ANWAR IBRAHIM – KONSPIRASI NOMBOR DUA
Hanya sebelas tahun semenjak Anwar Ibrahim dipecat dari jawatan timbalan perdana menteri, beliau menerima tamparan dengan dakwaan liwat dan seolah-olahnya tuduhan rasuah (penyelewengan kuasa). Beliau berdepan dengan dua perbicaraan yang dikutuk seluruh dunia sebagai perbicaraan tidak adil dan bermotivasikan kepentingan politik pihak tertentu. Hasilnya beliau menghabiskan enam tahun dalam tahanan di Penjara Sungai Buloh, dikurung bersendirian selama pemenjaraan hanya dibenarkan bertemu dengan ahli keluarga dan para peguam sahaja. Akhirnya bekas Perdana Menteri Dr. Mahathir Mohamad mendapat hukuman setimpal dengan berat hati dipaksa bersara pada bulan Oktober 2003. Kemudiannya Anwar dibebas dan dilepaskan pada 2 haribulan September 2004 pada tahap terakhir rayuannya di mahkamah mengubah penghakiman kes liwatnya.
Sekarang mimpi ngeri itu bermula lagi. Pada 16 Julai 2008, Anwar ditangkap atas tuduhan kes liwat yang baru, selepas suatu laporan polis dibuat oleh Saiful Bukhari, pembantu berpangkat rendah dalam pejabatnya pada 28 Jun 2008. Anwar berkata tuduhan ini, sekali lagi bermotifkan politik, sebagai cubaan terbaru untuk menghalang kerjaya politiknya yang kembali bangkit mendadak kegemilangannya. Ramai orang di dalam dan di luar negara bersetuju dengan penilaian ini.Kes terbaru ini hanyalah ulang tayang skrip lama dengan para pelakon yang baru - skrip sekarang ini juga menampilkan episod-episod campurtangan politik, kecurangan dan penyelewengan para pegawai di pejabat Peguam Negara dan pihak polis, penipuan bukti-bukti yang muncul daripada suatu konspirasi politik untuk menghentikan kerjaya cemerlang politik Anwar.
No comments:
Post a Comment