May 27, 2012

Ketika rakyat susah jom tengok beg tangan Rosmah



Beg tangan Birkin adalah beg buatan tangan Hermes dan dinamakan dengan nama seorang pelakon dan penyanyi Jane Birkin. Beg tangan ini menjadil simbol kekayaan kerana harganya yang tinggi dan tidak mampu dimiliki oleh orang awam. Harga bagi sebuah beg adalah diantara US$9,000 (lebih RM25 ribu) hingga US$150,000 (lebih RM450 ribu).

Harganya menjadi lebih mahal bergantung kepada jenis bahan yang digunakan. Beg-beg tangan ini diedarkan ke butik Hermes pada jadual yang tidak berkala dan dalam jumlah yang terhad, ini mencetuskan rebutan dan, secara tidak langsung ia telah menjadi eksklusif. Ia akhirnya menjadi kegilaan ramai, ia dikatakan mempunyai senarai menunggu yang panjang sehingga 6 tahun, dan dikatakan mempunyai senarai menunggu paling lama dalam sejarah.

Victoria Beckham antara artis antarabangsa yang mempunyai koleksi beg tangan Birkins.


Dan gambar-gambar Rosmah di bawah ialah bersama dengan beg tangan Birkins hadiah daripada Robin Tan, anak lelaki Vincent Tan kepada wanita pertama Malaysia. Dianggarkan setiap beg tangan Birkins berharga US$ 120,000 (lebih RM360 ribu) dan telah dibayar dibawah nama Sports Toto.



Gambar-gambar Rosmah bersama 3 beg tangan Birkins yang berbeza.
Pemimpin-pemimpin PAS telah merancang untuk menaikkan isu koleksi beg tangan Rosmah, yang dipercayai bernilai RM1 juta dan meminta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyiasat perkara itu.
"Ini bukan satu isu yang remeh. Bagaimana dia mampu memiliki beg-beg yang mahal seperti itu. Mengapa dia dan Najib boleh berbelanja melebihi kemampuannya? Ini adalah isu serius. RM1 juta boleh dibelanjakan dengan baik untuk pembinaan kemudahan-kemudahan di luar bandar, untuk biasiswa dan lain-lain," menurut Mahfuz.

May 26, 2012

Menteri sibuk jual no plat kereta sedangkan rakyat dirompak berbillion

Yang dituntut oleh rakyat ialah penyelesaian skandal KLIA2 yang bernilai RM3.9 billion, skandal RM12.5 billion PKFZ dan skandal RM12.49 bilion lebihan kos projek landasan keretapi berkembar EDTP.


Tetapi yang dibuat oleh Menteri Pengangkutan Datuk Seri Kong Cho Ha ialah mendabik dada kerana berjaya menjadi penjual nombor plat kenderaan WWW.

Inilah kehebatan seorang Menteri dari MCA dan Barisan Nasional yang diamanahkan oleh negara untuk menjaga kepentingan rakyat, kata Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua.

“Rakyat Malaysia tidak perlukan seorang Menteri Pengangkutan yang cuma berminat melaporkan jumlah lelongan nombor plat WWW daripada menyelesaikan isu besar yang dihadapi,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, Kong tidak berwibawa kerana gagal melindungi dan mempertahankan kepentingan awam melibatkan isu skandal berbilion ringgit, sebaliknya, beliau telah mengadakan beberapa sidang akhbar bagi mengumumkan nilai rekod bidaan tertinggi bagi plat kenderaan WWW yang mencecah RM11.3 juta seperti mana yang dilaporkan Bernama.

Pua yang juga Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara berlata, Kong sepatutnya menjelaskan kepada rakyat tentang kenaikan mendadak nilai “terminal kos rendah” KLIA2 dari RM1.7 billion pada 2007 kepada RM3.9 billion tahun lalu adalah akibat penukaran tapak KLIA2 ke kawasan paya gambut.

“Walaubagai mana pun, kenaikan RM2.2 billion tersebut yang membebankan rakyat dijawab Kong yang hanya berkata ‘saya tidak mempunyai jawapan kerana keputusan tersebut tidak dibuat oleh Kementerian Pengangkutan’, ” tambah beliau.



Ramai pihak tolak PLKN wajibkan semua pelajar lepasan sekolah menengah?

Ramai pihak menolak cadangan mewajibkan semua pelajar lepasan sekolah menengah menyertai Program Latihan Khidmat Negara (PLKN).Beberapa pertubuhan pendidikan, ibu bapa dan pelajar memberikan pelbagai sebab mengapa mereka tidak bersetuju dengan cadangan Pengerusi Majlis Latihan Khidmat Negara (MLKN), Datuk Dr Tiki Lafe.Dr Tiki pada Khamis berkata, cadangan itu telah dibincangkan oleh MLKN dan akan diusulkan kepada kerajaan untuk persetujuan selain meminta maklum balas dari orang ramai.


“Jika ia dipersetujui, kira-kira 500,000 pelatih akan terlibat untuk satu tahun. Oleh itu, kami akan mengkaji kemudahan sedia ada sama ada ia perlu diperluaskan untuk menampung pertambahan peserta,” katanya.

Bagaimanapun, Ketua Setiausaha Kementerian Pertahanan, Datuk Seri Ismail Ahmad berkata, agak sukar untuk menempatkan kesemua lepasan sekolah menengah kerana program itu boleh menampung sekurang-kurangnya 90,000 pelatih setiap sesi pengambilan.

“Kita akan memilih pelatih secara rambang untuk ditempatkan di 79 kem seluruh negeri. Agak sukar menempatkan kesemua lepasan sekolah menengah kerana jumlahnya hampir setengah juta,” katanya pada Jumaat.

Pengerusi Persatuan Ibu Bapa Untuk Pendidikan Malaysia (PAGE), Datin Noor Azimah Abdul Rahim berkata, orang ramai tidak akan bersetuju dengan cadangan tersebut sehingga kemudahan di kem latihan dipertingkatkan.

“Sehingga perkara melibatkan keselamatan boleh dijamin, program tersebut tidak boleh diwajibkan,” katanya.

Ibu bapa turut menyatakan rasa bimbang mengenai keselamatan, kesihatan dan kebersihan.

“Kem latihan yang disertai anak saudara saya mencatatkan kes buli paling tinggi,” kata Karen Wong, 48, yang turut memiliki seorang anak lelaki di Tingkatan 5. Lawrence Liu, 53, yang mempunyai anak perempuan di Tingkatan 4 berkata, program itu berdepan dengan masalah keselamatan.

“Terdapat banyak kes kematian berlaku. Apabila pelatih sakit, tiada perhatian secukupnya diberikan,” katanya.

Pelajar Tingkatan 4, Amin Haikal Ahmad, 16, dari SMK Sultan Sulaiman, Kuala Terengganu berkata, program tersebut mempunyai masalah imej.

“Saya terdengar pelbagai cerita mengerikan dari beberapa kem latihan…saya tidak mahu menyertai program itu walaupun niatnya baik,” katanya.

Nur Fatin Syahmi Aqilah Mohd Ghani, 16, berkata, kerajaan perlu menggalakkan pelajar lepasan sekolah menengah menyertai program sukarelawan berbanding memaksa mereka menyertai program PLKN.

May 21, 2012

Manusia dah gila buat tapak niaga depan rumah Amiga ~

Wat gerai ikut suka diorang ... mana mana pun bleh .. Conteng sana, conteng sini Tak der sapa bleh larang .. tak der sapa BERANI larang. Sebab dia ada kuasa ... wakakak !!! Tokey ikan bakar ni memang dah gila....

Bila Rahim Noor jadi Ketua Panel BERSIH 3.0. adakah dendam kpd Anwar sudah berakhir?

*Ada Kemungkinan Ketua Panel Bersih Cadangkan Anwar Ditangkap* Provokasi berterusan dan konotasi buruk oleh bekas Ketua Polis Negara Rahim Noor terhadap Bersih memberi petanda-petanda awal beliau akan bertindak lebih jauh dari itu. Perlantikan beliau sebagai ketua panel menyiasat Bersih dilihat sebagai 'penyambungan' tugas beliau sebagai Ketua Polis Negara. Dengan perlantikan yang dipertikai banyak pihak itu mengenai revelansinya, memberi peluang dan kuasa kepada beliau meneruskan tugas beliau yang belum berakhir untuk menamatkan kerjaya politik Anwar Ibrahim.

May 20, 2012

Pelik juga bersolat di Padang Kota Lama? Cina tak marah ke?


28 Jamadil Akhir 1433H. [MOD] - (Padang Kota Lama, tempat berhibur menjadi tempat sujud) GEORGETOWN: Hari ini dalam sejarah tercatat semalam (19 Mei 2012) apabila buat pertama kalinya azan berkumandang dan solat jemaah Magrib dan Isyak diadakan di Padang Kota Lama sempena Program Pameran Pengguna Pulau Pinang 2012. Ia diikutiwacana santai bersama Ustaz Azhar Idrus, Ali XPDC, Sham Kamekaze dan Bob Lokman. Selalunya Padang Kota Lama dilaksanakan program bercorak hiburan yang melalaikan masyarakat, tempat muda mudi bercengkerama dengan pasangan masing-masing

AKHIRNYA ANUAR MUSA YANG MENANG?

Anuar Musa sokong tuntutan royalti minyak..


Perlawanan bola sepak melibatkan pasukan Kelantan sering membawa bersama persaingan politik parti melibatkan PAS dengan Umno.

Penguasaan PAS dalam kerajaan negeri dan Umno melalui persatuan bola sepak negeri menjadikan persaingan ini lebih sengit, dengan masing-masing berusaha dengan pelbagai cara untuk menunjukkan kaitan dan mengambil manfaat.

Kedua-dua kerajaan negeri dan persatuan bola sepak negeri sebelum ini berusaha menarik perhatian sebagai pihak yang mempunyai kaitan dalam kemenangan pasukan Kelantan, melalui pelbagai tindakan termasuk pemberian hadiah. 

Kali ini, Umno, atau lebih spesifik lagi Tan Sri Annuar Musa mempunyai kepentingan terbesar dalam kemenangan pasukan bola sepak Kelantan dalam perlawanan akhir Piala FA menentang Sime Darby malam ini.

Walaupun PAS yang menguasai kerajaan negeri masih boleh meraih kredit, Annuar mempunyai satu kepentingan peribadi yang lebih besar dalam perlawanan malam ini, ekoran hukuman gantung daripada jawatan dalam Persatuan Bola Sepak Malaysia, FAM.

Annuar menerima sokongan kuat penyokong dalam pertembungan ini, ekoran peranannya yang dianggap telah berjaya membantu meningkatkan prestasi pasukan Kelantan sejak beberapa tahun lepas.

Malah, akhbar Umno, Utusan Malaysia turut memuatkan kenyataan sokongan kepada Annuar oleh pemain Kelantan di muka depan hari ini, memetik Mohd Badhri Mohd Radzi sebagai berkata, "Saya mahu pastikan Piala FA ke Kota Bharu dan hadiahkannya kepada Tan Sri Annuar Musa."

Kenyataan yang mengaitkan terus perlawanan malam ini dengan Annuar ini memberi gambaran sokongan meluas untuk Annuar, termasuk dari kalangan Umno sendiri.

Annuar menunjukkan sikap melawan dalam menghadapi krisis dengan FAM ini, dengan sengaja melibatkan diri dalam aktiviti Persatuan Bola Sepak Kelantan, KAFA, sehingga diberi amaran keras oleh badan tertinggi bola sepak Malaysia itu.

Perlawanan malam ini, pada masa pasukan Kelantan mahu mencipta sejarah memenangi piala itu selepas dua kali tewas di perlawanan akhir sebelum ini, mendapat dimensi politik tambahan dengan adanya perjuangan peribadi presiden persatuan bola sepak negeri itu.

RAKYAT MISKIN KELANTAN PENUHI STADIUM BKT JALIL, KELANTAN MENANG PILA FA!!



KELANTAN muncul juara baru Piala FA dengan menumpaskan KL Sime Darby 1-0 di Stadium Nasional Bukit Jalil, Kuala Lumpur sebentar tadi. Pasukan itu yang gagal dalam dua percubaan sebelum ini muncul juara untuk menjulang piala baru persaingan FA malam ini. KL Sime Darby ketinggalan 0-1 apabila Kelantan menjaringkan gol pertama pada minit ke-57 menerusi tentangan penalti - dijaringkan oleh Mohammed Ghaddar. Terdahulu, kedua-dua pasukan terikat tanpa jaringan pada separuh masa pertama dalam perlawanan akhir Piala FA yang sedang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil.

May 19, 2012

KELANTAN PUN BOLEH IKUT BRUNEI JADI NEGARA KAYA DGN HASIL MINYAK DI DUNIA!

Brunei Darussalam menduduki tangga kelima senarai 182 negara paling kaya di dunia hasil daripada kekayaan sumber minyak dan gas asli negara itu yang menyumbang pendapatan per kapita sebanyak AS$48,000 (RM144,581). Menurut majalah Forbes menerusi laporan dalam taliannya, kedudukan negara terkaya di dunia dinilai berdasarkan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita yang diselaraskan dengan kuasa beli. Forbes turut menggunakan data yang dikumpulkan dari Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) bermula 2010 hingga yang terbaru

Aemno tidak guna kepala lagi...tapi guna dotdotdot

Dah benarlah tuh! Umno kini semakin sinonim dengan bontot.Sebut umno, tergambarlah bontot! Umno gunakan bontot Azizan mula dulu, kemudian bontot Saiful dan terkini bontot askar tua yang dah pencen... 

Percaya pada Fesbuk..

ALOR SETAR: “Saya tertarik dengan suami kerana dia seorang yang kuat agama dan memberi tunjuk ajar kepada saya. “Namun, ia palsu kerana selepas kami berkahwin barulah saya tahu dia seorang yang panas baran dan sering memukul dan menendang saya tanpa belas kasihan,” kata Rozita Said, 41, yang bersembunyi bersama dua anaknya, Muiz Abdul Majid, 19, dan Nasuha, 13, di sebuah lokasi rahsia di negeri ini kerana bimbangkan keselamatan mereka. Rozita berkata, dia mengenali suaminya melalui laman sosial sejak 2010 tanpa pernah bertemu sekali pun sebelum berkahwin pada 28 April 2011..

May 17, 2012

POLIS MINTA PEMANDU SHAFEI JANGAN GUNA LOYER PKR.....

LATHEEFA Koya revealed that there is a concerted effort by the police in covering up Datuk Shafie Apdal and the allegation linking him with actress, Zahida Rafik.* * * In a press conference held in PKR headquarters, Latheefa said her client, Noor Azman Azemi was offered by the police to change lawyers during the investigation process. “My client were told by the police that they can help him in getting new laywers should he wish to do so,” said Latheefa. “They also asked my client on whether he knew that I am working closely with PKR,”

Makan tosei di luar rumah Timbalan Ketua Polis Negara ~ Ahad pagi



]Mengambil kata-kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar, sekumpulan NGO vokal India memutuskan untuk menyajikan tosai percuma di luar rumahnya di Ampang, dari jam 10 pagi hari berkenaan Setiausaha WargaAMAN, S Barathidasan berkata, NGO-NGO tersebut akan bertemu malam ini untuk membincangkan mengenai persiapannya.Bagaimanapun, Barathidasan menegaskan ia bukan satu protes, atau ada sebarang kaitan dengan 'protes burger' di depan rumah Pengerusi Bersama BERSIH, Datuk S Ambiga minggu lalu. "Ini sebenarnya satu kempen kesedaran.

May 16, 2012

Pakatan Rakyat tidak boikot PRU13 ~Saifuddin


SHAH ALAM - Pakatan Rakyat (PR) bersedia menghadapi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada bila-bila masa dan tidak akan memboikotnya walaupun diadakan dalam waktu terdekat. Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution Ismail berkata, semua jenteranya sudah lama membuat persiapan untuk bertanding dalam PRU13. Menurutnya, PKR khususnya dan PR amnya, akur dengan tarikh PRU13 walaupun mendakwa Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) masih belum telus dalam menjalankan tugas mereka sebagai badan berkecuali.

BERSIH SARAN RAKYAT DAFTAR SEBAGAI SUKARELAWAN "JOM PANTAU"




KUALA LUMPUR, 16 MEI: BERSIH 2.0 menyarankan rakyat negara ini mendaftar sebagai sukarelawan ‘Jom Pantau’ bagi memastikan perjalanan Pilihanraya Umum Ke-13(PRU-13) akan datang berlangsung dengan adil dan bebas dilindungi.

‘Jom Pantau’ yang diketuai oleh Pusat Komunikasi Masyarakat(KOMAS) merupakan satu platform pemantauan pilihanraya rasmi BERSIH 2.0 berdasarkan lapan tuntutan utama badan itu dengan kerjasama ‘Tindak Malaysia’ bagi melatih para sukarelawan.

Perkara ini diumumkan oleh Pengerusi Bersama BERSIH 2.0, Datuk A Samad Said yang kesal dengan tindakan kerajaan BN yang sehingga kini gagal melunaskan tuntutan yang dikemukakan ditambah dengan pendedahan pelbagai keraguan yang dibuat sebelum ini.

“Langkah yang wajib kita lakukan untuk memastikan PRU-13 berlangsung dengan adil adalah memerhatikan dengan mata yang tajam jika berlaku penipuan.
“Para sukarelawan inilah yang akan memainkan peranan yang amat penting sebagai pemantau, pegawai pilihanraya, pengira undi dan ejen untuk pengundi pos.

“Kami menyeru semua penyokong BERSIH untuk sama-sama melawan penipuan,” katanya.

Selain itu, rakyat diingatkan supaya keluar mengundi memandangkan undi mereka menjadi benteng terakhir melawan penipuan yang sedang berlangsung.

‘Jom Pantau’ dijalankan sejak empat bulan lalu dengan memberikan latihan kepada sukarelawan dan akan menganjurkan satu bengkel latihan pada 26 Mei.
Mereka yang berminat boleh menghubungi Penyelaras Program, Arul Prakkash di talian 019-272 1035

Sebarang aduan berkenaan pilihanraya boleh dibuat melalui:
* SMS Aduan – 013 771 1071
*Talian Aduan – 03 2282 4105
*Twitter – #jom_pantau
*Aduan Online – www.pru13.info

*Email – jompantau@komas.org

BEKAS PEMANDU ZAHIDA RAFIK TAMPIL ~ BEDAL HABIS SI SHAFIE

*PETALING JAYA:* Bekas pemandu seorang artis popular, Noor Azman Azemi *(gambar dua dari kanan)* memberitahu beliau pernah diarah membawa wang tunai berjumlah RM1 juta untuk diberikan kepada artis tersebut. Beliau juga mendakwa setiap kali pertemuan antara artis itu dengan seorang menteri, artis itu akan diberikan paling sedikit RM100 ribu. Menurutnya lagi, beliau tampil mengadakan sidang media hari ini kerana mahu membersihkan namanya yang dituduh melarikan RM200 ribu wang artis itu yang juga bekas majikannya.

PERUSUH BERSIH 3.0 DIBURU MULAI HARI INI

KUALA LUMPUR - Hanya 26 daripada 141 individu yang dikehendaki polis kerana dipercayai terlibat dalam perhimpunan pada 28 April di ibu negara telah menyerah diri. Jumlah itu ialah sehingga pukul 7 malam ini dan tempoh menyerah diri yang diberikan polis akan tamat tengah malam ini. "Kesemua mereka dibebaskan dengan jaminan polis selepas keterangan mereka dirakam," kata Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur ACP Khairy Ahrasa ketika dihubungi Bernama hari ini.

Sumbangan bekas tentera kpd negara, bekas polis tak mau buat sumbangan jugak?


May 15, 2012

MORAL BEKAS TENTERA ? SENAMAN BONTOT DEPAN RUMAH AMIGA !

'Senaman punggung' depan kediaman Ambiga BEGINIKAH MORAL BEKAS TENTERA? MEMALUKAN... Sekumpulan bekas tentera mengadakan 'senaman punggung' di depan kediaman Pengerusi bersama BERSIH, Datuk S Ambiga di Bukit Damansara pagi ini. [image: NONE]Ia disertai kira-kira 15 orang yang mengaku sebagai bekas tentera dari Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM). Presiden PVTM, Mohd Ali Baharom berkata, senaman itu diadakan untuk menyampaikan bantahan terhadap Ambiga, yang dianggap mereka 'musuh negara yang cuba merosakkan nama negara'.

TARIKH BARU PRU13 SELEPAS HIMPUNAN BN 17 JUN

SHAH ALAM SHAH ALAM – Mengundi pada 7 atau 8 Julai! Itu tarikh baru yang popular setelah jangkaan pada 9 Jun 'terbang' bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ke United Kingdom malam kelmarin. Sumber dalaman Umno memberitahu, satu perhimpunan besar-besaran ahli parti komponen BN akan diadakan di Stadium Nasional Bukit Jalil pada 17 Jun ini..

May 14, 2012

PAKATAN RAKYAT HAMPIR SIAP CALON2 PRU13...ANWAR









PETALING JAYA 14 Mei: Pakatan Rakyat (Pakatan) kini dalam peringkat akhir menyiapkan senarai calon untuk Pilihan Raya Umum Ke 13 (PRU 13) yang dijangka diadakan dalam masa terdekat.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, parti komponen dalam Pakatan telah mengemukakan calon masing-masing dan akan diputuskan secepat mungkin.

“Keseluruhannya telah diselesaikan. Parti telah kemukakan senarai calon tetapi mengikut tradisi pimpinan tertinggi Pakatan Rakyat, senarai terbabit akan dimaklum untuk diputuskan bersama.
“Di Sabah dan Sarawak juga sedang berjalan, tetapi kalau ada perkembangan baru yang menarik, Pakatan Rakyat perlu merujuk pandangan rakan-rakan di sana,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Pakatan Rakyat di Ibu Pejabat KEADILAN, di sini hari ini.
Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustaffa Ali berkata, rundingan pembahagian kerusi dalam Pakatan telah 90 peratus siap dan pimpinan tertinggi akan mengadakan mesyuarat terakhir dalam masa terdekat untuk memuktamadkannya.

BN boleh lupakan Selangor ~Tun Dr Ling Liong Sik


BN boleh lupakan saja S'gor, kata Liong Sik
Bekas Presiden MCA, Tun Dr Ling Liong Sik meramalkan BN tidak akan dapat menawan semula Selangor dalam pilihan raya umum akan datang kerana imej bersih pemimpin Pakatan Rakyat.

Selain Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim dan Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng tidak pernah terlibat dalam rasuah dan penyalahgunaan kuasa, dan ia telah membantu mereka membina imej yang baik, kata Ling.

"Secara umumnya, orang Cina tidak memihak kepada BN, tetapi di Perak, tidak ada pilihan lain. Di Johor, (BN) mungkin kehilangan sesetengah sokongan tetapi tidak sampai hilang (kerajaan negeri).

"Pilihan raya umum kali ini adalah amat sukar bagi BN, sangat sukar. Saya fikir BN masih boleh menang kerana kerajaan telah membelanjakan wang bawah macam-macam nama. Ini tidak pernah berlaku sebelum ini," katanya dalam temubual eksklusif dengan akhbar berbahasa Cina, Sin Chew Daily.

Ramalan Ling bercanggah dengan Ketua Penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan, yang berkata minggu lepas bahawa BN bukan sahaja akan memperolehi semula majoriti dua pertiga di Parlimen, tetapi juga akan merampas Selangor, Kedah dan Kelantan.

Selepas menerajui MCA selama 17 tahun (1986-2003), Ling - yang paling lama menjadi presiden parti itu - berpendapat bahawa penanda aras bagi BN untuk mengisytiharkan kemenangan adalah dengan mendapatkan semula majoriti dua pertiga.

BNONEerbeza dengan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad, Ling jarang mengulas mengenai politik dan hal ehwal parti itu sejak bersara daripada politik pada tahun 2003.

Ditanya pandangannya mengenai Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua
Soi Lek (kanan), Ling menyifatkan beliau sebagai seorang pemimpin yang bijak dan lantang tetapi malangnya dicemari oleh skandal DVD seks.

"Saya harap orang Cina boleh memberi respons yang positif kepada usaha Chua, tetapi dia mempunyai DVD...," Ling dipetik berkata.

Pemegang kad pengenalan merah boleh datang ke Dewan Hamzah Klang 27 Mei'12 Ahad untuk pendaftaran MyKad

Kerajaan Selangor sahut seruan Kementerian Dlm Negeri yg boleh segera selesaikan masalah Kad Pengenalan Merah dengan mengadakn pendaftaran pd 
27/5/12 Dewan Hamzah Klang~

TERUS BERTEKATEKI SI NAJIB....


Desas-desus tarikh Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU13) terus menjadi teka teki apabila Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berlepas ke United Kingdom (UK) pada jam 11.15 malam tadi.
Sangkaan banyak pihak yang mengatakan Najib akan menghadap Yang di-Pertuan Agong esok nampaknya tersilap kerana beliau hanya akan pulang semula ke tanah air pada 25 Mei  ini.
Selepas itu, Najib dijadualkan berlepas semula ke UAE pada 28 Mei dan meneruskan lawatan ke Uzbekistan selepas itu.

Najib mengadakan lawatan kerja ke UK atas jemputan Putera Charles untuk menghadiri majlis resepsi bersempena dengan penganugerahan Royal Charter kepada Pusat Pengajian Islam Oxford (OCIS) oleh Ratu Elizabeth II.
Jadi Parlimen mungkin dibubarkan selepas 25 Mei iaitu selepas Najib balik dari London. Ternyata Najib hanya mengacah ahli Umno Jumaat lepas dengan reaksinya seolah-olah mahu membubarkan Parlimen hari ini. 

May 13, 2012

NAPE TUN MAHADER MASIH MINAT POLITIK? TAK FAHAM!


Ketika saya berbual-bual dengan kawan-kawan petang semalam. Timbul satu isu yang agak menarik untuk dikongsi bersama rakan-rakan blog paneh..Ketika saya sedang berbual tu.. datang seorang tua berumur lebih 60 tahun menjual kerepek.. "Nak kerepek tak.." saya tanya "Berapa harga satu kerepek ni nek..." dia jawab "1.50 sen nak.." Saya pun keluar 10 ringgit saya ambil dua kerepek pedas dan saya cakap "Duit lebih saya sedekah nek.." nenek tu dengan rasa gembira terus beredar...Saya bertanya kepada kawan2 di meja minum, "Kenapa nenek tu sudah tua tapi masih nak keluar menjual kerepek lagi." Kawan saya menjawab sambil makan kerepek tu, "KL... nak hidup kena la macam tu..." saya tanya lagi "Tapi kesian la aku tengok dah tua keluar berjalan berniaga.. dia takde anak ke yang nak bela dia.." kawan saya jawab lagi, "Anak zaman sekarang ni susah nak cari yang nak bela orang tua dia.. semua pentingkankan perut sendiri..." saya cakap lagi "Orang tua-tua ni diorang nak main dengan cucu je.. dia tak nak lebih pun.. ape la punya anak ni..."Itulah antara intipati perbualan saya dan kawan-kawan..
Saya nak tanya....
1) Betul ke anak-anak zaman sekarang ni tak nak jaga orang tua mereka lagi??
2) Nenek tu berniga mungkin kerana minat dia untuk berniaga anak-anak dah larang tapi nenek ni degil??
3) Mungkin ada sindiket kot??
Itu semua persoalan tentang nenek tu.. kita heret persoalan yang sama kepada kisah Tun Mahader..Ramai orang bersorak apabila Tun keluar dari Parti yang dibinanya ini iaitu UMNO. Ada yang cakap umpama keluar duri dalam daging la... ada yang cakap parti bukan untuk jadi satu bahan pertaruhan la... ada yang cakap dia memang patut keluarla... tak kurang ada yang bersedih... semua tu pendapat masing-masing.
Persoalannya kenapa Tun Mahader yang menjangkau umur 80an ini masih berminat untuk aktif dalam politik pentadbiran negara..kenapa dia tak nak bermain dengan cucu-cucunya sahaja...
1) Adakah dia tak cukup makan??
2) Adakah dia takut rahsia dia terbongkar??
3) Adakah dia memang berminat untuk berpolitik??
4) Adakah dia rasa bertanggungjawab atas kesalahan dia melantik Paklah yang lemah??
5) Adakah dia memang rasa sangat sayang kepada perjuangan Melayu yang belum selesai??Macam-macam persoalan yang bermain di fikiran...Tapi cuba kita renung kembali...
Apa akan jadi kalau Tun Mahader mengambil pendekatan untuk duduk dirumah bermain dengan cucunya dan tidak ambil endah berkenaan politik Malaysia ini..tidak ambil endah dengan pentadbiran Paklah...
Tidak ambil endah dengan perbuatan KJ, Anwar, Nik Aziz.....
apa akan jadi kepada UMNO dan Malaysia...

Sumber : www.shaiful-hulusgr.blogspot.com 1-8-2011
Fikirkan lahh...

PETUNJUK JELAS.. NAJIB AKAN MENGADAP AGONG


SHAH ALAM - Selepas spekulasi lebih setahun, mengambil kira ucapan Datuk Seri Najib Tun Razak pada sambutan ulang tahun Umno ke-66 kelmarin, teka-teki terbaru menyebut Perdana Menteri akan menghadap Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, esok, untuk mendapatkan perkenan membubarkan Parlimen. 
Malah, laporan-laporan blog dan SMS disebar luas mengatakan Parlimen akan dibubarkan Selasa ini manakala penamaan calon akan berlangsung pada 26 Mei dan diikuti dengan tarikh pengundian pada 9 Jun.

May 12, 2012

HIMPUNAN MERAH RAKSASA DI BUKIT JALIL??

Jumlah kerusi di stadium 87,400 buah, tapi kat media kata kehadiran 100,000 orang.....

DS ANWAR MEMANG PRORAKYAT DI BKT BERUNTUNG

May 11, 2012

MERDEKA RAKYAT @BUKIT BERUNTUNG MALAM INI 11 MEI 2012 JAM 9 MLM BERSAMA DATUK SERI ANWAR IBRAHIM

Kepada teman-teman sila ke Padang Bolasepak Bkt Beruntung (belakang stesyen minyak ESSO) selepas tol Bkt Brtg ambik kanan dan terus kekiri selepas Petronas dan Esso....


Himpunan malam ini adalah gerakerja kaum India yang menjadi penyokong dan pendokong PKR dari tahun 2002 lagi... Insyallah selepas pertemuan dgn penyokong di Dataran Sg Tenggi, DS Anwar akan bersama dgn seluruhh warga Bukit Beruntung, Bkt Sentosa, dari Sg Choh hingga ke Batang Kali, Kalumpang, Hulu Bernam.... Sila datang beramai-ramai...Parlimen Hulu Selangor adalah milik Pakatan Rakyat! Pengundi baru 15000 telah dikenalpasti... Pilih lah calon tempatan kita !

DS ANWAR DI BUKIT BERUNTUNG 11 MEI 2012 JUMAAT @ 9MLM ~PASCAL BERSIH 3.0


May 10, 2012

BUKAN DURIAN RUNTUH, DUIT TU HASIL TITIK PELOH DAN HAK PENEROKA SENDIRI !

Bekas Timbalan Gabenor Bank Negara Dr Rosli Yaakob berkata, durian runtuh yang diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Jengka 8, dekat Jerantut semalam adalah hasil dari titik peluh para peneroka sendiri yang dijana semula.

Oleh itu katanya, wang yang dikatakan durian runtuh itu sebenarnya adalah hak peneroka. Tidak ada durian runtuh sebenarnya. “Felda menjual hak peneroka kepada orang lain, dan sebahagian kecil dari wang itu diberikan kepada peneroka. Peneroka menerima wang yang dijana dari titik peluh mereka sendiri,” kata beliau dalam blognya.


Umno asal yang ditubuhkan pada tahun 1946 telah meninggalkan dunia..

Umno mendakwa bahawa tahun ini mereka menyambut ulang tahun kelahiran parti itu kali ke 66. Namun tidak ramai yang perasan dan ingat bahawa Umno yang ada pada hari ini adalah Umno Baru yang didaftarkan semula pada tahun 1987. Umno yang ada sekarang adalah United Malay National Organization (Baru) bukan lagi Umno asal yang ditubuhkan pada tahun 1946.


ORANG FELDA SG BUAYA DIBELA, TS MUHAMMAD TAIB DISAMAN

ANAK akan memfailkan saman terhadap bekas MB Johor, Tan Sri Muhyiddin Yassin; bekas MB Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad Taib dan bekas MB Negeri Sembilan, Tan Sri Isa Samad kerana didakwa gagal memastikan pampasan diberi kepada peneroka Felda Cahaya Baru (Johor), Sungai Buaya (Selangor), LB Johnson dan Sendayan (N. Sembilan) sehingga mereka kini didakwa hidup terbiar.

Mazlan Aliman mendakwa, ketiga-tiga bekas menteri besar tersebut bersalah kerana memberi kebenaran kepada kontraktor kerajaan negeri bagi menjalankan projek di atas sebuah tanah GSA dan rizab Melayu itu. Mazlan turut mendakwa, mereka juga menaburkan janji kepada peneroka yang mereka akan mendapat durian runtuh. Bagaimanapun, setelah projek dibuat, duit yang dijanjikan itu tidak diberi.

May 09, 2012

WANITA YANG MENDERA BAYI PEREMPUANNYA SENDIRI SEDANG MENJALANI HUKUMAN PENJARA 18 BULAN.... JANGAN RISAU TENGUK VIDEO TU!

KUALA LUMPUR - Wanita yang mendera bayi perempuannya sendiri dalam klip video, yang kini tersebar di media sosial, sedang menjalani hukuman penjara kerana perbuatannya itu.
Menurut laman sosial Facebook Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini, kes itu dilaporkan di Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya pada 29 Mei 2011 dan tangkapan terhadap wanita itu dibuat pada hari sama. Wanita itu kini menjalani hukuman penjara 18 bulan mengikut Seksyen 31(1) Akta Kanak-Kanak 2001. Berikutan penyebaran video penderaan bayi itu, PDRM menerima hampir 300 aduan dan komen daripada orang ramai.

BOLEH PERCAYA KE TUN HANIF JADI PENGERUSI SIASAT KEGANASAN POLIS?

PUTRAJAYA, 9 Mei-Bekas ketua polis negara Tun Haniff Omar dilantik mengetuai panel bebas bagi menyiasat dakwaan insiden kekasaran oleh pihak polis ketika menangani perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu.Menteri Datuk Seri Hishammuddin Hussein, yang mengumumkan nama-nama hari ini, berkata panel diharapkan untuk mengadakan pertemuan pertama untuk menetapkan ketentuan-ketentuan referensi dalam beberapa hari berikutnya.

Dilaporkan panel itu akan disertai enam anggota termasuk bekas hakim, wakil media dan ahli akademik.

Anggota panel lain adalah Bekas Ketua Hakim Borneo, Tan Sri Steve Shim, Managing Editor Sinar Harian Datuk Hussamuddin Yaacub, Penasihat Undang-undang Media Cina Internasional, Liew Peng Chuan, Pengurus Besar Corporate Affairs Petronas, Datuk Medan Abdullah dan  Prof Dr Ruszmi Ismail.dari Universiti Kebangsaan Malaysia.

Tun Hanif baru-baru ini mencetuskan konstroversi apabila mendakwa pihak yang simpati terhadap komunis dan aktif sebagai peserta demonstrasi sekitar 1970-an terlibat dalam perhimpunan BERSIH 3.0.


Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah berjanji bahawa ahli panel yang dilantik adalah "kredibel, berpengalaman dan terhormat" bagi membentuk panel bebas yang ditugaskan menyelidiki tuduhan keganasan polis.
 
Enam wartawan tempatan dan 12 jurugambar dan wartawan media asing dilaporkan diserang semasa BERSIH 3.0 tanggal 28 April, setelah pihak polis menyembur dan menembak gas pemedih mata untuk meleraikan demo BERSIH tersebut. 

Kedua kelompok media tempatan dan luar negeri telah mengutuk cara hard-handed taktik yang digunakan kepada pihak media kerana mereka hanya melakukan dan menjalankan kewajipan mereka.

Kekacauan berlaku di jalan-jalan Kuala Lumpur selama lebih dari empat jam selepas 3 pm,  28 April ketika polis menembakkan gas pemedih mata dan mengejar peserta-peserta BERSIH 3.0 menyusuri jalan-jalan ibukota sampai ke Jalan Tunku Abdul Rahman dan Jalan Raja Laut. Perhimpunan aman BERSIH 3.0 adalah perhimpunan yang menuntut pilihanraya yang bebas, bersih dan adil.

MENGAPA KERAJAAN TOLAK PELAPOR KHAS PBB ?

KUALA LUMPUR: Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar berpendapat keputusan kerajaan Malaysia menolak tawaran pelapor khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) untuk menyiasat Bersih 3.0, sudah dijangka. Menurutnya, tidak pelik penolakan tawaran itu kerana kewujudan Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) sendiri pun dipandang sebelah mata oleh pihak kerajaan. Mahfuz berkata, beliau tidak menolak kemungkinan penolakan tersebut dibuat kerana cuba menyembunyikan sesuatu yang berlaku dalam perhimpunan 28 April lalu itu.

HELAH POLITIK BERI RM15000 KPD PENEROKA, BUKAN SEPERTI YG DIWAR-WARKAN...

SHAH ALAM - Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) menyifatkan tindakan kerajaan memberi durian runtuh kepada peneroka sebagai helah politik bagi menghadapi Pilihan
Raya Umum Ke-13 (PRU13) akan datang, supaya peneroka menyuarakan sokongan terhadap parti pemerintah.


Presidennya, Mazlan Aliman berkata, ini adalah sandiwara kerajaan kerana bimbang akan senario politik yang melanda negara pada masa kini. Dakwanya, setelah 55 tahun Felda tubuhkan, baru sekarang kerajaan menghargai jasa peneroka termasuk bonus..

May 08, 2012

UMNO SAMBUT ULANGTAHUN KE 66? ITU UMNO SUDAH HARAM LAA PADA 1987 !!

Umno jangan membohongi rakyat khasnya orang Melayu, kononnya mereka akan menyambut ulangtahun Umno kali ke-66 parti itu. Hakikatnya Umno asal sudah pun berkubur pada 1987,.. Umno yang ada hari ini ialah Umno Baru. Rakyat tidak pernah lupa peristiwa 1987 di mana Mahkamah telah mengharamkan Umno. Mengapa Umno asal diharamkan semua orang tahu. Semuanya berpunca dari tindakan tidak jujur Tun Mahathir yang mahu mengekalkan kuasa dengan menafikan kemenangan Tengku Razaliegh dalam perebutan jawatan Presiden.

AHLI MAJLIS HULU SELANGOR DI TAHAN PETANG TADI @ BERSIH 3.0

Selasa, 8 Mei 2012~ Seorang anggota Majlis Perbandaran Hulu Selangor K Suppiah antara tiga aktivis Pakatan Rakyat yang ditahan polis, dipercayai ekoran penglibatan mereka dalam perhimpunan BERSIH 3.0 pada 28 April lalu.

Dua aktivis sudah dibawa ke ibu pejabat polis daerah Dang Wangi untuk disoal siasat manakala Suppiah pula dijangka turut dibawa ke tempat sama daripada balai polis Kuala Kubu Bharu.

Naib Presiden PKR N Surendran berkata, Suppiah yang juga pemimpin PKR akar umbi ditahan pada jam 1 petang tadi ekoran termasuk dalam senarai individu dikehendaki polis berhubung insiden dalam perhimpunan minggu lalu.

"Kita mengutuk penahanan itu dan mesti segera dibebaskan," kata Surendaran yang juga pengamal undang-undang ketika dihubungi Malaysiakini.

Sementara itu, dua aktivis lagi, exco Pemuda PKR (AMK) Farhan Ibrahim dan anggota Unit Amal PAS Mat Kamal Ismail sudah pun dibawa ke IPD Dang Wangi sejak pagi tadi.

Timbalan Ketua Penerangan AMK Rozan Azen Mat Rasip (kanan) berkata, Farhan ditahan kira-kira jam 3 pagi di Melaka Tengah dan disiasat bawah seksyen 440 Kanun Keseksaan berkaitan melakukan khianat ketika rusuhan.

"Dia ditahan tanpa waran," dakwa Rozan ketika dihubungi Malaysiakini.

Farhan diwakili peguam Mohd Yusmadi Yusoff yang juga ahli parlimen Balik Pulau

Sementara itu, Harakahdaily melaporkan Ketua Pengarah Unit Amal PAS Johari Osman sebagai berkata, Mat Kamal ditahan beberapa anggota polis kira-kira jam 12 malam tadi ketika sedang bekerja syif malam.

"Selepas ditahan dia dibawa ke ibu pejabat polis daerah (IPD) Teluk Kemang dan pagi tadi dia dibawa ke IPD Dang Wangi Kuala Lumpur," kata Johari yang dipetik Harakahdaily.

Setakat ini, masih belum pasti bila mereka akan dibebaskan.

NAJIB UMUM LAGI..... KALI INI DI JERANTUT UTK PENEROKA..

JERANTUT, 8 Mei - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak pada Selasa mengumumkan durian runtuh bukan sahaja kepada peneroka malah untuk isteri dan anak peneroka serta warga kerja Felda. Durian runtuh untuk peneroka adalah berjumlah RM1.689 bilion untuk diagihkan kepada 112,635 keluarga peneroka di seluruh negara sempena penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) di Bursa Malaysia.Ketika mengumumkan berita baik itu di hadapan kira-kira 50,000 warga peneroka Felda di Majlis Peneroka Bersama Perdana Menteri di Felda Jengka 8, dekat sini.....

Mungkin ini goodie terakhir Najib sebelum mengumumkan pembubaran parlimen....

May 04, 2012

NAJIB MIMPI LIAR DAN BELASAH, RAKYAT MIMPI BASAH DAN HIDU GAS

PETALING JAYA, 4 MEI: Kuman di seberang laut, Najib nampak; gajah di depan mata, dia pura-pura rabun. Itulah sikap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang mahu menubuhkan
sebuah panel baru bagi siasatan terhadap salah guna kuasa polis semasa perhimpunan aman Bersih 3.0 sedangkan Malaysia sudah mempunyai Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam).

Setiausaha Publisiti DAP Kebangsaan Tony Pua berkata, Najib perlu mencermin dirinya terlebih dahulu sebelum mendakwa perhimpunan Bersih telah melanggar “prinsip dan semangat Akta Perhimpunan Aman....

May 03, 2012

YANG BERSIH DAN YANG KOTOR ~

Surat khabar sekarang di Malaysia ni susah sangat ke nak tengok akhlaknya.... tengok mukadepan saja dah tau....mana yang BERSIH dan yang mana yang KOTOR..


1 JUTA MENUNGGU BERSIH 4.0

Bila lagi nak ada BERSIH 4.0?

Apabila orang Palastine di bunuh, dipukul dgn kejam hanya kerana membaling batu2 kecil kepada tentera Israel.. kaum keluarga, saudara dan rakan-rakan mereka terus melawan tentera Israel, dan ada sehinggakan san...ggup membunuh diri dgn cara suicide-bomb.. membela yg teraniaya..

Kerana apa? Perasaan benci membuak melihat keganasan polis tidak mudah hilang begitu shj, dimana rakyat diberi jaminan berhimpun dan menyuarakan pendapat secara aman...menyebabkan imej polis negara terhumban jatuh... Soalannya, rakyat yg terbalikkan kereta kerana provokasi ada mangsa dibawah kereta, yg naik lompat atas kereta kerana kereta menghentam org ramai, siasatlah siapa yg melompat itu........... dan hari ini lagi polis mau ugut rakyat di utusex......

UTUSEX PAPAR AKSI JAMBAN !!

Memang la dua tiga hari ni kecuh dengan aksi dalam jamban. Kalau sebelum ni cuma Anwar Ibrahim sorang yang kena. Kalau ikut fitnah-fitnah yang kena kat Anwar memang hebat Anwar ni, dengan betina dia main dengan jantan pun dia main, dengan bini orang dia main dengan cina doll pun dia main. Berbelas tahun Anwar turun naik mahkamah bicara pasai skandal seks masalahnya sampai sekarang sokongan kepada Anwar tetap macam tu jugak dan Umno BN tak berjaya nak bunuh kerjaya politik Anwar dengan skandal seks.
Cuma kali ni Azmin Ali pulak kena. Siap masuk muka depan Utusan lagi berita tu sampai ada yang bagi gelaran baru kepada utusan sebagai utusan Playboy atau UTUSEX. Demi nak bagi isu skandal seks Azmin tu cukup panas, Utusan terpaksa ketepikan 'nilai kgetimuran' sampai sanggup bubuh gambar aksi dalam jamban tu di muka depan.
Umi Hafilda pulak langsung tak bertangguh, terus sambut cerita tu dan dia bagitau yang dia yakin 99.9% orang dalam gambar tu adalah gambar abang dia Azmin Ali dan desak supaya Azmin buat sumpah laknat nafikan skandal tu.

Setakat ni adalah lebih selesa pilih untuk tak percaya. Tambah-tambah lagi Azmin adalah pemimpin Pakatan Rakyat yang berlawan dengan Umno BN yang kebanyakkannya memang beriman sungguh-sungguh dengan teori machiavelli. Dengan teknologi filem sekarang ni, apa sangat la kalau nak buat video yang nampak sama 100% pun.
Dalam keadaan sekarang ni, kalau betul pun orang dalam gambar tu memang betul Azmin, aku tak peduli...
Macam kata Apit dalam entry aku sebelum ni yang bertajuk "Kalau babi sekali pun yang lawan Umno, kami sokong!"
“LESBIAN tu JAHAT, GAY tu JAHAT, BISEXUAL tu JAHAT, tapi UMNO lagi JAHAT!! - Hang tau dak, Ambiga jadi LGBT tu bukan sebab dia nak jadi LGBT tapi sebab UMNO lah yang biarkan dan jadikan rakyat kita dok ikut LGBT ini. Bukan salah AMBIGA & Geng, tapi Salah UMNO – sebab itu kita semua rakyat jelata tak kira apa bangsa kena jatuhkan UMNO D*J** ini!!” - Ibid.
Apa pun, PRU13 memang dekat. Bersedialah!
Susunan : http://www.shaiful-hulusgr.blogspot.com/
Adaptasi dari : http://cenangau.blogspot.com/

May 02, 2012

PENGUNDI HULU SELANGOR MAHUKAN CALON TEMPATAN! PAK KHALID JAAFAR MENGAMBIL KESEMPATAN !

Kertas culaan yg tertera gambar Pak Khalid Jaafar menimbulkan kesangsian samada parti sudah 
memilih beliau sebagai calon.. Rata-rata penyokong PKR dan PAS tidak bersetuju dengan beliau sebagai calon PRU13.

Nampak macam gendang telah dipalu sekali lagi oleh Najib, PRU13 tidak lama lagi, mungkin di bulan Jun ini.

Najib telah melahirkan tanda-tanda PRU13 akan muncul tidak lama lagi. Pak Khalid Jaafar muncul dan mengambil kesempatan menonjolkan dirinya sebagai calon PRU13 Hulu Selangor. Pimpinan parti perlu sedar keutamaan untuk menang dan membuat penilaian tentang calon PRU13 kali ini. Menurut maklumat dari gerakkerja parti PAS negeri, beberapa bulan yang lepas satu kajian yang diadakan di kalangan pengundi-pengundi parlimen Hulu Selangor telah mendapati bahawa majoriti pengundi-pengundi Melayu (53%) dan pengundi Cina (65%) kecuali pengundi India (25%) telah menyuarakan pendapat mereka dengan berharap mendapat seorang calon dari kalangan orang tempatan pada PRU13 ini.

Penyelaras DUN Batang Kali, Pak Khalid Jaafar telah menggunakan peluang dalam penggunaan gambar beliau untuk mendekati pengundi-pengundi di kawasan parlimen ini apabila kertas culaan kerajaan negeri telah tertera dengan gambar beliau. Menurut seorang ketua kampong di Batang Kali yg tidak mahu disebut namanya berkata, rata-rata pengundi di kawasan DUN Batang Kali dan penyokong parti PAS tidak bersetuju dengan penampilan orang luar seperti Pak Khalid Jaafar, yg cuma timbul dan melobi dirinya selepas Pilihanraya Kecil yang lalu, dimana menyaksikan kekalahan calon dari PKR di atas tangan calon BN. "kami sudah cukup merasai calon terjun ke Hulu Selangor. Pimpinan tempatan ada untuk memikul tanggongjawab ini."

Siapakah calon-calon tempatan. Dikalangan penyokong UMNO/BN sendiri sedang keliru dengan penonjolan beberapa calon-calon PRU13 kali ini. Di pihak Pakatan Rakyat sendiri, beberapa nama telah bermain di bibir pengundi dan penyokong dengan berbagai pendekatan di lakukan untuk memenangi hati pengundi.. Nampaknya rakyat yang beruntung dapat mendengar dan melihat ketokohan bakal-bakal calon PRU13 akan datang.

Sejak dari dulu lagi nama-nama seperti Sdr Radzali Mokhtar, Sdr Mustapa Kamal Sapingi dan Sdr Mat Rahad telah bermain dibibir penyokong-penyokong Pakatan Rakyat di Hulu Selangor. Tidak ketinggalan nama seperti Ketua Cabang sendiri, Sdr Nazar Yakin dan bekas Ketua Cabang PKR Hulu Selangor, Cikgu Nashruddin Abd Aziz menjadi persaingan untuk merebut tempat sebagai calon parlimen HULU SELANGOR dan DUN BATANG KALI, sebagai memenuhi kuota PKR sepertimana sebelum ini.

Namun semua ini tidak akan dapat memikat hati pengundi-pengundi jika calon PRK dahulu Sdr Zaid Ibrahim merupakan satu kesilapan pimpinan PKR yang memilihnya, maka kali ini janganlah dibuat kesilapan dengan memilih calon luar seperti Pak Khalid Jaafar, bekas Pengerusi Perhubungan Negeri Melaka (sekarang Majlis Pimpinan Negeri) dan beberapakali calon yang tidak menang di DUN negeri Melaka dalam PRU lepas.

Ketokohan calon-calon tidak boleh dipersoalkan, Sdr Radzali Mokhtar adalah seorang Jurutera berpengalaman dengan Bumi Highway. Masih muda lagi (memasuki era late 40s) dan telah mengisi kekuatan cabang Hulu Selangor dari tahun 1998 lagi dengan memegang pelbagai jawatan parti dan jentera parti di peringkat parlimen dan dun batang kali. Sekarang beliau adalah ahli majlis daerah Hulu Selangor bagi tahun ketiga. Jawatan parti sekarang adalah Timbalan Ketua Jentera PKR DUN Batang Kali. Di PRU lepas beliau menjadi nadi kekuatan jentera cabang dan merupakan orang tempatan Ulu Yam dimana allayarham Hj Mokhtar adalah seorang tokoh yang di segani di kawasan Batang Kali.

Sdr Mustapha Kamal Sapingi, Timbalan Ketua Cabang Hulu Selangor, merupakan mantan Pegawai Khas Allahyarham Ahli Parlimen Datuk Zainal Abidin, sekarang merupakan pegawai penyelaras Parilimen Hulu Selangor. Berpengalaman banyak di bidang koperasi sebagai seorang akauntan, banyak aktiviti kemasyarakatan dan parti telah dicurahkan di kawasan parlimen Hulu Selangor ini. Rata-rata pengundi India dan Cina meyakini beliau jika sekiranya di pilih sebagai calon PRU13 nanti. Merupakan ahli parti dari 1998 lagi, orang berpengaruh di kawasan pekan Batang Kali, anak kelahiran Selisek, Hulu Bernam.

Semoga kerusi parlimen kali ini dapat di menangi balik oleh Pakatan Rakyat dengan penonjolan calon-calon tempatan dan berwibawa.

Untuk menang, kita perlukan citaraya tempatan.

~sekian.

AKHBAR MILIK UMNO JADIKAN AKSI SEKS PUNCA REZEKI

KUALA LUMPUR 2 Mei: Gambar lucah pada muka depan Utusan Malaysia hari ini membuktikan akhbar milik Umno itu menjadikan aksi seks sebagai punca ‘rezeki’ mereka, kata bekas Presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan (NUJ), Hatta Wahari.

Tindakan itu katanya, memperlihatkan organisasi itu lebih berminat menyiarkan isu sebegitu berbanding berita yang memberi manfaat kepada pembaca.

“Penyiaran gambar ini membuktikan Utusan bukan lagi akhbar kebangsaan sebaliknya tabloid yang hanya mementingkan cerita seks daripada agenda utama membangunkan negara dan bangsa.

“Mereka tidak mementingkan etika kewartawanan tetapi apa yang penting mengikut kata tuan-tuan mereka.

May 01, 2012

CERITA PENDEK ~ BERSIH 3.0

ORANG ramai. Entah dari jihat mana, mereka tiba-tiba muncul dan berkumpul dan membentuk lautan manusia. Semua dalam rona kuning.

Datang dari pelbagai arah, dalam kumpulan yang kecil, bergabung den...gan kumpulan kecil yang lain dan kumpulan kecil yang lain lagi, sebelum menjadi besar, sama-sama dalam satu niat dan satu arah, menuju dataran.

Di dataran, semua inci ruang telah dipenuhi dengan warna kuning.

Anggota polis kelihatan berada di mana-mana, mengawal sebarang kemungkinan. Tapi para penguning tersebut tidak berbuat apa-apa selain duduk sahaja. Maka tiada banyak yang perlu dilakukan oleh mereka selain memerhati.

Suasana kelihatan aman. Suka-suka dengan gelak tawa memenuhi ruang.

Bila hampir tiga jam para penguning berada di dataran, himpunan pun berakhir. Berdikit-dikit mereka pulang dengan wajah riang gembira, bersama isteri dan anak-anak.

Terdapat beberapa penguning yang masih belum pulang, mengutip sampah-sampah yang sedikit yang ditinggalkan, lalu dibuang ke dalam tong sampah.

Para pekerja DBKL mengucapkan terima kasih. Pihak polis bersyukur semuanya lancar.

Dia terjaga. Mimpi yang ngeri. Mana mungkin aku mahu menerimanya. Dia harus berbuat sesuatu agar mimpi itu tidak menjadi realiti. Mana mungkin manusia boleh bertemu sebegitu tanpa wujud rasa sengketa.

Terus diambil teropongnya, dan bangun hampiri tingkap kaca di satu bangunan tinggi, wahhh mana datang manusia menguning seluruh bandar ini. Manusia kuning. Lebuhraya demokrasi? Tidak mungkin.

Dia berasa susah hati lalu memanggil kelima anaknya. Tsabar, Al-A’war, Miswath, Dasim dan Zalinur masuk mengadap.

Arahan dikeluarkan. Himpunan itu harus menjadi kacau-bilau.

“Kerahkan seluruh syaitan untuk menghasut. Ingat! Jika misi gagal, tangan serta kaki mereka semua akan dipotong!”

"Fitnahkan, rakan kita telah di pukol, di terajang sampai mati!"

Kelima anak Iblis memberi tunduk hormat kepada ayahandanya sebelum keluar melaksanakan tugas masing-masing. Iblis menaruh keyakinan yang tinggi terhadap anak-anaknya. Kerap kali Iblis menceritakan kepada mereka, sebagai motivasi, tentang helahnya yang berjaya menghasut seekor ular ketika ingin menggoda Adam suatu masa dahulu. Ular itulah yang telah membawanya masuk ke dalam syurga.

Tapi Iblis masih merasa bimbang. Manusia tidak boleh dibiarkan hidup dalam keadaan harmoni.

“Kita tidak boleh hadirkan rasa simpati kepada manusia seluruhnya. Bahkan, bukan sahaja manusia, tetapi juga binatang.” Kata Iblis menerangkan bagaimana ular yang dihasut itu kemudiannya dihukum dengan seumur hidup berjalan di atas perut.

Bila hari Sabtu 28 April berakhir, anak-anaknya datang membawa khabaran gembira. Manusia bergaduh dan merusuh.

Iblis sangat senang hati. Iblis ketawa terbahak-bahak.

Fitnah. Yang bathil. Yang hak terus di persoalkan. Yang berani dan yang BERSIH, harus tidak dibiarkan.

Tammat.

(sumber dan adaptasi dari Pak Faisal, jangan mareh)

http://www.shaiful-hulusgr.blogspot.com/