Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said menyeru
rakyat Johor mengundi Pakatan Rakyat pada Pilihan Raya Umum akan datang.
"Saya mengajak semua orang kampung, dan golongan yang teraniaya supaya
bangkit mengundi pembangkang (Pakatan Rakyat)," ujarnya.
A Samad berkata demikian dalam ucapannya di Dialog Masalah Tanah Rakyat
Johor dekat sini.
March 31, 2012
March 28, 2012
Lebih 5,000 Ikuti Ceramah Anwar, Mat Sabu di Taman Kosas, Ampang ~
Lebih 5,000 memenuhi padang bola Taman Kosas Ampang malam tadi @27 Mac 2012 mengikut
ceramah Anwar Ibrahim dan Mohamad Sabu. Turut sama YB Azmin, Yb Zuraida dan Yb Khasim. Walaupun di laman Fb ada gesaan dan ancaman oleh golong tertentu akan bertindak ke atas orang ramai yang hadir ke situ namun ancaman berkenaan tidak dihiraukan.
Antara ancaman yang dibuat oleh pihak tertentu di Fb mengajak orang ramai datang untuk menghalang 'Israel' menjejaki bumi Ampang. "Mari kita ramai-ramai menghalang Isrel daripada memijak bumi Ampang". Begitulah salah satu ancaman yang dihantar ke Fb.
Masih sempat mendaftar sebagai pengundi dalam pilihanraya sebelum 31 Mac ini...
Buat rakyat Malaysia yg blm mendaftar sebagai pemilih, Sabtu 31 Mac 2012 adalah tarikh akhir yg ditetapkan oleh SPR untuk membolehkan anda menjadi pengundi andai PRU ke-13 diadakan pada Jun 2012 dan selepasnya. 3,088,540 rakyat Malaysia yang layak mendaftar belum mendaftar sebagai pemilih. Pendaftaran boleh dibuat dimana-mana pejabat POS yang mempunyai sistem berkomputer.
March 27, 2012
NAJIB MINTA MAAF ATAS KESILAPAN LALU, LIM KIT SIANG PERINCIKAN 12 KESILAPAN NAJIB... SANGGUP KE NAJIB MINTAK MAAF?
Utusan — Ahmad Lutfi Othman
March 27, 201227 MAC — Pengerusi BN, Najib Razak, umpama Santa Claus sekarang, cukup pemurah meskipun kantung negara menipis. Untuk memastikan dia tidak diingati sebagai perdana menteri terakhir daripada Umno, semua sektor masyarakat mahu “dirasuahnya”.
(Menarik bidasan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu: “Rakyat berpendapatan rendah digula-gulakan dengan RM500 sekali bagi sahaja. Pada masa sama, Tajudin Ramli boleh ketawa berdekah-dekah kerana sebesar RM589 juta — hutangnya kepada Pengurusan Danaharta Nasional Bhd — diberikan percuma kepadanya.”)
Sabtu lalu, semasa berkempen di Taman Desa Rhu Sikamat, Seremban, Negeri Sembilan (negeri yang dilihat bakal jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dalam PRU13), Najib menegaskan, beliau akan mengumumkan lebih banyak bantuan kepada rakyat dalam tempoh beberapa minggu akan datang. Tambahnya, antuan itu adalah antara idea baru difikirkan kerajaan, tetapi tidak mahu mengumumkannya sekarang.
Najib juga rela merendah diri, memohon maaf, di atas kesalahan lampau BN walaupun tidak dijelaskan pula apa sebenarnya kesilapan itu. Ya, demi meraih kemenangan dalam PRU13 — ibu segala pilihan raya, yang paling sengit bakal disaksikan — beliau akan menuruti segala cadangan strategis kempen Umno.
Lim Kit Siang memperincikan 12 kesalahan Najib selama 35 bulan menjadi PM, antaranya, merampas kuasa kerajaan Perak; politik hipokrasi mengizinkan ekstrimis perkauman; bertambahnya politik keganasan terhadap aktiviti Pakatan Rakyat; gejala rasuah dan kronisme terburuk; kematian Teoh Beng Hock, Ahmad Sharbani di bawah seliaan SPRM dan kes-kes serupa di bawah jagaan polis; muncul kembali politik Mahathirisme; dan banyak lagi aksi yang melunturkan keyakinan awam terhadap institusi utama negara.
Apakah Najib sedia memohon maaf di atas siri kesalahannya itu? Pastinya tidak, ‘kan?
Dan jangan lupa, untuk mengekalkan Putrajaya, Najib juga sudah berikrar akan mempertahankan simbol kuasa itu, sehingga ke titisan darah terakhir, “walau berkecai tulang dan juga badan, walau bercerai jasad dari nyawa”.
Dalam ucapan di Parlimen, 22 Mac lalu, Kit Siang mengingatkan: “Oleh sebab takut kehilangan kuasa buat pertama kali dalam tempoh 55 tahun sejarah negara ini, PRU13 akan menjadi yang paling kotor, tidak adil, dan tidak demokratik.”
Soalan saya, apakah anda sendiri, terutama aktivis dan penyokong Pakatan, sudah bersedia berdepan dengannya gelanggang paling getir ini dan mungkin menagih korban.
Kalaupun tempoh penguasaan BN mungkin dilanjutkan sepengal lagi, kerisauan Najib tidak mudah padam. Seperti kata Daim Zainuddin, jika prestasi BN tidak bertambah baik berbanding 2008, Najib mesti berundur, menjejaki langkah Abdullah Ahmad Badawi.
Najib terpaksa menelan peluru yang dihalakan kepada Pak Lah selepas BN terlepas lima negeri dan gagal mengekalkan majoriti dua pertiga di Parlimen.
Justeru, Najib kini begitu sibuk menjelajah seluruh pelosok negara, berkempen (juga secara tersirat, mengugut) membeli sokongan rakyat ... sudah pasti atas kapasitinya sebagai perdana menteri, dengan memperkakas segala kemudahan-sumber kerajaan dan menghanguskan dana awam.
Terbaru, 21 Mac lalu, di kampus Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam — menurut akhbar, di hadapan lebih 10,000 mahasiswa — diiringi Menteri Pengajian Tinggi dan yang peliknya turut menyibuk, Noh Omar, Timbalan Pengerusi Umno Selangor ... Najib secara terbuka berkempen untuk BN, sekali gus memburuk-burukkan Pakatan.
“Anda semua boleh memberikan kami kepercayaan untuk memimpin negara ...,” tegasnya sambil menegaskan, terdapat “golongan yang sanggup menjual apa saja termasuk bulan dan bintang serta cakerawala”. Ungkapan sama dihamburkan dalam setiap ceramah politiknya mengasak Pakatan.
Bagi saya, silakan saja Najib dan konco-konconya ke kampus, hatta untuk berkempen politik sekalipun, tetapi benarkan juga pelajar mendengar sudut pandangan berbeda daripada saingan BN.
Biarkan mereka berdebat, berdialog dan berpartisipasi membangunkan negara. Bukankah negara ini mengamalkan demokrasi yang memberi ruang untuk berbeda pendapat?
Jaminan Najib di majlis itu memang mengujakan: “Kita tidak tutup minda, mereka boleh dengar, yang penting sekali siswa boleh buat penilaian ... sebab itu, kerajaan bukan hendak kongkong.”
Soalnya, cuba anda tanya aktivis pelajar dan selami kegiatan di menara gading. Kongkongan ketat masih memagari. Mereka tetap dilayan bagai budak sekolah. Sebahagian tokoh “pembangkang” terus berada dalam senarai hitam yang dilarang masuk kampus sedangkan menteri-menteri BN bebas berkempen semahunya.
(Dewan-dewan sekolah juga menjadi gelanggang utama gelembong dan labun pemimpin Umno terutama di negeri-negeri Pakatan.)
Bahkan, terkini, tarikh pilihan raya kampus dianjak sesuka hati, sejauh bulan September akan datang, juga di atas pertimbangan politik PRU13, dibimbangi memberi kesan buruk kepada regim Najib, meskipun tempoh Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) sudah lama berakhir, seawal Februari lalu lagi.
Juak-juak Umno yang “bengap” — yang menjajah Urusetia Hal Ehwal Pelajar (HEP) — cukup bimbang jika pilihan raya kampus diadakan dalam tempoh terdekat. Mereka bimbang jika kumpulan Pro-Mahasiswa menang, ia akan menyumbang momentum cukup bertenaga sehingga mampu mempengaruhi rakyat untuk menolak BN dalam PRU13 nanti.
Ekoran itu, amarah pelajar tidak dapat ditahan lagi sehingga lapan kumpulan siswa, pada 23 Mac lalu, mahu menyerahkan batu nesan kepada Menteri Pengajian Tinggi di pejabatnya di Putrajaya, sebagai simbolik tanda “kematian demokrasi kampus”.
Difahamkan satu lagi demonstrasi bakal dianjurkan jika pihak universiti gagal memberi alasan munasabah di atas kelewatan itu memandangkan KPT mendakwa mereka menyerahkan isu tarikh pilihan raya kepada kampus masing-masing.
Najib tentunya menyedari faktor kritikal generasi muda ini, terutama yang baru kali pertama akan mengundi. Beliau pasti tidak mudah mengalah dengan hanya menyandarkan kekuatan BN kepada pengundi di saluran satu dan dua. Orang muda juga mahu dirasuahkannya!
Harus diingat, dalam beberapa pilihan raya kecil selepas 2008, ramai juga pengundi muda dilihat menolak Pakatan dan “tertarik” dengan pendekatan kempen BN. Ada aktivis PAS di kawasan pinggir bandar atau pedalaman, yang saya temui, mengakui kesukaran mendekati generasi muda ini, termasuk di negeri yang dikuasai Pakatan.
Oleh itu, Pakatan tidak boleh berasa selesa dengan kecenderungan mengundi anak muda. Selain turun menghayati kompleksiti kehidupan dan merasai degup jantung mereka, sekali gus menawarkan formula penyelesaian, tidak kurang pentingnya tokoh-tokoh muda dan “berjiwa muda” mesti diletakkan sebagai calon PRU13.
Dalam pada itu, portal berita The Malaysian Insider mendakwa BN menyenaraikan lima isu yang perlu diselesaikan bagi mendapatkan sokongan rakyat dalam PRU13, iaitu Pusat Fidlot Nasional (NFC), semakan semula gaji kakitangan awam, pertukaran saham MAS-AirAsia, Lynas dan penyenaraian saham FELDA.
Saya turut difahamkan bahawa isu FELDA perlu ditangani dan dihadam sebaiknya, terutama oleh PAS, bagi menjayakan misinya mendapatkan lebih banyak kerusi Parlimen dalam PRU13.
“Dalam apa keadaan sekalipun, mudah atau payah, pengundi Melayu adalah cabaran utama PAS. Dan masyarakat FELDA merupakan penentu dalam banyak kawasan yang ditandingi PAS,” kata seorang pemerhati politik.
Dalam perkembangan lain, saya cukup tersentuh dengan iklan warna semuka penuh gel mandian Follow Me, yang disiarkan Utusan Malaysia, Jumaat lalu, dalam sisipan Mega, halaman 25.
Ia umpama poster filem lucah!
Lebih teruk muka surat iklan bogel itu bersebelahan dengan kolum “Tafsir al-Quran & Asbabun Nuzul” oleh Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri, ulamak muda yang sering mengisi ruang udara radio Ikim.
“Takkan Utusan dah nazak, takda duit, sebab terpaksa bayar saman malu pemimpin Pakatan?” tanya seorang rakan selepas saya maklumkan iklan itu. “Apa pun, aku dah lama tak baca Utusan,” tambahnya.
Daripada hampir 40 SMS yang saya hantar kepada rakan-rakan, memalumkan kejengkelan saya terhadap iklan lucah itu, rupanya hampir semua mereka sudah tidak membaca Utusan lagi.
Mungkin ada teman-teman yang melihat isu iklan bogel dalam Utusan Malaysia itu “perkara kecil” yang tidak sepatutnya saya singgung di sini, namun saya tetap berdegil untuk mengatakan, hal-hal mungkar ini usah “dibiasakan atau dilazimkan” biarpun dilihat remeh. — harakahdaily.net
WAKTU DULU GAGAL DI TADBIR, SEKARANG BERLIPAT GANDA HASIL PASIRNYA ~ TS KHALID
SHAH ALAM, 26 MAC : Gagal diurus dengan baik sewaktu era Umno-BN, kini hampir semua berjaya ditangani dengan baik oleh Syarikat Kumpulan Semesta Sdn. Bhd (KSSB) sehingga keuntungan perlombongan pasir meningkat sejak di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat(Pakatan).
Bukti ketelusan itu, royalti yang diterima kerajaan negeri meningkat kepada RM32.5 juta untuk tempoh tiga tahun dari 2009 hingga 2011 berbanding hanya RM12.51 juta dari tahun 2005 – 2007 dibawah Umno-BN.
Perkara ini dinyatakan oleh Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika berucap Dewan Plenary, Shah Alam Convention Centre (SACC) hari ini bagi majlis menandatangani kontrak di antara KSSB dan kontraktor-kontraktor yang terpilih bagi melombong pasir di Selangor.
March 26, 2012
PAS ADA BUKTI FELDA GLOBAL RUGI DI LUAR NEGARA !!
KUALA LUMPUR, 26 Mac: PAS hari ini mengemukakan bukti berhubung dakwaan bahawa pelaburan Felda Global Ventures Holdings Berhad (FGVH) di luar negara mengalami kerugian.
Bukti tersebut diperoleh daripada laporan audit FGVNA sehingga 31 Disember 2010.
Pakar ekonomi PAS, Dr Rosli Yaakop berkata, syarikat pegangan pelaburan, Felda Global Ventures North America Sdn. Bhd. (FGVNA) mencatat kerugian sebanyak RM27,576,023 pada 31 Disember 2010 berbanding keuntungan sebanyak RM44,832,558 pada 31 Disember 2009.
Katanya, kerugian itu akibat anak-anak syarikat miliknya di Amerika Utara gagal membayar balik pinjaman yang diberikan sebanyak RM48,173,488.
"Felda telah melabur dana melebihi RM1,000,000,000 di dalam Twin Rivers Technologies Holdings Inc (TRTH) dan anak-anak syarikatnya di Amerika dan Kanada sejak Oktober 2007.
"Berdasarkan dua pengukur prestasi iaitu syarikat rugi dan pinjaman yang diberikan kepada anak-anak syarikat gagal dibayar balik mengikut terma yang dipersetujui dan ini membayangkan prestasi syarikat bermasalah," katanya pada sidang media di lobi Parlimen hari ini.
Rosli juga mempersoal tujuan FGVNA membeli saham TRTH pada harga RM1,567.50 sesaham.
"Kenapa Felda memilih untuk membeli 97 peratus milikan dalam TRTH walhal ia adalah pemain baru dalam bidang oleochemicals yang ditubuhkan pada 1994 dan TRTH bukannya market leader dalam bidang ini?" soalnya yang juga ahli jawatankuasa Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak).
Selain itu katanya, pelaburan yang dibuat FGVNA di Amerika Utara iaitu Amerika syarikat dan Kanada amat besar iaitu berjumlah RM1,255,263,942.
"Apakah pulangan tahun yang diharapkan daripada pelaburan ini? Apakah manfaat kepada peneroka-peneroka Felda daripada pelaburan ini?" soalnya.
Sementara itu, Ahli Parlimen Kubang Kerian, Salahuddin Ayub terus meminta Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan memberi penjelasan berhubung kemerosotan tunai Felda daripada 4.5 bilion pada 2001 kepada 1.2 bilion pada 2005.
"Felda telah ada ibu pejabat tapi beli lagi pejabat di KLCC berharga RM600 juta lebih.
"RM235 bilion dibayar sebelum pembinaanya. Adakah ia dirujuk kepada ahli lembaga pengarah Felda dan adakah pejabat ini yang diperlukan peneroka?
"Datuk Ahmad Maslan kata semuanya untung, tak ada rugi," katanya.
March 25, 2012
BRUCE LEE DALAM KENANGAN ~ EMPTY YOUR MIND LIKE WATER
“Empty your mind, be formless, shapeless - like water. Now you put water into a cup, it becomes the cup, you put water into a bottle, it becomes the bottle, you put it in a teapot, it becomes the teapot. Now water can flow or it can crash. Be water, my friend.”~ Lee Siu Long a.k.a Bruce Lee
March 23, 2012
NAJIB, ANWAR DAN RAJA PETRA BOLEH BERDEBAT ~ WIKILEAKS
KUALA LUMPUR 22 Mac - Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sebelum ini enggan berdebat dengan pengendali portal Malaysia Today, Raja Petra Kamaruddin, hari ini menukar pendirian dan bersedia untuk berbuat demikian termasuk dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
Ketua pembangkang itu berkata, beliau bersetuju untuk berdebat setelah dicadangkan berbuat demikian oleh pengasas WikiLeaks, Julian Assange yang menghubunginya malam tadi.
Menurut Anwar, Assange mencadangkan beliau berdebat dengan Raja Petra dan Najib secara terbuka dan Assange akan menganjurkan debat tersebut secara langsung. Saya telah memberi jawapan untuk bersetuju kepada Assange melalui Twitter," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.
Beliau berkata, Assange tidak memaklumkan mengenai tarikh debat berkenaan, namun, beliau bersedia pada bila-bila masa untuk menyertai debat itu yang boleh diikuti oleh seluruh dunia.
Ketua pembangkang itu berkata, beliau bersetuju untuk berdebat setelah dicadangkan berbuat demikian oleh pengasas WikiLeaks, Julian Assange yang menghubunginya malam tadi.
Menurut Anwar, Assange mencadangkan beliau berdebat dengan Raja Petra dan Najib secara terbuka dan Assange akan menganjurkan debat tersebut secara langsung. Saya telah memberi jawapan untuk bersetuju kepada Assange melalui Twitter," katanya pada sidang akhbar di lobi Parlimen hari ini.
Beliau berkata, Assange tidak memaklumkan mengenai tarikh debat berkenaan, namun, beliau bersedia pada bila-bila masa untuk menyertai debat itu yang boleh diikuti oleh seluruh dunia.
March 22, 2012
NIK AZIZ ~ PATUT RAMAI-RAMAI KELUAR UMNO
KOTA BHARU, 21 Mac: Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik
Mat berpendapat, semua pemimpin Umno beragama Islam sepatutnya sudah lari
meninggalkan Umno sebagaimana Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil.
“Sepatutnya semua orang Umno yang beragama Islam lari dari menyertai
perjuangan kebangsaan,”ujarnya.
Bagi beliau, setelah Umno semakin menyimpang dari perjuangannya, amat wajar
lebih ramai pemimpin Umno keluar parti itu dan bukan hanya Tan Sri Abdul
Kader sahaja.
March 21, 2012
DIMANA SILAP KITA BILA SETIAP 17 MINIT LAHIR ANAK LUAR NIKAH?
Sedarkah anda.
Di Malaysia... Satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat!...ini adalah salah satu petanda akhir zaman iaitu zina bermaharaja lela...
Berdasarkan kepada laporan rasmi, Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) melaporkan terdapat lebih 257,000 sijil kelahiran didaftarkan tanpa ca...tatan nama bapa, sejak tahun 2000 hingga pada bulan Julai 2008. Ini bermakna secara purata, 2,500 kes anak luar nikah direkodkan pada setiap bulan atau 83.3 kes pada setiap hari.
Jika diunjurkan lagi, satu kes pendaftaran anak luar nikah berlaku dalam setiap 17 minit 17 saat! Amat menyedihkan kerana menurut statistik pendaftaran kelahiran kelahiran anak luar nikah dalam tempoh 4 tahun sahaja (1999-2003) 30,978 dari 70,430 (44%) orang bayi tidak sah taraf yang dilahirkan adalah anak orang ISLAM.
Pecahan mengikut negeri: Selangor = 12,836 orang Perak = 9,788 orang Kuala Lumpur = 9,439 orang Johor = 8,920 orang Sabah = 8,435 orang Negeri Sembilan = 4,108 orang Pahang = 3,677 orang Kedah = 3,496 orang Pulau Pinang = 3,412 orang Melaka = 2,707 orang Kelantan = 1730 orang Perlis = 691 orang Sarawak = 617 orang Terengganu = 574 orang JUMLAH = 70,430 orang.
Dimana silap kita sebenarnya??
March 20, 2012
ISTERI DI TUDUH BERKHALWAT DGN DR BADRULAMIN TUNTUT FASAKH DI MAHKAMAH
ROMPIN - Wanita dikaitkan dalam kes khalwat dengan Ahli Majlis Pimpinan
PKR, Dr Badrolamin Bahron menarik balik permohonan cerainya di Mahkamah
Rendah Syariah Rompin, di sini, semalam.
Wanita berusia 28 tahun itu, hadir kira-kira jam 9 pagi berseorangan ke
mahkamah itu untuk membuat tuntutan notis penarikan balik kes tersebut di
hadapan Hakim Syarie, Abu Kassim Pilus.
Bagaimanapun, alasan penarikan tuntutan penceraian tersebut tidak dinyatakan.
Malah, suami wanita terbabit guru berusia 32 tahun tidak kelihatan.
March 19, 2012
March 13, 2012
MALEK NOR BERNIKAH SEMALAM DI KELANTAN
Bekas ahli bina badan negara dan juga pelakon, Datuk Malek Noor, 56, akhirnya selamat bergelar suami kepada Dr Wan Asma Wan Ismail, 52, dengan hanya sekali lafaz. Malek dan Dr Wan Asma telah dinikahkan oleh Wan Ismail Wan Ahmad, 87, (bapa pengantin perempuan) di kondominium, Pusat Dagangan Kelantan (KTC), semalam.
PERSEMBAHAN BADUT DAN MAGICIAN DI SPECTRUM AMPANG
Ayuh beramai-ramai ke
SPECTRUM BANDAR BARU AMPANG..
14 MAC 2012 RABU 9pg ~10mlm
Bersama badut2 dari seluruh lembah klang..
Persembahan magicians, fire eaters....
PERSEMBAHAN KHAS
14 MAC 2012 RABU 9pg ~10mlm
Bersama badut2 dari seluruh lembah klang..
Persembahan magicians, fire eaters....
PERSEMBAHAN KHAS
SHAHRIL dari FUYOO MAGIC
March 07, 2012
MAT SALAI BERI TAKLIMAT KEPADA IBU TUNGGAL DI RAWANG
Satu sesi taklimat keusahawanan wanita telah di adakan pada petang tadi di Gerai MPS, Batu 16, Pekan Rawang bersama penganjur, AE Phoenix Resources dan NGO, Wanita Prihatin Selangor.
Pengarah Urusan Mat Salai Sdn Bhd, Maznah Muhamad berkata, program
dengan kerjasama NGO seperti Wanita Prihatin Selangor itu dapat memberi peluang
kepada golongan memerlukan melalui penglibatan Ibu-ibu tunggal untuk mengikuti
kursus dan mendapatkan kios secara percuma.
Seramai 40 peserta dari golongan Ibu Tunggal telah menyertai sesi taklimat franshise tersebut.
“Mat Salai memberikan kios burger mudah pasang dan mudah alih bersama 50 bahan mentah termasuk peralatan berniaga bagi peserta yang dipanggil mentee untuk menjalankan perniagaan sebaik sahaja selesai kursus. Ia bertujuan meningkatkan taraf hidup, mengurangkan kemiskinan dan menggalakkan perniagaan terutama kepada belia dan Bumiputera,” katanya.
Menurutnya, pihaknya akan memantau perjalanan setiap mentee selain menghantar laporan kepada kementerian setiap dua minggu berhubung kelancaran setiap perniagaan.
“Kita juga tidak teragak-agak menarik balik kemudahan yang diberikan sekiranya mendapati mentee tidak dapat menjalankan perniagaan sepertimana yang dikehendaki,” katanya.
Maznah berkata, peserta OKU, ibu tunggal dan penduduk miskin antara yang terpilih.
Menurutnya, Mat Salai yang ditubuhkan sejak Disember 2007 mempunyai 1200 kios (mentee) termasuk di semenanjung, Sabah dan Sarawak.
Subscribe to:
Posts (Atom)