SHAH ALAM, 22 Julai - Pemimpin Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor menyambut baik langkah yang diambil Kerajaan Pusat untuk menubuhkan Suruhanjaya Diraja bagi mencari punca sebenar kematian Teoh Beng Hock, Khamis lalu.
Keputusan ini dilihat sebagai perkembangan yang positif dalam usaha memastikan kes ini dilaksanakan oleh badan bebas menyiasat dengan ketelusan tanpa dipengaruhi mana-mana pihak.
Melalui suruhanjaya ini, peraturan soal siasat yang diguna pakai SPRM perlu diteliti dan dikaji bagi mengenal pasti kewujudan pencabulan hak asasi semasa proses soal siasat terhadap Teoh dilakukan.
Demikian, keputusan kabinet meluluskan penubuhan suruhanjaya tersebut yang diumumkan oleh Perdana Menteri, Dato’ Seri Najib Tun Razak, petang tadi.
Walaupun keputusan Najib agak lewat, namun ianya disambut baik oleh semua pihak sekaligus dapat menyiasat dengan lebih telus punca sebenar kematian Setiausaha Politik Exco Selangor, Teoh Beng Hock.
“Satu perkembangan yang positif lah, yang positif untuk kes kematian Teoh Beng Hock, dan saya berpendapat suruhanjaya ini mesti dianggotai oleh anggota-anggota yang berwibawa dan dihormati oleh masyarakat. Saya juga harap suruhanjaya ini dapat melaksanakan tugas dengan secepat mungkin untuk memberi satu jawapan punca kematian saudara Teoh ini untuk memberi penjelasan yang sewajarnya kepada orang ramai sekiranya tidak, orang ramai tidak akan puas hati terhadap perkembangan sehingga sekarang ini”, kata Ng Suee Lim selaku pembantu Exco Pembangunan Kampung Baru dan Penyelesaian Kilang Haram di pejabatnya petang tadi.

No comments:
Post a Comment