KAHERAH 16 Ogos - Dua hari selepas pasukan
keselamatan melancarkan operasi pembersihan ke atas dua buah kem utama
penunjuk perasaan pro-bekas Presiden, Mohammed Mursi di sini dan
menyebabkan beribu-ribu orang maut, penduduk bandar raya ini kini
meratapi kematian mangsa.
Agensi berita al-Jazeera melaporkan di Masjid al-Iman di Nasr
City, beratus-ratus jenazah mangsa keganasan dalam kejadian di Masjid
Rabaa al-Adawiya masih ditempatkan di khemah sementara.
Jenazah-jenazah yang dibalut dengan kain kapan dan disejukkan dengan
ketulan ais, kebanyakannya mempunyai luka tembakan namun sejumlah
daripadanya melecur teruk, sehingga sukar dikenal pasti oleh ahli
keluarga.
No comments:
Post a Comment