Saturday, 05 September 2009
SHAH ALAM, 5,SEP-Majlis dialog berhubung isu pemindahan kuil antara kerajaan negeri dan penduduk, kecoh pagi ini apabila pihak penduduk Seksyen 23 yang hadir, tidak memberi kerjasama yang baik dalam menyelesaikan perkara ini.
Sebahagian mereka dilihat tidak berfikiran rasional untuk berbincang dan menggunakan platform ini, sebagai cara penyelesaian terbaik bagi kedua-dua belah pihak
Perang mulut bermula apabila lima penduduk melepaskan kata-kata kesat kepada anggota penguatkuasa Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) yang membenarkan hanya seorang wakil dari setiap keluarga, menyertai dialog berkenaan.
Difahamkan, langkah itu adalah untuk memudahkan pihak berkuasa mengawal keadaan atau sebarang ketegangan, demi menjaga keselamatan para hadirin.
Dua warga emas yang ditemani anaknya, juga pada mulanya tidak dibenarkan masuk, tetapi akhirnya diberi peluang selepas berlaku pertengkaran.
Sejurus kemudian, berlaku kekecohan lagi apabila beberapa penduduk bertindak menghalu keluar beberapa orang yang dikenalpasti orang luar dan bukan penduduk dari Seksyen 23 dalam dewan ini.
Kira-kira 337 penduduk dari Seksyen 23, hadir pada dialog awam ini yang bermula jam 10 pagi tadi.
Majlis ini bertujuan memberi penerangan berhubung keputusan kerajaan memindahkan kuil hindu dari Seksyen 19 ke Seksyen 23, selepas desakan penduduk sejak sekian lama, tidak diselesaikan oleh kerajaan Barisan Nasional pimpinan Khir Toyo.
Beberapa penduduk kemudian bertindak menghalau keluar seorang wanita yang membawa kamera dan mengambil gambar mereka yang hadir dalam dewan ini.
Dialog yang sepatutnya bermula dengan matang bertukar tegang apabila ada individu tertentu - termasuk mereka yang terbabit dalam tunjuk perasaan kepala lembu tempoh hari - mengajuk dan bertindak liar terhadap empat panelis dan para peserta dialog.
Baru sahaja dialog bermula, individu-individu terbabit naik ke atas kerusi masing-masing dan mencemuh panelis. Akhirnya 50 orang diiring pegawai MBSA keluar dari dewan tersebut supaya dialog dapat diteruskan dengan aman.
Tidak lama kemudiannya, dewan kembali berantakan apabila ada individu-individu yang mencelah dan menjerit-jerit ketika Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad cuba menjawab soalan dari penduduk.
Perjalanan dialog terus diganggu apabila giliran Rodziah Ismail di podium diselang-seli dengan laungan ‘tipu’ beberapa kali dari individu terbabit.
Tindakan kurang sopan dengan kata-kata yang mengaibkan, mengakibatkan Majlis tersebut tidak mencapai objektif dan berada dalam keadaan haru biru
Majlis dialog ini terpaksa ditamatkan apabila berlaku pertelingkahan antara wakil dari kaum India, R Gunarathinem mempersoalkan isu azan dan Menteri Besar mengarahkan agar tiada perbincangan dilakukan lagi berkaitan isu ini.
No comments:
Post a Comment