October 06, 2010

MUSTAFFA KAMIL AYUB TOLAK SOKONGAN PERKASA

TAHNIAH kepada calon Timbalan Presiden PKR, Sdr Mustafa Kamil Ayub yang menolak sokongan geng-geng PERKASA terhadapnya. Sdr Mustafa sedar sokongan PERKASA terhadapnya tidak ikhlas kerana PERKASA tidak pernah sealiran dengan PKR. Tetapi seperti biasa, sesiapa pun di dalam PERKASA bukan jenis yang tahu malu seperti juga Presidennya sendiri.

Ketua Wira PERKASA masih tegas untuk menyokong Sdr Mustafa Kamil walaupun calon Timbalan Presiden PKR itu menolaknya. Ini adalah kerana PERKASA tidak akan mengalah selagi tidak melihat perpecahan berlaku di dalam PKR. Kita semua sedar hubungan Sdr Mustafa Kamil dengan YB Azmin Ali amat baik dan mereka di antara pilihan terbaik untuk ditabalkan sebagai Timbalan Presiden PKR. Walaupun saya menyokong YB Azmin sebagai Timbalan Presiden PKR, namun saya amat berpuas hati jika yang memenangi pertandingan ini kelak adalah Sdr Mustafa Kamil.

Mengapa secara tiba-tiba PERKASA menyebut soal Islam apabila menyokong Sdr Mustafa Kamil? Semenjak bila PERKASA komited dengan perjuangan Islam, sedangkan semua tahu betapa PERKASA lebih `Melayu' dari Umno. Kerana terlebih `Melayu' lah maka PERKASA juga ditolak oleh Umno. Sekiranya benar PERKASA cintakan Islam, mengapa PERKASA dilihat begitu anti dengan PAS? Ini bukti menunjukkan bahawa niat PERKASA hanya satu iaitu ingin melihat PKR hancur lebur dan berpecah belah.

Hakikatnya, PERKASA terasa hati apabila YB Azmin menggelar Tun Mahathir sebagai `pemimpin tersungkur'. Tun Mahathir amat dipuja oleh PERKASA walaupun Nazri Aziz pemimpin Umno pernah menggelar Tun sebagai `nyanyuk'. Tidak hairanlah PERKASA sering bergaduh dengan Nazri Aziz. Justeru itu, pelik apanya PERKASA menyokong Sdr Mustafa Kamil./wfauzdin.blogspot.com

No comments: