KUALA LUMPUR, 27 Feb — Seramai 101 orang, yang ditahan polis kerana menyertai demonstrasi haram membantah novel “Interlok” di sini, hari ini, telah dibebaskan secara berperingkat.
Pegawai Perhubungan Awam Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur, ASP Suffian Sulaiman, berkata mereka dibebaskan setelah pihak polis selesai menjalankan siasatan terhadap mereka.
Bagaimanapun, katanya siasatan ke atas lapan orang lagi, dipercayai pemimpin kanan Hindraf dan Hak Asasi Manusia (HRP), masih diteruskan.
“Pihak polis kini sedang melengkapkan siasatan dan akan membebaskan mereka sebaik sahaja siasatan selesai,” katanya dalam kenyataan.
Kesemua mereka yang berumur dalam lingkungan antara 18 dan 66 tahun ditahan di sekitar Kuala Lumpur City Centre (KLCC) dan Jalan Pudu di sini sejak 8 pagi tadi. — Bernama

No comments:
Post a Comment