June 30, 2012

Najib hormat mandat rakyat, bukan tak yakin Beend menang dalam Pru13......

Datuk Seri Najib Tun Razak menegaskan keputusan beliau masih berteka-teki mengenai tarikh Pilihan Raya Umum Ke-13 tiada kaitan dengan persoalan tidak yakin Barisan Nasional (BN) akan menang sebaliknya ia demi menghormati mandat selama lima tahun yang diberi rakyat kepada Kerajaan Pusat.

June 29, 2012

SPRM BERAT SEBELAH AEMNO.....YB ZURAIDA


SPRM berat sebelah siasat pendedahan Rafizi

KUALA LUMPUR 28 Jun: Ketua Wanita KEADILAN, Zuraida Kamarudin mempersoal tindakan pantas Suruhanjaya
Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menyoal siasat Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli Rafizi ekoran pendedahan campur tangan Perdana Menteri dalam projek LRT Ampang bernilai RM1 bilion.
“Belum ada laporan polis pun, baru pendedahan sahaja tapi SPRM tanpa bertangguh cepat saja datang menyiasat,” kata Ahli Parlimen Ampang itu.
Zuraida turut menyifatkan tindakan yang kononnya efisyen itu sebagai berat sebelah terutama bila melibatkan pemimpin Umno.
“Walaupun tindakan pantas itu wajar dipuji tetapi mengapa hanya bila melibatkan satu pihak sahaja?” soalnya.
“Kes (Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah) Datuk Shafie Apdal dah berapa kali desak agar disiasat, tapi ada saja alasan…tak cukup buktilah, saksi dan bermacam lagi alasan,” kesal Zuraida.
“Kalau beginilah sikap yang ditunjukkan SPRM, mereka patut terima dan tak perlu melenting bila rakyat menggelar mereka ‘kuda tunggangan’ Umno,” tegasnya.

Empat pegawai suruhanjaya itu mengambil keterangan Rafizi selama 15 minit di ibu pejabat KEADILAN di Petaling Jaya
kira-kira jam 8.00 malam semalam.Peguam Rafizi, N Surendran berkata, siasatan berkenaan bertujuan memastikan pendedahan Rafizi di sidang medianya pagi itu.
Beliau mendedahkan Datuk Seri Najib Razak telah campur tangan dalam proses pembidaan untuk projek kerja-kerja sambungan LRT tersebut.

IPO FGVH AKAN ALAMI NASIB SAMA MACAM IPO FACEBOOK?? ATAU LEBIH TEROK??



Dr Dzulkefly Ahmad

Meskipun kerajaan sangat berbangga dengan menyebutkan bahawa saham FGVH yang akan disenaraikan atau diapong, telah lebih dilanggan (oversubscribed) sebanyak 17 kali sebelum IPO atau pensenaraiannya hari ini, saya pernah membuat ramalan bahawa pelabur institusi (institutional investors) tidak akan mahu kekal sebagai pelabur jangka panjang khasnya kerana beberapa informasi khususnya tentang usia pokok FELDA yang akan memerlukan tanaman semua hampir lebih dari 50 peratus beserta dengan perbelanjaan kos yang besar.
Telahan saya ini semacam disahkan apabila Jurnal Wall Street (WSJ) semalam, membuat ramalan bahawa pelabur tidak mahu kekal dalam jangka waktu panjang sebab tahap pengeluaran dan unjuran pegeluaran CPOnya adalah rendah berbanding dengan pesaing-pesaingnya. FELDA adalah pengeluar CPO yang ketiga di dunia.

WSJ merakamkan pendedahan FELDA, dua hari sebelum IPOnya tentang penurunan keuntungan sebanyak 50 peratus dalam suku tahun yang pertama adalah sangat mengejutkan berbeda dengan apa yang disebutkan dalam prospectus pensenaraian FGVH. Sementara prospectus merakamkan permintaan global minyak makan dan lemak (fats) meningkat 4.2 peratus (produk utama minyak kelapa sawit), WSJ mempertikaikan bagaimana pertumbuhan yang baru dilaporkan oleh FELDA hanya mampu menunjukkan pendapatan sebanyak 1.8 peratus sahaja.
FELDA telah memberi alasan yang cukup meleset kerana menyalahkan tentang kos bayaran yang lebih untuk CPO atau minyak sawit mentahnya berbanding pesaingnya. Alasan ini diremehkan oleh Jurnal ulung itu sebagai satu kelemahan pihak pengurusan yang sepatutnya tahu tentang kedudukan pokok sawitnya.
Maklumat seperti ini yang datang kemudian tidak dapat menyuntik keyakinan pelabur diambang pensenaraian FGVH ini seperti juga ia tidak akan menggalakkan pelabur untuk terus kekal bersama mereka mengikut ramalan WSJ itu.
FGVH adalah pensenaraian kedua terbesar selepas Facebook yang menjana US$16 bilion (RM51 bilion). Seperti juga Facebook, FGVH kini ditakuti akan mengalami nasib yang sama.
Untuk pengetahuan umum, Facebook sehingga hari ini masih mengalami kesan IPO atau pensenaraiannya yang penuh dengan kontroversi. Facebook berdepan dengan beberapa tindakan mahkamah oleh beberapa pemegang saham Facebook dan pelabur institusi yang mendakwa bahawa Facebook tidak mendedahkan kedudukan kewangannya yang sebenar dan juga membuat pendedahan secara selektif kepada beberapa pelabur akan maklumat tertentu.
Nasdaq (Bursa Saham New York) masih bergelut dengan dakwaan atau lawsuit ini. Penanggung utama (lead arranger) dalam pensenaraian Facebook iaitu Morgan Stanley didakwa mendapat informasi kewangan yang tidak diberikan (disclosed) kepda semua pihak dalam prospecktus. Di katakan bahawa harga US$38 kekal pada berapa hari selepas IPO kerana saham-saham yang dijual dibeli saham-saham itu oleh beberapa penanggung utama seperti Goldman Sachs, JPMorgan dan Bank of America.
Saya khuatir IPO FGVH akan mengalami nasib yang sama khasnya kerana pensenaraian ini adalah lebih kontroversi lagi dari Facebook. Bayangkan apabila pemegang saham antarabangsa  tahu cerita tentang segala kontroversi perihal lantikan pengerusi, tribunal, dakwa-dakwi dan segala yang dilalui pahit maung dalam IPO FGVH ini.
Kita perlu ingat terkadangkali ada pelabur-plabur “asing” yang lebih menitikkan-beratkan juga hal-hal moral-etika (seperti tuntutan pertumbuhan mapan-hijau, mesra alam, mesra binatang dll) dan aspek  komplian dalam peraturan menulis prospektus seperti tuntutan ketelusan atau “disclosure” seperti disaksikan dalam IPO Facebook.
Apakah semua karenah yang dilalui Facebook akan juga dilalui FGVH termasuk harga saham dan keyakinan pelabur-pemegang saham dan dakwa-dakwi mahkamah nanti? Mungkin tidak seteruk Facebook tetapi hanya Allah yang lebih tahu dan masa akan menentukan!

June 28, 2012

Peneroka dapat berapa saham, DS Isa Samad dapat 180 ribu saham .....



Pesuruhjaya PAS Pahang yang juga Ketua Penerangan PAS Pusat, Dato Tuan Ibrahim Tuan Man mendedahkan bahawa Ahli Lembaga Pengarah Felda mendapat saham ratusan ribu seperti di bawah :-
1) Dato Seri Isa Samad - 180,000 unit
2) Dato Sabri Ahmad - 180,000 unit
3) Dato Amir - 150,000 unit
4) Dato Omar Salim - 150,000 unit
5) Dato Yahya Abdul Jabar - 150,000 unit
6) Dato Shahril Redzuan - 150,000 unit.


Mereka ini kaya raya dalam sekelip mata jika saham naik.
Setiap peneroka dapat berapa unit?????????????

FGVHB muncul di Bursa Malaysia dgn harga RM5.41

 Pengendali minyak sawit ketiga terbesar di dunia, Felda Global Ventures Holdings Bhd, membuat kemunculan sulungnya di Bursa Malaysia hari ini pada harga RM5.39 dengan premium 84 sen berbanding harga tawaran RM4.55 sesaham. Semasa dibuka, kira-kira 5,000 lot bertukar tangan. Pada jam 9.14 pagi, ia meningkat kepada RM5.41. — Bernama

Tergamak kata TG Nik Ajis Tokguru Kafir ~ Hairie Othman


By Hairie Othman
Saya sungguh terharu apabila diraikan oleh TGNA secara peribadi dan tertutup disebuah hotel sebentar tadi, makan tengahari bersama beliau beralaskan surat khabar saja..seorang ulamak dan juga menteri besar Kelantan..bagaimana tergamak kita berkata beliau Tok guru kafir..? Beliau banyak menjelaskan tentang perjuangan berlandaskan Islam, bukan bangsa..alhamdulilah!

June 20, 2012

SALURAN TV IMPIAN UNTUK RAKYAT SELANGOR, MULAI ISNIN DEPAN !


KUALA LUMPUR: Rakyat negeri Selangor boleh mendapatkan dekoder TV Impian yang akan mula dijual pada Isnin minggu depan dengan harga RM499.

Menurut Penyelaras TV Impian Ir. Izham Hashim, TV Impian tidak mengenakan sebarang caj sampai bila-bila malah para pelanggan hanya membayar untuk harga dekoder sahaja.

"Yang penting kena sediakan internet untuk penyambungan. Apa yang lebih hebat siaran tidak akan ada sebarang gangguan. Kalah Astro," katanya kepada Harakahdaily. 

Apa yang lain dari yang lain mengenai TV Impian ini, Izham berkata sumber yang diperoleh adalah dari pelbagai sumber rakyat.

"Sebab itu kita namakan TV Impian, di belakang semua rakyat yang terlibat. TV ini sebagai platform untuk rakyat terlibat sama ada dari segi ide, gambar atau video," katanya.

Sebanyak lima saluran televisyen disediakan iaitu saluran satu akan memuatkan saluran berita dan ulasan, Saluran dua akan menyiarkan siri dokumentari seperti Lynas, Bersih, siasatan rakyat, saluran tiga lebih kepada ilmu pengetahuan seperti debat, ceramah kuliah Azhar Idrus, saluran berbentuk hiburan dan filem-filem yang sihat dan saluran lima lebih kepada aneka bahasa dan etnik Melayu, Cina, India, Iban dan Kadazan. 

Katanya, Kerajaan Selangor telah menempah 1000 unit dekoder untuk diagihkan di seluruh negeri itu. 

Bagaimanapun, katanya pusat operasi TV Impian adalah di alam maya dan lebih 30 sukarelawan di seluruh Malaysia akan terlibat dalam operasi saluran ini. 

TV ini diwujudkan bagi memberi peluang kepada rakyat Selangor untuk mendapat maklumat tepat yang tidak disiarkan media kerajaan. Bersaing untuk pilih pemimpin yang betul.

Justeru katanya orang ramai yang mahu mendapatkan dekoder TV Impian boleh berhubung dengan Isma Ali di talian 0192825716 atau emelkan kepadaimpiantv2012@gmail.com.

Terdahulu, Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang melancarkan stesen TV berasaskan internet dan sekaligus mengajak semua ahlinya bersaing untuk mengajak rakyat memilih pemimpin yang betul.

Pelancaran stesen TV Impian itu dibuat beliau di majlis penutup Himpunan Hijau Menuju Putrajaya 1 peringkat negeri Selangor.

June 17, 2012

Mangsa banjir Batang Kali terima bantuan dari MB


HULU SELANGOR, 16 JUN : Seramai 719 orang penduduk di 10 buah kampung kawasan DUN Batang Kali hari ini menerima sumbangan bantuan banjir daripada Kerajaan Negeri.
Seorang penerima dari Kampung Penjuru, Ng Tong Bit, 82, mengucapkan terima kasih di atas sumbangan tersebut sambil menyatakan ia sedikit sebanyak dapat membantu kos kerugian yang ditanggungnya.
“Saya gembira dapat menerima bantuan ini kerana kita orang miskin dan memerlukan bantuan untuk membaiki rumah,” katanya apabila ditermui.
Majlis pemberian sumbangan itu dihadiri Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bersama Exco-exco Selangor iaitu Dr. Xavier Jayakumar dan Rodziah Ismail di Dewan Orang Ramai Kampung Sekolah, Batang Kali di sini.
Turut hadir Yang Dipertua Majlis Daerah Hulu Selangor, Tukiman Nail serta Pegawai Daerah Hulu Selangor, Norhisyam Ahmad Dahlan.
Abdul Khalid di dalam ucapannya turut menyatakan Kerajaan Negeri telah memperuntukkan RM 3 juta bagi setiap daerah bagi tujuan kecemasan.
“Kita menyediakan peruntukkan untuk diagihkan tanpa sebarang birokrasi di setiap daerah apabila berlaku sesuatu bencana,” katanya.
Seorang lagi penerima, Abdul Aziz Lamon, 68, menyifatkan banjir yang berlaku itu adalah yang terburuk sepanjang beliau duduk di situ.
“Kawasan ini pernah banjir namun ianya tidaklah seteruk kali ini dan saya tidak dapat menyelamatkan apa-apa barang termasuk barang-barang keperluan sekolah anak-anaknya,” katanya sambil mengucap terima kasih kepada Kerajaan Negeri.

June 15, 2012

Himpunan Oren Selamatkan Felda 14 Julai ~


Demo ‘Himpunan Oren Selamatkan Felda’ 14 Julai

Demontrasi besar-besaran yang akan diketuai Mohammad Sabu dan turut dihadiri Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
PUTRAJAYA: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) menganjurkan ‘Himpunan Oren Selamatkan Felda’ pada 14 Julai depan bagi membantah penyenaraian Felda Global Ventures Holdings (FGVH) ke Bursa Saham.
Pengerusi Anak Mazlan Aliman berkata, peserta akan berkumpul di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan kemudiannya berarak sejauh 2kilometer menuju ke Istana Negara bagi menghantar memorandum memohon supaya Yang di Pertuan Agong (YDPA) campur tangan isu FGV.
Menurutnya, demontrasi besar-besaran yang akan diketuai Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu dan turut dihadiri Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang mula berarak selepas selesai menunaikan solat Zohor dan solat hajat.
“Kita sudah menjemput beberapa badan bukan kerajaan (NGO) termasuk Bersih, Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), mansuh Pengajaran dan
Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI), NGO Felda,” katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mensasarkan penyokong sekurang-kurangnya 20,000 peserta, Mazlan berkata pihaknya turut menjemput parti politik Pakatan dan Barisan
Nasional (BN) sama-sama menyertainya kerana ia isu yang membabitkan masa depan peneroka.
“Peserta yang mahu menyertai perhimpunan itu nanti boleh memakai pakaian berkonsepkan warna oren yang melambangkan Felda,” katanya.
Katanya, Anak kini sedang giat mengadakan roadshow memberi penerangan kepada peneroka dan generasi kedua Felda mengenai risiko penyenaraian FGV.
Sebelum itu, Mazlan bersama wakil peneroka hari ini hadir ke Pejabat Perdana Menteri di sini menghantar notis kepada Datuk Seri Najib Tun
Razak menuntut supaya memohon maaf kerana mengungkap perkataan ‘haram jadah’.
Notis itu menganggap Najib semasa menyebut ‘haram jadah’ di Jengka 8, Pahang pada 8 Mei lalu itu boleh membawa maksud anak luar nikah, anak tidak sah taraf, pengkhianat, jenis tak tahu malu, tidak setiua dalam perjuangan, tak jujur, dan tak layak terima durian runtuh.
“Datuk Seri dikehendaki memohon maaf secara terbuka mengikut teks yang akan disediakan oleh kami dihadapan warga peneroka Felda Jengka 8 dan bayar pampasan ganti rugi sebanyak RM10,000 setiap satu klien kami dalam tempoh 48 jam dari tarkikh terimanya surat ini kerana telah mendatangkan keaiban, kerosakan dan kerugian kepada klien-klien kami.
“Kegagalan Datuk Seri untuk berbuat demikian akan mengakibatkan tindakan undang-undang diambil terhadap Datuk Seri menuntut jumlah
yang dinyatakan termasuk ganti rugi teladan, teruk, kos dan faedah tanpa sebarang rujukan kepada Datuk Seri,” notis tersebut dipetik.
Notis itu diserahkan kepada Setiausaha Sulit Kanan Perdana Menteri, Saiful Azhar petang tadi.

DS Nizar janganla kecik hati......

DS Nizar~  jangan kecik ati, bila masuk AEMNO pas tu nak cakap apa pun pada raja dan Sultan, UMNO, Sultan dan PDRM, apa pun tak bunyi,  tak akan bising dan siasat punya... jom berubah..

June 14, 2012

Daulat tuanku...


JOHOR BHARU - 'Dia Kena Minta Maaf Dengan Seluruh Rakyat Johor' - Titah Sultan Johor. Sultan Ibrahim Ismail Ibni Almarhum Sultan Iskandar semasa merasmikan pembukaan Dewan Undangan Negeri Johor pagi ini. Sultan Johor bertitah adalah tidak perlu untuk memberi publisiti kepada semua apa yang baginda telah lakukan untuk kebajikan. Sultan Ibrahim Sultan Iskandar bertitah baginda sentiasa menggunakan saluran yang betul untuk melakukan sesuatu.

Karena kapoor boleh jadi heroin dalam filem NFC utk watak Shahrizat .....

Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli berkata, rancangan untuk menerbitkan filem mengenai Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Jalil dan isu National Feedlot Corporation (NFC) kini dalam perbincangan bersama pengarah filem Hishamuddin Rais.

Menurut Rafizi, beliau mencadangkan agar genre filem pendek itu adalah komedi.

"Bagi saya politik ini kalau ceramah, serius, bosan. Saya nak lebih daripada ceramah. Politik ini mesti ada satu nilai artistik.



"Filem ini mungkin selama 45 minit dan akan pastikan supaya lebih kepada komedi dan seninya bukan terlalu banyak mesej politik. Soal siapa pelakonnya, saya serah pada Hisham (Hishamuddin)," kata Rafizi (atas).

Dalam temubual dengan saluran atas talian Radio Bangsar Utama malam tadi, Rafizi ketika ditanya mengenai risiko perundangan sekiranya filem itu diterbitkan tidak menolak kemungkinan itu.

Bagaimanapun, katanya, ia bergantung kepada pihak tertentu yang merasakan filem itu ada unsur fitnah atau tidak.

"(Risiko perundangan) mungkin. Bergantung macam mana... sudah tentu filem itu fiksyen semata... tak ada kaitan hidup mati. 

"Tapi bergantung pihak tertentu merasakan ada unsur fitnah mereka atau tidak. Kita perlu teliti biar ia betul-betul berasaskan fakta," katanya lagi. 

Idea membawa isu panas itu ke layar perak diumumkan Rafizi dalam ceramahnya di Kuala Lumpur malam kelmarin.

Selain bergiat dalam aktivisme mahasiswa dan BERSIH, Hishamuddin (gambar atas, berbaju hijau) juga terkenal sebagai pembikin filem dan pernah mengajar mahasiswa perfileman di beberapa institusi pengajian tinggi negara ini.

June 13, 2012

Khianat kepada rakyat jika buat pilihanraya masa musim haji ~ Nik Mohd Abduh Nik Aziz



KUALA LUMPUR: Pilihanraya pada musim haji adalah satu pengkhianatan terhadap rakyat di dalam menunaikan hak mereka sebagai seorang muslim yang beriman, demikian tegas Timbalan Ketua Pemuda PAS Malaysia Nik Mohd Abduh Nik Aziz.

Katanya, ibadah haji boleh ditangguhkan oleh kehadiran kewajiban lain yang perlu disegerakan dan disempitkan terhad waktunya seperti pilihanraya.

Bahkan katanya, asasnya orang muda yang berkemampuan berhak memilih tarikh hajinya sendiri dengan keluasan masa kurniaan Allah.

Tambahnya, kerajaan mestilah mempertegaskan secara pasti bahawa pilihanraya tidak akan diadakan pada musim haji demi keselesaan rakyat menetapkan tarikh ibadah haji masing-masing.

"Oleh kerana tarikh pilihanraya yang samar disebabkan was-was seorang perdana menteri, PAS mencadangkan bukan mewajibkan umat Islam agar memilih untuk menangguhkan haji jika wujud kebarangkalian berlakunya pilihanraya pada musim haji iaitu Oktober dan November nanti," katanya.

Katanya, undi adalah satu persaksian atau syahadah di hadapan Allah bahawa setiap muslim wajib memilih Islam sebagai satu ugama dan cara hidup yang tidak mungkin ditinggalkan.

Malangnya, kata beliau Umno melihat sebaliknya bahkan undi boleh dibeli dengan sekampit gula demi survival sekularisme.

Tegasnya, PAS melihat penyertaan rakyat dalam pilihanraya adalah satu kewajiban agama yang mesti ditunaikan.

Manakala Umno pula, katanya, melihatnya sebagai satu kewajiban warganegara yang tidak sama dengan kewajiban agama.

"Umno terus dengan otak sempitnya, melihat urusan politik dan kepimpinan negara sebagai terpisah daripada ugama," katanya di laman Facebooknya.

Justeru, baginya isu ini satu perbahasan hukum yang menarik untuk memahamkan masyarakat Islam mengenai hukum mengundi dalam pilihanraya umum untuk memilih kepimpinan negara.

"Kerajaan jangan asyik menghina diri sendiri dengan mengugut rakyat dengan kemungkinan kuota haji ditarik balik kerana aksi berani anak-anak muda menolak politik kotor umno di tanah suci umat Islam dengan peragaan baju Bersih," katanya.

Harakah Daily

Menantu aib kan Najib, malu lagi di persada antarabangsa

Dewan Pemuda PAS Malaysia (DPPM) merasa dukacita dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung dakwaan bahawa bakal menantunya Daniyar Nazarbayev terlibat dengan penipuan. Ini ekoran pendedahan dokumen oleh mahkamah Amerika Syarikat mengenai Daniyar yang didakwa menipu bapa tirinya seunit kondominium bernilai AS$20 juta (RM62 juta) dan memasuki Universiti Columbia menggunakan dokumen palsu. Jika benar dakwaan ini, DPPM merasa sedih kerana PM Malaysia begitu banyak diaibkan di peringkat antarabangsa. Sudahlah diri beliau dikaitkan dengan skandal rasuah pembelian kapal..

June 12, 2012

DS Anwar di Taman Seraya, Pandan malam ini

Siri Jelajah Dato' Seri anwar Ibrahim ke Parlimen Pandan Merdeka Rakyat 12 Jun 2012 (Selasa) 9.00 – 12.00 Malam – Ceramah Perdana – Merdeka Rakyat 

Lokasi: Padang Taman Seraya, Ampang 

Penceramah: i. YB Datto' Seri Anwar Ibrahim ii. YB Azmin Ali iii. YB Ir. Iskandar Abdul Samad iv. YB Tony Pua Kiam Wee v. YB Jenice Lee Ying Ha vi. YBhg Rafizi Ramli

June 10, 2012

PTPTN HASIL DUIT RAKYAT UNTUK RAKYAT ~ ANWAR


anwar ibrahim ceramah kajang 090612
Datuk Seri Anwar Ibrahim sekali lagi mengulangi pendiriannya untuk membatalkan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) jika berjawa menawan Putrajaya dalam pilihan raya umum akan datang.

Ketua pembangkang berkata, Pakatan Rakyat mampu berbuat demikian kerana negara mengaut hasil minyak sebanyak RM80 bilion, sedangkan tanggungan kos PTPTN hanya RM5 bilion.
"Tapi Najib kata, RM80 bilion tolak RM5 bilion jadi bankrap," katanya sambil diiringi ketawa hadirin dalam ceramah di di Stadium Kajang malam tadi.
Lebih 5,000 hadirin membanjiri majlis ceramah Merdekakan Rakyat di stadium tersebut.
Turut hadir dalam ceramah tersebut beberapa pemimpin Pakatan antaranya Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan Ng Suee Lim dan anggota jawatankuasa pusat PAS Dr Mujahid Yusuf Rawa dan Pengerusi Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Badrul Hisham Shaharin.

June 09, 2012

Alfatihah kpd Koperal Mustaghni Tabri yg menemui ajal ketika bertugas dlm operasi lumba haram...


nggota Pasukan ??

Foto Hiasan


Alfatihah buat Koperal Mustaghni Tabri, anggota polis yang menemui ajal setelah cedera parah ketika bertugas di satu operasi lumbaharam baru baru ini.

First of all, wa memang tak suka nak memperkatakan tentang mat rempit, langsung tak berminat kerana walaupun apa kategori diowang, asalkan merempit, wa memang tetap pandang tahap  biawak je la. 

Kedua, takziah  buat keluarga allahyarham dan wa taknak komen lelebih tentang apa saja komen yang timbul dari keluarga allahyarham tentang kejadian dan suspek pelaku yang membawa kepada tragedi atas mangsa lantaran mafhum tentang kesedihan yang sedang ditanggung oleh mereka.

Apa yang wa nak perkatakan kat sini, adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Selangor, Datuk Tun Hisan Tun Hamzah :

"Siasatan mendapati Koperal Mustaghni dicederakan bukan akibat langsung terkena pukulan helmet tetapi terkena lontaran satu objek yang dipercayai dilakukan seorang koperal lain dalam pasukan polis yang menjalankan operasi pada malam tersebut."

"Kita telah menjumpai beberapa objek dan sedang menunggu keputusan laporan forensik untuk menentukan mana satu objek yang menjadi suspek," kata Tun Hisan pada satu sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Daerah Klang Selatan di sini, hari ini. Baca lebih lanjut dari sumber
Isu ini pada awalnya telah disebarluaskan dengan meletakkan kesalahan keatas mat rempit yang terbabit yang dikatakan telah memukul mangsa dengan menggunakan helmet ketika cubaan mengelak dari ditahan, namun akhirnya didapati mangsa telah terkena balingan objek dari rakan setugasnya sendiri.

Apakah SOP yang digunapakai oleh polis yang melakukan operasi sehingga perlu membaling objek yang boleh mendatangkan kecederaan malahan boleh membawa maut. Ianya adalah sesuatu perkara yang langsung tidak boleh diterima walaupun keatas nyawa mat mat rempit. Nyawa bukan sesuatu yang murah dan boleh diperlakukan sedemikian rupa. 

Dalam kebanyakan kes, mangsa bukanlah penjenayah berbahaya dan cuma mengelak dari ditahan kerana beberapa sebab kesalahan jalanraya termasuk lumba haram. 

Rujuk 2 kes :


Mungkin ada yang akan mempertikaikan sebaliknya kerana ia juga terkadang ada melibatkan nyawa anggota polis yang nyaris dilanggar ketika melakukan sekatan, namun adakah langkah langkah keselamatan ketika membuat operasi telah mengikut prosedur yang telah ditetapkan? Wa percaya, jika sekatan yang dibuat mengikut tatacara panduan yang sah, banyak kejadian yang tidak diingini dapat dielakkan. 

Walau apa pun wa setuju polis hanya menjalankan tugas sebagaimana yang diperuntukkan undang undang demi keselamatan pengguna jalanraya yang lain, namun wa masih dengan harapan agar polis lebih banyak mempertimbangkan budi bicara berbanding dengan tindakan secara melulu. 
Sumber ~ rakyat marhaen

June 06, 2012

Yb Kamal kena jawab isu laptop 1msia di Hulu Sgr...

‎[HULU SELANGOR: Hulu Selangor parliamentarian, P Kamalanathan has much explaining to do as to over why he distributed 1Malaysia laptops which were meant for students in his constituency, to local MIC leaders and media members. Alleging abuse, PKR leader K Vasantha Kumar said a parent whose application for the laptop was rejected twice had approached him demanding an explanation. The parent had told Vasantha Kumar that Kamalanathan had given away laptops to the MIC’s leaders and reporters at a function held last Saturday. “I was told the laptops were presented to them to kick-off the election machinery in the constituency towards to 13th general election. “The parent who complained was frustrated. He said he had applied for the laptop for his daughter twice and was rejected. “They were angry. The laptops are meant for students to help promote ICT and help improve broadband penetration in the country, ” he told FMT.]

Boleh pulak harga minyak RON97 turun 10 sen mulai esok.....

- Kerajaan hari ini bersetuju supaya harga jualan runcit petrol RON97 bagi bulan Jun 2012 dikurangkan 10 sen seliter, iaitu kepada RM2.80 seliter daripada RM2.90 seliter berkuat kuasa mulai 7 Jun 2012. Dalam satu kenyataan hari ini, Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah berkata penurunan itu berikutan harga purata minyak di pasaran bagi Mei 2012 telah menurun.

Mana nak letak muka lagi bila dua ahli panel Hanif letak jawatan...

*KUALA LUMPUR: *Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamudin Husein tidak wajar melancarkan perang video tetapi sewajarnya membubarkan Panel Hanif selepas dua anggotanya meletakkan jawatan. Langkah ini perlu dibuat Hishamudin selepas perletakan jawatan bekas Ketua Hakim Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim dan Pengurus Besar Hal Ehwal Korporat Petronas Datuk Medan Abdullah yang telah menarik diri daripada keahlian panel itu.

June 04, 2012

UMNO AMPANG JUAL REZAB TANAH MELAYU AMPANG...

KUALA LUMPUR 4 Jun: Jika sebelum ini, heboh diperkatakan Umno Selangor menjual tanah rezab Melayu di negeri itu sehingga tanah milik Bumiputra habis tergadai kerana kerakusan mereka mentadbir.
Namun ternyata semakin lama Pakatan Rakyat (PR) memerintah, sedikit demi sedikit ‘dosa’ Umno berjaya dibongkar.
Terbaru, Ahli Majlis, Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), Razali Ramli, tampil mendedahkan di sebalik kemegahan bangunan pejabat Umno Ampang, rupa-rupanya ia dibina atas tanah milik Sekolah Agama Kampung Melayu Ampang.

Menurut Razali, bangunan itu kemungkinan dibina melebihi hingga ke tapak tanah sekolah kerana ianya berhampiran.
“Meskipun saya tak dapat berikan jawapan adakah benar tapak bangunan Pejabat Umno yang didirikan atas tanah rizab sekolah agama, tetapi saya yakin memang ada sesuatu luar biasa di situ.
“Jika dapat dibuat dengan bantuan Pejabat Tanah, saya percaya kita dapat leraikan isu ini,” katanya dilaporkan TV Selangor.
Bagaimanapun, beliau hairan bagaimana MPAJ boleh meluluskan pelan pembinaannya walaupun meragui status tanah tersebut.
“Walaupun rata-rata penduduk setempat memang tahu kawasan itu dikhaskan untuk tapak sekolah, tetapi masalahnya saya percaya kerajaan negeri dahulu tidak pernah mewartakan dengan rasmi bahawa tanah tersebut adalah rizab untuk sekolah,” ujarnya.
Sekolah Agama Kampung Melayu Ampang siap dibina sekitar tahun 2006 manakala pembinaan Pejabat Umno Ampang pula siap dibina kira-kira setahun selepas projek pembinaannya terhenti beberapa kali.
Bagi menjawab dakwaan itu, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin menggesa siasatan dijalankan dengan segera.
Kata beliau, siasatan itu bagi membuktikan sama ada benar atau tidak dakwaan tersebut seperti dilaporkan oleh Razali.
“Memang kena siasat segera, kita tidak mahu tanah rezab sekolah diambil oleh Umno Ampang.
“Jika dibiarkan, kita tidak akan tahu benar atau tidak dakwaan itu. Tiada apa yang akan disorokkan jika tanah itu memang milik sekolah selepas siasatan,” kata Ketua Wanita KEADILAN itu kepada Keadilan Daily.
Bagaimanapun, beliau tidak terkejut jika dakwaan itu benar kerana sudah menjadi amalan Umno apabila berkuasa, mereka akan berbuat apa sahaja tanpa memikirkannya.
“Kita memang jangkakan perkara seumpama ini boleh berlaku. Selama mereka (BN) tadbir Selangor, sudah banyak tanah rezab pun dijual mereka bagi dapat keuntungan atas angin.
“Jika betul, kita akan ambil tindakan sewajarnya bagi menghukum ‘pencuri’ ini kerana melibatkan hak awam,” ujar Zuraida

June 01, 2012

MUNAJAT DAN HIMPUNAN HIJAU MENUJU KE PUTRAJAYA ~ 1 JUN 2012

Firman Allah :وَأَعِدُّواْ لَهُم مَّا ٱسۡتَطَعۡتُم مِّن قُوَّ ة


Dan sediakanlah untuk menentang mereka (musuh yang zalim) dengan apa-apa

jenis kekuatan yang mampu kamu sediakan (al-Anfal: 60) 1. Mukadimah

PAS menyertai PRU ke-13 ini bersama-sama Pakatan Rakyat (PR) dengan

matlamat untuk membentuk kerajaan yang dapat menunaikan amanah dengan baik

berpandukan petunjuk Allah, dengan menumbangkan Barisan Nasional (BN),

seterusnya mendirikan sebuah pemerintahan yang adil dan mendapat keredhaan

Allah s.w.t., insyaAllah.