July 28, 2011

SAYA HANYA SEORANG RAKYAT MALAYSIA - PM ITU MILIK RAKYAT.

AMPANG JAYA 28 JULAI : Pembantu ahli parlimen Ampang, Mohamad Fareez Kamal Intidzan menafikan sekeras-kerasnya beliau antara yang berniat mahu mencederakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ketika cuba menyerahkan petisyen kepada Perdana Menteri itu semalam.
"Saya hanya seorang rakyat. PM adalah hak rakyat. Maka adalah hak untuk saya berjumpa dan menegur PM kerana PM itu milik rakyat,"katanya.
Pada satu sidang media yang diadakan hari ini, Fareez berkata, ekoran penahannya semalam beliau dihentam di Twitter, Facebook dan blog pro Umno kerana didakwa cuba mensabotaj program edaran Jalur Gemilang semalam.

HEBATKAN PROMOSI DAN HEBAHAN ATASI PEMIMPIN BN YANG SABOTAJ PROGRAM MES SELANGOR

GENTING 27 JULAI : Pihak tidak bertanggungjawab dikesan cuba mensabotaj program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) yang diperkenalkan Kerajaan Negeri Selangor yang bertujuan mengembalikan hasil negeri kepada rakyat. Perkara ini didedahkan Pegawai Daerah Hulu Selangor, Nor Hisham Ahmad Dahlan pada sesi temu rapat Menteri Besar bersama Datuk Bandar, Yang Dipertua PBT dan Pentadbir Tanah/Daerah Negeri Selangor di Hotel Awana, Genting Highland.
Beliau berkata, pihak berkenaan menghasut penduduk dengan mendakwa program MES yang diperkenalkan Kerajaan Selangor tidak membawa manfaat kepada rakyat.
Tanpa berselindung, Nor Hisham mendedahkan pemimpin Barisan Nasional (BN) di Hulu Selangor bertanggungjawab memburuk-burukkan program MES di kalangan penduduk di daerah itu.
Sehubungan dengan itu, Nor Hisham mencadangkan Kerajaan Negeri memperhebatkan promosi dan hebahan program MES supaya tiada lagi pihak tertentu yang memutar belitkan fakta tentang kebaikan MES.
Mengulas pendedahan itu, Setiausaha Politik kepada Menteri Besar, Faekah Husin berkata, sikap pemimpin membuktikan mereka dayus dan mengkhianati aspirasi rakyat yang mahukan lebih banyak program kebajikan.
Beliau berkata, walaupun berbeza fahaman politik, wakil rakyat BN berkenaan sepatutnya membantu rakyat mendapat bantuan kebajikan yang ditawarkan kerajaan negeri.
“Bantuan kebajikan yang diberikan kerajaan Selangor diagihkan kepada semua rakyat yang layak tanpa mengira ideologi politik. Amat tidak adil rakyat diberikan fahaman yang salah mengenai bantuan kebajikan ini sedangkan mereka berhak menerima bantuan yang disediakan,” katanya.
Faekah menasihatkan wakil rakyat berkenaan supaya berhenti memainkan politik kotor dan memanipulasikan rakyat untuk kepentingan diri sendiri dan pada masa yang sama menjadikan rakyat tidak bersalah..

July 21, 2011

BANGKAI BUAYA DI TEMBAK, DI BAWA BALIK UNTUK DITANAM..

20 JULAI 2011: Seorang penduduk kampung, Mohd Faizul Abu Bakar membawa bangkai buaya menggunakan bot untuk ditanam selepas dipercayai mati ditembak oleh pihak berkuasa di hulu Sungai Seblak, di Kampung Mempelang, Kabong, Saratok, Sarawak.

IMBASAN ALLAHYARHAM YB DR LO'LO' MOHD GHAZALI - DR MOHD ASRI

Kita hanyalah bilangan hari. Apabila sebahagian bilangan hari itu pergi, sebahagian diri kita juga pergi. Apabila kesemua telah habis pergi, maka berakhirlah riwayat ini.

Hidup hanyalah sebuah perjalanan, pasti ada tarikh perhentiannya. Tiada siapa dapat menghalang, walau sehebat mana pun dia merancang.
Dunia hanya ladang untuk menuai bekalan. Dataran menuju ke persada sebenar kehidupan. Dunia ini amat sementara; ada hari datang dan ada pula hari perginya.
Apabila saya menerima berita kematian YB Dr Lo'lo' Mohd Ghazali, perasaan saya menjadi sugul. Saya teringatkan sikap prihatin beliau kepada saya sepanjang saya mengenalinya.
Paling sayu, saya teringat permintaan beliau beberapa minggu lepas ketika saya menziarahi beliau dalam keadaan yang amat uzur. Beliau meminta saya menulis sebuah puisi untuknya. Ternyata saya tidak menunaikan harapan itu sehingga beliau meninggal. Padahal, saya telah sebut 'insyaAllah'.
Hari ini jenazah beliau dikebumikan, malang sekali lagi saya tidak dapat hadir kerana ada viva student di USM.
Namun doa saya untuknya sejak saya mendengar kematiannya. Saya juga harap tulisan ini dapat memberikan manfaat yang lebih dengan saya merayu kepada pembacanya agar berdoa kepada Allah untuk diberikan rahmat dalam keampunan kepada Lo'lo Ghazali, hamba Allah yang telah pulang ke kehidupan yang hakiki.
Saya ingin mencoret sedikit mengenai beliau dengan kadar sedikit yang saya kenal. Saya mulakan dengan apa yang Nabi SAW nasihati kita: “Sesiapa dalam kalangan kamu yang terpaksa memuji saudaranya, maka hendaklah dia berkata: 'aku menilainya demikian, Allah jua yang menjadi penilainya yang sebenar, aku tidak akan memuji sesiapa atas nama Allah” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Ya, hanya Allah yang mengetahui hakikat kita. Kita menilai apa yang zahir, Allah jua mengetahui apa yang batin. Mungkin apa yang ada di sisi Allah lebih baik dari apa yang kita sangka dan tahu. Demikian juga sebaliknya.

Peringatan jawatan mufti
Saya bukan terlalu mengenali Dr Lo'lo'. Cuma ada beberapa coretan sekadar yang saya kenal beliau. Saya mula mengenali Dr Lo'lo' sejak sebelum saya menjadi mufti Perlis lagi. Beliau menghadiri beberapa majlis ucapan saya.
Kali terakhir seingat saya di UIA, semasa saya berforum. Apabila saya ditawarkan menjadi mufti pada tahun 2006, Dr Lo'lo' menghantar email mengingatkan saya tentang bahaya jawatan tersebut.
Sebagai anak bekas Mufti Perak, beliau menceritakan pengalamannya. Saya masih simpan peringatan itu. Antara yang beliau sebut “Saya juga seorang manusia yang daif tetapi saya ingin berkongsi pengalaman kerana pernah hidup sebagai anak mufti dan berkongsi pahit maungnya serta cabaran seorang mufti bagi kerajaan yang tidak mengamalkan Islam sepenuhnya.
“Banyak kali arwah bapa saya bersungut dan menyatakan kesal kerana nasihat dan pandangannya tidak dipedulikan, keputusan majlis fatwa yang dianggotainya dibuang dalam tong sampah, bagaimana payahnya berhadapan dengan sultan-sultan yang kehidupan mereka dikelilingi dengan pelbagai adat dan kebiasaan yang tidak selaras dengan Islam.
“Itu belum kira kerenah MB, exco-exco dan YB-YB lagi…itu cerita 30 tahun lalu, saya percaya kini cabaran untuk seorang mufti kerajaan adalah lebih hebat lagi. Saya berdoa agar Dr Asri dipandu untuk memilih keputusan yang terbaik dunia dan akhirat”.

Itulah antara kandungan email beliau.
Lahir dari jiwa yang ikhlas terhadap saya dan naluri yang prihatin terhadap agama. Saya merenung kata-katanya ketika itu. Kali ini apabila saya membaca sekali lagi, saya dapat rasakan indahnya kejujuran yang terkandung dalam nasihat itu.
Ya, sering kali sesuatu lebih bernilai kita rasakan, apabila empunya telah pergi. Semoga menimbang kata-kata nasihatnya itu sebagai himpunan amalan soleh beliau.

Masuk Umno
Apabila saya menjadi mufti Perlis, saya agak terputus dengan beliau. Hanya sekali-sekala beliau bertanya beberapa perkara. Mungkin beliau rasa ketika itu saya rapat dengan pemimpin Umno.
Apabila berhenti dari jawatan mufti, pada hari yang berikutnya saya terus ke United Kongdom. Di UK, saya sempat bertemu dan berhubung baik dengan anak beliau Saudara Fawwaz yang ketika itu tinggal Manchester.
Layanan baik Fawwaz kepada saya dan keluarga ketika melawat dan berceramah di Manchester tidak dapat saya lupakan. Ini menjadikan kembali saya mengingat sikap baik ibunya kepada saya.
Apabila pulang ke Malaysia, kemudian berlaku peristiwa saya ditahan JAIS dan ke mahkamah, ramai pemimpin politik dan NGOs yang hadir. Dr Lo'Lo' yang ketika itu uzur juga turut hadir ke mahkamah di Gombak.
Sempat saya bercakap dengan beliau. Saya ingat lagi, beliau kata kepada saya: “Ini ada hikmahnya, ujian dan cabaran, Allah mahu ustaz memimpin rakyat, turut ke medan, bersama-sama mengubah keadaan yang ada”.
Saya diam. Saya akur. Saya tahu beliau jujur. Hati nuraninya yang sayangkan kebaikan dan bencikan kezaliman itu tidak dapat disembunyikan sekalipun di sebalik tubuh yang uzur. Selepas hari itu, agak kerap juga kami bertanya khabar.
Kadang-kala beliau bertanya saya pandangan dalam pelbagai isu agama. Beliau fahami pendirian saya. Beliau saya rasa suka dengan cara apa yang saya faham mengenai beberapa perkara dalam Islam ini.
Apabila timbul berita saya akan masuk Umno, Dr Lo'lo' menghubungi saya dengan tegas. Kata beliau:“Janganlah ustaz tambahkan sakit saya dengan berita-berita yang macam ini. Saya pernah teramat kecewa apabila Anwar Ibrahim masuk Umno. Saya harap ustaz tidak mengulangi kesilapan itu. Saya akan amat kecewa jika ustaz membuat tindakan yang sama”.

Cabaran dunia
Saya meminta beliau memberikan masa agar spekulasi itu berakhir lagi dua tiga hari. Beliau terus mengingatkan saya agar jangan tersilap langkah. Keesokannya, barangkali beliau mendengar desus-desas itu makin kuat, maka beliau sms kepada saya dengan tegas, katanya: “mati hidup semula saya tidak akan mempercayai ustaz lagi jika ustaz masuk Umno.
“Apakah ustaz takut kepada cabaran di dunia ini? Atau mengharapkan kedudukan di dunia sehingga sanggup hendak masuk Umno? Jika ustaz tidak mahu masuk PAS pun, janganlah masuk Umno”.
Saya simpati dan rasa bersalah memandang beliau uzur. Saya terus bercakap dengannya dengan memberikan jaminan bahawa apa yang beliau khuatiri itu insyaAllah tidak berlaku. Saya beritahu bahawa pimpinan PAS lain, khusus Ketua Dewan Ulama PAS juga telah bercakap dengan saya dan memberikan nasihat.
Namun, apabila 40 orang ulama muda masuk Umno, Dr Lo'lo sekali lagi berhubung dengan saya dan berkata: “Tergamak ustaz membiarkan sahabat-sahabat ustaz masuk Umno, sedangkan saya ini bersusah payah hendak memastikan mereka yang berpegang dengan manhaj al-Quran dan as-Sunnah masuk ke dalam PAS.
“Jika Tuan Guru Nik Aziz tidak ada nanti, macam manalah perjalanan PAS ini. Ini, ustaz pula biarkan kawan-kawan masuk Umno”.
Saya diam. Ada perkara yang saya tahu yang mungkin beliau tidak tahu. Begitulah sebaliknya. Apa pun, saya amat berterima kasih, sikap beliau yang sentiasa prihatin kepada perkembangan Islam dan masa depan dakwah. Beliau seorang serikandi, seorang mujahidah, seorang yang jujur dengan keyakinannya.
Saya tahu, ya kadang-kala apabila saya mengkritik tokoh utama Pakatan Rakyat Dr Lo'lo' kurang selesa. Dia akan sms melahirkan ketidakpuasan hatinya. Kadang-kala bahasanya 'tegas'.
Saya sering tersenyum apabila membaca smsnya. Ya, bukan semua perkara kita dapat sama dan seiya sekata. Namun, yang pasti ia adalah kata-kata yang datang dari seorang yang prihatin.
Namun, beliau lama-lama biasa dengan sikap saya yang memberikan pandangan kepada kedua belah pihak. Sebelum muktamar PAS beliau memohon agar saya mewar-warkan semula artikel lama saya 'Ulama atau professional jadi pemimpin'.

Hamba Allah yang baik
Beliau kata, beliau ingin meminta supaya Harakah menyiarkannya semula. Saya tahu aliran pemikiran yang ingin ramaikan professional dalam kepimpinan PAS.
Apabila saya mendapat berita beliau amat uzur dan berada dalam keadaan kritikal di hospital, saya hubungi Fawwaz. Saya pohon untuk menziarahinya. Saya pergi dengan beberapa orang sahabat, sebahagian mereka ustaz-ustaz.
Dr Lo'lo' meminta untuk hanya saya sahaja yang masuk dahulu. MasyaAllah, saya melihat seorang serikandi mujahidah dalam kedaan yang uzur terbaring di katil.
Wajahnya sudah kelihatan bengkak. Pun, begitu masih lagi dengan pakaian muslimahnya. Beliau menangis ketika itu. Dalam celahan itu saya mendengar indahnya kata-kata beliau: “ustaz, saya bimbang saya tidak dapat menjadi hamba Allah yang baik”.
Kata-kata itu menusuk ke dalam jantung saya bagaikan cahaya ruhi yang menyelinap masuk ke dalam urat nadi. Ia adalah kata-kata yang lebih murni dari segala lafaz seni, kata-kata yang lahir dari nurani insani yang mendambakan kasih-sayang Allah.
Kata-kata yang tidak lahir di saat-demikian melainkan dari jiwa yang sentiasa berhubungan cinta dengan Allah. Demikian penilaian saya. Hakikat yang sebenar kembali kepada Allah.
Kemudian, sempat beliau berpesan kepada saya untuk terus memberikan pandangan kepada PAS dan beliau bersyukur segala usaha beliau dan sahabat-sahabatnya mula melihatkan hasil dalam PAS. Beliau meminta saya tuliskan sebuah puisi untuk beliau. Saya berjanji insyaAllah. Nampaknya, puisi itu akan lahir selepas pemergian beliau.

Ustaz sampul
Selepas habis berbicara dengan saya, beliau mengizinkan sahabat-sahabat yang bersama saya masuk. Dalam keuzuran yang amat sangat itu, beliau masih sempat memberikan nasihat.
Antara yang beliau kata; “Maaflah saya ingin sebut, ustaz-ustaz ini jangan asyik fikirkan sampul sahaja. Ramai yang rasa selesa, hanya dok berkuliah dalam masjid, selepas itu seronok dapat sampul duit tapi tidak mengambil tahu apa yang berlaku kepada umat; khususnya anak-anak muda kita kat luar sana”.
Ya, itulah kata-kata beliau. Ia amat benar. Itu penyakit yang menimpa ramai yang memakai gelaran ustaz atau 'pendakwah'.
Pahit yang terpaksa diakui, bukan sedikit yang fikirannya berlegar kepada wang dalam sampul yang akan menjadi habuan selepas kuliah atau ceramah. Bukan salah. Namun, apabila itu dijadikan buruan, maka ramai yang mengelak diri dari arus dan tribulasi perjuangan.
Kata-kata Dr Lo'lo' itu terbit dari hati nurani seorang daiyah (pendakwah). Bukan singkat masa beliau menelusuri pengalaman dan perjuangan.
Ya, beliau banyak di medan politik. Sebahagian ijtihad siyasi dan pandangan politiknya mungkin berbeza dengan saya. Namun, saya tetap hormati jasa dan sumbangannya. Zahir pada kehidupan sebagai seorang muslimah dan mujahidah. Berjuang membela keyakinannya mengenai Islam dan keadilan.
Sebagai seorang sahabat dan insan yang masih hidup atas bumi ini, saya hanya mampu berdoa untuknya agar dilimpahi rahmat dan keampunan, kemudian meneruskan perjalanan hidup ini sehingga sampai ke destinasi seperti mana beliau pun telah menamatkannya.
Sumber dari Dr Mohd Asri Zainul Abidin (bekas mufti Perlis  )

July 20, 2011

Ke Mana Dan Untuk Apa Amanah Merdeka - SMO

SEJAK dari semalam saya menerima tidak kurang 10 SMS yang memaklumkan Tengku Razaleigh Hamzah akan melancarkan sebuah Ngo yang dinamakan Angakatan Amanah Merdeka (Merdeka). Perlancaran itu akan berlangsung di Dewam Aditorium Mermorial Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj Jalan Dato' Onn Kauala Lumpur jam 9:30 Jumaat, lusa.
Sebelum ini saya sudah membuat satu pengeposan dua minggu lalu mengenai sebuah Ngo akan dilancarkan tanpa menyebut namanya dan hanya menyebut ianya dikepalai oleh tokoh politik veteran negara ini.
Tidak ada maklumat lanjut siapakah yang menganggotai Amanah Merdeka ini. Tetapi saya yakin dan percaya mereka terdiri daripada ahli politik Umno yang sudah tidak yakin lagi dengan perjuangan Umno untuk membawa kemajuan dan kesejahtraan kepada negara ini. Mereka juga terdiri daripada para bekas pegawai tinggi kerajaan tidak lagi yakin dengan perjuangan Umno dan juga kepimpinan Najib Razak sebagai PM.
Siapa-siapakah mereka? Memang ada beberapa orang veteran Umno yang bersama Tengku Razaleigh dan menjadi penyokong setianya. Mereka ini termasuklah anak-anak pemimpin Umno yang kini sudah tidak ada lagi percaya kepada Umno yang dilihat sudah jauh menyimpang dan menyeleweng dari prinsip asal perjuangannya.
Persoalannya kini apakah matlamat penubuhan Ngo itu? Apakah ianya akan bergerak menjadi pemangkin kepada Umno ataupun akan bertindak menjadi penentang kepada Umno? Apakah Amanah Merdeka yang dikatakan berpaksi kepada amanah Tunku Abdul Rahman itu akan bergabung dengan pembangkang dalam pilihan raya nanti?
Logiknya mereka, khasnya Tengku Razaleigh tidak akan beriya-iya untuk memimpin Ngo itu kalau bukan untuk memperbetulkan Umno Umno, atau kalau masih sayang dan percaya kepada Umno. Semasa saya mengadakan temuramah khasnya dengan Tengku Razaleigh untuk Siasah, tidak lama dulu beliau sudah memberi gambaran serba sedikit mengenai masa depannya dan ketidakyakinan beliau kepada Umno.
Saya dapat tangkap dari gambaran secara bersiasah itu menunjukkan Tengku Razaleigh tidak akan bertanding atas tikit BN lagi. Beliau seolah-olah memberi gambaran yang beliau sudah tidak menaruh harapan besar lagi kepada Umno sekiranya beliau berhasrat menjadi perdana menteri atau pun kalau ada usaha untuk mendolorkan beliau ke kerusi berkenaan. Justeru satu mekanisme baru perlu dicari sebagai alternatif.
Dalam hal inilah mungkin mereka yang menyokong Razaleigh dan meletakkan harapan besar kepadanya mermelukan sebuah wadah lain dari Umno untuk mencapai tujuan itu. Manakala bagi menyertai Pakatan Rakyat ia dilihat agak kontras dengan jiwa putera raja dari Kelantan itu. Makanya Ngo adalah adalah jalan tengah terbaik dan tidak melampau.
Apapun sama-sama kita tunggu dan lihat sendiri bagaimana suasana pelancaran dan sambutannya nanti pada Jumaat ini. Semua dijemput hadir. Tetapi saya terus terang saya katakan di sini kalau Inchek Ibrahim Ali juga termasuk dalam barisan penting Ngo ini mungkin saya akan membatalkan hasrat kerana kehadiran Ibrahim boleh merosakkan niat yang murni ini.
(sumber SMO)

NAJIB TUNDUK KEPADA KUNING..

July 10, 2011

POLIS NAFI BERTANGGONGJAWAB KEATAS KEMATIAN WIRA BERSIH 2.0, BURHANUDIN AHMAD

PERLUKAH MENEMBAK GAS BILA SEMUA BERHIMPUN SECARA AMAN

JIKA INI ARUAH YANG MENGALAMI SESAK NAFAS SEBELUM KE HOSPITAL..

MUSTAFA KAMIL AYUB, YB NIZAR, DATUK AMIGA DAN YB ABDULLAH SANI
DI RUMAH ARUAH BURHANUDIN AHMAD PAGI TADI
Polis hari ini menafikan ada apa-apa kaitan dengan kematian peserta protes BERSIH 2.0, Burhanudin Ahmad semalam, dan mendakwa mangsa meninggal dunia akibat serangan jantung dan bukan dari komplikasi terdedah kepada gas pemedih mata.

Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur Amar Singh berkata laporan bedah siasat awal menunjukkan mangsa meninggal dunia akibat penyakit jantung yang dialaminya.
Beliau berkata, siasatan mereka tidak menemui sebarang kecederaan luaran, ataupun kecederaan dalaman.
Siasatan awal, katanya, menunjukkan jantung mangsa sedikit bengkak dan tiga arteri tersekat," katanya dalam sidang media hari ini. Siapa yang bercakap benar - keluarga Baharuddin menyatakan bahawa 4 tulang dada dan 3 batang giginya patah. Siapa yang bercakap benar dan siapa berbohong ini.

July 09, 2011

HUJAN LEBAT LUMPUHKAN HUJAN FRU...ANWAR DICEDERA...



Keadaan menjadi semakin menarik apabila hampir semua kawasan di Kuala Lumpur disirami dengan hujan lebat yang turun pada amasa ini.Dijangka keadaan ini akan melumpuhkan segala tindakan yang digunakan oleh pihak keselamatan terhadap perserta himpunan aman bersih termasuklah gas pemedih mata yang akan kurang berfungsi dalam keadaan hujan.Begitu juga dengan semburan air asid yang pasti tidak akan memberi kesan dalam keadaan hujan lebat.

BERSIH .. MENUJU KE STADIUM MERDEKA ..



BERSIH DI STADIUM MERDEKA SELEPAS INI ...

Jalan ke Mesjid India pun penuh...

Depan Puduraya... cantek bangunan baru jadi tempat bersejarah BERSIH

Bangunan pencakar langit Maybank jadi bukti
anak muda turun utk menjadikan negara Malaysia BERSIH !!

Peluang mengabadikan gamabr sejarah dan keramat
BERSIH 2.0 09072011

Berhadapan dengan hujan selepas tsunami BERSIH ...1 2.3 semburrrr

BERSIH DI SELURUH DUNIA .. KL, KUCHING, MELBOURNE

BERSIH di AUSTRALIA

Di Melbourne, Australia... tahniah kepada penyokong BERSIH !!
 berarak di kuala lumpur...... sekalung tahniah untuk pahlawan kuning
(walaupun tidak ada baju kuning)

Ada kawan bertanya..macamna boleh terlepas ribuan penyokong
BERSIH nie...  semua ada otak masing-masing la jawabnya

DARI MESJID NEGARA... 10.06 AM

10.06am: Di stesen lama KTM, seorang warga emas berusia 70 tahun yang memakai serban dan jaket Pakatan Rakyat ditahan bersama dua lagi selepas beliau berkeras untuk pergi ke Masjid Negara untuk bersolat. Ketiga mereka dibawa dengan jip polis.


10.05am: Masjid Negara - Jumlah orang ramai juga semakin bertambah di kawasan ini. Dianggarkan tidak kurang seribu telah berada di sini.

9.55am: Masjid Jamek - Lebih ramai yang datang melalui stesen LRT. Polis belum memeriksa mereka tetapi hanya memerhatikan keadan. Kawasan ini adalah antara lokasi panas pada perhimpunan BERSIH pada 2007.

9.50am: Masjid Negara - Seorang lelaki tua yang cuba menghampiri masjid dengan niat untuk bersolat telah dihalau oleh pihak berkuasa. Jumlah penyokong BERSIH 2.0 di persekitaran stesen keretapi lama itu semakin bertambah ramai.

MALAYSIANS MOMENT OF TRUTH..YELLOW OF PEACE

Malaysians from all walks of life have travelled a very long road to reach this defining point in our nation’s history. With less than 24 hours to our intended peaceful gathering, our resolve to walk the last, most difficult mile as one united people in pursuit of clean and fair elections and a better Malaysia for all is firmer than ever.
Our reason for gathering is pure and simple – to demand the electoral roll be cleaned, that the postal voting system be reformed, that indelible ink be used, a minimum 21 day campaign period be instated, free and fair access to media for all be provided, public institutions be strengthened, and for corruption as well as dirty politics to be stopped.
The authorities have put obstacle after obstacle where they only needed to provide sincere cooperation to win the trust and confidence of the people. Having faced half hearted offers of stadiums, arrogance regarding meetings as well as denials of permits, arrests, detentions and so much more, we feel that we have done all that is humanly possible to demonstrate sincerity and good faith in dealing with the government – but we have only been met with reversed decisions and stone walls.
There are no walls however, that will arrest the advance of the cause of peace and justice. Come the 9th of July, we will uphold our constitutional right to converge peacefully on Stadium Merdeka in Kuala Lumpur.
No government agency has any right whatsoever to prevent Malaysians from exercising their freedom of movement and access to our capital city. No threat or intimidation can overturn this fundamental truth.
Malaysians have now seen for themselves the degree of paranoia and lack of principled leadership that seems to have gripped the government. It is thus all the more imperative that patriotic Malaysians rise now and take this stand together to save Malaysia from slipping further into this insane darkness.
Since the beginning of Bersih 2.0, we have witnessed nothing but the utmost bravery and commitment to peace and justice demonstrated by ordinary Malaysians from every walk of life. Inspired by this example, the Bersih 2.0 leadership reiterates our own unyielding commitment to our shared cause, and to being at Stadium Merdeka at 2pm tomorrow. We will meet at the carpark, and trust that the doors will be opened for us.
This is Malaysia’s single most important defining moment in recent history, and we are fully confident that the rakyat will heed the call to safeguard the principles Malaysia was founded on and together ensure that we pass down to our children a nation that is just, democratic and united in love for one another.

Released by,
Steering Committee
Coalition for Clean and Fair Elections (BERSIH 2.0)

The Steering Committee of BERSIH 2.0 comprises:
Dato’ Ambiga Sreenevasan (Chairperson), Andrew Khoo, Arul Prakkash, Arumugam K., Dr Farouk Musa, Haris Ibrahim, Liau Kok Fah, Maria Chin Abdullah, Richard Y W Yeoh, Dr Subramaniam Pillay, Dato’ Dr Toh Kin Woon, Dr Wong Chin Huat, Dato’ Yeo Yang Poh dan Zaid Kamaruddin.

July 05, 2011

Jumpa BERSIH 2.0 pada 9 Julai Sabtu ini!!!

Pakatan Rakyat mmengadakan perhimpunan menuntut pilihan raya bersih dan adil atau BERSIH 2.0 di stadium seperti ditawarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najin Razak semalam.Dalam kenyataan bersama Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, Naib Presiden PKR Nurul Izzah Anwar dan Setiausaha Organisasi DAP Teresa Kok, Pakatan terbuka dengan tawaran itu selagi ia menghormati hak rakyat berhimpun secara aman.