SHAH ALAM: Para Ahli Dewan Undangan Negeri dari
Barisan Nasional (BN) diminta tidak menjadi wakil rakyat syarikat
bekalan air Selangor, Syabas tetapi menjadi wakil rakyat yang
sebenarnya.
Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim (gambar) ketika
menjawab soalan dalam sessi soal jawab di DUN Selangor pagi ini kesal
kerana wakil rakyat BN lebih cenderung membela Syabas dari membela
rakyat.
Beliau berkata demikian ketika berhujjah dengan Adun Permatang, Sulaiman bin Abdul Razak yang cuba membela Syabas.
Penyataan Khalid dibantah oleh seorang Adun BN yang lain dengan
menggunakan peraturan mesyuarat tetapi ditolak oleh Timbalan Speaker,
Haniza Mohamed Talha.
Sulaiman ketika mengemukakan soalan tambahan kepada Khalid meminta
beliau menjelaskan benar atau tidak Kerajaan Negeri telah menyekat
Syabas dari menguruskan air tidak ada hasil (Non revenue water -NRW).
Khalid
menafikan hal itu kerana pihak kerajaan negeri menguruskan hal itu
hampir setiap hari melalui satu jawatankuasa yang dipengerusikan oleh
Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK).
Sehubungan itu, beliau menjemput wakil Syabas berkenaan agar hadir ke mesyuarat-mesyuarat jawatankuasa itu.
Khalid
juga menegaskan, jika Kerajaan Persekutuan mahu memperjuangkan rakyat,
mereka perlu bersetuju dengan cadangan kerajaan negeri menstruktorkan
semula pekhidmatan air di Selangor.
Masalah besar kepada kerajaan
BN Selangor sebelum ini, kata Khalid, adalah lebih kepada 'Contract
Management' bukannya 'Resouce management'.
"Mereka lebih pentingkan usaha untuk mendapatkan kontrak dari menguruskan sumber yang ada," kata Khalid.
Kempen tipu rakyat
Khalid
juga memberitahu, kempen kekurangan air di Selangor kerana penolakan
keraajaan negeri terhadap projek Langat 2 adalah kempen tipu rakyat.
"Kalau Langat 2 dapat menyelesaikan masalah inipun, ia akan sampai 2 tahun akan datang (selepas ia selesai).
"Lebih baik buat kempen kurangkan NRW (dari kempen tiada air)," kata Khalid.
"Saya telah buktikan, sebagai MB dan sebagai orang yang pentingkan pengurusan ekonomi yang baik.
"Jika
ada RM4,000 juta untuk tambah air selangor, lebih baik kaji punca air
di Selanngor untuk tambah sumber air tetapi ia tidak dibuat," katanya.
Bagi Khalid, cara Singapura lebih baik kerana mengkaji sumber air sendiri tetapi "kita tidak buat dengan betul."
"Saya lebih minat buat cara ini kerana ia sesuai untuk nilai wang kita (velue for money)," kata Khalid.
No comments:
Post a Comment