September 29, 2009

Calon BN diumum petang ini, calon PAS pada sebelah malam..

Teka-teki siapa calon Barisan Nasional (BN) untuk bertanding dalam pilihan raya kecil Bagan Pinang bakal terjawab apabila Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dijadual mengumumkannya, petang ini. Muhyiddin dijangka mengumumkan nama calon yang dipilih BN itu ketika majlis jamuan Aidilfitri di Batu 6, Jalan Pantai, Port Dickson, jam 4 petang ini. Sementara itu, Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang juga dijangka mengumumkan calon parti itu di Bilik Gerakan Parti Keadilan Rakyat (PKR) DUN Bagan Pinang, di Teluk Kemang, jam 9 malam.


Kerajaan Negeri Berusaha Pindah Kawasan Ternakan Ulu Yam ke 200 ekar tanah Hulu Selangor

SHAH ALAM,28 Sept - Kerajaan negeri telah mengenalpasti kawasan seluas 200 ekar di daerah Hulu Selangor untuk menempatkan semula ternakan Persatuan Penternak Ruminan Selangor yang terjejas Rabu lalu. Ini diumumkan oleh Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan, Yaakob Sapari pada sidang media di Shah Alam, hari ini.
“Dan pihak Daerah Hulu Selangor telah mengenalpasti kawasan di Hulu Selangor dan saya minta supaya disegerakan dan ini jangka panjang. Jangka panjang kita akan letakkan, pindahkan penternak-penternak yang bermasalah ke tempat yang lebih sesuai,”katanya.
Yaakob menyifatkan tindakan kira-kira 80 ahli persatuan berkenaan membawa lebih 20 ekor lembu dan kambing untuk mendesak kerajaan negeri membantu mereka sebagai tidak tepat.
Beliau berkata bantuan telah diberikan dengan pantas apabila ternakan persatuan itu terperangkap dalam banjir kilat selepas empangan di Ulu Yam pecah.
Difahamkan, empangan berkenaan pecah disebabkan pelanggaran sampah yang tertimbun hampir 100 meter tinggi di kawasan pelupusan sampah Sungai Kertas, Ulu Yam, bersebelahan empangan itu.
Puluhan ekor kambing dan lembu lemas manakala sebilangan lagi diselamatkan oleh anggota bomba, Rela, dan Jabatan Pertahanan Awam.
“Hari kedua dah ada, buktinya semua bantuan kecemasan, lembu-lembu cedera, rawatan telah diberi hari kedua dan makanan pun dihantar. Maknanya pihak jabatan haiwan walaupun beraya tapi ada juga yang turun. Dan dah dua kali hantar makanan dan esok hantar lagi untuk PKC, tak cukup”.
“Saya maklumkan pada hari kedua lagi Jabatan Veterinar Selangor telah pergi ke tempat tersebut untuk bantuan kecemasan dimana lembu-lembu yang cedera telah diberi rawatan dan lembu-lembu bermasalah di beri bantuan”,katanya.
Menurut beliau, pada hari berikutnya Jabatan Veterinar telah menghantar rumput kering untuk makanan dan yang kemudiannya ditambah dengan makanan dedak.
Yaakob berkata, kerajaan negeri juga telah mengenalpasti dua penternak yang mengalami kerugian teruk dalam kejadian itu dan akan membantu mereka membina kandang sementara sebelum dipindahkan ke kawasan baru.

September 28, 2009

Malam esok - Pengumuman Calon Bagan Pinang

MAJLIS PENGUMUMAN CALON PAKATAN RAKYAT BAGI PILIHAN RAYA N31 BAGAN PINANG Presiden PAS, YB Dato' Seri Haji Abdul Hadi Awang bersama barisan pimpinan Pakatan Rakyat akan mengumumkan calon Pakatan Rakyat bagi Pilihan Raya Kecil N31 Bagan Pinang pada: Tarikh: 29 September 2009 (Selasa) Masa: 9.00 malam Tempat: Markas PAS, Batu 9, Jalan Pantai, Telok Kemang, Port Dickson.

Kerajaan Negeri Laksanakan Konsep “First In First Out”

Kerajaan negeri akan melaksanakan konsep “first in first out” kepada setiap permohonan atau urusan yang dilakukan di pejabat tanah dan galian Selangor bagi mengelakan berlaku ketidak adilan.
Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, konsep ini mampu mengelakkan diskriminasi atau pilih kasih kepada pemohon yang telah membuat permohonan lebih awal, bagaimanapun permohonan tersebut perlulah menepati keperluan dan diisi dengan lengkap.
“Saya ingin mengingatkan bahawa tujuan akhir kita telah beberapa kali bincang dengan pengarah tanah galian dan rakan-rakan pegawai daerah, bahawa kita nak memperkenalkan konsep apabila sudah stabil “first in first out” maknanya sesiapa yang buat permohonan awal akan diluluskan atau dibuat penelitian awal,
“ini bagi mengelakan satu keadaan yang memberikan peluang kepada orang yang hendak permohonan mereka diproses dengan lebih cepat melantasi mereka yang lama membuat permohonan tersebut,” katanya.
Beliau berkata demikian pada sidang media selepas merasmikan Seminar Pentadbiran Tanah Negeri Selangor, di Dewan Annex, pagi tadi.
Selain itu, Tan Sri Khalid berkata, konsep ini mampu mengurangkan gejala rasuah dan salah guna kuasa pentadbiran dikalangan pegawai.
Tan Sri Khalid berkata perkara ini akan dipantau dan jika mereka tetap melakukan tindakan akan diambil dengan menghentikan permohonan selama setahun.
“Saya akan pantau kalau selalu habit dia, ini kali pertama dan kedua, tapi kali ketiga kita akan stop application untuk setahun, tapi bukan first time, bagi yang professional perlu menghantar permohonan dengan lengkap,” katanya.
Dalam pada itu seminar Pentadbiran Tanah Negeri Selangor yang di anjurkan oleh Pejabat Tanah Kuala Langat bertujuan meningkatkan kecekapan dalam pentadbirang tanah di Selangor,
“Tujuan seminar ini ialah bukan sahaja menjemput pelbagai terlibat tetapi juga menjemput rakan2 di bidang professional termasuk arkitek serta pemaju-pemaju supaya dpt bersama- berbincang dapat meningkatkan pentadbiran tanah di Selangor dipertingkatkan,” katanya.Seminar sehari ini turut menerangkan beberapa kajian yang dibuat oleh jawatankuasa task force tanah yang siap pada akhir tahun lepas akan digunakan untuk panduan kepada seminar ini.

September 09, 2009

Artis Wanita bantu bawa pulang jenazah Nenek Mariam (Korea)

KOTA TINGGI: Seorang artis wanita terkenal menyumbang RM11,000 untuk membiayai kos membawa pulang jenazah Mariam Johari, 88, bagi membolehkan wanita warga Malaysia yang terkandas di Korea Selatan sejak 64 tahun lalu itu, dikebumikan secara Islam.
Artis itu yang enggan namanya disiarkan akan menyerahkan bantuan berkenaan kepada Wisma Putra di Putrajaya, hari ini.
Seorang pegawai Bahagian Konsulat, Wisma Putra ketika dihubungi mengesahkan pihaknya sudah berurusan dengan artis itu dan menerima surat daripada anak lelaki Mariam, Jelani Sonni, 72, yang meminta jenazah ibunya dibawa pulang secepat mungkin sebelum dibakar mengikut adat masyarakat Korea.
“Konsulat Malaysia akan berurusan dengan kerajaan Korea bagi mendapatkan kebenaran membawa pulang jenazah Mariam kerana Allahyarham sudah menjadi warga negara itu. Kita juga akan meneliti kandungan wasiat yang dikatakan ditinggalkan Mariam sebelum meninggal dunia. Sejurus mendapat kelulusan, jenazah Mariam akan dibawa pulang,” katanya.
Mariam atau nama Koreanya, Kim Soon Ae yang dikatakan tidak sihat sejak empat bulan lalu, meninggal dunia ketika tidur di sebuah rumah kebajikan di Seoul, kira-kira jam 12.20 malam Sabtu lalu (waktu Malaysia).
Jelani yang menerima berita kematian ibunya, pagi kelmarin, bagaimanapun terkilan kerana Mariam dikatakan meninggalkan wasiat supaya dikebumikan mengikut adat masyarakat Korea.
Kisah Mariam mula mendapat perhatian apabila akhbar Kumpulan The New Straits Times (NSTP) menyiarkan hasratnya untuk mencari tiga anaknya di Plentong, Johor, dua tahun lalu.
Dengan bantuan Korea Broadcasting System (KBS), Mariam yang terkandas di Korea selepas dibawa tentera Jepun ke negara itu ketika Perang Dunia Kedua, akhirnya dipertemukan dengan tiga anaknya, Ramlah, 74, Jelani dan Jamnah, 67, di Seoul pada Julai 2007.
Mariam juga dibawa ke Malaysia pada 5 September tahun sama sebelum pulang semula ke Korea Selatan, kira-kira dua minggu selepas itu.
Sementara itu, Jelani yang berniaga di Pasar Ramadan Perhentian Bas Taman Kota Jaya di sini, yakin jenazah ibunya dapat dibawa pulang dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Makam di sini.
Beliau berkata, ramai ahli keluarganya dikebumikan di tanah perkuburan itu dan terletak berdekatan rumahnya serta Ramlah dan Jamnah.
“Kami memang nak dia (Mariam) dibawa balik ke sini (Kota Tinggi). Apa pun orang kata, dalam hati kami mak masih Islam. Apabila dia pulang ke sini dua tahun lalu dan mengucap, dia memang ingat agama dia. Bila difikir-fikir, saya sendiri belum tengok surat wasiat emak, hanya dimaklumkan mengenai wasiat itu menerusi anak saudara saya, Ahmad Onn. Sekiranya benar ada surat wasiat daripadanya, saya mahu tengok,” katanya.
Penyelidik KBS, Seo Kyu Won, yang dihubungi pula berkata, rakannya, Park Keon Young sering mengunjungi Mariam termasuk ketika wanita itu dalam keadaan tenat.
“Mariam sakit sejak Mei lalu tetapi kembali sihat. Namun sejak dua bulan lalu, Mariam tenat semula dan cuba menghubungi keluarganya di Malaysia. Mariam mahu pulang melihat anak-anaknya… beliau asyik menyebut nama Ramlah, Jelani, dan Jamnah. Mungkin ketika itu Mariam sudah tahu dia akan pergi. Malah, Mariam pernah berkata ‘Saya mahu pulang ke Malaysia kerana saya dilahirkan di negara itu, ini impian saya’,” katanya.
Seo berkata, anak tiri Mariam, Ji Yong Un, 53, tidak membantah sekiranya jenazah Mariam dibawa pulang ke Malaysia.
Ketika ini, jenazah Mariam masih disimpan di rumah kebajikan Gereja Roman Katholik Beon Bong dengan namanya diletakkan sebagai ‘Mariam Binti Johari’ dan di bawah jagaan keluarga Ji.
Bagaimanapun, keluarga Ji perlu dimaklumkan mengenai urusan membawa balik jenazah sebelum 1 tengah hari waktu Korea (12 tengah hari waktu Malaysia) hari ini kerana sekiranya gagal, jenazah wanita itu akan dibakar mengikut adat masyarakat Korea.

September 06, 2009

Bersedekah di bulan ramadhan....

Perkara yang sering diingati oleh umat Islam masa bulan ramadhan ialah amalan sedekah dan zakat. Sebenarnya, zakat juga adalah sedekah; namun ia adalah sedekah yang wajib. Misalnya Allah SWT menyatakan: "Ambillah sebahagian daripada harta mereka sebagai sedekah " (at-Taubah: 103), maka makna 'sedekah' di sini adalah zakat. Begitu juga apabila Allah SWT menyatakan: "Sesungguhnya sedekah itu adalah untuk fakir, miskin, amil, muallaf… " (at-Taubah: 60)...

MK - Dailog Xtreme di Seksyen 23..

September 05, 2009

Cadangan Pemindahan Kuil Hindu Di Seksyan 19 Di Bekukan

SHAH ALAM, 5, Ogos- Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memutuskan bahawa cadangan memindahkan Kuil Hindu di Seksyen 19, ke Seksyen 23 dibekukan sementara, ekoran bantahan keras daripada penduduk.
Khalid berkata, kontroversi yang tercetus daripada rancangan pemindahan kuil tersebut akan ditangguhkan sehingga tapak alternatif yang sesuai dikenalpasti.
“Kerajaan negeri sangat prihatin tentang perkara ini, kita merasakan kita terpaksa melihat semula cadangan tersebut, saya telah meminta masyarakat di seksyen 23 supaya mereka tidak lagi membincangkan perkara ini kerajaan negeri akan melihat bagaimana usaha2 ini dapat diteruskan,” katanya.
Tan Sri Khalid berkata demikian kepada media di kediaman rasminya selepas Majlis Dialog bersama penduduk Seksyen 23 berhubung isu pemindahan kuil tersebut di Dewan Bankuet MBSA, pagi tadi.
Katanya, Kerajaan Negeri prihatin terhadap keinginan masyarakat India yang inginkan kuil itu dibina dan akan berusaha untuk mencari tapak alternatif yang sesuai.
“Kita akan berbincang dengan PKNS supaya dapat mengenalpasti satu lagi tempat yang sesuai yang boleh diterima oleh Jawatankuasa Kuil Seksyen 19 dan boleh diterima oleh penduduk di persekitaran Seksyen tersebut,“ini akan kita lakukan seberapa segera sebab kita rasa masalah pemindahan kuil ini mesti diselesaikan kalau tidak ini boleh menjadi perkara-perkara yang menjadi isu antara penduduk,” katanya.
Beliau berkata, hasrat memindahkan kuil berkenaan akan diteruskan, tetapi ditangguhkan buat masa ini sambil berharap penduduk tidak menimbulkan ketegangan lagi.
Katanya, ekoran bantahan penduduk dalam sesi dialog pagi tadi, kerajaan negeri terpaksa menilai semula cadangan memindahkan kuil Sri Mariaman itu ke Sekyen 23.
“Kita faham, perkara yang melibatkan agama merupakan isu sensitif. Tetapi kita tidak akan menyapunya ke bawah permaidani (mengelak daripada menyelesaikannya),” katanya.
Sambil menegaskan beliau tidak kecewa dengan insiden ini, Tan Sri Khalid berkata, bantahan itu telah dijangka, berdasarkan tunjuk perasaan yang dibuat oleh penduduk setempat sebelum ini.
Sementara itu, Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad menyifatkan insiden yang berlaku pagi tadi berpunca daripada salah faham ekoran terdapat anggapan bahawa keputusan telah dibuat, sedangkan perkara itu masih di peringkat cadangan.
“Saya tengok daripada perbincangan yang telah diadakan tadi ada miss information, telah dihasilkan oleh pihak-pihak tertentu, mereka yang datang sudah menganggap pembinaan telah dilakukan, ini memberi gambaran bahawa kita buat tanpa berbincang dengan penduduk, sekiranya mereka mendapat maklumat yang tepat ia tidak akan berlaku,” jelasnya.
Beliau turut menyeru media agar menyampaikan maklumat dengan tepat dan tidak mencetuskan perbalahan dan salah faham penduduk.
Bagaimanapun, Khalid meminta perkara itu tidak dipanjangkan kerana ia telah diselesaikan dengan mencari tapak lain sebagai alternatif.

Majlis Dialog Di Cemari Perlakuan Kurang Sopan Penduduk

Saturday, 05 September 2009
SHAH ALAM, 5,SEP-Majlis dialog berhubung isu pemindahan kuil antara kerajaan negeri dan penduduk, kecoh pagi ini apabila pihak penduduk Seksyen 23 yang hadir, tidak memberi kerjasama yang baik dalam menyelesaikan perkara ini.
Sebahagian mereka dilihat tidak berfikiran rasional untuk berbincang dan menggunakan platform ini, sebagai cara penyelesaian terbaik bagi kedua-dua belah pihak
Perang mulut bermula apabila lima penduduk melepaskan kata-kata kesat kepada anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang membenarkan hanya seorang wakil dari setiap keluarga, menyertai dialog berkenaan.
Difahamkan, langkah itu adalah untuk memudahkan pihak berkuasa mengawal keadaan atau sebarang ketegangan, demi menjaga keselamatan para hadirin.
Dua warga emas yang ditemani anaknya, juga pada mulanya tidak dibenarkan masuk, tetapi akhirnya diberi peluang selepas berlaku pertengkaran.
Sejurus kemudian, berlaku kekecohan lagi apabila beberapa penduduk bertindak menghalu keluar beberapa orang yang dikenalpasti orang luar dan bukan penduduk dari Seksyen 23 dalam dewan ini.
Kira-kira 337 penduduk dari Seksyen 23, hadir pada dialog awam ini yang bermula jam 10 pagi tadi.
Majlis ini bertujuan memberi penerangan berhubung keputusan kerajaan memindahkan kuil hindu dari Seksyen 19 ke Seksyen 23, selepas desakan penduduk sejak sekian lama, tidak diselesaikan oleh kerajaan Barisan Nasional pimpinan Khir Toyo.
Beberapa penduduk kemudian bertindak menghalau keluar seorang wanita yang membawa kamera dan mengambil gambar mereka yang hadir dalam dewan ini.
Dialog yang sepatutnya bermula dengan matang bertukar tegang apabila ada individu tertentu - termasuk mereka yang terbabit dalam tunjuk perasaan kepala lembu tempoh hari - mengajuk dan bertindak liar terhadap empat panelis dan para peserta dialog.
Baru sahaja dialog bermula, individu-individu terbabit naik ke atas kerusi masing-masing dan mencemuh panelis. Akhirnya 50 orang diiring pegawai MBSA keluar dari dewan tersebut supaya dialog dapat diteruskan dengan aman.
Tidak lama kemudiannya, dewan kembali berantakan apabila ada individu-individu yang mencelah dan menjerit-jerit ketika Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad cuba menjawab soalan dari penduduk.
Perjalanan dialog terus diganggu apabila giliran Rodziah Ismail di podium diselang-seli dengan laungan ‘tipu’ beberapa kali dari individu terbabit.
Tindakan kurang sopan dengan kata-kata yang mengaibkan, mengakibatkan Majlis tersebut tidak mencapai objektif dan berada dalam keadaan haru biru
Majlis dialog ini terpaksa ditamatkan apabila berlaku pertelingkahan antara wakil dari kaum India, R Gunarathinem mempersoalkan isu azan dan Menteri Besar mengarahkan agar tiada perbincangan dilakukan lagi berkaitan isu ini.

Najib Kena Jujurlah kenapa harga minyak dinaikkan..

KUALA LUMPUR, 4 Sept: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak perlu menerangkan dengan jujur bagaimanakah subsidi minyak naik melebihi 30 sen ketika harga minyak dunia dilaporkan berada dalam keadaan stabil, kata Naib Presiden PAS, Salahuddin Ayub. Iklan

"Pada hari yang sama harga petrol dinaikkan di negara ini, Commodity Online melaporkan harga minyak lebih seimbang dan tidak mengalami turun naik yang ketara," kata beliau.
Ahli Parlimen Kubang Kerian itu berkata, kerajaan Najib adalah pihak yang bertanggungjawab jika peniaga menaikkan harga barangan keperluan menjelang musim perayaan ini dengan memberikan alasan harga minyak naik.
"Trend yang berlaku sebelum ini ialah harga barangan keperluan terus naik melambung selepas kerajaan menaikkan harga minyak.
"Jika harga barang keperluan dinaikkan dan para peniaga pula memberikan alasan kenaikan harga minyak untuk menaikkan harga barang keperluan, kerajaan Najib mesti bertanggungjawab," tegas beliau.

September 04, 2009

ADUN BAGAN PINANG MENINGGAL.. ADUN BN LAH!

SEREMBAN 4 Sept. – Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Negeri Sembilan, Datuk Razak Mansor berkata, beliau akan memaklumkan secepat mungkin kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SRP) mengenai kekosongan kerusi DUN Bagan Pinang.
Ketika dihubungi Utusan Malaysia, Razak yang mengesahkan kematian penyandang kerusi itu, Azman Mohd. Nor pada pukul 2.30 petang ini memberitahu, beliau hanya mendapat berita tersebut kira-kira pukul 3 petang ini.
"m

Kenapa bendera menjadi Mangsanya Dong !



Mari kita lihat sebahagian daripada senario hubungan terkini di antara Malaysia dan Indonesia. Tarian Pendet ditayangkan Discovery Channel menimbulkan kemarahan rakyat Indonesia. Negara kita dituduh mencuri ‘budaya’ mereka. Sedangkan menurut pengacara program televisyen bual bicara dan penganalisis politik Indonesia, Wimar Witoelar, warga Perancis dan India tidak pernah mengganggu atau menuduh Indonesia mencuri budaya mereka apabila produksi ballet Giselle dan Ramayana dipersembahkan di negara itu.
Apapun, berhubung kesilapan tayangan tarian Pendet, Malaysia pantas memohon maaf sekaligus memberhentikan tayangan klip promo itu. Setakat ini tindakan terbabit dilihat masih tidak diterima baik.

SPRM ! RM10 juta hanya 2 jam, RM2,400 10 jam dan mati

KUALA LUMPUR, 4 Sept: Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Kiat hanya disiasat dua jam oleh pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) ekoran dakwaan menerima RM10 juta dari Ketua Eksekutif Kuala Dimensi, Datuk Seri Tiong King Sing.
Padahal Setiausaha Politik seorang Exco Selangor, Teoh Beng Hock disoalsiasat lebih 10 jam oleh SPRM dan kemudiannya didapati meninggal hanya kerana isu RM2,400 sahaja.
Inilah dilema yang dihadapi oleh rakyat negara ini. Tokoh politik kerajaan yang memerintah mendapat layanan baik manakala pihak yang berbeza dengan kerajaan akan mendapat layanan sebaliknya.
Semalam pegawai SPRM mengambil masa lebih dua jam sahaja untuk menyoalsiasat Ong Tee Kiat ekoran dakwaan rasuah sebanyak RM10 juta.
Siasatan ini ekoran dakwaan Tiong King Sing yang juga Pengerusi Kelab Penyokong BN serta anggota Parlimen Bintulu, Sarawak kononnya dia memberikan wang sebanyak RM10 juta kepada Ong Tee Kiat untuk keperluan kempen dalam mesyuarat agung bahagian MCA.
Teoh Beng Hock pula disiasat selama lebih 10 jam dan pada waktu malam hingga pagi ekoran dakwaan yang melibatkan wang RM2,400 sahaja.
Beliau kemudiannya ditemui mati di sebelah bangunan Plaza Masalam yang menempatkan pejabat SPRM Selangor. Kes itu kini sedang dibicarakan melalui prosedur Inkues.
Ketika mengulas isu ini, Ahli Jawatankuasa Khas SPRM, Salahudin Ayub akan mendesak segera pengerusi JK itu, Tan Sri Radzi Sheikh Ahmad untuk bermesyuarat segera.
"Saya akan minta SPRM menjelaskan isu ini kepada kami segera," kata Salahudin yang juga Naib Presiden PAS kepada Harakahdaily.
Beliau juga meminta SPRM mendedahkan segera hasil siasatan dua jam mereka terhadap Ong Tee Kiat yang merupakan isu yang sangat kontroversi ini.
"Apakah masa dua jam itu cukup? Kenapa pendek sangat sedangkan Teoh Beng Hock disiasat 10 jam dengan pelbagai jenis tekanan.
"Adakah modus operandi SPRM berbeza antara tokoh dari kerajaan BN dengan orang dari kerajaan Pakatan Rakyat," tanya Salahudin yang dilantik sebagai ahli JK Khas SPRM itu apabila SPRM bertukar dari Badan Pencegah Rasuah (BPR) tahun lalu.
Anggota Parlimen Titiwangsa, Dr Lo' Lo' Mohamad Ghazali pula mempersoalkan, "Apakah SPRM ini benar-benar colour blind iaitu tidak membezakan status dan kedudukan mereka yang didakwa terlibat dalam kegiatan rasuah."
Bagi beliau, apa yang berlaku terlalu jelas di mata rakyat, mereka mempunyai kedudukan berbeza pada mata SPRM.

September 02, 2009

Persidangan Dun tetap dijalankan cuma di hotel..


Selepas gagal masuk ke bangunan sekretariat kerajaan negeri (SUK) pagi tadi, para ADUN Pakatan Rakyat mengadakan sidang DUN di bilik ballroom Hotel Heritage di Ipoh.
Nama ADUN yang telah 'dipecat' atau telah 'meletak jawatan' seperti Menteri Besar BN, Datuk Seri Zambry Abd Kadir dan tiga ADUN yang mengisytiharkan diri sebagai calon bebas, tidak diletak pada meja di situ.ADUN Pakatan duduk di sebelah kanan Speaker V Sivakumar (tempat ADUN parti pemerintah duduk). Empat lagi ADUN Pakatan tidak kelihatan - tiga ditangkap pagi tadi dan seorang lagi sedang mengerjakan umrah.Kemudian, dua usul diluluskan dan sidang itu sedang membahaskan usul ketiga.Usul pertama diluluskan sebulat suara - yang mengesahkan laporan jawatankuasa hak dan kebebasan DUN mengenai:
1. (Speaker BN) Datuk R Ganesan, yang bukan seorang ADUN, yang masuk ke dewan DUN tanpa kebenaran speaker dan enggan keluar sewaktu sidang 7 Mei lalu, apabila diperintah berbuat demikian oleh speaker (Sivakumar).
2. (Bekas timbalan speaker) Hee Yit Fong, yang keluar DAP dan didakwa bertindak sebagai speaker, dan mempengerusikan sidang DUN (pada 7 Mei) dan menjalankan pengundian yang memilih Ganesan sebagai speaker.

ADUN PONTENG BERSYUKUR !!!

"Saya bersyukur kerana masih dapat meneruskan khidmat kepada rakyat dan pengundi di Kota Siputeh serta tidak dihukum dengan perkara yang bukan sengaja saya lakukan."
Itu reaksi Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Siputeh, Datuk Abu Hasan Sarif selepas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengekalkan jawatannya sebagai wakil rakyat di kawasan tersebut.

Pemerintah 'double standard': Rodziah


SHAH ALAM – Exco Kerajaan Negeri, Rodziah Ismail mempersoalkan 'double standard' yang diamalkan pemerintah kerana kelihatan hanya menggunakan ISA ke atas pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang didakwa menimbulkan isu perkauman seperti mana dilalui Exco Kerajaan Negeri Teresa Kok tahun lepas. Bagaimanapun katanya, tiada tindakan dikenakan ke atas pimpinan atau penyokong Barisan Nasional (BN) yang menjurus kepada ketegangan perkauman seperti mana disaksikan dalam perarakan kepala lembu di depan Bangunan SUK pada Jumaat lalu. ”Ini jelas bahawa ISA digunakan oleh pihak pemerintah hanya untuk memburukkan imej pimpinan PR. Untuk menghalalkan penggunaan ISA, pimpinan PR dikaitkan pula dengan isu ketegangan perkauman. ”Maka saya tetap berpegang kepada pendi-rian bahawa ISA harus dimansuhkan kerana ISA telah memberi kuasa yang terlalu besar kepada Menteri Dalam Negeri sehingga bertindak secara selektif serta menafikan hak perbicaraan dan hak untuk membela diri seseorang,” katanya. Beliau berharap lipu-tan mengenai isu peminda-han kuil dari Seksyen 19 ke Sekysen 23 ini tidak teralih daripada masalah pokok, iaitu isu perancangan komuniti yang bakal diselesaikan dalam pertemuan dengan penduduk Seksyen 23 pada 5 September nanti. Beliau juga bersedia untuk memberi penjelasan mengenai pendirian pemimpin PR berhubung isu ISA bagi mengelakkan kekeliruan.

FORUM AFTA (ASEAN) - ARE WE READY?

5 SEPT 2009 SABTU
9.00 PG - 1.00 PTG

DEWAN SIVIK
PETALING JAYA
MAJLIS BANDARAYA PETALING JAYA

KEYNOTE BY DS ANWAR IBRAHIM
PANEL SPEAKER - DR MARY CARDOZA,
ANANDA KRISNAN
DATO RAMLI MUSA

ALL MALAYSIAN INVITED !!

SESI PENERANGAN DAN INTERAKSI : " ISU-ISU BERKAITAN KES KARTIKA

Tarikh: 3hb September 2009
Waktu: 2.30 - 4.30 petang
Lokasi: Tingkat 14, Bangunan Pentadbiran PARLIMEN
Moderator: YB Zuraida Kamaruddin
Panel: 1. Dr Abdul Rahman Awang
2. Dr Zulfakar Ramli