January 31, 2011

Penyokong PAS Hulu Selangor mengunjungi Tuan Guru Nik Aziz (30 Jan 2011)

Seramai 31 orang Ahli Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) Hulu Selangor yang terdiri dari kalangan India bukan Islam telah mengunjungi Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat dan dibawa beliau naik ke masjid Pulau Melaka.

Sebelum itu rombongan yang diketuai Adnan Mat Nor selaku Pengerusi Lajnah Perpaduan Nasional PAS Hulu Selangor turut diraikan di dalam majlis makan tengahari di kediaman rasmi Manteri Besar, JKR-10.

Rombongan juga telah diberi taklimat oleh Pegawai Penerangan Zon daripada Urusetia Penerangan Kerajaan Kelantan (UPKN) mengenai Dasar-Dasar Kerajaan Negeri dan kehidupan masyarakat India dan kaum bukan Islam di Kelantan yang tidak pernah terpinggir dan sentiasa dilibatkan di didalam setiap program.

Pada sebelah petang ahli rombongan telah menemui Tuan Guru di perkarangan Masjid Pulau Melaka seterusnya memasuki masjid untuk mendengar tazkirah yang disampaikan Nik Aziz.

Antara kandungannya Nik Aziz berkata, di Kelantan PAS mengamalkan sistem pemerintahan Islam kerana ia adil untuk semua kaum.

“Kita semua adalah keturunan dan cucu cicit Nabi Adam a.s yang merupakan adik beradik, Umno tidak pernah memberitahu sedemikian kerana mereka tidak mengamalkan sistem politik Islam, sebaliknya mereka mengamalkan sekularisme, dan ini boleh memecahbelahkan keharmonian kaum. Namun di Kelantan menjadi tanggungjawab Kerajaan untuk memberitahu perkara ini.

“Soal orang bukan Islam memasuki masjid sengaja diperbesar-besarkan demi politik murahan mereka, di Kelantan kita menggalakkan orang bukan Islam untuk memasuki masjid, dan banyak program telah diadakan di masjid yang turut melibatkan orang bukan Islam,” jelasnya.

Beliau juga menyifatkan orang bukan Islam yang memasuki masjid akan dapat belajar apa yang diajarkan oleh Islam tetapi mestilah dengan beradab dan sopan.

Nik Aziz juga menyeru supaya perkara-perkara yang baik seperti diuar-uarkan kepada masyarakat bukan Islam khususnya di negeri-negeri selain Kelantan kerana orang-orang bukan Islam di Kelantan kini telah dapat menerimacorak pemerintahan Islam yang diamalkan oleh Kerajaan Kelantan kerana Islam adalah adil untuk semua.

Selepas itu ahli rombongan telah dipelawa oleh Nik Aziz ke kediamannya yang terletak bersebelahan dengan masjid.

Harakahdaily/-

January 30, 2011

Hujan yang mungkin memberikan rahmat di PRK Tenang hari ini (30 Jan 2011)

LABIS 30 JAN : Siapa yang bakal menjadi ADUN Tenang di sini bakal ditentukan oleh 14,753 pengundi di kawasan ini yang memulakan pengundian bermula jam 8.00 pagi.
Pilihan raya kecil kerusi di DUN Tenang  sedang berlangsung dalam hujan lebat, sehingga jam 11 pagi tadi, peratusan pengundian meningkat kepada 38.66 peratus atau 5,703 pengundi keluar mengundi. 
Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sebanyak 12 pusat pengundian dibuka bagi pilihan raya kecil itu dari pukul 8 pagi hingga 5 petang. 
Pusat-pusat berkenaan ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Tenang, SK Pekan Ayer Panas, Dewan Masyarakat Ladang North Labis, Dewan Serbaguna Kampung Paya Merah, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kamarul Ariffin, Dewan Bola Keranjang JKKK.
Pusat mengundi lain ialah SK LKTP Tenang, SK Sawah Baru, SMK Tenang Station, Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) Ladang Voules, Sekolah Agama Felda Chempelak dan SK LKTP Chempelak Barat. 
Dua tempat dilaporkan banjir iaitu Tenang Station dan Kampung Lembah Bakti.

Pengundi akan memilih antara calon BN Azahar Ibrahim, 30, bekas pembantu pegawai daerah dan calon PAS Normala Sudirman, 38, seorang bekas guru.

January 15, 2011

TS KHALID - TABUNG KHAS BANTU PEKERJA ISLAM TINGGALKAN KERJA DI PREMIS HARAM

Kerajaan Selangor akan menubuhkan sebuah tabung khas untuk membantu pekerja beragama Islam yang sedar untuk meninggalkan pekerjaan di premis dan pusat hiburan yang menjual minuman keras.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, kerajaaan Selangor prihatin dengan perbincangan mengenai pelaksanaan Enakmen Jenayah Syariah yang tidak membenarkan umat Islam bekerja di premis berkenaan.

"Kami telah meminta ahli Exco negeri, Datuk Dr Hasan Mohamed Ali, Yaakob Sapari, Dr Halimah Ali dan Hajjah Rodziah Ismail untuk menubuhkan satu sekretariat yang akan mengadakan perjumpaan dengan Lembaga Zakat Selangor (LZS) bagi membincangkan isu ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, menteri besar berkata, LZS akan diminta untuk bersama-sama menubuhkan tabung khas tersebut.

Katanya, kerajaan negeri sedar kebanyakan orang Islam yang bekerja di tempat sedemikian membuat keputusan tersebut atas sebab ekonomi.

Rezeki halal

Oleh itu, tegas menteri besar lagi, tabung ini akan memainkan peranan agar mereka tidak akan terbeban dengan penguatkuasaan undang-undang ini.

"Kami menghormati Enakmen Jenayah Syariah yang bertujuan memelihara umat Islam untuk mencari rezeki yang halal.

"Pada masa yang sama, sebagai kerajaan prihatin dan adil, kita perlu memberi tempoh yang cukup kepada semua pihak termasuk pemilik premis dan pekerja yang terlibat," katanya.

Berikutan itu, Khalid berkata, beliau akan mengadakan pertemuan dengan semua datuk bandar dan yang dipertua pihak berkuasa tempatan Isnin depan untuk mendapat pandangan mereka bagi memastikan penguatkuasaan enakmen tersebut dilaksanakan dengan baik dan berkesan.

Kenyataan menteri besar itu bertujuan meredakan percanggahan pendapat berhubung penakrifan larangan orang Islam bekerja di tempat-tempat yang menyajikan minuman keras.

Jika semalam, exco perumahaan dan kerajaan tempatan, Ronnie Liu berkata umat Islam dibolehkan berbuat demikian kerana larangan berkenaan yang dikeluarkan oleh Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) telah diarahkan ditarik balik, namun hari ini, exco hal ehwal Islam, adat Melayu, infrastruktur dan kemudahan awam, Datuk Hasan Mohamed Ali mempunyai definisi yang berlainan.

Tindakan wajar

“Berhubung dengan isu orang-orang Islam yang dilarang bekerja di tempat-tempat menjual minuman keras seperti yang dikuatkuasakan di MPSJ, saya sebagai exco yang menjaga
hal ehwal Islam di negeri Selangor mendapati bahawa tindakan tersebut adalah wajar.

“Saya mengucapkan syabas dan terima kasih kepada pimpinan MPSJ yang telahpun menguatkuasakan peraturan ini. Saya difahamkan peraturan ini telah melalui tiga proses perbincangan di peringkat jawatankuasa yang telah mendapat pengesahan dan kelulusan dari semua pihak termasuk ahli-ahli majlis yang bukan Islam,” katanya dalam satu kenyataan media.

Liu pula semalam mengesahkan pekeliling menarik balik larangan itu telah dikeluarkan kepada presiden MPSJ, Md Adnan Ikhsan dengan alasan “kerajaan negeri tidak menyedarinya.”

"Kami tidak dirujuk (berhubung larangan itu). Sebab itu, kita minta mereka tarik dulu,” katanya, sambil menambah isu berkenaan turut dibincangkan pada mesyuarat exco Rabu lalu.

Malaysiakini/-

January 11, 2011

Sayangi sasterawan negara yang menangis...

"Satu perkara besar yang membuatkan mereka senang bergaul adalah kerana mereka tergolong dalam satu kasta parti. Mereka tidak perlu mengotori sesiapa kalau bersentuhan, mereka juga bebas bergaul. Tempat didalam kapal itu tidak teratur, Mereka berasak-asak saperti kambing." Petikan halaman 211 (Novel Interlok)
Selepas membaca buat kali kedua novel Interlok ini (setelah memunggah khazanah buku-buku didalam kotak simpanan), amat payah untuk saya bersetuju dengan segerombolan pembakar novel di Klang untuk bersama menyamai pendapat.. TIdak ada sebab jelas.
Tidak ada apa yang salah, petikan itu merujuk kepada orang didalam kapal. Kita mesti memahami bahawa semua yang datang dari India itu terdiri daripada pelbagai golongan, buruh, kelas sederhana dan professional. Ianya bertepatan dengan situasi dan sejarah diketika itu.

Cerita ini udah 40 tahun lepas dan ianya satu hakikat sejarah ketika itu...

Ianya satu karya seni yang dihasilkan oleh seorang sasterawan negara yang jujur. Jelas ia berkenaan hubungan antara kaum yang terbentuk di negara kita (pada masa itu)
Perkataan "paria" disebut didalam novel itu bukan bertujuan untuk menghina. Malahan keseluruhan konteks novel dan penggunaan perkataan amat penting untuk difahami.

ShaifulAnuar Sulaiman
11.1.11

January 07, 2011

DS RAIS, BUATLAH LAPORAN POLIS UNTUK ELAK SPEKULASI...

SHAH ALAM, 6 Jan – Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim disaran membuat laporan polis atau membawa pihak yang mengeluarkan bukti ke mahkamah atas tuduhan rogol amah bagi membersihkan namanya.
Menurut Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin, tindakan Rais berdiam diri sekian lama sebelum mengeluarkan satu kenyataan penafian semalam adalah bersikap defensif dan bukannya bertujuan menegakkan kebenaran.
“Pada saya jawapan Rais melalui media lebih bersifat defensif dan menyatakan ini perkara yang memalukan keluarga beliau dan sebagainya. Kita tak mahu jawapan bacul ini dari mulut Menteri.
Sebaliknya sebagai seorang Menteri yang berkredibiliti beliau harus mencabar mana-mana pihak yang mempunyai bukti di mahkamah dan dalam masa yang sama medesak pihak polis menyiasat dan membersihkan nama beliau,” komen beliau dalam perbualan telefon dengan TV Selangor hari ini.
Dalam kenyataan media semalam, Rais menafikan beliau terlibat dan menuduh Pakatan Rakyat, para bloggers dan media sebagai membuat laporan bersifat fitnah terhadap beliau.
Rais sebelum ini pernah membuat laporan Polis bagi menafikan dakwaan blogger dan pengamal media, Datuk Ahiruddin Atan atau rockybru mengenai dakwaan anaknya terlibat dalam pemberian kontrak syarikat jalur lebar bernilai jutaan ringgit.
Namun semalam, Rais menuduh ia sebagai mainan politik picisan daripada  Pakatan Rakyat (Pakatan).
Shamsul yang juga seorang peguam mengingatkan Rais bahawa ini merupakan kes jenayah berprofil tinggi peringkat antarabangsa yang memberi kesan langsung terhadap hubungan dua hala negara rantau Asia Tenggara ini.
“Saya ingin nyatakan kepada Datuk Rais ini bukan agenda politik, ini agenda seorang wanita, apatah lagi seorang warganegara Indonesia yang kita seharusnya mempunyai hubungan baik sebagai negara tetangga seharusnya diberikan pembelaan yang baik mengikut undang-undang.” kata beliau.

January 06, 2011

Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat Selangor taat setia pada Sultan

Menteri Besar Selangor dan barisan EXCO kerajaan negeri Pakatan Rakyat hadir dalam majlis angkat sumpah di Istana Kayangan Shah Alam jam 10.00 pagi tadi.Langkah untuk hadir majlis Ke Bawah DYMM Tuanku itu mencerminkan betapa kerajaan negeri hormat dan taat setia kepada Sultan Selangor selaku payung dan mahkota negeri. Isu persengketaan adalah antara kerajaan negeri dan KSN, kerajaan Pusat dan Khusrin.Iktiraf tak iktiraf Khusrin selaku SUK lantikan Pusat adalah hak kerajaan negeri, kerajaan yang mendapat mandate dan kepercayaan dari rakyat Selangor.Seronok tengok Umno dah pandai mengamalkan politik jalanan, berdemo ke sana ke mari, tak kah itu menjejaskan kehidupan masyarakat, mengancam ketenteraman dan menganggu perniagaan?