March 28, 2013

BIJAKNYA NAJIB, PRU13 AKAN DIADAKAN GENAP 5 TAHUN AKHIRNYA



Lebih baik bubar automatik

Ketika orang ramai sedang berteka teki mengenai tarikh pilihan raya, jadual PM padat dengan program bertemu rakyat.



































DENGAN Dun Negeri Sembilan terbubar dengan sendirinya hari ini, tinggal 11 negeri lagi, kecuali Sarawak dan Parlimen, yang masih belum dibubarkan.

Rakyat kini boleh mengira dengan sendiri detik 30 hari bermula hari ini sehingga tarikh pembubaran secara automatik bagi Parlimen Malaysia pada 28 April 2013.

Jika ini berlaku, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan menjadi pemimpin negara pertama yang membiarkan Parlimen terbubar dengan sendirinya dan menggunakan sepenuhnya mandat lima tahun yang diberikan.

Ini kerana walaupun sebelum ini negara pernah mengalami tempoh pemerintahan lima tahun iaitu dari 1969 sehingga 1974, namun ianya berlangsung secara tidak normal kerana Parlimen pernah digantung akibat tragedi rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.

Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Mohamad Hasan, turut berpandangan Parlimen yang terbubar sendiri boleh dijadikan amalan kerana mempunyai implikasi positif, terutama dari segi pembangunan negara.

Ini kerana kaedah itu dapat mengelakkan spekulasi tarikh pilihan raya umum (PRU) yang sedikit sebanyak merencatkan kegiatan pelaburan di negara ini, khususnya.

"Pada saya cakap-cakap pasal pilihan raya ini tidak baik kerana pelabur asing dan dalam negara akan mengambil langkah tunggu dan lihat (sebelum buat pelaburan) dan ini tidak baik kepada ekonomi negara," katanya, semalam.

Katanya, langkah melambatkan pembubaran Parlimen atau membiarkannya terbubar sendiri juga membolehkan kerajaan memanfaatkan sepenuhnya tempoh lima tahun itu untuk membangunkan negara tanpa diganggu oleh perkara lain.

"Kalau memerintah tiga, empat tahun sudah cakap pasal pilihan raya, pening kepala, tak boleh buat kerja," katanya.

Parlimen penggal ke-12 akan terbubar secara automatik pada 30 April ini dan Dun Negeri Sembilan pula merupakan Dun pertama yang terbubar sendiri iaitu tengah malam tadi.

Selepas Negeri Sembilan, Dun yang akan terbubar dengan sendirinya adalah Pahang, Johor dan Selangor pada 7, 21 dan 22 April; kemudian diikuti Perak (24 April), Melaka (26 April), Kelantan dan Perlis (28 April), Sabah (29 April); manakala Pulau Pinang dan Terengganu masing-masing akan bubar pada 2 dan 5 Mei, 2013.

Sementara itu, penganalisis politik pula berpendapat tarikh paling hampir bagi Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) dijangka pada Mei ini, iaitu setelah Parlimen bubar dengan sendirinya 28 April.

Pensyarah Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Prof Dr Azmi Hassan  berkata, beliau tidak nampak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mempunyai sebab untuk menunggu sehingga Jun bagi mengadakan pilihan raya.

“Walaupun, persepsi timbul bahawa Perdana Menteri cuba tangguhkan pilihan raya, tetapi sebenarnya beliau mahu guna waktu dengan sebaiknya untuk menjalankan program transformasi,” katanya kepada Sinar Harian.

Menurutnya, SPR mungkin adakan pilihan raya serentak walaupun beberapa Dewan Undangan Negeri (Dun) akan terbubar dengan sendirinya dalam masa terdekat.

“SPR mahu lakukan pilihan raya serentak kerana ingin menjimatkan kos jadi tiada masalah jika Dun bubar lebih awal dari Parlimen,” katanya.  

Pensyarah Universiti Teknologi Mara (UiTM), Prof Madya Dr Ismail Sualman pula berpendapat PRU13 perlu diadakan segera kerana mungkin banyak kemelut baru akan timbul jika pilihan raya ditangguhkan.

“Lagi lama PRU13 ditangguhkan, lagi banyak kemelut politik dari dalam dan luar negara akan terus datang. Tapi saya jangka pilihan raya mungkin diadakan pada pertengahan April.

 “Mungkin Perdana Menteri ada alasan tersendiri bila beliau masih lagi menangguhkan pembubaran Parlimen,” katanya.

Oleh yang demikian, sama ada Parlimen atau Dun akan terbubar dengan sendirinya satu per satu, ini perlu dinantikan dengan penuh sabar oleh rakyat di negara ini.

Mungkin ada yang kecewa disebabkan kesemua ramalan dan jangkaan tarikh PRU13 sebelum ini meleset, sekali gus menjejaskan perancangan sebahagian rakyat.

Bagaimanapun, yang pasti PRU13 akan menjadi medan pertarungan sengit di antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR) yang diramalkan mempunyai peluang seimbang untuk menang.

Najib sendiri sudah mengaku, mengapa beliau enggan mengumumkan pembubaran lebih awal, walaupun tahu ramai, termasuk pemimpin-pemimpin PR, tidak sabar untuk membuang undi dan menyaksikan keputusannya.

Yang utama, Najib mahu menentukan Polisi Transformasi Nasional yang diperkenalkan kerajaan, dilaksanakan dengan sebaik mungkin untuk kepentingan rakyat.

“Sebab itulah saya menanti sehingga kita semua jadi begitu letih bagi mengadakan pilihan raya.

“Saya mahu tunjukkan dan mahu buktikan, bahawa Polisi Transformasi Nasional dapat dilaksanakan dengan jayanya,” ujar Najib dalam satu majlis baru-baru ini.

Besar kemungkinan Najib tidak membuat pengumuman hingga ke akhir-akhir penggal untuk menentukan BN di bawah kepimpinannya mencapai kemenangan sekurang-kurangnya 2/3 majoriti.

Jika gagal, ia akan menjadi seperti apa yang berlaku pada PRU 2008 di bawah Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang melepaskan jawatan tertinggi itu kepada Najib pada 3 April, 2009.

Sebab itu Najib pastinya mahu berhati-hati sebelum mengambil sebarang langkah dalam menghadapi PRU13 yang berhadapan dengan cabaran yang sangat sengit ini.

Beliau sedar pergerakan dan tindakannya diikuti penuh teliti oleh rakyat dan pemerhati, dalam dan luar negara, apatah lagi 16 juta pengundi yang layak – 13.34 juta sudah mendaftar – yang menanti tarikh dan keputusan PRU itu dengan penuh debaran dan tanda-tanya.

Sinar harian/-

March 24, 2013

DAP AKAN GUNA TIKET PKR, PAS UTK BERTANDING JIKA DAP DIGANTUNG


BERITA


Karpal Singh
GEORGE TOWN: Calon DAP akan bertanding di bawah tiket Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau PAS sekiranya pendaftaran parti itu digantung sebelum hari penamaan calon diadakan, kata Pengerusi DAP, Karpal Singh.
"Ini kerana kita bimbang serta tidak mahu calon DAP kucar-kacir, kerana tidak boleh menggunakan simbol parti untuk bertanding dalam pilihan raya. Kita juga tahu parti mungkin digantung sementara menunggu siasatan dijalankan,” katanya kepada pemberita pada Sabtu.
Karpal berkata DAP telah memberi kerjasama penuh kepada Pendaftar Pertubuhan (ROS) dalam siasatan berhubung kontroversi keputusan pemilihan parti itu.
Bagaimanapun, beliau menegaskan semua siasatan yang dijalankan perlu dilaksanakan secara adil.
“Semua usaha yang dibuat oleh ROS adalah memastikan setiap parti dibenarkan menggunakan simbol mereka pada pilihan raya umum akan datang,” katanya.

PEMIMPIN AEMNO-BEEND KUAT DAN UNTUNG HASIL SELEWENG KAPAL SELAM

KUALA LUMPUR: Isu skandal pembelian kapal selam Scorpene bernilai RM7.3 bilion oleh kerajaan Malaysia benar-benar mencemarkan imej negara di mata dunia, apabila ia melibatkan komisyen berjumlah RM457 juta yang dibayar kepada syarikat Perimekar Sdn Bhd yang dimiliki Abdul Razak Baginda.

Lebih memalukan lagi apabila isu rasuah sebegitu besar itu yang kini sedang dibicarakan di mahkamah Perancis tercetus ketika Perdana Menteri, Dato' Seri Najib Tun Razak menjadi Menteri Pertahanan pada tahun 2002 lalu.  
Ahli Jawatankuasa PAS Pusat, Dato' Dr Mujahid Yusof Rawa berkata, pada 20 April 2012 lalu, Hakim Penyiasat (Paris Tribunal Instance), Roger Le Loire telah menerima tujuh saksi yang dinamakan Suaram iaitu Razak Baginda, Dato' Seri Najib, Dato' Seri Ahmad Zahid Hamidi, Balasubramaniam, Jasbir Singh, Lodin Wok dan isteri Razak Baginda, Mazlinda Makhzan.
Menurut beliau, isu tersebut sangat penting dan memerlukan komitmen serta kehadiran Najib dan Zahid dalam perbicaraannya, tetapi keengganan mereka hadir ke mahkamah Perancis sehingga kini menimbulkan seribu tanda tanya, seolah-olah mereka ingin menyembunyikan sesuatu daripada pengetahuan rakyat.  

Katanya, isu tersebut turut membuktikan pembelian alat-alat senjata dan kelengkapan ketenteraan oleh kerajaan dijadikan tempat oleh pemimpin-pemimpin Umno-BN untuk mengaut keuntungan peribadi dan memberikan habuan kepada kroni-kroni mereka. 
"Sedangkan itu semua adalah soal keselamatan. Dalam soal keselamatan pula, terdapat dua perkara asas, iaitu maruah nasional dan kedaulatan negara. Mana-mana negara pun di dunia ini mesti ada dua benda itu kerana ia merupakan perkara asas untuk menjaga keselamatan dan kedaulatan negara," katanya ketika dihubungi 20 Mac lalu.
Beliau yang juga Ahli Parlimen Parit Buntar berkata, Malaysia tidak mempunyai peruntukan yang besar bagi pertahanan, tetapi jika peruntukan itu juga turut dieksploitasi oleh pihak-pihak tertentu, ia pasti menjejaskan kapasiti pertahanan negara seperti yang berlaku di Lahad Datu sekarang.
"Sedangkan angkatan tentera kita seperti juga tentera-tentera di negara lain pasti memerlukan peralatan canggih yang bermutu tinggi untuk menjaga keselamatan dan kedaulatan negara.
"Jika peralatan yang dibeli itu berharga rendah, ia pasti tidak bermutu dan tidak menepati keperluan yang sebenar. Ini bukan hanya merbahayakan negara, tetapi turut memalukan tentera kita di mata dunia. Itulah padahnya jika pemimpin tidak melaksanakan amanah rakyat dengan baik," ujar beliau.

March 23, 2013

POLIS AKAN BUKA SIASATAN JIKA ADA BUKTI BARU PI BALA ~ TS ISMAIL OMAR

NONEPolis hanya akan membuka semula siasatan terhadap dakwaan bahawa penyiasat persendirian P Balasubramaniam dipaksa membuat akuan bersumpah (SD) palsu jika terdapat bukti baru, kata ketua polis negara.

Bagaimanapun, Tan Sri Ismail Omar (bawah) berkata, polis tidak akan melayan perkara itu jika hanya diolah semula dalam bentuk yang lain.

"Jika ada orang yang tampil ke depan dengan bukti baru, kami akan siasat.

"Tetapi jika hanya kisah lama yang diulang dengan cara lain, kami tidak akan layan," kata pegawai tertinggi polis itu.

March 22, 2013

KIRAM DIANGGAP LAGENDA DAN WIRA ORANG ISLAM FILIPINA

Komentar kolumnis Neal H. Cruz.KUALA LUMPUR, 22 Mac — Agbimuddin Kiram dianggap sebagai lagenda dan wira di kalangan umat Islam Filipina kerana berjaya meloloskan diri dari ditangkap oleh pasukan keselamatan Malaysia, kata kolumnis The Philippine Daily Inquirer.
Dalam kolum “As I see it”, wartawan veteran Neal H. Cruz mengatakan menyukai “raja muda” Sulu dan dakwaan keganasan yang dihadapi warga Filipina di Sabah sama seperti perjuangan kaum Indian dan Afrika di Amerika, yang ditindas oleh pendatang imigran dari Eropah.
Cruz berkata jika Agbimuddin ditemui mati, ketua militan itu akan disanjung lebih hebat.  
Beliau berkata Presiden Filipina Benigno Aquino III perlu dipersalahkan, kerana sikapnya mengenai krisis Sabah “mengundang kemarahan”.
“Beberapa tahun dari sekarang, cerita Kesultanan Sulu dan wira-wiranya akan tersebar, tentang bagaimana mereka ditindas oleh kerajaan Malaysia dan FIlipina dan cerita itu akan berterusan zaman berzaman,” kata kolumnis itu dalam tulisannya.
“Sebuah buku akan ditulis tentang mereka, sebuah filem akan difilemkan tentang mereka, sama seperti sejarah Indian dan Afrika di Amerika pada masa lalu.”
Agbimuddin dan 235 pengikutnya dikepung dalam pertempuran ganas dengan ribuan anggota keselamatan Malaysia yang mempunyai senjata berat, jet pejuang, kereta kebal dan bom dalam 18 hari selepas Ops Daulat dilancarkan pada 5 Mac lalu.
Agbimuddin, “raja muda” dan adik kepada Jamalul Kiram III yang mengaku dirinya sebagai Sultan Sulu, mendarat di Sabah untuk merampas semula negeri yang didakwa miliknya empat abad lalu, berjaya melarikan diri walaupun dikepung hebat oleh pasukan keselamatan Malaysia.
Menurut laporan dari sumber risikan Malaysia semalam, pemimpin puak bersenjata itu berjaya melarikan diri dari Sabah pada 11 Mac dan ke satu pulau di selatan Filipina untuk melarikan diri dari ditangkap pihak berkuasa Filipina.
Laporan menunjukkan 63 pengikut Agbimuddin dibunuh, dan yang lain sama ada melarikan diri pulang ke Filipina atau menyembunyikan diri di Lahad Datu.
Cruz berkata pertempuran harus ditamatkan, dan Putrajaya serta Manila harus bertemu dengan Sultan Sulu untuk menamatkan krisis ini.
“Membunuh dan mempenjarakan pengikut Sultan tidak akan menyelesaikan masalah tetapi memburukkan keadaan, jadi mereka perlu berbincang,” katanya lagi.
Beliau berkata pentadbiran Aquino tidak mengendahkan keluarga Kiram dari mula walaupun presiden itu berkata beliau sudi untuk berbincang dengan keluarga tersebut.
Cruz mengingatkan mengenai surat yang dihantar oleh keluarga Kiram kepada Aquino apabila beliau mula-mula memegang jawatan presiden pada 2010, dan meminta Aquino membantunya tentang tuntutan Sabah. “Tetapi Malacanang mendakwa surat tersebut 'hilang',” katanya lagi.
“Hilang atau tak ambil peduli? Pegawai kerajaan tidak mahu bercakap dengan beliau (Sultan), sebaliknya bercakap dengan adiknya, yang tidak boleh membuat apa-apa keputusan.
“Jika tidak mahu ke rumahnya di Taguig, kenapa tak berikan mereka tambang teksi ke Malacanang supaya mereka boleh berbincang?”
Cruz menyambung dengan berkata walaupun presiden mengatakan keinginan untuk “berbincang”, tetapi pihak berkuasa Filipina menahan pengikut Kiram dan mendakwanya di mahkamah.
Cruz berkata penahanan 36 individu di bot ketika di pesisiran pantai Filipina, dan mendakwa lapan warga Filipina kerana keganasan di Sabah.
“Warga Filipina, dibawah pemerintahan Presiden Aquino, kini tersepit antara dua pihak,” katanya yang berkata jika mereka terus tinggal di Sabah atau pulang, mereka akan ditahan dan dihukum.
“Jadi, apa yang mereka boleh buat? Ada yang akan terus tinggal di situ dan mati dalam pertempuran, membunuh beberapa rakyat Malaysia, dan bertemu bidadari di alam barzakh,” katanya lagi.

JELAJAH MERDEKA RAKYAT DS ANWAR KE BANDAR TASEK PUTRI, RAWANG MALAM INI !

Siri Jelajah Merdeka Rakyat Dato’ Seri Anwar Ibrahim
P- Tanjong Malim (Perak) & P- Selayang (Selangor)

22 Mac 2013 (Jumaat)

1) 9.00-12.00 mlm – Ceramah Perdana Pakatan Harapan Rakyat
Lokasi: Lot 466, Kg Batu 8, Behrang Ulu, Tanjong Malim, Perak

2) 9.00-12.00 mlm – Ceramah Perdana Merdeka Rakyat
Lokasi: Puteri Central Park, Bandar Tasik Puteri, Rawang,

3) Barisan Penceramah
i. YB Dato’ Seri Anwar Ibrahim
ii. YBhg Dr Mohd Nur Manuty
iii. YB Dato’ Ngeh Kor Ham
iv. YB William Leong Jee Keen
v. YB Zuraida Kamaruddin
vi. Jeneral (B) Dato’ Abdul Ghafir Abdul Hamid
vii. Brig. Jeneral (B) Dato’ Najmi Ahmad
viii. Brig. Jeneral (B) Dato’ Abdul Hadi Abdul Khattab.
ix. Laksamana Pertama (B) Imran Abdul Hamid
x. Mejar (B) Kamal Badri
xi. YBhg Mustafa Kamil Ayub
xii. YBhg Chua Yee Ling


March 17, 2013

TAKTIK BASI JATUH KAN ANWAR



Haniza Mohamed Talha

Ketua Wanita PKR Selangor, Haniza Mohamed Talha
Ng Suee Lim

Ng Suee Lim
SHAH ALAM – Penyebaran gambar perlakuan intim seorang lelaki yang didakwa mirip Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim disifatkan sebagai taktik basi digunakan pihak lawan untuk ‘menyerang’ Pakatan Rakyat (PR).

Ketua Wanita PKR Selangor, Haniza Mohamed Talha mendakwa, taktik itu sudah diketahui umum memandangkan ia kerap dimainkan menjelang pilihan raya umum (PRU) dan orang ramai juga sudah boleh ‘menghidu’ dalang di sebalik penyebaran gambar berkenaan.
“Ia sudah jadi tidak relevan lagi. Biar mereka (individu tidak bertanggungjawab) buat selalu (perkara sebegini). Kelak rakyat sendiri akan jemu dan menolak mereka.
“Tindakan mereka itu ibarat sudah musnahkan masa depan politik sendiri,” katanya ketika diminta mengulas berhubung satu blog yang memuatkan entri memaparkan 13 gambar perlakuan intim seorang lelaki mirip Anwar dengan seorang lagi lelaki lain.

Haniza yang juga Adun Taman Medan mendakwa, pihak yang tidak bertanggungjawab itu tidak mempunyai modal lain dan terdesak sehingga terpaksa mengeluarkan gambar berunsur lucah untuk menjatuhkan PR.

Beliau bagaimanapun yakin PR tidak akan tergugat dengan 'serangan' ini memandangkan rakyat sudah muak dengan taktik tersebut.

“Sepatutnya dalam politik, kita kena tumpukan kepada perkara berkaitan dasar dan polisi untuk memberikan perkhidmatan terbaik kepada rakyat, bukannya menggunakan politik durjana," katanya.
Timbalan Setiausaha DAP Negeri, Ng Suee Lim berkata, PR sudah menjangka serangan taktik kotor akan menjadi semakin rancak digunakan pihak tidak bertanggungjawab menjelang Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13), terutama terhadap Anwar.
“Ini kerana, beliau (Anwar) yang kita (PR) tonjolkan sebagai ketua umum dan bakal perdana menteri jika PR berjaya membentuk kerajaan dalam PRU akan datang.

“Sejak 15 tahun lalu, beliau sudah jadi sasaran utama parti politik, penulis blog dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang tidak memihak kepada PR untuk menyerang beliau antaranya isu liwat I dan II, kemudian dikait dengan video seks bersama seorang wanita,” katanya.
Sementara itu, Pesuruhjaya Pas Selangor, Dr Abdul Rani Osman berkata, ia bukan perkara baru yang dilakukan pihak tertentu, sebaliknya mereka yang terlibat hanya ‘kitar semula’ isu berkenaan.
“Ini satu tindakan tidak bermaruah dan politik kotor kerana tiada fakta yang jelas untuk membuktikannya. Sepatutnya, dalam politik ini, kita hanya ‘bertempur’ dari segi idea, bukan dengan cara seperti ini.
“Saya percaya, rakyat kini sudah bijak menilai mana (perkara) yang betul,” katanya.

Sinar harian/-

March 16, 2013

MUSIBAH JIKA MENABUR FITNAH KPD ULAMAK.....ALLAHUAKBAR!


Terima mesej dari Ust Badrul Amin.

Peristiwa di ptg jumaat.. Tpt pkl 4 ptg 15.3.13 di Pdg Sek Men Tanah Merah sbaik Najib Razak berucap memfitnah Tok Guru menyatakan Tok Guru menyamakn penerima BR1M spt haiwan...

.. langit yg mulanya cerah dr pagi tanpa sedikit pun ada tanda2 hujan akan turun tiba2 menjadi gelap dan hujan turun dgn lebatnya berserta angin ribut menerbangkan khemah2 dan jatuh menimpa org ramai yg memenuhi bwh khemah mengakibatkan ada yg cedera dn dikejarkan ke hospital...

....sebaik Najib meninggalkan majlis keadaan cuaca kmbli pulih spt sediakala dgn matahari kembali bersinar... Subhanallah sggh besar kuasa Allah sbg peringatn buat hamba2Nya yg masih ingkar akn perintah dn syariatNya..

Allahuakbar!!!

March 15, 2013

RAKYAT MALAYSIA MESTI TAHU PENGKHIANATAN AEMNO DLM KES LAHAD DATU !!

Fakta2 yg Rakyat Malaysia mesti tahu:

1. Pengkhianatan UMNO dengan menabalkan Si Kiram menjadi Sultan Sulu sedangkan Si Kiram bukan waris yang sah..

2. Kiram diberi IC Malaysia.

3. Kiram bersekongkol dgn Tun Mahather membawa masuk warga philipinan dari sukul Tausug dan sulu secara berama di Sabah dan diberikan IC Malaysia utk mengundi dan memenangkan BN dalam Pilihanraya Sabah.

4. Melantik Kiram menjadi Timbalan pegawai daerah Kudat

5. Kiram menjadi Ahli UMNO Sabah.

6. Kiram menyandang jawatan Pengerusi PEKIDA Sabah.

7. Menjadikan Kiram sebagai kroni yg menjadi salah seorang paraih ikan yg terbesar di Sabah.

8. Rata-rata puak yang memberontak di Sabah (kebanyakannya) adalah Ahli UMNO.

9. Jika berlaku perbalahan dari kalangan Tausug / Suluk dgn warga tempatan Sabah yg sebenar maka pihak berkuasa lebih memihak puak Tausug dan Sulu kerana mereka dilindungi oleh UMNO Sabah.

10. Kegagalan Kerajaan UMNO menjaga keselamatan dan Kedaulatan Negara menjaga perairan negara dan lambat bertidak terhadap para pemberontak..

Sebab tu PM tak berani utk membawa Kes Lahad Datu ni ke meja rundingan sebab akan terbarai dan terburai semuanya...

Note :

Kini Kami Rakyat Malaysia mendesak agar Persidangan Tergempar Parlimen diadakan secepat mungkin kerana ianya adalah isu kedaulatan Negara.. Apa yang Najib takutkan jika benar beliau di pihak yang benar.. -sumber:fb Bekas Penyokong UMNO

SUKARELAWAN BANDAR TASEK PUTERI DI CARI ! teri di cari

Jemputan Perasmian JDM Bandar Tasik Puteri
Tarikh : 17hb Mac 2013
Jam : 8:30 mlm
Tempat : Kawasan Terbuka Hadapan Pejabat JDM BTP Medan Puteri (berdepan dgn Pet Shop)
Turut hadir 1. Pak Jabit (Hantu Mak Limah Balik Rumah), 2. Hasmi Hashim @ Buddhi Hekayat (Penulis Lirik lagu Awan Nano & 
Ketua PKR Cabang Parit Sulong Johor)
~ Kami mengalu-alukan orang ramai yg ingin menjadi sukarelawan PRU 13 menghadirkan diri~

PI BALA MENINGGAL DUNIA PETANG TADI

Penyiasat persendirian P Balasubramaniam meninggal dunia sewaktu dalam perjalanan ke hospital Sungai Buloh kira-kira am 2.30 petang ini, kata peguam R Sivarasa. Sebelum ini dalam temubual eksklusif dengan Malaysiakini, tiga arteri tersumbat dan separuh daripada jantung berhenti berdenyut memaksa beliau berhenti sebentar daripada terlibat dalam kempen Pakatan Rakyat menjelang pilihan raya umum ke-13. Beliau yang lebih dikenal sebagai "PI Bala" memainkan peranan dalam dua akuan bersumpah berhubung kes pembunuhan warga Mongolia Altantuyaa Shaariibu,

March 13, 2013

TERKINI !!! 13-3-13 KENDERAAN NAJIB BARU KELUAR DARI ISTANA NEGARA

Terkini, 13-03-13 kenderaan PM dilihat baru sahaja keluar dari Istana Negara.

Apa-apa pun perkembangan, jangan lupa:

Apakah ini petanda pembubaran ? Sama-sama kita tunggu ... 1 undi kepada PR 1 langkah harga minyak turun, PTPTN mansuh, Tol PLUS mansuh, AES mansuh, tarif letrik turun, harga kereta murah dsbnya...

March 12, 2013

NAJIB GUNA TENTERA BILA ANGGOTA POLIS KENA TEMBAK, LAMA SANGAT BERUNDING DGN PENCEROBOH APA HAL??

Saya merujuk kepada dua laporan dan kenyataan berasingan yang dilaporkan di Malaysia dan Filipina semalam yang memberi kesan besar kepada kedaulatan negara, disamping memberi gambaran beberapa tindakan pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak dalam menangani pencerobohan di Sabah telah memburukkan keadaan.

Kenyataan Dato’ Seri Najib yang mengakui bahawa pentadbiran beliau hanya mula bertindak mengambil jalan ketenteraan apabila lapan orang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) terbunuh mengesahkan keraguan di banyak pihak sebelum ini bahawa beliau mengambil masa yang terlalu lama untuk berunding dengan penceroboh Sulu.

Read more »  http://bit.ly/Wac0hp
RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI

8 MAC 2013 

BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya
Saya merujuk kepada dua laporan dan kenyataan berasingan yang dilaporkan di Malaysia dan Filipina semalam yang memberi kesan besar kepada kedaulatan negara, disamping memberi gambaran beberapa tindakan pentadbiran Dato’ Seri Najib Tun Razak dalam menangani pencerobohan di Sabah telah memburukkan keadaan.

Kenyataan Dato’ Seri Najib yang mengakui bahawa pentadbiran beliau hanya mula bertindak mengambil jalan ketenteraan apabila lapan orang anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) terbunuh mengesahkan keraguan di banyak pihak sebelum ini bahawa beliau mengambil masa yang terlalu lama untuk berunding dengan penceroboh Sulu.

Read more » http://bit.ly/Wac0hp
RAFIZI RAMLI
PENGARAH STRATEGI

8 MAC 2013

BIRO KOMUNIKASI
PARTI KEADILAN RAKYAT
A-1-09, Merchant Square
No. 1, Jalan Tropicana Selatan 1
47410 Petaling Jaya

March 11, 2013

XPRESI ULAMA MUDA HARAKI ~ 16 MAC~ SEMANGGOL PERAK

Sejarah bakal dilakar penuh gemilang pada tanggal 16 Mac 2013 kelak, apabila 5000 ulama muda dari seluruh negara akan berekspresi di Maahad Ehya Asy Syarif Gunung Semanggol Perak Darul Ridhuan insyaallah. Bukan sahaja mencipta sejarah baru para ulama muda Memacu Kebangkitan Memimpin Perubahan, tetapi mengembalikan semula izzah [ kehebatan ] Gerakan Islam ke persada generasi muda hari ini dengan menyingkap tabir nostalgia sebuah Gerakan Islam [Hizbul Muslimin] yang diasaskan oleh Al Marhum Ustaz Abu Bakar Al Baqir.

ayah saiful bukhari sertai pkr !!!

Ayah Saiful Bukhari sertai PKR hari ini. Semoga Allah SWT menjahanamkan UMNO dan juak-juak mereka yang mereka-reka fitnah, dan semoga Saiful Bukhari kembali ke pangkuan keluarga yang menerima hidayah Allah!

NAJIB UMUM KENAIKAN GAJI PENJAWAT AWAM HARI INI.....

Pemimpin-pemimpin kesatuan sekerja sektor awam meletakkan harapan tinggi agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan 'berita baik' menjelang tengah hari ini - antara dua hingga lima perkara penting termasuk imbuhan tetap perumahan dan kajian semula isu gaji maksimum. Beberapa pemimpin Cuepacs yang dihubungi yakin sekurang-kurangnya akan ada dua pengumuman penting iaitu yang berkenaan dengan imbuhan tetap perumahan bulanan 1.4 juta kakitangan dan gaji maksimum yang menyentuh kepentingan sekitar 20,000 penjawat awam.

March 09, 2013

AEMNO MULA RUSUHAN DI KG BUKIT KETIL SEMALAM

Dua Penyokong Umno Cedera Dalam Keganasan Umno di Bukit Katil

Dua orang penyokong PR tercedera di bahagian kepalanya akibat serangan batu besar oleh samseng UMNO di Bukit Katil, Melaka.

SEBARKAN KEPADA RAKYAT SEBELUM TV3 SUKU KANTOI MENIPU BAHAWA PENYOKONG PR YANG BUAT RUSUHAN DI BUKIT KATIL

Jelajah Merdeka Rakyat Melaka(7hb Mac 2013)Kg Bukit Katil-

UMNO menceroboh tanah orang,
sengaja membuat pentas provokasi di tempat berhampiran ceramah Pakatan Rakyat.

Puak mat rempit & samseng UMNO tidak sahaja membunyikan enjin motosikal mereka dengan kuat untuk menganggu ucapan,malah melontar batu & botol ke arah ceramah PR!

Beberapa Polis & hadirin ceramah cedera terkena batu yang dibaling daripada arah yang tidak diketahui!

GANAS & KURANG AJAR!! INILAH BUDAYA UMNO-BN!
KLIK untuk video http://anakmudamalaysia.com/2013/03/video-dua-penyokong-umno-cedera-dalam-keganasan-umno-di-bukit-katil/
[Video] Dua Penyokong Umno Cedera Dalam Keganasan Umno di Bukit Katil

Dua orang penyokong PR tercedera di bahagian kepalanya akibat serangan batu besar oleh samseng UMNO di Bukit Katil, Melaka.

SEBARKAN KEPADA RAKYAT SEBELUM TV3 SUKU KANTOI MENIPU BAHAWA PENYOKONG PR YANG BUAT RUSUHAN DI BUKIT KATIL

Jelajah Merdeka Rakyat Melaka(7hb Mac 2013)Kg Bukit Katil-

UMNO menceroboh tanah orang,
sengaja membuat pentas provokasi di tempat berhampiran ceramah Pakatan Rakyat.

Puak mat rempit & samseng UMNO tidak sahaja membunyikan enjin motosikal mereka dengan kuat untuk menganggu ucapan,malah melontar batu & botol ke arah ceramah PR!

Beberapa Polis & hadirin ceramah cedera terkena batu yang dibaling daripada arah yang tidak diketahui!

GANAS & KURANG AJAR!! INILAH BUDAYA UMNO-BN!
KLIK untuk video http://anakmudamalaysia.com/2013/03/video-dua-penyokong-umno-cedera-dalam-keganasan-umno-di-bukit-katil/

March 08, 2013

BAPA SAIFUL BUKHARI MENGAKU ANAKNYA DIPERALATKAN.....

: Pengakuan Azlan Mohd Lazim – anaknya, Saiful Bukhari diperguna pihak tertentu dalam kes Fitnah II bukti ia konspirasi Umno untuk menjatuhkan Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Demikian Naib Presiden KEADILAN, N Surendran mengulas kenyataan tergempar Azlan yang mengakui anaknya diperalat Umno dalam fitnah yang didalangi Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak. “Satu kenyataan serius daripada bapa Saiful yang menyebut ada pegawai dari pejabat Perdana Menteri terlibat. Najib perlu segera disiasat dan desak beliau beri penjelasan..

March 05, 2013

LETUPAN BOM DI LAHAD DATU PAGI INI

Lintas Lansung : Pasukan keselamatan lancar serangan di Kpg Tanduo




 
Pasukan keselamatan telah melancarkan serangan ke atas kumpulan penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada jam 7 pagi ini.

9.15am: Di bandar Lahad Datu, kira-kira 120km dari medan pertempuran, persediaan sedang dibuat di hospital utama bagi menerima mangsa serangan tersebut.

9.11am: Difahamkan tujuh batalion tentera dikerahkan ke kawasan tersebut untuk mengukuhkan pasukan polis.
8.54am: Seorang pegawai Felda tiba dan memberitahu ketua kampung untuk membuat kiraan jumlah penduduk dan mendaftarkan mereka.  Seluruh penduduk kampung sekitar 300 orang beredar dari tempat itu menuju ke jalan kebun kelapa sawit.
villagers fleeing bombings in kampung tanduo sabah 28.45am: Penduduk  Kampung Sungai Merah meninggalkan kediaman mereka dengan menaiki lori, dengan hampir seratus orang memenuhi setiap kenderaan.

Ketua kampung, Bani Rauf berkata mereka telah cuba ke Kampung Embara Budi tetapi tidak dibenarkan masuk.

"Pengawal kata mereka tidak akan benarkan kami masuk, jadi kami datang ke sini," katanya.

Mereka berhimpun di di jalan utama dari Kampung Tandou menunggu apa yang perlu dilakukan selepas ini. 
8.19am Pasukan keselamatan telah melancarkan serangan ke atas kumpulan penceroboh bersenjata di Kampung Tanduo, Lahad Datu pada jam 7 pagi ini, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam satu kenyataan hari ini.

azlan8:18am: Letupan kedengaran berhampiran Kampung Tandou yang diduduki sekumpulan penceroboh asing, pada kira-kira jam 7:30 pagi ini, menyebabkan 100 penduduk kampung melarikan diri.

"Mereka telah  mula mengebom kawasan itu. Kami nampak jet pejuang di udara, mereka mengebom tempat itu empat kali," kata seorang penduduk kampung, Nasir Asrama, 38.

Penduduk kampung tersebut adalah dari Kampung Sungai Merah, sebuah kampung jiran dengan Kampung Tandou di mana kira-kira 100 penceroboh bersenjara dari Filipina berkubu.

Kampung Tandou terletak di antara Tanjung Labian dan Kampung Sungai Merah, masing-masing dalam 5km dan 2km.

Mana pergi pesawat tentera Malaysia, Air Asia jugak diguna..

tahukah kamu ,mengapa pesawat air asia digunakan utk mengangkut tentera ke sabah?
dulu kita pernah membeli pesawat hercules di us. tetapi beli sekenhen dan tiada pandu uji dari pihak kita.dikabarkan pembelian dengan cara runding terus , sehingga sekarang pesawat itu tidak dapat dibawa balik kerana terlalu uzur. dgn mudah wang rakyat dibazirkan!!!
disebabkan lahad datu, maka segala pekong terbongkar 1 demi 1!!!
konon nak kaitkan anwar , rupa2nya mereka terlibat!!! nak salahkan orang lain , rupa2nya salah mereka semakin kelihatan . tuhan telah tunjukkan 1 demi 1.

March 04, 2013

NAJIB ADA JANJI SESUATU KPD SULTAN SULU??


PECAH TEMBELANG, PEMIMPIN SULU BAIK DGN NAJIB !!!


Media Aemno manipulasi Kenyataan Tian Chua

Media Umno beri gambaran salah, Manipulasi kenyataan Tian Chua

Pandangan Tian Chua mengenai isu pencerobohan di Lahad Datu dimanipulasi media kawalan Umno sedangkan ia dibuat sebelum laporan berita kematian dua anggota keselamatan disahkan.

“Keadilan Daily hubungi saya sebelum ada kematian. Ia langsung tak merujuk kepada kematian dua komando polis. Kita tak tahu ada kematian sehingga ada berita tembakan kira-kira jam 5 petang,” katanya.

Media kawalan Umno BN dengan memetik berita portal ini, sebaliknya memanipulasi kenyataan Tian dan memberi gambaran seolah-olah beliau tidak bersimpati dengan kematian dua komando polis dan keluarga mereka.

Bercakap kepada Keadilan Daily, Tian berkata konspirasi yang dimaksudkannya ialah perancangan Umno BN yang cuba mengaitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dirinya dengan kejadian berkenaan, sedangkan ia tidak benar.

“Itu yang saya rujuk sebagai konspirasi. Saya kekal dengan pandangan, konspirasi terancang kerajaan Umno BN untuk alih perhatian dan menakut-nakutkan rakyat.

“Kerajaan dan BN eksploitasi pandangan dari fokus kepada isu RCI Sabah dan melempar tuduhan liar kepada pembangkang,” kata Naib Presiden KEADILAN itu.

Beliau percaya tragedi itu boleh dielak jika tahap keselamatan negara dipertingkat dan pasukan keselamatan dibenar menjalankan tugas secara profesional tanpa dicemari propaganda pemerintah.

“Pandangan saya ‘dimainkan’ selepas ada perajurit gugur. Saya tak berniat menyinggung. Saya secara peribadi sampaikan ucapan takziah kepada mangsa dan keluarga,” kata Tian.

March 02, 2013

Tahukah anda, kumpulan militan ada saudara dgn AEMNO

Tahukah anda semua..

Pemimpin nombor 1 kumpulan militan yang mencerobohi Lahad Datu, Datu Ibrahim @ Datu Kuin Jamalul Kiram adalah MENANTU kepada Ketua Cawangan UMNO Sungai Bilis 2, Hussin Oyung. Manakala Haji Musa yang merupakan pemimpin Nombor 2 dalam rombongan tentera berkenaan adalah BESAN kepada Ahmad Malandi, Ketua Cawangan UMNO Sungai Nyamuk kerana anak lelakinya, Mohd Ali bernikah dengan anak perempuan Haji Musa.


Mengejutkan? Info lebih pada
t disini http://bit.ly/ZPMLV5 korang klik je!!

March 01, 2013

ALFATIHAH KEPADA PERWIRA YG TERKORBAN DI LAHAD DATU HARI INI

Oleh Ibrahim Yahaya
KUALA LUMPUR : Terlebih dulu, ucapan Al-fatihah kepada perwira yang terkorban di Lahad Datu hari ini. Semoga roh pejuang ini ditempatkan bersama roh orang soleh dan salam takziah kepada keluarga pejuang yang sudah pasti merasai kehilangan orang tersayang. 
Peristiwa Lahad Datu ini sudah pasti akan membuka mata dan minda kita mengenai betapa mudahnya negara ini diceroboh oleh orang luar. Ini kerana sebagai sebuah semenanjung amat sukar untuk kita menjaga setiap inci pesisir pantai kita tambahan pula negara ini sudah menjadi 'gula' yang menarik banyak 'semut' ke sini termasuk kedatangan orang Myanmar ke Pulau Langkawi. 
Jika kita menempatkan semua perwira negara menjaga pesisir pantai negara, ia tidak juga akan menyelesaikan masalah ini tambahan pula ada tempat yang terlalu dekat sehinggakan kita tidak dapat membezakan antara orang kita dengan penceroboh. Antara tempat itu ialah Golok dan Lahad Datu. Selain itu, kegiatan dalang tempatan yang membawa masuk PATI turut menyumbang kepada kebanjiran orang luar di negara ini. Apatah lagi jika ada pemimpin tertentu yang dikatakan oleh media Filipina terbabit dalam kejadian di Lahad Datu. Penduduk Sulu dikatakan sering berulang-alik ke Lahad Datu sama ada untuk mendapatkan bekalan atau bertemu dengan sanak-saudara mereka di sini. 
Sudah tentulah sebelum ini perjalanan mereka tidaklah sukar sangat kerana sifat mereka yang tidak menunjukkan sebarang reaksi yang boleh mengganggu keselamatan negara. Apatah lagi yang datang ialah orang tua, wanita dan kanak-kanak. 
Sebelum sebarang penjelasan diberikan oleh kerajaan bagaimana kumpulan penceroboh itu boleh masuk ke negara ini, sudah tentulah 'suasana' yang disebut di atas tadi, pasti tidak terlintas oleh mana-mana pihak ada golongan yang akan berani membuat 'kacau' seperti yang berlaku pada 12 Februari lalu. Ia mungkin didorong atau terdorong. Apabila penceroboh itu 'sudah berada' di negara ini dengan jumlah yang ramai iaitu dikatakan 180 orang termasuk kanak-kanak, wanita dan orang tua, persoalannya ialah apakah strategi yang terbaik untuk menyelesaikan isu pencerobohan ini? Sudah tentu pihak keselamatan memikirkan kaedah berperang bukanlah satu strategi yang baik, walaupun ada pihak yang mungkin mahu ia berlaku, sebalik memikirkan pendekatan perundingan yang boleh mendatangkan keadaan 'tepung tidak berselerak selepas rambut ditarik.' 
Tidak hairanlah selama lebih dua minggu usaha untuk berunding dan terus mengepung dilaksanakan berbanding tindakan menyerang penceroboh itu yang mahu mengaku bahawa Sabah adalah tanah mereka sedangkan mereka tahu bahawa itu tidak mungkin berlaku pada masa sekarang.
Akhirnya, hari ini pada 1 Mac penceroboh dikatakan mengambil sikap menyerang pejuang negara sehingga menyebabkan tiga terbunuh (sehingga berita ini ditulis) dan 12 orang penceroboh terbunuh seperti yang dilaporkan oleh media elektronik malam ini. Sudah sampai masanya untuk memastikan urusan kemasukan ke negara ini diperketatkan tidak kira yang mahu masuk itu orang tua, kanak-kanak atau wanita. 
Asalkan mereka bukan rakyat negara ini harus dihantar pulang atau ditangkap untuk ditempatkan di pusat tahanan. Penulis yang pernah mencari kapal muhibah (yang membawa penduduk Sabah dan Sarawak ke Semenanjung dan sebaliknya) dikatakan tenggelam di perairan Johor pernah ditahan oleh Kastam Indonesia kerana termasuk sedikit ke kawasan mereka. Setelah diminta naik ke kapal dan penulis menjelaskan perkara itu, kami (bersama jurugambar Ridzuan) dilepaskan. Itu baru masuk sedikit ke perairan Indonesia sudah ditahan dan sudah tentulah jika ada yang sudah berada di pantai kita dan tidak mempunyai surat yang sah, perlu ditahan bagi mengelakkan kejadian yang tidak diingini berlaku.
Semoga kerajaan dapat menyelesaikan isu di Lahad Datu seterusnya dan bukan saja rakyat negara ini sedang memerhati malah seluruh dunia pasti mahu menunggu berakhirnya peristiwa bersejarah yang turut diulas oleh ahli politik setengah masak yang mengatakan ia dilakukan oleh parti tertentu dan ada juga pemimpin pembangkang yang suka menyemaikan perasaan benci kepada kerajaan menyatakan kejadian polis terbunuh tidak patut berlaku.

500,000 kad pengenalan biru di keluarkan kepada orang Filipina dan Indonesia...

(tranlasi dari yahoo msia)
PETALING JAYA, Feb 28 - Kira-kira 500,000 kad pengenalan biru (IC) telah diberikan kepada pendatang Filipina dan Indonesia di Sabah pada awal tahun 1990an di bawah perintah Ketua kemudian Umno Sabah Tun Datu Mustapha Harun, bekas ahli Umno itu berkata hari ini.
Siti Aminah Mahmud, yang bekerja secara sukarela di pejabat Umno di Kota Kinabalu, berkata hari ini bahawa Mustapha kini telah meninggal dunia, yang merupakan ketua menteri ketiga Sabah 1967-1975, telah memberitahu beliau bahawa IC telah dikeluarkan untuk menumbangkan Parti Bersatu Sabah (PBS) kerajaan.
"Datu Mustapha berkata ini adalah (Tun) Dr Mahathir (Mohamad) 's projek. Jangan takut mendapat ditangkap, "Siti Aminah memberitahu satu sidang akhbar di ibu pejabat PKR di sini hari ini, berhubung taklimat Mustapha kepada beliau dan ahli UMNO yang lain di Kota Kinabalu pada tahun 1990.
"Datu Mustapha berkata ia adalah untuk meningkatkan bilangan pengundi Melayu untuk mengambil turun PBS," tambah wanita 62-year-old.
Siti Aminah berkata bahawa dia dan lain-lain ahli UMNO bekerjasama dengan Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan ketua-ketua kampung untuk mengeluarkan kira-kira 500,000 IC biru kepada pendatang Filipina dan Indonesia 1990-1994 di beberapa kawasan di Sabah, termasuk Tawau, Sandakan, Lahad Datu , Kota Kinabalu, dan Semporna.
Beliau menambah bahawa dia telah ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) 1995-1997 kerana didakwa mengeluarkan IC palsu dan memalsukan dokumen JPN.
Pilihan raya negeri Sabah pada tahun 1994 menyaksikan PBS memenangi hanya 25 daripada 48 kerusi Dewan Undangan Negeri.
Tetapi beberapa ADUN PBS berpaling tadah kepada Barisan Nasional (BN) lama selepas itu, menyebabkan keruntuhan kerajaan PBS.
Mustapha, yang telah mengasaskan United Sabah National Organisation (USNO), dianggap bapa Sabah kemerdekaan bagi peranannya dalam merundingkan kemerdekaan negeri pada tahun 1963, sebelum meninggal dunia pada 1995 pada usia 76.
USNO bergabung dengan Berjaya bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Harris Salleh untuk membentuk Umno Sabah selepas PBS mengalahkan Berjaya dalam pilihan raya negeri 1990.
Dr Mahathir, menteri paling lama berkhidmat Menteri Malaysia yang berada dalam kuasa 1981-2003, telah dituduh menerajui kononnya "Projek IC", di mana kewarganegaraan didakwa diberikan kepada pendatang untuk undi mereka.
Dr Mahathir memberitahu sidang akhbar bulan lepas yang asing di Sabah itu memang menerima kewarganegaraan, tetapi menekankan bahawa ia adalah "dalam undang-undang".
Harris, yang ditadbir negeri 1976-1985, telah menafikan di Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) mengenai masalah pendatang haram di Sabah kewujudan "Projek IC".
Lebih daripada satu perempat daripada penduduk Sabah adalah warga asing, berjumlah 889.000 mengejutkan daripada 3.2 juta penduduk yang kuat di Sabah, atau kira-kira 28 peratus, berdasarkan banci 2010.
Sabah mempunyai 926.638 pengundi, menurut laporan Jun dalam bahasa Inggeris harian The Star.
Siti Aminah berkata hari ini bahawa satu nombor kad pengenalan akan dikeluarkan kepada 20 atau 30 orang.
"Satu alamat juga digunakan oleh 20 orang," katanya.
"Dalam satu kawasan, akan ada pemimpin yang akan menghimpunkan seluruh manusia. Apabila kita mencapai, kita akan mendapat nama-nama mereka. Kami tidak bertanya tentang agama mereka. Kita akan melihat jika mereka mempunyai nama Islam. Jika mereka tidak berbuat demikian, kami akan menukar nama mereka kepada nama Islam. Kemudian kami akan mengambil gambar mereka dan cetakan ibu jari dan hantar ke pejabat Umno, "tambah beliau.
Siti Aminah berkata IC biru akan diproses dalam kira-kira sebulan dan dihantar ke dalam karung kepada ketua kampung.
"Kami akan memberitahu ketua kampung, 'Tok, sila mengarahkan penduduk untuk mengundi untuk Umno," katanya.
Siti Aminah, yang kini merupakan ahli PKR, berkata dia tidak menyedari jika pendatang telah dibayar bagi IC.
Kanan Cawangan Khas pegawai Supt Ahmad Fauzan Mohamad memberi keterangan di RCI minggu lepas bahawa sindiket yang melibatkan kemudian pengarah JPN Sabah telah dibuat sekurang-kurangnya RM11 juta daripada menjual IC kepada pendatang haram di Sabah.
Beliau juga berkata bahawa tiada seorang pun daripada 94 orang, yang ditahan di bawah ISA 1995-2001 untuk penglibatan mereka dalam sindiket, yang pernah didakwa di mahkamah.
Kemudian Ramli Pengarah JPN Sabah Kamarudin memberitahu RCI bulan lepas bahawa Timbalan Menteri Dalam Negeri ketika itu, mendiang Tan Sri Megat Junid Megat Ayub, telah mengarahkan beliau untuk mengeluarkan resit JPN, yang sepadan dengan nama dan nombor IC pengundi berdaftar, untuk pendatang.
Ramli berkata bahawa kira-kira 200 resit JPN telah dikeluarkan dalam lima atau enam kawasan Dewan Undangan Negeri masing-masing, yang kerajaan dianggap sukar untuk menang, sebelum pilihan raya 1994 negeri Sabah.
Siti Aminah berkata, beliau masih belum dipanggil untuk memberi keterangan di RCI.
Beliau juga menegaskan bahawa Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang ketika itu timbalan Dr Mahathir, tidak pernah disebut dalam "Projek IC".
"Anwar telah berjuang dengan Datu Mustapha dan Megat Junid melalui Projek IC," katanya.
Siti Aminah juga berkata bahawa menurut Mustapha, "Projek IC" bermula semasa pentadbiran Harris 'dan kod "03", serta "04" dan "05" semasa pentadbiran Mahathir.