Monday, May 6, 2013
KE MANA HALA TUJU BARISAN NASIONAL?
Di dalam sidang
media semalam ketika mengumumkan kejayaan BN menubuhkan kerajaan wajah
DS Najib ternyata tidak ceria. Air muka dan wajahnya seperti keletihan
selama 4 tahun naik turun untuk menawan jiwa semua rakyat jelata negara ini.
Di dalam itu nampak tersirat kekeciwaan wajah beliau akbibat gelombang pengundi Cina yang dipukul angin beralih arah kepada DAP. Kerusi-kerusi yang di menangi DAP jelas mencatatkan jumlah peningkatan majoriti yang besar.
Jika disedut dari dialog filem Anak Ku Sazali arahan P Ramlee ia bersamaan "Apakah ini balasan engkau setelah 4 tahun aku menabur bakti kepada engkau semua?"
Contoh ketara ialah otai
politikus Johor, Ghani Othman dipukul rapat dengan majority 14,762 undi
oleh Lim Kit Siang di Gelang Patah. MB Johor itu hanya memperolehi
39,523 undi manakala LKS sebanyak 54,284 undi.
Bezanya PRU13 kali ini ialah peningkatan jumlah
yang keluar mengundi. Rata-rata pemerhati politik melihat peratusan
keluar mengundi khasnya kaum Cina ternyata amat luar biasa sekali.
Semalam
di luar dewan mengundi saya bertemu dengan Ah Ee tua yang
terbongkok-bongkok sakit pinggang beratur untuk mengundi selepas balik
dari pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital.
“Sakit
badan tapi mau undi juga. Kalau takdak undi saya rehat rumah” kata Ah
Ee itu sambil mengesat peluh dan lelehan air liur dibibirnya dengan
‘Good Morning towel’. Maksudnya beliau jarang keluar rumah dan kalau
tidak disabitkan untuk membuang undi dia akan hanya berehat di rumah
kerana badan sudah tua dan tak sihat.
Jika
PRU12 2008 DAP berjaya meranapkan Gerakan di Pulau Pinang kini mereka
telah berjaya menerobos benteng kuat MCA dan MCA hancur.
Semalam penganalisa politik di TV1 membidas MCA dan Gerakan kerana
tidak bekerja kuat untuk memenangi pengundi Cina dan mencadangkan
disisih sahaja ke dua parti ini. Ternyata ini adalah satu analisa yang
cetek dan beremosi tanpa sedar bahawa jika berkuburnya MCA dan Gerakan
kini hanya tinggal satu sahaja parti yang akan memperjuangkan
orang-orang Cina iaitu DAP. Ini sungguh merbahaya.
Kini
jelas pengundi Cina sudah berubah dan mereka tidak mudah termakan
dengan apa juga manisan yang di hidangkan DS Najib selama ini yang jelas
ada sesuatu yang ingin mereka nyatakan bahawa ada sesuatu tidak kena kepada BN dan UMNO. Istilah terbaru DS Najib ialah ‘tsunami Chinese voters’.
Menurut
DS Najib tindakan kerajaan Barisan Nasional seterusnya ialah akan
memulakan program ‘national reconciliation’ bagi menyatukan kembali
rakyat di mana terdapat polarisasi kaum di dalam keputusan pengundian
dan segala bentuk ekstremisme dan perkauman yang tidak sihat untuk
Malaysia akan ditangani.
Konklusinya, ulat sutra akan keluar dari kepompongnya apabila merasakan dirinya tidak selamat lagi di dalam kediamannya.
No comments:
Post a Comment