January 19, 2012

JANGAN SILAP, WARNA HIJAU ADALAH WARNA SYURGA

Membenci sesuatu warna atas dasar dengki, dendam dan benci dan seumpamanya adalah dibimbangi boleh merosakkan akidah. Kadang-kadang kerana politik, ada manusia yang benci akan warna hijau. Mereka ini rasa tidak senang kalau ada orang memakai baju berwarna hijau, mengedarkan handouts yang berwarna hijau, mengecat rumah dengan warna hijau dan sebagainya. Berikut dipetik maksud beberapa ayat al-Quran yang telah meletakkan warna hijau pada satu tempat yang mulia dan dipandang indah oleh Allah. 

1.” Mereka itu disediakan baginya Syugra yang kekal, yang mengalir dibawahnya beberapa sungai; mereka dihiaskan di dalamnya dengan gelang-gelang tangan emas dan memakai pakaian HIJAU dari sutera yang nipis dan sutera tebal yang bersulam, mereka berehar di dalamnya dengan berbaring di atas pelamin-pelamin (yang berhias). Demikian itulah balasan yang sebaik-baiknya dan demikian itulah Syurga tempat berehat yang semolek-moleknya.”
2. “Penduduk Syurga itu ( bersenang-lenang) di dalamnya dengan) berbaring di atas (bantal-bantal) dan cadar-cadar yang HIJAU warnanya serta permaidani-permaidani yang sangat indah.”
Ar-Rahman: Ayat 76
3. “Mereka di dalam Syurga memakai pakaian hijau yang diperbuat dari sutera halus dan sutera tebal (yang bertekat), serta mereka dihiasi dengan gelang-gelang tangan dari perak dan mereka diberi minum oleh Tuhan mereka dengan sejenis minuman ( yang lain) yang bersih suci.”
Al-Insan: Ayat 21

Kubah Masjid Nabawi sendiri berwarna hijau. Nabi s.a.w. juga menggemari warna hijau. Simbol-simbol keIslaman di seluruh dunia adalah berwarna hijau.

Jelaslah bahawa warna HIJAU adalah warna Syurga, warna yang disukai oleh Allah yang mencipta warna itu sendiri dan indah pula sehingga menghiasi Syurga. Justeru itu, mudah-mudahan pendedahan ini membuka hati manusia agar beriman dan menyukai apa yang disukai oleh Allah dan Rasul-Nya; memandang indah apa yang dipandang  indah oleh Allah dan Rasul-Nya serta bercita-cita pula untuk memakai pakaian berwarna HIJAU di Syurga kelak. Dibimbangi bahawa orang yang benci warna HIJAU tidak diizinkan masuk syurga oleh Allah s.w.t. kerana syurga-Nya berwarna hijau. WalLahu’alam.

No comments: