December 16, 2009

NAJIB KENA BERANI GUGURKAN WAKIL RAKYAT YG TAK MAMPU MAIN PERANAN !


Tempat anggota legislatif sewaktu dewan bersidang ialah di Parlimen -- bukannya di kawasan, di pejabat, di luar negara, di majlis keraian; apatah lagi di padang golf!

Masalah dengan sesetengah wakil rakyat ialah mereka tidak faham tugas hakiki masing-masing. Sesetengahnya menganggap tugas utama wakil rakyat sama seperti pegawai kebajikan masyarakat. Mereka berfikir rakyat akan mengukur kemampuan mereka menyelesaikan masalah orang miskin, longkang tersumbat dan berapa kerap mereka merasmikan mesyuarat PIBG atau memberikan sumbangan kepada kumpulan kompang.
Ya, itulah indikator yang digunakan suatu masa dulu. Hari ini rakyat Malaysia yang mempunyai kelas menengah yang besar meletakkan prestasi mereka sebagai anggota legislatif sebagai indikator utama - sejauh manakah mereka mampu membahaskan rang undang-undang di Dewan Rakyat, dan artikulatif terhadap apa saja isu-isau rakyat.
Najib hendaklah berani menggugurkan wakil rakyat yang tidak mampu memainkan peranan sebagai anggota legislatif yang baik dan menampilkan muka-muka baru yang lebih berkualiti dalam PRU13 nanti. Barisan Nasional sudah banyak bercakap mengenai perubahan dan rakyat menuntut untuk melihat ia dilakukan tanpa apologetik.
Saya fikir sebahagian wakil rakyat Barisan Nasional tidak menyedari bahana kehilangan majoriti dua pertiga di Dewan Rakyat. Mereka masih berasa kuat dan selesa seperti sebelumnya.
Nampaknya mereka masih lena diulit mimpi!

No comments: