December 03, 2013

INFLASI BAKAL MENINGKAT DAN BERI KESAN KPD EKONOMI NEGARA BILA TARIF ELEKTRIK DINAIKKAN ~ MENTERI JPM

Amat jarang sekali kita mendengar Menteri Kabinet UMNO sendiri belasah tindakan kerajaan yang dianggotainya.

Kalau sudah mula belasah membawa erti sudah tidak boleh tahan dan merasa dan melihat tindakan itu amat zalim dan kejam.

Naik harga gula untuk elak diabetes (kencing manis) .. naikan tarif elektrik mungkin untuk mengelakkan rakyat kena renjatan elektrik.

Kenaikan kadar baharu tarif elektrik di Semenanjung, Sabah dan Labuan dijangka memberi kesan kepada ekonomi negara dengan peningkatan kadar inflasi.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar berkata, kadar inflasi itu dijangka meningkat berdasarkan pemerhatian terhadap kesan peningkatan harga barangan sebelum ini.

"Peningkatan inflasi akan ada setiap kali peningkatan harga barang seperti sebelum ini apabila harga subsidi minyak dikurangkan sebanyak 20 sen kadarnya meningkat kepada 2.6 peratus.

"Kadar keuntungan siling (CPR) pada bulan Oktober juga meningkat pada tahap 2.8 peratus, walau bagaimanapun, kadar ini masih rendah iaitu di bawah tiga peratus," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Laporan Kesejahteraan Rakyat Malaysia di sini hari ini.


Abdul Wahid mengulas pengumuman Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Maximus Ongkili di Parlimen hari ini mengenai kadar baharu tarif elektrik yang akan dinaikkan secara purata di Semenanjung sebanyak 4.99 sen setiap kilowat sejam (kWj) atau 14.89 peratus daripada kadar semasa, berkuat kuasa 1 Januari tahun depan.

Bagi Sabah dan Labuan, kadar tarif dinaikkan sebanyak lima sen bagi setiap kWj.
Walau bagaimanapun, Abdul Wahid ketika diminta mengulas kesan kenaikan itu, enggan memberi komen lanjut sebelum mendapat maklumat lengkap berhubung kenaikan tarif tersebut.

No comments: