SEJAK dari semalam saya menerima tidak kurang 10 SMS yang memaklumkan Tengku Razaleigh Hamzah akan melancarkan sebuah Ngo yang dinamakan Angakatan Amanah Merdeka (Merdeka). Perlancaran itu akan berlangsung di Dewam Aditorium Mermorial Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj Jalan Dato' Onn Kauala Lumpur jam 9:30 Jumaat, lusa.
Sebelum ini saya sudah membuat satu pengeposan dua minggu lalu mengenai sebuah Ngo akan dilancarkan tanpa menyebut namanya dan hanya menyebut ianya dikepalai oleh tokoh politik veteran negara ini.
Tidak ada maklumat lanjut siapakah yang menganggotai Amanah Merdeka ini. Tetapi saya yakin dan percaya mereka terdiri daripada ahli politik Umno yang sudah tidak yakin lagi dengan perjuangan Umno untuk membawa kemajuan dan kesejahtraan kepada negara ini. Mereka juga terdiri daripada para bekas pegawai tinggi kerajaan tidak lagi yakin dengan perjuangan Umno dan juga kepimpinan Najib Razak sebagai PM.
Siapa-siapakah mereka? Memang ada beberapa orang veteran Umno yang bersama Tengku Razaleigh dan menjadi penyokong setianya. Mereka ini termasuklah anak-anak pemimpin Umno yang kini sudah tidak ada lagi percaya kepada Umno yang dilihat sudah jauh menyimpang dan menyeleweng dari prinsip asal perjuangannya.
Persoalannya kini apakah matlamat penubuhan Ngo itu? Apakah ianya akan bergerak menjadi pemangkin kepada Umno ataupun akan bertindak menjadi penentang kepada Umno? Apakah Amanah Merdeka yang dikatakan berpaksi kepada amanah Tunku Abdul Rahman itu akan bergabung dengan pembangkang dalam pilihan raya nanti?
Logiknya mereka, khasnya Tengku Razaleigh tidak akan beriya-iya untuk memimpin Ngo itu kalau bukan untuk memperbetulkan Umno Umno, atau kalau masih sayang dan percaya kepada Umno. Semasa saya mengadakan temuramah khasnya dengan Tengku Razaleigh untuk Siasah, tidak lama dulu beliau sudah memberi gambaran serba sedikit mengenai masa depannya dan ketidakyakinan beliau kepada Umno.
Saya dapat tangkap dari gambaran secara bersiasah itu menunjukkan Tengku Razaleigh tidak akan bertanding atas tikit BN lagi. Beliau seolah-olah memberi gambaran yang beliau sudah tidak menaruh harapan besar lagi kepada Umno sekiranya beliau berhasrat menjadi perdana menteri atau pun kalau ada usaha untuk mendolorkan beliau ke kerusi berkenaan. Justeru satu mekanisme baru perlu dicari sebagai alternatif.
Dalam hal inilah mungkin mereka yang menyokong Razaleigh dan meletakkan harapan besar kepadanya mermelukan sebuah wadah lain dari Umno untuk mencapai tujuan itu. Manakala bagi menyertai Pakatan Rakyat ia dilihat agak kontras dengan jiwa putera raja dari Kelantan itu. Makanya Ngo adalah adalah jalan tengah terbaik dan tidak melampau.
Apapun sama-sama kita tunggu dan lihat sendiri bagaimana suasana pelancaran dan sambutannya nanti pada Jumaat ini. Semua dijemput hadir. Tetapi saya terus terang saya katakan di sini kalau Inchek Ibrahim Ali juga termasuk dalam barisan penting Ngo ini mungkin saya akan membatalkan hasrat kerana kehadiran Ibrahim boleh merosakkan niat yang murni ini.
(sumber SMO)
No comments:
Post a Comment