October 31, 2010

TAHNIAH NEGERI KELANTAN DARUL NAIM....2-1 JADI KENANGAN PAHIT BUAT NEG 9

Kerajaan negeri Kelantan mengumumkan cuti peristiwa hari ini sempena kejayaan pasukan bola sepak The Red Warriors menjulang Piala Malaysia edisi ke 84 malam tadi.
Pengumuman dibuat Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yaakob di Stadium Nasional, Bukit Jalil di sini selepas menyaksikan sendiri detik gemilang Kelantan menewaskan Negeri Sembilan 2-1.

MUSTAFFA KAMIL AYUB KIAN HAMPIR UNTUK BERSAING SEBAGAI TIMBALAN PRESIDEN PKR










October 27, 2010

PRK : Satu lawan satu di Galas, tiga penjuru di Batu Sapi

Proses penamaan calon di kedua-dua tempat, Galas, Kelantan dan Batu Sapi, Sabah memakan masa sejam berakhir jam 10.00 pagi tadi.
Pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Galas bakal menyaksikan satu lawan satu manakala pertandingan tiga penjuru di PRK parlimen Batu Sapi
Di Gua Musang, calon Barisan Nasional (BN) Abdul Aziz Yusof yang paling awal tiba di pusat penamaan calon di Pejabat Tanah dan Daerah Gua Musang.
Beliau tiba di pusat penamaan pada 9.05 pagi, diiringi oleh Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor, Naib Presiden MCA Dr Ng Yen Yen dan Ketua Wanita Umno Shahrizat Abdul Jalil.
Turut mengiringi beliau ialah Naib Presiden Ahmad Zaid Hamidi, ahli Majlis Tertinggi Umno yang juga Menteri Penerangan, Komunikasi dan Kebudayaan Rais Yatim, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Jamil Khir Baharom, Ketua Perhubungan Umno Kelantan Mustapa Mohamed dan Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah.
Calon PAS Dr Zulkefli Mohamad tiba jam 9.30 pagi, di iringi di antara lain, oleh Presiden parti Abdul Hadi Awang, timbalannya Nasharuddin Mat Isa, Naib Presiden Mahfuz Omar, Menteri Besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim dan Naib Presiden PKR Azmin Ali.
Para penyokong berkumpul di sepanjang jalan ke pusat penamaan calon seawal jam 7.30 pagi, membawa bendera dan sepanduk parti, untuk menyokong calon masing-masing.
Kedua-dua penyokong BN dan PAS dipisahkan oleh zon keselamatan 100 meter di luar pusat penamaan calon.
PRK Galas terpaksa di adakan semula berikutan kematian wakil rakyatnya, Chek Hashim Sulaima, 46, akibat penyakit barah usus pada 27 September lalu.
Terdapat 11,553 pengundi berdaftar di Galas, meliputi 7,125 Melayu, 2,317 Cina, 185 India, 10 Siam dan 1,889 Orang Asli.



Pertandingan tiga penjuru

Sementara itu di Sandakan, proses penamaan calon untuk kawasan parlimen Batu Sapi juga bermula jam 9.00 pagi di Dewan Komuniti Sandakan.
Timbalan Perdana Menteri Muhyiddin Yassin mengetuai para penyokong BN ke tempat penamaan calon manakala PKR diketuai oleh Presiden Wan Azizah Wan Ismail.
Para penyokong parti pembangkang Sabah, Parti Progresif Sabah (SAPP) diketuai oleh presiden parti dan juga bekas ketua menteri Yong Teck Lee, yang juga merupakan calon pilihan raya kecil ini.
BN menamakan Linda Tsen Thau Lin, 54, balu mendiang ahli parlimen Batu Sapi Edmund Chong, sebagai calonnya manakala PKR memilih peguam Ansari Abdullah, 56, sebagai calonnya.
Cuaca di pusat penamaan calon adalah baik dengan para penyokong calon masing-masing berkumpul seawal terbitnya matahari dan tiba di pusat itu jam 8.30 pagi.
Sekumpulan anggota polis dikerahkan untuk mengawal trafik dan memastikan tidak berlaku insiden yang tidak diingini di sekitar jalan pantai yang sempit menuju ke pusat penamaan calon - FMT

October 23, 2010

Jangan takut gertakan Najib - DS Anwar

BUTTERWORTH, 23 Okt: Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, biarlah Datuk Seri Najib Tun Razak bercakap ikut rentaknya sendiri sebelum bersara sebagai Perdana Menteri yang keenam apabila Pakatan Rakyat berjaya ke Putrajaya.
"Biarkan Najib bercakap ikut rentak sendiri kononnya mahu menyekat kemaraan Pakatan Rakyat dengan nyawa dan badannya. Ini menunjukan dia dah bimbang, cuma takut nak khabarkan," ujarnya ketika berucap dalam Majlis Makan Malam Tabung DAP di Raja Uda, malam tadi.
Tambah beliau yang juga Ahli Parlimen Permatang Pauh, jika rakyat mahukan pembaharuan dalam pentadbiran, mereka perlu berani ke hadapan mengundi Pakatan Rakyat untuk ke pusat pentadbiran negara buat pertama kali dalam sejarah.
Katanya, kemegahan seorang Perdana Menteri harus dikikis seandainya mahu menjiwai rakyat jelata, bukan menambah parah kewangan negara dengan memperelokan penginapan rumah sehingga RM65 juta.
"Rakyat sudah muak dengan kelakuan Perdana Menteri sama ada yang lepas atau pun yang kini sedang memerintah negara.  Habis wang rakyat digunakan untuk kepentingan diri dan keluarga," tegas beliau.
Sekarang ini, kata Anwar, bukan isu pengubahsuaian rumah Perdana Menteri sahaja hangat diperkatakan malahan tanah perkuburan baru sebelah Makam Negara yang menempatkan 250 orang Islam dan kenamaan bukan Islam menelan belanja RM70 juta.

October 15, 2010

PERATURAN DIKELUARKAN UNTUK JAMIN KESJAHTERAAN UMAT ISLAM - SULTAN SHARAFUDDIN SHAH

RAWANG 15 OKT: Sultan Sharafuddin Idris Shah hari ini mahukan Orang Besar Daerah bertanggungjawab bagi memastikan peraturan seperti larangan orang bukan Islam masuk ke ruang solat masjid dan berpolitik dalam Masjid dilaksanakan dan dipatuhi sepenuhnya oleh semua Masjid di Negeri Selangor.

Baginda turut bertitah bahawa semua peraturan dan arahan yang dikeluarkan oleh pihak Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) dan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) adalah bertujuan untuk menjamin kesejahteraan umat Islam di Negeri Selangor ini.
"Orang Besar Daerah menjalankan tugas dan tanggungjawab bagi memastikan undang-undang dan peraturan yang dikuatkuasakan MAIS dan JAIS berkaitan dengan keperluan tauliah bagi penceramah agama, larangan orang bukan Islam masuk ke ruang solat dan lain-lain peraturan dipatuhi sepenuhnya," titah Baginda dalam Majlis Perasmian Masjid Bandar Tasik Puteri di sini, hari ini.
Turut hadir mengiringi Baginda ialah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, Mufti Selangor, Datuk Mohd Tamyes Abdul Wahid, Pengerusi.
MAIS, Datuk Mohamad Adzib Mohd Isa, Pengarah JAIS, Datuk Mohammed Khusrin Munawi Exco Hal Ehwal Islam dan Adat Istiadat Melayu Selangor, Datuk Dr Hasan Ali dan Ahli Parlimen Selayang, William Leong.
Masjid bernilai RM 5.2 juta dibina pada Februari 2007 dan siap pada 11 Januari 2008 dengan kos pembinaan diperuntukkan kerajaan negeri.
Sultan Sharafuddin turut menyatakan baginda tiada masalah dengan orang luar Selangor memegang jawatan Nazir dan Ahli Jawatankuasa Masjid selagi mengikut telunjuk badan agama negeri.
"Nazir dan AJK Masjid perlu mendengar pandangan dan arahan dari mereka yang diberi kuasa seperti Mufti dan MAIS dalam perkara berkaitan hukum dan tidak mendengar dan terpengaruh dengan pandangan dan fatwa yang dikeluarkan mereka yang tidak berkuasa," titah Baginda
Baginda turut mengingatkan para pentadbir masjid supaya berfikiran positif, bersatu dan menjaga amanah menguruskan masjid dengan baik.
"Janganlah mengharapkan kepentingan peribadi atau kumpulan semata. Malah harapan diletakkan di atas pemimpin agama, masyarakat dan ajk masjid adalah untuk kesejahteraan rakyat dan umat yang berada di bawah tanggungjawab kita," titah Baginda lagi.

Posted by RAKYAT MARHAEN

October 12, 2010

WANITA PERTAMA MALAYSIA - RAJA PERMAISURI AGONG?

Harakahdaily

KUALA LUMPUR, 12 Okt: Mengapa hanya 14 negara dan hanya dari negara-negara Afrika sahaja menghantar wanita pertama mereka ke persidangan pertama Wanita Pertama Dunia menjadi tanda tanya.
Bagi Speaker Dun Selangor, Teng Chan Kim, jawapannya hanya satu sahaja iaitu tuan rumah sidang ini bukannya wanita pertama Malaysia iaitu Raja Permaisuri Agung.
Sidang pertama ini dianjurkan oleh isteri perdana menteri, Datin Seri Dr Rosmah Mansur. Sebelum ini, Rosmah menimbulkan kekeliruan apabila menyiarkan iklan bernilai RM1.5 juta di akhbar The New York Times di Amerika dan menamakan beliau sebagai wanita pertama Malaysia.
Ekoran itu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib terpaksa membuat penjelasan di Parlimen dan mempertahankan gelaran untuk isteri beliau itu.
Persidangan Wanita Pertama yang bermula hari ini di hotel Palace of The Golden Horses disertai 14 wanita pertama iaitu kira-kira 7.3 peratus dari 192 negara di dunia. Ia turut dihadiri enam perwakilan wanita pertama dan 20 menteri.
Antara negara yang menghantar wanita pertama mereka adalah Albania, Congo, Gambia, Ghana, Jamaica, Kiribati, Laos, Mali, Mauritius, Mozambique, Nigeria, Paraguay, Seychelles, Sierra Leone, Sri Lanka dan Zambia.
Sidang hari ini bermula dengan ucaptama oleh isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor.
Perbincangan panel membabitkan lima wanita pertama yang terdiri daripada Ernestina Naadu Mills dari Ghana, Lorna Golding dari Jamaica, Nyama Koroma dari Sierra Leone, Mercedes Lugo De Maidana dari Paraguay dan Thandiwe Banda dari Zambia.



October 11, 2010

SELAMAT MENUNAIKAN FARDHU HAJI KE MEKAH...

BENGKEL TEKNIK MENJAWAB SPM 2010 - BANGUNAN JUBLI PERAK, SUK, SHAH ALAM (10-10-10 AHAD)




Seramai lebih 2500 orang pelajar Pusat Tuisyen Rakyat dari seluruh negeri Selangor atau PTRS telah menghadiri Bengkel Teknik menjawab SPM Perdana yang dianjurkan oleh pejabat Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Kerajaan Negeri Selangor pada hari Ahad 10 Oktober 2010 yang lalu.

Program sehari itu telah di bahagikan kepada dua kumpulan lelaki dan perempuan, dengan pengisian bengkel teknik menjawab SPM didalam mata pelajaran seperti Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik dan Sejarah, dimana empat subjek ini adalah teras subjek kepada PTRS. Guru-guru pakar didalam subjek tersebut didatangkan khas dengan bantuan Unit Pendidikan, Bahagian Sumber Manusia, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor disamping konsultan yang dilantik mengelolakan program sehari tersebut.

Yb Dr Puan Hajah Halimah Ali, Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan Negeri Selangor telah menutup bengkel tersebut pada jam 5 petang, diantara lain telah mengingatkan tentang masa depan pelajar-pelajar  SPM ini didalam menghayati kehidupan dan fokus kepada SPM kerana mereka kebanyakannya adalah dari golongan dibawah pendapatan RM1500, kerajaan negeri yang sentiasa prihatin dan sensitif didalam pembelaan pelajar-pelajar didalam negeri Selangor dengan memperuntukan lebih dari RM3 juta didalam Pusat Tuisyen Rakyat Negeri Selangor ini.

Seorang dari pelajar PTRS dari SMK Taman Bunga Raya, Dun Batang Kali, Harleena Hassim ketika ditemui menyatakan kesyukuran beliau diatas jasa dan bantuan tuisyen percuma yang diberikan oleh kerajaan negeri Selangor, sedikit sebanyak dapat membantu dan meringankan tangungan ibubapanya .




October 06, 2010

Undian Semula akhir bulan Kuala Nerus, Jerai, Merbok, PJS dan Hulu Selangor !

Sembilan cabang PKR yang mesyuarat agungnya digantung kerana berlaku gangguan dan masalah teknikal, perlu mengadakan semula mesyuarat dan pemilihan mereka.

"Lima cabang yang digantung mesyuarat agungnya kerana masalah
teknikal, seperti salah cetak dan tidak cukup kertas undi, akan bermesyuarat semula pada 19, 20 dan 21 November, sebelum kongres parti diadakan.

"Manakala empat lagi yang digantung kerana berlaku gangguan, akan mengadakan pemilihan dan mesyuarat mereka selepas kongres parti," kata setiausaha agung PKR, Saifuddin Nasution dalam satu sidang akhbar di ibupejabat parti itu di Petaling Jaya.

Menurut Saifuddin yang juga ahli parlimen Machang, lima cabang yang akan mengadakan pemilihan mereka sebelum kongres PKR adalah Kuala Nerus, Jerai, Merbok, Petaling Jaya Selatan dan Hulu Selangor.

Empat lagi cabang yang akan berbuat demikian selepas kongres ialah Klang, Kapar, Kuala Langat dan Subang.
Sementara itu, ketua jawatankuasa pemilihan, Dr Molly Cheah (kiri) menegaskan walaupun pihak media memperbesar-besarkan kekecohan dalam AGM PKR, tetapi ia hanya berlaku di empat cabang sahaja.

Bagaimanapun, Dr Molly, dalam satu kenyataan berkata, parti memandang serius masalah yang dicetuskan oleh ahli terbabit dan akan mengambil tindakan terhadap mereka yang didapati bersalah.

Saifuddin dan Cheah menasihatkan mereka yang tidak puashati dengan proses pemilihan di peringkat cabang, supaya tampil ke depan melalui saluran yang betul.

220 BERTANDING DI PUSAT..SAIFUDDIN NASUTION

PETALING JAYA, 6 Okt – Sekurang-kurangnya 220 orang dicalonkan untuk bertanding jawatan peringkat pusat pada pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang julung kali diadakan secara langsung.
Mereka yang dicalonkan mempunyai masa sehingga 16 Oktober ini untuk mengesahkan penerimaan pencalonan.
“Mereka yang telah mengesahkan penerimaan pencalonan akan diperkenalkan pada majlis khas pada 16 Oktober ini dan nama-nama mereka akan dicetak pada kertas undi,” kata Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail pada sidang media di ibu pejabat PKR tengah hari tadi.
“Keadilan mengambil semangat meraikan demokrasi menerusi hari pengesahan pencalonan tersebut,” katanya lagi.
Cabang-cabang PKR akan melangsungkan pengundian peringkat masing-masing selama tiga minggu bermula 29 Oktober ini.
Seramai 400,000 ahli parti itu layak untuk mengundi pada sistem pemilihan yang diadakan di bawah sistem satu ahli satu undi iaitu pemilihan secara langsung.
Sistem pemilihan langsung ini dibolehkan ekoran pindaan perlembagaan parti itu tahun lalu.
Bagi jawatan presiden nama-nama yang dicalonkan ialah Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, penyandang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) Datuk Zaid Ibrahim.
Dipercayai jawatan itu akan dipertahankan oleh Dr Wan Azizah selepas Anwar menolak pencalonan nama beliau untuk kerusi presiden.
Dalam pada itu bersama Zaid, enam nama lagi disyorkan untuk jawatan timbalan presiden iaitu dua Naib Presiden Azmin Ali dan Mustaffa Kamil Ayub, Tan Sri Khalid Ibrahim, Tian Chua, Fuziah Salleh, Dr Wan Azizah, Azmin dan Mustaffa telah mengesahkan pendirian bertanding kerusi timbalan presiden.
Sebanyak 22 nama dicalonkan bertanding kerusi naib presiden iaitu Khalid, Abdullah Sani Hamid, Ansari Abdullah, Baru Bian, Chong Kok Wei, Tian Chua, Datuk Dr Jeffrey Kitingan, Fuziah, Dr Lee Boon Chye, Datuk Dr Mansor Othman, Azmin, Dr Muhammad Nur Manuty, Yahya Shaari, N Gopalakrishnan, Nurul Izzah Anwar, S. Manikavasagam, Saifuddin, R Sivarasa, Shamsul Iskandar Mohd Akin, Mustaffa Kamil, R Suresh Kumar, Dr A Xavier Jayakumar, Yusmadi Yusof, Zaid, Senator Ir Zambri Yusoff dan Saiman Marzuki.
Saifuddin yang mengesahkan tidak bertanding sebarang jawatan berkata, 190 orang dinamakan untuk merebut 20 kerusi MPP.

PKR leaders clash over Hulu Selangor division


MUSTAFFA KAMIL AYUB TOLAK SOKONGAN PERKASA

TAHNIAH kepada calon Timbalan Presiden PKR, Sdr Mustafa Kamil Ayub yang menolak sokongan geng-geng PERKASA terhadapnya. Sdr Mustafa sedar sokongan PERKASA terhadapnya tidak ikhlas kerana PERKASA tidak pernah sealiran dengan PKR. Tetapi seperti biasa, sesiapa pun di dalam PERKASA bukan jenis yang tahu malu seperti juga Presidennya sendiri.

Ketua Wira PERKASA masih tegas untuk menyokong Sdr Mustafa Kamil walaupun calon Timbalan Presiden PKR itu menolaknya. Ini adalah kerana PERKASA tidak akan mengalah selagi tidak melihat perpecahan berlaku di dalam PKR. Kita semua sedar hubungan Sdr Mustafa Kamil dengan YB Azmin Ali amat baik dan mereka di antara pilihan terbaik untuk ditabalkan sebagai Timbalan Presiden PKR. Walaupun saya menyokong YB Azmin sebagai Timbalan Presiden PKR, namun saya amat berpuas hati jika yang memenangi pertandingan ini kelak adalah Sdr Mustafa Kamil.

Mengapa secara tiba-tiba PERKASA menyebut soal Islam apabila menyokong Sdr Mustafa Kamil? Semenjak bila PERKASA komited dengan perjuangan Islam, sedangkan semua tahu betapa PERKASA lebih `Melayu' dari Umno. Kerana terlebih `Melayu' lah maka PERKASA juga ditolak oleh Umno. Sekiranya benar PERKASA cintakan Islam, mengapa PERKASA dilihat begitu anti dengan PAS? Ini bukti menunjukkan bahawa niat PERKASA hanya satu iaitu ingin melihat PKR hancur lebur dan berpecah belah.

Hakikatnya, PERKASA terasa hati apabila YB Azmin menggelar Tun Mahathir sebagai `pemimpin tersungkur'. Tun Mahathir amat dipuja oleh PERKASA walaupun Nazri Aziz pemimpin Umno pernah menggelar Tun sebagai `nyanyuk'. Tidak hairanlah PERKASA sering bergaduh dengan Nazri Aziz. Justeru itu, pelik apanya PERKASA menyokong Sdr Mustafa Kamil./wfauzdin.blogspot.com

October 04, 2010

BERATUR DGN BAIK - PEMILIHAN CABANG HULU SELANGOR 2 OKT 2010 11 AM

AMARAN DARI DS ANWAR - JANGAN GUNA MEDIA ARUS PERDANA

Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi amaran kepada semua calon yang bertanding dalam pemilihan parti tidak menggunakan media arus perdana sebagai medium berkempen.

Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, setiap calon perlu bijak dalam menggunakan media dan mengelak media yang secara jelas tidak berpihak kepada Keadilan.

Menurutnya, tindakan meluahkan rungutan dalam media arus perdana ketika pemilihan parti berlangsung hanya akan menunjukkan seolah-olah Keadilan seperti mengikut rentak Barisan Nasional (BN) untuk membangkitkan masalah dalaman parti.

“Calon-calon seharusnya berwaspada agar tidak dieksploitasi oleh media arus perdana untuk menyerang polisi-polisi dan pemimpin kita.

"Jangan benarkan parti digunakan oleh media arus perdana dan propaganda (mereka),” katanya dalam satu kenyataan, semalam.

Beliau berkata demikian ketika menghadiri majli dia- log anjuran Friends of Pakatan Rakyat di London, kelmarin.

Anwar turut menasihati semua ahli Keadilan menggunakan hak satu ahli satu undi yang dilaksanakan pada pemilihan November ini dengan penuh rasa tanggungjawab dan tidak melakukan perkara yang boleh menjejaskan imej serta kestabilan parti itu.

“Saya berpendapat elok biarkan ahli putuskan serta mendengar sendiri kepada calon tanpa memudaratkan komitmen parti dalam melakukan pembaharuan,” katanya.

Menurutnya, kesemua pemimpin adalah penting kepada perjuangan parti, namun sekiranya ada pihak yang menang dan sesetengah yang lain akan kalah, perpecahan tidak patut berlaku.

“Mereka yang menang tidak harus menggondol semua manakala yang kalah tidak wajar mengetepikan agenda besar parti yang mahu membawa pembaharuan,” katanya.