August 29, 2008

Masjid, Surau di Selangor Terima Bantuan Moreh


SHAH ALAM, 23 Ogos - Kerajaan Selangor memperuntukkan RM1.117 juta kepada seluruh surau dan masjid di Selangor sempena kedatangan bulan Ramadan awal September ini.
Bantuan moreh sepanjang bulan Ramadan itu bagi membantu mengurangkan beban kewangan dalam menyambut dan mengadakan aktiviti pengimarahan masjid.
Setiap masjid bakal menerima RM1,000 manakala surau menerima RM400.
Sumbangan disampaikan oleh Pengerusi Jawatankuasa Tetap Hal Ehwal Agama Islam, Adat-adat Melayu, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Dato' Dr Hasan Mohamed Ali kepada pegawai tadbir agama setiap daerah pada Majlis Perjumpaan Khas Nazir-nazir Masjid dan Pengerusi Surau yang berlangsung di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz di sini petang tadi.
Hadir sama Timbalan Pengarah Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) Ali Mohamed.
Selangor mempunyai 359 masjid dan 1800 surau.
Dalam perkembangan lain, Jais telah membenarkan dan menggalakkan masjid dan surau di seluruh Selangor mengadakan tazkirah sepanjang bulan Ramadan ini.
Menurut Ali, sesi tazkirah itu perlu mengikut garis panduan yang ditetapkan.
SU: Nampaknya surau2 dapatlah membuat moreh... jgn lupe jemput kami..

No comments: