February 22, 2013

February 20, 2013

LAHAD DATU TERKAWAL ~ TS ISMAIL OMAR

PETALING JAYA: Situasi di Lahad Datu di mana kumpulan bersenjata yang mendakwa sebagai Tentera Diraja Kesultanan Sulu menceroboh masuk di Kampung Tanduo di sini masih terkawal, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar.
Beliau berkata, isu tersebut akan diselesaikan secepat mungkin.
"Kami mengharapkan penyelesaian dilakukan secara aman," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan anugerah kepada beberapa pemandu di sini Rabu.
Ismail menyangkal dakwaan bahawa polis telah berlembut dengan penceroboh terbabit.
"Kami mahu mengelak sebarang pertumpahan darah...kami berjaya mengawal keadaan.
"Kami berharap isu tersebut diselesaikan segera," katanya.

February 13, 2013

Najib buat pecutan terakhir sebelum umum tarikh bubar

SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dilihat berada pada pusingan terakhir sebelum Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) apabila beliau sekali lagi membuat kunjungan ke beberapa negeri sehingga 24 Februari ini.

Penganalisis politik, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian berkata, lawatan itu boleh disifatkan sebagai pecutan trakhir Najib dalam menghadapi pilihan raya yang dianggap paling getir.

“Ini adalah persiapan paling rapi yang pernah dibuat Perdana Menteri, beliau (Najib) mahu memastikan PRU13 adalah lebih baik daripada 2008.

“Saya percaya pecutan terakhir ini mampu memberi impak yang besar kepada Barisan Nasional (BN). Melalui lawatan itu juga adalah penentu bila tarikh PRU13,” katanya.
Perdana Menteri mempunyai masa sehingga 27 April ini untuk mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong bagi membubarkan Parlimen.

Sivamurugan yang juga Timbalan Dekan Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia berkata, lawatan perdana menteri itu juga sebagai penyuntik semangat kepada pemimpin di peringkat akar umbi untuk bersedia menghadapi PRU13.

“Lawatan turun padang itu juga adalah peluang perdana menteri untuk melihat sendiri maklum balas rakyat terhadap kerajaan, dan apabila telah berpuas hati pasti tarikh pilhan raya itu akan lebih hampir,” katanya.

Beliau turut berpendapat yang BN masih mempunyai kelebihan di dalam pilihan raya akan datang dengan melihat sokongan dan gerak kerja yang dilakukan oleh perdana menteri dan parti kompenan BN.

“Walaupun banyak pihak yang mengandaikan parti kompenan BN tidak buat kerja, saya fikir tidak semuanya begitu, mungkin mereka kurang mendapat pendedahan media massa.

“BN masih menguasi beberapa perkara yang mampu menjadi penentu kemenangan parti itu dalam PRU13 nanti,” katanya.

Semalam, Najib berada di Johor menyertai sambutan Tahun Baru Cina bersama dengan komuniti di Kulaijaya dan turut melancarkan projek Perumahan Rakyat 1Malaysia.
Kelmarin beliau berada di Pulau Pinang.

Beliau akan ke Sabah hari ini selama dua hari yang mana beliau dijangka menghadiri beberapa program di Beaufort, Papar dan Tuaran pada Khamis.

Seterusnya, pada Jumaat, Najib akan berada di Ipoh bagi merasmikan Pusat Transformasi Urban dan akan ke Seri Iskandar selepas solat Jumaat untuk menghadiri sebuah program bertemakan ‘Mengubah Destini Orang Asli’.

Najib juga dikhabarkan akan berkunjung ke Majlis Santai Para Pemimpin Malaysia-Singapura di republik itu pada 18 Februari dan beliau dijangka akan singgah di Johor Bahru pada hari berikutnya untuk melihat perkembangan pembangunan di Nusajaya dan Iskandar Malaysia.

Perdana Menteri, juga akan mengisi masa di Sarawak pada 20 Februari sehingga 22 Februari untuk menghadiri beberapa program di Kuching dan Miri, dan kemudiannya ke Terengganu pada 23 Februari untuk lawatan sehari di mana jadual beliau akan melibatkan program Jelajah Janji Ditepati.

Kemungkinan yang terakhir, Najib  akan berada di Kuala Pilah, Negeri Sembilan bagi menghadiri program bertemu rakyat pada 24 Februari.

Ada enam sebab wanita mempunyai rahim.......

6 SEBAB BERUNTUNGNYA PEREMPUAN MEMPUNYAI RAHIM

1.) Dia bekerja dengan Allah..jadi 'kilang
'manusia.Tiap-tiap bulan dia diberi cuti bergaji penuh..
7 sehingga 15 hari sebulan dia tak wajib sembahyang tetapi Allah
anggap diwaktu itu sembahyang terbaik darinya.

2.) Cuti bersalin juga sehingga 60 hari. Cuti ini bukan cuti suka hati
tapi, cuti yang Allah beri sebab dia bekerja dengan Allah..Orang
lelaki tak ada cuti dari sembahyang...sembahyang wajib
baginya dari baligh sehingga habis nyawanya..

3.) Satu lagi berita gembira untuk wanita, sepanjang dia
mengandung Allah sentiasa mengampunkan dosanya..lahir saja bayi, seluruh
dosanya habis.. Inilah nikmat Tuhan beri kepada wanita, jadi
kenapa perlu takut nak beranak? Marilah kita pegang kepada tali
Allah. Seandainya wanita itu mati sewaktu bersalin, itu dianggap
mati syahid.. Allah izinkan terus masuk Syurga..

4.) Untuk peringatan semua wanita yang bersuami: Seluruh
kebaikan suaminya, semuanya isteri dapat pahala tetapi dosa-
dosa suami dia tak tanggung.

5.) Diakhirat nanti seorang wanita solehah akan terperanjat
dengan Pahala extra yang banyak dia terima diatas segala kebaikan
suaminya yang tak disedari.. Bila dia lihat suaminya tengah
terhegeh-hegeh di titian Sirat,dia tak nak masuk syuga tanpa
suaminya, jadi dia pun memberi pahalanya kepada suami untuk
lepas masuk syurga. Didunia lagi, kalau suami dalam
kesusahan isteri boleh bantu tambah
lagi di akhirat. Kalau seorang isteri asyik merungut, mulut
selalu muncung terhadap suami dia tak akan dapat pahala extra
ini.

6. )Manakala suami pula mempunyai tugas-tugas berat
didalam dan diluar rumah, segala dosa-dosa anak isteri
yang tak dididik dia akan tanggung ditambah lagi dengan
dosa-dosa yang lain. Dinasihatkan kepada semua
wanita supaya faham akan syariat Allah agar tidak derhaka
denganNya. Dan semua lelaki fahami hati
naluri seorang wanita & isteri agar tidak derhaka denganNYA.......

February 10, 2013

Bengkel Crepe Durean crep

Tahniah dan syabas kepada PWB Rawang yang berjaya menganjurkan kelas crepe durean saya.... anda akan di ajar kemudian untuk membina bisnes dan ekonomi sampingan keluarga! Anda semua boleh dan hebat!!Terimakasih kepada YB Gan Pei Nei yang turut hadir..

February 05, 2013

Lapan sifat wanita solehah menurut Imam al Ghazali ~

Dgn ehsan Al FadhilUst Muhammad Najib


Sifat wanita yang baik untuk dijadikan isteri dan ibu kepada anak-anaknya …

1. Seorang perempuan yang beragama dan mempunyai sifat-
sifat solehah serta takut akan Allah s.w.t. dan senantiasa menjauhkan diri daripada
laranganNya dan perkara-perkara yang haram.

Ini adalah berdasarkan sabda Nabi s.a.w. yang bermaksud
Berkahwin akan perempuan itu kerana hartanya, dan eloknya, dan kerana bangsanya, dan kerana agamanya, maka lazimkan olehmu berkahwin dengan perempuan yang mempunyai agama”

Dalam sabda Nabi s.a.w. yang lainnya juga menyebut bahawa
Barang siapa berkahwin berkehendak akan perempuan kerana hartanya, dan kerana elok rupanya, nescaya diharamkan akan hartanya dan elok rupanya yakni ditegahkan akan hartanya dan elok rupanya dan barang siapa yang berkahwin akan dia kerana agamanya nescaya diberi rezeki oleh Allah s.w.t akan dia akan hartanya dan elok rupanya.”

Namun ini tidaklah bermaksud harta dan rupa paras tidak dipentingkan dalam Islam.
Dalam hadits lain ada menyebut bahawa salah satu ciri wanita yang baik adalah apabila suami memandang isteri, si suami akan merasa senang dan tenang . Ini berdasarkan jawapan Rasulullah s.a.w kepada sahabat apabila ditanya
‘Siapakah orang perempuan yang baik itu”.
Maka jawab Rasulullah s.a..w
Perempuan yang baik itu ialah yang apabila engkau pandang mukanya, engkau akan rasa seronok”.

Maka dapat dikatakan bahawa paras rupa juga merupakan satu kreteria dalam memilih isteri. Walau bagaimana pun Nabi s.a.w. juga memberi amaran kepada lelaki supaya tidak memilih isteri semata-mata kerana cantik rupa paras dan kekayaan sahaja kerana ianya dikhuatiri akan menjadi punca kepada kepincangan sesebuah rumah tangga. Seperti mana sabda Nabi s.a.w yang bermaksud ;
Janganlah kamu kahwini perempuan itu kerana segaknya semata-mata kerana takut disebabkan segak dan cantiknya menyebabkan kamu dihina olehnya, dan jangan kamu nikahi seorang perempuan semata-mata kerana hartanya kerana ditakuti hartanya menyebabkan dia melampau terhadap kamu,tetapi hendaklah kamu nikahi seorang perempuan itu kerana agamanya disamping paras rupanya cantik dan dari keluarga yang berharta”.

Namun Nabi s.a.w tetap menyarankan supaya kreteria pertama yang akan diambil kira apabila memilih isteri adalah dari segi agamanya seperti maksud sabdanya
Kalau sekiranya isteri kamu seorang hamba yang hitam kulitnya tetapi mempunyai agama yang kuat maka itu adalah lebih baik bagimu”.
2. Disunatkan memilih seorang perempuan yang baik perangai
dan akhlaknya kerana ianya akan membantu dalam menyempurnakan ibadah
terhadap Allah s.w.t.

Dinyatakan bahawa seorang pempuan yang buruk perangainya dan jahat lidahnya akan mendatangkan banyak mudarat di dalam sesebuah keluarga daripada manfaatnya melainkan suaminya itu adalah seorang yang sangat sabar orangnya dengan telatah dan kerenah isteri.Dalam hal ini dinyatakan juga sebagai panduan enam (6) sifat perempuan 
Sabda Rasulullah s.a.w. " Ada empat golongan wanita yang akan dimasukkan ke dalam neraka, di antaranya ialah wanita yang jahat atau kesat lidahnya terhadap suaminya".



Sifat Al-Annaanah 
Perempuan yang perbanyakkan keluh kesah dan suka mengadu-ngadu padahal dia sentiasa menghiasi dirinya.Jika dikahwini perempuan yang demikian akan menyakitkan hati dan tidak peroleh didalamnya kebajikan.





Allah SWT. menegaskan sifat negatif ini dalam firman-Nya yang bermaksud

Artinya: Sesungguhynya manusia diciptakan bersifat keluh-kesah lagi kikir. Apabila ia ditimpa kesusahan ia berkeluh kesah. Dan apabila ia mendapat kebaikan (keuntungan) ia amat kikir. (QS. Al-Ma’aarij:19-21)



Sifat Al-Mannaanah 
Perempuan yang banyak membangkitkan atas suaminya iaitu seorang isteri yang suka mengungkit samada kebaikkannya ataupun keburukkan suaminya dalam pertuturan seharian bersama suaminya.



 Surah Al Baqarah 264



Wahai orang-orang yang beriman! Jangan rosakkan (pahala amal) sedekah kamu dengan perkataan membangkit-bangkit dan menyakiti (perasaan si penerima), seperti (rosaknya pahala amal sedekah) orang yang membelanjakan hartanya kerana hendak menunjuk-nunjuk kepada manusia (riak), dan ia pula tidak beriman kepada Allah dan hari akhirat. Maka bandingan orang itu ialah seperti batu licin yang ada tanah di atasnya, kemudian batu itu ditimpa hujan lebat, lalu ditinggalkannya bersih licin (tidak bertanah lagi). (Demikianlah juga halnya orang-orang yang kafir dan riak itu) mereka tidak akan mendapat sesuatu (pahala) pun dari apa yang mereka usahakan. Dan (ingatlah), Allah tidak akan memberi petunjuk kepada kaum yang kafir. 

Sifat Al-Hannaanah 
Perempuan yang berkeinginan terhadap lelaki lain selain suaminya.Diwajibkan kepada lelaki supaya menjauhi perempuan yang bersifat tersebut kerana banyak mudaratnya.

Sifat Al-Haddaaqah 
Perempuan yang gemar akan tiap-tiap sesuatu dan ingin dia akan ia dan dengan itu memberatkan dia akan suaminya untuk membeli barangan tersebut.

Sifat Al-Barraaqah 
Terdapat dua sifat Al-Barraqah iaitu :-
# Terlalu suka menghias diri dan mencantikkan wajahnya secara keterlaluan.
# Suka memarahi keatas rezeki yang disediakan dan senantiasa merasa
pemberian suami tidak mencukupi.(Termasuk sifat suka membandingkan pemberian suami dengan orang lain yang mendapat lebih baik dari suami mereka pada anggapannya)

Sifat Al-Sallaaqah 
Perempuan yang suka memperbanyakkan perkataan iaitu perempuan yang suka bercakap sesuatu yang tidak berfaedah dan berbau umpatan.
Ingatlah kepada sabda Nabi SAW : "Seorang Mukmin bukanlah pengumpat ,yang suka mengutuk, yang keji dan yang ucapannya kotor"
(Riwayat Bukhari)

"Barangsiapa yg banyak perkataannya, nescaya banyaklah silapnya. Barangsiapa yg banyak silapnya, nescaya banyaklah dosanya. dan barangsiapa yg banyak dosanya, nescaya neraka lebih utama baginya".
(Riwayat Abu Naim)

Selain itu menurut kata Saidina Ali r.a , terdapat juga sifat-sifat yang dianggap tidak baik jika ada pada seorang lelaki tetapi ianya baik jika terdapat pada seorang perempuan iaitu :-

Sifat Al-Baqlu. 
Sifat kikir / kedekut kerana dengan sifat ini akan terpelihara harta suami.

Sifat Az-Zahhu. 
Sifat membesarkan diri / sombong kerana apabila seseorang perempuan itu membesarkan dirinya maka enggan dia untuk berkata-kata dengan semua orang dengan perkataan yang lemah lembut. Maka dengan itu akan terpeliharalah suami dari perasaan cemburu dan gelisah.

Sifat Al-Jubnu. 
Sifat penakut kerana dengan sifat ini akan terhindar ia daripada keluar rumah sesuka hati tanpa mengira masa dan waktu.Sifat ini juga akan memelihara seorang isteri daripada sifat cemburu dan perasaan curiga suami.



3. Disunatkan memilih perempuan yang elok rupa parasnya. 

Disarankan untuk memilih seorang perempuan yang cantik rupa parasnya kerana dengannya semoga akan terhindar keinginan lelaki tersebut untuk memandang akan perempuan yang lainnya. Namun di ingatkan lagi bahawa di tegah untuk mengahwini seorang perempuan yang cantik tetapi tidak mempunyai agama.Dalam hal ini kita
disarankan juga untuk memilih seorang perempuan yang kurang elok dari segi paras rupanya asalkan perempuan tersebut kuat beragama dan berakhlak mulia jika perkahwinan tersebut semata-mata untuk mengikut sunnah.


4. Disunatkan untuk memilih seorang perempuan yang mas
kahwinnya kurang / murah kerana sabda Nabi s.a.w yang maksudnya
Bermula yang terlebih baik perempuan itu ialah yang terlebih baik mukanya dan yang terlebih murah isi kahwinnya”

Dan dalam hadis Nabi s.a.w. yang lainnya bermaksud
Setengah dari baraqah maka perempuan itu iaitu segerakan dipersuamikan dan di segerakan rahimnya itu kepada beranak”
Secara ringkasnya tanda-tanda seorang perempuan yang baik adalah
Rendah mas kahwinnya Disegerakan perkahwinannya.
Menyegerakan untuk mendapat anak.


5. Disunatkan memilih perempuan yang banyak beranak /
melahirkan zuriat

kerana sabda Nabi s.a.w maksudnya ,“Lazimkan keatasmu
berkahwin dengan perempuan yang banyak anak dan perempuan yang banyak kasih sayang ke atas suaminya”


6. Disunatkan memilih perempuan yang masih anak dara
kerana menurut Nabi s.a.w apabila mengahwini perempuan (anak dara) akan menjadi lebih mesra perhubungan antara suami dan isteri.

February 04, 2013

BENGKEL MINDA POSITIF ~9 FEB SABTU~ DEWAN DATO ABD HAMID~BATANG KALI

PERHATIAN UTK USAHAWAN.BAKAL USAHAWAN!!!!!
Tiada mentor? Tiada ilmu perniagaan? Tiada Strategi perniagaan??
95 persen usahawan gagal dalam bisnes tanpa minda positif utk berjaya. Minda utk jualan melimpah, aliran tunai berganda...Tempat terhad, datang ke BENGKEL MINDA POSITIF ~ 9 fEB 2012 sabtu ~ 9 PAGI~ Dewan Dato Abd Hamid Batang Kali (berhadapan ECONSAVES Batang Kali..)

February 01, 2013

MAHADER SEBUT NAMA ANWAR PULAK DALAM KES PROJEK IC. AZMIN ALI ADA PERANAN TAK?

KUALA LUMPUR, 31 Jan — Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir hari ini mengakui bekas timbalannya Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat dalam memberikan kad pengenalan (IC) dan kewarganegaraan kepada pendatang asing haram di Sabah walaupun tidak disuruh oleh beliau.
Dr Mahathir memberitahu beliau tidak pernah memberikan sebarang arahan kepada bekas timbalan perdana menteri itu semasa pentadbirannya untuk mengarahkan pegawai di Sabah memberikan IC dengan sewenang-wenangnya.
"Dia (Anwar) selalu mengambil langkah sendiri, kadangkala lebih daripada yang diarahkan.
"Selalu yang berlaku berbeza sama sekali dengan arahan daripada pihak atasan," kata beliau.
Menurut Dr Mahathir (gambar) lagi, pegawai yang bertanggungjawab dalam projek IC di Sabah telahpun didakwa di mahkamah dan kerajaan telahpun mengambil tindakan keatas individu tersebut.
Dalam pada itu, ahli politik veteran negara tersebut juga menegaskan Anwar mempunyai kuasa dalam isu pemberian IC di Sabah dan arahan datang bukan daripada beliau yang mentadbir negara ketika itu.
"Dia telah campur tangan dalam isu tersebut," kata Dr Mahathir sambil menambah perkara yang berlaku merupakan salahguna kuasa dan telah dilaksanakan tidak mengikut lunas perundangan.
Dr Mahathir, perdana menteri paling lama berkhidmat dari 1981-2003, telah dituduh menerajui "Projek IC", di mana kewarganegaraan didakwa diberikan kepada pendatang sebagai ganti kepada undi mereka. Dalam sidang media pada 17 Januari lalu, Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Mohamed Azmin Ali mendedahkan terdapat rancangan untuk mengaitkan dan melibatkan ketua pembangkang tersebut dalam "Projek IC" di Sabah dan mereka akan memantau prosiding Suruhanjaya Di Raja (RCI) yang sedang berlangsung ketika ini.
Anwar Ibrahim minggu lalu turut menafikan bahawa beliau terlibat dengan projek IC di Sabah, dan bersedia untuk menjawab jika inkuiri RCI mengenai pendatang asing di Sabah itu memanggil beliau untuk memberi keterangan.
Menurut ketua pembangkang itu, sepanjang beliau menjadi Timbalan Perdana Menteri, beliau tidak pernah terlibat secara langsung dalam hal tersebut dan menamakan bekas setiausaha politik Dr Mahathir, Tan Sri Aziz Shamsuddin, dan bekas timbalan menteri dalam negeri, Allahyarham Tan Sri Megat Junid Megat Ayub, sebagai peneraju utama projek tersebut.
"Saya sedia memberi keterangan jika dipanggil, saya yakin bahawa tidak ada apa-apa dengan saya," kata Anwar (gambar) dalam sidang media di ibu pejabat PKR.
"Saya yakin saya tidak mempunyai kaitan langsung."
Pada tahun 1993-1994, Anwar ketika itu berkhidmat bersama kerajaan Umno-Barisan Nasional memegang jawatan sebagai Menteri Kewangan dan juga Timbalan Perdana Menteri sebelum dipecat pada tahun 1998 atas tuduhan skandal seks dan rasuah.
Akan tetapi bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh, yang mentadbir negeri dari 1976 hingga 1985, menafikan kewujudan "Projek IC" tersebut.