SEROJA BANTU POLIS CEGAH JENAYAH
BATU
CAVES, 23 SEPT: Sebanyak 5 pangsapuri dipilih menjadi perintis Skim
Keselamatan Kejiranan Pangsapuri (SEROJA) yang dirumus bagi membantu
polis memelihara keamanan dan mencegah jenayah di kawasan-kawasan
pangsapuri seluruh Selangor.
Exco Perumahan, Pengurusan
Bangunan dan Peneroka Bandar Iskandar Abdul Samad berkata Skim Seroja
ini disasar membantu sehingga 250 pangsapuri di masa akan datang.
Dijangka dilaksanakan Oktober tahun ini, lima pangsapuri itu adalah
Laksamana Jaya, Seri Era, Puchong Permai, Mawar Cempaka dan Megah Villa.
Penduduk yang dipilih untuk melakukan rondaan pengamanan di pangsapuri
masing-masing akan disaring Polis Diraja Malaysia terlebih dahulu, dan
dilengkapi dengan belantan, wisel dan lampu suluh.
“Kerajaan negeri akan membantu program bantu mula ini selama tempoh 3
tahun dan selepas itu program ini dapat diteruskan oleh penduduk itu
sendiri.
“Pihak kerajaan negeri juga berterima kasih kepada
pihak polis yang bersedia untuk memberikan kerjasama sepenuhnya bagi
memastikan program berjaya dilaksanakan,” kata Iskandar di program
pelancaran Skim Seroja di Pangsapuri Laksamana Jaya, 21 September lepas.
Acara dihadiri oleh Ketua Polis Daerah Gombak, ACP Abdul Rahim Abdullah
dan Yang Dipertua Majlis Perbandaran Selayang, Mohd Azizi Mohd Zain dan
Adun Batu Caves, Amiruddin Shari.
Kerajaan Negeri
memperuntukkan RM10,000 setahun untuk mengadakan program-program
keselamatan dibawah SEROJA. Peronda yang terlibat juga diinsuranskan
sehingga RM10,200 sekiranya berlaku kemalangan semasa melakukan rondaan.
No comments:
Post a Comment