November 07, 2012

PANAS! NAJIB JADI IMAM DI MESJID BUKIT INDAH

Kisah Si Kedekut menderma dalam tabung masjid

PAK Samad memang terkenal dengan sifat kedekutnya. Semua orang kampung menggelarkannya Pak Samad kedekut kerana sifat kedekutnya yang teramat sangat. 

Suatu hari, ketika menunaikan solat Jumaat di masjid kampungnya, salah seorang jemaah bersebelahan menghulurkan tabung pungutan derma masjid kepadanya.

Dengan berat hati Pak Samad menyeluk saku, lama juga dia mencari wang kecil untuk dimasukkan ke dalam tabung itu. Habis diselaknya baju dan kain pelekat.

Akhirnya Pak Samad menemukan syiling RM0.10 di celah dompetnya. Syiling itulah yang dimasukkan ke dalam tabung.

Tidak lama selepas Pak Samad menderma, Pak Karim yang duduk di belakangnya menghulurkan 3 keping wang RM100 kepada Pak Samad.

Pak Samad terus memasukkan wang itu ke dalam tabung. Dalam hatinya berbisik "kaya sungguh Karim ni, bagi derma sampai RM300".

Selesai solat, Pak Samad terus mencari Karim, dia hairan dengan sikap dermawan Pak Karim.

"Wah murahnya hati kau Karim, bagi derma masjid pun sampai RM300, tak rasa rugi ke?" tegur Pak Samad.

"Aku hulur duit kau yang terjatuh masa cari duit syiling di masjid tadi" jawab Pak Karim sambil berlalu meninggalkan Pak Samad yang terpinga-pinga.

No comments: