October 24, 2008

UMNO MENUJU KEHANCURAN......

Rakyat terutamanya orang Melayu diingatkan tidak lagi menaruh harapan kepada Umno dan kepimpinannya bagi membela nasib mereka kerana Umno sedang berada dalam kehancuran dan tidak mungkin dapat diselamatkan lagi, kata Yang DiPertua PAS Temerloh, Ustaz Abdul Rahim Abdul Latif.

Berucap pada ceramah umum anjuran Dewan Pemuda PAS Temerloh, di Kampung Paya Kecik, dekat sini baru-baru ini Abdul Rahim mengingatkan adalah penting bagi rakyat dan orang Melayu menyandarkan harapan kepada perkembangan dalam Pakatan Rakyat yang menunggu masa untuk mengambil alih kepimpinan negara ini.
?Apa lagi yang boleh diharapkan kepada Umno yang sedang menuju kehancuran. Umno sudah tidak ada nilai dan harga diri. Mereka menuju kepada kehancuran yang sudah tidak boleh diselamatjkan lagi.
?Lihat sahaja sekarang mereka berlumba untuk mendapat tempat bukan untuk menjaga rakyat tetapi untuk meraih kepentingan diri walaupun mengorbankan moral dan akhlak.
"Masih ada harapan bagi rakyat, Pakatan Rakyat yang dianggotai PAS, Keadilan dan DAP semakin bersedia mengambil alih kepimpinan. Pemimpin PAS dan yang lain bersih daripada rasuah dan bersedia berkhidmat untuk rakyat.
"Masa depan mereka akan lebih baik bersama pemimpin yang amanah dan jujur. Ini telah dibuktikan dalam pentadbiran negeri-negeri dikuasai Pakatan Rakyat," katanya

2 comments:

Anonymous said...

nasarudin bersih ke?
pasal tanah , kutipan derma,
pasal kereta , kau tahu ke buat tak tahu pol?

Unknown said...

hantar ler feedback ke
sascyber@hotmail.com
semua info dialu2kan...