SHAH ALAM, 20 Ogos – Seramai 368 ketua kampung yang telah dipilih baru-baru ini kini sedang mengikuti kursus tiga hari di Lembah Resort, Hulu Langat.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Yaakob Sapari berkata kesemua peserta yang menghadiri kursus itu telah didedahkan dengan pendekatan SPIES (Spiritual, Fizikal, Intelektual, Emosi dan Sosial).Beliau berkata demikian dalam sidang media selepas mesyuarat mingguan Exco, dekat sini petang tadi.Dalam pada itu katanya, surat perlantikan sementara jawatan itu akan diberikan Dato Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam satu majlis khas yang akan diadakan di Wisma Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), pada 30 Ogos ini.
SU: Cepatlah bertindak supaya nama tidak digugurkan..
No comments:
Post a Comment