April 21, 2008

MESYUARAT PENYELARASAN JDM/JDMK


Ramai betul yang datang, hampir 110 orang wakil JDM yang menghadirkan diri, demi untuk menguatkan kepimpinan parti. Ketua JDM/DMK dan Wakil dari sejauh Sg Tenggi sehingga ke Sg.Choh datang menghadirkan diri sebagai tanda sokongan dan ukhwah, terdapat wakil Cina, India dan orang Asli turut sama dalam mesyuarat yang berjalan dengan licin, kebanyakan yang datang adalah pemimpin kecil dari seluruh bahagian Hulu Sgr, mereka dahagakan berita dan cerita hangat selepas isu babi dan Black 14. Sejurus tamat mesyuarat, kami menyambut kedatangan bekas calon PKR Parlimen Hulu Sgr (1999) dan DUN Batang Kali (2004), Yg. Bhg. Dr Halili Rahmat. Beliau telah beramahmesra dan berdailog dengan pimpinan bahagian. Dr. Halili merupakan doktor peribadi dan sahabat DSAI.

Syabas kepada semua AJK JDM dan JDMK. Kami di bahagian akan mendukung kepercayaan anda semua!! Hidup Rakyat!!

Setiausaha Bahagian.


PUSAT KHIDMAT RAKYAT (P.K.R) BAHAGIAN HULU SELANGOR

Pusat yang diwujudkan khas bagi menyelesaikan pelbagai isu kemasyarakatan dan kebajikan penduduk setempat disekitar Bukit Beruntung/Bukit Sentosa khususnya dan Batang Kali amnya.
Pejabat ini telah dengan rasminya dibuka oleh YAB Dato' Menteri Besar Selangor pada 29 Mac 2008 Sabtu.
Sila hubungi Sekretariat Pejabat P.K.R untuk sebarang aduan dan pertanyaan.
Tel: 0350282643 (Sdri Shikin/Sdr Dahalan)



Jadual Program PKR Selangor:

Soalan-soalan untuk Persidangan ADUN
Mmandangkan Dewan Undangan Negeri Selangor akan bersidang pada 22 Mei 2008, soalan-soalan daripada orang ramai untuk diajukan di Persidangan DUN tersebut, bolehlah diemelkan keada niknazmi@niknazmi.com sebelum Ahad 27 April.
(Nik Nazmi Nik Ahmad merupakan Setiausaha Politik kepada Menteri Besar Selangor Tan Sri Dato' Khalid Ibrahim dan Ahli Dewan Undangan Negeri Seri Setia)

Majlis Angkat Sumpah ADUN Selangor
22 April 2008 9.30 pagi
Bangunan Dewan Undangan Negeri Selangor, Shah Alam

No comments: