The MEDIA 4Rakyat MALAYSIA
March 19, 2012
March 13, 2012
MALEK NOR BERNIKAH SEMALAM DI KELANTAN
Bekas ahli bina badan negara dan juga pelakon, Datuk Malek Noor, 56, akhirnya selamat bergelar suami kepada Dr Wan Asma Wan Ismail, 52, dengan hanya sekali lafaz. Malek dan Dr Wan Asma telah dinikahkan oleh Wan Ismail Wan Ahmad, 87, (bapa pengantin perempuan) di kondominium, Pusat Dagangan Kelantan (KTC), semalam.
PERSEMBAHAN BADUT DAN MAGICIAN DI SPECTRUM AMPANG
Ayuh beramai-ramai ke
SPECTRUM BANDAR BARU AMPANG..
14 MAC 2012 RABU 9pg ~10mlm
Bersama badut2 dari seluruh lembah klang..
Persembahan magicians, fire eaters....
PERSEMBAHAN KHAS

SHAHRIL dari FUYOO MAGIC
March 07, 2012
MAT SALAI BERI TAKLIMAT KEPADA IBU TUNGGAL DI RAWANG
Satu sesi taklimat keusahawanan wanita telah di adakan pada petang tadi di Gerai MPS, Batu 16, Pekan Rawang bersama penganjur, AE Phoenix Resources dan NGO, Wanita Prihatin Selangor.
Pengarah Urusan Mat Salai Sdn Bhd, Maznah Muhamad berkata, program
dengan kerjasama NGO seperti Wanita Prihatin Selangor itu dapat memberi peluang
kepada golongan memerlukan melalui penglibatan Ibu-ibu tunggal untuk mengikuti
kursus dan mendapatkan kios secara percuma.
Seramai 40 peserta dari golongan Ibu Tunggal telah menyertai sesi taklimat franshise tersebut.
“Mat Salai memberikan kios burger mudah pasang dan mudah alih bersama 50 bahan mentah termasuk peralatan berniaga bagi peserta yang dipanggil mentee untuk menjalankan perniagaan sebaik sahaja selesai kursus. Ia bertujuan meningkatkan taraf hidup, mengurangkan kemiskinan dan menggalakkan perniagaan terutama kepada belia dan Bumiputera,” katanya.
Menurutnya, pihaknya akan memantau perjalanan setiap mentee selain menghantar laporan kepada kementerian setiap dua minggu berhubung kelancaran setiap perniagaan.
“Kita juga tidak teragak-agak menarik balik kemudahan yang diberikan sekiranya mendapati mentee tidak dapat menjalankan perniagaan sepertimana yang dikehendaki,” katanya.
Maznah berkata, peserta OKU, ibu tunggal dan penduduk miskin antara yang terpilih.
Menurutnya, Mat Salai yang ditubuhkan sejak Disember 2007 mempunyai 1200 kios (mentee) termasuk di semenanjung, Sabah dan Sarawak.
February 29, 2012
the star sudah dua kali terima amaran dari kdn..
UALA LUMPUR, 29 Feb: Akhbar MCA, The Star
sehingga kini sudah dua kali menerima amaran dari Kementerian Dalam
Negeri (KDN) kerana menghina dan tidak sensitif dengan Islam.
(Gambar poster konsert Erykah tidak mempunyai tatoo nama Allah tetapi The Star menyiarkan gambar yang ada tatoo nama Allah)
Ini bermakna, penyiaran gambar penyanyi Amerika, Erykah Badu yang bertatoo nama Allah pada dadanya yang terlanjang adalah kali ketiga.
"Kes pertama adalah tulisan seorang editor The Star yang mempertikaikan tindakan Mahkamah Syariah di Pahang yang menjatuhkan hukuman sebat terhadap seorang wanita yang meminum arak.
"Kes kedua adalah kes daging babi panggang untuk berbuka puasa yang disiarkan bulan Ramadhan lalu.
"Kes Erykah ini adalah kes yang ketiga yang dihadapi The Star," kata satu sumber kepada Harakahdaily.
Ekoran itu, The Star dijangka tidak akan dilepaskan begitu sahaja oleh KDN kali ini melainkan ada tangan-tangan ghaib yang menghalang tindakan diambil.
"Sebelum ini sudah dua amaran...takkan kali ketiga amaran juga. Kalau begitu, benarlah tuduhan PAS bahawa pentadbiran negara yang diterajui Umno membiarkan akhbar MCA bebas untuk menghina Islam," kata sumber berkenaan.
Menurut sumber itu juga, beliau sendiri terkejut apabila membaca laporan berkenaan kerana gambar Erykah yang disiarkan itu terlalu besar iaitu setengah muka surat akhbar berkenaan.
"Hanya orang buta sahaja yang tidak lihat gambar itu dan saya tidak faham kenapa The Star berbuat demikian," katanya kepada Harakahdaily.
The Star menyiarkan setengah muka gambar penyanyi Amerika, Erykah Badu yang bertatoo nama Allah di dadanya yang terlanjang menjelang konsertnya di Kuala Lumpur.
Padahal poster asal Erykah tidak adapun tatoo nama Allah itu.
Ekoran penyiaran itu, tiga editor kanan The Star telah dipanggil oleh KDN untuk memberikan penjelasan.
Menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri, KDN akan bertindak berdasarkan penjelasan yang dibuat oleh ketiga-tiga editor The Star itu.
Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dalam kenyataannya kepada Harakahdaily mendakwa Umno yang memberi lesen kepada MCA melalui akhbarnya untuk menyerang Islam.
Ketua Pemuda PAS, Nasrudin Hassan, Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya dan NGO Isma mendesak agar permit The Star digantung atau ditarik balik.
Harakah Daily

February 28, 2012
Mengapa dana politik dan kempen harus ditangani secara professional..
Dikala semangat "PRU13"
sedang melanda orang politik dan rakyat Malaysia sekarang, satu perkara
yang menarik semalam mengerakkan hati saya untuk membuat komen. Saya
pernah terlibat di dalam pertandingan "alapolitik" semasa membantu
rakan, anak kepada Mayor/Datuk Bandar ketika itu, untuk bertanding
jawatan Presiden mewakili penuntut universiti (jika IPTA/IPTS,
persatuan mahasiswa lah), dimana membawa suara lebih 40,000 penuntut
universiti di University of Lincoln, Nebraska, Amerika Syarikat di tahun
1988. Waktu itu saya menjawat jawatan Presiden International Student
Organization (ISO) mewakili pelajar antarabangsa dengan lebih 1500
penuntut. Waktu itu sudah ada "Campaign Manager", sudah ada "Special
Officer" untuk bergerak meraih undi dan berkempen. Dengan grant dalam
dollar, 30,000 yang dibantu oleh beberapa penyokong kuat kami, kami
bergerak untuk berkempen dan mengumpul dana sambil beramal.
Alhamdulillah, rakan saya menang, dan saya turut dilantik ke Council of
Students Union di universiti berkenaan. Itu semua tinggal kenangan.
Apa yang ingin saya
komen di sini, hasrat kerajaan atau Najib di Program bagi Pegawai Integriti, Pusat
Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC) semalam dengan
pengumuman bahawa kerajaan akan membendung
pembiayaan politik dimana apa-apa
sumbangan
yang dibuat kepada mana-mana parti politik sama ada di peringkat pusat
atau negeri perlu diberikan perhatian serius. Ini adalah untuk mengelakkan ahli-ahli
politik dari menyalahgunakan nama parti untuk mendapatkan atau menerima
apa-apa sumbangan dan kemudian menyalahgunakan untuk kepentingan
peribadi. Keupayaan untuk menilai sikap amanah
dengan setiap sumbangan
yang dibuat hendaklah dikeluarkan resit dan didepositkan ke dalam akaun
parti akan dapat di nilai secara individu.
Saya
ingin membicarakan tentang "kewangan
kempen" yang merujuk kepada semua dana yang dibangkitkan dan
dibelanjakan
bagi menggalakkan calon-calon, parti atau dasar dalam beberapa jenis
pertandingan pilihan raya. Dalam
sistem demokrasi moden dana itu tidak semestinya menumpukan kepada
kempen pilihan raya. Kempen isu dalam referendums, aktiviti parti
dan organisasi parti adalah item tambahan yang dibiayai oleh wang
politik. Apabila James K.
Pollock dan Overacker Louise mula menganalisis peranan wang
dalam politik, mereka bermula di Amerika Syarikat, melihat wang yang
telah dibelanjakan untuk mempengaruhi keputusan pilihan raya
(persekutuan) . Titik
pengambilalihan mereka telah mendominasi persepsi subjek sejak itu. Dana kempen ini adalah tajuk tertakluk di bawah mana semua
buku-buku yang berurusan dengan wang dalam politik di katalog oleh
Perpustakaan Kongres. Negara-negara
lain mempunyai pengalaman yang berbeza dan menggunakan istilah lain
bagi mata pelajaran. Semua terma-terma menawarkan perspektif yang lebih
luas. Perbandingan silang-negara
memilih yang lebih menyeluruh "kewangan politik", penyelidik di benua
Eropah menggunakan "parti kewangan". Kesemua mereka berurusan dengan "kos demokrasi", istilah yang
dicipta oleh Alexander Heard untuk analisis yang terkenal kewangan
kempen di Amerika Syarikat.
Dalam jawatankuasa tindakan politik Amerika Syarikat (PAC) dan kempen adalah syarat yang mencukupi untuk mengenal pasti unit yang mengumpul dan membelanjakan wang untuk tujuan politik. Setiap kempen (untuk pejabat persekutuan) untuk menjalankan PAC yang melaporkan hasil dan perbelanjaan kepada Suruhanjaya Pilihan Raya Persekutuan (FEC).
Ingat, kempen politik mempunyai banyak
perbelanjaan,
seperti kos perjalanan untuk calon, nasihat profesional mengenai
topik-topik seperti mesej dan jumlah kehadiran pengundi (lihat
perundingan kempen) dan kos langsung berkomunikasi dengan pengundi,
seperti papan iklan, iklan televisyen, dan saluran lain. Jenis-jenis dan tujuan perbelanjaan kempen akan berubah dengan
landskap perundangan dan sosial yang kempen beroperasi di; misalnya, di
Great Britain, pengiklanan televisyen disediakan untuk berkempen pihak
bagi percuma, manakala di Amerika Syarikat ia adalah salah satu garis
yang terbesar item dalam
belanjawan kempen, terutama untuk kempen seluruh negeri dan peringkat
kebangsaan.
Bagi kebanyakan demokrasi di negara-negara lain (termasuk negara-negara Eropah, Kanada, Mexico, Jepun, Australia, New Zealand dan Israel), parti politik adalah satu konsep yang berguna untuk mengenal pasti dan mengumpul pelbagai entiti yang menaikkan dan menghabiskan dana politik. Pihak menjalankan ibu pejabat kebangsaan, persatuan-persatuan kawasan pilihan raya, cawangan serta pejabat-pejabat parti. Setiap unit-unit ini @pejabat/cawangan akan mengumpul hasil dan menanggung perbelanjaan yang digunakan untuk membiayai persaingan politik.
Walaupun sastera sains politik menunjukkan bahawa kebanyakan pencarum @ penaja memberi untuk menyokong parti-parti atau calon-calon dengan siapa yang mereka sudah dalam perjanjian, terdapat tanggapan meluas awam bahawa penderma mengharapkan pertolongan kerajaan yang tidak sah taraf sebagai balasan seperti undang-undang khusus yang digubal, sehingga ada yang datang untuk menyamakan pembiayaan kos untuk berkempen dengan rasuah politik dan rasuah.
Pandangan-pandangan ini
telah membawa beberapa kerajaan kepada sumber mengumpul dana reformasi
dan teknik dalam harapan untuk menghapuskan pengaruh yang dianggap tidak
wajar diberikan kepada kepentingan monied.
Taktik atau cara lain
ialah bagi
kerajaan, dan bukannya individu dan organisasi swasta, untuk
menyediakan dana untuk kempen. Negara-negara demokratik telah
berbeza peraturan-peraturan apa jenis sumbangan kepada parti politik dan
kempen yang boleh diterima.
Kita boleh membincangkan secara ilmiah atau praktikal dengan sebab-sebab dan kesan peraturan kewangan yang berbeza dalam kempen politik ini dari segi atau bidang-bidang termasuk ekonomi, sains politik dan dasar awam.. Cukup sekadar ini. Rakan universiti saya yang mengambil sains politik mungkin lebih arif dalam hal ini.

(Shaiful Anuar Sulaiman/ www.shaiful-hulusgr.blogspot.com )
February 27, 2012
NAJIB SANGGUP MENGAKU KESILAPAN UTK MENANG DI SELANGOR ~ IDRIS AHMAD
5 Rabi'ul Akhir 1433H. [MOD] -KUALA LUMPUR, 27 Feb: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak akan membuat apa sahaja, asalkan menang pilihan raya.“Terbaru beliau mengaku Umno melakukan kesilapan sewaktu memerintah Selangor selama 51 tahun sebagai usaha untuk menarik simpati rakyat supaya memilih BN untuk memerintah Selangor,” kata AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad. Rakyat Selangor pula, katanya mengatakan nasi sudah menjadi bubur.“Nampaknya apa sahaja rakyat minta kepada Datuk Seri Najib beliau akan beri, termasuklah bulan atau matahari kalau beliau boleh beri,” ujarnya
DR BADRULAMIN ~ ADA DALANG DISEBALIK PERANGKAP KHALWAT
PETALING JAYA: Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr
Badrulamin Bahron mendakwa insiden beliau ditangkap khalwat dengan seorang
wanita bersuami pada Sabtu lalu merupakan perangkap terancang yang didalangi
Umno.
Malah menurut beliau, suami wanita berkenaan yang dikenali sebagai Faizal turut terlibat dalam usaha menganiaya dan menghancurkan karier politiknya.
"Faizal yang merupakan suami kepada wanita berkenaan dipercayai terlibat dalam rancangan untuk memerangkap saya.
"Malah saya diberitahu oleh bapa wanita itu bahawa seorang pemimpin Umno menghubungi dia bagi mendapatkan nombor telefon bimbit Faizal. Jadi saya percaya semua ini ada pertalian dan hubung kait bagi memerangkap saya," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Isnin.

February 26, 2012
SEJARAH TERCIPTA DI KUANTAN HARI INI !!
Sejarah Tercipta Di Kuantan apabila lebih 20 ribu manusia yang berpakaian hijau telah berhimpun di Kuantan Pahang kerana membantah projek mengeluarkan nadir bumi di Gebeng. Projek itu diusahakan oleh syarkat dari Australia Lynas Advanced Material Planat (Lamp) yang berharga RM700 juta didakwa membahayakan untuk kehidupan manusia. Himpunan hari ini adalah kemuncak kepada bantahan awam terhadap projek berkenaan. Kedegilan kerajaan untuk membatalkan projek itu menyebabkan gerakan khas ditubuhkan bagi membentuk kempen projek berkenaan.
February 24, 2012
TERKINI ~ HIMPUNAN HIJAU 2.O DI TERUSKAN DI PADANG MPK4 KUANTAN
KUANTAN, 24
Feb - Maklumat terkini diterima, selepas rundingan dengan
pihak polis, pihak penganjur telah membuat keputusan untuk mengadakan Himpunan Hijau 2.0 di Padang MPK4
(Kemunting), yang terletak lebih kurang dua kilometer daripada Padang MPK1.
Padang MPK4 adalah lokasi
sambutan Hari Kemerdekaan peringkat
kebangsaan di Kuantan satu ketika dulu. Difahamkan, pihak
penganjur memberi dua syarat untuk berpindah ke lokasi tersebut, iaitu
pertamanya tiada gangguan kepada semua peserta yang hadir dan kedua
tiada pembatalan permit oleh Majlis
Perbandaran Kuantan (MPK) itu sendiri.
Jika kedua-dua syarat itu
gagal dilaksanakan, maka perhimpunan terbabit akan tetap diadakan di Padang MPK1, berhadapan Masjid Negeri Sultan Hj.Ahmad Shah I
dekat sini.
February 18, 2012
February 11, 2012
ANA RAFFALI BERHIJRAH ! ALHAMDULILLAH
Terkenal trademark berbaju kurung atau kebaya ketika mengadakan
persembahan, penyanyi, Ana Raffali, yang sebelum ini tampil imej sopan
kini
semakin ayu apabila mengenakan hijab.
Pelantun lagu Tolong Ingatkan Aku ini membuat keputusan untuk bertudung
litup pada sambutan Maulidur Rasul lalu.
Menganggap penghijrahannya itu bukan satu percubaan atau trend, Ana atau
nama sebenarnya, Ana Nur Hidayah Mohd Raffali, menyifatkan keinginan
bertudung lahir daripada hatinya sendiri.
Tambahnya, keputusan yang dibuat itu bukan disebabkan desakan keluarga
atau
orang terdekat.
PAS NAK SINGKIR SALAHUDDIN AYUB?
KUALA LUMPUR 10 Feb. - Naib Presiden Pas, Salahuddin
Ayub berkata, jika benar ada usaha Pas Kelantan mahu menyingkirkan
beliau
daripada mempertahankan kerusi Parlimen Kubang Kerian pada Pilihan Raya
Umum Ke-13 (PRU-13) nanti, ia merupakan perbuatan yang tidak beretika.
Katanya, usaha itu adalah perbuatan yang tidak bertanggungjawab dan
bercanggah dengan amalan politik..
February 09, 2012
NOH OMAR PERTAHAN LEMBU NFC JADI TITIK PENTING ISU LEMBU SHAHRIZAT ~ RAFIZI
16 Ra
bi'ul
Awal 1433H. [MOD] -
Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, kenyataan Menteri Pertanian, Datuk Seri Noh Omar yang mempertahankan National Feedlot Corporation di Parlimen menjadi titik penting dalam isu berkenaan.
Selepas kenyataan itulah, beliau menerima satu salinan buku tunai berhubung projek fidlot tersebut melalui e-mel, kata Rafizi dalam satu wawancara dengan Malaysiakini minggu lalu.
Katanya, serangan PKR sebelum itu hanyalah berhubung
pengunegarahan projek kepada anggota keluarga menteri, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang tidak mempunyai pengalaman dalam bidang ternakan lembu.
Isu utama yang ditonjolkan PKR sebelum itu juga melibatkan prestasi projek berkenaan yang menurutnya tidak mencapai sasaran.
"Jika Noh Omar (kiri) tidak pergi ke Parlimen dan kata 8,000 lebih
lembu itu satu kejayaan nasional, (isu itu) mungkin mati di situ saja," katanya.
Selepas kenyataan Noh Omar pada awal November itu, Rafizi berkata kemudiannya menerima salinan penyata yang menyenaraikan bayaran tunai itu daripada seorang yang tidak dikenalinya.
"NFC berkeras untuk mengetahui siapakah pemberi maklumat itu kerana mereka tidak mahu pendedahan lanjut.
"Tapi daripada cara email itu ditulis, (saya tahu pemberi maklumat itu) bukanlah kartel (daging) atau pekerja yang tidak puas hati," katanya yang tidak mengenali individu berkenaan.
Sebaik sahaja beliau menerima buku tunai itu, Rafizi berkata, beliau kemudiannya menyemak senarai berkenaan untuk mengesan pembayaran yang diragui.
"Bayaran untuk kondominium, dan juga kepada pemaju hartanah mewah tidak... masuk akal dengan syarikat seperti itu," katanya.
Selepas itulah PKR mengetahui mengenai pembelian hartanah, termasuk kondominium mewah di Bangsar, Kuala Lumpur.
"Kita sudah tahu perkara ini apabila kita mendapat buku tunai itu tetapi kita turun (untuk periksa). Saya rasa kami ambil masa
dua hingga tiga minggu sebelum sidang akhbar pertama untuk mendedahkannya."
Katanya, 50 peratus daripada usaha itu merupakan kerja-kerja yang dijalankan untuk mengesahkan pembelian tersebut, termasuk melawat sendiri hartanah tersebut dan juga membuat semakan melalui sumber awam.
"Jadi 15-20 peratus lagi itu sebenarnya mengikut naluri dan risiko yang kami ambil... kerana jika anda mahu dapatkan dokumen lengkap, saya tidak fikir anda akan dapat apa-apa," katanya.
malaysiakini/-
bi'ul
Awal 1433H. [MOD] -Pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli berkata, kenyataan Menteri Pertanian, Datuk Seri Noh Omar yang mempertahankan National Feedlot Corporation di Parlimen menjadi titik penting dalam isu berkenaan.
Selepas kenyataan itulah, beliau menerima satu salinan buku tunai berhubung projek fidlot tersebut melalui e-mel, kata Rafizi dalam satu wawancara dengan Malaysiakini minggu lalu.
Katanya, serangan PKR sebelum itu hanyalah berhubung
pengunegarahan projek kepada anggota keluarga menteri, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, yang tidak mempunyai pengalaman dalam bidang ternakan lembu.
Isu utama yang ditonjolkan PKR sebelum itu juga melibatkan prestasi projek berkenaan yang menurutnya tidak mencapai sasaran.
"Jika Noh Omar (kiri) tidak pergi ke Parlimen dan kata 8,000 lebih
lembu itu satu kejayaan nasional, (isu itu) mungkin mati di situ saja," katanya.
Selepas kenyataan Noh Omar pada awal November itu, Rafizi berkata kemudiannya menerima salinan penyata yang menyenaraikan bayaran tunai itu daripada seorang yang tidak dikenalinya.
"NFC berkeras untuk mengetahui siapakah pemberi maklumat itu kerana mereka tidak mahu pendedahan lanjut.
"Tapi daripada cara email itu ditulis, (saya tahu pemberi maklumat itu) bukanlah kartel (daging) atau pekerja yang tidak puas hati," katanya yang tidak mengenali individu berkenaan.
Sebaik sahaja beliau menerima buku tunai itu, Rafizi berkata, beliau kemudiannya menyemak senarai berkenaan untuk mengesan pembayaran yang diragui.
"Bayaran untuk kondominium, dan juga kepada pemaju hartanah mewah tidak... masuk akal dengan syarikat seperti itu," katanya.
Selepas itulah PKR mengetahui mengenai pembelian hartanah, termasuk kondominium mewah di Bangsar, Kuala Lumpur.
"Kita sudah tahu perkara ini apabila kita mendapat buku tunai itu tetapi kita turun (untuk periksa). Saya rasa kami ambil masa
dua hingga tiga minggu sebelum sidang akhbar pertama untuk mendedahkannya."
Katanya, 50 peratus daripada usaha itu merupakan kerja-kerja yang dijalankan untuk mengesahkan pembelian tersebut, termasuk melawat sendiri hartanah tersebut dan juga membuat semakan melalui sumber awam.
"Jadi 15-20 peratus lagi itu sebenarnya mengikut naluri dan risiko yang kami ambil... kerana jika anda mahu dapatkan dokumen lengkap, saya tidak fikir anda akan dapat apa-apa," katanya.
malaysiakini/-
BAZAR JALAN JELATEK AMPANG DIARAH TUTUP ~ FAEKAH
SHAH ALAM, 9 Feb: Kerajaan
Negeri Selangor telah mengarahkan Bazar Larut Jalan Jelatek Ampang
ditutup serta merta kerana gagal menarik pengunjung.
Penganjur bazar itu pula, Persatuan Wanita Ampang diarah membayar wang deposit berjumlah RM16,160 kepada Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ).
Kerajaan Negeri juga mengarahkan MPAJ mengutip semua hutang tertunggak daripada Persatuan Wanita Ampang yang diketuai Puan Salmah Ismail, walaupun terpaksa menggunakan saluran undang-undang.
Setiausaha Politik kepada YAB Datuk Menteri Besar Selangor, Faekah Husin berkata keputusan itu dibuat pada mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri Selangor (MTES) pada 21 Disember 2011 selepas mendapati Bazar Larut Malam itu gagal mencapat matlamat asal.
“MPAJ juga diberi amaran keras agar tidak lagi membenarkan mana-mana persatuan mahupun Badan Bukan Kerajaan (NGO) menganjur projek serupa sebelum mengenalpasti kemampuan pemohon/penganjur.
“Keputusan tegas ahli MTES antara lain mengingatkan semua PBT untuk tidak sewenang-wenangnya mempercayaai mana-mana persatuan atau NGO untuk mengendali projek tanpa menyelidik kebolehan persatuan tersebut,” kata Faekah.
Beliau mengulas surat pembaca yang ditulis oleh Hakim Joe yang disiarkan di laman portal berita Malaysia Today yang bertajuk Power vs Authority yang disiarkan semalam. Hakim Joe mendakwa wujudnya pengaruh politik dalam pemberian konsesi pengendalian pasar malam atau bazar tersebut dan terdapat pengaruh parti politik dalam pentadbiran kerajaan negeri ketika membendung salah guna kuasa yang dikatakan telah berlaku.
“Penjelasan ini membuktikan tiada salah guna kuasa yang dikatakan cuba ditutup oleh kerajaan negeri, tiada panggilan dan penyelesaian belakang yang dilakukan oleh Presiden mahupun Ketua Umum Parti Keadilan dalam menentukan keputusan seperti yang dikatakan penulis. Kalau tidak, masakan keputusan tegas boleh diambil melalui mesyuarat terbuka MTES,” kata Faekah.
Beliau berkata, Kerajaan Negeri mengalu-alukan maklumat daripada orang ramai jika terdapat salah guna kuasa untuk memastikan negeri ini ditadbir dengan telus dan bertanggungjawab tetapi perlu disertakan dengan fakta-fakta tepat untuk mengelak fitnah.
“Menuduh Menteri Besar tunduk dengan arahan pimpinan parti yang mahu menutup amalan rasuah adalah tuduhan yang sangat berat dan tidak adil. Kerajaan Selangor sedang dengan segala daya melaksanakan prinsip pengasingan kuasa antara pentadbiran negeri dan parti yang mana kita lihat telah gagal dilaksanakan pemerintahan BN sehingga membawa kepada kejatuhannya di beberapa negeri termasuk Selangor,” katanya.
Faekah secara terbuka mengakui sukar melakukan reformasi dalam pentadbiran apabila terlalu banyak kepincangan sepanjang 52 tahun pemerintahan Barisan Nasional tetapi yakin Pakatan Rakyat mampu melaksanakannya dengan usaha beterusan dan sokongan rakyat.

Posted & copy by
RAKYAT MARHAEN
January 28, 2012
UST NASHARUDDIN BUAT LAPORAN POLIS KAITKAN DIRINYA DGN DR HASAN ALI
Ahli Parlimen Bachok yang juga AJK PAS Pusat, Ustaz Nasharuddin Mat Isa terus menerus difitnah oleh orang tertentu yang mahu merosakkan beliau supaya meninggalkan jemaah.
Terbaru bekas Timbalan Presiden PAS itu membuat Laporan Polis di Balai Polis Bandar Seri Putra menafikan penglibatannya dalam satu program di Bandar Baru Bang di mana banner yang di pasang memaparkan gambar beliau. Banner tersebut dipasang di sekitar Bandar Baru Bangi.
Banner memaparkan jemputan ke program Roadshow Masa Depan Politik Malaysia bersama Dr Hassan Ali yang djadualkan berlangsung pada 31 Januari di Balai Pahlawan Seksyen 2 Bandar Baru Bangi. Antara penceramah yang dinyatakan di dalam banner tersebut ialah Dr Hassan Ali, Ustaz Nasa, dan Ustaz Hassan Basri,
Program tersebut anjuran Persatuan Perajurit Daerah Hulu Langat.
Ustaz Nasharuddin telah menafikan pengelibatan beliau dalam program ini dan beliau telah membuat laporan Polis sebentar tadi.
Terbukti ada pihak cuba memfitnah beliau dan melaga-lagakan beliau dengan PAS. Setakat ini Ustaz Nasa jelas menyatakan bahawa beliau akan tetap bersama PAS dan tidak akan keluar dari PAS.

January 26, 2012
NOH OMAR ~ TUDUHAN LIAR PEMBANGKANG KPD NFC
TANJONG KARANG – Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar berkata projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) tidak gagal seperti mana dijelaskan Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, sekaligus menafikan tuduhan liar pembangkang.
Malah beliau berkata, syarikat National Feedlot Corporation Sdn Bhd (NFCorp) sudah mencapai sasaran Indeks Prestasi Utama (KPI) yang ditetapkan iaitu mengeluarkan lebih 8,000 ekor lembu dalam tempoh tiga tahun sejak 2008 dan daripada jumlah itu, 5,742 ekor telah disembelih.
Katanya, punca lembu tidak dapat disembelih ialah kerana tiada pusat penyembelihan yang sepatutnya disediakan oleh kerajaan kerana rumah penyembelihan yang dibina NFCorp hanya terhad kepada 100 lembu sehari sahaja.
“Penjelasan Ketua Audit Negara berhubung projek NFC adalah sama dengan penjelasan panjang yang saya berikan di Parlimen dahulu pada sesi penggulungan kementerian saya sebelum ini,” katanya pada sidang media selepas menyampaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) kepada para penerima yang layak di Bukit Belimbing, semalam.
Noh mengulas penjelasan Jabatan Audit Negara (JAN) semalam bahawa Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2010 tidak menyebut perkataan seperti kucar-kacir ataupun penyelewengan dalam laporan
pengauditannya terhadap projek NFC di Gemas, Negeri Sembilan.
Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang dilaporkan berkata, perkataan ini digunakan oleh pihak lain dan JAN tidak dipertanggungjawabkan.
Namun begitu, Noh mengakui kelewatan berlaku pada pelaksanaan projek tersebut yang bermula ketika proses hendak membersihkan tapak seluas 5,000 hektar di Negeri Sembilan iaitu sebanyak 1,500 hektar kepada NFCorp manakala 500 hektar diberikan kepada sebuah syarikat lain dan Kerajaan Negeri Sembilan mendapat 3,000 hektar.
"Nak membersihkan tapak ini sahaja yang dibuat melalui tender terbuka mengalami kelewatan setahun iaitu sepatutnya bermula pada 2007 tetapi dilaksanakan pada 2008," katanya.
Beliau berkata, pertikaian yang ditimbulkan pembangkang bahawa kerajaan mengeluarkan pinjaman sebanyak RM250 juta kepada NFCorp sebelum perjanjian dimeterai jelas menunjukkan mereka keliru.
Katanya, terdapat dua perjanjian dimeterai antara syarikat swasta tersebut dengan kerajaan iaitu pertama pada 6 Disember 2007 dengan Kementerian Kewangan membabitkan pinjaman berkenaan.
Satu lagi perjanjian pula membabitkan Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang ditandatangani pada 8 Mac 2010 iaitu ketika beliau menerajui kementerian tersebut bagi mendapatkan persetujuan antara kedua belah pihak.
“Jadi tidak mungkin perjanjian belum ditandatangani duit (pinjaman) sudah dikeluarkan, jadi pembangkang twist (putar belit) bahawa perjanjian dibuat pada 2010 sedangkan perjanjian sebelum itu tidak disebut,” katanya.
Dalam pada itu, Noh berkata sekiranya terdapat sebarang penyelewengan dalam projek berkenaan, kementerian menyerahkan kepada SPRM untuk membuat siasatan.
“Projek tersebut tidak gagal, hanya kementerian perlu menyusun semula supaya ia dapat dilaksanakan sebagaimana yang terkandung dalam perjanjian. Malangnya, pembangkang memutarbelitkan isu ini di dalam ceramah, blog dan surat khabar sehinggakan mengelirukan rakyat keliru dan menganggap projek ini milik kroni menteri.
“Saya berpendapat, langkah kerajaan dengan melantik sebuah firma audit bebas untuk menilai projek itu bagi menyelesaikan perkara ini dengan baik dan memberikan gambaran sebenar berhubung projek berkenaan," katanya.
Penubuhan audit bebas ini juga katanya, akan dapat memperbetulkan salah faham terhadap kerajaan dan mengembalikan imej NFCorp yang dicemari tuduhan pihak tidak bertanggungjawab.
Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

JEMPUTAN PALSU SERTAI "HIMPUN"
Surat "rasmi" yang memaparkan logo kerajaan Pulau Pinang dan didakwa ditandatangani oleh pengerusi jawatankuasa halehwal Islam negeri, Abdul Malik Abdul Kassim sedang disebarkan kepada beberapa jawatankuasa masjid, meminta mereka menghadiri perhimpunan besar-besaran umat Islam di
Kepala Batas pada hari Sabtu.
Abdul Malik (kanan), bagaimanapun, menafikan pernah mengeluarkan surat seperti itu dan telah membuat laporan polis mengenai penyalahgunaan kepala surat kerajaan negeri.
January 24, 2012
KHOO KAY KIM BOLEH PULAK TAPI BUKAN AZIZ BARI ~ HANG TUAH TAK WUJUD
Prof
Dr Abdul Aziz Bari mempertikaikan tindakan pihak yang mengecamnya
sebelum ini kerana mengulas titah Sultan Selangor tetapi berdiam diri
terhadap pendapat kontroversi sejarahwan Tan Sri Khoo Kay Kim baru-baru
ini.
"Khoo buat hal lagi; hari itu dia kata Malaysia tak pernah dijajah (yang kemudian diikuti oleh Zainal Kling). Hari ini dia kata Hang Tuah tak pernah wujud.
"Di mana PERKASA? Mana Ezam? Kenapa tak buat repot polis?" soal bekas pensyarah kanan di Universiti Islam Antarabangsa itu.
Khoo sebelum ini dilaporkan berkata berkata tiada bukti dan rekod tentang kewujudan Hang Tuah begitu juga dengan Puteri Hang Li Po dari China yang dikatakan telah berkahwin dengan Sultan Melaka di abad ke-15.
Manakala Aziz pula dikecam hebat atas kenyataannya bahawa Sultan Selangor Sharafuddin Idris Shah sebagai ketua agama negeri mempunyai hak campur tangan dalam isu Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) tetapi ia perlu selaras dengan ajaran Islam.
Selepas Senator Mohd Ezam Noor membuat laporan polis terhadapnya atas dakwaan menghina sultan, beliau menghadapi pelbagai tindakan, termasuklah disiasat pihak berkuasa dan diberikan surat tunjuk sebab oleh universiti.
Dalam kenyataannya kepada Malaysiakini, Aziz memperlekehkan sikap golongan itu yang berdiam diri atas nama kebebasan akademik.
"Saya hormati sikap mereka; tetapi kalau mereka benar-benar menerima kebebasan akademik Umno-BN harus terima juga komen saya ke atas Sultan Selangor?
"Betul atau tidak pendapat saya itu ia adalah natijah ilmu dan kepakaran saya; seperti juga Khoo Kay Kim dan Zainal Kling," katanya. Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

IBRAHIM ALI CUBA "UGUT" KETUA AUDIT DAN BERLAGAK PANDAI ~ RAFIZI RAMLI
SHAH
ALAM - Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli menyelar kenyataan Presiden
Perkasa Datuk Ibrahim Ali sambil menyifatkan beliau cuba ‘berlagak
pandai’ dalam isu projek kontroversi Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC).
Beliau menegaskan, Ibrahim seolah-olah cuba mengugut Ketua Audit Negara dengan memaksa memberin kenyataan rasmi bahawa tidak wujud masalah dalam projek berkenaan.
“Saya terkejut dia (Ibrahim Ali) berani kata Ketua Audit tak buat kerja, buat laporan pun salah. Sedangkan dia tu siapa? Seorang yang tidak ada pengalaman langsung dalam bidang tu.
“Tekanan yang diberikannya adalah satu intimidasi yang serius kepada Ketua Audit, dia tak ada hak nak campur tangan sebab memang terbukti dia tiada kepakaran dan tidak tahu hujung pangkal siasatan. Dia tak ada hak nak tentukan apa yang patut Ketua Audit buat,” katanya kepada Sinar Harian Online.
Kelmarin, Ibrahim berkata, "kami mendesak beliau membuat kenyataan rasmi mengenainya dan berlaku adil kepada semua pihak supaya seseorang itu dibela atau dihukum atas sebab yang sah faktanya, bukan kerana persepsi politik."
Ibrahim berkata demikian selepas bertemu dengan Pengerusi Eksekutif Fidlot Nasinal Corporation (NFCorp), Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail.
Menurut Rafizi, tindakan presiden Perkasa itu perlu diambil perhatian Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kerana bimbang boleh mengganggu siasatan ke atas NFCorp.
Beliau berkata, penglibatan Perkasa dalam hal ini menampakkan kepada dimensi baru skandal yang mungkin cuba digunakan NFCorp melalui politik untuk membersihkan nama syarikatnya
“Tindakan ini memburukkan keadaan, sudah empat tahun kebelakangan ini, kedudukan Audit Negara dilihat sangat penting dalam membongkar kes rasuah, melalui siasatan mereka kita sebagai rakyat dapat siasat balik.
Sementara itu, Rafizi turut menempelak dakwaan Ibrahim yang mengatakan beliau membeli maklumat daripada bekas pekerja NFCorp atas tujuan untuk membantu pekerja terbabit untuk membalas dendam.
“Saya nafikan sekeras-kerasnya dakwaan dia kononnya saya membeli maklumat secara sulit. Apa tujuan dia nak cakap macam itu,” katanya.

January 22, 2012
PERKASA PUN DAH DIBELI NFC LEPAS 2 JAM...
Wakil
daripada 12 Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) berpuas hati dengan
penjelasan Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) berhubung dakwaan
penyelewengan dana kerajaan oleh perbadanan itu.
Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Datuk Ibrahim Ali yang mewakili NGO tersebut berkata, keputusan ini dicapai selepas mendengar penjelasan Pengerusi Eksekutif NFC, Datuk Seri Dr. Mohamad Salleh Ismail dalam pertemuan selama dua jam setengah bermula pada pukul 9.30 pagi di Hotel Putra di sini hari ini.
”Sebelum ini kami turut keliru dengan isu NFC, tetapi selepas mendengar taklimat dan penjelasan daripada pengerusi eksekutif NFC sendiri, kami berpuas hati dan menerima penjelasan itu,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis taklimat tersebut.
Antara NGO yang hadir ialah Majlis Usahawan Malaysia, Persatuan Anak Kelantan Malaysia, Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS), Majlis Perundingan Malaysia dan Persatuan Pemikir Profesional Malaysia.
Ibrahim berkata, mereka juga akan menerima segala keputusan yang dibuat oleh polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengenai kes itu.
Isu NFC, yang terlibat dalam projek ”Lembah Daging” di Gemas, Negeri Sembilan bagi meningkatkan pengeluaran daging tempatan dan mengurangkan pergantungan negara terhadap daging import, menjadi isu apabila Laporan Ketua Audit Negara 2010 pada Oktober tahun lepas menyatakan ia gagal memenuhi matlamat penubuhannya.
Berikutan dengan laporan Audit itu, pembangkang pula mendakwa berlaku penyelewengan dalam pengurusan dana tersebut, terutama berkaitan pembelian kondominium mewah di Lembah Klang.
Posted by Lawyer Garang

Ambik duit sendiri "500" terpaksa beratur berjam2...
Mangsa BR1Msia terpaksa beratur berjam-jam @ Klang untuk mengambil "500" duit mereka sendiri... Lepas 54 tahun baru teringat nak bagi di saat munculnya PRU13... masih tak terfikir ke... tunjukkanlah kuasa RAKYAT bila ada proses memilih dlm PRU13 nanti... Duit ambik jgn tak ambik...
Subscribe to:
Posts (Atom)