Mungkin 1MDB tidak membawa kemusnahan namun besar kemungkinan kita dilanda bencana “(Dalam keadaan gagal menjelaskan pinjaman), keuntungan sesebuah bank mungkin terkesan tetapi tetap mendapat untung. Ia tidak akan musnah secara sistematik, dengan modal yang mencukupi,” ujar Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Zeti Akhtar Aziz. Ia bagi memberi gambaran apa yang akan terjadi sekiranya Lembaga Pembangunan 1Malaysia (1MDB) gagal membayar balik pinjamannya.
Tetapi seperti dinyatakan dalam laporan Kinibiz, Zeti memberi gambaran tanpa menamakan firma terbabit, dengan ujian ketahanan menunjukkan risiko sistematik tidak kelihatan bagi pinjaman sesebuah entiti peniagaan, iaitu 1MDB. Mungkin beliau tepat tentang ini kerana di dalam pinjaman yang dilakukan 1MDB, terdapat pelbagai cara melihatnya. Sepertimana dakwaan yang dilemparkan figura pembangkang serta para pengkritik di dalam pengurusan bank-bank tempatan terhadap hutang 1MDB, terdapat pelbagai cara yang diambil bagi menangani isu terbabit.
Pihak bank bagaimanapun menafikannya. Antara dakwaan yang dibuat ialah bagaimana Bil Perbendaharaan menilainya pada kadar RM2 bilion bagi membantu 1MDB, walaupun Zeti dipetik menafikannya di dalam laporan Kinibiz yang sama. “(Isu) ini telah dilakukan secara berkala dan menurut kepada kalendar yang ditentukan. Bil Perbendaharaan tidak dikeluarkan bagi pembayaran hutang domestik dan bagi pembayaran hutang asing, kerajaan pada kebiasaannya akan memberitahu kami dahulu.”
Dalam apa sahaja kes, mungkin terdapat langkah mencukupi bagi menyerap kegagalan menjelaskan pinjaman di pihak bank, dan mungkin modal mencukupi sepertimana yang dinyatakan beliau. Tetapi tanpa memikirkan hutang domestik 1MDB, Zeti mungkin terlupa atau sengaja tidak menyuarakan kebimbangan tentang hutang asing yang turut dimiliki syarikat tersebut. Dalam perkara ini, tentunya sesetengah bank berdepan masalah mendapatkan keuntungan sambil tahap sistematik sektor pinjaman kita akan turut terjejas. Penyampai radio BFM di dalam wacana mereka tentang 1MDB pada 11 Mac berkata, hutang yang gagal dijelaskan 1MDB agak banyak dan paling mustahak, kerajaan Malaysia mengeluarkan surat jaminan baginya.
Dengan kekurangan hasil bagi syarikat pelaburan kerajaan itu, keadaan ini pasti membimbangkan. Mereka berkata, kesan akibat kegagalan menjelaskan hutang 1MDB akan menggugat kedaulatan negara. Tak syak lagi, ia bakal memberi kesan kepada keyakinan para pelabur dan pemberi pinjaman terhadap keupayaan fiskal Malaysia. Mungkin bahayanya tidak dari segi sistematik seperti yang diungkapkan Zeti, tetapi ia mungkin membawa bencana buat penilaian kedaulatan dan kesihatan fiskal negara kita. Posted & copy by RAKYAT MARHAEN
No comments:
Post a Comment