November 29, 2008

Ketua Penerangan Sgr baru...cekal dan lantang


SHAH ALAM, 29 Nov (Hrkh) - Bekas Ketua Wanita MCA, Datin Paduka Tan Yee Kew dalam ucapan aluannya sempena Kongres KeADILan hari ini menyatakan ramai orang menyamakan kegigihan Dato' Seri Anwar Ibrahim sama seperti Presiden baru Amerika Syarikat, Barrack Obama.
Ujarnya, kegigihan Anwar dalam bekerja bagi memastikan isu rakyat terus diutarakan dan nasib rakyat terus terbela sama seperti juga kegigihan Obama dalam berkempen pada pilihan raya presiden Amerika beberapa minggu lalu.
Anwar yang menggalas tugas sebagai Ketua Umum KeADILan tidak pernah jemu untuk berusaha memastikan parti dapat berjalan dengan baik dan kebajikan rakyat terbela, ujar Tan yang juga Ketua Penerangan KeADILan Selangor.
Beliau memuji kegigihan kepimpinan Pakatan Rakyat dan KeADILan yang tidak mengira waktu berusaha untuk rakyat setiap hari dari pagi hingga ke larut malam.
Beliau tidak melihat situasi ini dalam kerajaan BN semasa menyertai pentadbiran kerajaan Umno/BN sebelum ini.
Apa yang pasti katanya, apa sahaja yang pernah dikemukakan oleh rakyat sebelum ini kurang mendapat perhatian oleh pemimpin Umno/BN.
Sebaliknya pemimpin KeADILan berusaha bersungguh-sungguh memastikan kebajikan rakyat akan terbela, ujarnya yang baru sahaja menyertai KeADILan selepas keluar dari MCA.
Antara Pimpinan Pakatan Rakyat yang hadir dalam upacara perasmina kongres di Stadium Malawati Shah Alam hari ini ialah, Naib Presiden PAS, Dato' Paduka Husam Musa; Menteri Besar Perak, Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin; Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Samad; Penasihat DAP, Lim Kit Siang; AJK PAS Pusat, Dr Lo Lo Mohd Gahazali yang juga ahli Parlimen Titiwangsa; Ahli Parlimen PAS Shah Alam, Khalid Samad; Karpal Sing (DAP) dan Teresa Kok.
SU: Nampaknya memang berbaloi memberikan laluan Keua Penerangan kepada Datuk Tan nie,
walaupun tidak semua orang faham..tetapi hakikatnya.. Ketua Bhagian kita mampu memberikan contoh terbaik kepada golongan generasi baru.. tidak mengejar pangkat dan kedudukan.. ramai tidak faham dan tidak perlu faham.. perjuangan lebih penting dan tidak perlu dijelaskan..

AKHIRNYA KONGRES BERSIDANG..LAUNGAN REFORMASI BERGEMA KEMBALI...






Dari persidangan yang diadakan di sebuah To'Kong di Ipoh dan Dewan Sekolah di Seremban, akhirnya Parti Keadilan Rakyat berjaya mengharungi segala "the impossible" mengadakan satu persidangan yang serba lengkap, dari karnival rakyat, khemah-khemah anak syarikat negeri sehinggalah ke gerai-gerai Tshirt, beg, makanan dan minuman, di sebuah harta milik kerajaan negeri, Stadium Tertutup Malawati..

Pertunjukan pentas bersama dengan jualan gerai menjadikan satu tarikan kepada perhimpunan besar ini yang menghampiri satu angka 10,000 orang. Mengapa tidak kita bersama-sama mengelakan perpecahan, PHD..Perangai Hasad Dengki orang kita untuk menedengar ucapan dan perbahasan kongres kali ini, dan bersama menghayati apa yang akan di katakan oleh pucuk pimpinan.. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR dan Bahagian cuma hampir setahun dan tidak mungkin dapat melihat sebarang perubahan ketara, dari segi duit ringgit memang jauh sekali, walaupun kerajaan negeri kerajaan yang di perintah PKR (sekurang2 MB adalah dari PKR). Menteri Besar kita sendiri mengalami nasib yang sama sehinggakan bahagian sendiri pun tidak menyetujuinya.. apadaya.. kerja hendak di buat dan tanggungjawab bukannya ringan, ramai disana yang hanya pandai bercakap dan mengkritik tetapi tidak pandai menguruskan program.. lihat betapa pihak sekutu dalam pakatan rakyat kita berjaya membuka cawangan sehingga 9 cawangan di kawasan Serendah dan Batang Kali, apa kita harus melihat dan menyalahkan orang lain..

Akhirnya, tersimpul lah semua kenyataan dan keupayaan untuk membina satu keutuhan dalam satu kapal di panggil struktur politik yang kental.. banyak hasutan dan kempen untuk menaikkan diri sendiri yang kejarkan pangkat dan tempat.. tetapi tanyalah diri sendiri, betapa pangkat dan tempat itu berupaya menerima dan memenuhi syarat menerima kita..

Tanyalah apa yang kita dapat sumbangkan kepada parti dan bukan bertanya apa yang parti dapat sumbangkan kepada kita..

Buatlah banyak rumah di tepi ombak, tetapi sekadar untuk menunjukkan kita berupaya, hakikatnya cuma rumah tidak beratap dan bertiang hampir lebuh di langgar ombak.. tetapi kita menabik dada yang kita telah berjaya membina banyak rumah di tepi pantai....
>SU Bhg



November 28, 2008

Menanti keazaman politik Anwar di Melawati

(Ahmad Lutfi Othman )

Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) akan menganjurkan kongres tahunannya, hujung minggu ini, di Stadium Tertutup Melawati, Shah Alam. Ia dilihat perhimpunan terbesar dan paling meriah selepas parti yang diterajui Anwar Ibrahim itu mencapai kejayaan gemilang dalam pilihan raya umum ke-12, Mac lalu.

Kegagalan membentuk kerajaan persekutuan pada 16 September tentunya tidak menghalang kongres berkenaan mendapat perhatian istimewa pemerhati politik, tempatan dan antarabangsa, sebaliknya mengundang rasa ingin tahu yang mendalam untuk mendekati sosok tubuh parti penuh potensi ini. Bagaimanapun Anwar diharap menghuraikan punca Pakatan gagal mengambil alih kuasa, terutama mengapa tarikh 16 September itu dipilih sebagai target.
Walaupun Pakatan Rakyat belum dapat dibentuk secara formal dan ikatan tiga parti komponennya agak longgar, namun pengaruh KeADILan - terutama dengan kehadiran nyata Anwar - dalam memperkukuhkan kewibawaan saingan terdekat BN itu, sekali gus menyemai pembentukan sistem dua parti, dilihat cukup besar sekali. Majoriti rakyat pula jelas menggantung harapan besar agar perubahan menyeluruh dapat dilakukan apabila Pakatan berkuasa di peringkat persekutuan nanti.
Amaran keras Mahathir
Sebarang masalah yang mengganggu keupayaan KeADILan untuk berkembang akan membantutkan pertumbuhan Pakatan Rakyat. Manakala kelancarannya menghadapi pelbagai mehnah boleh mempercepatkan lagi proses peralihan kuasa yang sebenarnya, dalam pilihan raya ke-13 nanti, seperti selalu diperingatkan Dr Mahathir Mohamad kepada pemimpin Umno. Terbaru, 25 November lalu, bekas Perdana Menteri itu sering memberi amaran keras: "Hari ini bukan Presiden Umno sahaja yang dianggap tidak layak, tetapi seluruh kepimpinan Umno tidak disukai dan tidak dianggap layak memimpin negara kerana pencalonan mereka adalah hasil sogokan (rasuah). Memilih mereka bermakna memilih perasuah untuk mendirikan Kerajaan. Masyarakat yang mana yang mahu terima Kerajaan perasuah? Ramalan saya ialah Umno akan kalah teruk pada pilihan raya umum ke-13. Mendapat sokongan daripada parti (melalui rasuah) tidak akan menjamin kemenangan dalam pilihan raya umum."
Sebagai parti muda dan masih "mentah usianya", dimulai dengan penubuhan Parti Keadilan Nasional, hanya beberapa bulan sebelum pilihan raya 1999, yang berazam membudayakan "politik baru", merentasi batas kaum dan agama, KeADILan boleh dianggap telah mencapai satu tahap pencapaian yang agak luar biasa. Bukan mudah untuk sebuah parti baru, yang didorong penubuhannya oleh satu peristiwa di luar jangka pemecatan Anwar pada September 1998 (kerap dihujahkan bahawa parti berasaskan "kepentingan" tokoh tertentu tidak bertahan lama), bukan sekadar berjaya melepasi ujian tiga kali pilihan raya umum, malah ketuanya dianggap lebih berkelayakan menerajui kerajaan berbanding perdana menteri sedia ada.
Limpahan sokongan tidak terduga terhadapnya, sehingga meningkat 30 kali ganda pada 2008 berbanding penguasaan hanya satu kerusi Parlimen pada 2004, ekoran kegagalan Abdullah Ahmad Badawi menunaikan janji manis beliau, wajar dimanfaatkan sebaiknya agar KeADILan kelihatan lebih dekat, jujur dan mesra dengan rakyat, tanpa melupakan kewajipan untuk memperkasakan organisasi parti. Lebih manis apabila Anwar sendiri menang besar dalam pilihan raya kecil 26 Ogos 2008, dengan majoriti 15,672 undi berbanding majoriti yang diperolehi sebelumnnya oleh Dr Wan Azizah wan Ismail, 13,388. Anwar kemudiannya dipilih sebagai Ketua Pembangkang di Parlimen.
Ramai mengharapkan persidangan tahunan ini, di sebuah negeri terkaya di Malaysia, yang kini diterajui KeADILan bersama PAS dan DAP, mampu merangsang semangat dan komitmen ahli serta kepimpinannya bagi meletakkan parti berkenaan pada landasan yang kukuh, menuju tepat sasaran yang digariskan, dalam tempoh munasabah. Sebagai parti yang menampung begitu banyak kepelbagaian, KeADILan terpaksa mengharungi cabaran besar, antaranya, menipiskan sentimen perkauman yang rupanya tidak pernah reda walaupun selepas lebih 50 tahun negara merdeka.

Selangor perlu menunjuk jalan

Pengalaman lapan bulan mentadbir Selangor sudah cukup untuk melakukan bedah-siasat awal bagi merongkai kekusutan jika ada, apatah lagi pelbagai "aksi dan reaksi menarik" ditonjolkan di negeri itu, seperti digembar-gemburkan media. Selangor sebenarnya mampu menjadi negara contoh kepada negeri-negeri lain dan bukti keupayaan Pakatan merealisasikan segala janji dalam manfestonya, terutama dalam aspek negara berkebajikan.
Retreat Pakatan Rakyat di sebuah hotel di Ampang, yang diadakan sebanyak dua kali, pada 19 dan 25 November lalu, adalah inisiatif yang perlu dilanjutkan, khususnya bagi melakukan usaha penambahbaikan terhadap pemerintahan lima negeri dan keberkesanan pembangkang di Parlimen, selain mengeratkan kerjasama dan persefahaman ketiga-tiga parti pada setiap tahap kepimpinan. Sebarang konflik berbangkit wajar diatasi segera. Media di bawah kawalan Umno-BN sememangnya diketahui berperanan sebagai tukang adu-domba dan berusaha mengelirukan penyokong ketiga-tiga parti jika timbul isu-isu dalaman yang sensasi. Jangan perkecilkan keupayaan media berkenaan walaupun mereka gagal berperanan dalam kempen pilihan raya lalu.
Sejak awal penubuhannya, KeADILan dari satu sudut, dianggap parti yang kurang mendapat dokongan akar umbi, tidak sepertimana PAS dan Umno, yang terzahir melalui gerak kerja massa di peringkat bahagian dan cawangan. Ya, ia memang popular, namun bagai disokong dari jauh tetapi kekurangan penggeraknya. Malah, ada pihak mendakwa, walaupun selepas menang besar Mac lalu, proses perkaderan parti itu, bermula di peringkat bawahan, masih belum dapat diaktifkan dengan baik. Kepada pengkritik, ideologinya mungkin masih samar dan belum berakar, manakala disiplin sebahagian ahlinya boleh dipersoalkan.
Mungkin tanggapan seperti itu tidak benar, namun keraguan berkenaan perlu diperjelaskan, termasuk tuduhan bahawa KeADILan terlalu bergantung dengan ketokohan Anwar, sehingga sukar dibayangkan masa depannya tanpa bekas Timbalan Perdana Menteri itu. Dalam tradisi politik Malaysia, parti perlu kuat dan berpengaruh, antaranya ditandai dengan rangkaian cawangan yang mantap dan sikap proaktif aktivis di setiap pelosok negara, di samping ketokohan pemimpin utama yang menyerlah, dan kesediaan untuk membumikan agenda reformasi.

Medan paling sesuai berdebat

Kongres hujung minggu ini adalah gelanggang paling sesuai untuk perwakilan berbahas dan berdebat, termasuk menimbulkan hal-hal agak sensitif (yang selama ini mungkin disapu ke bawah karpet) tetapi mendesak untuk diselesaikan, asalkan ia boleh memperkukuhkan parti menjalin kerjasama lebih erat sesama Pakatan.

Seorang profesor sains politik menekankan agar Anwar memperincikan perkara-perkara berkaitan konsep multi-racial yang ingin diketengahkan Pakatan Rakyat: "Ia termasuklah bagaimana KeADILan merangka hala tuju bagi membina Malaysia baru serta menguatkan hubungan sesama rakan dalam Pakatan. Bahkan mereka perlu turut berperanan bagi membangunkan kebajikan ahli KeADILan serta sumbangan yang telah diberikan khususnya terhadap negeri yang diterajui parti itu."

Walau apapun, apa yang penting ujar profesor berkenaan, KeADILan perlu fokus untuk mengurus selia tugas dan tanggungjawab yang diberikan buat masa ini agar ia tidak menjadi sia-sia. "Fokus pada tanggungjawab mentadbir Selangor sebagai negeri yang kaya dengan sumber pendapatan kerana kita bimbang mereka akan jadi seperti yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran," katanya. KeADILan, tambahnya, perlu mencari dan membentuk formula pembentukan sebuah kerajaan yang baik selepas meneliti kelemahan kerajaan Umno-BN yang memerintah negara ini sejak 51 tahun lalu.

KeADILan lahir dalam realiti berbeza, seiring kelantangan tuntutan reformasi yang belum tertunai, tegak dengan citra sebagai parti inklusif. Justeru, elemen "politik baru" seperti keterbukaan dan ketelusan harus dibiarkan membiak subur, apatah lagi generasi muda amat mengharapkan pembaharuan dapat dilaksanakan dalam parti terlebih dahulu.

Rumusan dua pensyarah sains politik Universiti Kebangsaan Malaysia, Muhammad Nadzri Mohamed Noor dan Ghazali Mayudin, dalam kertas kerja mereka, Pilihan Raya Umum ke-12: Gelombang Politik Baru Kedua, Pendemokrasian dan Perubahan Fundamental? wajar diberi perhatian oleh semua aktivis Pakatan:

"Dengan menguasai lima negeri, Pakatan Rakyat berada dalam kedudukan untuk membuktikan parti pelbagai ideologi dan pemimpin berbilang etnik boleh bekerjasama untuk menjalankan pemerintahan dengan baik. Kejayaan atau kegagalan itu boleh menjadi faktor yang penting sama ada "gelombang politik baru kedua" ini berhenti buat sementara waktu untuk menantikan "gelombang parti baru ketiga" pada masa depan atau gelombang ini akan terus melanda seluruh negara sehingga menenggelamkan "politik lama" yang berasaskan sentimen etnik dan agama." _

Shamsul betul Ketua AMK yang berkarisma...

...orang umno yang tukar kulit boleh ambik projek jika berupaya bukan alibaba
...pemimpin PR takut pada risiko,..tukar dgn pemimpin yang berani
...kerajaan mesti dipimpin, jangan berkompromi dgn rasuah, takut kalah di peti undi
...menolak jadi penjaga pintu, pengurusan negeri mesti dijaga, bukan setakat
....kerajaan selangor diminta jangan jual tanah, tolong usahawan yg perlukan bantuan
...kerajaan mesti mesra rakyat, jgn intim dgn penguasah besar saja
...bukan biasa bagi bapa, anak terpaksa memberikan pandangan kerana cintakan rakyat
...amk menerima amanah, sebagai pemimpin amk untuk teruskan gerakan amak yang kuat
...perkasa dan mampu dan cergas dan pedas
...baru setahun 1000 yang hadir
...memperkemaskan latihan, usaha keras, tumpukan kekuatan, 11 AMK telah menjadi YB,
...amk menawarkan kekuatan segar, gerakan anak muda gambarkan malaysia - non racial politik
...politik jamak, lonjakkan amk ke peringkat tertinggi, mainkan peranan utama
...2 juta pengundi muda, kuasa politik bebas, mesti dekat dgn golongan ini
...rangka pakatan yg lebih segar, memimpin harapan baru malaysia
..fokus kpd pembudayaan ilmu, arus perdanakan pemimpin amk, membaca dan bukan setakat kedai kopi, tingkatkan kuali amk, bicara secara baik, menghayati budaya ilmu
..bku berkualiti untuk anak muda, cadangan dan tubuhkan penerbitan berkala buku..suara anak muda
..fokus pembentukan semula skima peralehan, bantu pentadbiran negeri, pemahaman memenuhi misi negeri, operasi sokongan rakyat, keyakinan kpd parti, jentera digerakan utk tugas sokongan, mengenal pasti potensi calun, mulakan gerak kerja sekarang, menghadapi piliharaya dgn lebih tersusun, fokus mempersiapkan pemimpin dgn latihan,
..memerkasakan keahlian seumur hidup, amk wanita muda, peraturan tetap utk perubahan peraturan utk wanita muda di peringkat bhg, negeri
..wanita dibawah 30 tahun, tindakan progresif... Nurul Izzah menerajui sekretariat wanita muda
..ramai anak muda yg berjaya di pelbagai bidang menjadi kader angkatan muda
..masa dah tiba selepas 10 tahun dulu, terpedaya dgn BN, sekarang sudah ada perubahan, menukar regim, perubahan lebih dinamis, dimulakan dgn perubahan kecil dan berani, justru kita berada dipersimpangan, perkemas utk harapan rakyat, harapan rakyat satu azimat,
...amk akan memimpin generasi muda, menyatu dlm satu barisan
...siapkan pemimpin utk masa depan
...tembuk perkauman
...ketuanan rakyat
...mendepani harapan rakyat

..pupuk jiwa merdeka, pimpin harapan rakyat

(ucapan shamsul)

LIVE DARI KONGRES NASIONAL !!!

http://www.justin.tv/anwaribrahim

BAS DISEDIAKAN DARI PEJABAT BAHAGIAN DAN PARLIMEN

Dua buah bas disediakan untuk pemerhati jemputan.

Satu dari Pejabat Bahagian, Jalan Orkid 2A, Bandar Bukit Sentosa dan satu dari Pejabat Parlimen, Taman Tamuhill, Batang Kali.

Bas akan bertolak jam 7 pagi. Sila hubungi Yati di pejabat parlimen dan Fatimah di pejabat bahagian untuk 80 seats yang ada.

SU Bhg.

SELAMAT BERSIDANG KEPADA PERWAKILAN/PEMERHATI PKR BHG HULU SELANGOR



Selamat bersidang kepada semua perwakilan (12) dan pemerhati khas (10), diharap dapat menafaat dari perhimpunan kali ini, jika dahulunya semua perwakilan terpaksa mencari tempat tinggal dan "pot" untuk berehat/solat ditengahari, kali ini Bhg Hulu Selangor tidak lah sesusah, kerana cuma ambik 40 min melalui Guthrie Hgwy untuk ke Stadium Malawati.
Pengalaman lepas saya di Kongres Nasional di Ipoh, Penang, Seremban dan Kemaman tidak akan menyamai pengalaman di Shah Alam, kerana jika dahulu hendak memasang bendera pun, disaat akhir dan curi-curi, disebabkan pihak penguasa tempatan akan menurunkan bendera. Kali ini diberitahu sebanyak 5000 bendera dan billboard akan di pasang. Kongress diwaktu kita memerintah. Saya tidak sempat sampai lagi ke Stadium Malawati disebabkan menguruskan 2.3 hal di SUK pagi ini, insyallah akan ke stadium di sebelah petang.
Malam tadi kakak saya, Ketua Wanita Bhg dari utara baru sampai, termasuk lah adik saya yang juga SU Bhg telah sampai di hotel mereka di Shah Alam. Walaupun dijanjikan hotel tempat penginapan, perwakilan dari Selangor terpaksa beralah kepada perwakilan dari luar kali ini. Apa pun pihak kerajaan selangor telah menyediakan makanan tengahari dan malam selama 2 hari bagi seramai 10,000 orang pemerhati jemputan (semua ahli PKR), dan saya terdengar semua ketua kampung negeri Selangor juga akan hadir esuk pagi bersama mendengar ucaptama DSAI jam 9.45 pg.
Lagi sekali selamat bersidang, terlalu padat program dan perjuangan yang akan diteruskan kali ini selepas kongres. Bersedia untuk berpolitik dengan terbentuknya cawangan selepas kongres kali ini. Jika kita hendak menduduki barisan kepimpinan biar melalui pemilihan yang mutlak semasa tahun 2010, bukan dengan cara yang akan mengucarkacirkan bahagian dan menidakkan mandat yang diberi, setelah pengalaman di tahun-tahun 2002/2004 adalah terlalu pahit untuk melihat parti yang kita dukung untuk berpuak-puak.
Perjalanan masih jauh, sekali kita berumah ditepi pantai, sekali itu kita akan menghadapi ombak sebesar mana pun. Sesiapa yang memulakannya, mestilah bersedia menghadapinya dan mengakhirinya.
Shaiful Anuar Sulaiman
Setiausaha bahagian

November 25, 2008

sekilas pandang...

Perjumpaan di bahagian semalam amat di hargai.. Ramai yang terkedu dan tidak faham. Waktu pemilihan cuma tinggal kurang 2 tahun (2010) Apa lagik akan terjadi, dimasa akan datang .... Pihak disana sudah lama bersedia untk menyerang kita.

su bhg

Kongres KeADILan kongres terbesar raikan kemenangan rakyat - Salehuddin

KUALA LUMPUR, 25 Nov (Hrkh) - Kongres Parti Keadilan Rakyat (KeADILan) yang bakal berlangsung pada 28 hingga 30 November ini adalah kongres terbesar dan bersejarah untuk meraikan kemenangan rakyat.

Demikian kata Setiausaha Agung KeADILan, Dato' Salehuddin Hashim hari ini semasa mengadakan sidang media khas taklimat khusus kepada media bagi Kongres KeADILan yang akan berlangsung Jumaat hingga Ahad ini.
Menurut Salehuddin, kongres yang akan diadakan di Stadium Tertutup Malawati Shah Alam itu bakal menjanjikan himpunan terbesar parti.
Kongres akan dirasmikan oleh Presiden KeADILan, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, sementara kongres tahunan sayap parti, (Angkatan Muda dan Wanita KeADILan) pula akan berlangsung sehari lebih awal dari kongres di peringkat pusat.
"Ia adalah kongres pertama selepas kemenangan besar KeADILan dan Pakatan Rakyat selepas 8 Mac lalu yang mana ia merayakan kemenangan rakyat yang mahukan perubahan," ujarnya.
Beliau memaklumkan 1900 perwakilan dan 1200 pemerhati bertauliah mengesahkan kehadiran mereka bagi kongres selama tiga hari itu.
Sementara dijangka lebih 20,000 penyokong pula akan membanjiri Ceramah Perdana yang akan disampaikan Ketua Umum Parti, Dato' Seri Anwar Ibrahim pada jam 9.00 malam, Sabtu 29 November di Stadium Malawati.
Mengulas mengenai usul-usul yang diterima dan bakjal dibahaskan, Salehuddin mengumumkan antara tiga hingga lima usul akan dibahaskan.
Sementara pihak Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) telah menerima lebih 70 usul yang dibawa oleh Bahagian-bahagian KeADILan seluruh negara, katanya.
"Tidak kesemua usul ini akan dibahaskan, kerana ia telahpun ditapis oleh MPT, namun ada usul yang akan diselitkan dalam ucapan dasar Presiden Parti, Dato' Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail," katanya.
Beliau turut menyatakan isu pembentukan kerajaan 16 September bakal menjadi antara isu yang akan dibahaskan perwakilan semasa kongres itu nanti.
Di pihak pimpinan, mereka telah bersedia dengan jawapan terhadap isu-isu yang bakal dibangkitkan, katanya.
Pihak MPT juga menjangkakan isu-isu ekonomi, isu rakyat tertindas dan isu politik semasa bakal menghiasi perjalanan perbahasan kongres kali ini.
Beliau melahirkan harapan agar kongres kali ini akan berjalan dengan keadaan yang paling baik. _

November 24, 2008

Konsert Inul lagi…Pemuda PAS tetap bantah


Dikirim pada November 23, 2008 oleh pemudawilayah
Kuala Lumpur - Pemuda PAS Wilayah akan terus membantah konsert Inul yang dijangka akan dilangsungkan pada 29 November 2008 ini di Stadium Putra Bukit Jalil. Diberitakan, permit konsert berkenaan juga telah diluluskan oleh pihak


Tapak Pasar Pagi dan Malam Dikendalikan PBT

PANDAMARAN, 22 November – Semua tapak pasar pagi dan malam di Selangor akan dikendalikan pihak berkuasa tempatan (PBT) di daerah masing-masing mulai Januari tahun depan.
Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan, Ronnie Liu berkata perkara itu diputuskan kerajaan tempatan melalui beberapa mesyuarat sebelum ini.Menurut Ronnie, kesemua tapak akan diuruskan pihak PBT masing-masing tanpa melalui penganjur seperti sebelum ini.Katanya, hanya kerja pembersihan diberikan kepada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Persatuan Penduduk dan Persatuan Penjaja mengikut kesesuaian.Beliau berkata demikian semasa sidang media di pejabat Adun di sini pagi tadi.Ronnie berkata cara tersebut dapat mencegah penyelewengan kuasa selain mengelak pendatang asing menjadi penjaja.“Cara ini juga dapat menjamin kebersihan kerana JKKK akan lebih bertanggungjawab menjaga kawasan-kawasan terbabit,” katanya.Dalam pada itu, Ronnie berkata keputusan kerajaan tempatan tidak disenangi beberapa pihak kerana ada dalam kalangan mereka enggan bekerjasama dengan JKKK dengan menyalahkan ahli majlis.“Keputusan ini daripada kerajaan tempatan setelah diluluskan oleh Exco bagi kebaikan semua, bukan hanya kawasan Pandamaran tetapi seluruh Selangor, jadi jangan salahkan ahli majlis tertentu kerana ini adalah keputusan kerajaan negeri,” katanya yang kesal dengan tindakan Persatuan Penjaja (di bawah pengaruh MCA Pandamaran )yang mengecam seorang ahli majlis MPK dengan perkataan yang kurang sopan berhubung keputusan itu.Sementara itu, Ronnie berkata penjaja tidak perlu bimbang tentang kenaikan bayaran dan sebagainya kerana pihaknya memberi jaminan akan memberi bantuan kepada yang memerlukan.“Kita akan sentiasa menjaga kepentingan penjaja,” katanya

Polis surai perhimpuan anti-ISA di Ampang, 7 ditahan

Dari Malaysiakini
Oleh Jimadie Shah Othman
Polis malam ini bertindak menyuraikan orang ramai yang berhimpun di padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) sejak jam 8 malam untuk menghadiri majlis pelancaran kempen mansuhkan ISA di situ.
Difahamkan tujuh orang ditahan dipercayai kerana enggan bersurai dari situ.
Menurut Setiausaha Gerakan Mansuhkan ISA (GMI), E Nalini, tiga daripada mereka yang ditahan itu ialah Ketua Unit Amal PAS wilayah Persekutuan (WP), Saifuddin Abdullah, Ketua Pemuda PAS WP, Kamaruzzaman Mohamad dan Ketua Penerangan Pemuda PAS Selangor, Mohd Sany Hamdan.
Kempen tersebut dianjurkan oleh GMI dan dijadual dilancarkan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Bagaimanapun, menurut pihak penganjur, Anwar tidak hadir.
Manakala Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu dan Pengerusi GMI, Syed Ibrahim Syed Noh serta 20 anggota Unit Amal PAS berada di depan balai polis Pandan Indah (10.50 malam), melaung “bebaskan rakan kami’.
Pada kira-kira jam 11 malam, kelihatan 20 anggota polis berkawal di luar balai. Manakala orang ramai diarahkan beredar dari situ.
Pada jam 11.15 malam, Ketua Pemuda PAS, Salahuddin Ayub kelihatan keluar dari dalam balai tersebut.
Salahuddin jumpa polis
Beliau memberitahu pemberita yang beliau telah menemui pihak polis untuk bertanya bilakah tujuh orang yang ditahan itu akan dibebaskan.
Menurutnya, pihak polis memberi jaminan bahawa mereka akan dibebaskan malam ini juga.
Sejurus kemudian, Salahuddin dan Mohamad Sabu dipanggil masuk semula ke balai.
Sebelum itu, kira-kira 40 anggota anti-rusuhan mula bertindak menyuraikan orang ramai - yang dianggarkan berjumlah kira-kira 100 orang - pada kira-kira jam jam 9.26 malam ketika Naib Presiden PAS, Mohamad Sabu berucap kepada orang ramai.
Pada kira-kira jam 10 malam, hujan masih turun dan orang ramai beredar di situ manakala anggota polis anti-rusuhan kelihatan berhimpun di belakang pentas di padang teresbut.
Sebelum itu, anggota polis tersebut membentuk dua garisan dari sebelah tepi belakang padang ke sebelah tepi depan padang.
Ketika itu, kelihatankira-kira 20 orang berpayung di tepi penjuru belakang padang.
Sekatan jalanraya
Sebelum itu, polis mengadakan sekatan di Jalan Pandan Indah di depan padang Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ), menjelang majlis tersebut yang dijadualkan berlangsung di situ mulai jam 9 malam ini.
Sehingga jam 8 malam, kelihatan empat trak polis - dua kecil dan dua besar - serta sebuah van polis bergerak.
Tidak dapat dipastikan berapa ramai anggota polis yang hadir kerana mereka berada di dalam trak kerana hari hujan.
Hujan turun lebat kira-kira jam 7.30 malam dan beransur reda selepas jam 8 malam.
Turut kelihatan, pentas berbumbung di situ juga ditutup dengan rentangan tali kuning oleh pihak polis di sekelilingnya.Sebelum ini, polis menolak permohonan pihak penganjur untuk mendapatkan permit untuk mengadakan perhimpunan pada malam ini.
Pada jam 9 malam, Ahli Parlimen Ampang, Zuraida Kamaruddin tiba di Padang MPAJ dan kelihatan kira-kira 80 orang berada di situ.
Pada jam 9.26 malam, polis bertindak mengasak orang ramai di situ keluar dari kawasan padang MPAJ, ketika Mohammad Sabu berucap kepada mereka yang hadir.
Majlis pasang lilin di PJ
Sementara itu, majlis pasang lilin di Pusat Sivik Petaling Jaya malam ini dihadiri oleh kira-kira 100 orang dan berjalan lancar dalam suasana aman.
Ini adalah minggu kedua ia diadakan - juga membantah ISA - yang diadakan secara sah selepas mendapat permit polis.
Tiga minggu lalu, polis bertindak menyuraikan orang ramai yang berhimpun secara haram di situ dan menahan 23 orang. Mereka dibebaskan dengan ikatjamin polis.
Bagaimanapun, minggu lalu, pihak penganjur mendapat permit polis - dengan 12 syarat - untuk mengadakan majlis pasang lilin itu.
Kesemua 23 orang yang ditahan itu diarahkan melaporkan diri di balai polis Petaling Jaya pagi esok.
by Anwar Ibrahim at November 23, 2008 03:53 PM

November 23, 2008

10,000 BAKAL HADIRI KONGRES KEADILAN KELIMASabtu, 22 November 2008

KONGRES Tahunan Nasional KeADILan kelima tahun ini akan menyaksikan kira-kira 10,000 orang membanjiri Stadium Melawati di Shah Alam termasuk 2,000 perwakilan dari 163 bahagian diseluruh negara.
Kongres yang dijangka bermula dengan persidangan sayap 2,000 anggota Angkatan Muda KeADILan dan Wanita pada 28 November ini dilihat sebagai bersejarah dan signifikan kerana ia diadakan buat pertama kalinya setelah kemenangan besar KeADILan khususnya dan Pakatan Rakyat amnya pada Pilihan Raya Umum ke 12 Mach lalu.
KeADILan memenangi sebanyak 31 kerusi Parlimen menjadikannya parti pembangkang yang mempunyai blok terbesar dari segi jumlah kerusi di Dewan Rakyat.
Persidangan AMK dan Wanita dijangka akan dirasmikan oleh Timbalan Presiden, Dr Syed Husin Ali Al Attas.
Presiden KeADILan, Dr Wan Azizah Ismail pula akan merasmikan Kongres Tahunan Nasional ke 5 keesokkan harinya serta menyampaikan ucaptama.
Ketua Umum, Anwar Ibrahim juga dijangka hadir dan memberikan ucapan beliau selepas ucaptama presiden parti.
Tema yang dipilih untuk kongres tahun ini pula sama dengan slogan parti pada PRU 12 iaitu Harapan Baru menandakan kesenambungan proses pembaharuan dalam sistem dan corak kerajaan yang ingin dibawa oleh KeADILan.
Menurut Setiausaha Agung parti, Sallehudin Hashim semua persediaan penganjuran persidangan kali ini berjalan dengan lancar dan tertib.
“Sebenarnya persiapan sudah dirancangkan kira-kira dua minggu sudah. Dalam tempoh 10 hari sebelum kongres persediaan semakin pesat. Tahun ini persediaan agak lebihlah, buat cara lebih meriah,” Sallehudin berkata.
Ini termasuk menjemput sehingga 2,000 pemerhati dari setiap bahagian termasuk Sabah dan Sarawak bagi upacara perasmian dan sesi awam persidangan.
Beliau berkata kongres tahun ini juga mendapat sokongan padu daripada Kerajaan Negeri Selangor yang membenarkan penggunaan Stadium Melawati yang mempunyai kapasiti kira-kira 12,000 orang.
Dari segi logistik pengangkutan Sallehudin menerangkan pihak sekretariat pengurusan kongres akan menyediakan sebuah bas bagi membawa 40 anggota perwakilan daripada setiap bahagian.
Bagi melicinkan penganjuran kongres, sekretariat di ibu pejabat parti juga memanggil kesemua 13 setiausaha kerja negeri ke ibu pejabat KeADILan untuk bermesyuarat bermula 24 November bagi menyelaraskan semua aspek persidangan termasuk keselamatan.
“Untuk kawasan di luar yang agak luas kita akan menggunakan Rela. Manakala keselamatan di dalam dewan kita akan mendapatkan khidmat syarikat pengawal keselamatan awam.“Saya yakin kerajaan negeri Selangor akan memberi kerjasama dan begitu juga pihak polis,” tambah beliau.
Bagi perwakilan dari Sabah dan Sarawak, sebanyak 100 bilik hotel akan disediakan memandangkan mereka terpaksa menanggung kos tiket penerbangan ke Semenanjung kata Sallehuddin lagi.
Kerajaan negeri pula jelas beliau akan menganjurkan satu karnival di luar Stadium Melawati bagi memeriahkan lagi suasana persidangan tersebut.

PERJUMPAAN AJK BHG/WAKIL PERHUBUNGAN NEGERI ...

Perjumpaan bahagian Hulu Selangor dan wakil perhubungan negeri,
seperti berikut:

Pej Bhg, 9 mlm (Isnin) 24 Nov 2008

Harap maklum,

Shaiful Anuar Sulaiman
Setiausaha Bahagian

10 PG. PERJUMPAAN DGN BHG, MAT ROHID DAN WAKIL MAJLIS DAERAH..







TAHNIAH JDM PEKAN BARU RASA... PEJABAT DI RASMI OLEH YB YAAKOB SAPARI, TIMB KETUA PERHUBUNGAN NEGERI




LAGI GAMBAR LAWATAN YB YAAKOB SAPARI









YB Yaakob Sapari melawat sebuah kilang industri kecil di Desa Melor, Serendah. Kilang Kepunyaan En Kasim Yaakub ini baru beroperasi di kilang baru ini sejak 6 bulan lepas tetapi telah memulakan perusahaan membuat takungan ikan ini esjak dua tahun yang lepas.
Rombongan ahli Exco Pertanian Moden, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan ini telah di bawa melawat dan diberikan penerangan tentang keupayaan kilang tersebut dan produk-produk kilang.

LAWATAN YB YAAKOB SAPARI KE HULU SELANGOR..22 NOV 2008 SABTU










































November 21, 2008

KONTRAK NAIB CANSELOR UM DITAMATKAN


Naib Canselor Universiti Malaya (UM), Datuk Rafiah Salim mengesahkan kontrak perkhidmatannya yang tamat esok tidak disambung.

Rafiah ketika dihubungi Utusan memberitahu telah menerima satu panggilan telefon daripada pihak universiti yang memaklumkan perkara tersebut.

"Namun, saya tidak diberitahu sebab (kontrak) tidak disambung.

"Saya hanya dimaklumkan bahawa saya tidak akan disambung kontrak sahaja," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Rafiah dilantik sebagai Naib Canselor UM pada 1 Mei 2006.

Sebelum ini, kedudukan Universiti Malaya (UM) yang merupakan universiti tertua yang kian merosot dalam sistem ranking universiti dunia THE QS -WUR dikaitkan dengan faktor peribadi Naib Canselornya Dato' Dr Rafiah salim yang tidak mempunyai ijazah kedoktoran atau PhD.

Isu tersebut ditimbulkan Lim Lip Eng (DAP-Segambut) kepada Menteri Pengajian Tinggi, Dato' Seri Mohd Khaled Nordin ketika beliau menyampaikan ucapan penggulunggan Bajet 2009 di Dewan Rakyat 3 November lalu.

"Universiti Malaya merupakan satu-satunya universiti yang mempunyai Naib Canselor yang tidak bergelar Profesor iaitu tiada PhD," katanya kepada Khaled.

"Mungkin ini yang menyebabkan kedudukan ranking UM jatuh sejak akhir-akhir ini," katanya lagi.

Manakala Prof Hamirdin dalam 'posting' blognya hari ini memberitahu,

"Di desuskan Universiti Malaya akan dapat naib canselor baru. Tunggu sahajalah pengumuman rasmi. Naib Canselor baru, ranking boleh naik lagi kot."

SU: Kenal Datuk Rafiah Salim nie dari zaman Maybank lagi, waktu kuat "union", dia jadi HR GM di Maybank...1990an sebelum beliau ke United Nation sebagai special envoy for human resource.. Saya kuat membangkang department HR nie, Datuk Mahazhir yang menggantik Datuk pun sekarang dah kat PLUS, menduduki jawatan sbg GM Admin "Selamat berjuang Datuk ! kami exmaybanker menyokong Datuk". Tahu sangat si Haron Melaka nie, mahukan VC IPTA menjadi pak turut saja, Datuk tegas orang nye, UM akan kembali seperti dahulu kala jika Datuk memegang terus VC UM ini (walaupun saya bukan alumni UM)..

Shahrizat confirms she ...taking his boss

The battle for the Wanita Umno presidency is on. Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, the wing’s deputy chief, has finally confirmed that she is taking on her long-serving boss, Tan Sri Rafidah Aziz. Shahrizat, who received 72 nominations against Rafidah’s 118 for the movement’s top post, said she “accepted the nominations and support” given to her by the wing.

The hidden and marginalised Malay

A Writer's Life
By DINA ZAMAN

They’re the kind of Malays the rest of Malaysia wishes to ignore. They are the Injecting Drug Users (IDUs), sex workers and transsexuals, the dregs of society at the lowest rung of the economic ladder.

I PRESENTED a paper at a roundtable conference organised by the Centre of Media and Information Warfare Studies, UITM about a week back on the Hidden and Marginalised Malays based on the communities I had met and worked with in Chow Kit. They’re the kind of Malays the rest of Malaysia wishes to ignore.

Unfortunately, there are very few Malaysians who are willing to stick their necks out to help Injecting Drug Users (IDUs), sex workers and transsexuals. These are the dregs of society, at the lowest rung of the economic ladder.

I had written the paper to find answers, the solutions to these dilemmas and all I could come up with was this: drugs and the sex trade, the marginalised community will not go away, whoever governs the country.

An excerpt from the paper:

“This dis-engagement with these marginalised communities – that happen to be predominantly Malay – impact the nation as a whole. If Malay(sian)s remain in denial about drug abuse, HIV/AIDS, child trafficking and the sex trade (just to name a few), the socio-economic crisis we all fear is unavoidable .
“The nation may just well witness a decline in economic productivity, and less confidence in themselves as a race.
“The failure to acknowledge this will mean that although a part of the solution, a revision of the NEP and the implementation of new affirmative action policies will not be enough to stem a socio-economic crisis.”
“It has been said that poverty and lack of education are the reasons behind the Malay marginalised communities. It is important to note that the two factors also affect the Chinese, Indian and other non-Malay communities.
“However many of the issues are dominated by ethnic Malays. The assumption is that as the majority race, the composition of Malays involved in social issues are bigger in number.”
Hence, it’s not a numbers game or the fact that the marginalised Malays are heathen Muslims. It would be too simplistic to say that because there are more Malays in the country, ergo more are involved in social problems.

The Government has social development policies and support programmes to help the poor and socially fractured. Still it is an uphill task to gain the confidence and support from potential funders and political activists because they “… do not want to bersubahat with sinners.”

There has been too much emphasis on the economic and intellectual decline of the Malays. This is an important point, but what is more urgently needed is a response to marginalised communities.

This is a problem which is not confined within the geographical reach of Kuala Lumpur; it is also experienced in many households outside of the city.

A quick foray into books examining the Malay state discovers a trend of concentrating only on the history, make-up and economic status of the Malays. Tun Dr Mahathir’s The Malay Dilemma, Bakri Musa’s The Malay Dilemma Revisited and the recent Suflan Shamlan’s Reset, as well as Syed Husin Ali’s The Malays: Their Problems and Their Future reason and conclude on, if not provide solutions to, the advancement of the Malay intellect and economic progress. Are these books the solution to our woes?

There have been many heated debates on how religion and the re-embracement of the Malay culture will eradicate social problems. Granted, there have been very open-hearted ulama who have come forth to work with rehabilitated sex workers, street-children, but they are few and far in-between.

Corporate donors have been very helpful, but sometimes their CSR goals are not aligned with what these communities need.

A number of public initiatives to help marginalised Malays who live in rural areas have been initiated. The results have been mixed: there have been stellar Malays who have succeeded against all odds, but reports of rampant drug abuse, promiscuity and school drop-outs are rife.

The reader may argue that the problems (we) face are not Malay problems. “The Indians may be fewer than the Malays, but the percentage of Indians involved in substance abuse and alcoholism, for example, is high,” as was once observed by a sociologist.
Truth is, this is not a Malay issue; it is about a human being’s right to live a productive and healthy life. You can have a Malay or non-Malay Prime Minister, but if left unchecked this will always be a Malay problem.

The writer can be contacted at dzawriterslife@gmail.com

November 17, 2008

BAS KE KONGRES NASIONAL TAHUNAN DI STADIUM MALAWATI, SHAH ALAM

TOLONG HUBUNGI SAYA UNTUK BOOKING TEMPAT KE KONGRES NASIONAL TAHUNAN DGN MENAIKI BAS..... ADA BORANG UTK DIISIKAN.. SU BHG..

Tan Chong Motor Q3 revenue hits RM1b

KUALA LUMPUR: Tan Chong Motor Holdings Bhd’s revenue surged past the RM1bil mark in the third quarter, the first time in a single quarter, driven by new models.
Announcing a set of stellar results on Monday, it said the revenue rise 69% to RM1.002bil from RM593.03mil a year ago.
Net profit jumped to RM95.42mil from RM33.17mil. Earnings per share was 14.3 sen compared with 4.97 sen a year ago.
On the production volume, it ramped up 23.9% sequentially from 8,784 units in Q2 to 10,884 units in Q3.
The combined market share of all three brands namely, Nissan, UD and Renault was at 6.0% of total industry value of Q3 compared to just 3.8% for the whole of last year.
“Without the RM4.6mil impairment charge, pre-exceptional net profit hit a record high of about RM100mil in Q3, 2008 compared to RM68.2mil and RM54.3mil in the two preceding quarters of this year,” it said.
Tan Chong Motor said with a net margin of close to 10% in Q3 2008, the company is one of the most profitable auto companies at a time of global crisis.
For the nine-months period, revenue was RM2.54bil compared with RM1.42bil in the previous corresponding period. Earnings rose to RM217.61mil from RM67.65mil.
Tan Chong Motor said its Q3 outperformance was anunlikely result during an unusual period of external shocks.
The introduction of a 3rd model in our platform sharing initiative resulted in greater cost efficiency at the Serendah assembly plant.
"The all-new Nissan Sylphy launched in end June is the bigger engine brother of the popular Grand Livina, Latio tuned, Latio sport and Latio sedan,” it said.

SU: Mengapa Tan Chong Motor yang untung besar sampai 1 Billion ni tak dapat menjalankan tanggongjawabnya kpd masyarakat di Taman Ehsanibu, Sg Buaya... sekurang2nya ringankan beban "contiminasi" di pinggir dinding bersebelahan Taman Ehsanibu.....

Kerajaan Selangor anjur program bertemu rakyat

Kerajaan negeri Selangor akan mengadakan program Hari Bertemu Pelanggan Bersepadu peringkat negeri setiap tahun untuk memberi peluang orang ramai mendapatkan maklumat, kaunseling dan sebagainya.

Program tersebut akan dimulakan pada 18 November (Selasa) bermula jam 9.30 pagi hingga 5 petang di ruang legar Kompleks PKNS, Shah Alam.
Pendekatan itu merupakan salah satu usaha pihak kerajaan melalui penglibatan jabatan dan agensi kerajaan turun padang bagi menyebarkan maklumat terkini serta membantu orang ramai menyelesaikan masalah.

Terdapat 28 buah jabatan dan agensi yang terlibat dalam menjayakan program ini, seperti Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), Pejabat Pilihan Raya Selangor, Jabatan Imigresen, Jabatan Pertanian, Jabatan Perkhidmatan Veterinar, Jabatan Kebajikan Masyarakat dan sebagainya.
Mereka yang memerlukan maklumat berhubung Dasar Merakyatkan Ekonomi Selangor� seperti skim mesra usia emas, hadiah anak masuk universiti, Tabung Warisan Anak Selangor (Tawas) dan Ibu Tunggal boleh mendaftar serta mendapatkan khidmat di kaunter jabatan atau agensi terlibat.
Selain itu soalan kuiz serta pameran disediakan oleh beberapa jabatan dan agensi bagi menceriakan pengunjung yang hadir dalam program tersebut.

Berikut info ringkas Program Hari Bertemu Pelanggan Bersepadu Pentadbiran Kerajaan Negeri Selangor.

Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Bahagian Pengurusan Sumber Manusia)�-�Semakan data maklumat peminjam / permohonan pinjaman pelajaran -�Hadiah anak masuk universiti
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Unit Perancang Ekonomi Negeri � UPEN)�-�Pendaftaran ibu tunggal -�Semakan status pelaburan ASB/ASW -�Promosi produk IKS -�Promosi produk pelancongan -�Promosi perladangan, pertanian & perikanan. -�
Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS)�-�Pendaftaran TAWAS -�Promosi TAWAS -�Khidmat pelanggan
Rantaian Mesra Sdn Bhd -�Promosi Skim Mesra Usia Emas
Jabatan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor -�Khidmat pelanggan / bantuan -�Pendaftaran OKU -�Pendaftaran pusat penjagaan -�Semakan bayran bantuan
Pejabat Pilihan raya Selangor�-�Pendaftaran baru -�Pendaftaran tukar alamat -�Semakan daftar pemilih -�Aduan -�Kuiz
Jabatan Bomba dan Penyelamat Negeri Selangor�-�Khidmat nasihat -�Penerangan -�Pameran -�Tayangan video dan kuiz
Jabatan Pengangkutan Jalan�-�Pameran -�Kuiz
Lembaga Urus Air Selangor (LUAS)�-�Pameran -�Promosi Program Qua-Qua -�Tayangan video -�Kuiz
Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta �-�Pertanyaan -�Risalah dan pameran -�Kuiz
Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor�-�Jualan Borang SPP01
Jabatan Imigresen Malaysia�-�Pameran -�Aduan
Jabatan Alam Sekitar Selangor�-�Pameran
Jabatan Pertanian Negeri Selangor -�Aduan -�Edaran kit Bumi Hijau
Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Selangor -�Khidmat nasihat -�Pameran -�Pamplet
Pejabat Tanah dan Galian Selangor -�Khidmat pelanggan
Jabatan Perhutanan Negeri Selangor -�Info Hutan lipur dan Taman Negeri Selangor -�Kuiz
Perbendaharaan Negeri Selangor -�Pengenalan dan pameran
Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS)�-�Tayangan video -�Pameran
Badan Pencegah Rasuah (BPR) -�Aduan -�Risalah & tayangan video -�Kuiz / silang kata
Pusat Pelaburan Selangor (SSIC) Bhd -�Penerangan -�Perbincangan
Lembaga Muzium Selangor -�Pameran -�Aduan / maklum balas -�Kuiz
Jabatan Perancang Bandar dan Desa Selangor�-�Rancangan pembangunan -�Program pembangunan mampan -�Rancangan fizikal Negara -�E- Rancang
Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor�-�Kempen keahlian
Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS)�-�Informasi dan aktiviti PKPS
Biro Bantuan Guaman Selangor�-�Promosi Biro Bantuan Guaman -�Nasihat guaman
Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) -�Khidmat pelanggan
Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (Bahagian Korporat/ Urusetia)�-�Aduan -�Urusetia Program Hari Bertemu Pelanggan Bersepadu_

November 15, 2008

CERAMAH PENJELASAN ISU ditangguhkan dulu selepas kongress

TERKINI !

SATU CERAMAH PERDANA AKAN DIADAKAN DI KAWASAN HULU SELANGOR ...
MENJELASKAN ISU2 SEMASA YG TIDAK DILIPUTI ARUS MEDIA PERDANA...

EPF/KWSP/VALUECAP

5 BILLION DIGUNAKAN UTK SELAMATKAN KEJATUHAN SAHAM KLSE
DUIT RAKYAT TERDEDAH KPD RISIKO TINGGI

5.7% RAKYAT MALAYSIA ADALAH MISKIN, DIBAWAH RM690...PATUT KAH?

BAJET PAKLAH VS BAJET NAJIB VS BAJET PAKATANRAKYAT

SKANDAL PEMBELIAN EUROCOPTER
12 UNIT JUMLAH 1.6 BILLION, DI BRAZIL BELI 5O UNIT JUMLAH 4.14 BILLION@ 82.8 JUTA PER UNIT, MALAYSIA BELI 134 JUTA PER UNIT BEZA 51 JUTA! TAK MASUK AKAL!

SKANDAL BELI KAPAL SELAM SCORPENE
HARGA 4.5 BILLION, BOLEH BUAT SATU LAGI KLCC
KOMISEN 520 JUTA DIBAWAH SYARIKAT PERIMEKAR SDN BHD DIKUASAI RAZAK BAGINDA, YG KECIL DIPANGGIL RASUAH...YG BESAR DIPANGGIL KOMISYEN

SKANDAL BELI SUKHOI RUSSIA
KOMISYEN 400JUTA

SKANDAL PROJEK HIGH-SPEED BROADBAND
HARGA 11.31 BILLION, DILULUSKAN TERGESA2 SEHARI SEBELUM JADI MENTERI KEWANGAN
MAXIS TAWARKAN CUMA 7 BILLION
3 TAHUN PERTAMA, KERAJAAN KENA SUNTIK 2.4 BILLION..SAPA2 PUN BOLEH AMBIK KONTRAK KERAJAAN MACAM NIE...

ISU HANGAT.... KES PEMBUNUHAN ALTANTUYA
SOALAN BESAR ... ENGGAN SIASAT SAKSI, EGGAN SIASAT GAMBAR BERSAMA ALTANTUYA DGN RAZAK,SAKSI DITAHAN BAWAH ISA (RAJA PETRA), ROSMAH KONON DIFITNAH OLEH RAJA PETRA TETAPI SENYAP SAJA ROSMAH TAK MAU SAMAN, SENYAP2 TAHAN RAJ PETRA BAWAH ISA...
RAZAK DIBEBAS OLEH KETUA HAKIM BARU, ZAKI AZMI SELEPAS DILANTIK 2 HARI..... TIDAK ADIL BAGI KELUARGA MONGOLIA, PEMBUNUHAN NGERI DILETUPKAN DGN C4, BAHAN LETUPAN YG SUKAR DIPEROLEHI KECUALI OLEH PIHAK TENTERA DAN POLIS

November 14, 2008

LAWATAN YB YAAKOB SAPARI KE HULU SELANGOR.. 22 NOV SABTU

JADUAL LAWATAN YB YAAKOB SAPARI,
Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor
JWK Permodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan

9PG
PEJABAT BAHAGIAN - TAKLIMAT RINGKAS

10PG
BERGERAK KE GEDANGSA

11PG
LAWATAN KE PROJEK TERNAKAN IKAN AIR TAWAR GEDANGSA

1PTG
MAKAN TENGAHARI DI TAPAK PROJEK

2PTG
LAWATAN KE LADANG TERNAKAN SERENDAH
LAWATAN KE KILANG INDUSTRI SERENDAH
LAWATAN KE LADANG TERNAKAN IKAN/KAMBING SG BUAYA

5PTG
JAMUAN RINGAN
KOLAM IKAN SG BUAYA


Butiran lanjut, sila hubungi

Shaiful 0162772882
Mat Rahat 012214355
Osman 0193145542

Kongres Nasional Tahunan PKR..29- 30 Nov Stadium Malawati, Shah Alam

Mesyuarat Perhubungan Negeri Jumaat 15 Nov 8mlm

Gotong Royong ..kerjakan padang di Dataran Sentosa...Sabtu 8 pg 15 Nov ..Datang beramai-ramai

Teressa Kok membuat kunjungan ke MDHS..13 Nov 2008 2.30ptg Khamis

November 11, 2008

TAKLIMAT DAN PERBINCANGAN BERSAMA PUSAT KHIDMAT RAKYAT/KETUA KG/JKKK DUN BATANG KALI

10 Nov-9mlm- Perbincangan selama 2 jam lebih di pejabat bahagian bersama Ketua-ketua kampong dan JKKK dari seluruh DUN Batang Kali telah membuat seluruh JKKK dapat bergerak bersama-sama dalam menjayakan perubahan di kampong masing-masing.

Seramai 13 Ketua kampong bersama JKKK yang hadir untuk mendengar amanat Sdr Nashruddin Abd Aziz dan diberikan penerangan tentang perjalanan Pusat Pusat Khidmat Rakyat serta peruntukan yang ada untuk disalurkan kpd kampong-kampong.

Selepas ini DUN Hulu Bernam dan DUN Kuala Kubu akan menanti kami!!
Terimakasih yang membantu P.K.R .

Shaiful Anuar
DUN Batang Kali

Pembinaan Peribadi Pemimpin Dan Ahli Di Era Kemenangan

Sewaktu menang pemimpin dan pengikut adalah merupakan orang yang bertanggungjawab untuk mempertahankan kemenangan. Telahan lagi yang bernama pemimpin menjawat jawatan Menteri besar, exco, wakil rakyat. Kemenangan ini adalah kemenangan bersama dan wajib seluruh anggota mempertahankan kemenangan dan mengekalkan kemenangan untuk kita melaksanakan tanggungjawab kepada agama Allah SWT dalam kemampuan dan batasan yang ada. Program tarbiah tidak tamat apabila kita sudah mencapai kemenangan, kerana ujian sewaktu menang lebih hebat daripada waktu tidak menang. Antara perkara yang perlu kita sama-sama lakukan dan titik beratkan dalam pembinaan peribadi pemimpin dan ahli ialah,

A. Muraqabah dengan Allah SWT
Semua di kalangan anggota parti mesti melakukan muraqabah dengan Allah, melalui amalan-amalan sunat, beruzlah (mengambil sedikit masa untuk tumpuan ibadah) dari kesibukan dunia untuk mendapat ketenangan dan memohon supaya Allah memberi kekuatan dalam menjalankan amanah. Inilah senjata yang paling utuh perlu diterap dalam jiwa para ahli terutama di kalangan pimpinan.

Caranya:

-Membanyakkan amalan fardiah supaya dapat membersihkan diri dan jiwa dengan membaca al-Quran, berzikir, solat sunat, puasa dan amalan-amalan yang boleh menjadi nilai tambah kepada kita. Godaan syaitan dan iblis cukup kuat untuk merosakkan perjuangan ketika kita menang.
-Muhasabah diri sendiri supaya dapat membuat penentuan hidup. Kata-kata Saidina Umar RA
Bermaksud
“Hitunglah diri kamu sebelum kamu dihitung dihadapan Allah SWT”

B. Qudwah hasanah

Suri contoh teladan yang baik adalah senjata yang paling berkesan untuk mengajak orang kepada perjuangan dan menyakinkan apa yang kita bawa. Kerana manusia lebih terpengaruh dengan bahasa perbuatan daripada bahasa lidah.

Kisah seorang Yahudi bernama Zaid bin Saanah memiliki hutang pada Rasulullah SAW dua atau tiga hari sebelum sampai tempoh pembayarannya, beliau dan beberapa sahabatnya bertindak dengan kasar dan caci nista untuk meminta hutang. Saidina Umar yang ada pada waktu itu hendak pancung si lelaki tersebut. Baginda SAW melarang sebaliknya menyuruh Saidina Umar menjelaskan hutang dan di tambah 20 gantang tamar. Maka yahudi itu hairan, dan bertanya kenapa? maka Saidina Umar memberi tahu sebagai ganti kepada perbuatanku yang telah menggerunkan engkau. Akhirnya Yahudi tersebut memeluk Islam dan sebahagian hartanya disedekah kepada umat Muhammad SAW.

Kita pernah dengar bagaimana seorang masuk Pas kerana melihat al-Marhum Ustaz Fadhil Nor sebagai Presiden Pas berbaris dengan orang ramai walaupun ada orang menjemput beliau memotong giliran.

Bagaimana orang hendak ikut kita sedangkan kita sendiri lemah yang tidak memaparkan akhlak yang tinggi. Kita tidak mahu orang menjauhi kerana tidak ada suri teladan yang baik, dengan ini mendatangkan rugi kepada jama’ah. Watak ini jangan ada seperti kita mengajak orang lain berjihad sedangkan ia tidak. Mengajak orang lain berkorban sedangkan beliau sendiri bakhil. Jika kita mahu mengajak orang lain mengutamakan orang lain maka kita perlu tunjukkan dahulu sebelum menyuruh orang lain. Mengajak anak orang, isteri orang lain untuk berjuang sedangkan keluarganya mendiamkan diri di rumah dan tidak memberi galakan kepada mereka untuk mempertahankan kemenangan.

Firman Allah SWT
“Mengapa kamu suruh orang lain (mengerjakan ) kebaikan sedangkan kamu melupakan diri kamu padahal kamu membaca al-Kitab (Taurat). Maka tidakkah kamu berfikir?” (al-Baqarah: 44)

Caranya:

-Banyak mengambil iktibar daripada akhlak Rasulullah SAW dan para sahabat sewaktu menang
-Banyak membaca kisah nabi-nabi SAW, para sahabat dan ulama’ serta pejuang-pejuang Islam di seluruh dunia kerana ini akan memberi motivasi kepada jiwa kita untuk meniru mereka
-Jangan menunjuk lambang kemewahan, kerana orang benci terutama pengikut dan petugas kita di peringkat bawah. Kita bimbang jika jama’ah memerlukan wang kita tidak boleh beri wang sedangkan mereka melihat kita bergaya dengan kemewahan. Semua ini akan menghakis thiqah pengikut dan orang awam kepada kemenangan kita. Maka mereka menuduh kemenangan kita tidak mempunyai erti kepada perjuangan Islam. Bukan mustahil semangat mereka untuk bekerja kearah untuk mengekalkan kemenangan akan luntur. Kita tidak bimbang musuh benci kepada Pas, yang paling kita takut ialah apabila petugas marah dan tidak bekerja untuk mengekalkan kemenangan dalam PRU akan dating.

-Banyak muhasabah diri dan merasakan kelemahan yang terlalu banyak pada diri dan berusaha untuk meningkat
-Bersedia untuk menerima teguran, kerana kelemahan sendiri agak sukar untuk melihat dengan ini kita memerlukan orang lain yang memerhatikannya.
-Kena suruh anak dan isteri kita bertungkus lumus bersama dengan perjuangan untuk memasti kemenangan dikekalkan dengan ini mendorong petugas bertambah semangat untuk bekerja seperti baginda SAW bersama menggali parit ketika berlaku peperangan Ahzab dalam bulan syawal tahun 5 hijrah. Walaupun sahabat suruh baginda berehat, namun baginda tidak mahu berbuat demikian semata-mata untuk memberi semangat kepada sahabat yang lain dalam mempertahankan kota Madinah

-Aurat anak isteri mesti dijaga, kerana ini adalah penilaian awal masyarakat kepada perjuangan kita. Memelihara aurat adalah lambang yang membezakan kita dengan perjuangan orang lain. Pakaian adalah tanggapan awal untuk orang thiqah dengan perjuangan yang kita bawa. Masyarakat akan tawar hati apabila ia melihat ketika berdegar-degar bercakap tentang Islam dan menyeru kepada perjuangan Islam, sedangkan anak isteri punya pakaian tidak melambangkan apa yang diucap.
by DUN LEMBAH JAYA

KURSUS SPIES UNTUK SU JKKK


















































10Nov2008 - Isnin
Bagi penulis untuk menghadiri kursus selama 3 hari ini agak berat hati tambahan pula jauh di Sabak Bernam, ditambah lagi Ahad 9Nov petang penulis ada hal yang telah dirancang. Bagaimanapun kerana tanggungjawab kepada kerajaan yang baru dilantik dan harapan menjadikan JKKK yang baik tidak seperti JKKK yang terdahulu maka digagahi juga untuk hadir.Perjalanan bermula jam 7.45pagi Jumaat 7Nov dengan memakan masa 2jam 30minit dengan jarak lebih kurang 165KM daripada Ampang. Walaupun bas disediakan di Pejabat Daerah Hulu Langat tapi atas sebab urusan yang perlu dikejar pada petang Ahad maka penulis terpaksa memandu sendiri.
suasana semasa pendaftaran
Pendaftaran bermula sejak jam 10pagi seterusnya taklimat oleh Perunding yang dilantik. Kursus ini yang mengambil masa 3hari 2 malam. Lebih kurang 300 SU JKKK seluruh Selangor hadir.
Apa Kursus SPIES
SPIES dianjurkan oleh Exco Pendidikan, Pendidikan Tinggi dan Pembangunan Modal Insan dengan kerjasama Exco Pemodenan Pertanian, Pengurusan Sumber Alam dan Pembangunan Usahawan.

Semasa perasmian YB Dr Halimah Ali selaku Exco bertanggungjawab memberi penekanan kepada modal insan tanpa melupakan pembangunan fizikal, begitu juga YB Sdr Yaakop Sapari dalam ucapan memberitahu bahawa hasil sumber alam akan dikembalikan kepada rakyat Selangor sebagai contoh hasil pasir semasa kerajaan dahulu cuma RM17juta sahaja walhal jika mengikut keperluan REDA unjuran boleh diperolehi adalah RM150juta. Oleh itu beliau mensasarkan unjuran hasil pasir akan meningkat kepada RM100juta. Hasil pasir itu akan diagihkan kepada warga emas, sumbangan pendidikan dan sebagainya. Beliau juga menyatakan YAB Menteri Besar berjaya menghasilkan dividen (RM6juta - tak pasti) hasil pengurusan tunai RM100juta yang lebih efisien.

Falsafah SPIES adalah Spiritual, Physical, Intelectual, Emotional dan Social. Penekanan kepada Solat dan halal elemen penting dalam falsafah SPIES. Manakala meningkatkan intelektual, berfikiran positif, kreatif dan bersedia untuk berubah, yakin dengan ALLAH, memahami sosial Islam dan kepelbagaian bangsa menjadi asas penting untuk menjadi setiausaha JKKK.

Secara keseluruhan kursus ditawar amat baik kecuali kursus IT pada pandangan penulis tidak sesuai memandangkan asas penerimaan IT adalah berbeza bagi setiap SU JKKK. Kursus IT perlu diasingkan. Penulis lebih menyarankan dan mengharapkan supaya lebih banyak taklimat daripada wakil pejabat SUK, pejabat tanah, pejabat penghulu dan jabatan berkaitan sebagai pendedahan yang lebih dalam skop kerja SU JKKK.

Kursus ini dijalankan di Institut Latihan dan Dakwah Selangor (ILDAS). ILDAS diletakkan di bawah pengawasan JAIS. Kursus-kursus yang ditawarkan boleh merujuk kepada lawan sesawangannya http://ildas.jais.net.my/news.php

November 09, 2008

Najib ditampar ‘revolusi’ di Parlimen

(Oleh Khalid Jaafar)
Semalam apabila dunia meraikan kemenangan Barack Obama sebagai presiden baru Amerika Syarikat, rakyat Malaysia juga memperolehi sesuatu untuk mereka rayakan.
Peristiwa itu adalah kemenangan institusi Parlimen apabila pindaan belanjawan bernilai RM7 bilion ditolak. Belum pernah seorang timbalan perdana menteri dan juga menteri kewangan menerima tamparan sebegitu hebat dalam sejarah politik dan parlimen Malaysia.
Malangnya rakyat Malaysia tidak merayakannya kerana majoriti tidak tahu apa yang sebenarnya telah berlaku kerana kegagalan media melaporkan sejarah yang dicipta oleh institusi ulung demokrasi kita.
Majoriti yang mengundi pada 8 Mac lalu merasakan mereka telah melaksanakan tanggungjawab demokrasi mereka dengan mencipta tsunami politik tetapi selepas itu tidak mengikuti apa yang berlaku di Dewan Rakyat dengan teliti dan memantau perilaku wakil-wakil rakyat yang mereka hantar ke Parlimen.
Persepsi umum adalah pembangkang tidak boleh berbuat apa-apa yang berkesan selagai mereka tidak dapat membentuk sebuah kerajaan baru.
Tetapi persepsi ini akan berubah dengan insiden yang berlaku semalam. Bagi saya, peristiwa itu suatu revolusi.
Tahniah perlu diberikan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Ketua Pembangkang, ahli parlimen veteran Lim Kit Siang (DAP-Ipoh Timur), Datuk Kamarudin Jaffar (PAS-Tumpat) dan Khalid Samad (PAS-Shah Alam).
Tanpa kepetahan mereka berhujah, kefahaman mereka yang mendalam tentang peraturan mesyuarat, dan fanatisme mereka terhadap kedaulatan Parlimen, revolusi semalam tidak dapat dilancarkan.
Namun hujah-hujah yang dikemuka oleh barisan pembangkang semalam tetap akan tinggal sebagai satu peristiwa dalam rentetan drama kekecohan Dewan Rakyat sekiranya yang dipertua dewan Tan Sri Pandikar Amin Mulia dan timbalannya Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar sendiri tidak mengambil pendirian yang bersejarah.
Tanpa ketegasan, dan tentunya keberanian mereka, Parlimen tidak akan menjadi parlimen yang baru semalam.
Dalam revolusi parlimen tersebut Datuk Seri Mohd Najib Razak menerima tamparan yang paling hebat. Ia belum pernah berlaku dalam sejarah politik dan parlimen Malaysia.
Menteri kewangan yang masih merayakan kemenangannya sebagai presiden Umno tanpa cabaran memaklumkan pakej rangsangan sebayak RM7 bilion dalam ucapan menggulung perbahasan belanjawan 2009.
Najib menggunakan ucapan penggulungannya itu untuk menyindir “mimpi” Anwar yang tidak kesampaian bagi membentuk kerajaan baru. Singgungan politik yang dibuat oleh timbalan perdana menteri itu bukanlah suatu yang baru.
Menjadi haknya untuk memasukkan unsur politik membelasah pembangkang dalam ucapannya. Tradisi mempolitikkan ucapan belanjawan bermula pada Tun Daim Zainuddin lagi dan sampai puncaknya ketika Anwar menjadi menteri kewangan.
Tetapi ada perbedaan perilaku parlimen Anwar dengan Najib sebagai menteri kewangan. Anwar, setelah membelasah pembangkang dalam ucapan belanjawannya, akan duduk mendengar dengan teliti hujah dan kritikan pembangkang terutamanya ucapan dari ketua pembangkang.
Dan dalam waktu penggulungan dan perbahasan, Anwar memberikan laluan untuk pembangkang mencelah dan menyoal. Tetapi Najib cuma datang ke Dewan Rakyat untuk memberi ucapan dan tidak memberikan laluan sama sekali bagi pembangkang untuk mencelah.
Maka apabila Anwar dalam sidang akhbarnya semalam membelasah timbalan perdana menteri sebagai “tidak memiliki keyakinan diri” kerana enggan berbahas, ia merupakan suatu yang sungguh serius.
Dan tuduhan tersebut akan membayangi Najib, sebagaimana skandal-skandal lain membayanginya, selagi menteri kewangan tersebut tidak merobah perilaku parlimennya.
Mengapakan Najib yang sudah begitu lama menjadi ahli parlimen, sekian tahun menjadi menteri kanan, membuat suatu kesilapan yang begitu besar?
Apakah keseronokan beliau mewarisi takhta kepresidenan Umno menyebabkan beliau cuai dalam urusan Dewan Rakyat?
Saya melihat Najib dan pemimpin-pemimpin kanan BN masih lagi dalam situasi penafian selepas tsunami Mac lepas. BN sudah kehilangan majoriti dua pertiga tetapi beliau masih lagi terperangkap dalam bayangan majoriti dua pertiga.
Selama ini menteri-menteri BN hanya melihat Dewan Rakyat sebagai rubber stamp, sekadar satu formaliti untuk meluluskan apa yang telah diputuskan oleh eksekutif.
Tidak terbayang bagi mereka cadangan daripada kerajaan, apabila satu cadangan yang begitu penting seperti pindaan belanjawan berjumlah RM7 bilion boleh ditolak oleh parlimen.
Mereka tahu ada pemisahan kuasa antara badan legislatif dengan eksekutif, tetapi pada mereka pemisahan ini hanya pada peringkat teori, tetapi tidak pernah berlaku pada peringkat amalan.
Maka semalam apabila Dewan Rakyat mengumumkan perbahasan Rang Undang-undang Perbekalan (iaitu belanjawan) masuk ke peringkat jawatankuasa,wakil-wakil pembangkang seorang demi seorang bangun menanyakan belanjawan yang mana satu hendak dibahaskan.
Belanjawan yang dibentangkan oleh perdana menteri sebagai menteri kewangan pada 29 Ogos lepas atau belanjawan yang telah dipinda oleh timbalannya sebagai menteri kewangan yang baru dengan tambahan sebanyak RM7 bilion?
Peraturan mesyuarat memerlukan cadangan pindaan itu dibentangkan dan sebelum dibentang, ia perlu diedarkan dua hari sebelumnya untuk memberikan masa yang cukup untuk ahli parlimen menelitinya.
Najib tidak mengikut prosedur ini, beliau hanya memberi ucapan dan dalam ucapan tersebut mengandungi cadangan pindaan.
Tanpa pindaan itu dibentangkan mengikut peraturan mesyuarat, ia tidak boleh dibahaskan dan tidak boleh diluluskan. Kelihatannya perkara ini hanya bersifat teknikal. Tetapi inilah tuntutan perlembagaan.
Sekiranya prosedur ini tidak ikuti, maka pembangkang boleh membawa isu ini ke mahkamah kerana telah berlaku suatu pelanggaran perlembagaan. Dan yang dipertua dewan dan timbalannya amat sedar perkara itu.
Sekiranya mereka membenarkan cadangan pindaan belanjawan Najib dibawakan kepada peringkat jawatankuasa, ia bermakna mereka yang membenarkan pelanggaran perlembagaan berlaku dalam majlis yang dipengerusikan mereka.
Tetapi media tidak dapat menangkap revolusi yang diciptakan oleh Pandikar Amin.
Akhbar Sinar Harian hanya melaporkan bahagian ucapan beliau: “pengumuman pakej rangsangan ekonomi bernilai RM7 billion tidak melanggar peraturan mesyuarat.”
Betul, pengumuman itu tidak melanggar peraturan. Tetapi RM7 bilion itu tidak boleh menjadi sebahagian daripada belanjawan 2009. Maka jumlah tersebut tidak boleh dikeluarkan oleh pihak kerajaan.
Mohd Azmin Ali (PKR-Gombak) dan Kit Siang bangun untuk meminta penjelasan daripada speaker untuk tidak berlaku salah faham. Dalam penjelasannya, Pandikar Amin tidak mengatakan beliau menolak pindaan belanjawan yang diumumkan oleh Najib.
Beliau hanya menjelaskan dengan berulangkali bahawa belanjawan yang akan dibahaskan pada peringkat jawatankuasa adalah belanjawan yang dibentangkan oleh Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.
Dalam rumusannya, Anwar berkata pindaan belanjawaan yang diumumkan oleh timbalan perdana menteri hanyalah satu pandangan, ia tidak mempunyai kekuataan undang-undang.
Khalid Jaafar adalah pengarah eksekutif Institut Kajian Dasar (IKD) dan anggota Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PKR
by Anwar Ibrahim at November 07, 2008 05:58 PM

Jamuan Deeparaya - 7 Nov '08 Sabtu 5 ptg Dewan Orang ramai Hulu Yam Bharu..


Seramai 30 orang fakir miskin dan OKU telah diberi sumbangan hari raya/deepavali oleh Pusat Khidmat Rakyat PKR DUN Batang Kali. Turut hadir di jamuan tersebut adalah ahli-ahli Majlis AM Mohd Nashruddin Abd Aziz, AM Deevan, AM Abd Wahab, AM Suppiah serta pimpinan JDM Hulu Yam Bharu. Jamuan satay dan char kuew teow telah menyerikan lagi majlis sehingga jam 7 mlm.
(Thanks Zainuddin dan AJK JDM Hulu Yam Baru)

Selamat menyambut menantu...KENDURI DI RUMAH PAK AZIZ SG TENGI SELATAN >> KG FAJAR


AHAD 9 NOV 3PTG... Masih kelihatan saudara terdekat di rumah kenduri, semasa kunjungan saya bersama ketua bahagian, Sdr Nashruddin ke rumah Pak Aziz.. Suasana di rumah felda ini, memang menyamankan hati, melihat keadaan sekitar yang segar lebih-lebih lagi hujan rahmat yang turun sebaik kami menjamah nasi kenduri. Mungkin saya patut mengambil gambar lauk kenduri... memang sedapp pak... (saya ingatkan pak aziz yang kahwin...oops)

November 06, 2008

MAJLIS RUMAH TERBUKA SELANGOR. 9 NOV AHAD 11 PG - 4 PTG

SHAH ALAM, 6 NOVEMBER (SK) - Kerajaan Negeri Selangor buat julung-julung kalinya akan mengadakan satu majlis sambutan Majlis Rumah Terbuka Deepavali peringkat negeri Selangor secara besar-besaran.
Sambutan akan diadakan bertempat di Kompleks Sukan Pandamaran, Klang pada 9 November 2008, bermula dari jam 11.00 pagi higga 4.00 petang.
“Justeru itu, pihak kerajaan berharap agar progam ini akan mendapat sambutan terbaik daripada orang ramai serta rakyat Selangor khususnya,” kata Exco Selangor Dr Xavier Jayakumar.
Program akan dirasmi oleh Menteri Besar Selangor Khalid Ibrahim dan dimeriahkan lagi dengan kehadiran Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco), Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) serta ahli Parlimen Selangor.
Majlis tersebut akan dihiasi dengan pelbagai aturcara antaranya; persembahan kebudayaan dari artis dan DJ radio terkenal, aktiviti permainan kanak-kanak, aktiviti melukis pada tangan (inai) dan lain-lain lagi.

OBAMA ... FAMILY AND PARENTS





























November 05, 2008

ZONING IN MAJLIS DAERAH HULU SELANGOR


Selepas diperkenalkan zoning (6 semuanya) di dalam majlis daerah, diharap semua ahli majlis dapat memberikan FOKUS yang lebih kepada kawasan yang diwakili dan memberikan tanggongjawab dan tenaga dikawasan masing2.. Pusat Khidmat Rakyat akan mengadakan Klinik Khidmat Rakyat ke semua zon-zon berkenaan bersama dengan ketua kampong, ahli majlis serta pemimpin daerah di dalam usaha merakyatkan ekonomi dan berkebajikan sebagaiman menyanjungi usaha kerajaan pakatan rakyat dibawah naungan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Selamat bekerja!
SUK Dun Btg Kali

The new American President....Barack Obama elected president.




Democrat Barack Obama has been elected president of the United States, becoming the first African-American elevated to the White House.
---------------------------------------------------------------------------------------
WASHINGTON (AP): Barack Obama was elected the nation's first black president Tuesday night in a historic triumph that overcame racial barriers as old as America itself.
The son of a black father from Kenya and a white mother from Kansas, the Democratic senator from Illinois sealed his victory by defeating Republican Sen. John McCain in a string of wins in hard-fought battleground states - Ohio, Florida, Virginia and Iowa.
A huge crowd in Grant Park in Chicago erupted in jubilation at the news of Obama's victory. Some wept.
President-elect Barack Obama, left, and Vice president-elect Joe Biden wave to supporters during their election night party at Grant Park in Chicago.
McCain called to concede defeat - and the end of his own 10-year quest for the White House.
Obama and his running mate, Sen. Joseph Biden of Delaware, will take their oaths of office as president and vice president on Jan. 20, 2009.
As the 44th president, Obama will move into the Oval Office as leader of a country that is almost certainly in recession, and fighting two long wars, one in Iraq, the other in Afghanistan.
The popular vote was close, but not the count in the Electoral College, where it mattered most.
There, Obama's audacious decision to contest McCain in states that hadn't gone Democratic in years paid rich dividends.
Obama has said his first order of presidential business will be to tackle the economy. He has also pledged to withdraw most U.S. combat troops from Iraq within 16 months.
Fellow Democrats rode his coattails to larger majorities in both houses of Congress. They defeated incumbent Republicans and won open seats by turn.

Kunjungan ke tempat banjir di Taman Seri 3 Nov 5ptg Isnin....

















Kunjungan ke Taman Seri, Batang Kali selepas menerima panggilan dari Sdr Azli, salah seorang penduduk disitu mengenai banjir lumpur dari takungan banjir (drain monsson) baru dibina berdekatan tanah perkuburan islam disitu. Banjir kilat berlaku selepas pembinaan takungan dan longkang yang sepatutnya membawa air keluar dari taman itu, sebaliknya telah menyebabkan


banjir lumpur.

Tan Sri Khalid Ibrahim di kedai kopi, Seri Cempaka Ahad 2 Nov 6 ptg












Tutup ruang bahas, Najib tiada kredibiliti - demokratik

KUALA LUMPUR, 5 Nov (Hrkh) - Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa (PAS-Bachok) mengecam 'tidak demokratik' Menteri Kewangan yang baru, Dato' Seri Najib Tun Razak apabila menutup ruang kepada Pakatan Rakyat untuk mencelah dalam penggulungan perbahasan Belanjawan 2009 semalam.
"Kita bukan nak mendengar kuliah ekonomi. Kita mahu dia (Najib) beri penjelasan dan jawab perkara yang dibangkitkan. Dalam masa sejam dia berucap, dia mengemuka fakta baru dan bukannya menggulung perbahasan," katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tindakan ahli Parlimen Pakatan Rakyat keluar dewan selepas Najib menutup ruang bagi mencelah dalam penggulungan perbahasan.
Sepatutnya Menteri Kewangan datang untuk menggulung perbahasan belanjawan yang telah dibentangkan oleh menteri sebelum beliau dan bukannya membentang fakta-faakta baru, katanya.
Namun katanya, Najib membentang fakta baru yang 'unprecendated' dan tidak membuka ruang kepada ahli Parlimen Pakatan Rakyat untuk mencelah bagi bertanyakan soalan.
Akhirnya dengan kedegilan Najib itu, ahli Parlimen Pakatan Rakyat mengambil keputusan untuk keluar dewan.
"Kalau fakta baru yang dia nak bentang dan bukan ini caranya. Dan hari ini, penggulung dengan bajet. Kita buat walkout kerana ianya bercanggah dengan prosedur Parlimen dan dengan belanjawan itu sendiri.
"Bagi kita sudah buang masa bincang selama dua minggu tentang belanjawan dan hari ini kita diberi angka-angka baru yang kita tidak tahu," katanya ketika ditemui di Lobi Parlimen.
Beliau menyifatkan tindakan Najib menutup ruang kepada Pakatan Rakyat mencelah dalam penggulungan itu amat menyedihkan bagi permulaan untuk sebagai bakal Presiden Umno.
"Ini kerana Najib tidak berani berhadapan dengan fakta dan cabaran yang berada di hadapan beliau. Beliau tidak berani berani bertanggungjawab dan lebih bersedia. Bagi saya tidak bersedia dengan fakta-fakta yang dikemukakan oleh Pakatan Rakyat selama ini," katanya.
Ujar beliau, tindakan Najib itu jelas menunjukkan kebimbangan kerana pembongkaran demi pendedahan yang terlalu banyak oleh Pakatan Rakyat berhubung skandal Najib.
"Sebab itu dia takut nak berdebat dengan fakta. Dia tiada kredibiliti," tegasnya.

Ketua Pembangkang, Dato' Seri Anwar Ibrahim pula turut mengecam tindakan Najib yang tidak mahu memberi ruang kepadanya walaupun Pakatan Rakyat apabila menutup ruang kepada Pakatan Rakyat mencelah.
Bercakap dalam sidang media semalam selepas seluruh ahli Parlimen Pakatan Rakyat bertindak keluar dewan berikutan insiden itu, Anwar mendakwa Najib sebagai 'penakut' berhadapan dengan hujah Pakatan Rakyat.
"Kita tunggu satu jam untuk kesempatan mendapat penjelasan dan inilah kali pertama dalam sejarah Parlimen jawapan menteri yang tidak memberi ruang kepada kami untuk berbahas," katanya.
Najib hanya menyatakan bahawa beliau akan memberi ruang setelah selesai mengutarakan cadangan baru sedangkan Najib sendiri turut menimbulkan isu-isu dalam perbahasan belanjawan sebelumnya.
Beliau menyifatkan bahawa Najib gagal dalam menjadi Menteri Kewangan jika ruang untuk rakyat menyatakan suara dan pandangan ditutup dengan cara yang tidak demokratik.
"Apa yang berlaku hari ini percangghan dalam peraturan 66, sepatutnya Menteri Kewangan datang bagi menggulung perbahasan dan bukannya membentangkan Belanjawan yang baru," katanya.
Walaupun Pakatan Rakyat menggunakan beberapa peruntukan mesyuarat termasuk 37 (b) namun, Najib masih tidak membenarkan ruang mencelah, kata Anwar.
"Yang akhirnya kita keluar bila kita tanya kepada Najib apakah dia benarkan kita persoalkan, dia jawab tidak boleh itu kita tak ada faedah untuk duduk mendengar sahaja," katanya.
Bagi Pakatan Rakyat tidak ada masalah untuk mendengar apa yang dinyatakan Najib, tetapi dengan menutup ruang secara keseluruhan tetapi pada masa yang sama berbohong berhubung belanjawan alternatif Pakatan Rakyat adalah satu yang mengecewakan, katanya.