input sebelum pertemuan tersebut, yang dipercayai dihadiri sekitar 200 ahli AMK dan penyokong Badrul Hisham dan pasukannya.
“Datuk Fauzi sebagai pemimpin yang disegani dalam parti dan tidak terlibat dalam pemilihan, dilantik sebagai perutusan kami untuk membawa resolusi ini ke perhatian kepimpinan parti, dan mencari penyelesaian demi kelangsungan parti dan memenuhi harapan rakyat,” kata Ketua PKR Rembau ini.
Justeru kata beliau, pihaknya telah memutuskan untuk tidak mendedahkan kandungan resolusi malam ini dan menyerahkan kepada Fauzi, bekas Ahli Parlimen dan bekas timbalan menteri kerajaan pusat untuk mengemukakan kepada parti dalam masa 24 jam.
“Kami sudah lantik Datuk Fauzi sebagai perutusan, jadi tidak adil jika kami yang mengumumkan resolusi ini di sini,” kata beliau lagi.
Ketika ditanya sama ada tindakan menarik diri daripada bersaing jawatan ketua AMK juga salah satu perkara yang diputuskan, Badrul Hisham berkata, “soal bertanding atau tarik diri daripada pertandingan tidak timbul.”
Berhubung soal meminta pemilihan ditangguhkan juga disenaraikan sebagai salah satu resolusi, Badrul berkata, “tidak manis untuk saya memberitahu, kami serahkan kepada Datuk Fauzi membuat keputusan (sama ada mengumumkan ataupun sebaliknya).”

DS ANWAR, TERUSKAN PERJUANGAN REFORMASI !

Memang benar setiap parti perlu menghadapi ujian, itu jelas, mari kita doakan agar DSAI dapat menenangkan semula keadaan dan keghairah beberapa orang pemimpin agar berpijak dibumi nyata. TERUSKAN PERJUANGAN REFORMASI !

November 10, 2010

BAIK BETUL UTUSAN NI LAPORKAN.... HAIRAN

KUALA LUMPUR 9 Nov. - Selepas memberi kata dua kepada Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, Mustaffa Kamil Ayub hari ini mendedahkan pula terdapat 162 aduan salah laku berkait penyelewengan oleh Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP).

Mustaffa Kamil yang merupakan calon Timbalan Presiden PKR berkata, jumlah aduan sejak 28 Oktober lalu itu sudah cukup membuktikan bahawa JPP berat sebelah dan hanya ingin memastikan kemenangan berpihak kepada calon-calon yang digemari pihak tertentu sahaja.
Sehubungan itu, beliau sekali mendesak Wan Azizah dan Pengerusi JPP, Dr. Molly Chia supaya bertindak segera membatalkan semua pemilihan yang sedang berlangsung dalam masa 48 jam atau bakal berdepan 'tindakan' yang lebih tegas daripada pihaknya.
Pada masa sama, Mustaffa Kamil memberitahu, satu memorandum bantahan juga akan dihantar kepada Wan Azizah dan Molly hari ini untuk melihat sejauh mana kesungguhan pucuk pimpinan PKR memberhentikan penyelewengan itu.
"JPP gagal mempertahankan prinsip pemilihan yang bersih, bebas dan adil. Integriti jawatankuasa ini dipersoalkan kerana daripada 162 aduan yang diterima keseluruhannya berkisar kepada tindakan JPP yang berat sebelah, memihak, serta terlibat dalam penipuan undi.
"Presiden PKR dan JPP perlu mengisytihar pemilihan parti dibatalkan dalam masa 48 jam. Sekiranya tidak dilakukan kami akan mengambil langkah lebih tegas demi menegak keadilan," katanya pada sidang akhbar di kediaman bekas pesaingnya, Datuk Zaid Ibrahim di sini hari ini.
Semalam, Mustaffa Kamil mengancam untuk menarik diri daripada pemilihan bagi jawatan timbalan presiden jika kepimpinan parti tidak menyelesaikan segera isu proses pemilihan yang didakwa penuh dengan penyelewengan dan penipuan.

MENGAPA TIDAK DIBUAT "TRIAL RUN" SATU AHLI SATU UNDI ? - MUSTAFFA KAMIL AYUB (9 NOV 2010 4 PTG)

Semalam telah berlaku satu sejarah di dalam Pemilihan Parti Keadilan Rakyat dimana satu memorandum telah di ajukan kepada Presiden Parti, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) oleh Naib Presiden, Sdr Mustaffa Kamil Ayub sendiri dengan diiringi lebih 50 orang penyokong parti di ibu pejabat parti, bangunan Keadilan di Tropicana Square, Petaling Jaya.



Memorandum yang antara lain memberikan gambaran secara menyeluruh semua kepincangan dan keraguan serta penyelewangan yang dihadapi oleh keseluruhan cabang-cabang yang telah mengadakan mesyuarat tahunan cabang dan pemilihan pusat diharap dapat membantu Presiden dan JPP untuk menangguhkan pemilihan yang sedang berlaku sekarang.

Mahu tidak mahu semua kepincangan dan kelemahan mestilah diakui jika parti sendiri mahukan semua pilihanraya umum atau kecil tidak diganggu atau di dalangi oleh pihak-pihak tertentu. Mustaffa Kamil Ayub sewaktu memberikan ucapan ringkas kepada penyokong parti ada menyebt tentang ada perlunya "mock run" atau "trial run" diadakan dahulu sebelum "satu ahli satu undi" ini dijalankan bagi mendapat kan satu sistem pembuangan undi yang lebih efektif dan berkesan.

Apa pun semua ahli mesti bersabar dan menunggu apa jua keputusan pimpinan tinggi parti, dengan kesungguhan dan kredibiliti Pengerusi JPP dan Presiden sendiri dalam menangani krisis ini, diharap masalah ini tidak berpanjangan demi masa depan parti.

Hidupkan demokrasi! Kuburkan exploitasi!
@seri beruntung, hulu selangor

SURAT TERBUKA UNTUK PRESIDEN PARTI, DSWA..

SURAT TERBUKA KEPADA PRESIDEN, PARTI KEADILAN RAKYAT


Presiden Parti Keadilan Rakyat

Saya telah menjadi ahli parti sejak PKR ditubuhkan. Saya dan beratus ribu lagi rakyat Malaysia telah memilih PKR sebagai wadah perjuangan politik. Kami telah menaruh harapan untuk PKR membawa perubahan kepada mutu sistem pemerintahan di negara yang tercinta ini. Harapan kami telah menggunung apabila PKR serta PAS dan DAP berjaya mencapai kejayaan yang tidak diduga pada PRU 12. Kemaraan ke Putrajaya kian menjadi realiti.
Walaubagaimanapun perkembangan-perkembangan mutakhir dalam PKR amat mencemaskan saya. Rentetan daripada pemilihan pucuk pimpinan yang sedang berlangsung, parti telah di heret ke ambang krisis. Pada hemat saya, krisis ini ialah yang paling getir pernah dihadapi oleh parti. Besar kemungkinan parti akan berpecah akibat krisis ini dan sekali gus memusnahkan peluang Pakatan Rakyat untuk menang di PRU 13. Kemaraan ke Putrajaya akan menjadi hanya sebuah impian.
Justeru itu, saya merayu dari lubuk hati saya kepada Presiden parti yang telah menang tanpa bertanding pada pemilihan kali ini untuk bertindak mengawal keadaan dan menyelamatkan parti. Hal-hal pemilihan parti tidak perlu dibincang dan diputuskan oleh Biro Politik kerana ramai ahli dalam Biro Politik mempunyai kepentingan dalam proses dan keputusan pemilihan. Budi bicara Presiden memadai untuk membuat keputusan muktamad atas hal-hal pemilihan.
Presiden harus menampilkan kepimpinan yang tegas dan melantik sebuah Jawatankuasa Pemilihan Parti baru dengan mandat penuh untuk menguruskan proses pemilihan secara adil dan bebas.
Ketua Umum parti mesti menghormati kedudukan dan kuasa-kuasa Presiden dan beliau sewajarnya tidak campur tangan dengan keputusan-keputusan yang diambil oleh Presiden. Sayugia diingatkan, Ketua Umum telah terlibat dalam krisis ini dan banyak pihak meragui peranan beliau dalam proses pemilihan.
Jika perlu, sebuah jawatankuasa pemandu ditubuhkan dengan mandat dari Majlis Pimpinan Pusat dan Presiden sebagai pengerusi untuk menstabilkan parti.
Saya doakan Presiden akan berjaya dalam misi ini. Janganlah hancurkan impian kami sebagai ahli-ahli biasa untuk parti membawa perubahan kepada pemerintahan negara ini.

Sekian, Salam Reformasi.

ILLAM KUBONG AK DAGANG
Kuching, Sarawak
No ahli: Q060000568
9 NOVEMBER 2010

Hal pemilihan parti mesti dijalankan oleh badan bebas seperti JPP, tapi janganlah merujuk balik kpd biro politik !

Hal-hal pemilihan parti tidak perlu dibincang dan diputuskan oleh Biro Politik kerana ramai ahli dalam Biro Politik mempunyai kepentingan dalam proses dan keputusan pemilihan. Budi bicara Presiden memadai untuk membuat keputusan muktamad atas hal-hal pemilihan.

Belanjawan berimbang, tapi akhirnya menjadi defisit..

Kerajaan negeri membentangkan satu belanjawan yang berimbang agar nampak cantik indah dari segi politik tetapi setiap sidang Dewan, kerajaan negeri akan meminta belanjawan tambahan.
Bolehkah macam ni. Kita akan menghadapi PRU13. Bagaimana nak buat jawapan nanti.

November 09, 2010

I BLAME IT ON ANWAR AND AZMIN - ZAID IBRAHIM

PETALING JAYA, Nov 9 — Datuk Zaid Ibrahim, who caused a stir yesterday by withdrawing from the PKR deputy president’s race, now wants Azmin Ali and Datuk Seri Anwar Ibrahim to vacate their leadership of the party.
In a packed press conference at his home here this morning, the former Umno minister blamed both Azmin and Anwar for all allegations of election fraud and malpractices plaguing the party’s ongoing elections.
“I would like to say, if PKR wants to move, Anwar and Azmin must go... because they are the source of the problem.
“I may not get the support. I may get the support. You may think I am saying this by myself but on that, let us see,” he said.
Zaid even went a step further to describe Anwar as “fledgling, weak, tottering, [and] lack of focus”, adding that the entire Pakatan Rakyat pact would “suffer if we are not careful”.
He also suggested that he would be a good alternative leader in the PKR but quickly added that he would leave such a decision up to the party's members.
“I'll be a good leader but it is up to the people, the members. You have to consult them. You cannot say that oh, I am more handsome, I am a better speaker... you have to have some consultation and then decide who to take over,” he said, smiling.
Anwar, he said, was plagued with “personal issues” and should be given the opportunity to settle them.
“I think Anwar has a lot of personal issues... so let him settle his personal issues. Azmin is his problem as well. So both have to stand aside,” he said.
He accused Anwar of sparking off further problems in the party polls by openly campaigning for Azmin, said to be his right hand man, charging that this showed that the leader was biased.
“This is one of the source [of the problems]. That is why I said it is difficult when the party's de facto leader himself is biased.... going around telling the division leaders not to vote for me. So of course the election process is destroyed.
“The election should be a friendly affair so I feel that this is the source of the malpractices,” he said.
Zaid also said that Azmin, who is presently in the lead in the deputy presidential race, should be disqualified from the polls over allegations that the leader was tampering with the elections process.
Mustaffa Kamil speaks (left) while Zaid looks on during the press conference this morning. — Picture by Jack Ooi“People who abuse and chear must be disqualified,” he said.
Zaid also claimed to have video evidence of the alleged fraud in the party polls but said that he saw no need in presenting them to Anwar.
“Show him for what? It is better to show Bersih (coalition for free and fair elections).
“He (Anwar) said to prove that there is fraud. I think he has lost touch with the party if he thinks there is none. We have presented a lot of evidence of fraud... the votes are more than the number of members present, all kinds of things.
“I have statements from those who came to vote, using the membership tags of others, I have got tapes of people offering money in Alor Gajah. But I am not here for a slinging match with Anwar,” he said.
Zaid claimed that the weaknesses in the party elections was a “manifestation of the weaknesses of Anwar himself”.
“I am sorry to say this but this is the problem and I must be frank with you and the public. The fact that we cannot even organise a proper election shows that we are weak.
“The fact that only 6,000 members have come out to vote... what does that tell you? We have failed,” he said.

November 08, 2010

Raja Petra : Boycott the system if u knew it from the beginning...

Over the last month or so we have been reading tons of stories and articles about the alleged fraud in the party elections. How much is true and how much is exaggerated I don’t really know because I am not on the ground and have to depend on what I read and what I am told by those who phone me.

But the fact that some divisions that voted in favour of Azmin Ali saw an exceptionally high voter turnout that far exceeds the national average of 5%-10% certainly triggers some alarm bells. This is reminiscent of the 2004 General Election where Kuala Selangor and Kuala Terengganu saw a 125% voter turnout against a national average of less than 80%. Exceeding 80% voter turnout already looks suspicious. Exceeding 100% voter turnout is a miracle that only God can perform.
Nevertheless, there are many who are most upset about this whole episode. Top of the list is probably Zaid Ibrahim and his campaign team. I am inclined to believe that some of the allegations are not without merit. If it is one or two complaints then maybe we can question the accuracy of the allegations. But when there is a flood of complaints then certainly some of it must be true.
I do not want to discuss whether the complaints are true and if so how much of it is true. I am not a member of the party elections committee so I am not privy to all the evidence. What I want to talk about is the same thing as what I have been saying since 2000.
If you know there is fraud then get out. Boycott the elections. Raise the complaints if you wish and get them attended to. But if the party denies your allegations then there is nothing more you can do. You can always ask for justice to be done. Whether you do or do not get justice is for the powers-that-be to decide. And in this case the powers-that-be is the party elections committee headed by Dr Molly Cheah.
If Dr Molly believes that there is fraud then, knowing her, she would most certainly do something about it. But if she does nothing then this can only mean that she believes there is no fraud. Dr Molly is probably one of the last persons on earth who would sell her soul to the devil.
I am tired of reading about the grumbling, bitching, complaining, moaning and groaning by Zaid Ibrahim and his campaign team. Dah letih dengar. Meluat!
If the fire is too hot, get out of the kitchen. Elections in Malaysia will never be clean, free and fair -- whether they are general elections, by-elections or party elections. If you want to contest in any election then accept the fact that you will be faced with many incidences of fraud. Even if Pakatan Rakyat gets to form the new federal government it too will, by hook or by crook, do whatever to takes to prevent Barisan Nasional from taking back the government.
If you still want to contest then do so quietly. Walk softly and carry a big stick. If you can’t stomach what is going on then this is not the game for you. Quit now!
Let us say, in spite of all the fraud that Zaid says is going on, he wins the contest and becomes the new Deputy President of the party. Will he then declare that the election was fraudulent and insist that the election be declared null and for a new election to be called? Or will he ‘accept the decision of the members’ and stay on as the new Deputy President of the party?
If Zaid is a man of principles, even if he wins the post of Deputy President he should decline the post because he would have won it against the backdrop of a fraudulent election. How can he accept the post of Deputy President when it was won through a fraudulent election? Zaid should decline the post and ask for the election to be declared null and for a new election to be called.
Since Zaid is going to stand on principles he should not give the election legitimacy even if he wins the post of Deputy President. He should distance himself from what he says is a fraudulent election and not legitimise it by staying in the race.
You should not grumble, bitch, complain, moan and groan only when you lose. If you believe that there is fraud then you should grumble, bitch, complain, moan and groan even if you win. And if you are going grumble, bitch, complain, moan and groan when you win and refuse to accept the post on point of principle, then don’t waste your and everyone else’s time by participating in an election that you consider a farce.
Get out and get out now. Then people would say you have principles and are not a cry baby who grumbles, bitches, complains, moans and groans only when you lose but will accept the verdict of the election if you happen to win.
I remember the BBC HARDTALK interview of 2004 when Anwar Ibrahim was asked why he is getting too personal about Dr Mahathir. Anwar replied that he is not being personal but opposes Dr Mahathir on point of principle.
The BBC interviewer then asked Anwar if he is opposed to Dr Mahathir on point of principle then why did he remain in the Cabinet? Why did he not resign if he did not endorse the manner in which Dr Mahathir was running the country?
Anwar did not have an answer.
Zaid resigned from the Cabinet in 2008 on point of principle. He refused to stay in the Cabinet because he does not endorse what the government is doing. That makes him one up on Anwar.
But now he stays in the race although he opposes the principle in how the race is being run. And if he wins the race he will accept the post of Deputy President of the party.
Is what he is doing now, in 2010, a reversal of what he did in 2008?
Zaid has to be consistent. If he wants to be seen as a man of principles, and if he claims that the party election is fraudulent, then there are no two ways about it. Zaid must walk the talk or else be known as a man who pulls his principles out of his pocket only when it works against him but will leave his principles hidden in his pocket when he can profit from it.
Like that people will say Zaid may have left Umno but Umno never left Zaid. Umno is still very much in him.

Kak Wan, what do you want me to do with these ballot papers? Haris Ibrahim

November 6, 2010 In my ‘PKR, and its ballot papers, up for sale’ post yesterday, I had said that I was going to meet an individual last night who had contacted me to say that he was in possession of PKR ballot papers for use in the ongoing party elections, and that he would pass the same to me as evidence of his claim.
In fact, that meeting was scheduled to take place this afternoon, but the individual was extremely concerned that I would be followed and that he might be identified by ‘interested’ parties, and so, at his request, I said that the meeting was to take place last night.
I met him about an hour ago.
He was very nervous.
He showed me a stack of ballot papers. They comprised ballot papers for the post of Deputy Presidency, Vice Presidents and Majlis Pimpinan Pusat.
The ballot papers for the Deputy Presidency and Vice Presidents were all serialised whilst the one for the MPP were not.
He had about 100 copies of the ballot papers in all.
I asked if that was all he had.
He replied that if I could wait, he could go back and meet me again later at another location with another 1,000 or more if I wanted.
I asked if I could have the 100 or so ballot papers that he had with him.
He offered to give me one of each provided I promised to blank out the serial numbers as he did not want to get any one into trouble.
I asked who those people might be.
He did not want to reply.
I asked him to explain to me how possession of these ballot papers might be used in the elections.
He explained that the central election committee returning officer could manipulate the list of members attending at the ongoing elections, where voter turnout is low, adjust it upwards and stuff additional ballot papers into the ballot box. Worse, it seems that at some elections, there is not even an attendance list to reflect the number of members attending to vote. This makes it even easier to stuff additional ballot papers into the ballot box.
I asked if he was representing any of the candidates and was that why he was exposing this to me, as the person or persons he was supportive of were being affected.
He admitted that he was doing this because the leadership he favoured were being cheated, but he also said that he was doing this in the hope that something would be done to stop this cheating and, if nothing was in fact done, he saw no reason to remain with the party any longer.
I asked if he knew who was behind this.
Without hesitation, he named Azmin, aided, he said, by the party HQ secretariat, and certain members of the central election committee over which the chair, Dr Molly Cheah, no longer has any control.
I do not have access to a scanner right now, so I have taken photos of the ballot papers, with the serial numbers blocked, which I now reproduce below.
The ballot for the deputy presidency is a 1-page A4 document, inserted in the 3-page vice presidency ballot .
PKR Deputy President Ballot Paper
The front page of the 3-page v-p ballot. The deputy president ballot is inserted in this
V-P candidates 1 and 2
V-P candidates 3-9
V-P candidates 10-15
Front page of the 11-pqge MPP ballot bookletThe MPP ballot paper is a 11-page document
I now have a set each of the ballot papers mentioned above.
The chap I just met claims to have access to thousands.
Who else does?Is not this election a sham?
If PKR stands for justice, will not Kak Wan step in now?
Will not the leaders taking part in these elections refuse to have anything further to do with this disgraceful pretense at democracy?

November 06, 2010

20 cabang PKR di SABAH akan tunaikan tanggongjawab parti Sabtu dan Ahad

Sebanyak 20 cabang di Sabah akan mengundi dalam pemilihan pusat 2010 pada hari Sabtu (Kudat, Kota Belud, Kota Kinabalu, Penampang, Papar, Beaufort, Ranau, Keningau, Libaran, Sandakan, Silam) dan Ahad (Tawau, Pensiangan, Kota Marudu, Tuaran, Sepanggar, Putatan, Sipitang, Beluran dan Tenom). Semoga semua anggota parti dapat menunaikan tanggongjawab mengikut lunas perlembagaan parti.

AURA PEMILIHAN PKR PUSAT TIDAK SEHANGAT CABANG ..

Tanggal 29-31 Oktober lalu menyaksikan bermulanya pusingan kedua Pemilihan KEADILAN 2010. Kali ini ahli-ahli KEADILAN akan memilih pemimpin mereka di peringkat pusat atau Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pula. Pusingan pertama iaitu pemilihan peringkat Cabang yang bersekali dengan Mesyuarat Agung Tahunan Cabang (MATC) berakhir pada 26 September 2010. Kali ini ia akan berlangsung hingga 21 November 2010 di mana Kongres KEADILAN akan diadakan seminggu selepas itu iaitu 27-28 November 2010 di Petaling Jaya.
Seperti dijangka, persaingan Timbalan Presiden menampakkan Azmin Ali mendahului dengan sejumlah 3051 undi. Sementara itu Datuk Zaid Ibrahim memperolehi 2529 manakala Mustaffa Kamil Ayub dipilih oleh seramai 1149 ahli KEADILAN setakat ini. Persaingan peringkat Naib Presiden pula agak sengit. Tian Chua (3621) ketika ini mendahului 78 undi dari pesaing terdekatnya Nurul Izzah Anwar (3543). Kerusi Naib Presiden ketiga pula sedang diduduki oleh Fuziah Salleh yang menjana 2895. Datuk Dr. Mansor Othman pula di tangga keempat dengan 2852 undi. Kedudukan ke lima hingga lapan menariknya sedang diisi oleh empat tokoh kaum India iaitu N. Gobalakrishnan (2080), Dr. Xavier Jayakumar (1679), R. Sivarasa (1553) dan R. Suresh Kumar (1237). Calon lain yang melepasi angka 1,000 undi adalah Yahya Sahri yang mendapat 1178. Lapan calon lain yang kebanyakkannya dari Sabah dan Sarawak mendapat dibawah 700 undi tetapi masih berpeluang membuat kejutan memandangkan Cabang-Cabang di Sabah (ditangguh) dan Sarawak belum lagi melaksanakan pengundian mereka. Sementara itu 132 calon ahli majlis masih lagi bersaing dan dijangka persaingan itu akan berterusan hingga ke minggu terakhir. Begitu juga dengan di peringkat AMK dan Wanita masih menampakkan persaingan sengit.
Jika disoroti apa yang berlaku dalam minggu pertama pemilihan MPP yang mana sejumlah 68 Cabang telah mengadakan pemilihan, pelbagai andaian boleh kita buat. Konklusinya bukan sahaja semacam tidak kena malah membimbangkan sekiranya ianya berterusan. Jadi apa yang tidak kenanya?
Undi keseluruhan Timbalan Presiden setakat ini adalah 6729. Jika 68 Cabang menjadi ukuran puratanya adalah 98.9 undi setiap Cabang. Ini satu jumlah yang amat rendah jika dibandingkan sewaktu pemilihan Cabang dan MATC. Hanya 4 Cabang melepasi angka 200 pengundi iaitu Permatang Pauh (280), Bagan Serai (266), Alor Gajah (215) dan Beruas (206). Malah terdapat lima Cabang yang jumlah keluar mengundi amat mendukacitakan dengan jumlah ahli yang keluar mengundi kurang dari 30 orang. Cabang-cabang seperti Maran (29), Pokok Sena (23), Jelebu (18), Arau (19) dan Pekan (7). Dalam usaha KEADILAN untuk meraikan demokrasi, jumlah ini bukan satu petanda yang baik.Cabang Pekan umpamanya boleh dianggap hanya separuh dari AJK nya keluar mengundi. Dimana ahli-ahli KEADILAN yang lain di sana? Negeri Perak yang dikatakan mempunyai keahlian seramai 40,000 setakat ini nampaknya hanya 6.34% turun mengundi walaupun 17 Cabang telah selesai mengundi dan berbaki hanya 7 Cabang. Harapan untuk meningkatkan jumlah ahli yang keluar mengundi terletak di tangan ahli-ahli KEADILAN Selangor. Ini kerana Selangor mempunyai ahli KEADILAN tertinggi jumlahnya iaitu 150,000 dan ditambah dengan peratus keluar mengundi yang tinggi sewaktu pemilihan Cabang. Andai keadaan yang sama berlaku di Selangor, KEADILAN perlu memikirkan semula secara serius dan terbuka corak dan halatuju pemilihan yang berlandaskan satu ahli satu undi ini.
Mengapakah keadaan ini terjadi? Jawapannya mungkin boleh tertumpu kepada cara pengendalian Pemilihan 2010 itu sendiri. Elok juga ditanya pendapat ahli diakar umbi tentang mengapakah ahli yang keluar semakin merosot berbanding sewaktu pemilihan Cabang. Adakah mereka bosan dengan proses ini? Muak kerana terpaksa menunggu lama dan berbaris panjang? Mungkin juga serik dengan drama serta lobi melobi mengalahkan pilihanraya umum? Apakah logistik juga jadi halangan? Boleh jadi kerana aura pemilihan MPP tidak sehangat pemilihan Cabang yang lebih personal sifatnya. Atau mungkinkah kecewa dengan ketidaktelusan seperti yang diwawarkan oleh pelbagai pihak dewasa ini. Semua ini serba mungkin. Masakan pohon bergoyang jika tidak ditiup angin. Tentu ada yang tidak kena.
Jari tentunya banyak menuding kepada Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP). Menurut Fasal 18.15 Perlembagaan KEADILAN JPP adalah bertanggungjawab bagi mengawalselia proses pengundian dan pemilihan untuk jawatan dalam parti di peringkat Cabang dan Pusat. Begitu besar kuasanya begitu jugalah dengan tanggungjawab dan amanah ke atas semua yang berada di dalam JPP ini. Berat beban yang perlu ditanggung untuk menjamin keadilan kepada semua calon apatah lagi dalam sebuah parti bernama KEADILAN. Sedar atau tidak, semua dalam JPP perlu memastikan pengundian bukan sahaja berjalan lancar, tetapi telus, adil dan penuh berintigriti. JPP juga tidak mungkin boleh berpihak kepada mana-mana calon, memastikan keadilan kepada semua calon yang bertanding dan memenangkan calon yang betul-betul menang berdasarkan undi dari ahli. Inilah SPR kepada KEADILAN. Malang andainya KEADILAN yang seringkali melaungkan bahawa SPR perlu telus sekiranya SPRnya sendiri dipertikai oleh bukan sahaja calon tetapi ahli marhaen KEADILAN. Sudah tentu ini tidak kena.
Tatkala aktivis Reformasi mengeluarkan kenyataan pada 2 November 2010 yang menyeru JPP dikaji semula, tentunya ada sesuatu yang tidak kena. Ini mungkin berkesinambungan dengan perasaan tidak puas hati sejak dari awal peringkat pemilihan Cabang lagi. Rentetan seperti pembatalan pengundiaan beberapa Cabang, jumlah undi dan kertas undiyang tidak sama, aduan 56 buah Cabang yang belum diselesaikan oleh JPP dan banyak lagi. Ini ditambah dengan yang terbaru iaitu kesilapan melaporkan keputusan pemilihan Parti bagi jawatan Timbalan Presiden antara Azmin Ali, Mustaffa Kamil Ayub dan Dato’ Zaid Ibrahim memperlihatkan kelemahan JPP dan juga Sekretariat pemilihan. Apakah ini punca utama kurangnya ahli berminat untuk turun mengundi kali ini? Penghujung November inilah menjadi penentu.
Ketidakupayaan mengendalikan Pemilihan 2010 sekiranya terbukti besar impaknya kepada KEADILAN. Impaknya negatif dan persepsi rakyat dan ahli boleh berubah kepada lebih pasif. Bukankah politik itu asasnya persepsi? Memang boleh digunakan alasan bahawa ini kali pertama dilaksanakan sistem pemilihan yang sedemikian unik. Uniknya positif jika ia dijalankan dengan baik. Persepsi awalnya amat baik. Namun, alasan kali pertama dilaksanakan bukan satu alasan yang baik. Dalam politik, tiada peluang kedua untuk persepsi pertama. Pemilihan kali ini akan jadi kayu ukur. Akan dianalisa, dikritik dan di bincangkan hinggalah Pemilihan akan datang yang akan berlangsung tiga tahun dari sekarang. Itu satu tempoh yang lama. Tentunya sukar untuk merubah persepsi tentang apa yang tidak kena dalam Pemilihan KEADILAN 2010. Jadi, sebelum terlambat betulkanlah apa yang tidak kena agar hasrat sebenar Pemilihan KEADILAN 2010 akan mengena matlamat awalnya. Raikanlah demokrasi tulen.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Ini merupakan pandangan peribadi penulis dan tidak melambangkan pandangan rasmi Suara Keadilan.
Hamdan Datuk Mohd Salleh merupakan ahli akademik dan mantan Ketua Jabatan Sains Sosial di Univerisiti Industri Selangor (UNISEL) yang mengkhusus dalam bidang sains politik. Kini beliau sedang menyiapkan tesis Doktor Falsafah yang mengkaji KEADILAN sebagai sebuah parti politik oposisi di Malaysia.

Tangguh pemilihan PKR, gantung JPP - MUSTAFFA KAMIL AYUB

PETALING JAYA – Calon Timbalan Presiden Parti Keadilan Rak:yat (PKR), Mustaffa Kamil Ayub memohon supaya status Jawatankuasa Pemilihan Parti (JPP) digantung dan proses pemilihan parti ditangguhkan kerana ketelusan dan integriti badan bebas yang mengawal selia hal ehwal pemilihan parti itu diragui.
Menurutnya, status JPP perlu digantung dan proses pemilihan parti ditanggung sehingga kewibawaan badan bebas itu diyakini sepenuhnya untuk memastikan kelangsungan perjuangan parti yang berlandaskan keadilan untuk semua.
Oleh itu, untuk tujuan tersebut, Mustaffa akan menghantar memorandum cadangan kepada Presiden, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan Pengerusi JPP, Dr Molly Cheah.
“Memorandum akan dihantar dalam masa terdekat kerana kami sedang menyiapkan beberapa dokumen tambahan.
“Kami ingin menegaskan, bentuk tindakan yang dilakukan ini adalah kerana kami meletakkan kepentingan parti di atas dan supaya ia tidak akan menimbulkan pelbagai masalah dalam proses Pemilihan Parti 2010,” katanya.
Beliau yang juga calon Naib Presiden berkata, ketelusan terhadap JPP terus dipertikai pelbagai pihak dengan pelbagai insiden salah laku di mana terdapat kaedah pengendalian tidak bersikap profesional dan bersifat berat sebelah, termasuk penjumlahan undi yang diumumkan tidak konsisten, terutama kedudukan jawatan Timbalan Presiden.
“Majoriti calon di peringkat cabang dan pemilihan pusat mempertikai urus kendali yang dijalankan JPP, namun ramai di kalangan mereka mengambil sikap berdiam diri.
“Jika tidak ada tindakan proaktif daripada JPP, kami khuatir akan menimbulkan masalah besar terutamanya melibatkan pemilihan bagi cabang-cabang di Selangor yang dianggarkan minimum satu cabang ada 1,000 ahli,” katanya.
Mustaffa berkata, sebelum ini, bantahan pernah dikemukakan kepada JPP berikutan berlakunya masalah ketidakseragaman melaksanakan syarat dan peraturan pertandingan, namun sehingga kini tiada apa-apa tindakan diambil.

November 02, 2010

Email dari seorang teman : Aktivis reformasi desak JPP PKR dikaji semula

Aktivis Reformasi menyatakan kekesalan tentang kesalahan maklumat dari Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat yang berlaku hari ini, yang telah menimbulkan kekeliruan berhubung pemilihan Parti Keadilan Rakyat 2010. Aktivis Reformasi merasakan apa yang berlaku hari ini selepas rentetan demi rentekan isu teknikal yang berlaku sebelum ini menunjukkan kelemahan ketara Jawatankuasa Pemilihan Pusat PKR (JPP) dan pihak Sekretariat Ibu Pejabat sebagai pengendali pemilihan Parti 2010.
Kesilapan melaporkan keputusan pemilihan Parti bagi jawatan Timbalan Presiden antara YB Azmin Ali dan Dato’ Zaid Ibrahim memperlihatkan kelemahan kedua-dua badan tersebut. Perkara ini berlaku apabila Timbalan Setiausaha Agung Parti, Puan Syarifah Shahidah pagi tadi melalui akaun twitternya telah mengeluarkan keputusan yang menggambarkan bahawa Dato’ Zaid Ibrahim sedang mendahului YB Azmin Ali dan disiarkan sebagai keputusan rasmi dalam kolum rasmi pemilihan 2010 di website Parti.
Ini menyebabkan media dan portal internet melaporkan bahawa Dato’ Zaid kekal mendahului undi Timbalan Presiden selepas hari ketiga. Namun apa yang berlaku setelah menyedari kesilapan Setiausaha Agung PKR, YB Saifuddin Nasution telah memberikan angka yang sebenar iaitu YB Azmin mendahului undi bagi jawatan Timbalan Presiden.
Kami melihat kelemahan kedua-dua badan tersebut adalah pada perkara paling asas mengumumkan keputusan pemilihan. Hal ini adalah sesuatu yang tidak adil bagi YB Azmin Ali dan juga bagi pihak Dato’ Zaid Ibrahim yang sedang merebut jawatan nombor dua Parti. Dan ianya juga memberi kesan psikologi dan mental kepada para penyokong kedua-dua pemimpin utama yang giat berkempen di bawah.
Kesilapan demi kesilapan teknikal yang berlaku disebabkan JK Pemilihan Pusat dan Sekretariat Ibu Pejabat Parti telah memberi impak yang negatif, imej buruk yang boleh menghakis keyakinan rakyat terhadap kemampuan Parti untuk mentadbir negara. Akan lebih malang lagi jika rakan Parti Pakatan Rakyat PAS dan DAP mula hilang keyakinan kepada kemampuan Parti untuk bersama Pakatan Rakyat.
Oleh itu, kami mendesak Pimpinan Parti, khususnya Ketua Umum, Dato’ Seri Anwar Ibrahim untuk mengambil perhatian pandangan aktivis reformasi. Kita mengkritik kelemahan Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) yang tidak adil dan telus, dan sepatutnya kita memberi contoh kepada SPR bagaimana hendak mengendalikan pilihanraya dengan adil dan telus. Pimpinan Parti mesti mengambil langkah segera berhubung perkara ini, jangan sampai kita diberi pepatah “Seperti ayam yang berkokok berdegar-degar tetapi ekor penuh tahi”.

Salam reformasi.
Emel: dari Salam Reform

Keputusan Rasmi Perlu Ada Dokumen Yang Sah ! Jangan ada pulak yang mengubahnya

Ternyata petugas JPP itu boleh mengubah segalanya akibat kaedah yang meragukan. Apatah lagi jika keputusan di cabang hanya dilaporkan menerusi panggilan telefon ke pusat dan dianggap keputusan rasmi. Malah, Setiausaha Agung PKR iaitu Saifuddin Nasution tidak wajar mengadakan sidang media semalam bagi mengatakan keputusan adalah rasmi. Sedangkan borang asal pengundian serta laporan penuhnya tidak diterima secara sah dan sekadar menerusi panggilan telefon. Bagaimana jika petugas JPP itu khianat dan mendapat "bayaran imbuhan" dari calon-calon tertentu untuk mengubah keputusan berkenaan. Bukankah ini akan mencemarkan proses pemilihan yang kononnya yang terbaik pernah diamalkan itu. Jika keputusan menerusi telefon dikiran sebagai rasmi, apa akan terjadi jika pada borang asal itu adalah sebaliknya. Sesiapa sahaja boleh pastikan calon mereka menang jika hanya menerusi telefon, sepatutnya ada salinan dokumen sah yang boleh dianggap sebagai bukti kukuh. Misalnya petugas JPP dicabang-cabang menghantar email atau fax keputusan berkenaan ke pusat. Sekurang-kurangnya ada satu bukti perkara itu tidak boleh diubah-ubah. Malah keputusan pula perlulah ditandatangani oleh wakil calon berkenaan dan juga petugas terbabit.