March 28, 2015

TREND DI MALAYSIA KINI MENGGUNAKAN FOUR-WHEEL SEBAGAI KIOSK ATAU KEDAI BERGERAK

Mobile Book Cafe merupakan kedai buku bergerak pertama di Malaysia. - Foto Ihsan mobilebookcafe.com.
IBARAT mini perpustakaan bergerak, itulah yang dapat disimpulkan mengenaimobilebookcafe, perniagaan yang diusahakan dua sahabat karib, Muhammad Ali  dan Muhammad Azam Nor Anwar yang baru beroperasi beberapa bulan lalu. Van bergerak ini mampu memuatkan buku sebanyak 1,000 naskah di atas rak, sementara 1,500 naskah lagi stok yang disimpan di bahagian dalam van pada satu-satu masa. 
Van ini mampu memuatkan 1,000 naskah buku di rak.
Pelbagai genre buku turut dijual oleh mobilebookcafe, antaranya buku ilmiah, novel, masakan, karya sastera, komik mahupun buku agama.
Mengambil inspirasi daripada kedai buku bergerak milik Penguin Books di Amerika Syarikat, mobilebookcafe kini sudah beroperasi hampir tiga bulan yang lalu.

Menurut Muhammad, 55 pada asalnya beliau ingin membuka kedai buku, namun kerana kos menyewa bangunan yang terlalu tinggi menyebabkan dia terpaksa mengubah niat asalnya itu dan akhirnya mendapat idea untuk mewujudkan kedai buku bergerak seperti yang ada sekarang. 
Pelajar USIM berminat dengan buku yang dijual mobilebookcafe.
Bercerita lanjut, Muhammad berkata tumpuan utama mereka ialah pelajar sekolah kerana mereka ini gemar membaca terutamanya bahan bacaan ringan.

"Harga yang ditawarkan sama sahaja tetapi untuk pelajar mereka tidak kisah sangat mengenai diskaun. Diskaun minimum yang diberikan ialah 10 peratus daripada harga asal buku. Dari segi jualan pula, sangat mengalakkan.

"Bagi jualan di sekolah secara purata kita boleh memperoleh, sekitar RM5,000 bagi satu lawatan. Paling tinggi jualan kita pernah mencecah RM18,000, ini kerana pihak sekolah menempah buku untuk bahan bacaan di pusat sumber sekolah," katanya kepada mStar Online ketika ditemui di Pesta Buku yang diadakan di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) baru-baru ini.

Untuk menarik lebih ramai pengunjung, Muhammad berkata pihaknya sering mengajak penulis buku serta mengadakan bengkel penulisan mahupun mewarna ketika mengadakan lawatan di sekolah mahupun tempat awam.

"Kami juga menyumbang buku kepada perpustakaan di sekolah yang kami lawati, sebagai menghargai dan tanda terima kasih kepada mereka kerana sudi menerima kehadiran kami,” katanya yang turut menjelajah ke beberapa buah sekolah dan institusi pengajian tinggi negeri-negeri di utara tanah air.
Dua sahabat baik, Muhammad Ali , (kiri) dan Muhammad Azam Nor Anwar merupakan pemilik mobilebookcafe.

March 27, 2015

ANDA TAHU BAGAIMANA SOLAT ORANG MUNAFIQ?

SOLAT ORANG MUNAFIQ

Bukan semua solat yang dikerjakan oleh orang kebanyakkan itu menghindarkan dirinya dari perbuatan mungkar. Kerana dikalangan orang yang solat juga terdapat orang munafiq. Iaitu orang yang berpura-pura dengan solatnya. Justeru itu tidak menghairankan bapa kepada orang munafiq iaitu Abdullah bin Ubai bin Salul sendiri pernah solat di belakang baginda Rasulullah SAW.

Gambaran yang lebih jelas telah dinyatakan oleh Allah di dalam al-Quran. Bagaimana kita mampu mengenali ciri-ciri solat orang yang munafik. Di dalam surah al-Nisa’ ayat ke 142 Allah menyatakan bahawa :

“Sesungguhnya orang-orang munafiq itu menipu Allah dan Allah akan membalas tipuan mereka. Dan apabila mereka berdiri untuk solat, mereka berdiri dengan malas. Mereka bermaksud riya’ ( dengan solat) di hadapan manusia. Dan tidaklah mereka menyebut Allah kecuali sedikit sekali”

TANDA SOLAT MUNAFIQ IALAH SOLAT DENGAN MALAS

Sebab itu diriwayatkan oleh Ibn Mardawaih dari Ibn Abbas bahawa dimakruhkan kita melaksanakan solat dalam keadaan malas. Namun hendaklah dikerjakan dalam keadaan wajah ceria, kemahuan yang tinggi dan begitu gembira. Ini kerana ia sedang bermunajat kepada Allah. Sesunggguhnya Allah di hadapannya, mengampuninya dan memperkenankannya jika ia memohon.

Dalam Tafsir Ibn Kathir menyatakan bahawa Allah sudah pasti tidak dapat ditipu oleh orang munafiq. Malah Allah mengetahui segala rahsia batin. Sebab itu dinyatakan tanda-tanda orang munafiq dalam melakukan ibadah solat. Antaranya ialah jika mereka melakukan solat, mereka akan melakukan dengan malas. Ini kerana di dalam hati mereka tidak mempunyai niat yang betul. Tidak memiliki iman. Malah tidak merasa takut dan tidak memahami maknanya.

Sebab itulah pada zaman Rasulullah SAW, orang-orang munafiq kerap kali kelihatan hanya pada waktu solat Zohor, Asar dan Maghrib. Namun keupayaan mereka tidak memungkinkan mereka untuk bangun dan berjemaah solat Subuh dan Isyak. Ini kerana apabila solat dilakukan bukan dengan kemahuan hati yang ikhlas, maka bila datangnya waktu yang malas, mereka meninggalkannya.

Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2015/03/solat-orang-munafik.html#ixzz3VZ4IYkP1

Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2015/03/solat-orang-munafik.html#ixzz3VZ4IYkP1

March 22, 2015

WALAUPUN KURANG TURNOUT TETAPI MAJORITI PAS MENINGKAT


KOTA BHARU - Pas berjaya mempertahankan kerusi Dun Chempaka apabila calonnya, Ahmad Fathan Mahmod menang menewaskan empat calon Bebas dalam PRK yang disifatkan paling tenang dan aman. Kemenangan itu menjadikan kerusi Dun Chempaka kekal milik Pas yang sebelum ini tujuh penggal dimenangi oleh Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat. Majoriti yang diperolehi Fathan meningkat kepada 10092 walaupun kehadiran pengundi merosot kepada 55 peratus berbanding 83 peratus dalam Pilihan Raya Umum ke-13  (PRU-13) yang lalu. Keputusan tersebut diumumkan oleh pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada jam  9.05 di Pusat Penjumlahan Undi Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Pengkalan Chepa. Fathan yang juga bekas pensyarah memperoleh 10,999 undi mengatasi empat calon Bebas yang kesemuanya hilang wang pertaruhan. Calon Bebas, Shariff Mahmood memperoleh 807 undi, Izat Bukhary Ismail Bukhary mendapat 51 undi,  Fadzillah Hussin memperoleh 89 undi manakala Aslah Mamat manakala 27 undi. 

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

March 21, 2015

RAKYAT KELANTAN YAKIN UNDANG HUDUD


Rakyat Kelantan yakin hudud mampu kurangkan jenayah Rakyat Kelantan menyambut baik bahkan bersedia sekiranya hukum hudud terlaksana di negeri berkenaan dan mengharapkan penguatkuasaannya dapat mengurangkan kadar peratusan kadar jenayah di negeri berkenaan. Masyarakat dari pelbagai lapisan usia menyambut baik perkembangan berkaitan pelaksanaannya dan memberi pandangan bahawa hukum Allah itu merupakan suatu sistem yang dapat mencegah jenayah di Kelantan. “Saya sokong pelaksanaan hukum hudud 100 peratus sebab ia dapat mengurangkan masalah jenayah bahkan tidak ada langsung insya-Allah,” ujar Mohd Abdul Aziz Ibrahim. Bagi Mohd Fikri Abdul Aziz pula, beliau menyifatkan kelulusan enakmen itu suatu perkembangan yang baik. “Undang-undang yang telah ditetapkan oleh Allah sepatutnya dilaksanakan. Ia suatu perkembangan baik dan telah diluluskan malah disokong oleh semua ahli dewan termasuk pembangkang. "Apabila dilaksanakan nanti secara positifnya jenayah akan berkurangan kerana orang akan takut,” katanya. Mereka juga senada dan tidak rasa khuatir atau takut atas pelaksanaan hukum hudud ini memandangkan sifatnya adil dan hanya terkena kepada yang melakukan kesalahan sahaja. Selain mengharapkan supaya hukum hudud ini terlaksana mereka juga mengharapkan perlaksanaannya nanti mengikut kaedah syarak yang telah digariskan seperti yang termaktub dalam Al-Quran. Semalam Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan sebulat suara meluluskan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015). Rang undang-undang yang diluluskan di peringkat DUN ini akan di bawa ke Parlimen bagi mendapatkan sokongan majoriti bagi membolehkan Kelantan melaksanakan hukum hudud kisas dan takzir. 

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN


March 14, 2015

Hutang 1MDB bakal memberi kesan kepada keyakinan para pelabur dan pemberi pinjaman terhadap keupayaan fiskal Malaysia


Mungkin 1MDB tidak membawa kemusnahan namun besar kemungkinan kita dilanda bencana “(Dalam keadaan gagal menjelaskan pinjaman), keuntungan sesebuah bank mungkin terkesan tetapi tetap mendapat untung. Ia tidak akan musnah secara sistematik, dengan modal yang mencukupi,” ujar Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Zeti Akhtar Aziz. Ia bagi memberi gambaran apa yang akan terjadi sekiranya Lembaga Pembangunan 1Malaysia (1MDB) gagal membayar balik pinjamannya.  

Tetapi seperti dinyatakan dalam laporan Kinibiz, Zeti memberi gambaran tanpa menamakan firma terbabit, dengan ujian ketahanan menunjukkan risiko sistematik tidak kelihatan bagi pinjaman sesebuah entiti peniagaan, iaitu 1MDB. Mungkin beliau tepat tentang ini kerana di dalam pinjaman yang dilakukan 1MDB, terdapat pelbagai cara melihatnya.  Sepertimana dakwaan yang dilemparkan figura pembangkang serta para pengkritik di dalam pengurusan bank-bank tempatan terhadap hutang 1MDB, terdapat pelbagai cara yang diambil bagi menangani isu terbabit. 

Pihak bank bagaimanapun menafikannya. Antara dakwaan yang dibuat ialah bagaimana Bil Perbendaharaan menilainya pada kadar RM2 bilion bagi membantu 1MDB, walaupun Zeti dipetik menafikannya di dalam laporan Kinibiz yang sama. “(Isu) ini telah dilakukan secara berkala dan menurut kepada kalendar yang ditentukan. Bil Perbendaharaan tidak dikeluarkan bagi pembayaran hutang domestik dan bagi pembayaran hutang asing, kerajaan pada kebiasaannya akan memberitahu kami dahulu.” 

Dalam apa sahaja kes, mungkin terdapat langkah mencukupi bagi menyerap kegagalan menjelaskan pinjaman di pihak bank, dan mungkin modal mencukupi sepertimana yang dinyatakan beliau. Tetapi tanpa memikirkan hutang domestik 1MDB, Zeti mungkin terlupa atau sengaja tidak menyuarakan kebimbangan tentang hutang asing yang turut dimiliki syarikat tersebut. Dalam perkara ini, tentunya sesetengah bank berdepan masalah mendapatkan keuntungan sambil tahap sistematik sektor pinjaman kita akan turut terjejas. Penyampai radio BFM di dalam wacana mereka tentang 1MDB pada 11 Mac berkata, hutang yang gagal dijelaskan 1MDB agak banyak dan paling mustahak, kerajaan Malaysia mengeluarkan surat jaminan baginya. 

Dengan kekurangan hasil bagi syarikat pelaburan kerajaan itu, keadaan ini pasti membimbangkan. Mereka berkata, kesan akibat kegagalan menjelaskan hutang 1MDB akan menggugat kedaulatan negara. Tak syak lagi, ia bakal memberi kesan kepada keyakinan para pelabur dan pemberi pinjaman terhadap keupayaan fiskal Malaysia. Mungkin bahayanya tidak dari segi sistematik seperti yang diungkapkan Zeti, tetapi ia mungkin membawa bencana buat penilaian kedaulatan dan kesihatan fiskal negara kita. Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

March 03, 2015

Dapatkan eBook Aku Pasti Berjaya 5 Rahsia Membina Sejarah Kejayaan Diri oleh ShaifulAnuar Sulaiman

"anda pilih untuk berniaga satu produk di 10 tempat atau berniaga 10 produk di satu tempat".. 


semua disini kena ada eBook ni sbb sy kongsikan bnyk cerite dari cara pilih kawan berniaga, bagaimana berniaga kecil tapi hasilnya besar sehgga rahsia simpan duet dgn "save and forget!"






harga promosi eBook rm15.00



email shaifulanuars@gmail.com
whatsapp #0193291967