April 30, 2008

FORUM PERDANA EHWAL ISLAM

Tarikh / Masa;
SABTU, 03 Mei 2008 / 26 Rabi'ulakhir 1429H ( 8.00 malam )

Tajuk;
"MENJANA ISLAM SYUMUL DI DALANGAN UMMAH"
Ahli Panel;
Y.BHG DATUK ISMAIL KAMUS
Y.BHG PROF. MADYA DR FAUZI DERAMAN
Y.BHG USTAZ ROSLAN MOHAMED
Moderator;
Y.B. DATO' DR HASAN ALI
Lokasi;
PERKARANGAN, KOMPLEK SUKAN PANDAMARAN, KELANG.
Anjuran Bersama;
KERAJAAN NEGERI SELANGOR & JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR

Keselamatan Pelajar2 harus diutamakan.....

Kepada ibubapa dan guru2 di parlimen Hulu Selangor, minta di pastikan anak2 kita semua didalam keadaan selamat dan tidak dihubungi oleh mana2 pelajar lepasan SPM 2007 yang sekarang ini tidak melakukan sebarang kerja, mahupun ke IPT, politeknik dsb.... mereka mempunyai banyak masa untuk melepak, atau melakukan aktiviti2 sosial yang tidak bermoral...
Terimakasih kepada Cikgu Nasir yang banyak memberikan cerita benar kepada saya di malam itu... Marilah kita bersama-sama menghadapi gelagat remaja kita dan bersama-sama menasihati mereka.....

Pimpinan BN perlu cermin diri, bukan berebut wang kebajikan!!

Kini isu Badan Amal Kebajikan Isteri-Isteri Selangor (BALKIS) mendapat perhatian hangat media. Dilaporkan badan-badan yang serupa di Perak dan Pulau Pinang akan / sudah mengikut jejak langkah BALKIS untuk membubarkan badan-badan tersebut, memindahkan dana kebajikan ke BAKTI (badan yang serupa di peringkat Persekutuan) dan membentuk semula badan-badan khusus untuk Isteri-Isteri wakil rakyat BN.
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Khir Toyo mendakwa mereka mengikut segala prosedur yang perlu untuk tujuan tersebut. Tetapi semalam, juruaudit BAKTI memaklumkan beliau tidak menerima sebarang laporan ataupun notis dari BAKTI termasuk proses pembubaran tersebut.
Mengapa pimpinan BN dan keluarga mereka begitu kemaruk dengan wang kebajikan tersebut? Mengapa mereka tidak dapat akur dengan semangat demokrasi untuk membenarkan isteri-isteri YB untuk turut serta bersama-sama meneruskan segala kerja baik yang mereka lakukan sebelum ini? Adakah mereka merasakan kami tidak dapat menguruskan RM9.9 juta dengan amanah, sedangkan bajet Kerajaan Negeri jauh lebih banyak (dan saya yakin sekiranya mereka meneliti blog-blog yang menjadi tren terbaru mereka, mereka akan dapati pimpinan BN gagal mengurus wang yang jauh lebih banyak!)?
Tindakan beginilah yang menyumbang kepada runtuhnya BN di lima buah negeri pada pilihan raya umum yang lalu. Cermin-cerminlah diri anda. Usah berebut wang kebajikan. Terimalah suara rakyat. (sedutan dari najmi-seri setia)

April 29, 2008

Basmi kemiskinan di Hulu Selangor!

Dilantik oleh YB Ahli Parlimen...mengetuai Biro Basmi Kemiskinan dalam sekretariat pejabat parlimen hulu selangor, kalau yer pun, berbincanglah dulu Yb Datuk, entah apa yang akan dibasmikan, miskin ada banyak maknanya...tadi berjumpa dengan adik perempuan, yang sedang menziarahi ibu kami yang dirawat di HUKM bagi menjalani pemeriksaan koronori yang tersumbat..ntah terlupa plak term yang digunakan... adik perempuan ni bergeliga jugak, berkata ia...basmi kemiskinan boleh jadi kemiskinan ilmu, harta benda, fisikal dsb.... makna yang global ni sukar jugak dilaksanakan..jika tidak betul2 dibuat...insyallah...program mesti dibuat..

DSAI in parliament.... and he will never leave.....



Datuk Seri Anwar Ibrahim who made his first appearance in Dewan Rakyat after 10 years said now that he had stepped in, he will never leave.
Anwar, who is also the husband of new Opposition leader Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, was at Dewan Rakyat to attend a special lunch for MPs and their spouses after the Yang di-Pertuan Agong opened the 12th Parliament.

Mukhriz and Azmin...well, now they shaked hands, but whether they really mean it in real political life.....
Congratulations to Datuk Mukhriz...who lately sounds more like us.....sharing the same enemy
Nurul Izzah the young YB and her mother, DS Dr Azizah...the most powerful opposition lady in Dewan Rakyat...

April 25, 2008

Program bahagian : 19 April 2008 Sabtu


8.30mlm.... rombongan Cikgu Nash sempat berhenti untuk bersama YB Datuk Ahli Parlimen diperkampongan orang asli, Serendah... Ramai juga kelihatan rombongan yb datuk hadir pd malam tersebut. Macam dah biasa tenguk wajah2 yang mengiringi yb dk....


9.30mlm.. kami sampai juga ke Kampong Sentosa, Batang Kali, ditengah kehangatan orang kampong yang sedia menanti kehadiran Ketua Bahagian, Cikgu Nashruddin, wakil yang belum menang lagi. Program penyerahan lebih 80 borang keahlian PKR ini telah menyemarakkan semangat orang Kampong Sentosa. Ramai yang mendengar ucapan berapi2 Abang "Ali" dari bawah pohon2 rendang, didalam rumah di sekeliling dewan yang bersejarah bagi Kg Sentosa ini.

SUNGAI OH SUNGAI....


Sungai Selangor yang mengalir melalui Bukit Timah, Bukit Beruntung menjadi fokus petang ini. Terkejut jugak dengan aktiviti di kawasan kampong bukit timah nie, ada orang yang memelihara ternakan, aktiviti ambik pasir, memancing dan berbagai aktiviti lain, jika diwaktu malam...sumpah aku tak nak melalui kawasan ini, langsung tiada lampu di tepi jalanternampak jugak ada perumahan rumah murah yang bertahun2 terbengkalai..... tak tahu siapa penghuninya, nampak kawassan perumahan..agak bersih juga. Dikiri kanan jalan masuk nampaknya, sudah ada orang menaikkan pagar2 hijau..mengepong kawasan tanah.. mungkin milik mereka kononnya..

RAJAWALI MENJADI NURI......

Puisi Rajawali oleh WS Rendra:
Sebuah sangkar besi tidak bisa merubah
seekor rajawali menjadi seekor burung nuri.
Rajawali adalah pacar langit dan didalam sangkar besi
rajawali merasa pasti
bahwa langit akan selalu menanti
Langit tanpa rajawali
adalah keluasan dan kebebasan tanpa sukma.
Tujuh langit tujuh rajawali,
tujuh cakrawala tujuh pengembara
Rajawali terbang tinggi
memasuki sepi memandang dunia
Rajawali di sangkar besiduduk
bertapamengolah hidupnya
Hidup adalah merjan-merjan
kemungkinanyang terjadi dari keringat matahari
Tanpa kemantapan hati rajawali
mata kita hanya melihat fatamorgana
Rajawali terbang tinggi
membela langit dengan setia
Dan ia akan mematuk kedua matamu
wahai kamu pencemar langit yang durhaka
Tinggi betul puisi puitis ... berdoalah DSAI menjadi pemimpin ulung kita.
Takbir!!!!

April 21, 2008

DRAMA BERSIRI TERUS DISAMBUNG..


PROGRAM PKR: HARI BURUH 2008


HARI BURUH 1 MEI 2008
Tempat: Dataran Kemerdekaan, Shah Alam
Masa: 7pg - 11pg
Acara: Ucapan pemimpin MTUC,
Tetamu: Dato'Menteri Besar Selangor
Semua dijemput hadir!!!

TAK LAMA LAGI.....

Nampaknya ada yang tak sabar2 mengatur strategi untuk memaksa Badawi melepaskan jawatan PM. Yang nampak ghairah adalah anak Razak ini.




Takut yang dikendung pulak keciciran, DSAI dah bersedia untuk menjadi PM kita yang baru....

MESYUARAT PENYELARASAN JDM/JDMK


Ramai betul yang datang, hampir 110 orang wakil JDM yang menghadirkan diri, demi untuk menguatkan kepimpinan parti. Ketua JDM/DMK dan Wakil dari sejauh Sg Tenggi sehingga ke Sg.Choh datang menghadirkan diri sebagai tanda sokongan dan ukhwah, terdapat wakil Cina, India dan orang Asli turut sama dalam mesyuarat yang berjalan dengan licin, kebanyakan yang datang adalah pemimpin kecil dari seluruh bahagian Hulu Sgr, mereka dahagakan berita dan cerita hangat selepas isu babi dan Black 14. Sejurus tamat mesyuarat, kami menyambut kedatangan bekas calon PKR Parlimen Hulu Sgr (1999) dan DUN Batang Kali (2004), Yg. Bhg. Dr Halili Rahmat. Beliau telah beramahmesra dan berdailog dengan pimpinan bahagian. Dr. Halili merupakan doktor peribadi dan sahabat DSAI.

Syabas kepada semua AJK JDM dan JDMK. Kami di bahagian akan mendukung kepercayaan anda semua!! Hidup Rakyat!!

Setiausaha Bahagian.


PUSAT KHIDMAT RAKYAT (P.K.R) BAHAGIAN HULU SELANGOR

Pusat yang diwujudkan khas bagi menyelesaikan pelbagai isu kemasyarakatan dan kebajikan penduduk setempat disekitar Bukit Beruntung/Bukit Sentosa khususnya dan Batang Kali amnya.
Pejabat ini telah dengan rasminya dibuka oleh YAB Dato' Menteri Besar Selangor pada 29 Mac 2008 Sabtu.
Sila hubungi Sekretariat Pejabat P.K.R untuk sebarang aduan dan pertanyaan.
Tel: 0350282643 (Sdri Shikin/Sdr Dahalan)



Jadual Program PKR Selangor:

Soalan-soalan untuk Persidangan ADUN
Mmandangkan Dewan Undangan Negeri Selangor akan bersidang pada 22 Mei 2008, soalan-soalan daripada orang ramai untuk diajukan di Persidangan DUN tersebut, bolehlah diemelkan keada niknazmi@niknazmi.com sebelum Ahad 27 April.
(Nik Nazmi Nik Ahmad merupakan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Dato' Khalid Ibrahim dan Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia)

Majlis Angkat Sumpah ADUN Selangor
22 April 2008 9.30 pagi
Bangunan Dewan Undangan Negeri Selangor, Shah Alam

Masih ketika di malam Black 14...bersama cikgubad










April 20, 2008

PROGRAM PKR: PERKAMPONGAN ORANG ASLI SERENDAH


19 April Sabtu 8.30mlm..Sempat juga Sdr Nashruddin berhenti di perkampongan orang asli Serendah, bersama masyarakat yang memerlukan banyak bantuan disebabkan keperitan hidup dan kemiskinan yang melanda....9.30mlm.. Selepas ini, ke Kampong Sentosa, Batang Kali untuk majlis penyerahan borang keahlian PKR oleh JDMK Kg Sentosa, berdekatan "bangunan besar" yang didiami orang kuat pemuda umno

3 ptg - 19April Garden Restaurant, Tg Malim


Penatlelah akhirnya di ulit dengan makanan tengahari yang sudah kiranya telah terlewat. Bagi kami, kepuasan dan keperitan rakyat menjadi tumpuan sebelum perut kami yang suadah berbunyi sejak pagi lagi...Terimakasih JDM Hulu Bernam@

LAWATAN KE PPRT DESA MESRA, KG SERIGALA..



Walau hari sudah hampir 1 petang, dirumah ibu tunggal, Hasiah Tak, anak kepada wanita tabah, Pn Zabeaah Alang Payang, berasal dari Parit, Perak, kami jadi terpegun dengan ketabahan dan keyakinan wanita yang kuat semangat menghadapi kesukaran hidup, saluran air paip dah setahun tidak terbayar, dengan membela anak OKU dirumah, dan cucu2 yang dahagakan kasih sayang, menantunya yang dihantar balik ke Indonesia... cuma bekalan beras dan makanan dijadikan buahtangan kami. Memang sedih warga jajahan Tok Deris di Hulu Bernam nie.

LAWATAN KE KAMPONG BARU B, HULU BERNAM 19 APRIL SABTU






Jam 10.30 pagi, rombongan bersama dengan anak beranak, ibunya Pn Saniah Kasim (KP: 0300815-10-5004) berumur lebih 105 tahun, anak perempuannya, Cik Anson Hasim (KP: 340815-10-5104) berumur 74 tahun, anak saudaranya, Nan Hariah Abd Rahman (KP: 491112-10-5368) berumur 59 tahun. Amboi, beruntung kami dapat berkenalan dengan bintang-bintang emas di kampong baru B ini. Cuma bekalan makanan dan beras saja lah menjadi kenangan kepada mereka.






11 pagi..Wargaemas ini, Pn Badariah Betong (KP: 270601-08-5020) berumur 81 tahun ini, mengalami masalah penglihatan, terkejut dengan kunjungan kami, pimpinan bahagian PKR, diketui Ketua Bahagian bersama AJK Bahagian, Sdr Othman, Sdr Adam Loh, Sdr Ramesh. Tidak pernah siapa yang datang bertanya khabar, mungkin Dato Idris sibuk dengan menaik taraf jalan sekitar Hulu Bernam sampaikan terlupa wargaemas yang tinggal disekitarnya.


19 April Sabtu. Hulu Bernam Kampong Baru A


10.30pg. Lawatan hari ini menjengok keadaan kehidupan di Kampong Baru A, Hulu Bernam dekat sempadan Tanjong Malim, Perak... Jauh jugak perjalanan ni.




Lawatan ke rumah balu penyokong ....



Rumah balu penyokong kita, tinggal di Taman Ehsan Ibu, Sg Buaya.. mendapat bantuan makanan dari Sdr Nashruddin, Ketua Bahagian. Balu yang mempunyai 3 anak menangis gembira menerima kedatangan kami, selepas melawat surau di taman tersebut yang ditimpa ribut.

April 18, 2008

Perjumpaan dengan JDM Serendah..... minggu lepas




Bekas Calon Batang Kali N.07 memberikan pendapat tentang suasana politik baru Malaysia..memang layak Sdr Nashruddin jadi YB..Yang Berkhidmat, anak Abu Kassim dapt gaji YB, Cikgu Nash yang banyak buat kerje masyarakat...

Perasmian Butik NewWorld di Bdr Bukit Sentosa...Tahniah Barathan!




Lagi ...BLACK 14








Kenangan di Black 14............


PROGRAM TAKLIMAT LEPASAN SPM/STPM

Satu lagi program pendidikan...Taklimat kepada lepasan SPM/STPM bagi daerah Hulu Selangor akan diadakan di masa cuti sekolah akan datang...29 Mei. Tempat akan di beritahu. Sila hubungi Pejabat Khidmat Rakyat Bahagian PKR di Bandar Bukit Sentosa, berhampiran pasar awam Bukit Sentosa.. atau hubungi 016 2772 882 Shaiful.

Program Kecermerlangan Pelajar

Dari meja Biro Pendidikan...

Satu program pendidikan, Kem Kecemerlangan Pelajar akan diadakan di masa cuti sekolah ini di kawasan perumahan Taman Ehsan Ibu... dimasa cuti sekolah akan datang 26 Mei nanti. Harap semua dapat bersabar sehingga pengumumannya di masa terdekat.

Biro Pendidikan PKR
Hulu Selangor.

Pengharaman Makkal Osai - BN Tidak Belajar Dari Kekalahan

17 April 2008
Angkatan Muda Keadilan Malaysia (AMK) membantah keras tindakan bacul Kementerian Dalam Negeri (KDN) yang bertindak mengharamkan penerbitan akhbar Makkal Osai atas sebab-sebab yang tidak diperincikan. Ini dipercayai disebabkan oleh beberapa faktor termasuklah laporan khas mengenai Perhimpunan Hindraf 25 November lepas, dan yang terbaru adalah laporan khusus muka depan mengenai acara Black 14 yang bertujuan meraikan pengakhiran sekatan berpolitik ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim.AMK menyelar tindakan KDN yang kelihatan bersikap jumud dan menghalang rakyat untuk mendapatkan input-input yang berasaskan kepada fakta sebenar yang tidak mungkin diperoleh di dalam mana-mana media arus perdana.Ini membuktikan betapa kerajaan sekarang betul-betul terdesak di sebalik kemelut kepimpinan Barisan Nasional (BN) yang bertelagah hanya kerana mereka dinafikan majoriti dua pertiga di dalam Pilihanraya Umum Ke-12 (PRU-12) 8 Mac lepas.BN tidak belajar daripada keputusan PRU-12 bahawa maklumat alternatif daripada internet lebih dipercayai daripada media arus perdana disebabkan laporan berat sebelah yang sentiasa dihidangkan kepada rakyat. Sekiranya tindakan kerajaan bersifat menghukum dan zalim seperti ini terus dilaksanakan, ini akan mempercepatkan lagi proses peralihan kuasa kepada Pakatan Rakyat.AMK percaya bahawa usaha ini adalah bersifat tekanan dan intimidasi kepada pengamal media agar tidak memberikan ruang untuk Pakatan Rakyat mendapat liputan media yang positif, di sebalik BN sekarang kalut berhadapan krisis dalaman yang parah.Perkembangan ini tidak mustahil akan mengesani kedudukan Malaysia di dalam rating kebebasan media yang memperlihatkan kedudukan Malaysia merudum 30 anak tangga di dalam indeks kebebasan media yang dikeluarkan oleh reporters sans frontieres (RSF) bagi tahun 2007.AMK menggesa agar KDN menarik balik pengharaman Makkal Osai dengan kadar yang segera dan menghormati prinsip kebebasan media. AMK juga menyeru rakyat pelbagai kaum khususnya Kaum India memboikot media cetak berbahasa Tamil sebagai tanda protes kepada tindakan KDN. Belajarlah menerima hakikat bahawa selagi rakyat dinafikan berita yang adil dan profesional, selagi itulah rakyat tidak teragak-agak untuk menghukum BN atas langkah songsang mereka. Dari -Shamsul Iskandar Mohd Akin Ketua AMK

April 17, 2008

BLACK 14 ...... WHITE 15

Deretan Black 14, sejak beberapa tahun lalu, tidak dapat membendung keghairahan reformis untuk datang berkumpul di padang Kelab Sultan Sulaiman, Kg Baru... Kenape kelab dibawah naungan YAB Dato' Menteri Besar Selangor tidak dihormati, sekurang2nya hormat lah rakyat 5 buah negeri nie.... Riuh rendah, penuh semangat perjuangan, ada yang menitis air maa melihat udara baru white 15 untuk DSAI...kembali mewarnai politik baru, harapan baru rakyat Malaysia... Kenape mesti mereka takut dengan laungan reformasi, kenape mesti takut akan pengambilan kuasa ... ini adalah harapan rakyat dan penyokong pakatan rakyat....

3 bas "loaded" dengan penduduk dan penyokong PKR dari Nigel Gardner, Bukit Tagar dan Bukit Beruntung memenuhi undangan bahagian untuk bersama ke tempat penuh gemilang dan bersejarah .... Datang dengan harapan dan keyakinan baru, dimana selama ini mereka cuma hidup terpinggir di hujung hulu, membayar sewa rumah dengan tiada bekalan air dan elektrik.. siapa yang melawat, siapa yang membantu, tiada harapan..... tapi kini mereka menaruh harapan kepada pakatan rakyat...







Penyelesaiannya....



Tiba tiba kalut cerita 'Babi' di Selangor... populariti 'isu babi' kali ini nampaknya memungkinkan gelaran nakal Darul Khinzir dari Negeri Sembilan ke Selangor.Apa sebenar isu babi ini...? Isu ini menjadi panas apabila ia ditunggang sebagai isu politik oleh Umno Selangor. Muka depan Utusan Malaysia yang menyiarkan 3 ekor babi yang dilabel PKR, PAS dan DAP begitu menarik perhatian ramai untuk terus memperkatakan isu babi ini.Keseronokan Umno Selangor menunggang 'isu babi' ini tersentak tiba tiba dengan pendedahan Ketua biro pertanian tradisional MCA Datuk Dr Lee Chong Meng yang mendedahkan mengenai sebuah syarikat bumiputera (berkepentingan Umno) terlibat dalam projek ladang babi yang diluluskan oleh Kerajaan BN bawah pimpinan Dr.Khir Toyo.Gambar di atas mungkin boleh mendedahkan fakta sebenar hipokrasi Umno. Individu yang menjadi kepala menentang projek babi dan menjadi dalang demonstrasi iaitu Dr. Karim ialah individu yang dalam gambar disamping kandang babi. Beliau dilaporkan terlibat dalam melawat kandang Babi di Jerman, kononya untuk membawa teknologi ladang babi Jerman ke Selangor. Lawatan itu juga dilaporkan melibatkan ketua - ketua kampung 'Umno' yang turut terlibat dalam tunjukperasaan baru baru ini. Mereka bukan sahaja melawat Frankfurt (Jerman), tetapi meninjau juga Bangkok (Thailand) dan Amsterdam (the Netherlands).Semalam cheGuBard sudah menghubungi keADILan Bahagian Sepang untuk dianjurkan satu debat terbuka antara Yaakop Sapari (exco Kerajaan Selangor) dengan Dr. Karim (ADUN Tg. Sepat) untuk menyelesai kekalutan dan mendedahkan hipokrasi Umno. Mungkin dalam debat ini juga boleh ditanyakan sekali bagaimana ADUN BN Selangor boleh membelanjakan RM27 juta peruntukan kerajaan negeri untuk rakyat Selangor untuk tahun 2008 tetapi habis dalam masa hanya selama 50 hari.

April 08, 2008

Pekan Ulu Yam Bharu..Penyerahan Borang Ahli (6/4)


Penyerahan Ahli Baru di Pekan Ulu Yam Bharu begitu menmberangsangkan, hampir 150 borang dapat dikumpulkan oleh Sdr Shuib dan isteri (kenalan lama Cikgu Nash) yang berkerja kuat masa kempen pilihanraya yang lalu. Tahniah Shuib! Kerja kuat lagi Shuib, semoga kita menang DUN dimasa PRU13 nanti!

Majlis Kesyukuran .. Kg Sg Buaya (16/3) .. SPA KKB (2/4)