October 29, 2008

Najib Tun Razak





Adakah Najib lebih baik dari Abdullah ....? Najib seorang yang terlalu banyak skandalnya....
Skandal Altantuya - sampai sekarang masih misteri mengenai penglibatan 'bodyguard' kananya, bagaimana C4 yang merupakan alat letupan terkawal dan hanya Menteri atau pegawai atasan yang boleh keluarga bom ini dari simpanan, pembatalan rekod masuk Altantuya di imegresen, kewujudan 'sms' yang menunjukkan komunikasi Najib dengan Datuk Shafie Abdullah mengenai kes pembunuhan tersebut, kenyataan bersumpah Bala (yang pertama) dan Bala hilang selepas kenyataan bersumpahnya....tidak siapa ketahui dia dimana hanya polis keluarkan kenyataan Bala ditemui dan kenyataan diambil.

Rasuah pembelian senjata , sukhoi, scorpene dan terbaru Eurocopter yang melibatkan komisyen (rasuah) yang cukup besar melibatkan kerugian wang rakyat.
Takut Bini - ini masalah rumah tangga tidak harus menjadi isu politik tetapi cakap - cakap terbuka terlalu banyak dan ini mengakibatkan Najib menjadi presiden yang diketawakan. Sejarah dia dan Rosmah juga mungkin sedikit meragut sokongan kaum ibu dan wanita. Najib sanggup menceraikan isterinya (kerabat di Raja) untuk berkahwin dengan Rosmah. Najib sanggup menuduh bekas isterinya mempunyai penyakit gila babi dan ditinggalkan bersama anak - anak. Malah menjadi cakap - cakap di sekitar Seremban (dulu Rosmah dan bekas suaminya duduk Seremban) menyatakan suami Rosmah terpaksa menceraikan isterinya dengan kecewa dan ditawarkan wang yang banyak untuk tebus talak. Kebenaranya tidak diketahui tetapi adakah Umno sanggup punya bakal presiden yang terpalit dengan gosip ini.
Port Dickson - Misteri yang masih belum terjawab. Pertengahan 1990an di Port Dickson seorang menteri kanan ditangkap dengan artis. Untuk 'cover' isu ini 6 orang pegawai di bawah Jabatan Agama Islam N.Sembilan 'dibuang'...(bertukar ke Jabatan lain dengan kenaikan pangkat atau diberhentikan dengan imbuhan..).... katanya orang itu ialah Najib (untuk ini dengar khabar orang Umno sudah mula menjejak bekas orang Pejabat Agama yang terlibat dalam operasi menangkap itu...kita tunggu sahaja...)
Jika Pak Lah ada Kamaludin yang berlatar belakangkan korporat membolot kekayaan Najib juga ada Datuk Nazir Tun Razak yang duduk di dalam CIMB. klik untuk pendedahan skandal terbaru CIMB

Jika Pak Lah ada KJ Najib ada Rosmah yang tamak dan hidup umpama emelda marcos. YB Saifuddin Nasution pernah dedahkan mengenai perangainya yang pergi membeli belah di luar negara menggunakan kemudahan kerajaan dengan memenuhkan barang dalam berpuluh teksi dan membawanya pulang ke Malaysia dengan cubaan lari cukai dan tak nak bayar bayaran lebihan berat barang kepada MAS.

Rosmah dikatakan sudah mengarahkan pejabatnya berhampiran Pejabat Najib disiapkan.
Najib mempunyai sejarah politik yang penakut. Mahathir juga pernah mengatakan dia penakut. Satu ketika dahulu Dia menyokong KuLi ketika awal pertembungan KuLi dan Mahathir malangnya selepas mendapat tawaran Anwar untuk dia diberikan jawatan ketua pemuda dia menyokong Mahathir. Ketika saat Mahathir hendak memilih TPM selepas memecat DSAI Najib tak berani cakap apa malah Mahathir takut kemungkinan Najib Kem Anwar kerana jasa Anwar dalam karier politik Najib, maka Mahathir memilih jalan selamat dengan memilih Pak Lah yang dikenali dengan lurus dan tak cerdik politik untuk pastikan Mahathir terus mengawal negara. Malangnya Mahathir gagal mengambil kira kewujudan Kamaludin dan KJ yang akhirnya mengawal Pak lah untuk tidak mendengar arahan Mahathir.

No comments: