August 29, 2008

Masjid, Surau di Selangor Terima Bantuan Moreh


SHAH ALAM, 23 Ogos - Kerajaan Selangor memperuntukkan RM1.117 juta kepada seluruh surau dan masjid di Selangor sempena kedatangan bulan Ramadan awal September ini.
Bantuan moreh sepanjang bulan Ramadan itu bagi membantu mengurangkan beban kewangan dalam menyambut dan mengadakan aktiviti pengimarahan masjid.
Setiap masjid bakal menerima RM1,000 manakala surau menerima RM400.
Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dato' Dr Hasan Mohamed Ali kepada pegawai tadbir agama setiap daerah pada Majlis Perjumpaan Khas Nazir-nazir Masjid dan Pengerusi Surau yang berlangsung di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz di sini petang tadi.
Hadir sama Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Ali Mohamed.
Selangor mempunyai 359 masjid dan 1800 surau.
Dalam perkembangan lain, Jais telah membenarkan dan menggalakkan masjid dan surau di seluruh Selangor mengadakan tazkirah sepanjang bulan Ramadan ini.
Menurut Ali, sesi tazkirah itu perlu mengikut garis panduan yang ditetapkan.
SU: Nampaknya surau2 dapatlah membuat moreh... jgn lupe jemput kami..

Ketua Kampung Baru Ikuti Kursus Tiga Hari

SHAH ALAM, 20 Ogos – Seramai 368 ketua kampung yang telah dipilih baru-baru ini kini sedang mengikuti kursus tiga hari di Lembah Resort, Hulu Langat.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Yaakob Sapari berkata kesemua peserta yang menghadiri kursus itu telah didedahkan dengan pendekatan SPIES (Spiritual, Fizikal, Intelektual, Emosi dan Sosial).Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mesyuarat mingguan Exco, dekat sini petang tadi.Dalam pada itu katanya, surat perlantikan sementara jawatan itu akan diberikan Dato Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu majlis khas yang akan diadakan di Wisma Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), pada 30 Ogos ini.

SU: Cepatlah bertindak supaya nama tidak digugurkan..

Caruman Takaful Warga Emas Selangor

1. Apakah tujuan program caruman takaful warga emas yang dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri?

Program takaful warga emas ini bertujuan untuk memberi manfaat dalam bentuk bantuan kewangan jika ditakdirkan individu yang berusia 60 tahun ke atas dan telah bermastautin sekurang-kurangnya 15 tahun di Negeri Selangor. Program ini membuktikan keprihatinan yang tinggi Kerajaan Negeri terhadap rakyatnya.

2. Siapakah kumpulan sasar yang boleh menyertai program ini?

Program ini terbuka kepada semua warga emas di Negeri Selangor yang telah berumur 60 tahun ke atas dan juga telah bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 1 tahun.3. Bagaimanakah cara untuk mendaftar?Pemohon boleh berdaftar dengan mengisi borang yang boleh didapati di Pusat Khidmat MES Bangunan SSAAS, Pejabat-pejabat Daerah & Tanah, Pejabat Penghulu, Pejabat Adun dan Pengendali polisi Takaful Warga Emas.
Borang yang telah lengkap hendaklah di hantar ke Pejabat-pejabat Daerah & Tanah masing-masing, Pejabat Penghulu, Pejabat Adun dan Pengendali polisi Takaful Warga Emas. Permohonan akan diproses dan peserta akan diberikan kad peserta program ini.

4. Apakah manfaat atau faedah yang diperoleh daripada menyertai program ini?

Program ini menyediakan perlindungan takaful kepada peserta di mana sejumlah RM500.00 wang tunai akan diterima oleh wasi dalam masa 24 jam selepas dilaporkan kepada pihak Pengendali polisi Takaful Warga Emas berlakunya kematian (wasi hendaklah memaklumkan dengan segera atau selewat-lewatnya 90 hari selepas berlakunya kematian). Manakala Cek RM2,000.00 akan disediakan oleh pengendali polisi Takaful Warga Emas sebaik sahaja dokumen lengkap diterima.

5. Siapakah yang boleh membuat tuntutan?

Tuntutan hendaklah dibuat oleh wasi (orang yang dilantik untuk menunaikan wasiat) seperti yang dinyatakan di dalam borang pendaftaran.

6. Bilakah tarikh pelaksanaannya?Oktober 2008

Maklumat ini dipetik dari laman Web Kerajaan Negeri Selangor.

TAHNIAH DARI PENYOKONG2 DI HULU SELANGOR!


Kami setia dan bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Laluan ke Putra Jaya semakin jelas.

August 28, 2008

TERIMAKASIH KPD SEMUA YANG MENGHADIRKAN DIRI

Ketua Bahagian Hulu Sgr/Ketua Penerangan Negeri memerangkap
Pengarah bersama Bilik Gerakan JDM7/Simpang Ampat/Abdul Jalil
mengucapkan ribuan terimakasih kepada semua
penyokong/ pekerja parti terutama dari bahagian2
di Selangor yang bekerjasama di JDM7/Simpang Ampat
sehingga memenangi semua saloran (majoriti 246 undi)
dan dapat membawa DSAI ke parlimen.

Sdr Mohd Nashruddin Abd Aziz
Hulu Selangor

Budak upahan mengambil bendera yg dibuang



Bendera PKR dibuang bertimbun di Bandar Perda,
upah budak2 kumpulkan. Gud job team Hulu Sgr.

Lagi gambar2 di Permatang pauh

SU di penamaan calon...
Depan penginapan, taman pauh indah
Belon besar di 3 tempat kubu PKR Selangor. Ni kat JDM7/Smpg 4
Lepaskan belon PKR Selangor...yahya shaari
Tarik balik belon, lepaskan balik......

Bilik Gerakan JDM 7- Simpang Ampat






Last minute efforts by BN, Ada bukti sebar risalah, tabur duit ...





Lagi gambar2 di Simpang Ampat, DUN Seberang Jaya





Kunjungan ke rumah2 Permatang Batu bersama MB Selangor dan Ketua Penerangan
Selangor, Sdr Nashruddin, YB Muthiah (Bendahari PKR Sgr), Sdr Shuhaimi, Ketua
Bilik Gerakan dll...

ANWAR ANGKAT SUMPAH HARI INI - 10 pg khamis 28/8


Parti Keadilan Rakyat advisor Datuk Seri Anwar Ibrahim will be sworn in as Permatang Pauh MP in the Dewan Rakyat today.Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia who announced this before the start of yesterday’s proceedings said his office received the letter from the Elections Commission on the Permatang Pauh by-election result yesterday's morning.

Sekitar Pembuangan Undi SMK Permatang Rawa



Dari Hulu Selangor ke JDM 7 (Simpang Ampat), rombongan PKR Hulu Selangor
telah berkubu di Bilik Gerakan JDM 7/Simpang Ampat, DUN Seberang Jaya, kubu kuat
BN, tetapi berjaya menembusi semua saluran (4 Saluran, Saluran 1 dulu kalah)
dan banyak kenangan yang tak dapat dilupakan.. lebih2 lagi Dato MB Sgr datang
kerap ke Bilik Gerakan dan bersama dlm kunjungan/aktiviti di sini.....


Sekitar pondok panas, terimakasih kepada Sdr Balan, Bathiran yang membawa
40 orang yg membantu merayu undi ....


Sdr Mat Rahat mengiringi Dato MB Selangor membuat kunjungan
rumah kerumah di sekitar Permatang Batu, hebat sungguh MB kita nie..



Adussss.. letih nie, ramai yang datang ke pondok panas mengesahkan
tempat mengundi, pada jam 10pg..dah hampir 800 orang datang,
di pondok BN, kami memantau cuma 200 orang datang ke tempat mereka...


Dari belakang pondok panas PKR.....

August 27, 2008

dah kata dah..... anwar mesti menang.......


KEPUTUSAN PILIHANRAYA KECIL PARLIMEN PERMATANG PAUH (P44):

Datuk Seri Anwar Ibrahim (KeADILan): 31,195 undi
Hanafi Mamat (AKIM): 92 undi
Datuk Arif Shah Omar Shah (BN): 15,524 undi

Jumlah mengundi: 47,258
Peratus keluar mengundi: 81 peratus
Undi rosak: 447 undi
Majoriti: 15,671 undi
Penyandang: Datuk Seri Dr Wan Azizah Ismail (KeADILan) Undi diperolehi 8 Mac 2008: 30,348Majoriti: 13,398 undi

anwar menang penuh bergaya....



PERMATANG PAUH, MALAYSIA, 26 OGOS 20008
Alhamdulillah, Allah memberikan kita kejayaan. Kemenangan ini merupakan saat penentu dan bakal menentukan hala tuju negara ini.
Saya berkongsi kegembiraan yang dirasai oleh semua rakyat Malaysia pada hari bersejarah ini. Ianya merupakan kemenangan buat rakyat.
Pada 8 Mac rakyat Malaysia memilih Harapan Baru. Hari ini di saat kita bakal menyambut hari kemerdekaan, rakyat menyahut seruan tersebut. Dengan ini kita merayakant hari kemerdekaan sepertimana pendiri-pendiri negara kita inginkan-sebuah negara dan rakyat yang bersatu.
Berhadapan dengan cabaran yang getir, kita memilih untuk menumpukan perhatian kepada isu yang berkaitan dengan negara ini. Seruan kita agar negara ini bersatu, mulai mengamalkan urus tadbir yang baik dan memperkasakan ekonomi telah menguburkan kempen yang berbaur perkauman, cita-cita individu yang sering mendapat habuan hasil dari penyalahgunaan kuasa dan eksploitasi politik yang berasaskan ketakutan serta penipuan.
Kami telah menjanjikan satu lembaran baru untuk Malaysia dan kami pasti akan melaksanakan janji kami. Kami akan melaksanakan Agenda Ekonomi Malaysia untuk memulihkan keadaan ekonomi kita, membasmi kemiskinan dan membantu sesiapa sahaja yang terpinggir tanpa berasaskan kaum. Kami akan memulihkan intergriti badan kehakiman, memerangi rasuah dan membina sebuah negara yang bersatu.
Dan kami akan menjadi sebuah kerajaan yang komited untuk merealisasikan aspirasi rakyat.
Dengan kejayaan 8 Mac dan juga kemenangan malam ini saya berani untuk menegaskan kita mampu bersama-sama menghadapi segala rintangan di masa hadapan.
Kami tidak akan menang tanpa dokongan kukuh dari rakan-rakan kami dalam Pakatan Rakyat dan juga sokongan ribuan rakyat Malaysia tidak kira samada Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, yang datang ke Permatang Pauh, bekerja keras, memerah keringat serta mengirim doa demi memastikan kemenangan ini. Saya sangat menghargai keberanian, tekad dan kesungguhan kamu semua; saya mengucapkan tahniah terhadap komitmen saudara semua terhadap prinsip bersama sebuah kemerdekaan, keadilan dan demokrasi.
Langkah kecil buat Permatang Pauh hari ini akan memastikan perubahan besar buat Malaysia.
ANWAR IBRAHIM

August 18, 2008

BILIK GERAKAN SIMPANG EMPAT/JDM 7- DUN SEBERANG JAYA





2pg (Sabtu) Hari Pertama
Rombongan kami di penamaan calon sampai awal pagi 2pg, terus ke pusat gerakan DUN Seberang Jaya, kemudian ke Pusat Gerakan Simpang Empat (dari roundabout Bukit Tengah, hala ke BM, tepi jalan).. lepas berjumpa Ketua JDM, Hasmadi, Sdr Nashruddin mengadakan mesyuarat, sebagai Ketua Bersama Bilik Gerakan Simpang 4, mewakili PKR Selangor. Ada 8 bahagian yang akan bertapak di Bilik Gerakan ini, dan selepas mesyuarat di Pej Parlimen, Bgn Yayasan Aman, Penanti, organisasi Bilik Gerakan telah siap bersama orang tempatan, Shuhaimi (Bhg Klang)/Jamil sebagai Ketua Bilik Gerakan, Zainal(Sabak Bernam), Nizam (Bhg Kapar)/Jalil sebagai Ketua Sebaran,Media/Kempen .... semua teratur dgn pertolongan org tempatan.
2ptg (lepas penamaan calon)
Sdr Nasha telefon memberitahu kedatangan rombongan MB Selangor ke Bilik Gerakan Smpg 4... ada ramai petugas dari Sgr... buat kad Anwar dan berjumpa pemilih kawasan Seberang Jaya..
7.30mlm Surau Tmn Pauh Indah
Ada tazkirah oleh DSAI di surau selepas maghrib, disusuli lawatan ke Pasar Malam..
Nasha ada mesyuarat urusetia di Yayasan Aman, Penanti
11mlm Mesyuarat Bilik Gerakan/taklimat oleh Nasha dan Shuhaimi
9.30pg (ahad) Hari Kedua
Mesyuarat Biro Politik Pusat/ Parlimen Permatg pauh/ Bilik Gerakan
12tgh Mesyuarat Bilik Gerakan
2ptg Bertolak balik ke Serendah
10pg ini (Isnin)
Kawasan Bilik gerakan telah dilanda banjir kilat..kena berendamlah nampaknya petugas2 ... hujan masih lebat
1ptg. Masih banjir

SUMPAH SAIFUL BUKAN CARA ISLAM


SUMPAH SAIFUL BUKAN CARA ISLAM!
MEREKA ADALAH PEMBOHONG DAN MUNAFIK!
TUDUHAN LIWAT ADALAH FITNAH JAHAT!
PEMECAH BELAH MASYARAKAT!
(Ustaz Dr. Badrulamin Bahron)
Merujuk kepada pandangan Ulamak Besar Dunia antaranya Syekh Prof. Dr. Yusuf al-Qardawi dan Syekh Prof. Dr. Taha Jabir al-Elwany.
LIWAT adalah termasuk kes HUDUD. Kaedah perundangan menurut Islam dalam kes HUDUD bukanlah dengan bersumpah tetapi yang menuduh hendaklah membawa 4 saksi. Jika gagal maka yang menuduh dihukum bersalah kerana melakukan QAZAF (menuduh tanpa saksi) dan hukumannya adalah sebat 80 kali (Rujuk al-Quran Surah An-nur 24:4).
Apa makna bersumpah dengan al-Quran jika yang bersumpah itu tidak beriman dengan al-Quran? (rujuk kes - Rafidah Aziz sanggup bersumpah dengan al-Quran yang kononnya ia tidak terlibat dengan rasuah AP sedangkan seluruh dunia tahu ia melakukannya). Apa makna bersumpah dengan nama Allah jika orang itu tidak takut pada Allah? (rujuk kes – Najib Abdul Razak sanggup bersumpah dengan nama ALLAH yang kononnya ia tidak kenal Altantuya walaupun seluruh dunia tahu ia mengenalinya).
Dalam kes ini, 4 orang saksi yang adil perlu untuk mensabitkan kesalahan HUDUD demi menjaga maruah dan keharmonian masyarakat. Kes studi - Tuduhan LIWAT tahun 1998 tidak syak lagi telah menyebabkan perpecahan, permusuhan, kezaliman sesama kita selama 10 tahun. Walaupun pada tahun 2006 Mahkamah telah membersihkan fitnah tersebut dengan membuang kes LIWAT dan membebaskan Anwar tetapi permusuhan kita berterusan hingga hari ini. Benarlah Firman Allah dalam Surah al-Baqarah 2:217 bermaksud “Fitnah itu lebih besar (dosanya) dari membunuh…”
Jika pada tahun 1998 AZIZAN yang menuduh Anwar itu disebat 80 kali, kita yakin tidak akan muncul lagi budak bernama SAIFUL hari ini. Tetapi Azizan kini hidup kaya raya, Khalid Jefri (penulis buku 50 Dalil) kaya raya (dah kembali menghadap Tuhan), Hakim Augustine Paul dan Arifin Jaka kaya raya, Rahim Nor kaya raya, Musa Hassan yang menyiasat naik pangkat dan kaya raya, Mukhtar Abdullah kaya raya (dah kembali menghadap Tuhan), Gani Patail kaya raya, ahli politik yang terlibat kaya raya… Kita? Rakyat dapat apa? Hanya menanggung dosa dan derita permusuhan serta kezaliman yang tidak berkesudahan...
Kalaulah amalan bersumpah jadi pegangan, nescaya berleluasalah fitnah dan tuduh menuduh sesama kita… Sudahlah! Cukuplah! Bertaubat dan tebuslah dosa yang kita lakukan pada tahun 1998 kerana memberi kuasa dan bersekongkol dengan orang yang zalim. Ingatlah! Dosa pada Allah mudah untuk kita bersihkan dengan taubat tapi dosa pada manusia? Jangan sampai kita menjadi orang yang muflis (bankrupt) dihari qiamat nanti. Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya “Apakah kamu tahu siapa orang yang muflis dihari qiamat? Mereka adalah orang yang berdosa (zalim) pada manusia dan membawa dosa itu ke akhirat. Mereka akan menebusnya dengan pahala amalnya dan setelah habis pahalanya maka mereka akan menanggung dosa orang yang mereka zalimi…”
Marilah! Berilah undi pada Anwar sebagai tanda insaf dan penyesalan kita atas dosa fitnah serta permusuhan yang lalu… Peluang kini terbuka untuk kita menebus kesalahan silam… Jangan lepaskan peluang ini. Semoga Ramadan kali ini kita sambut dengan hati yang bersih dan sejahtera… “Ketibaan Ramadan menghapuskan dosa setahun…” – mafhum Hadith. Marilah kita hapuskan FITNAH dan permusuhan, kembalikan persaudaraan dan keharmonian! YA ALLAH… BUKALAH HATI KAMI…

BERGEGAS KE SERENDAH DARI PERMATANG PAUH




Jam 2 ptg di Simpang 4, DUN Seberang Jaya, Permatang Pauh, Nasha baru habis mesyuarat dgn Biro Politik Pusat, di Pejabat Operasi Parlimen, Bgn Yayasan Aman, Penanti, ada majlis sumbangan beras yg sudah dijadualkan awal minggu yg patut dihadiri, membuatkan telefon berdering2 dari pejabat penghulu, Sdr Jamali bertanyakan masa kedatangan Sdr Nasha ke majlis penyampaian sumbangan kepada lebih 250 orang golongan miskin di kawasan Serendah. Sdr Timbalan K Bhg menjadi penyelamat, Sdr David dan Sdr Devan ada sama dimajlis tersebut.
Jam 4.45ptg.. selamat sampai dan hadir ke majlis yang sebelum itu di rasmikan oleh Ketua Penolong Pegawai Daerah, Sdr Mohd Rohid yang mewakili Pegawai Daerah sendiri. Selepas jamuan Sdr Nasha bergegas balik ke Bukit Sentosa. Beliau dijangka balik ke Permatang Pauh pada esok mlm.

--------------------------------------------------------------------------------------------
SU: Terimakasih kepada Sdr Adnan yang berdisiplin, tinggi moralnya membawa rombongan Ketua Penerangan Selangor dari Permatang Pauh ke Serendah.

DUN SEBERANG JAYA

Salah satu DUN di Parlimen Permatang Pauh, kerusi DUN ini dimenangi oleh pembangkang negeri ini, YB Dato' Arif Omar Shah (BN) dengan mejoriti tipis 533 undi, pencapaian yang amat merosot berbanding sebelum ini sebanyak 4,464 undi.
Kedudukan geografi politik BN-
Seberang Jaya berada terkepung dengan DUN yang dimenengi Pakatan Rakyat.
Sosioal MasyarakatPecahan pengundi mengikut kumpulan etnik adalah:
Melayu...64.2%
Cina...23.1%
India...12.2%
Manakalah faktor ekonomi masyarakat adalah:
Pentadbiran, Kormesial, Perniagaan, Industri dan Pertanian.

Keputusan Pilihanraya Lepas (Parlimen)
Kod Daerah
PKR/BN
Jalan Sembilang
1367/1002
Seberang Jaya II
1468/821
Kampung Pertama
856/457
Kampung Belah Dua
1006/769
Seberang jaya I
1524/902
Jalan Baru
1025/817
Simpang Ampat
1012/780
Jalan Tuna
1485/826
Taman Tun Hussein Onn
1099/546

calon anda ke putrajaya


JADUAL DSAI 18 OGOS ISNIN

0900AM
sesi bertemu rakyat
Seberang Jaya
Pusat Perniagaan Ruby, Bandar Seberang Jaya
1000AM
sesi bertemu rakyat
Seberang Jaya
Pusat Perniagaan Bandar Sunway, Seberang Jaya
1325PM
Solat Zohor
1638
Solat Asar
Permatang Pasir
Masjid Jamek Kubang Semang
1700
Penyampaian Sumbangan Untuk Ibu Tunggal(200 orang)
Penanti
Bilik Gerakan Penanti,No. 1584 Mk 20,
Kubang Semang
1932
Solat Maghrib
2000
Sesi bertemu rakyat
Permatang Pasir
Pasar Malam Kampong Petani
2100MLM
Ceramah Umum
Seberang Jaya
Tapak Pasar Malam (belakang Esso), Seberang Jaya II
2200MLM
Ceramah Umum
Permatang Pasir
Markaz PAS Sama Gagah
2300MLM
Ceramah Perdana
Penanti
Kediaman Cikgu Ibrahim Ahmad, No. 408 Jalan Berapit
Bilik-Bilik Operasi Pilihanraya DUN
Pengarah Pilihanraya DUN SEBERANG JAYA:
Alias Bin Said (012-463 6097)

Ketua-ketua Bilik Gerakan Peti Undi:

Jalan Sembilang
Ketua JDM-Zulkifli B Yusoff
(Bhg:Bkt Gelugor/Penang)
Seberang Jaya II
Ketua JDM -Mohamad Mahatma Abdullah
(Bhg:Tanjong/PKR Penang)
Kampung Pertama
Ishak B Endaud
(Bhg :Tanjong/PKR Penang)
Kampung Belah Dua
Halim B Ramli
(Bhg: Bagan/PKR Penang)
Seberang jaya I
Siti Hawa Bt. Yusoff
(Bhg:Balik Pulau/PKR Penang)
Jalan Baru
Ramli Bin Saad
(Bhg:Balik Pulau/PKR Penang)
Simpang Ampat
Ketua JDM: Hasmadi Bin Hassan/Nashruddin Abd Aziz
(Bhg:Bayan Baru/PKR SELANGOR)
Jalan Tuna/
Hj Halim B Yusoff
(Bhg:Bayan Baru/PKR SELANGOR)
Taman Tun Hussein Onn
Mohd Asri B Khalid/
(Bhg:Bayan Baru/PKR SELANGOR)

LAWATAN MB SELANGOR KE PUSAT GERAKAN JDM 7 PERMATANG PAUH


SU bersama kawan2 lain yang tidak nampak dlm gambar
ini termasok Sdr Nash, Adnan, Mat Rahad dll yg mendengar
taklimat dari MB selepas penamaan calon 2.30ptg Sabtu.
HIDUP ANWAR! HIDUP ANWAR!

DARI HULU SELANGOR KE PERMATANG PAUH

Ramai ke Permatang Pauh.

Bhg Hulu Selangor bersama2 8 bhg lain akan berada di
JDM 7, DUN Seberang Jaya. Sdr Nashruddin akan mengetuai
gerakerja PKR Selangor disini, sila hubungi SU atau Sdr Nash
sendiri untuk bekerja bersama2 di PERMATANG PAUH!

Hampir 12 biji kereta sudah bersama kita semasa Penamaan Calon, di Institut
Perguruan Sultan Bainun, pada 16 hb Sabtu lepas! Terimakasih kepada
semua yang datang!!!

August 04, 2008

JADUAL DATUK SERI ANWAR..

8 Ogos - Chukai, Kemaman (9.00 malam). Pertanyaan 0199222799

16 Ogos - Kg. Semerbok, Kota, Rembau (9.00 malam)

PAK LAH KENA BERTAUBAT


Perbuatan mana-mana individu muslim sama ada pemimpin atau rakyat yang meletakkan kalungan bunga, tabik hormat dan bertafakur yang dilakukan untuk Tugu Negara adalah bercanggah dengan prinsip-prinsip akidah Islam yang anti kepada sebarang unsur keberhalaan.”
Demikian kenyataan Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Bin Zainul Abidin yang mengulas upacara Tugu Negara bersempena Hari Pahlawan 31 Julai lalu, yang menyaksikan Perdana Menteri, Dato’ Seri Abdullah Ahmad Badawi hadir di Majlis Kalungan Bunga monumen berkenaan.

Kerusi Permatang Pauh tiket ke Putra Jaya

Dato' Seri Anwar Ibrahim kembali ke Permatang Pauh. Permatang Pauh adalah kerusi tradisi milik Anwar dan keluarganya yang diwakili selama lebih 25 tahun mulai 1982 sehingga 2008.
Anwar menjadi Ahli Parlimen Permatang Pauh selama 16 tahun mulai 1982 sehingga 1999. Kerusi tersebut yang terpaksa dilepaskannya akibat dipecat, didakwa dan dimalukan oleh kerajaan Barisan Nasional pimpinan Dato' Seri Dr Mahathir Mohamad (kini Tun) ketika itu.
Kerusi tersebut terus diwakili isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sejak 1999 hingga semalam (31 Julai 2008). Kerusi Permatang Pauh tidak dikosongkan hanya semata-mata untuk menunjukkan kasih sayang seorang isteri kepada suami.

SU: Sama2 kita berjuang k e membantu DSAI

Alhamdulillah...back to business.

Selepas berehat di hospital, ambo balik ke sini untuk
memberikan maklumat terkini.....

SU