May 22, 2011

TRAGEDI TANAH RUNTUH DI HULU LANGAT (21 MEI 2011 AHAD)

(sumber tinta merah)

Kepiluan Menyelubungi Masjid Hishamuddin Shah Bt 14, Hulu Langat

MASJID Sultan Sallahuddin Shah di Batu 14, Hulu Langat sepanjang hari ini diselubungi kedukaan dan kesedihan apabila anggota keluarga, kenalan dan orang ramai yang datang dari berbagai penjuru untuk memberi penghormatan terakhir kepada mangsa yang terkorban akibat tanah runtuh di madrasah Al-Taqwa Hulu Langat petang semalam.
Dalam kejadian itu 16 orang pelajar termasuk (anak yatim) dan pengawal madrasah itu terkorban kerana ditumbus tanah hidup-hidup. Kesemua yang terlibat dengan kejadian itu ditemui, di mana sembilan selamat 16 tewas.
Daripada 16, sembilan jenazah dituntut oleh keluarga masing-masing untuk urusan pengkebumian di tempat masing-masing. Bakinya dibawa ke masjid Sallahuddin Shah untuk disembahyangkan dan dikebumikan dalam satu lubang kubur berdekatan tidak jauh dari masjid.
Ketika saya bersama bekas Ahli Parlimen Jeli, Apandi Mohamd juga bersama isteri dan seorang kawan, sekitar jam 12:40 tengah hari, lima jenazah diletakkan berbaris dalam masjid menghadap ke arah mimbar masjid. Ketika itu hanya dua lagi jenazah belum sampai dan dalam perjalanan ke masjid.
Orang ramai yang sudah memenuhi untuk menyembahyangkan jenazah yang akan disempurnakan selepas Zohor. Ia juga dipenuhi dengan kanak-kanak dan pelajar sekolah Al-Tawqa yang sidap berpakian jubah putih.
Menjelang 15 minit masuk waktu solat, dua lagi jenazah tiba. Kesemua jenazah yang sudah siap dikapan dibuka untuk tatapan buat kali terakhir sanak keluarga, ibubapa dan waris waras. Ketika kain kafan ini dibuka suasana sedih tidak dapat ditahan, menyapu setiap wajah yang berada dalam masjid.
Bagaimana pun keadaan duka ini masih dapat dapat dikawal. Orang ramai hanya muram durjana dan menyembunyikan rasa sedih masing-masing. Ada juga yang tidak dapat menahan kedukaan menangis dan mendiamkan diri jauh ke belakang, tersendu dan tidak terkata apa.
Melihat satu demi satu anggota keluarga terdekat mencium dan menatap wajah mayat untuk terrakhir anak kesayangan mereka, saat inilah air mata yang sudah bersekah di birai tidak dapat ditahan lagi. Jauh dilubuk hati perisitiwa trajis itu dikembalikan ke dalam diri. Tidak terbayang pula kalau ujian sama dianugerahkan Tuhan kepada kita.
Sebelum masuk Zohor Exco Agama Selangor, Dr Hassan Ali memberi taklimat dan mengucapkan takziah kepada seluruh keluarha yang anak mereka maut dalam kejadian itu. Jelas beliau, kerajaan sangat berduka cita dan sedih atas apa yang berlaku. Beliau juga mengumumkan esok Sultan Selangor akan berangkat turun ke tempat kejadian dan akan berjumpa dengan para waris yang terkorban untuk menghulurkan derma dan bantuan.
Majlis Agama Islam Selangor (Mais) juga akan berbuat demikian.
Selepas selesai solat Zohor jenazah disembahyang oleh ribuan orang. Keadaan sungguh menyenyat hati apabila seorang guru dan juga pelajar tua di madrasah berkenaan tampil memberi ucapan terima kasih dan memohon maaf kepada semua orang atas apa yang berlaku. Saat paling menyayukan apabila guru itu meminta maaf atas apa-apa dosa yang dilakukan oleh pelajarnya yang disifatkan sebagai anak cucunya sendiri.
"Saya bagi pihak anak-anak memohon maaf, atas apa-apa dosa yang mereka lakukan," katanya sedih. Sebak melanda dadanya menyebabkan beliau tidak dapat meneruskan percakapan dan hampir-hampir terjatuh. Apandi dan beberapa orang yang berada berhampiran dengannya memapah dan cuba menenangkan perasaanya.
Kesayuan semakin mengetik rasa saat satu demi satu jenzah diangkat ke kereta jenazah yang sudah berbaris menanti untuk membawa jenazah ke kubur. Orang ramai termasuk juga rakan-rakan mangsa berebut-rebut untuk memberi penghormatan terakhir. Orang ramai juga bersambutan mengusung jenazah hingga masuk ke dalam van jenazah.
Di luar masjid orang ramai memerhati dengan penuh kesedihan dan kesayuan melihat pergerakan kereta jenazah bagaikana satu konvoi besar. Saaat kereta jenezah melepasi pagar masjid saya lihat hampir semua kaum wanita menyapu-nyapu air mata masing-masing.
Tujuh jenazah itu ialah; Mohd Azhari, Wan Mohd Hazim, Wan Mustakim, Mohd Zahid, Imam Farhad, Zahir Mukmim dan Mohd Hazim. Kepada keluarga masing-masing diucapkan takziah semoga Allah memberi kekuatan imam menerima dugaan itu dan roh yang pergi pula dicucui rahmat. Al Fatihah. [wm.kl.4:18 pm 22/05/11]

Hasan Ali sedang memerhari salah seorang mayat mangsa yang dibuka untuk tatapan terakhir keluarga terdekat.

TERKINI !! 8 BERJAYA DIKELUARKAN (11.00 MLM)

KAJANG: Lapan mayat kanak-kanak berusia 11 dan 14 tahun berjaya dikeluarkan dari tanah runtuh di Rumah Persatuan Anak Yatim Malaysia, Hulu Langat yang berlaku pada pukul 2.30 petang, Sabtu.

Polis memaklumkan sehingga pukul 10.30 malam, sembilan lagi ditemui cedera termasukseorang lelaki dewasa berusia 22 tahun.

Sebanyak tujuh mangsa masih tertimbus dalam runtuhan itu.

May 16, 2011

ANWAR TIBA DI MAHKAMAH JALAN DUTA DENGAN SOKONGAN RAKYAT !

KUALA LUMPUR: Kira-kira 500 penyokong berhimpun di perkarangan Kompleks Mahkamah Tinggi Jalan Duta, Kuala Lumpur sejak awal pagi tadi dan bilangannya dijangka semakin bertambah.
Hari ini adalah hari penentuan ke fitnah II terhadap Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Anggota polis dilihat berkawal di mana-mana sahaja dalam perkarangan mahkamah.
Mahkamah tempat perbicaraan Anwar juga dipenuhi kira-kira 200 orang termasuk wartawan, penyokong Anwar dan polis Cawangan Khas. Ia adalah tiga kali ganda jumlah kehadiran biasa.

May 14, 2011

SOLAT HAJAT & SYARAHAN SHEIKH DR WAHBAH AL_ZUHAILY

SOLAT HAJAT & SYARAHAN SHEIKH DR WAHBAH AL_ZUHAILY

SYARAHAN PERDANA SHEIKH PROF. DR. WAHBAH AL-ZUHAILY
Tajuk :Sumpah dan Qazaf
Tarikh :
14 Mei 2011 (Sabtu)Masa :
2.30 ptg – 4.30 ptgTempat :
Dewan Solat, Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam, Selangor

SOLAT HAJAT & CERAMAH PERDANA
Tarikh:
14 Mei 2011 (Sabtu)Masa:
6.30 petang
Tempat:
Stadium Selayang

May 12, 2011

PROJEK IC UMNO DI HULU SELANGOR?

Kehebatan Ketua Penerangan Cabang Hulu Selangor, Khalid Jaafar bersama kepimpinan negeri membuat laporan polis semalam telah memberikan impak hebat kepada UMNO Hulu Selangor dalam menerajang i strategi politik jahat parti UMNO untuk meraihkan sokongan dalam pilihanraya akan datang. 
Usaha mengambil pengundi dari kalangan pendatang asing berkad pengenalan merah memang telah wujud semasa pilihanraya di negeri-negeri Sabah dan Sarawak, menjadikan usaha strategi UMNO ini sebagai pengguat kemenangan tipis di kawasan pilihanraya seperti di Parlimen Hulu Selangor ini. 
Dengar khabar calon dari UMNO akan bertanding di sini...

May 06, 2011

Fitnah lucah: Pemerintah di Malaysia ‘mandul’, dayus- Teras

KUALA LUMPUR: Kerajaan Umno-Barisan Nasional disifatkan mandul dan dayus kerana membiarkan gejala fitnah dan lucah berleluasa, kata Presiden Teras Pengupayaan Melayu, Azmi Abdul Hamid.
Kata Azmi, sikap berdiam diri tanpa mengambil sebarang tindakan membendung gejala itu, merendahkan nilai dan norma masyarakat selepas 53 tahun negara mencapai kemerdekaan.
“Institusi agama Islam termasuk perundangan dan pihak berkuasa Malaysia diibaratkan seperti orang yang telah ‘mandul’ dan ‘dayus’ kerana tidak mampu mengambil sebarang tindakan berhubung gejala fitnah yang berleluasa.
“Sebagai sebuah negara yang mengangkat agama Islam sebagai agama rasmi, tindakan berdiam diri pemerintah adalah sangat memalukan. Dalam masa yang sama, undang-undang syariah diketepikan.
“Ketika negara lain maju ke hadapan, Malaysia mengambil langkah mundur sehingga berada di ambang kehinaan,” kata Azmi kepada Keadilandaily.
Beliau menegaskan perkara ini berlaku akibat sikap pucuk pimpinan negara yang mahu menjatuhkan lawan politik mereka dengan cara yang tidak bermoral.
“Segala institusi yang dibina melalui Dewan Undangan Negeri dan Dewan Rakyat, dengan perkenan Yang Dipertuan Agong dimusnahkan semata-mata perbuatan sumpah laknat.



May 02, 2011

TGNA - VIDEO JELAS JATUHKAN PERIBADI ANWAR

KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tetap mempertahankan Datuk Seri Anwar Ibrahim walaupun tindakan sumpah laknat dilakukan seorang ahli perniagaan, Datuk Shazryl Eskay, kelmarin.
Menteri Besar Kelantan berkata, tindakan menyebarkan video itu jelas menganiaya Anwar selain berniat menjatuhkan peribadi Ketua Pembangkang itu yang dianggapnya sebagai ‘tenaga orang Melayu’
Nik Aziz turut mengulangi kenyataannya, video seks disebarkan itu meragukan apabila raut wajah individu tidak difokuskan dengan jelas.
“Sebelum ini, saya dengar ada pemimpin Pakatan Rakyat (PR) ketika berceramah menjelaskan video itu bukan Anwar, kalau betul nak kenakan Anwar, kena fokus pada muka, bukan pada tubuh, itu caranya,” katanya mengadakan ceramah di Kampung Parang Puting, di sini malam semalam.
Hadir sama, Exco Kerajaan Kelantan, Mohd Amar Nik Abdullah.
Anwar bersama Nik Aziz turut berkongsi pentas dalam satu majlis di Kota Bharu petang semalam, namun kedua-dua pemimpin itu tidak mengulas tindakan bersumpah dibuat Shazryl.
Dalam pada itu, Nik Aziz turut kecewa dengan sikap segelintir orang Melayu yang sanggup melakukan tindakan memburukkan individu tertentu sedangkan seorang pemimpin MCA terbukti melakukan perbuatan kesalahan seks, namun tidak dihebohkan seperti mana yang berlaku.
Menurutnya, jika Anwar tidak jujur, sudah lama beliau sudah merosakkan negara kerana pernah memimpin negara, selain bertindak sebagai bekas Menteri Kewangan yang bertanggungjawab mengurus pentadbiran negara.