December 19, 2015

PERPADUAN MELAYU HARUS DILIHAT DALAM SKOP YANG LEBIH LUAS, BUKAN SETAKAT PAS/UMNO


Perpaduan Melayu bukan sahaja hanya PAS dengan Umno Mohd Sayuti Omar Cadangan Al Alumni Azhar untuk menubuhkan jawatankuasa sebagai pihak ke-3 untuk membentuk platform penyatuan Umno dengan PAS, bukan perkara sukar dilakukan. Sebelum ini pun berbagai jawatankuasa atau pun entiti, dan individu  berusaha untuk menyatukan kedua parti berkenaan demi kepentingan bersama tetapi gagal. Bahkan ada golongan agamawan termasuk mufti juga pernah berusaha ke arah itu, sehingga ada seorang mufti sanggup berkereta di waktu malam dalam hujan lebat semata-mata untuk melihat wujudnya kerajaan bersama di antara PAS dengan Umno pada tahun 2008, tetapi ia juga gagal. 

Untuk merealisasikan kerjasama yang indah itu, ia bukan boleh diimplimen oleh jawatankuasa atau pun mana-mana pihak dengan menjadi mediator. Orang ke-3 hanya boleh menyata dan melaungkan keindahan natijah penyatuan itu. Titik tolak akhir yang akan menentukan apakah kerjasama itu jadi, wajar atau tidak ialah ahli parti itu sendiri. Ahli yang berhak menyuarakan dan menentukan apakah agenda itu cukup penting atau sebaliknya. Mungkin pemimpin PAS yang sudah "segotel" (sepakat) bersetuju untuk bekerjasama dengan Umno. Tetapi penerimaan ahli masih belum terjawab. 

Perlu diingatkan bilangan ahli berbanding dengan pemimpin jauh lebih ramai. Pemimpin PAS termasuk wakil rakyat tidak sampai 1,000 orang tetapi ahli yang menjadi pengundi dan berhak ke atas parti mereka melebihi 1 juta. Mungkin pemimpin yang kini ada kedudukan atau pernah bersama minum sirap selasih dengan tokoh besar Umno sudah melupai kepedihan apa yang Umno lakukan kepada PAS, tetapi ahli di bawah mungkin masih mengingati dan merasai kepedihannya yang mencucuk hingga ke sum-sum. 

Jika PAS sudah rasa terdesak untuk bersatu dengan Umno, jalan terbaik bagi PAS ialah memanggil muktamar khas menentukan agenda kerjasama ini. Mandat daripada ahli perlu diambil sepenuhnya. Sebagai sebuah parti, sebarang resolusi penting perlulah daripada ahli yang membayar yuran. Keputusan sebesar itu, bekerjasama dengan Umno tidak boleh dilakukan secara ad hoc atau veto presiden. Jawatankuasa yang dicadangkan itu, tidak berkeupayaan untuk merealisasikan kerjasama itu kalau setakat hanya meletakkan para pemimpin PAS dan Umno di atas satu pentas dengan memakaikan baju sedondon. 

Perkara paling penting ahli parti itu kena difahamkan sedalamnya akan tujuan, matlamat dan faedah penyatuan itu. Jauh dari itu juga menggali apakah muslihat Umno dan juga pihak yang beria mahu menjayakannya. Janganlah membuat kerja sia-sia berulang kali. Ingin saya sebut dan ulang lagi, kalau benar mana-mana pihak ingin memadukan Melayu dalam satu wadah dan fahaman demi kepentingan bersama, entiti atau kumpulan politik bukan diambil daripada Umno dan PAS sahaja. Ia juga haruslah ikut sama mengundang kumpulan politik lain, dalam hal ini PKR dan Amanah misalnya. 

Apakah dalam kamus pihak penganjur  PKR dan Amanah bukan parti Melayu dan Islam? Kewujudan ke-2 entiti itu dalam aspek politik tidak boleh dinafikan seperti mana ada orang hendak menafikan hak dan kedudukan orang Cina dan India di negara ini. Mereka suka atau tidak sudah diikhtiras. Saya rasa dalam PKR sudah ada pemimpin tertinggi yang menunjukkan minat untuk bersatu atas semangat kaumiyah itu. Jikalau pihak penganjur mengenepikan puak lain dan hanya menumpukan kepada Umno dan PAS sahaja, percayalah, gagasan kepada perpaduan Melayu dan Islam itu tidak akan tercapai melainkan ianya adalah retorik atau lagu pengulik tidur di malam hari hujan sahaja. 

Perpaduan Melayu harus dicanang dalam skop yang lebih luas dan global dan tidak bersifat sekelompok sahaja. Itulah baru sesuai dengan martabat Alumni Azhar itu sendiri berwajahkan sejagat. Wassalam. 
Posted & copy by RAKYAT MARHAEN at 12/19/2015 07:54:00 PG 


December 07, 2015

MUHYIDDIN : BARAH DAN NANAH DALAM UMNO MESTI DI TOLAK


Timbalan Presiden Umno Tan Sri Muhyiddin: Barah, nanah dalam Umno mesti ditolak 

Muhyiddin Yassin malam ini tampil melontarkan kritikan terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib dan isu-isu berbangkit dalam negara, terutamanya dalam kes 1MDB. Dalam ucapannya di hadapan ramai penyokong di Kampung Baru, Kuala Lumpur, Muhyiddin menegaskan bahawa pihak yang bermasalah dalam Umno harus ditolak. 

“Siapa yang menjadi barah dan nanah dalam Umno mesti ditolak,” katanya sambil disambut sorakan orang ramai yang kelihatan amat bersemangat. “Untuk selamatkan negara, (masalah ini) harus dibuang.” Beliau berkata demikian apabila bercakap soal perubahan yang perlu dibuat oleh Umno supaya tidak ditolak oleh rakyat. “Saya suka merayu untuk jalani pembedahan yang menyakitkan ini daripada menderita koma dan mati perlahan-lahan,” katanya bekas timbalan perdana menteri itu dengan berkias. 

Muhyddin pada peringkat awal ucapannya dilihat agak berhati-hati. Ketika mengulas tentang gesaan ke arah pengunduran Najib, beliau berkata mendapat banyak pesanan di laman sosial yang memintanya menyampaikan perkara itu. Malah, katanya, gesaan itu yang kedua terbanyak diterimanya selepas kebimbangan berkaitan kenaikan kos sara hidup. Muhyiddin juga ada awal ucapannya berkata Najib harus berehat sementara sementara dakwaan-dakwaan berkaitannya, termasuk isu 1MDB, diselesaikan. 

“Rehat sementara. Bukan berhenti. Rehat saja, sementara. Jangan timbul persepsi PM campur tangan. Ambil cuti sampai kes selesai. “Kemudian kalau tidak terlibat, kita doa tidak terlibat, baliklah (bertugas) semula,” katanya. Tun Dr Mahathir Mohamad dan Naib Presiden Umno Datuk Seri Shafie Apdal turut hadir dalam acara bertemu penyokong itu di Kuala Lumpur malam ini. 

Perhimpunan itu diadakan setelah Muhyiddin tidak lagi diberi peluang berucap kepada perwakilan dalam perasmian sayap ketika-tiga parti itu seperti kelaziman sebelum ini. 

Posted & copy by RAKYAT MARHAEN at 12/07/2015 11:42:00 PTG


December 06, 2015

ejen dan pengedar di kehendaki.. wasapp laju2 #0193291967

ejen dan pengedar di kehendaki..
wasapp laju2 #0193291967

TAKZIAH~

JOHOR BAHRU - Jenazah Almarhum Tunku Laksamana Johor, Tunku Abdul Jalil Sultan Ibrahim selamat disemadikan di Makam Diraja Mahmoodiah di sini hari ini, sebentar tadi.
Jenazah Almarhum Tunku Abdul Jalil disemadikan bersebelahan makam nendanya, Almarhum Sultan Iskandar Sultan Ismail kira-kira pada pukul 2.45 petang.
Bacaan talkin disempurnakan oleh Penasihat Majlis Agama Islam Johor, Datuk Noh Gadut. - K! ONLINE

June 13, 2015

DR M PERINCIKAN KESAH 1MDB


DR M DROPS NEW BOMBSHELL: 'Stupid' of Najib to let Jho Low 'persuade' him to form 1MDB 

1. From the comments on my blog and the questions I have been asked by people while shopping, it is clear that many do not know much about 1MDB. They know enough that Najib has done something wrong with the RM42 billion borrowed money, but are not clear about what is so wrong that I should call upon him to resign. 
2. So I think I need to explain why 1MDB is wrong in stages. The Terengganu Investment Authority 
3. Firstly the attempt to hijack the Terengganu Investment Authority (TIA) money. Petronas pays 5% of its gross earnings to the Terengganu Government. Over the years their royalty has grown quite big. 
4. Jho Low persuaded Najib to make the TIA into a sovereign fund for investment like the Kuwait Investment Fund but under Najib’s control. Appointments of staff were made by Najib without Terengganu’s knowledge. Terengganu agreed at first but when Najib decided to raise through bonds RM5 billion using Terengganu oil wells as collateral, the istana and the Government thought it was not right. 
5. Terengganu requested that the issuance of the bonds be deferred. Najib went ahead. Terengganu accordingly withdrew as it cannot let its’ oil wells be put at risk. 
6. Jho Low then advised Najib that the Federal Government should guarantee the loan. Strictly speaking such a matter should be discussed and approved by Cabinet. There is no evidence that a cabinet paper was prepared and presented for approval despite the amount being unusually big. In fact for a long time Cabinet was not aware of the activities of 1MDB. 
7. To avoid scrutiny by officials, the loan was classified as off – budget i.e. outside the annual budget presented to and approved by Parliament. Off – budget spending can be made but usually only limited in amount. RM5 billion have never been borrowed by Government or any of its agencies. It should not be off-budget. It should get Cabinet approval first and then presented to Parliament. None of these procedures were followed. 
8. It is not clear whether any Government department or agencies have scrutinised the terms of the loans. But the terms were very unfavourable to 1MDB and the Government. 
9. Goldman Sachs which was entrusted with raising the loan was given; i) Commission of 10% ii) The interest rate was fixed at 5.9% 
10. What this means is that of the RM5 billion borrowed 1MDB would get only RM4.5 billion. Goldman Sachs would get RM500 million as commission, an inordinately large sum. 
11. But 1MDB would pay 5.9% interest on the whole of RM5 billion. Since it gets only RM4.5 billion the rate of interest on this amount would be 6.6% plus. Goldman Sachs need not pay interest on the RM500,0000/- it got as commission. 
12. Loans taken by Government or guaranteed by Government would normally carry 3% interest or less. But the 1MDB loan cost almost 7% interest i.e, about RM350 million a year or almost RM1 million per day. 
13. Who approved such terrible terms for a loan to a government owned company? We would like to know who. There must be some documents with the signature of the approving authority. If not somebody needs to answer for this stupidity. Or is it abuse of authority. 
14. But more loans were raised from local as well as foreign banks. In all RM42 billion were borrowed. It is not clear what the terms are. But interest on RM42 billion must come to almost RM3 billion a year. Unless the investment yield fantastic returns, the interest burden would sink 1MDB. In fact as everyone knows Ananda Krishnan had to make available RM2 billion to pay the interest. Is it a loan or a free gift? Later 1MDB had to sell shares or properties for USD1 billion (RM3.7 billion) in order to settle short term loan from a German bank. 
15. 1MDB is effectively headed by the Prime Minister who is also the Minister of Finance. When loans of more than 100 million are raised for investment overseas Bank Negara has to approve. But the final approval must come from the Minister responsible. And the Minister responsible is also the effective head of 1MDB. Investments 
16. The best known investments by 1MDB were in the purchase of power plants and Government land as well as private land. Power Plants 
17. RM18 billion was spent to purchase IPP belonging to Ananda Krishnan, Genting Sanyen Power (now known as Kuala Langat Power Plant) and Jimah Energy. 
18. The prices paid for Genting Sanyen and Ananda’s IPP were well above market price. 1MDB also paid RM6 billion for unpaid loans. The Jimah IPP was to put up another power plant. But 1MDB had no money to build this plant 
19. Genting Sanyen and Tanjung Energy (now known as Powertek Energy Sdn Bhd) were nearing expiration of their licenses. Had 1MDB waited until the licenses expired, the price would be next to nothing. 
20. Why 1MDB did not wait until the expiry of the license is a mystery. Genting and Ananda clearly made more money than they were entitled to. One estimate is that the high price netted the sellers an extra RM3 billion. Besides they are relieved of the loan of RM6 billion. 
21. So not only is the borrowing costly but the high cost of investments will mean low returns. Why is 1MDB so stupid. 
22. As stated above 1MDB is unable to get the IPP listed again. Who would want to own overpriced and obviously unprofitable power plant. Purchase of Land 
23. The land along Jalan Tun Razak was actually meant for an agency to build shops etc for Bumiputras. But instead the Government sold the 70 acres to 1MDB for RM320 million i.e. at RM 60/- psf. Land close by had been sold at RM7000 /-psf. 1MDB should pay at least RM3000 to RM4000 /- psf. 
24. Government lost a huge amount of money from the sales. The question is why did the Government sell at such a low price. One cannot help thinking it is because the PM ordered the sale. If so it is wrong and it constitutes abuse of authority. The full value should be paid to the Government now. 
25. Then 1MDB decides to sell a small part of the land at the price it bought the whole 70 acres of land. Payment was made by Tabung Haji even before the transfer of ownership was completed. Apparently 1MDB needed the money immediately. 
26. The directors of 1MDB and Tabung Haji are the same people. They claim that they abstained from voting. But obviously it was not an arms– length deal. 
27. If the Government could sell to 1MDB at RM60 /- psf, it should also sell at the same price to TH. But effectively it has used money saved by intending pilgrims to give enormous profit to 1MDB. 
28. It is the same with the Sungai Besi airport land. 1MDB acquires it at the ridiculously low price of RM90 /- psf. The value of the land is at least RM2000 /- psf. 
29. But 1MDB bought private land in Penang at a much higher price. Yet the land is not at the centre of the city, has more than 1000 squatters and has not obtained the Penang Government approval for development. Seems like 1MDB had overpaid the seller for useless land. Why? Assets 
30. 1MDB claims it has assets worth RM52 billion. 
31. So far no explanation has been given as to how these assets are valued. How much is the value of all the power plants. And how much are the prices of land worth? 
32. Future values after development may be big but billions of Ringgits must be invested before the property can be sold. After deducting cost, the return cannot be very big. The power plants and the land cannot be worth RM52 billion. 
33. Even if this money is used to repay debts, the disappearance of billions of Ringgit must be recovered, or 1MDB should be charged for the loss. - chedet.cc 

June 11, 2015

BUKU MOTIVASI USAHAWAN ~ AKU PASTI BERJAYA 5 RAHSIA MEMBINA KEJAYAAN DIRI

BUKU MOTIVASI USAHAWAN
SPECIAL GIFT UNTUK 200 PEMBELI AWAL

Pakar psikologi ada membuat kajian berkenaan orang-orang yang berjaya di bidang sains, arkitek dan para pencipta. Dari bangku sekolah lagi, mereka ini sudah menunjukan personaliti yang bebas. Semua suka mencari masalah-masalah sendiri dan berusaha untuk menyelesaikannya tanpa di arah oleh orang lain.
Anda nampak tak keistimewaan mereka?

#SAYAJUALBUKUMOTIVASIUSAHAWAN
#tipsusahawanhebat #generasiusahawanhebat
dapatkan buku #akupastiberjaya #5rahsiamembinasejarahkejayaandiri
nukilan saya #shaifulanuarsulaiman

harga promosi rm20.00

email shaifulanuars@gmail.com
whatsapp #0193291967

JAWATAN DALAM NEGERI HARUS DIKEKALKAN HINGGA PAS PUSAT BUAT KEPUTUSAN ~ TUAN IBRAHIM TUAN MAN


Enam yang tidak berjaya dalam pemilihan PAS baru-baru ini akan dilantik ke dalam jawatankuasa pusat. Pengumuman rasmi akan dibuat pada 21 Jun, kata Timbalan Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man kepada pemberita selepas menghadiri mesyuarat pertama jawatankuasa pusat sesi 2015-2018. 

Parti itu perlu melantik setiausaha agung dan ketua penerangan sebagai sebahagian daripada enam yang akan dilantik itu. Kemudian mereka akan memilih ketua 24 pihak biro. Ketua-ketua PAS negeri juga perlu dilantik. "Ya, biasa begitu, setiap kali muktamar, yang tak menang pun ada diberi jawatan," katanya kepada pemberita. Ditanya sama ada kelewatan dalam membuat pengumuman rasmi itu bagi memastikan pelantikan itu diterima terlebih dahulu, Tuan Ibrahim berkata, bukan begitu kesnya. "Tidak, itu prosedur biasa," katanya. Bagaimanapun, ia telah disahkan bahawa Mohd Zuhdi Marzuki adalah antara enam yang dilantik. Ketika ditemui pemberita, Mohd Zuhdi memberi pandangan yang berbeza mengenai kelewatan itu. "Jika mereka tidak menerima pelantikan itu, ia akan melantik orang lain. 

"Oleh itu, pengumuman rasmi adalah pada 21 Jun," katanya. Beberapa ahli jawatankuasa pusat mengesahkan bahawa mesyuarat itu lebih pendek daripada biasa, kerana presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang terpaksa menaiki penerbangan ke Jepun. 

Oleh itu, tidak ada perkara lain dalam agenda, termasuk keputusan muktamar PAS untuk memutuskan hubungan dengan DAP. Terdahulu hari ini, beberapa pemimpin PAS berkata, perkara itu perlu terlebih dahulu dibincangkan oleh majlis syura sebelum ia dibawa kepada jawatankuasa pusat. Tuan Ibrahim berkata, beliau tidak tahu bila bila majlis syura akan bermesyuarat. Buat masa ini, ahli-ahli PAS yang telah dilantik ke jawatan kerajaan di Pulau Pinang dan Selangor mesti terus bertugas seperti biasa, kata Tuan Ibrahim. "Ia merupakan kerajaan negeri Pakatan Rakyat," kata Tuan Ibrahim, membayangkan bahawa ahli PAS perlu memenuhi mandat yang diberikan oleh pengundi. PAS mempunyai kira-kira 1,100 ahli yang memegang jawatan dalam kerajaan yang dilantik di Pulau Pinang dan kira-kira 5,000 jawatan di Selangor.


May 06, 2015

BUKU MOTIVASI USAHAWAN, AKU PASTI BERJAYA!

BUKU MOTIVASI USAHAWAN
SPECIAL GIFT KPD 200 PEMBELI AWAL

Pakar psikologi ada membuat kajian berkenaan orang-orang yang berjaya di bidang sains, arkitek dan para pencipta. Dari bangku sekolah lagi, mereka ini sudah menunjukan personaliti yang bebas. Semua suka mencari masalah-masalah sendiri dan berusaha untuk menyelesaikannya tanpa di arah oleh orang lain.
Anda nampak tak keistimewaan mereka?

#SAYAJUALBUKUMOTIVASIUSAHAWAN
#tipsusahawanhebat #generasiusahawanhebat
dapatkan buku #akupastiberjaya #5rahsiamembinasejarahkejayaandiri
nukilan saya #shaifulanuarsulaiman

harga promosi rm20.00

email shaifulanuars@gmail.com
whatsapp #0193291967

ANALIDA PRK ROMPIN ~ PAS MENANG DIDALAM KALAH, UNDI BERTAMBAH



ANALISA AWAL PRK ROMPIN .. PAS MENANG DALAM KALAH Walaupun PAS kalah namun hakikatnya PAS berjaya menurunkan majoriti BN dengan drastik sekali sambil mengekalkan jumlah undi diperolehi pada PRU 13 lalu dalam keadaan jumlah turun mengundi turut menurun dan dengan kurangnya sokongan dan dokongan dari rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat. PAS masuk gelanggang PRK Rompin kali ini dilihat sebagai bertarung secara solo dengan sedikit amat bantuan dan sokongan dari rakan Parti KeADILan dan tiada langsung dari DAP. Analisa awal PAS terhadap pilihan raya kecil (PRK) Rompin, menunjukkan berlaku peningkatan undi terhadap parti itu bagi semua peti undi di Parlimen Rompin. Ekoran itu, PAS itu telah berjaya tingkatkan sebanyak 10.2 peratus undi popular terhadap PAS. PAS juga mencatatkan kemenangan bagi peti undi Felda Keratong 4 dan Keratong 2, yang sebelum ini milik BN. Malah berjaya tingkatkan jumlah undi di Felda Keratong 5 walaupun tewas di kawasan tersebut. Dalam PRK tersebut, BN mengekalkan kerusi tersebut dengan majoriti 8,895 undi apabila calonnya Datuk Hasan Arifin memperolehi 23,796 undi. Manakala calon PAS Nazri Ahmad mendapatkan 14,901 undi. Walaupun PAS tewas di peti undi Felda Keratong 5, yang merupakan kampung calon PAS dengan hanya 13 undi, parti itu bagaimanapun berjaya meningkatkan bilangan undi generasi muda. Calon PAS dapat mengurangkan banyak majoriti di Keratong 5 dan saluran tiga dan empat (yang merupakan saluran untuk pengundi di bawah 39 tahun) menunjukkan peningkatan sokongan terhadap PAS. Insya-Allah dengan pergolakan politik sekarang ini dengan PAS bekerja lebih keras lagi bagi menghadapi Pilihan Raya Umum yang ke-14 akan datang, tidak nampak sebarang sebab dan alasan PAS tidak boleh merampas kerusi Parlimen Rompin. Paling ketara sekali ialah isu hudud yang digembar gemburkan serta perjalanan pemilihan PAS di Muktamarnya pada Jun ini memberi impak yang besar .. mengambarkan betapa corak dan gaya kepimpinan Tuan Guru Dato' Seri Hj Abdul Hadi Awang yang tegas dan tidak mudah dibuli rakan-rakan dalam PR terutamanya DAP diterima oleh masyarakat Melayu/Islam. Rahmatnya ... sudah boleh menerima betapa PAS bukannya parti yang boleh diperbudak dan diperkotak katikkan sewenang-wenangnya .. PAS masih memerlukan kempinan ulama untuk menerajui parti tersebut.

May 04, 2015

BUKU MOTIVASI UNTUK USAHAWAN, AKU PASTI BERJAYA 5 RAHSIA UNTUK MEMBINA KEJAYAAN DIRI

BUKU MOTIVASI USAHAWAN
SPECIAL GIFT KPD 200 PEMBELI AWAL

Pakar psikologi ada membuat kajian berkenaan orang-orang yang berjaya di bidang sains, arkitek dan para pencipta. Dari bangku sekolah lagi, mereka ini sudah menunjukan personaliti yang bebas. Semua suka mencari masalah-masalah sendiri dan berusaha untuk menyelesaikannya tanpa di arah oleh orang lain.
Anda nampak tak keistimewaan mereka?

#tipsusahawanhebat #generasiusahawanhebat
dapatkan buku #akupastiberjaya #5rahsiamembinasejarahkejayaandiri
nukilan saya #shaifulanuarsulaiman

harga promosi rm20.00

email shaifulanuars@gmail.com
whatsapp #0193291967

May 02, 2015

RAKYAT PERLUKAN CALON BERSIH?

PETALING JAYA: Calon bersih, parti kotor? Parti bersih, calon kotor? Lagi tidak boleh terima jika kedua-duanya kotor.  Tentunya rakyat berhasrat untuk diwakili oleh individu yang bersih yang menganggotai parti juga bersih. Dalam erti kata lain calon bersih, partipun mesti bersih. Bersih atau kotor dari perspektif politik adalah jelas.   Ia mudah diukur dengan ukuran-ukuran yang sedia diwujudkan di peringkat nasional, negeri dan antarabangsa. Paling minima ialah menerima pakai dasar tata kelola atau tadbir urus baik (good governance) yang mendokong prinsip-prinsip kecekapan, kebertanggungjawaban dan ketelusan (CAT – Compentency, Accountability, Transparency). Kejayaan mencapai “kebersihan” itu adalah berlandaskan sejauh mana pengamalan ketiga-tiga prinsip tersebut oleh mereka yang telah diberi kuasa menerajui dan mentadbir parti politik. Di Malaysia, parti politik yang berkuasa mempunyai pengaruh yang amat besar ke atas hala tuju agenda nasional yang menghala tujukan agenda negeri dan kesemua agenda-agenda lain yang mengesani rakyat jelata, seperti mengenakan GST, menghapus subsidi, had gaji minima untuk pekerja, kenaikan tarif elektrik, kenaikan harga barangan dan perkhidmatan, menyimpan wang KWSP rakyat dengan lebih lama tanpa persetujuan rakyat ramai, hubungan antara kaum dan golongan-golongan berlainan agama, kebebasan akhbar dan perhimpunan rakyat serta segala yang lainnya. Melalui cara itu, calon-calon dalam pilihan raya adalah tertakluk kepada dasar dan prinsip serta budaya politik yang diikuti oleh parti politik yang diwakilinya. Persepsi rakyat Malaysia ialah parti-parti politik itu semuanya sama sahaja. Diperakui bahawa sebahagian rakyat kecewa dengan beberapa insiden politik dan sikap segelintir ahli politik yang bertentangan dengan harapan rakyat. Ketika ini ada dua golongan parti politik – Pakatan Rakyat(PR) dan Barisan Nasional(BN).   Di antara keduanya, BN telah hampir 60 tahun memerintah Malaysia dan telah membudayakan cara hidup, corak pemikiran, politik, kepolitikan dan hubungan antara kaum yang menganuti berbagai agama di Malaysia.   Keadaan atau status rakyat. Malaysia kini adalah cerminan kepada dasar dan ideologi politik BN kerana PR belum pernah memerintah negara Malaysia walaupun berpengalaman mentadbir negeri-negeri yang dimenanginya dalam plihanraya umum sebelum dan pada 2008 dan 2013. Rekod pencapaian negeri-negeri yang ditadbir oleh PR jelas menunjukkan dasar dan ideologi politik yang berbeza, walaupun pengamalannya belum memuaskan hati rakyat yang mempunyai harapan menggunung terhadap PR. Semakin tahun, bertambah meningkat bilangan rakyat yang menginginkan perubahan dalam corak pemerintahan negara yang mengamalkan CAT. Mereka telah mengalihkan pandangan kepada selain Umno-BN dan mendapati PR mempunyai potensi itu. Manifestasi visi dan misi PR dalam konteks CAT diterjemahkan dalam pentadbiran dan dasar-dasar pelaksanaan aktiviti dan program rakyat, khususnya di negeri Selangor dan Pulalu Pinang. Kesungguhan dan komitmen politik kerajaan negeri Selangor diperkukukuhkan dengan menerbit dan mewujudkan SELCAT dan Penang CAT di Pulau Pinang.   Ia telah meyakinkan masyarakat antarabangsa dengan kedua negeri mencapai pelaburan asing (FDI) paling tinggi di kalangan negeri-negeri di Malaysia. Pada pilihan raya umum yang lalu, Selangor telah meraih dua pertiga sokongan dalam Dewan Undangan Negeri (DUN) walaupun Umno-BN telah membelanjakan wang yang sangat banyak dan memobilisasikan segala jentera komunikasi dan lainnya untuk mencemar dan menewaskan PR di negeri itu. Oleh kerana usaha yang berterusan dan komitmen kerajaan Selangor merakyatkan ekonomi dan membela rakyat dalam pelbagai aspek telah berjaya menawan hati penduduknya. Keyakinan itu menyebabkan mereka berjaya menangkis sebarang propaganda  BN sama ada di media cetak atau elektronik. Bagi Kerajaan Selangor, ia suatu usaha yang tersusun dan bersifat jangka panjang untuk mencapai agenda pembangunan rakyat yang lengkap dan menyeluruh. Di antara perkara yang menguja rakyat Selangor ialah janji untuk memiliki saham-saham dalam syarikat pembekal air di negeri Selangor.   Ia adalah satu contoh yang konkrit dalam merayatkan ekonomi negeri Selangor secara hakiki, yang boleh menjadi aras ukur (benchmark) kepada aras ukur CAT kerajaan-kerajaan di peringkat antrabangsa. Satu lagi fenomena CAT yang penting ialah rakyat berasa selesa dan mudah untuk membuat aduan tanpa sebarang perasaan negatif, atau rasa terancam.   Maklum balas rakyat sentiasa dihargai kerana ia adalah cara untuk meningkatkan kualiti perkhidmatan, aktiviti dan program-program kerajaan negeri.   Perubahan budaya kerja perkhidmatan awam juga perlu berlaku bagi merealisasikan agenda reformasi. Perubahan ke arah merealisasikan CAT dalam pentadbiran negeri berlaku secara berfasa dan tentunya menghadapi berbagai rintangan dan cabaran di peringkat permulaannya kerana budaya pentadbiran UMNO-BN telah terpasak begitu lama – selama lebih setengah abad. Oleh yang demikian, parti politik pemerintah ketika ini adalah tunggak pemerintahan di Malaysia.   Tidaklah bermanfaat jika calon bersih tetapi reformasi atau perubahan budaya politik partinya tidak diyakini akan berlaku bagi kepentingan rakyat jelata. Jika budaya politiknya ialah mengawal rakyat dan menakuti rakyat dengan berbagai amaran dan akta, supaya parti politik itu terus berkuasa, calon yang menganggotai parti politik yang sedemikian akan juga menganuti budaya parti politiknya yang rakus kuasa dan akan melakukan apa yang perlu bagi mengekalkan kuasanya. Rakyat ingin suatu pemerintahan yang mesra rakyat, khususnya dalam memperolehi maklumat secara bebas ketika diminta oleh rakyat, memastikan hak rakyat dalam pembahagian pendapatan negara dan negeri diurus sehingga akhirnya kualiti kehidupan rakyat meningkat dari masa ke semasa, bukan sebaliknya – Malaysia ialah sebuah negara pengeluar minyak dan kaya dengan berbagai hasil tentunya sudah mampu menjadi seperti negara lain yang sekufu yang memberikan pendidikan dan kesihatan yang percuma kepada rakyatnya serta mengurangkan kos kehidupan, khususnya dalam keperluan pengangkutan, seterusnya memelihara  keselamatan rakyat dengan baik. Parti politik yang boleh diyakini hasratnya benar-benar mementingkan rakyat tidak hanya memberikan itu dan ini dalam manifestonya dalam bentuk belanjawan tetapi yang memberikan rasa selamat kepada rakyatnya dan keluarganya serta masa depan mereka. Parti politik yang boleh dipercayai ialah yang boleh dirapati untuk mendapatkan pembelaan bagi rakyat yang memerlukan dan tidak memperlakukan rakyat sebagai alat-alat untuk kepentingan  agenda politik sempitnya, seperti mengenakan GST yang jelas menyusahkan rakyat.   GST 6 % ini hanya permulaan.   Ia boleh meningkat di masa akan datang adalah suatu ketentuan.   Jika sekarang ini, perbelanjaan RM1000 akan terpaksa membayar RM60, jika 10% menjadi RM100 setiap pembelian.   Jika dua belas kali atau setahun pembelian sedemikian, RM1200 akan dibayar oleh rakyat sebagai pertambahan tanpa sebarang kenaikan gaji. Parti politik yang bersih adalah yang memberikan maklumat sebenar kepada rakyatnya, sekali-kali tidak membohongi mereka. Rakyat perlu tahu apa rancangan masa kini dan masa depan untuk rakyat, bukan informasi itu diketahui, disimpan dan dimiliki oleh hanya untuk segelintir golongan yang berkuasa yang ingin memerintah untuk selama-lamanya. Parti politik yang bersih ialah yang melaksanakan CAT dengan segala kesungguhan dan menjadikan rakyat berasa selamat.   Pendidikan terhadap rakyat adalah usaha yang utama untuk melahirkan rakyat, warga negara yang berakhlak, bertanggungjawab dan mengasihi sesama mereka dan terhadap para pemimpinnya. Parti politik yang bersih ialah yang tidak curang terhadap rakyat dan tidak pula mengkhianati mereka dengan pembohongan demi pembohongan dan tidak langsung menghiraukan pelaksanaan manifesto yang menjadi ikrarnya. Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

April 30, 2015

MAHATHIR TERUS TURUN PADANG BERJUMPA AKAR UMBI

Tun Dr Mahathir Mohamad berkata hari ini akan menemui ahli Umno di peringkat akar umbi bagi menerangkan kritikan beliau terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak memandangkan beberapa pihak menganggap tindakannya merosakkan parti.

Dalam entri terbaru di blognya, bekas perdana menteri itu berkata, untuk membuat keputusan atau menghukum secara bijak dan adil, rakyat perlu dengar kedua-dua belah pihak.

"Saya harap saya diberi peluang berjumpa dengan ahli Umno biasa untuk menerang akan masalah kehilangan berbilion ringgit oleh Najib.

"Lepas mendengar kedua-dua pihak, adililah terhadap 'serangan' saya. Apakah saya sedang merosakkan parti atau mencuba menyelamatkannya?" katanya dalam blog popularnya chedet.cc hari ini.

Bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu mutakhir ini dikecam pemimpin dan penyokong Umno kerana terus-terusan secara terbuka mengkritik Najib dan meminta beliau berundur.

Dr Mahathir menerangkan, serangan beliau mungkin tidak menyenangkan Najib dan sebahagian ahli Umno, tetapi niatnya ialah untuk menyelamatkan Umno, "parti keramat yang dahulu disokong sehingga menang dua pertiga majoriti setiap pilihan raya umum (PRU)."

"Hanya mereka yang tidak dapat lihat sahaja yang tidak sedar Umno di bawah Najib gagal memulih Umno selepas Tun Abdullah," katanya merujuk kepada perdana menteri sebelum Najib, Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang mengambil alih kepimpinan negara daripada Dr Mahathir.

Abdullah menjadi perdana menteri pada Oktober 2003 dan berundur pada April 2009 susulan prestasi hambar BN dalam PRU 2008.

"Kemenangan Najib lebih tipis," kata Dr Mahathir.

Beliau berterima kasih kepada ahli akar umbi Umno, yang sebahagiannya menasihatkan beliau menghentikan serangan terhadap Najib kerana katanya, beliau berpengalaman dalam bidang politik, terutama yang berkaitan dengan budaya Melayu.

"Kita cenderung untuk setia kepada pemimpin. Kita tidak soal apa-apa yang dilakukan oleh pemimpin. Dia pemimpin, kita pengikut. Oleh itu, ikut sahajalah. Lebih-lebih lagi apabila kita diberi penerangan olehnya secara tertutup seolah-olah kita dapat berkongsi rahsia dengan pemimpin kita."

Beberapa bulan kebelakangan ini, Dr Mahathir menggesa Najib meletak jawatan, mengaitkannya dengan beberapa isu seperti 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dibebani hutang berbilion ringgit, kes pembunuhan wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu dan gaya hidup mewah keluarganya.

Beliau juga meminta Umno menyingkirkan Najib jika tidak mahu tewas pada PRU akan datang.

Bagaimanapun, Najib baru-baru ini mengumumkan beliau tidak akan menyerah kalah dan menegaskan kerajaannya mengamalkan ketelusan dalam pentadbiran.

"Walau dilintang dengan seribu aral, biarpun kita diasak dan dikritik, sebagai sebuah kerajaan yang telus, saya selaku perdana menteri bersama-sama timbalan perdana menteri, dan didokong pula para menteri serta rakan ahli pentadbiran, tidak akan sesekali berganjak atau menyerah kalah, malah akan tetap istiqamah dan terus berjuang, merintis sejuta lagi jalan baru demi kebaktian kepada rakyat dan negara," katanya ketika membentangkan laporan prestasi Program Transformasi 2014 pada Selasa.

The Malaysian Insider

KAK WAN PUNYA PENGALAMAN BESAR SEBAGAI AHLI PARLIMEN DAN KETUA PEMBANGKANG

Selamat berjuang Wan Azizah Oleh ABD SHUKUR HARUN DARIPADA tinjauan saya ke beberapa lokasi di Permatang Pauh, mendapati simpati dan sokongan terhadap calon PKR/Pakatan Rakyat, Dr. Wan Azizah di Pilihan Raya Kecil di situ adalah tinggi. 
Bahkan ada yang menyatakan terus terang bahawa walaupun DS Wan Azizah yang bertanding di situ, tetapi orang ingat juga DS Anwar Ibrahim. Ertinya ingat Wan Azizah, ingat Anwar. Cuaca di Permatang Pauh kadang-kadang panas, kadang-kadang hujan. Petugas kempen PKR di siang hari mengatur gerak kerja kempen, bermesyuarat, di samping ada kumpulan yang berkempen di pasar, di pusat membeli belah, hentian bas dan teksi dan di mana saja. Wan Azizah dan anaknya Nurul Ezzah juga sama berkempen  secara berasingan. 
Di mana-manapun mereka berkempen, orang ramai yang ditemui terus menyatakan simpati terhadap DS Anwar. Percakapan saya dengan beberapa orang yang sedang meratah kambing bakar di gerai tepi jalan di Seberang Jaya ialah saya bertanyakan bagaimanakan reaksi rakyat terhadap GST. Rata-rata menyatakan kekecewaan yang amat sangat terhadap GST yang mereka lihat ialah harga barangan, pengangkutan dan sebagainya naik. Bukan akan naik, tetapi telah naik. “Kita rakyat miskin terasa benar kesab GST ini, kerana setiap barang perlu yang kita beli semuanya kena GST. Tidak boleh dielak, orang kaya tidak terasa semuanya ini kerana duit mereka berlambak,” kata mereka. 
Bagi  pemimpin PKR, PRU Permatang Pauh peluang terbaik pengundi untuk menolak Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) sebagai isyarat kepada kerajaan agar tidak terus menindas rakyat. Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, PRK P44 ini yang bakal menyaksikan pertembungan antara Presiden Dr Wan Azizah Wan Ismail dan calon BN), Suhaimi Sabudin, bukanlah PRK biasa tetapi memberi peluang rakyat menyuarakan penolakan terhadap penindasan kerajaan BN dengan pengenalan GST. “PRK ini sebenarnya satu referendum terhadap GST dan saya mengesyorkan agar pengundi sebagai menjadi wakil kepada seluruh rakyat Malaysia dengan mengundi Pakatan Rakyat dan menyatakan bahawa rakyat menolak perlaksanaan cukai yang membebankan itu,” katanya dalam suatu kenyataan. Seorang pegawai syarikat swasta yang saya temui di Penanti berkata, pembangunan ada di Permatang Pauh. Ini tidak boleh dinafikam. Kerajaan Pulau Pinang sendiri melaksanakan banyak pembangunan di sini. 
Oleh itu, katanya, tidah benar untuk mengatakan bahawa Permatang Pauh tidak ada pembangunan. Menurutnya, mereka yang menyatakan Permatang Pauh tidak ada pembangunan, itu hanya sentimen politik dan kebencian kepada DS Anwar, bukan berdasarkan realiti yang ada. “Sedangkan kebanyakan pengundi di Permatang Pauh ini, kecuali pengundi Umno/BN, masih ingat jasa Anwar. Oleh itu orang mengingat Amwar, orang mengingati Wan Azizah, rakyat bersimpati terhapanya,” katanya. Petugas PKR/Pakatan Rakyat bersungguh-sungguh berkempen dari siang hingga ke larut malam. 
Di bandar Seberang Jaya juga saya bertemu dengan seorang peniaga gerai buah-buahan. Durani Mat Piah,  di tepi jalan, Kata-katanya sangat menarik: “Wan Azizah, sngat gigih, katanya, sangat tabah menghadapi cabaran. Suami di penjara, dia bertanding di sini. Saya yakin pengundi di sini menyokong Wan Azizah. Dia calon berhati waja, patut kita balas jasanya.” Bagi pengundi Permatang Pauh, mereka merasakan bahawa keluarga Anwar adalah keluarga mereka sendiri. Hal ini kerana Anwar lahir di Cerok Tok Kun dan beliau bersama Wan Azizah serta anak-anak sering saja berada di Permatang Pauh. Lebih-lebih lagi Anwar, walaupun terlalu sibuk, tetapi dia sentiasa mengambil tahu perihal pengundi di Permatang Pauh. Anwar melawat hingga ke pedalaman kawasan ini, kata Jalaludin Mat, pegawai syarikat swasta di sini. “Bohong sama sekali kalau mengatakan Anwar tidak pedulikan kawasan ini. Wan Azizah juga sering berada di Permatang Pauh. 
Waktu dia jadi Ahli Palimen di Permatang Pauh ini, belau sangat mesra dengan rakyat di sini. Semua orang di sini kenal dia,” katanya. Menurutnya, atas saranan Anwar, maka kerajaan Pulau Piang banyak mengadakan projek di kawasan ini. Hanya musuh politik Pakatan Rakyat saja yang menafikan ada pembangunan di Permatang Pauh. Beliau percaya, pengundi di sini masih menyokong PKR. Bagi mereka, menyokong Wan Azizah, bermakna menyokong Anwar. Dari pengamatan saya, PRK Permatang Pauh ini adalah isyarat awal yang penting akan kelangsungan hayat Pakatan Rakyat. Jika PAS dapat menunjukkan keraja yang baik ketika menghadapi PRK ini, maka Pakatan Rakyat akan teguh dan mampu menghadapi cabaran. Tetapi jika dilihat sebaliknya, maka nasib Pakatan Rakyat dalam keadaa tidak menentu. Ini semua terpulang kepada ketiga-tiga parti gabungan. Permatang Pauh adakah cerminan segala-galanya. 
Namun bagi pendukung Pakatan Rakyat yang tulin, perjuangan ini berterusan dan masih jauh, memerlukan perpaduan pendukungnya. Di sinilah saya teringat kata-kata penyair Usman Awang: Di depan duri di belakang api Kita tidak boleh undur lagi. Posted & copy by RAKYAT MARHAEN

April 12, 2015

MAHADER SERANG NAJIB LAGI

Umno hari ini ialah tentang duit, Dr Mahathir jawab pengkritik Ketika Tun Dr Mahathir Mohamad diserang semula oleh parti yang diterajuinya selama 22 tahun, bekas presiden itu membidas pengkritiknya, mengatakan Umno kini "ialah tentang duit". 

Di bawah kepimpinan semasa, Umno dipenuhi dengan pemimpin “rent-seeking” yang setia hanya kerana wang, kata Dr Mahathir dalam video yang dimuat naik di blog Din Turtle semalam. Kecaman terbaru bekas perdana menteri itu dibuat ketika beliau sendiri kini dikritik ahli Umno kerana menyebabkan keretakan dalam parti itu dengan serangannya yang berterusan terhadap penggantinya Datuk Seri Najib Razak.  

"The Umno now is about money (Umno sekarang tentang duit). Ketua-ketua Umno setia sebab mereka dapat sesuatu, dapat kontrak.  "Yang dapat jawatan-jawatan tu semua dapat duit,” kata Dr Mahathir kepada seorang blogger yang meminta beliau mengulas pandangan yang tindakannya menyebabkan perkelahian antara kumpulan yang pro-Najib dan pro-Mahathir dalam Umno. Dr Mahathir berkata, semasa beliau meninggalkan Umno, parti itu berkuasa dan masih tinggi semangatnya, tidak seperti sekarang yang semuanya hanya tentang duit. Posted & copy by RAKYAT MARHAEN 

RONNIE KOMEN APA DALAM FESBUKNYA??


Banyak juga kisah Ronnie ini berada dalam benak ingatan saya, terutama ketika berunding membentuk kerajaan pertama PR di Selangor, juga ketika mesyuarat-mesyuarat PR Negeri Selangor yang mana kami berdua adalah ahlinya  selain beberapa pengalaman bersama beliau ketika beliau EXCO PBT di Selangor.

Ronnie juga sebenarnya merupakan satu-satu figura kanan DAP yang naik cepat di Selangor, sehingga menjadi EXCO setelah PR menang 2008 dan juga yang paling cepat jatuh apabila tidak lagi dicalonkan bertanding pada PRU 2013 walaupun baru berkhidmat sepenggal. Bekas SETPOL dan orang kuat Lim Kit Siang ini memiliki “musuh’ nya sendiri dalam DAP Selangor khasnya, dan memang mempunyai krisis peribadi dengan Teng Chang Khim, bekas Speaker Selangor yang kini EXCO Negeri dan Naib Pengerusi DAP Selangor.                            
Sesungguhnya begitulah orang-orang PAS banyak menjalin persahabatan terutama dengan rakan-rakan dalam DAP dan PKR setelah masing-masing kepimpinan bersetuju bekerjasama di bawah satu pakatan politik diberi nama Pakatan Rakyat.

Akan tetapi kebelakangan ini persahabatan yang dijalin kelihatan tercalar dan bermasalah. Adat berkawan memang tak sunyi dari kekeruhan dan terusik hati, kata orang sedangkan lidah lagi tergigit. Walaubagaimanapun sahabat yang sejati pasti dapat membalut luka dan mengobat duka kerana menghargai apa yang telah sedia terjalin.
Namun terakhir ini persahabatan yang terjalin kelihatan seakan semakin longgar renggang dan direnggangkan oleh kalangan anasir yang sengaja mahu membikin onar.

Ronnie sendiri tahu perkara ini kerana “ukhuwah” beliau sendiri dalam DAP sentiasa bergelombang dan bergelora. Bila DAP berjaya bersama PAS dan PKR di Selangor dahulu, beliau antara yang risau dan tak senang duduk. Beliau mahu memperkukuhkan genggamannya dalam DAP di Selangor. Kerana itu beliau bersungguh tidak mahu Teng Chang Khim duduk dalam EXCO, apabila sahaja dirundingkan pembentukan kerajaan dahlu, Ronnie lah yang vocal menolak Teng menjadi Speaker, dengan harapan Teng tiada tempat dalam kerajaan negeri.
Rupanya Teng gunakan jawatan itu membelasah Ronnie pula. Ronnie antara tokoh terawal dipanggil mengadap SELCAT bagi mempertahankan perbelanjaan di kawasan DUN nya.

Bila sahaja mesyuarat Pakatan Negeri, kalau ada pun yang tegang, bukannya antara parti-parti, tetapi yang sering bertengkar adalah antara Ronnie dan Teng.
Saya menyatakan ini semua kerana saya kesal dengan tindak tanduk Ronnie kebelakangan ini. Walaupun kita yakni PAS dan DAP berkawan, tetapi Ronnie antara tokoh DAP yang lantang menyerang Presiden dan kepimpinan ulamak PAS. Kalau serangan datang dari Gerakan atau MCA atau MIC, kita boleh terima, tetapi hari ini yang serang berlebih-lebihan adalah tokoh-tokoh DAP sendiri yang sepatutnya bernama kawan.

Semalam himpunan HINDAR atau Himpunan Derita Rakyat telah dianjurkan oleh Dewan Ulamak PAS Pusat yang turut dihadiri Presiden PAS Tuan Gur Hj Abd Hadi Awang. Ianya sempena 10 hari perlaksanaan GST ke atas rakyat Malaysia.
Mengikut akhbar Sinar Harian hari ini:

Perhimpunan HINDAR di Padang Merbok semalam berjalan dengan aman dihadiri lebih 3,000 orang dengan orang-ramai mula membanjiri kawasan itu seawall jam 3 petang.
Sinar turut melaporkan:

Antara yang kelihatan hadir di perhimpunan itu ialah Timbalan Presiden PAS Mohammad Sabu, Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Ahmad Yaakob, Pemangku Ketua Dewan Ulamak PAS Dato Dr Mahfodz…..”

Rata-rata akhbar media perdana yang membuat laporan menyatakan perhimpunan berkenaan berjaya tetapi apa kata Ronnie (dalam facebook nya), kawan orang PAS?

Himpunan yang tidak bermakna.
Digunakan hentam Mat Sabu dan pejuang Pas yang liberal.
Orang Pas dan
Penyokong pun kurang. ...
Padan muka Hj Hadi
Padan muka UG

Apa maksud Ronnie ni? Apa masalah beliau? Hentam Mat Sabu? Pejuang PAS yang liberal?

Kalau beginilah bahasa pemimpin DAP, kenallah sangat kita akan hati  budi mereka. PAS tidak pernah pohon mahu keluar PR tetapi PAS berterusan sebagaimana dinyatakan Tuan Guru Presiden mahu kekal bersama PR.
Tetapi DAP sebagai rakan, melalui pemimpin-pemimpin mereka bebas mengeluarkan kenyataan mengadu-domba, menyerang dan menyelar kepimpinan PAS.

Ronnie seakan mahu jadi juara dalam DAP. Beliaulah yang paling kuat menghentam dan menyerang Presiden PAS dan kepimpinan ulamak dari kalangan pemimpin-pemimpin DAP yang lain. Barangkali beliau mahu mengejar habuan besar dari bos nya, mengidamkan jawatan dan kerusi yang sudah tiada dalam tangan.
Semoga ahli-ahli PAS kekal istiqamah atas landasan perjuangan di bawah kepimpinan Tuan Guru Presiden. Disaat kita diserang dan diperlekeh kerana mahu melaksanakan Islam, jelaslah kita berada di atas landasan yang benar.

Ronnie dan rakan-rakannya bolehlah terus dengan perangai kotor mereka.
PAS akan terus mengayun langkah bersama kepimpinan ulamak untuk mengejar cita-cita perjuangannya.