January 07, 2011

DS RAIS, BUATLAH LAPORAN POLIS UNTUK ELAK SPEKULASI...

SHAH ALAM, 6 Jan – Datuk Seri Utama Dr Rais Yatim disaran membuat laporan polis atau membawa pihak yang mengeluarkan bukti ke mahkamah atas tuduhan rogol amah bagi membersihkan namanya.
Menurut Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar Md Akin, tindakan Rais berdiam diri sekian lama sebelum mengeluarkan satu kenyataan penafian semalam adalah bersikap defensif dan bukannya bertujuan menegakkan kebenaran.
“Pada saya jawapan Rais melalui media lebih bersifat defensif dan menyatakan ini perkara yang memalukan keluarga beliau dan sebagainya. Kita tak mahu jawapan bacul ini dari mulut Menteri.
Sebaliknya sebagai seorang Menteri yang berkredibiliti beliau harus mencabar mana-mana pihak yang mempunyai bukti di mahkamah dan dalam masa yang sama medesak pihak polis menyiasat dan membersihkan nama beliau,” komen beliau dalam perbualan telefon dengan TV Selangor hari ini.
Dalam kenyataan media semalam, Rais menafikan beliau terlibat dan menuduh Pakatan Rakyat, para bloggers dan media sebagai membuat laporan bersifat fitnah terhadap beliau.
Rais sebelum ini pernah membuat laporan Polis bagi menafikan dakwaan blogger dan pengamal media, Datuk Ahiruddin Atan atau rockybru mengenai dakwaan anaknya terlibat dalam pemberian kontrak syarikat jalur lebar bernilai jutaan ringgit.
Namun semalam, Rais menuduh ia sebagai mainan politik picisan daripada  Pakatan Rakyat (Pakatan).
Shamsul yang juga seorang peguam mengingatkan Rais bahawa ini merupakan kes jenayah berprofil tinggi peringkat antarabangsa yang memberi kesan langsung terhadap hubungan dua hala negara rantau Asia Tenggara ini.
“Saya ingin nyatakan kepada Datuk Rais ini bukan agenda politik, ini agenda seorang wanita, apatah lagi seorang warganegara Indonesia yang kita seharusnya mempunyai hubungan baik sebagai negara tetangga seharusnya diberikan pembelaan yang baik mengikut undang-undang.” kata beliau.

No comments: