Ada pihak meramalkan Professor Dr Abdul Aziz Bari akan meletakkan jawatannya di UIA dan menyertai Parti KeADILan Rakyat Malaysia (PKR) tidak lama lagi. Desas-desus ini diperkuatkan lagi dengan tindakan Aziz yang sejak akhir-akhir ini semakin akrab dengan PKR dan PAS. Beliau yang memang sudah lama berani menyertai program-program anjuran PR dilihat tidak kekok jika mahu menyertai politik.
Beliau yang sememangnya dilihat lebih banyak menyokong PR tidak menghadapi masalah untuk menggabungkan diri dengan mana-mana parti dalam PR samada PKR, PAS malah DAP. Pandangan dan kritikan pedas beliau kepada kerajaan menyebabkan beliau sudah 3 kali mendapat surat amaran dari UIA. Terakhir beliau telah digantung dari tugasnya di UIA.
No comments:
Post a Comment