March 28, 2015

TREND DI MALAYSIA KINI MENGGUNAKAN FOUR-WHEEL SEBAGAI KIOSK ATAU KEDAI BERGERAK

Mobile Book Cafe merupakan kedai buku bergerak pertama di Malaysia. - Foto Ihsan mobilebookcafe.com.
IBARAT mini perpustakaan bergerak, itulah yang dapat disimpulkan mengenaimobilebookcafe, perniagaan yang diusahakan dua sahabat karib, Muhammad Ali  dan Muhammad Azam Nor Anwar yang baru beroperasi beberapa bulan lalu. Van bergerak ini mampu memuatkan buku sebanyak 1,000 naskah di atas rak, sementara 1,500 naskah lagi stok yang disimpan di bahagian dalam van pada satu-satu masa. 
Van ini mampu memuatkan 1,000 naskah buku di rak.
Pelbagai genre buku turut dijual oleh mobilebookcafe, antaranya buku ilmiah, novel, masakan, karya sastera, komik mahupun buku agama.
Mengambil inspirasi daripada kedai buku bergerak milik Penguin Books di Amerika Syarikat, mobilebookcafe kini sudah beroperasi hampir tiga bulan yang lalu.

Menurut Muhammad, 55 pada asalnya beliau ingin membuka kedai buku, namun kerana kos menyewa bangunan yang terlalu tinggi menyebabkan dia terpaksa mengubah niat asalnya itu dan akhirnya mendapat idea untuk mewujudkan kedai buku bergerak seperti yang ada sekarang. 
Pelajar USIM berminat dengan buku yang dijual mobilebookcafe.
Bercerita lanjut, Muhammad berkata tumpuan utama mereka ialah pelajar sekolah kerana mereka ini gemar membaca terutamanya bahan bacaan ringan.

"Harga yang ditawarkan sama sahaja tetapi untuk pelajar mereka tidak kisah sangat mengenai diskaun. Diskaun minimum yang diberikan ialah 10 peratus daripada harga asal buku. Dari segi jualan pula, sangat mengalakkan.

"Bagi jualan di sekolah secara purata kita boleh memperoleh, sekitar RM5,000 bagi satu lawatan. Paling tinggi jualan kita pernah mencecah RM18,000, ini kerana pihak sekolah menempah buku untuk bahan bacaan di pusat sumber sekolah," katanya kepada mStar Online ketika ditemui di Pesta Buku yang diadakan di Fakulti Kepimpinan dan Pengurusan, Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) baru-baru ini.

Untuk menarik lebih ramai pengunjung, Muhammad berkata pihaknya sering mengajak penulis buku serta mengadakan bengkel penulisan mahupun mewarna ketika mengadakan lawatan di sekolah mahupun tempat awam.

"Kami juga menyumbang buku kepada perpustakaan di sekolah yang kami lawati, sebagai menghargai dan tanda terima kasih kepada mereka kerana sudi menerima kehadiran kami,” katanya yang turut menjelajah ke beberapa buah sekolah dan institusi pengajian tinggi negeri-negeri di utara tanah air.
Dua sahabat baik, Muhammad Ali , (kiri) dan Muhammad Azam Nor Anwar merupakan pemilik mobilebookcafe.

No comments: