October 30, 2008

RUMAH TERBUKA EID-FITRI 19 OKT AHAD DATARAN SENTOSA, BKT SENTOSA
















DUN lulus usul kutuk kelakuan Ketua Pembangkang

SHAH ALAM, 29 Okt (Hrkh)- Sidang DUN hari ini meluluskan usul mengutuk sekeras-kerasnya kelakuan Ketua Pembangkang, Dato' Seri Dr Mohd Khir Toyo yang membuat kenyataan palsu dan berunsur fitnah terhadap Adun Kinrara dan juga ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor kononnya beliau mengetuai bantahan terhadap suara azan masjid di Puchong dan Kota Damansara.

Usul tersebut dibawa oleh (Sekinchan-DAP) Ng Suee Lim yang mengutuk perbuatan keji akhbar Utusan Malaysia yang menyiarkan berita-berita palsu, penulisan-penulisan berunsur ganas dan perkauman terhadap Adun Kinrara yang juga Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, Teresa Kok pada 10 September, 12 dan 17 Oktober 2008.

Dalam usul tersebut beliau menyeru semua pihak menghayati semangat perpaduan dan muhibah yang selama ini dijunjung oleh semua rakyat Malaysia yang bertanggungjawab dan menjauhkan diri daripada perbuatan yang boleh memudaratkan kestabilan masyarakat.
Usul tersebut telah disokong oleh Adun (Meru-PAS), Dr Rani Othman yang memetik maksud surah Al-Maidah 8,"Wahai orang -orang yang beriman hendaklah kamu menjadi orang yang selalu menegakkan kebenaran menjadi saksi yang adil dan janganlah sekali-kali kebencian mu terhadap satu kaum mendorong kamu untuk berlaku tidak adil, berlaku adil itu lebih dekat dengan takwa. Bertakwalah kepada Allah, sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang kamu kerjakan."

Turut membahaskan usul tersebut Hulu Kelang- PAS, Shaari Sungib ia bukan saja satu fitnah tetapi membawa bencana kepada seorang wanita yang ditahan di bawah ISA.

Katanya, ini merupakan satu bukti tentang kezaliman Umno-BN dengan menggunakan kuasa sebagaimana yang pernah berlaku dalam kes 1985 Ibrahim Mahmud (Libya) telah diambil tindakan di bawah ISA.

"Hari ini ucapan yang telah dilakukan oleh pimpinan Umno Selangor menyebabkan pihak berkuasa telah mengambil tindakan yang sama kepada exco wanita kerajaan negeri Selangor," katanya.

Beliau menegaskan, menggunakan isu azan, agama mendesak pihak berkuasa menggunakan akta yang zalim mencabul hak asasi dalam negara yang bukan beragama Islam adalah perbuatan yang amat memalukan.

Menurutnya, diatas pimpinan Umno beragama Islam menggunakan konsep Islam Hadhari membenarkan pencabulan hak asasi terhadap seorang wanita bukan Islam.

Kelana Jaya- KeADILan, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata Dewan perlu mengambil tindakan tegas terhadap Sungai Panjang bagi menunjukkan bahawa Dewan tidak boleh diperlakukan sedemikian.

Katanya, sebagai wakil rakyat perlu menunjukkan contoh yang baik kepada rakyat.
Ketika Adun Pakatan Rakyat membahaskan usul mengutuk keras kelakuan Khir Toyo hanya tiga Adun BN berada dalam dewan iaitu Sungai Burong- Umno, Shamsudin Lias; Taman Templer-Umno, Dato' Subahan Kamal dan Kuala Kubu Bharu-MCA,Wong Koon Mun.

Bagaimanapun ketiga-tiga Adun tersebut keluar dewan sebelum perbahasan diluluskan bagi menunjukkan bantahan terhadap usul tersebut.

Adun Kampung Tunku-DAP, Lau Weng San; Subang-DAP dan Rawang-DAP, Gan Pei Nei turut membahaskan usul tersebut supaya diluluskan.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata oleh kerana kerajaan negeri telah bersetuju melantik Peguam mengenai rencana yang berunsur fitnah disiarkan dalam Utusan Malaysia.

Katanya, kerajaan negeri bersetuju menyeru semua pihak menghayati semangat perpaduan dan muhibah yang selama ini ditunjukkan oleh semua rakyat.

October 29, 2008

Najib Tun Razak





Adakah Najib lebih baik dari Abdullah ....? Najib seorang yang terlalu banyak skandalnya....
Skandal Altantuya - sampai sekarang masih misteri mengenai penglibatan 'bodyguard' kananya, bagaimana C4 yang merupakan alat letupan terkawal dan hanya Menteri atau pegawai atasan yang boleh keluarga bom ini dari simpanan, pembatalan rekod masuk Altantuya di imegresen, kewujudan 'sms' yang menunjukkan komunikasi Najib dengan Datuk Shafie Abdullah mengenai kes pembunuhan tersebut, kenyataan bersumpah Bala (yang pertama) dan Bala hilang selepas kenyataan bersumpahnya....tidak siapa ketahui dia dimana hanya polis keluarkan kenyataan Bala ditemui dan kenyataan diambil.

Rasuah pembelian senjata , sukhoi, scorpene dan terbaru Eurocopter yang melibatkan komisyen (rasuah) yang cukup besar melibatkan kerugian wang rakyat.
Takut Bini - ini masalah rumah tangga tidak harus menjadi isu politik tetapi cakap - cakap terbuka terlalu banyak dan ini mengakibatkan Najib menjadi presiden yang diketawakan. Sejarah dia dan Rosmah juga mungkin sedikit meragut sokongan kaum ibu dan wanita. Najib sanggup menceraikan isterinya (kerabat di Raja) untuk berkahwin dengan Rosmah. Najib sanggup menuduh bekas isterinya mempunyai penyakit gila babi dan ditinggalkan bersama anak - anak. Malah menjadi cakap - cakap di sekitar Seremban (dulu Rosmah dan bekas suaminya duduk Seremban) menyatakan suami Rosmah terpaksa menceraikan isterinya dengan kecewa dan ditawarkan wang yang banyak untuk tebus talak. Kebenaranya tidak diketahui tetapi adakah Umno sanggup punya bakal presiden yang terpalit dengan gosip ini.
Port Dickson - Misteri yang masih belum terjawab. Pertengahan 1990an di Port Dickson seorang menteri kanan ditangkap dengan artis. Untuk 'cover' isu ini 6 orang pegawai di bawah Jabatan Agama Islam N.Sembilan 'dibuang'...(bertukar ke Jabatan lain dengan kenaikan pangkat atau diberhentikan dengan imbuhan..).... katanya orang itu ialah Najib (untuk ini dengar khabar orang Umno sudah mula menjejak bekas orang Pejabat Agama yang terlibat dalam operasi menangkap itu...kita tunggu sahaja...)
Jika Pak Lah ada Kamaludin yang berlatar belakangkan korporat membolot kekayaan Najib juga ada Datuk Nazir Tun Razak yang duduk di dalam CIMB. klik untuk pendedahan skandal terbaru CIMB

Jika Pak Lah ada KJ Najib ada Rosmah yang tamak dan hidup umpama emelda marcos. YB Saifuddin Nasution pernah dedahkan mengenai perangainya yang pergi membeli belah di luar negara menggunakan kemudahan kerajaan dengan memenuhkan barang dalam berpuluh teksi dan membawanya pulang ke Malaysia dengan cubaan lari cukai dan tak nak bayar bayaran lebihan berat barang kepada MAS.

Rosmah dikatakan sudah mengarahkan pejabatnya berhampiran Pejabat Najib disiapkan.
Najib mempunyai sejarah politik yang penakut. Mahathir juga pernah mengatakan dia penakut. Satu ketika dahulu Dia menyokong KuLi ketika awal pertembungan KuLi dan Mahathir malangnya selepas mendapat tawaran Anwar untuk dia diberikan jawatan ketua pemuda dia menyokong Mahathir. Ketika saat Mahathir hendak memilih TPM selepas memecat DSAI Najib tak berani cakap apa malah Mahathir takut kemungkinan Najib Kem Anwar kerana jasa Anwar dalam karier politik Najib, maka Mahathir memilih jalan selamat dengan memilih Pak Lah yang dikenali dengan lurus dan tak cerdik politik untuk pastikan Mahathir terus mengawal negara. Malangnya Mahathir gagal mengambil kira kewujudan Kamaludin dan KJ yang akhirnya mengawal Pak lah untuk tidak mendengar arahan Mahathir.

Kronologi beli Eurocopter

18 Julai 2007 - Kerajaan melalui mesyuarat Kabinet memutuskan untuk membuat perolehan bagi menggantikan pesawat Nuri.
3 September 2008 - Kementerian Pertahanan menerima keputusan dan persetujuan daripada Kementerian Kewangan untuk memilih tender Eurocopter, pesawat milik Eurocopter Malaysia Sdn Bhd, anak syarikat European Aeronautic Defence and Space Co (EADS). Kementerian itu mengeluarkan Surat Hasrat kepada Eurocopter pada 15 September 2008.
26 September 2008 - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan Eurocopter memperoleh kontrak untuk membekalkan pesawat baru bagi menggantikan penggunaan Nuri.
13 Oktober 2008 - Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Abdul Aziz Zainal memberitahu Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan membeli kumpulan pertama lapan hingga 10 helikopter keluaran Eurocopter EC725 bagi menggantikan pesawat Nuri secara berperingkat.
13 Oktober 2008 - Ketua Pembangkang membangkitkan isu pembelian Eurocopter di Dewan Rakyat, didakwa dibeli dengan harga yang begitu tinggi dan memberi keuntungan kepada pihak-pihak tertentu.
19 Oktober 2008 - Kabinet bersetuju pembelian helikopter Eurocopter EC725 bagi menggantikan Nuri yang dipertikaikan pihak tertentu diperhalusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
19 Oktober 2008 - Datuk Seri Najib Tun Razak mempertahankan kewajaran Kementerian Pertahanan dalam pembelian Eurocopter EC725, sambil menegaskan tidak ada sebarang penyelewengan dalam urusan dengan syarikat pembekal.
20 Oktober 2008 - Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR membuat laporan polis berkaitan penyelewengan wang yang didakwa mereka berlaku dalam pembelian Eurocopter EC725.
24 Oktober 2008 - Badan Pencegah Rasuah (BPR) memberitahu akan meneliti laporan berhubung dakwaan berlaku penyelewengan dalam proses pembelian helikopter Eurocopter.
28 Oktober 2008 - Perdana Menteri mengumumkan keputusan kerajaan menangguhkan pembelian tersebut.

Kronologi beli Eurocopter

18 Julai 2007 - Kerajaan melalui mesyuarat Kabinet memutuskan untuk membuat perolehan bagi menggantikan pesawat Nuri.
3 September 2008 - Kementerian Pertahanan menerima keputusan dan persetujuan daripada Kementerian Kewangan untuk memilih tender Eurocopter, pesawat milik Eurocopter Malaysia Sdn Bhd, anak syarikat European Aeronautic Defence and Space Co (EADS). Kementerian itu mengeluarkan Surat Hasrat kepada Eurocopter pada 15 September 2008.
26 September 2008 - Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan Eurocopter memperoleh kontrak untuk membekalkan pesawat baru bagi menggantikan penggunaan Nuri.
13 Oktober 2008 - Panglima Angkatan Tentera, Tan Sri Abdul Aziz Zainal memberitahu Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) akan membeli kumpulan pertama lapan hingga 10 helikopter keluaran Eurocopter EC725 bagi menggantikan pesawat Nuri secara berperingkat.
13 Oktober 2008 - Ketua Pembangkang membangkitkan isu pembelian Eurocopter di Dewan Rakyat, didakwa dibeli dengan harga yang begitu tinggi dan memberi keuntungan kepada pihak-pihak tertentu.
19 Oktober 2008 - Kabinet bersetuju pembelian helikopter Eurocopter EC725 bagi menggantikan Nuri yang dipertikaikan pihak tertentu diperhalusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).
19 Oktober 2008 - Datuk Seri Najib Tun Razak mempertahankan kewajaran Kementerian Pertahanan dalam pembelian Eurocopter EC725, sambil menegaskan tidak ada sebarang penyelewengan dalam urusan dengan syarikat pembekal.
20 Oktober 2008 - Angkatan Muda Keadilan (AMK) PKR membuat laporan polis berkaitan penyelewengan wang yang didakwa mereka berlaku dalam pembelian Eurocopter EC725.
24 Oktober 2008 - Badan Pencegah Rasuah (BPR) memberitahu akan meneliti laporan berhubung dakwaan berlaku penyelewengan dalam proses pembelian helikopter Eurocopter.
28 Oktober 2008 - Perdana Menteri mengumumkan keputusan kerajaan menangguhkan pembelian tersebut.

Irregularities in PKNS books: MB

(the Sun )
SHAH ALAM (Oct 27, 2008): The Selangor Government today disclosed several “irregularities” in the accounts and management of its property development arm, the Selangor Development Corporation (PKNS).

In a statement that was short on details, Mentri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim said among the irregularities was a conflict of interest situation in the management structure of PKNS and the awarding of a RM100,000 bonus to its former chairman and ex-mentri besar Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo for leading the company to achieve a profit of RM500 million in 2007.Speaking to reporters after lauching the i-City International Park in Section 7, Khalid disclosed that the following:
> Several senior officials of PKNS held 30% shares in a subsidiary company, PKNS Infra Sdn Bhd.
> The company’s accounts also do not mirror the actual situation of the company.“For the year ended 2007, the then company’s chairman (Mohd Khir) claimed the company had succeded in its property development business and registered a profit of RM500 million. But our checks revealed more than 50% of that profit came from extra-ordinary items…and this leaves a lot of doubts,”
>A lot of PKNS' business activities and decisions were made in the ‘political interest’ of the former government

He said the “current GM” acknowledges this and is prepared to work with the board to identify the areas that need to be rectified.

> PKNS had awarded a RM100,000 bonus to its former chairman for the company’s success in raking in profits, an item Khalid described as “disturbing”.

(theSun had on Sept 12 carried a report on a company owned by the Selangor government, Permodalan Negeri Selangor Bhd (PNSB), which paid RM159,250 for a Patek Philippe watch on Jan 8 as a souvenir for its chairman, Mohd Khir at that time. The watch was given to the former MB before the March 8 general election but he returned it.)

> After checking the accounts of PKNS which dates back to 44 years, Abdul Khalid expressed regret that the company had failed in its objective to assist the Malays in real estate and property development activities.

“This is evident in the fact that more than 75% of its projects have been handed out to non-Malay companies, either directly or indirectly.”
When asked for additional details on these items, Abdul Khalid said he will say more in another press conference soon.

Abdul Khalid also announced the appointment of Low Siew Moi as PKNS general manager for one year.

Low, who was to retire end of this month together with current PKNS GM Datuk Harun Salim, had served PKNS for 35 years with her last portfolio as the deputy GM for corporate development.

“As the retirement of the two top managers of the company will adversely affect effectiveness continuation of management, we have decided to allow Datuk Harun to retire while we requested Low to stay on with the company for another year until the board finds a suitable replacement,” he added.

PKNS perlu dipimpin oleh individu yang kompetens





[Ucapan dasar semasa membahas Usul Anggaran Peruntukan Pembangunan 2009 pada 28 Oktober 2008 di Shah Alam]
Dasar setinggan sifar telah dilancarkan untuk menempatkan semula kawasan-kawasan penempatan peneroka bandar.
Dasar ini sebenarnya tidak mampu menyelesaikan masalah perumahan rakyat Selangor. Apa yang menjadi masalah sekarang ialah kita harus menjadikan rakyat negeri Selangor mampu memiliki rumah sendiri sama ada seseorang itu kaya atau tidak.
Ini adalah amat penting untuk mereka yang berpendapatan rendah, iaitu golongan yang berpendapatan kurang daripada RM1500 sebulan. Kerajaan harus diingatkan bahawa meskipun rumah telah diperuntukkan kepada peneroka-peneroka bandar, masih ramai lagi yang berasal daripada keluarga kedua dan ketiga yang masih menduduki rumah sewa dan tidak mampu membeli rumah-rumah teres atau kondominium kos serdehana yang sudah mencecah lebih daripada RM250 ribu di kawasan-kawasan seperti Ampang Jaya, Selayang, Petaling Jaya, Subang Jaya. Terdapat juga mereka yang bukan berasal daripada keluarga peneroka bandar tetapi menetap di rumah sewa turun-temurun. Malahan saya mengetahui ada di kalangan ADUN yang masih menduduki di rumah sewa.

Saya menyarankan supaya kerajaan memastikan PKNS memainkan peranannya untuk menyediakan rumah yang mampu dimiliki oleh seluruh rakyat Selangor yang bukan sahaja berasal daripada keluarga berpendapatan rendah, malahan golongan yang berasal daripada keluarga berpendapatan sederhana rendah.

Maka dengan itu, perlantikan seorang pengurus besar sementara yang berkaliber amat diperlukan dan pelantikan pengurus besar sementara yang ada sekarang oleh Dato’ Menteri Besar adalah tepat pada masanya. Kita perlu memastikan supaya seseorang yang dilantik untuk menyandang jawatan ini merupakan seseorang yang berkemampuan untuk menepati sasaran ini tanpa mengira bangsa, agama, keturunan dan jantinanya.

PKNS merupakan sebuah anak syarikat kerajaan negeri dan PKNS perlu bertanggungjawab kepada semua rakyat Selangor dan bukan puak-puak tertentu sahaja. Sebagai contoh, negeri Selangor mempunyai jumlah penduduk sebanyak 5 juta orang dan hampir separuh daripadanya ialah warga bukan Bumiputera. Adalah tidak masuk akal untuk kita menjadikan sebuah anak syarikat kerajaan itu sebagai sebuah syarikat yang memperjuangkan agenda-agenda sesetengah masyarakat sahaja padahalnya separuh daripada rakyat Selangor ialah golongan bukan Bumiputera.

Apa sekalipun, kita mesti memastikan mereka yang dilantik ke jawatan-jawatan ini mampu melaksanakan dasar-dasar kerajaan seperti konsep Negara Berkebajikan, konsep C.A.T (dimana “C” bermakna competence) dan konsep Negara Berkebajikan.

Justeru itu, saya mencadangkan supaya Jabatan memperuntukkan sebidang tanah di sekitar Petaling Jaya, Sungai Buluh, Shah Alam dan Subang Jaya yang dilengkapi dengan sistem pengangkutan transit untuk tujuan pembinaan perumahan rakyat.

Kita telah melawat ke Singapura dan menyaksi dengan mata kita sendiri betapa majunya sistem perumahan rakyat oleh Singapore Housing Board (SHB). Oleh itu, sekarang sudah sampainya masa untuk kita menerjemahkan wawasan kita dalam bentuk tindakan.
The attendence of the opposition members in the Selangor state assembly has not been good; their chief Khir Toyo always comes in late and leaves before lunch and usually would not return to the dewan.
At 4.08pm today , only KKB state assemlyman Wong Koon Mun was sitting at the bench alone. What a shame

October 27, 2008

MATB KAPAR BERJALAN BAIK -26 OKT 2008












Iniya Deepavali Valthukkal

Light shall triumph over darkness, good over evil.

Have a sweet Deepavali to all fellow Malaysians.


Pusat Khidmat Rakyat
DUN Batang Kali

October 24, 2008

UMNO MENUJU KEHANCURAN......

Rakyat terutamanya orang Melayu diingatkan tidak lagi menaruh harapan kepada Umno dan kepimpinannya bagi membela nasib mereka kerana Umno sedang berada dalam kehancuran dan tidak mungkin dapat diselamatkan lagi, kata Yang DiPertua PAS Temerloh, Ustaz Abdul Rahim Abdul Latif.

Berucap pada ceramah umum anjuran Dewan Pemuda PAS Temerloh, di Kampung Paya Kecik, dekat sini baru-baru ini Abdul Rahim mengingatkan adalah penting bagi rakyat dan orang Melayu menyandarkan harapan kepada perkembangan dalam Pakatan Rakyat yang menunggu masa untuk mengambil alih kepimpinan negara ini.
?Apa lagi yang boleh diharapkan kepada Umno yang sedang menuju kehancuran. Umno sudah tidak ada nilai dan harga diri. Mereka menuju kepada kehancuran yang sudah tidak boleh diselamatjkan lagi.
?Lihat sahaja sekarang mereka berlumba untuk mendapat tempat bukan untuk menjaga rakyat tetapi untuk meraih kepentingan diri walaupun mengorbankan moral dan akhlak.
"Masih ada harapan bagi rakyat, Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS, Keadilan dan DAP semakin bersedia mengambil alih kepimpinan. Pemimpin PAS dan yang lain bersih daripada rasuah dan bersedia berkhidmat untuk rakyat.
"Masa depan mereka akan lebih baik bersama pemimpin yang amanah dan jujur. Ini telah dibuktikan dalam pentadbiran negeri-negeri dikuasai Pakatan Rakyat," katanya

October 21, 2008

JADUAL AKTIVITI SEMPENA HARI RAYA EID FITRI/DEEPAVALI DI SEKITAR HULU SELANGOR



22 Okt Rabu
8mlm- Perjumpaan dengan Kaum Cina, Restoran Abdullah Chan, Bkt Sentosa

23 Okt Khamis
8mlm – Jamuan Hari Raya Mesjid Jamek Btg Kali

9.30MLM- Perjumpaan dengan Kaum India Serendah, Balai Orang Ramai Serendah

25 Okt Sabtu
8pg – 3ptg- Hari Kantin SRA An-Nur, Bdr Sg Buaya
10pg -4ptg - Rumah Tuan Yahya Shaari Taman Samudera Bt Caves
12tgh - 5 ptg - Rumah Tuan Norel OCPD 412 Jln Rasathurai KKB
2ptg -Majlis Sumbangan kpd OKU Surau Abu Bakar Bashah Ali, Apt Kenanga, Taman Bunga Raya, Emkay
8mlm - Jamuan Raya/Gotong Royong, Bandar Sg Buaya


26 Ahad
9pg- Memantau MATB Bhg Kapar, Dewan Sri Pinang, Kapar
9pg –Jamuan Raya/Bumi Hijau, Perumahan Jalan Kemboja 4A, Bukit Sentosa 3

2ptg-Jamuan Raya Surau Jalan Ros 1, Bkt Beruntung
3ptg-Jamuan Raya, Seri Kemboja, BS 3, Bukit Sentosa 3

4.30ptg- Sumbangan kpd OKU, Surau Taman Seroja, Bkt Sentosa 2
8mlm-Jamuan Raya, Rumah Sahak, Jln Kasturi, Bkt Sentosa 2

27 Okt Isnin
2ptg - Jamuan Raya, Surau Kg Sg Buaya
2ptg- Sambutan AidilFitri/Deepavali Parlimen Tun Abd Razak
3ptg- Jamuan Raya, Rumah Zul (Kelab Belia Sentosa)
4ptg- Jamuan AidilFitri KRT Apart Kenanga, Taman Bunga Raya

1 Nov Sabtu

8mlm - Sambutan Deepavali Taman Koskan, Sg Buaya (Perumal)

2 Nov Ahad

3ptg - Sambutan Deepavali/Sumbangan kpd orang miskin- Serendah (Devan)

8 Nov Sabtu

3 ptg- Sambutan Raya, Kg Sg Kecik, Ulu Yam Baru (Zainuddin)

Nota: semua program tertakluk kepada pindaan terakhir. Harap maklum. SUK Dun Btg Kali.



TABUNG MESRA USIA EMAS

1. Apakah tujuan program Mesra Usia Emas ini dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri?
Program Mesra Usia Emas ini bertujuan untuk memberi manfaat dalam bentuk perlindungan bernilai RM 2,500.00 kepada warga emas yang berusia 60 tahun ke atas (yang telah mendaftar secara rasmi), selepas beliau disahkan meninggal dunia. Program ini membuktikan keprihatinan yang tinggi Kerajaan Negeri terhadap rakyatnya, khususnya golongan warga emas.

2. Bilakah tarikh program Mesra Usia Emas ini akan beroperasi secara rasmi?
Program Mesra Usia Emas ini dijangka akan beroperasi sekitar Oktober 2008, dan tertakluk kepada sebarang pengumuman rasmi dari semasa ke semasa . Ia telah dilancarkan secara rasmi pada 20 Jun 2008 yang lalu. Manakala Logo rasmi Mesra Emas pula (seperti yang telah dipaparkan di Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri) telah dilancarkan pada 30 Ogos 2008, sempena Sambutan Perayaan Ambang Merdeka, dan Perbarisan dan Perarakan Kemerdekaan ke-51 Peringkat Negeri Selangor

3. Siapakah kumpulan sasar yang boleh menyertai program Mesra Usia Emas ini?
Program ini terbuka kepada semua warga emas di Negeri Selangor yang telah berumur 60 tahun ke atas, DAN
- Lahir di Negeri Selangor ATAU
- Lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974 ATAU
- Telah bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 15 tahun.

4. Bagaimanakah cara untuk menyertai Mesra Usia Emas?
Apabila ia telah beroperasi secara rasmi kelak, pemohon boleh berdaftar dengan mengisi dan menyerahkan kembali borang yang boleh didapati di Laman Web Rasmi Kerajaan Negeri Selangor, Pejabat-pejabat Daerah&Tanah, Pejabat Penghulu, Pejabat ADUN dan Pengendali Mesra Usia Emas ini. Setiap permohonan yang dibekalkan dengan satu Kad Pendaftaran kepada warga emas tersebut.

Buat masa ini, Borang Maklumat Asas Pelanggan (BUKAN Borang Pendaftaran Rasmi) bagi menyertai Mesra Usia Emas boleh didapati dan diserahkan semula di semua Pusat Khidmat MES yang sedang beroperasi di Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah (Shah Alam), Pejabat-pejabat Daerah & Tanah, Pihak-pihak Berkuasa Tempatan dan Pusat-pusat Khidmat ADUN di seluruh Negeri Selangor.

Borang ini boleh didapati dengan percuma , tiada yuran pendaftaran, dan tiada sebarang dokumen sokongan perlu dikemukakan semasa mengemukakan Borang tersebut. Borang ini akan diserahkan kepada Pengendali Mesra Usia Emas apabila beroperasi secara rasmi kelak, dan tertakluk kepada tindakan yang diambil seterusnya oleh pihak Pengendali ini.

5. Apakah manfaat atau faedah yang diperoleh daripada menyertai program ini?
Program ini menyediakan manfaat perlindungan kepada warga emas yang telah mendaftar, di mana sejumlah wang tunai RM1,000.00 akan diterima oleh wasi dengan segera dalam tempoh 24 jam selepas pihak Pengendali polisi Mesra Usia Emas menerima laporan berlakunya kematian warga emas tersebut (atau selewat-lewatnya dalam tempoh 90 hari selepas berlakunya kematian). Manakala baki RM1,500.00 akan disediakan dalam bentuk cek oleh Lembaga Pemegang Amanah Tabung Mesra Usia Emas sebaik sahaja lain-lain dokumen seperti salinan Sijil Kematian lengkap, Kad Pengenalan (Waris/Simati/Penjaga), Permit pengkebumian diterima.
6. Siapakah yang boleh membuat tuntutan ke atas manfaat perlindungan tersebut?
Tuntutan hendaklah dibuat oleh wasi (orang yang dilantik untuk menunaikan wasiat), seperti yang dinyatakan di dalam Borang Pendaftaran Rasmi semasa pendaftaran dibuat.

BANJIR LAGI - KAMPUNG HJ TAIB, SG CHOH STESYEN

Ada banjir lagi malam tadi, kali ni di Kampung Hj Taib, Sg Choh Stesyen, mintak Ketua Kampung bagi laporan segera untuk mangsa2 banjir diberi saguhati. Tk. PKR.

RUMAH TERBUKA EID-FITRI DUN BATANG KALI

Bukit Sentosa, 19 Oktober – Lebih kurang 42 kanak-kanak miskin terpilih dari kawasan Dun Batang Kali hari ini diraikan pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Pusat Khidmat Masyarakat DUN Batang Kali, Hulu Selangor. .
Majlis yang diadakan di Dataran Bukit Sentosa, Bandar Bukit Sentosa turut dimeriahkan dengan kehadiran Ahli- ahli Majlis Daerah, Mohd Nashruddin Abdul Aziz memerangkap Ketua Bahagian PKR Hulu Selangor dan Timbalannya, Kasim Yakub dan ketua-ketua kampung di sekitar Daerah Hulu Selangor sendiri. Mohd Nashruddin menyerahkan hamper serta sumbangan duit raya kepada kanak-kanak tersebut.
Kanak-kanak miskin tersebut datang dari Rumah KesayanganKu di Bukit Beruntung dan Kelas Mengaji AlQuran di Seroja, Bukit Sentosa.
Jamuan yang bermula dari 3 ptg berakhir kira-kira jam 6ptg turut dihiburkan oleh kumpulan musik The Shaz dari Emkay, dan kumpulan tarian kaum Cina dari Bukit Sentosa. Kedatangan hampir 2000 orang berbilang bangsa ke jamuan rumah terbuka tersebut amat simbolik di keadaan siraturahim sesama kaum semakin kendor.

PUSAT KHIDMAT RAKYAT DUN BATANG KALI (N07)

Sila maklum, Pusat Khidmat Rakyat beroperasi dari pejabat bahagian di alamat seperti berikut ataupun melalui temujanji ;

ISNIN - SABTU
9pg hingga 5ptg
(Rehat 1ptg - 2ptg)

45M Jalan Orkid 2A
Bandar Baru Bukit Sentosa BS2
48300 Rawang
Selangor Darul Ehsan

Sila hubungi sekretariat kami untuk sebarang pertanyaan.

Zaharah 012 4847645
Shaiful 016 2772882

Sekian, harap maklum.


Shaiful Anuar Sulaiman
Setiausaha Kerja DUN

October 20, 2008

TERIMA KASIH KEPADA SEMUA!!!

Semalam telah selesai Mesyuarat Agong Tahunan Bahagian bagi tahun ini, dan tahniah kepada semua ahli-ahli PKR yang berjaya melayakkan diri untuk hadir ke mesyuarat agong yang diadakan pada setiap tahun. Jamuan Eid-Fitri juga selamat dilaksanakan sebagai simbol perpaduan dan siraturrahim didalam parti. Seronok melihat berbilang bangsa datang mengunjungi jamuan yang tak seberapa. Patutlah umno tak dapat sokongan penuh rakyat, disebabkan asyik cerita ummm..nnoo saja.Walau macamana pun, popia dan mee udang kalumpang semalam memang sedap!

Perjalanan menyediakan mesyuarat dan bersangkutan memang lah mempunyai masalah tetapi kali ini kita dapat bermesyuarat di satu tempat yang agak dingin dan selesa. Tidak ramai yang mengetahui bahawa kita selalunya bermesyuarat agong di pejabat Cikgu Nasha, Akademik Minda yang kini telah "bertukar" menjadi Pusat Khidmat Rakyat dan Pejabat bahagian. Keadaan nya 200 kali bertambah baik di MATB 2008 ini. Saya telah pun mempunyai kunci untuk membuka pintu pejabat dan akan mempunyai seorang kerani (masa yang memang sesuai setelah sekian lama). Masalah apabila kita telah menang (mungkin menang sikit) dan dapat memerintah negeri Selangor, harapan rakyat di kawasan Hulu Selangor menjadi lebih tinggi, lebih2 lagi ahli-ahli reformasi dan parti yang mahukan perubahan ketara demi untuk parti dan ahli-ahlinya. Menjadi satu "challenge" untuk memenuhi hasrat dan harapan semua orang lebih2 lagi ahli2 parti kita. Cuma berat mata memandang, berat lagi bahu kami yang memikulnya di dalam pimpinan parti. Jadi, bersamalah mengurus parti dan berjuang dengan mengadakan banyak program.

Ini adalah MATB yang ketiga bagi saya, menguruskan dan menyediakan tempat dan undangan ke mesyuarat. Yang lain-lain termasuk makan/minum dan penyata/laporan tahunan. Terimakasih kepada sekretariat yang membantu terutamanya kepada Zahar, Izab, Azian (Batang Kali), Sharul dan Rawi (Gersik), Yushak dan Abd Aziz (Sg Tenggi), Shah, Fadhilah, Abd Razak, Anuar, Malek, Azman dari Bukit Sentosa dan Pn Jaiyah dan Azman (Kalumpang) dan Yew dari Rela. Kepada semua yang terlibat secara tidak langsung juga (belakang tabir), ucapan terimakasih daun keladi diucapkan.

Reformasi!

Shaiful Anuar Sulaiman
Setiausaha Bahagian

October 08, 2008

JAMUAN HARI RAYA EIDULFITRI 2008

Akan diadakan pada 19 Oktober (Ahad)
dari 3 ptg sehingga 6 ptg. Bertempat di
Tapak Pasar Malam Bukit Beruntung.

MESYUARAT AGONG TAHUNAN BHG HULU SELANGOR

Mesyuarat Agong Tahunan
Bahagian Hulu Selangor

Tarikh : 19 Oktober (Ahad)
Jam : 9.00 pagi
Tempat: Ballroom, Bukit Bruntung Golf Resort

Sila berhubung dengan Ketua JDM
masing2 untuk kehadiran.

Setiausaha Bahagian
PKR Bhg Hulu Selangor.

October 06, 2008

BANJIR DI TAMAN EHSANIBU TAMBAHAN....7mlm 6 OKT 2008




















Bekerja kuatlah Sdr Muzaffar, Sdr Ridwan dan Sdr Azman membantu lebih dari 15 keluarga (55 AHLI KELUARGA) yang menghadapi kebanjiran air yang melimpah dari sungai berdekatan. Ahli Majlis Daerah, Sdr Nashruddin Abd Aziz sampai ketempat kejadian sebaik mendapat maklumat dari penduduk. Betapa perihatinnya wakil kerajaan negeri. Wakil dari Jabatan Kebajikan Masyarakat juga telah datang seawal 11 mlm untuk menyampaikan bantuan seperti tikar, kain batik dan pelikat untuk kegunaan penduduk.

Keesokan hari, jam 11 pagi Selasa, Tuan Pegawai Daerah bersama pejabat pegawai daerah datang untuk berkunjung ke dewan balairaya Taman Ehsanibu untuk bertanya khabar.



(Gambar lain menyusul kemudian)

Pejabat Pusat Khidmat Rakyat PKR
DUN Batang Kali N07.

SUMBANGAN DI SURAU SG BUAYA AL-IKHWAN, JALAN KEMBOJASARI ....




MAJLIS BERBUKA YG KONTROVERSI 22 SEPT MSJID KG MELAYU RASA BERSAMA DR BADRUL AMIN



October 05, 2008

SELAMAT KEMBALI DARI PERANTAUAN.......


JEMPUTAN HARI TERBUKA PAS


TARIKH: 12 OKTOBER 2008,
HARI AHADMASA: 2.00 HINGGA 5.00 PETANG
TEMPAT: STADIUM MELAWATI, SHAH ALAM
KEDATANGAN ANDA DITUNGGU

RUMAH TERBUKA DSAI 12 OKT 2008 2-5 PTG KELAB SULTAN SULAIMAN KG BARU KL


Eidulfitr tahun ini disambut bersama keluarga; ke rumah mertua di Ampang, ayah di Country Height dan juga menziarah kubur mendoakan Allahyarhamah bonda Che Yan dan Allahyarham kekanda A. Rani di Bukit Kiara.
Sekali lagi dipohon maaf di atas segala keterlanjuran. Juga kerana tidak sempat menjawab ribuan SMS, emel dan kad ucapan eid mubarak. Izinkan saya ulangi ucapan minal aidin walfaizin walmaqbulin.
Di celah kesibukan bersilatur rahmi dan bermaafan bersama keluarga, saya sempat membaca komen blog. Saya hargai kesediaan ramai yang menunjukkan keprihatinan tentang permasalahan umat dan negara.
Terlintas juga komen cacian dan fitnah dan berakhir dengan ungkapan mainan mereka - maaf zahir batin. Demikian gelagat kumpulan kecil yang mempamerkan kejahilan, sedia mempertahankan kezaliman ISA, rasuah dan keangkuhan kuasa.

ANWAR IBRAHIM

Di Surau Cempaka, Bkt Beruntung..



Sempat bertarawih di Surau Rumah Pangsa Seri Cempaka. Jailani dan Aziz adalah sahabat lama dari waktu kempen lagi, menunggu kami untuk memberikan sumbangan kepada anak2 lebih 150 orang dikawasan lapan blok disitu.