UALA LUMPUR, 29 Feb: Akhbar MCA, The Star
sehingga kini sudah dua kali menerima amaran dari Kementerian Dalam
Negeri (KDN) kerana menghina dan tidak sensitif dengan Islam.
(Gambar
poster konsert Erykah tidak mempunyai tatoo nama Allah tetapi The Star
menyiarkan gambar yang ada tatoo nama Allah)
Ini bermakna,
penyiaran gambar penyanyi Amerika, Erykah Badu yang bertatoo nama Allah
pada dadanya yang terlanjang adalah kali ketiga.
"Kes pertama
adalah tulisan seorang editor The Star yang mempertikaikan tindakan
Mahkamah Syariah di Pahang yang menjatuhkan hukuman sebat terhadap
seorang wanita yang meminum arak.
"Kes kedua adalah kes daging
babi panggang untuk berbuka puasa yang disiarkan bulan Ramadhan lalu.
"Kes
Erykah ini adalah kes yang ketiga yang dihadapi The Star," kata satu
sumber kepada Harakahdaily.
Ekoran itu, The Star dijangka tidak
akan dilepaskan begitu sahaja oleh KDN kali ini melainkan ada
tangan-tangan ghaib yang menghalang tindakan diambil.
"Sebelum
ini sudah dua amaran...takkan kali ketiga amaran juga. Kalau begitu,
benarlah tuduhan PAS bahawa pentadbiran negara yang diterajui Umno
membiarkan akhbar MCA bebas untuk menghina Islam," kata sumber
berkenaan.
Menurut sumber itu juga, beliau sendiri terkejut
apabila membaca laporan berkenaan kerana gambar Erykah yang disiarkan
itu terlalu besar iaitu setengah muka surat akhbar berkenaan.
"Hanya
orang buta sahaja yang tidak lihat gambar itu dan saya tidak faham
kenapa The Star berbuat demikian," katanya kepada Harakahdaily.
The
Star menyiarkan setengah muka gambar penyanyi Amerika, Erykah Badu yang
bertatoo nama Allah di dadanya yang terlanjang menjelang konsertnya di
Kuala Lumpur.
Padahal poster asal Erykah tidak adapun tatoo nama
Allah itu.
Ekoran penyiaran itu, tiga editor kanan The Star telah
dipanggil oleh KDN untuk memberikan penjelasan.
Menurut Timbalan
Menteri Dalam Negeri, KDN akan bertindak berdasarkan penjelasan yang
dibuat oleh ketiga-tiga editor The Star itu.
Sementara itu,
Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu dalam kenyataannya kepada
Harakahdaily mendakwa Umno yang memberi lesen kepada MCA melalui
akhbarnya untuk menyerang Islam.
Ketua Pemuda PAS, Nasrudin
Hassan, Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya dan NGO Isma mendesak agar permit
The Star digantung atau ditarik balik.
Harakah Daily
No comments:
Post a Comment