October 30, 2013

HEBAT! HEBAT! PERKATAAN KERAMAT YANG SERING DI FIKIRKAN PESERTA USAHAWAN DI BUKIT SENTOSA


Pada 28 Oktober lepas, Isnin, hampir seramai 200 orang peserta di bengkel keusahawanan Hari Usahawan Bukit Sentosa telah hadir untuk mendengar motivasi usahawan hebat yang di sampaikan oleh Sdr Shaiful Anuar Sulaiman dari GEN_UH atau Generasi Usahawan Hebat, sebuah NGO. Hebat, hebat dan hebat adalah jeritan yang bergema di Dewan Komuniti
Dengan kehadiran yang memberangsangkan ini, pihak Majlis Daerah Hulu Selangor yang di wakili oleh Puan June Leow dan Tuan Ethan Law, mengucapkan terima kasih kepada semua peserta yang sanggup meninggalkan perniagaan mereka untuk hadir ke majlis tersebut.
Puan Azuwa Zulkifli, salah seorang usahawan wanita yang hadir, merasakan peluang sebegini harus di buka setiap masa untuk peniaga dan usahawan di kawasan Bukit Sentosa/Bukit Beruntung.
Majlis turut diserikan dengan penyampaian peluang perniagaan MLM, Tone xceelence oleh Puan Wan Hamimie Wan Pa,Tuan Albert dan Aziz Abdul Rahman dari PytoScience.Turut bersama adalah Puan June dan Ethan Law, keduanya dari PKR Hulu Selangor yang memberikan suntikan semangat kepada peserta lain yang hadir.
Shaiful Anuar Sulaiman, pengasas Gen-UH menyatakan rasa senang dengan kehadiran yang ramai di Hari Usahawan Bukit Sentosa yang julung2 kalinya di adakan. Beliau turut mengucapkan terimakasih kepada semua yang hadir dan membantu bagi menjayakan program ini.

October 20, 2013

NAIB PRESIDEN UMNO KEKAL...

Ketiga-tiga penyandang Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein kekal sebagai Naib Presiden Umno dalam pemilihan parti pada Sabtu. Setakat pukul 11 malam, Hishammuddin secara tidak rasmi memperoleh 92 undi mendahului pencabar terdekatnya Datuk Mukhriz Mahathir with 77. Kiraan setakat 10 malam menunjukkan Zahid memperoleh 153 undi, diikuti Shafie (142), Datuk Seri Hishammuddin Hussein (84), Datuk Seri Mukhriz Mahathir (67)