November 07, 2013

ANTARA HIKMAH BERKHATAN.......


KHATAN semakin menjadi amalan bagi masyarakat berbilang bangsa. Malah, pada kini dianggarkan sepertiga lelaki di seluruh dunia berkhatan sama ada disebabkan anjuran agama seperti Islam dan Yahudi, mahupun kerana faktor kesihatan.Dalam Islam, khatan atau khitan adalah perkara khilafiyah ( tiada nas yang qatei atau putus) dibincangkan dalam semua mazhab, namun menurut pendapat sahih dalam Mazhab Syafie, ia wajib ke atas lelaki dan perempuan. 
Demikian juga pendapat kebanyakan ulama silam.Imam Ahmad bin Hambal mengatakan wajib manakala Imam Malik dan Imam Abu Hanifah berpendapat khatan itu hukumnya sunat bagi lelaki dan perempuan.Tetapi ada pula pendapat dalam Mazhab Abu Hanifah mengatakan wajib bagi lelaki dan sunat bagi perempuan.Antara dalil yang dijadikan hujah dalam melaksanakan khatan ialah firman Allah yang bermaksud: "Ikutilah wahai Muhammad susunan agama Ibrahim."Hadis diriwayatkan Abu Hurairah, Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya: "Nabi Ibrahim berkhatan ketika berusia 80 tahun di suatu tempat bernama 'al-Qudum' (di Syam). (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim).Diriwayatkan Imam Ahmad daripada Syaddad bin Aus dengan terputus sanadnya dan juga oleh Imam Baihaqi daripada Saidina Ali, beliau berkata berkhatan itu sunat bagi lelaki dan suatu perkara yang terpuji bagi perempuan.Selain itu Imam Abu Daud, Ibnu Sandah dan Ibnu 'Asakir meriwayatkan suatu hadis daripada ad-Dahak bin Tias, katanya di kota Madinah ada seorang wanita bernama Ummu 'Atiyyah kerjanya mengkhatankan anak gadis.Rasulullah s.a.w berkata kepada wanita itu: "Apabila engkau mengkhatankan anak perempuan jangan engkau potong terlampau banyak kerana potongan itu jika disederhanakan akan menambahkan seri muka dan menyebabkan suami lebih gembira."
Dalam amalan perubatan di Malaysia, khatan bagi perempuan hanya melukakan kulit atas faraj yang berbentuk segi tiga. Bahagian itu adalah kulit lebihan di sebelah atas dan tidak sampai ke pangkalnya.Bagi lelaki, ada dua kaedah iaitu tradisional dan moden. Kaedah tradisional ialah memotong bahagian kulit berlebihan pada zakar menggunakan pisau. Zakar terlebih dulu dibius pada bahagian atas, tepi dan hujung supaya kebas, kemudian dipotong, dilipat dan dijahit dengan benang larut sendiri.Bagaimanapun, kaedah moden lebih mudah kerana hanya menggunakan plastik yang sudah berbentuk bulat untuk diletakkan pada bahagian hujung kulit zakar. Ia bertujuan menghentikan perjalanan darah dalam tempoh seminggu dan secara tidak langsung akan gugur dengan sendiri.Selain mengikut sunnah generasi terdahulu, khatan mempunyai banyak kelebihan, terutama dari sudut kesihatan.
Khatan kepada lelaki mempunyai banyak kebaikan dari sudut kesihatan, terutama menghindarkan diri daripada terkena virus berbahaya seperti HIV

No comments: