February 29, 2012

Utusan terus meloyakan...


the star sudah dua kali terima amaran dari kdn..

UALA LUMPUR, 29 Feb: Akhbar MCA, The Star sehingga kini sudah dua kali menerima amaran dari Kementerian Dalam Negeri (KDN) kerana menghina dan tidak sensitif dengan Islam.

(Gambar poster konsert Erykah tidak mempunyai tatoo nama Allah tetapi The Star menyiarkan gambar yang ada tatoo nama Allah)

Ini bermakna, penyiaran gambar penyanyi Amerika, Erykah Badu yang bertatoo nama Allah pada dadanya yang terlanjang adalah kali ketiga.

"Kes pertama adalah tulisan seorang editor The Star yang mempertikaikan tindakan Mahkamah Syariah di Pahang yang menjatuhkan hukuman sebat terhadap seorang wanita yang meminum arak.

"Kes kedua adalah kes daging babi panggang untuk berbuka puasa yang disiarkan bulan Ramadhan lalu.

"Kes Erykah ini adalah kes yang ketiga yang dihadapi The Star," kata satu sumber kepada Harakahdaily.

Ekoran itu, The Star dijangka tidak akan dilepaskan begitu sahaja oleh KDN kali ini melainkan ada tangan-tangan ghaib yang menghalang tindakan diambil.

"Sebelum ini sudah dua amaran...takkan kali ketiga amaran juga. Kalau begitu, benarlah tuduhan PAS bahawa pentadbiran negara yang diterajui Umno membiarkan akhbar MCA bebas untuk menghina Islam," kata sumber berkenaan.

Menurut sumber itu juga, beliau sendiri terkejut apabila membaca laporan berkenaan kerana gambar Erykah yang disiarkan itu terlalu besar iaitu setengah muka surat akhbar berkenaan.

"Hanya orang buta sahaja yang tidak lihat gambar itu dan saya tidak faham kenapa The Star berbuat demikian," katanya kepada Harakahdaily.

The Star menyiarkan setengah muka gambar penyanyi Amerika, Erykah Badu yang bertatoo nama Allah di dadanya yang terlanjang menjelang konsertnya di Kuala Lumpur.

Padahal poster asal Erykah tidak adapun tatoo nama Allah itu.

Ekoran penyiaran itu, tiga editor kanan The Star telah dipanggil oleh KDN untuk memberikan penjelasan.

Menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri, KDN akan bertindak berdasarkan penjelasan yang dibuat oleh ketiga-tiga editor The Star itu.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dalam kenyataannya kepada Harakahdaily mendakwa Umno yang memberi lesen kepada MCA melalui akhbarnya untuk menyerang Islam.

Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan, Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya dan NGO Isma mendesak agar permit The Star digantung atau ditarik balik.

Harakah Daily

February 28, 2012

Mengapa dana politik dan kempen harus ditangani secara professional..

Dikala semangat "PRU13" sedang melanda orang politik dan rakyat Malaysia sekarang, satu perkara yang menarik semalam mengerakkan hati saya untuk membuat komen. Saya pernah terlibat di dalam pertandingan "alapolitik" semasa membantu rakan, anak kepada Mayor/Datuk Bandar ketika itu, untuk bertanding jawatan Presiden mewakili penuntut universiti (jika  IPTA/IPTS, persatuan mahasiswa lah), dimana membawa suara lebih 40,000 penuntut universiti di University of Lincoln, Nebraska, Amerika Syarikat di tahun 1988. Waktu itu saya menjawat jawatan Presiden International Student Organization (ISO) mewakili pelajar antarabangsa dengan lebih 1500 penuntut. Waktu itu sudah ada "Campaign Manager", sudah ada "Special Officer" untuk bergerak meraih undi dan berkempen.  Dengan grant dalam dollar, 30,000 yang dibantu oleh beberapa penyokong kuat kami, kami bergerak untuk berkempen dan mengumpul dana sambil beramal. Alhamdulillah, rakan saya menang, dan saya turut dilantik ke Council of Students Union di universiti berkenaan. Itu semua tinggal kenangan.
 
Apa yang ingin saya komen di sini, hasrat kerajaan atau Najib di Program bagi Pegawai Integriti, Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) semalam dengan pengumuman bahawa kerajaan akan membendung pembiayaan politik dimana apa-apa sumbangan yang dibuat kepada mana-mana parti politik sama ada di peringkat pusat atau negeri perlu diberikan perhatian serius. Ini adalah untuk mengelakkan ahli-ahli politik dari menyalahgunakan nama parti untuk mendapatkan atau menerima apa-apa sumbangan dan kemudian menyalahgunakan untuk kepentingan peribadi. Keupayaan untuk menilai sikap amanah dengan setiap sumbangan yang dibuat hendaklah dikeluarkan resit dan didepositkan ke dalam akaun parti akan dapat di nilai secara individu.
 
Saya ingin membicarakan tentang "kewangan kempen" yang merujuk kepada semua dana yang dibangkitkan dan dibelanjakan bagi menggalakkan calon-calon, parti atau dasar dalam beberapa jenis pertandingan pilihan raya. Dalam sistem demokrasi moden dana itu tidak semestinya menumpukan kepada kempen pilihan raya. Kempen isu dalam referendums, aktiviti parti dan organisasi parti adalah item tambahan yang dibiayai oleh wang politik. Apabila James K. Pollock dan Overacker Louise mula menganalisis peranan wang dalam politik, mereka bermula di Amerika Syarikat, melihat wang yang telah dibelanjakan untuk mempengaruhi keputusan pilihan raya (persekutuan) . Titik pengambilalihan mereka telah mendominasi persepsi subjek sejak itu. Dana kempen ini adalah tajuk tertakluk di bawah mana semua buku-buku yang berurusan dengan wang dalam politik di katalog oleh Perpustakaan Kongres. Negara-negara lain mempunyai pengalaman yang berbeza dan menggunakan istilah lain bagi mata pelajaran. Semua terma-terma menawarkan perspektif yang lebih luas. Perbandingan silang-negara memilih yang lebih menyeluruh "kewangan politik", penyelidik di benua Eropah menggunakan "parti kewangan". Kesemua mereka berurusan dengan "kos demokrasi", istilah yang dicipta oleh Alexander Heard untuk analisis yang terkenal kewangan kempen di Amerika Syarikat.

Dalam jawatankuasa tindakan politik Amerika Syarikat (PAC) dan kempen adalah syarat yang mencukupi untuk mengenal pasti unit yang mengumpul dan membelanjakan wang untuk tujuan politik. Setiap kempen (untuk pejabat persekutuan) untuk menjalankan PAC yang melaporkan hasil dan perbelanjaan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Persekutuan (FEC). 
 
Ingat, kempen politik mempunyai banyak perbelanjaan, seperti kos perjalanan untuk calon, nasihat profesional mengenai topik-topik seperti mesej dan jumlah kehadiran pengundi (lihat perundingan kempen) dan kos langsung berkomunikasi dengan pengundi, seperti papan iklan, iklan televisyen, dan saluran lain. Jenis-jenis dan tujuan perbelanjaan kempen akan berubah dengan landskap perundangan dan sosial yang kempen beroperasi di; misalnya, di Great Britain, pengiklanan televisyen disediakan untuk berkempen pihak bagi percuma, manakala di Amerika Syarikat ia adalah salah satu garis yang terbesar item dalam belanjawan kempen, terutama untuk kempen seluruh negeri dan peringkat kebangsaan.

Bagi kebanyakan demokrasi di negara-negara lain (termasuk negara-negara Eropah, Kanada, Mexico, Jepun, Australia, New Zealand dan Israel), parti politik adalah satu konsep yang berguna untuk mengenal pasti dan mengumpul pelbagai entiti yang menaikkan dan menghabiskan dana politik. Pihak menjalankan ibu pejabat kebangsaan, persatuan-persatuan kawasan pilihan raya, cawangan serta pejabat-pejabat parti. Setiap unit-unit ini @pejabat/cawangan akan mengumpul hasil dan menanggung perbelanjaan yang digunakan untuk membiayai persaingan politik.

Walaupun sastera sains politik menunjukkan bahawa kebanyakan pencarum @ penaja memberi untuk menyokong parti-parti atau calon-calon dengan siapa yang mereka sudah dalam perjanjian, terdapat tanggapan meluas awam bahawa penderma mengharapkan pertolongan kerajaan yang tidak sah taraf sebagai balasan seperti undang-undang khusus yang digubal, sehingga ada yang datang untuk menyamakan pembiayaan kos untuk berkempen dengan rasuah politik dan rasuah. 
 
Pandangan-pandangan ini telah membawa beberapa kerajaan kepada sumber mengumpul dana reformasi dan teknik dalam harapan untuk menghapuskan pengaruh yang dianggap tidak wajar diberikan kepada kepentingan monied. 
 
Taktik atau cara lain ialah bagi kerajaan, dan bukannya individu dan organisasi swasta, untuk menyediakan dana untuk kempen. Negara-negara demokratik telah berbeza peraturan-peraturan apa jenis sumbangan kepada parti politik dan kempen yang boleh diterima.

Kita boleh membincangkan secara ilmiah atau praktikal dengan sebab-sebab dan kesan peraturan kewangan yang berbeza dalam kempen politik ini dari segi atau bidang-bidang termasuk ekonomi, sains politik dan dasar awam.. Cukup sekadar ini. Rakan universiti saya yang mengambil sains politik mungkin lebih arif dalam hal ini.

(Shaiful Anuar Sulaiman/ www.shaiful-hulusgr.blogspot.com )

February 27, 2012

NAJIB SANGGUP MENGAKU KESILAPAN UTK MENANG DI SELANGOR ~ IDRIS AHMAD

5 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -KUALA LUMPUR, 27 Feb: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan membuat apa sahaja, asalkan menang pilihan raya.“Terbaru beliau mengaku Umno melakukan kesilapan sewaktu memerintah Selangor selama 51 tahun sebagai usaha untuk menarik simpati rakyat supaya memilih BN untuk memerintah Selangor,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. Rakyat Selangor pula, katanya mengatakan nasi sudah menjadi bubur.“Nampaknya apa sahaja rakyat minta kepada Datuk Seri Najib beliau akan beri, termasuklah bulan atau matahari kalau beliau boleh beri,” ujarnya

DR BADRULAMIN ~ ADA DALANG DISEBALIK PERANGKAP KHALWAT

PETALING JAYA: Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Badrulamin Bahron mendakwa insiden beliau ditangkap khalwat dengan seorang wanita bersuami pada Sabtu lalu merupakan perangkap terancang yang didalangi Umno.

Malah menurut beliau, suami wanita berkenaan yang dikenali sebagai Faizal turut terlibat dalam usaha menganiaya dan menghancurkan karier politiknya.

"Faizal yang merupakan suami kepada wanita berkenaan dipercayai terlibat dalam rancangan untuk memerangkap saya.

"Malah saya diberitahu oleh bapa wanita itu bahawa seorang pemimpin Umno menghubungi dia bagi mendapatkan nombor telefon bimbit Faizal. Jadi saya percaya semua ini ada pertalian dan hubung kait bagi memerangkap saya," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.

February 26, 2012

SEJARAH TERCIPTA DI KUANTAN HARI INI !!

Sejarah Tercipta Di Kuantan apabila lebih 20 ribu manusia yang berpakaian hijau telah berhimpun di Kuantan Pahang kerana membantah projek mengeluarkan nadir bumi di Gebeng. Projek itu diusahakan oleh syarkat dari Australia Lynas Advanced Material Planat (Lamp) yang berharga RM700 juta didakwa membahayakan untuk kehidupan manusia. Himpunan hari ini adalah kemuncak kepada bantahan awam terhadap projek berkenaan. Kedegilan kerajaan untuk membatalkan projek itu menyebabkan gerakan khas ditubuhkan bagi membentuk kempen projek berkenaan.

February 24, 2012

TERKINI ~ HIMPUNAN HIJAU 2.O DI TERUSKAN DI PADANG MPK4 KUANTAN

KUANTAN, 24 Feb - Maklumat terkini diterima, selepas rundingan dengan pihak polis, pihak penganjur telah membuat keputusan untuk mengadakan Himpunan Hijau 2.0 di Padang MPK4 (Kemunting), yang terletak lebih kurang dua kilometer daripada Padang MPK1
Padang MPK4 adalah lokasi sambutan Hari Kemerdekaan peringkat kebangsaan di Kuantan satu ketika dulu. Difahamkan, pihak penganjur memberi dua syarat untuk berpindah ke lokasi tersebut, iaitu pertamanya tiada gangguan kepada semua peserta yang hadir dan kedua tiada pembatalan permit oleh Majlis Perbandaran Kuantan (MPK) itu sendiri. 
Jika kedua-dua syarat itu gagal dilaksanakan, maka perhimpunan terbabit akan tetap diadakan di Padang MPK1, berhadapan Masjid Negeri Sultan Hj.Ahmad Shah I dekat sini.

NAJIB TAK PROFESSIONAL LANGSUNG TAK JEMPUT MB, KM PAKATAN RAKYAT

February 11, 2012

ANA RAFFALI BERHIJRAH ! ALHAMDULILLAH

Terkenal trademark berbaju kurung atau kebaya ketika mengadakan persembahan, penyanyi, Ana Raffali, yang sebelum ini tampil imej sopan kini semakin ayu apabila mengenakan hijab. Pelantun lagu Tolong Ingatkan Aku ini membuat keputusan untuk bertudung litup pada sambutan Maulidur Rasul lalu. Menganggap penghijrahannya itu bukan satu percubaan atau trend, Ana atau nama sebenarnya, Ana Nur Hidayah Mohd Raffali, menyifatkan keinginan bertudung lahir daripada hatinya sendiri. Tambahnya, keputusan yang dibuat itu bukan disebabkan desakan keluarga atau orang terdekat.

PAS NAK SINGKIR SALAHUDDIN AYUB?

KUALA LUMPUR 10 Feb. - Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub berkata, jika benar ada usaha Pas Kelantan mahu menyingkirkan beliau daripada mempertahankan kerusi Parlimen Kubang Kerian pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) nanti, ia merupakan perbuatan yang tidak beretika. Katanya, usaha itu adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan bercanggah dengan amalan politik..

February 09, 2012

NOH OMAR PERTAHAN LEMBU NFC JADI TITIK PENTING ISU LEMBU SHAHRIZAT ~ RAFIZI


16 Rabi'ul Awal 1433H. [MOD] -

Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, kenyataan Menteri Pertanian, Datuk Seri Noh Omar yang mempertahankan National Feedlot Corporation di Parlimen menjadi titik penting dalam isu berkenaan.

Selepas kenyataan itulah, beliau menerima satu salinan buku tunai berhubung projek fidlot tersebut melalui e-mel, kata Rafizi dalam satu wawancara dengan Malaysiakini minggu lalu.

Katanya, serangan PKR sebelum itu hanyalah berhubung
pengunegarahan projek kepada anggota keluarga menteri, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang tidak mempunyai pengalaman dalam bidang ternakan lembu.

Isu utama yang ditonjolkan PKR sebelum itu juga melibatkan prestasi projek berkenaan yang menurutnya tidak mencapai sasaran.

"Jika Noh Omar (kiri) tidak pergi ke Parlimen dan kata 8,000 lebih
lembu itu satu kejayaan nasional, (isu itu) mungkin mati di situ saja," katanya.

Selepas kenyataan Noh Omar pada awal November itu, Rafizi berkata kemudiannya menerima salinan penyata yang menyenaraikan bayaran tunai itu daripada seorang yang tidak dikenalinya.

"NFC berkeras untuk mengetahui siapakah pemberi maklumat itu kerana mereka tidak mahu pendedahan lanjut.

"Tapi daripada cara email itu ditulis, (saya tahu pemberi maklumat itu) bukanlah kartel (daging) atau pekerja yang tidak puas hati," katanya yang tidak mengenali individu berkenaan.

Sebaik sahaja beliau menerima buku tunai itu, Rafizi berkata, beliau kemudiannya menyemak senarai berkenaan untuk mengesan pembayaran yang diragui.

"Bayaran untuk kondominium, dan juga kepada pemaju hartanah mewah tidak... masuk akal dengan syarikat seperti itu," katanya.

Selepas itulah PKR mengetahui mengenai pembelian hartanah, termasuk kondominium mewah di Bangsar, Kuala Lumpur.

"Kita sudah tahu perkara ini apabila kita mendapat buku tunai itu tetapi kita turun (untuk periksa). Saya rasa kami ambil masa
dua hingga tiga minggu sebelum sidang akhbar pertama untuk mendedahkannya."

Katanya, 50 peratus daripada usaha itu merupakan kerja-kerja yang dijalankan untuk mengesahkan pembelian tersebut, termasuk melawat sendiri hartanah tersebut dan juga membuat semakan melalui sumber awam.

"Jadi 15-20 peratus lagi itu sebenarnya mengikut naluri dan risiko yang kami ambil... kerana jika anda mahu dapatkan dokumen lengkap, saya tidak fikir anda akan dapat apa-apa," katanya.

malaysiakini/-

BAZAR JALAN JELATEK AMPANG DIARAH TUTUP ~ FAEKAH

SHAH ALAM, 9 Feb: Kerajaan Negeri Selangor telah mengarahkan Bazar Larut Jalan Jelatek Ampang ditutup serta merta kerana gagal menarik pengunjung.

Penganjur bazar itu pula, Persatuan Wanita Ampang diarah membayar wang deposit berjumlah RM16,160 kepada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).

Kerajaan Negeri juga mengarahkan MPAJ mengutip semua hutang tertunggak daripada Persatuan Wanita Ampang yang diketuai Puan Salmah Ismail, walaupun terpaksa menggunakan saluran undang-undang.

Setiausaha Politik kepada YAB Datuk Menteri Besar Selangor, Faekah Husin berkata keputusan itu dibuat pada mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor (MTES) pada 21 Disember 2011 selepas mendapati Bazar Larut Malam itu gagal mencapat matlamat asal.

“MPAJ juga diberi amaran keras agar tidak lagi membenarkan mana-mana persatuan mahupun Badan Bukan Kerajaan (NGO) menganjur projek serupa sebelum mengenalpasti kemampuan pemohon/penganjur.

“Keputusan tegas ahli MTES antara lain mengingatkan semua PBT untuk tidak sewenang-wenangnya mempercayaai mana-mana persatuan atau NGO untuk mengendali projek tanpa menyelidik kebolehan persatuan tersebut,” kata Faekah.

Beliau mengulas surat pembaca yang ditulis oleh Hakim Joe yang disiarkan di laman portal berita Malaysia Today yang bertajuk Power vs Authority yang disiarkan semalam. Hakim Joe mendakwa wujudnya pengaruh politik dalam pemberian konsesi pengendalian pasar malam atau bazar tersebut dan terdapat pengaruh parti politik dalam pentadbiran kerajaan negeri ketika membendung salah guna kuasa yang dikatakan telah berlaku.

“Penjelasan ini membuktikan tiada salah guna kuasa yang dikatakan cuba ditutup oleh kerajaan negeri, tiada panggilan dan penyelesaian belakang yang dilakukan oleh Presiden mahupun Ketua Umum Parti Keadilan dalam menentukan keputusan seperti yang dikatakan penulis. Kalau tidak,  masakan keputusan tegas boleh diambil melalui mesyuarat terbuka MTES,” kata Faekah.

Beliau berkata, Kerajaan Negeri mengalu-alukan maklumat daripada orang ramai jika terdapat salah guna kuasa untuk memastikan negeri ini ditadbir dengan telus dan bertanggungjawab tetapi perlu disertakan dengan fakta-fakta tepat untuk mengelak fitnah.

“Menuduh Menteri Besar tunduk dengan arahan pimpinan parti yang mahu menutup amalan rasuah adalah tuduhan yang sangat berat dan tidak adil. Kerajaan Selangor sedang dengan segala daya melaksanakan prinsip pengasingan kuasa antara pentadbiran negeri dan parti yang mana kita lihat telah gagal dilaksanakan pemerintahan BN sehingga membawa kepada kejatuhannya di beberapa negeri termasuk Selangor,” katanya.

Faekah secara terbuka mengakui sukar melakukan reformasi dalam pentadbiran apabila terlalu banyak kepincangan sepanjang 52 tahun pemerintahan Barisan Nasional tetapi yakin Pakatan Rakyat mampu melaksanakannya dengan usaha beterusan dan sokongan rakyat.