Seorang anak mengadu, "Ayah, makanan di sekolah sekarang ni mahal la.. Macam mana ni?"
Jawab si ayah "Kalau mahal, pandai2 la berjimat. Kurangkan belanja".
Si anak berkata lagi "Buku2 di sekolah pun sekarang ni mahal, semua naik harga!"
Kata si ayah "Kalau harga buku mahal, tak payah beli buku".
Si anak mengeluh "Habis tu macam mana ni ayah? Tak kan kita tak boleh buat apa2?"
Lalu si ayah memberi jawapan seperti seorang ustaz "Harga makanan dan buku tu semua naik harga adalah kerana ketetapan Allah. Kita kena redha dan percaya dengan ketentuan Allah".
Si anak lantas memberi hujah "Ayah, Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum melainkan kaum itu sendiri yang perlu berusaha mengubahnya. Kita tidak berusaha mencegah harga2 barang di sekolah naik, tetapi redha semua itu dilakukan kepada kita tanpa alasan dan sebab2 yang munasabah. Ini adalah satu kezaliman terhadap diri sendiri."
Si ayah menjawab ringkas "Syukurlah di sekolah kamu masih aman..."
Anak itu tidak mampu lagi memberi sebarang pendapat atau persoalan. Dia disuruh bersyukur oleh ayahnya meskipun wang belanja sekolah yang diberikan tidak cukup, padahal si ayah adalah seorang yang amat kaya dan berpengaruh.
Hidup si ayah penuh dengan kemewahan sebaliknya anak-anaknya serba kekurangan. Apabila mengadu kepada si ayah, si ayah hanya menjawab "Bersyukurlah.. Hidup kamu masih aman".
P/s: Cerita yang menyedihkan ini hanyalah rekaan semata-mata. Tiada kena mengena dengan hantu raya yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia.
~ Wan Muhd Ali.
No comments:
Post a Comment