SHAH ALAM: Angkatan Muda Keadilan (AMK) merancang untuk menggerakan 5,000 penyokongnya di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur Rabu ini sempena perbicaraan kes liwat kedua Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Sehubungan itu, AMK petang ini melancarkan Gerakan Rakyat Tolak Konspirasi Jahat Terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim (Kejam).
“Kejam akan menggerakkan usaha menyatakan solidariti ke atas Datuk Seri Anwar dan akan menyebar luas fakta-fakta dan bukti-bukti alibi yang sekali gus membuktikan bahawa konspirasi ini tidak lain hanyalah satu usaha mengekang kemaraan rakyat,” kata Ketua AMK, Shamsul Iskandar Mohd. Akin pada sidang media selepas pelancaran kempen Kejam di sini.
“Kejam tidak ditubuhkan semata-mata berasaskan sentimen politik, tetapi bersandarkan kepada fakta perundangan yang bersifat impirikal yang secara langsung membuktikan bahawa konspirasi kes liwat kedua ini adalah satu usaha politik kotor dan terdesak oleh Umno-BN.
“Pembuktian demi pembuktian telah pun dikemuka dan diperoleh, namun perencanaan jahat ini kelihatan berupaya menghasilkan keputusan yang memenangkan mereka dengan kerjasama daripada institusi perundangan dan polis yang telah pun membuktikan profesionalisme yang mencurigakan sepanjang proses penyiasataan dan perbicaraan awal kes ini berjalan,” katanya.

No comments:
Post a Comment